Anda di halaman 1dari 5

1

SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat. Contoh: 1. (Ali) (suka makan nasi goreng berlada).

2.(Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).

Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; i). Susunan biasa ii). Susunan songsang Susunan Biasa Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut: Subjek + Predikat Susunan Biasa (Subjek + Predikat) Predikat Subjek 1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu. berjaya 3. Semua pelajar kita dalam peperiksaan tahun lalu. 5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia. 7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya. dapat melemahkan tenaga pekerja 9.Penyalahgunaan dadah negara kita.

Subjek 2. Beberapa buah bangunan 4. Setiap tuntutan 6. Setengah-setengah bangunan itu 8. Hampir semua pekarja 10. Negeri-negeri pantai timur

Predikat musnah dalam kebakaran itu. akan mendapat layanan. masih kukuh lagi. telah hadir dalam majlis tersebut. masyhur dengan perusahaan kraftangan.

Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh berikut: 1. (a). Bapa saya dia. (b). Dialah bapa saya. 2. (a). Adik kami datang semalam. (b). Datangkah adik kami semalam?. 3. (a). Daya kita apa? (b). Apatah daya kita?. Dalam ayat susunan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi. Contoh; 1. Pengawai itu pun tidak melayan kita. 3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua.

2. Saya ingin juga ke sana. 4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.

Susunan Songsang. Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu; a. Pendepanan seluruh predikat. Predikat + Subjek

Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek. Susunan Biasa Subjek + Predikat Perangainya baik sungguh. Pendaki itu berjaya juga akhirnya. Orang itu sangat rajin. Rasa buah itu enak sekali. Penyesalannya tidak berguna lagi. Ayam itu sudah mati agaknya. Pegawai itu masih belum sampai. Ahmad sungguh bernasib baik. Surat itu dari seberang laut agaknya. Bapanya petani. b. Pendepanan sebahagian daripada predikat. i. Pendepanan frasa kerja Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Susunan Songsang Predikat + Subjek (Baik sungguh perangainya.) (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.) (Sangat rajin orang itu.) (Enak sekali Rasa buah itu.) (tidak berguna lagi penyesalannya.) (Sudah mati agaknya ayam itu.) (Masih belum sampai pegawai itu.) (Sungguh bernasib baik Ahmad) (Dari seberang laut agaknya surat itu.) (Petani bapanya)

1. 2. 3. 4. 5.

kata kerja sahaja Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang. Hati saya terkilan tadi. Mereka bekerja setiap hari. Dia terduduk di situ. Bayi itu menangis setiap malam.

(Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.) (Terkilan hati saya tadi.) (Bekerja mereka setiap hari.) (Terduduk dia di situ.) (Menangis bayi itu setiap malam.)

1. 2. 3. 4.

kata kerja dengan objek Dia membaca buku di perpustakaan. Pak Abu menanam jagung tahun ini. Hatiku terpaut oleh kemesraannya. Sampah itu dibakarnya. kata bantu dengan kata kerja Budak-budak itu masih bermain. Anaknya belum sampai ke sekolah. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok. Guru itu sedang mengajar. ii. Pendepanan frasa adjektif

(Membaca buku dia di perpustakaan.) (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.) (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.) (Dibakarnya sampah itu.)

1. 2. 3. 4.

(Masih bermain budak-budak itu.) (Belum sampai anaknya ke sekolah.) (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.) (Sedang mengajar guru itu.)

1. 2. 3. 4.

Pendepanan Kata Adjektif Sahaja Dia sakit pada masa itu. Badannya lesu sepanjang masa. Calon itu baik dalam semua pelajarannya. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba. Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif Barang itu belum tentu baik. Bangunan itu masih teguh lagi. Pesakit itu sedang sakit tenat. Anak pendeta itu sudah tentu pandai. iii. Pendepanan frasa sendi nama

[Sakit dia pada masa itu.] [Lesu badannya sepanjang masa.] [Baik calon itu dalam semua pelajarannya.] [Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.]

1. 2. 3. 4.

(Belum tentu baik barang itu.) (Masih teguh lagi bangunan itu.) (Sedang sakit tenat pesakit itu.) (Sudah tentu pandai anak pendeta itu.)

1. 2. 3. 4.

Frasa sendi nama sebagai predikat. Barang-barang itu untuk ibu. Surat itu tentu daripada Ali. Arahan itu tetap kepada pekerjanya. Tiket basnya masih pada saya.

[Untuk ibu barang-barang itu.] [Tentu daripada Ali surat itu.] [Tetap kepada pekerjanya arahan itu.] [Masih pada saya tiket basnya.]

1. 2. 3. 4. 5.

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Saya berpegang pada janji. [Pada janji saya berpegang.] Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah. [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.] Perarakan itu menghala ke bandar. [Ke bandar perarakan itu menghala.] Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. [Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.] Kami mengait buah itu dengan galah. [Dengan galah kami mengait buah itu.] ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------SUSUNAN AYAT SONGSANG Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat. Pendepanan seluruh predikat. Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa) Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang) Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan kah) Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek) Dialah / ibu saya. (susunan songsang) Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya Dia) Pendepanan sebahagian daripada predikat. (a) Pendepanan Frasa Kerja i. Pendepanan kata kerja: Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa) ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek. Zaleha membaca buku. (susunan biasa)

Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu. Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa) b) i. Pendepanan Frasa Adjektif Pendepanan kata adjektif sahaja. Ramli rajin. (susunan biasa)

Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu. Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa) Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat. Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa) Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang) iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat Haji Nasser masih segak amat.(susunan biasa) Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang) c) Pendepanan Frasa Sendi Nama i. Frasa sendi nama sebagai predikat. Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa) Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang) ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa) Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

Anda mungkin juga menyukai