Anda di halaman 1dari 2

KATA GANTI NAMA DIRI TANYA

Kata Ganti Nama Diri Tanya


1. Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh:
Apa merujuk kepada benda atau perkara.
Siapa merujuk kepada orang.
Mana merujuk kepada benda atau orang.
2. Partikel kah hanya digunakan apabila kata ganti nama diri tanya digunakan di hadapan ayat.
Contoh:
Apakah nama bangunan yang tertinggi di dunia? [betul]
Nama bangunan yang tertinggi di dunia apakah? [salah]
3. Kata ganti nama diri tanya yang digandakan akan bertukar menjadi kata ganti tak tentu.
4. Contoh kesalahan dalam ayat:
Dia tidak membawa apa kelengkapan memasak untuk perkhemahan kerana terlupa. [salah]
Dia tidak membawa apa-apa kelengkapan memasak untuk perkhemahan kerana terlupa. [betul]
SOALAN LATIHAN
A. Soalan Subjektif
Garisi kata ganti nama diri tanya yang betul.
1. (Apakah / Siapakah ) yang menjadi ketua pengawas sekolah tahun ini?
2. Perkara yang dibincangkan itu ( mana / apa )?
3. Nama pelajar yang baru datang itu ( siapa / apa )?
4. Rombongan yang datang itu dengan ( siapa / apa )?tanya Izzat kepada pemuda itu.
5. ( Apakah / Siapakah ) yang datang bersama-sama kamu semalam?tanya ibu kepada Rahman.
B. Soalan Berformat Peperiksaan
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Orang yang berada di dalam bilik itu __________?tanya Amin kepada Ainun.
A. apa
B. siapa
C. apa-apa
D. siapa-siapa

2. ____________ yang dibaca oleh Husna ketika berada di dalam kelas itu?
A. Apa
B. Apakah
C. Manakah
D. Siapakah

3. Ada ____________ yang tidak bersetuju dengan cadangan ayah? tanya ayah kepada anak-anaknya.

A. apa
B. siapa
C. sesiapa
D. mana-mana

4. Dalam kalangan kamu, _____________kah yang ingin menyertai perkhemahan ini? tanya guru penasihat
kepada pelajarnya.
A. mana
B. siapa
C. siapa-siapa
D. mana-mana
5. Awak hendak lekatkan lukisan itu pada ___________?tanya ibu.
A. apa
B. siapa
C. mana
D. sesiapa

Anda mungkin juga menyukai