Anda di halaman 1dari 7

Ayat Songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang
pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) .
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan
penegasan kepada predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat
songsang berlaku tanpa ada penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan
imbuhan kerana perubahan di dalam ayat melibatkan perubahan kedudukan
perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan atau imbuhan ayat songsang
anda salah dari segi binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)

Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-
lah, -tah, dan –kah)

Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)

Dialah / ibu saya. (susunan songsang)

Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat
susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a) Pendepanan Frasa Kerja

i. Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)

Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Zaleha membaca buku. (susunan biasa)

Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)


iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)

Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b) Pendepanan Frasa Adjektif

i. Pendepanan kata adjektif sahaja.

Ramli rajin. (susunan biasa)

Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.

Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)

Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.

Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)

Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat

Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)

Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama

i. Frasa sendi nama sebagai predikat.

Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)

Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)


ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan


biasa)

Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan


songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:

Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:

Nomborkan penggalan ayat.

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

KGND - Ketiga Frasa Kerja Objek Frasa Keterangan


Transitif

Subjek Predikat

FORMULA:

Ayat Biasa : 1+2+3

Ayat songsang:

i. 2+3+1

ii. 2+1+3

iii. 3+1+2

iv. 3+2+1
Ayat Biasa:

1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)

2 3 1

Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)

2 1 3

Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)

3 1 2

Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)

3 2 1

Di kedai itu membeli buku dia

Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan
sukar dalam fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat
songsang. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara
mudah untuk menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual
bantuan penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang


berterusan.

Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan
biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

Saya bantu anda dengan menyenaraikan skema jawapan. Sebaik-baiknya buat


latihan dulu barulah melihat skema di bawah.

PROSES MENGGUNAKAN FORMULA PERUBAHAN AYAT BIASA KEPADA AYAT


SONGSANG.

i. Penggalkan kata atau frasa daripada ayat biasa.

ii. Susun kata dan frasa untuk menentukan ayat songsang yang boleh anda
bina.

Ayat biasa.

1 2 3 4 5

Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara


Hasilan pertama:-

Ayat songsang pertama.

4 5 3 1 2

petah berbicara sungguh Peserta pertandingan pidato itu

Hasilan kedua:-

Ayat songsang kedua

3 4 5 1 2

sungguh petah berbicara Peserta pertandingan pidato


itu

Hasilan ketiga:-

Ayat songsang ketiga

5 4 3 1 2

berbicara petah sungguh Peserta pertandingan pidato


itu

Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang
boleh berbentuk seperti di bawah.

1. Petah berbicara sungguh peserta pertandingan pidato itu.

2. Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

3. Berbicara petah sungguh peserta pertandingan pidato itu. ( Ayat kurang baik-
gugurkan)

Cuba aplikasi latihan di atas menggunakan jadual pembinaan ayat songsang di atas
untuk membina lebih daripada satu ayat songsang. Latihan kendiri sebagai
tambahan sekiranya anda mempunyai masa lapang atau senggang sebagai menduga
kemahiran anda. Selamat mencuba.
Skema Latihan 1

(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda


banjir.

Skema Latihan 2

(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

Anda mungkin juga menyukai