Anda di halaman 1dari 11

NOTA SITAKSIS BAHASA MELAYU –PERSEDIAAN SPM 2021

1. POLA AYAT DALAM BAHASA MELAYU


Apa maksud Pola Ayat Dasar dalam bahasa Melayu?
 Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
 Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal,majmuk, aktif, pasif dan
sebagainya.
 Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek dan predikat.

Bagaimana cara pembahagian pola ayat dasar?


1. Subjek : Frasa Nama (FN) +Predikat: Frasa Nama (FN)
Contoh ayat :Maisarah / pelajar universiti. 4 POLA AYAT DALAM BAHASA MELAYU
2. Subjek :Frasa Nama (FN) +Predikat: Fras aKerja (FK) 1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
Contoh ayat :Amalina/ sedang tidur. 2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)
3. Subjek :Frasa Nama (FN) +Predikat: Frasa Adjektif (FA) 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA)
Contoh ayat :Pemuda itu /pemurah. 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)
4. Subjek :Frasa Nama (FN) + Predikat: Frasa Sendi Nama (FSN)
Contoh ayat :Ibu /di dapur

Latih Tubi:
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada FN + FN, FN + FK, FN+FA, FN+FS dan sila buat pemengalan subjek dan predikat.
1. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: FN + FS
SUBJEK: Pemantauan pegawai kanan itu
PREDIKAT: selama ini dari ibu pejabat sahaja
2. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: ______________________
SUBJEK: _________________________________________________________
PREDIKAT: _______________________________________________________
3. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: ______________________
SUBJEK: _________________________________________________________
PREDIKAT: _______________________________________________________
4. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: ______________________
SUBJEK: _________________________________________________________
PREDIKAT: _______________________________________________________

2. SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM BAHASA MELAYU

Apa itu subjek?


Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan
yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Biasanya subjek ini ialah frasa nama.
Apabila ayat yang disusun itu dalam susunan biasa maka subjeknya adalah berada di permulaan ayat.
Subjek juga boleh berada di tengak-tengah atau di akhir ayat bergantung kepada susunan ayat tersebut.
Apa itu predikat?
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek.
Predikat dalam sesebuah ayat merangkumi kempat-empat pola ayat dalam bahasa Melayu iaitu frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Sekiranya ayat tersebut dalam bentuk susunan biasa maka predikatnya akan ditulis selepas subjek.
Predikat juga boleh berada di hadapan atau di tengah-tengah ayat bergantung kepada susunan ayat tersebut.
Bagaimana cara menentukan subjek dan predikat?
1. Kuasai pola ayat dalam bahasa Melayu  Pembahagian atau pemenggalan kepada
i. Frasa nama + Frasa nama frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat
ii. Frasa nama + Frasa kerja tidak boleh dilakukan tanpa peraturan.
 Dalam ayat (1) di bawah, unsur itu
iii. Frasa nama + Frasa adjektif
membajak, misalnya tidak boleh
iv. Frasa nama + Frasa sendi nama
digabungkan untuk menjadi binaan sebab
2. Kenal pasti susunan ayat tersebut sama ada bentuk itu dan membajak termasuk ke
i. Ayat susunan biasa atau susunan songsang dalam kelompok unsur berasingan.
ii. Ayat aktif ayat pasif  Oleh itu, ayat (1) tidak mungkin boleh
dipenggal dengan memisahkan petani sahaja
Contoh ayat; sebagai frasa subjek, dan itu membajak
1. Petani itu membajak sawahnya setiap hari. sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.

Subjek : Petani itu (FN) (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)


Predikat : membajak sawahnya setiap hari (FK)
2. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu (FN)
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar. (FK)
3. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul (FN)
Predikat : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok (FS)
4. Sihat sungguh Hasrul sejak dia berkahwin.
Subjek :
Predikat :
5. Encik Ahmad guru sekolah yang sangat disegani di kampung itu.
Subjek :
Predikat :

3. SUSUNAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG

 Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat.


 Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) .
 Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.

 Pendepanan seluruh predikat.


Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

 Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

 Pendepanan sebahagian daripada predikat.


(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.


Zaleha membaca buku. (susunan biasa) Membaca buku Zaleha.
(susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)


Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.


Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama


i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.


Ayat biasa: Dia / membeli buku di
kedai itu. Cara Songsangan Ayat: Nomborkan
penggalan ayat.
1 2 3
Dia Membeli buku di kedai itu.
KGND – Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan
Subjek Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3 Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1 Ayat Biasa:
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
Contoh ayat songsang (i)
2 3 1
Membeli buku di kedai itu dia

Contoh ayat songsang (ii)


2 1 3
Membeli buku dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)


3 1 2
Di kedai itu dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)


3 2 1
Di kedai itu membeli buku dia
4. AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Dalam ayat aktif, ‘pelaku’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘benda yang kena buat’ terletak di
belakang (sebagai predikat ayat)
4. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan ‘meN’ , ‘men…kan’ dan ‘men…I’. Contohnya:
(a) Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku di depan dan ikan ialah benda kena buat)

5. Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. Maksudnya, dalam ayat pasif,
‘benda yang kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai
predikat). Bentuk ayat pasif ialah:

(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.

(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya:
i. Baju itu dibasuh oleh kakak.
ii. Meja besar itu ditolak oleh mereka.

6. Ayat pasif terdiri daripada:


(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti
diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:

Ayat Ayat Pasif Diri Pertama


(a) Saya mencuci kasut sekolah.
Aktif (a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima.
(c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Ayat Pasif Diri Kedua


(a) Anda harus menyiapkan
Aktif kerja itu. (a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya. (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu. (d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Ayat Pasif Diri Ketiga


(a) Mereka mengecatAktif
bangunan. (a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
(c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya bersabar.
beratur. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya
(d) Dia sedang menjahit baju. beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
5. CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Apa itu cakap ajuk dan cakap pindah?

A) Ayat Cakap Ajuk


 Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara.
 Cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
 Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “................. ,”.)

B) Ayat Cakap Pindah


 Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada
bentuk karangan atau ayat penyata.
 Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.

Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah
sama.

Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:

 Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.


 Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya;

 menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melarang,
menasihatkan dan sebagainya.

 Bagaimana pelajar menentukan kata kerja berkenaan?

 Pelajar boleh tentukan binaan ayat cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut;
-ayat penyata, ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, ayat tanya, dan ayat seruan
 Contohnya seperti di bawah:-

Jenis ayat ( Cakap Ajuk) Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis cakap pindah
Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan,
menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.

Ayat silaan mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.


Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
Ayat tanya bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin
kepastian.
Ayat seruan bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah,
hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan
sebagainya".
 Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:

Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah


Kata ganti nama diri saya, aku dia, beliau
Kami mereka
Beta baginda
awak, kamu, engkau dia ,-nya
kamu semua mereka
Dia -nya
Kata ganti nama tempat sini situ
ini itu
Kata keterangan masa Sekarang masa itu
hari ini hari itu
Esok keesokkan harinya
Semalam pada hari yang lepas
malam tadi malam yang lepas
Kelmarin dua hari yang lalu
Kata keterangan cara Begini begitu

Contoh penukaran ayat:

1. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

2. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan
ozon.

3. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

4. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu

5. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

6. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul
11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.


Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

Contoh: Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad : Betul tu. Negara kita mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.
Aziz : Tapi ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand,
Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan.
pelancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan harga
istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam
diri.
Jawapan:
___________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________

6. AYAT MAJMUK
 Apa itu ayat majmuk?
 Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.
 Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

1. Ayat Majmuk Gabungan


 Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
 Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan ( dan, serta,
atau, tetapi, sambil, sementara, sebaliknya, seterusnya, lalu dan malahan)
 Contoh pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.


b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Kok Loong masuk ke dalam bilik.


b) Kok Loong tidur.

Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur.

a) Abang memandang saya.


b) Abang ketawa.

2. Ayat Majmuk Pancangan


 Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa
ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung
pancangan.
 Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:

i) Ayat majmuk pancangan relatif


ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif


Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".
Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Relatif

 Ayat induk : Saya membaca majalah itu.


Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


 Ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".
 Contoh pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.


Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Kata hubung : bahawa
1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

(iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


 Ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi
keterangan.
 Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan
keterangan, iaitu:
a. Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab
b. Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata
c. Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila
d. Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun,
namun, sedangkan
e. Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga
f. Keterangan cara -->dengan
g. Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak
 Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan
Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.
Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.

3. Ayat Majmuk Campuran


 Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu;
 terdiri daripada beberapa ayat majmuk.
 Contoh Pembentukan Ayat Majmuk Campuran

Ayat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar.


Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

1. Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan
datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.


Ayat pancangan keterangan : Persekitaran yang bersih dapat menjamin kesihatan seseorang supaya
tidak dijangkiti penyakit.

2. Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak
dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil. Ayat
pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.

3. Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang
garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.


Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.

4. Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk
pergi bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai