Anda di halaman 1dari 3

FOKUS SEMASA GURU MENGAJAR

- Guru-guru setiap subjek akan menerangkan topik-topik dengan teliti dan


menekankan perkara/bahagian yang penting.
- bolehlah bertanya untuk mengikis ketidakfahaman mereka.
- boleh menulis nota ringkas/catatan semasa guru sedang mengajar untuk
memudahkan rujukan nanti.
- mereka akan berjaya menjawab soalan.

MENYIAPKAN KERJA RUMAH


- menunjukkan sikap bertanggungjawab.
- menguji kefahaman tentang apa yang telah dipelajari.
- mendapat tunjuk ajar daripada guru sekiranya jawapan tidak tepat.

MEWUJUDKAN KUMPULAN PERBINCANGAN


- berkumpul bersama boleh berkongsi idea dan maklumat bersama.
- akan saling bertanya antara satu sama lain.
- mereka belajar dengan lebih pantas.

RAJIN MENGULANG KAJI PELAJARAN DI RUMAH


- membuat jadual di rumah agar membahagikan masa dengan baik antara belajar
dengan bermain.
- bolehlah membeli buku-buku rujukan atau buku kerja untuk melatihkan diri supaya
mampu menguasai topik secara menyeluruh
- perlu berpegang pada prinsip sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain dan sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
- harus sentiasa membuat persiapan awal selaras dengan pepatah sediakan payung
sebelum hujan.
- perlulah mengikis sikap malas berkayuh, perahu hanyut agar tidak sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara belajar untuk mencapai kejayaan.

  Semua pelajar menginginkan kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang diperoleh akan
memudahkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Mereka
juga mungkin mendapat pembiayaan wang supaya tidak membebankan mereka. Namun,
untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, murid-murid perlulah berusaha bersungguh-
sungguh dan rajin menelaah untuk mendapat prestasi akademik yang baik. Menurut
Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Muhammad Khalid, keputusan peperiksaan awam
semakin meningkat saban tahun dan prestasi pelajar bertambah baik. Persaingan antara
pelajar-pelajar pula hebat dan oleh hal yang demikian, murid-murid akan bermotivasi
meraih kecemerlangan dalam pelajaran. Setiap murid mempunyai cara belajar yang
berbeza, oleh itu, mereka bolehlah menggunakan cara belajar yang sesuai untuk
menambahkan ilmu masing-masing. 

  Umum mengetahui bahawa langkah yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah


diambil, iaitu memberikan tumpuan di dalam kelas. Guru-guru setiap subjek akan
menerangkan topik-topik dengan teliti di dalam kelas. Sekiranya murid-murid menghadapi
sebarang kemusykilan, mereka bolehlah bertanya untuk mengikis ketidakfahaman mereka.
Murid-murid juga boleh menulis nota ringkas semasa guru sedang mengajar untuk
memudahkan rujukan nanti. Hal ini juga akan memudahkan pelajar menyelesaikan masalah
nanti sekiranya sentiasa fokus dalam pembelajaran kerana bahagian penting akan
ditekankan oleh guru tersebut. Maka, mereka akan berjaya menjawab soalan ketika
peperiksaan nanti kerana memberikan tumpuan di dalam kelas. Lantaran berpaksikan
kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa tumpuan semasa guru mengajar merupakan
satu cara belajar yang amat efektif. 

  Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa usaha yang lebih pragmatik perlu
dilaksanakan, iaitu mengulang kaji pelajaran di rumah. Murid-murid bertanggungjawab
untuk membuat jadual rumah agar membahagikan masa dengan baik antara belajar dengan
bermain. Jikalau murid-murid mengikuti aktiviti yang dijadualkan, mereka akan mendapati
kerja-kerja rumah dan ulang kaji pelajaran dapat diselasaikan dengan berkesan. Mereka
bolehlah membeli buku-buku rujukan atau buku kerja untuk melatihkan diri supaya mampu
menguasai topik secara menyeluruh. Murid-murid harus sentiasa membuat persiapan awal
selaras dengan pepatah sediakan payung sebelum hujan. Mereka perlu berpegang pada
prinsip sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit, lama-lama
menjadi bukit. Mereka perlulah mengikis sikap malas berkayuh, perahu hanyut agar
tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Dengan berbuat demikian,
ternyatalah bahawa tidak mustahil seseorang dapat mencapai kejayaan sekiranya mereka
sentiasa mengulang kaji pelajaran di rumah. 
  Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa strategi lain yang agak jelas ialah menelaah
pelajaran di perpustakaan. Murid-murid hendaklah rajin menelaah pelajaran sama ada pada
waktu rehat atau selepas waktu persekolahan di pusat sumber sekolah. Terdapat banyak
bahan rujukan pembelajaran yang diterbitkan untuk membantu murid-murid dengan topik-
topik subjek pelbagai memahami dan meneliti. Bertitik tolak daripada itu, murid-murid
dapat meminjam bahan rujukan yang bermanjaat yang telah disesuaikan dengan kurikulum
terkini. Keadaan pusat sumber yang tenang dan kondusif serta dilengkapi dengan alat
penghawa dingin menyediakan suasana yang berkesan untuk murid-murid menelaah.
Keadaan ini sama dengan peribahasa sambil menyelam minum air. Murid-murid juga akan
mengelakkan diri daripada sebarang gangguan dan gejala sosial seperti merokok, merempit
dan vandalisme. Maka, mereka akan memupuk sikap terpuji dengan berusaha meraih
kecemerlangan dalam akademik. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan
kupasan yang menarik, sememangnya diakui bahawa menelaah pelajaran di perpustakaan
merupakan satu pendekatan belajar yang amat bijak. 

  Pada hemat saya, senario tersebut dapat juga dikaitkan dengan modus operandi
seterusnya, iaitu mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Murid-murid yang
berkumpul bersama boleh berkongsi idea dan maklumat bersama. Mereka akan saling
bertanya antara satu sama lain kerana segan bertanya, sesat jalan. Pembelajaran melalui
cara ini dapat menunjukkan kelemahan diri dan tahap pemahaman seseorang terhadap
sesuatu topik. Sesetengah murid juga mendapati cara ini membantu mereka belajar dengan
lebih pantas. Nota yang dibandingkan dengan murid-murid yang lain dalam sesuatu
perbincangan akan mendapat pandangan daripada orang yang berbeza. Walakin begitu,
perbincangan secara berkumpulan tidak akan berjaya dan berjalan lancar tanpa kerjasama
rakan sekumpulan. Justeru, pilihlah rakan-rakan yang serius dan cekap untuk mengelakkan
pembaziran masa berlaku kerana masa itu emas. Seperti yang kita sedia maklum, sudah
terang lagi bersuluh bahawa perbincangan secara berkumpulan boleh dijadikan pedoman
untuk suatu cara pembelajaran yang amat menarik. 

    Sebagai penghias bicara akhir, hakikatnya dapatlah kita simpukan bahawa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Usaha itu tangga kejayaan dan memerlukan kesabaran, kerajinan dan kegigihan
murid-murid untuk mengusahakannya sendiri. Para pelajar bolehlah mengkaji cara
pembelajaran sama ada secara kinestetik, oditori ataupun visual untuk membantu pelajar
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Sesetengah pelajar mungkin menyukai cara
pembelajaran dengan mendengar muzik, namun cara ini mungkin menganggu pelajar yang
lain. Proses pembelajaran memerlukan pengorbanan dilakukan, namun begitu keputusan
yang diperoleh senantiasa manis. Para pelajar perlulah tabah dan tidak mengenal erti penat
dan lelah untuk meraih kejayaan. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang, oleh hal yang demikian, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadi murid yang cemerlang! 

Anda mungkin juga menyukai