Anda di halaman 1dari 10

B

Tatabahasa : Ayat Songsang


SUSUNAN AYAT SONGSANG
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan
dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada
predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah,
-tah, dan kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat
susunan biasa tetapi subjeknya Dia)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)
i.

Pendepanan Frasa Kerja


Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)


Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii.

Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Zaleha membaca buku. (susunan biasa)


Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.

Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)


Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)

Pendepanan Frasa Adjektif


i.

Pendepanan kata adjektif sahaja.


Ramli rajin. (susunan biasa)

Rajin Ramli. (susunan songsang)


ii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv.

Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat


Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)

Pendepanan Frasa Sendi Nama


i.

Frasa sendi nama sebagai predikat.


Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii.

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)

Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1

Dia

Membeli

buku

di kedai itu.

KGND - Ketiga

Frasa Kerja Transitif

Objek

Frasa Keterangan

Subjek

Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.

2+3+1

ii.

2+1+3

iii.

3+1+2

iv.

3+2+1

Ayat Biasa:
1

Dia

membeli buku

di kedai itu.

Membeli buku

di kedai itu

dia

Membeli buku

dia

di kedai itu

Di kedai itu

Dia

membeli buku

Di kedai itu

membeli buku

dia

Contoh ayat songsang (i)

Contoh ayat songsang (ii)

Contoh ayat songsang (iii)

Contoh ayat songsang (iv)

Susunan Ayat Biasa dan Susunan Ayat Songsang


SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan
predikat.
Contoh:
1. (Ali) (suka makan nasi goreng berlada).
2. (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;
i). Susunan biasa
ii). Susunan songsang

Susunan Biasa
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen
subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam
contoh-contoh berikut:
1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.
6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.
7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
8. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.
9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan
kraftangan.
10.
Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga
pekerja negara kita.
Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti
-lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang

menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan,


seperti dalam contoh berikut:
1. (a). Bapa saya dia.
(b). Dialah bapa saya.
2. (a). Adik kami datang semalam.
(b). Datangkah adik kami semalam?.
3. (a). Daya kita apa?
(b). Apatah daya kita?.
Dalam ayat susunan biasa, Kata penekan yang biasa
digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.
Contoh;
1. Pengawai itu pun tidak melayan kita.
2. Saya ingin juga ke sana.
3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
5. Orang itu tidak akan datang lagi.
Susunan Songsang.
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang
melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan
songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan
subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti

diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat


iaitu;
a. Pendepanan seluruh predikat.
Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului
subjek.
1. Perangainya baik sungguh.
2. Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
3. Orang itu sangat rajin.
4. Rasa buah itu enak sekali.
5. Penyesalannya tidak berguna lagi.
6. Ayam itu sudah mati agaknya.
7. Pegawai itu masih belum sampai.
8. Ahmad sungguh bernasib baik.
9. Surat itu dari seberang laut agaknya.
10.

Bapanya petani.

b. Pendepanan sebahagian daripada predikat.


i. Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
kata kerja sahaja
1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.
2. Hati saya terkilan tadi.
3. Mereka bekerja setiap hari.
4. Dia terduduk di situ.
5. Bayi itu menangis setiap malam.
kata kerja dengan objek
1. Dia membaca buku di perpustakaan.
2. Pak Abu menanam jagung tahun ini.
3. Hatiku terpaut oleh kemesraannya.
4. Sampah itu dibakarnya.
5. Budak-budak itu kena pukul kelmarin.
kata bantu dengan kata kerja
1. Budak-budak itu masih bermain.
2. Anaknya belum sampai ke sekolah.

3. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.


4. Guru itu sedang mengajar.
5. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota.
ii. Pendepanan frasa adjektif
Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
1. Dia sakit pada masa itu.
2. Badannya lesu sepanjang masa.
3. Calon itu baik dalam semua pelajarannya.
4. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.
5. Orang itu bijak.
Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
1. Barang itu belum tentu baik.
2. Bangunan itu masih teguh lagi.
3. Pesakit itu sedang sakit tenat.
4. Anak pendeta itu sudah tentu pandai.
iii. Pendepanan frasa sendi nama
Frasa sendi nama sebagai predikat.
1. Barang-barang itu untuk ibu.
2. Surat itu tentu daripada Ali.

3. Arahan itu tetap kepada pekerjanya.


4. Tiket basnya masih pada saya.
5. Dia di Kuala Lumpur dia sekarang.
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
1. Saya berpegang pada janji.
2. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
3. Perarakan itu menghala ke bandar.
4. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
5. Kami mengait buah itu dengan galah.
Sumber Rujukan Penulis:
Nik Safiah Karim et.al.(1993). Tatabahasa Dewan; Jilid
1:Ayat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai