Anda di halaman 1dari 24

TAJUK

Tahap perkembangan kanak-kanak Perkembangan fizikal


Prenatal Bayi Kanak-kanak Awal remaja

Implikasi terhadap pengajaran & pembelajaran.

Tahap-tahap perkembangan manusia:


Jangka masa hidup Pralahir Bayi Kanak-kanak awal Kanak-kanak pertengahan Remaja awal Remaja pertengahan dan akhir Dewasa awal Dewasa pertengahan Dewasa akhir Rangka masa Mengandung hingga lahir 2 tahun yang pertama 3-5 tahun 6-11 tahun (bergantung kepada umur baligh) 12-14 tahun 15-19 tahun 20-30 an 40-50 an 60 tahun ke atas

Pra lahir tempoh masa pralahir merupakan satu tahap sejak dari persenyawaan berlaku hinggalah lahir. Proses bermula apabila sel-sel yang telah disenyawakan berkembang menjadi struktur badan dan organ-organ mula terbentuk. Pada tahap ini, janin amat peka terhadap persekitaran sekeliling. Kanak-kanak awal- pada tahap ini, keupayaan motor, kognitif dan bertutur terus berkembang. Kanak-kanak sudah boleh menjaga diri sendiri, konsep kendiri mula terbentuk, begitu juga peranan dan identiti jantina. Ketika ini, hubungan antara ibu bapa dengan anak amat penting dalam membentuk sosialisasi.

Kanak-kanak pertengahan- kanak-kanak pada tahap ini sudah boleh membaca, menulis dan mengira. Mereka ingin berjaya dan mencapai sesuatu yang diidamkan. Peranan ibu bapa amat penting dalam perkembangan moral dan psikososial. Remaja- tahap remaja ialaha satu tahap transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Remaja mengalami kematangan seksual dan perkembangan kognitif apabila operasi formal berlaku. Pembentukan identiti remaja bermula di tahap ini.

Perkembangan fizikal- prenatal


Tahap perkembangan fizikal prenatal terbahagi kepada 3:
1. Tempoh masa germinal : bermula persenyawaan hingga implantasi ( 14 hari) 2. Tempoh masa lembaga : dari 2 minggu- 8 minggu selepas persenyawaan 3. Tempoh masa janin : dari 8 minggu hinggalah bersalin.

Fasa pembenihan
Bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim yang berlaku selama dua minggu. Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim. Seterusnya zigot akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Sel-sel baru terbentuk akan menjadi bahagianbahagian saraf, otak dan anggota badan. Aturan-aturan DNA menyebabkan trait dan baka berbeza antara satu sama lain kecuali kembar serupa yang berasal dari zigot yang sama.

Fasa embrio
Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa kedua perkembangan prenatal bermula. Organisma yang terbentuk dipanggil embrio. Pada minggu ke-4 perkembangan otak bermula, mata, telinga dan mulut mula terbentuk. Minggu ke-8 embrio mempunyai sistem organ asas, rupa muka, jari tangan, dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat. Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan dibentuk pada fasa ini.

Fasa fetal
Bermula pada bulan ketiga yang dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf mula terbentuk dan isyarat otak sudah boleh dikesan. Pergerakan bayi sudah dapat dirasai oleh ibu dan deria penglihatan dan pendengaran sudah mula berfungsi. Fetus akan mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.

Ciri-ciri fizikal bayi baru lahir


Berat bayi dalam lingkungan 2.5-2.8 kg dan 50 cm panjang. Bayi yang baru lahir akan kehilangan 5-10 % berat badan kerana kehilangan air. Semasa lahir, denyutan jantung bayi ialah 120 ke 150 denyutan satu minit. Tekanan darah pula stabil dalam masa 10 hari. Bayi menangis untuk membantunya mengawal suhu badan Bayi yang baru lahir juga dapat melihat, merasa, menghidu, menyentuh, dan mendengar.

Perkembangan fizikal- bayi


Panjang bayi akan bertambah lebih kurang 30% sehingga umur 5 bulan dan kemudiannya 50% apabila berumur satu tahun. Berat bayi akan berganda ketika berumur 5 bulan, 3x ganda semasa setahun dan 4x ganda ketika berumur 2 tahun. Pertumbuhan bayi berlaku secara cephalocaudal iaitu dari arah kepala ke bawah. Pertumbuhan juga berlaku dengan cara proximodistal iaitu dari tengah ke sisi. Contohnya dada dan organ dalaman akan membesar dahulu berbanding lengan, tangan semasa berumur satu tahun.

Perkembangan otot-otot pula berlaku dalam arah cephalocaudal iaitu otot-otot kepala dan leher membesar dahulu daripada bahagian-bahagian lain. Sistem saraf bunyi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli psikologi mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa. Percambahan neuron pesat semasa kanak-kanak berumur dua tahun dan berkurang semasa umur 16 tahun. Perkembangan motor bayi pula dapat dibahagi kepada dua kategori iaitu perkembangan lokomasi dan postural yang melibatkan kawalan badan dan koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak. Kategori yang kedua ialah prehension iaitu kebolehan menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu dan sebagainya. Kemahiran motor membolehkan bayi bergerak balas terhadap rangsangan.

Umur 1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan 5 bulan 6 bulan

Pergerakan bayi Mengangkat kepala Mengangkat dada Cuba mencapai sesuatu Duduk diatas pangkuan ibu bapa Duduk dengan sendiri Berdiri dengan sokongan

Kemahiran motor Mengangkat kepala Meniarap Genggam botol susu Duduk tanpa sokongan

7 bulan
8 bulan 9 bulan 10 bulan 11 bulan 12 bulan 13 bulan 14 bulan ke atas

Berdiri sambil pegang sesuatu


Merangkak Berjalan dengan dipegang tangan Memegang bucu kerusi dan menolak Memanjat tangga Berdiri sendiri bertatih Berjalan sendiri

Merangkak
Boleh duduk tanpa dibantu Berjalan dengan menolak kerusi bertatih Berdiri dengan sendiri

Berjalan, menendang

Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun)


Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada 2 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini pertumbuhan fizikal perlahan berbanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otototot halus belum berkembang dengan sempurna.

Kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada tahap ini adalah lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut peraturan, misalnya kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum boleh belajar bermain menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor dipengaruhi oleh genetik.

Jadual pencapaian aktiviti psikomotor kanak-kanak.


Umur (tahun) 2 Perkembangan psikomotor Menaiki tangga dengan bantuan Memegang objek-objek besar seperti bola Memanipulasikan objek-objek kecil seperti krayon

3 4

Melambung bola Menunggang basikal roda tiga Melompat dan berlari Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan Menggunakan kasut roda Menulis huruf-huruf dan perkataan yang mudah

Kanak-kanak (7-12 tahun)


Kadar pertumbuhan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat berbanding peringkat sebelumnya. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 tahun sehingga berumur 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada umur 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki bertambah pada umur 10 tahun hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada umur 15 tahun.

Pada umur 11 tahun, ketika kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti dan tugas yang diberi. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada aktiviti lasak.

Awal Remaja (12-15 tahun)


Kadar pertumbuhan pada tahap ini cepat. Perubahan fizikal seperti keinginan, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula 1 atau 2 tahun sebelum mencapai akil baligh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengalami perubahan suara atau suara pecah Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku kepada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama. Perubahan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding remaja perempuan.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


i. Implikasi terhadap p&p tahap perkembangan awal kanak-kanak. ii. Implikasi terhadap p&p tahap perkembangan kanak-kanak. iii. Implikasi terhadap p&p tahap perkembangan awal remaja.

Implikasi terhadap p&p tahap perkembangan awal kanak-kanak


Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza, elakkan daripada membanding bezakan antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif pada tahap ini, guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti fizikal yang mudah. Aktiviti yang disediakan mesti mengambil kira perkembangan otot.

Implikasi terhadap p&p tahap perkembangan kanak-kanak


Kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktiviti seperti melukis. Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan. Menyediakan aktiviti yang lasak bagi kanakkanak lelaki dan sukan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Aktivit senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.

Implikasi terhadap p&p tahap perkembangan awal remaja


Aktiviti seperti ceramah, kaunseling dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. Menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. Pendedahan tentang gaya hidup sihat terutama senaman dan pemakanan. Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki.

Menyediakan kursus dan ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Guru perlu menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

Sekian

terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai