Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan
dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada
predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada
penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam
ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan
atau imbuhan ayat songsang anda salah dari segi binaannya.
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah,
dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat
susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
KGND - Ketiga Frasa Kerja Objek Frasa Keterangan
Transitif
Subjek Predikat
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
Apabila anda diberikan ayat biasa dalam binaan ayat yang panjang, timbul perasaan
sukar dalam fikiran anda untuk menukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat
songsang. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, tidak ada cara
mudah untuk menyelesaikannya melainkan dengan latihan dan menggunakan jadual
bantuan penukaran ayat biasa kepada ayat songsang berkenaan.
Cuba latihan di bawah untuk meningkatkan kemahiran anda untuk memahirkan diri
untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang.
Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(ii) Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
Hasilan pertama:-
Ayat songsang pertama.
4 5 3 1 2
petah berbicara sungguh Peserta pertandingan pidato itu
Hasilan kedua:-
Ayat songsang kedua
3 4 5 1 2
sungguh petah berbicara Peserta pertandingan pidato itu
Hasilan ketiga:-
Ayat songsang ketiga
5 4 3 1 2
berbicara petah sungguh Peserta pertandingan pidato itu
Jika dibina semula daripada jadual penukaran ayat songsang di atas, ayat songsang boleh
berbentuk seperti di bawah.
Cuba aplikasi latihan di atas menggunakan jadual pembinaan ayat songsang di atas untuk
membina lebih daripada satu ayat songsang. Latihan kendiri sebagai tambahan sekiranya
anda mempunyai masa lapang atau senggang sebagai menduga kemahiran anda. Selamat
mencuba.
Skema Latihan 1
Skema Latihan 2