Anda di halaman 1dari 6

AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:               

Nomborkan penggalan ayat.

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan

Subjek Predikat

FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3

Ayat songsang:

i.        2+3+1

ii.       2+1+3

iii.      3+1+2

iv.     3+2+1
Ayat Biasa:

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)

2 3 1

Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)

2 1 3

Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)

3 1 2

Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)

3 2 1

Di kedai itu membeli buku dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan sukar dalam
fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang. Bagaimana untuk
menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara mudah  untuk menyelesaikannya melainkan dengan
latihan dan menggunakan jadual bantuan penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii) Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang

berterusan.

Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii) Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii) Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

PROSES MENGGUNAKAN FORMULA PERUBAHAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG.

 i.       Penggalkan kata atau frasa daripada ayat biasa.

 ii.      Susun kata dan frasa untuk menentukan ayat songsang yang boleh anda bina.

Ayat biasa.

1 2 3 4 5

Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara

Hasilan pertama:

Ayat songsang pertama.

4 5 3 1 2

petah berbicara sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan kedua:

Ayat songsang kedua

3 4 5 1 2

sungguh petah berbicara Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan ketiga:

Ayat songsang ketiga

5 4 3 1 2

berbicara petah sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang boleh berbentuk
seperti di bawah.

1.   Petah berbicara sungguh peserta pertandingan pidato itu.

2.  Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

3.  Berbicara petah sungguh peserta pertandingan pidato itu. ( Ayat kurang baik-gugurkan)
Cuba aplikasi latihan di atas menggunakan jadual pembinaan ayat songsang di atas untuk membina
lebih daripada satu ayat songsang. Latihan kendiri sebagai tambahan sekiranya anda mempunyai
masa lapang atau senggang sebagai menduga kemahiran anda. Selamat mencuba.

Skema Latihan 1

(i) Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii) Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii) Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.

Skema Latihan 2

(i) Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii) Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

Anda mungkin juga menyukai