Anda di halaman 1dari 20

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

PANDUAN
MENGERJAKAN UMRAH

KEMASKINI : 25 JAN 2014

KRS TRAVEL SDN BHD


No. 167 Jalan Lavender Heights 4, Lavender Heights,
70450 Senawang,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
www.krstravel.com.my
Email : krs_travel@hotmail.com
Tel : 06-6776666 Fax : 06-6770066

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

KANDUNGAN
1. PANDUAN PENDAFTARAN

2. PANDUAN VISA

3. PANDUAN UMRAH

3.1 PENGERTIAN UMRAH


3.2 HUKUM UMRAH
3.3 RUKUN UMRAH
3.4 BACAAN-BACAAN DALAM UMRAH
3.5 LARANGAN SEMASA IHRAM
3.6 TAWAF DAN SAIE
3.7 UMRAH PENERBANGAN TERUS KE MADINAH
3.8 UMRAH PENERBANGAN TERUS KE MAKKAH
3.9 SENARAI SEMAK KEPERLUAN JEMAAH

4. MANFAAT TAKAFUL

5. CONTOH ATURCARA

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

1.0 PANDUAN PENDAFTARAN

1.1 TEMPAHAN

o Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahulua sebanyak


RM1,000.00 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 30 hari
sebelum berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket.

o Kanak-kanak berumur dibawah 2 tahun hanya dikenakan harga tiket


penerbangan dan visa (lebih kurang RM1,000) kecuali visa ziarah @
perlancong.

o Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk


kepada perubahan dari masa ke semasa tanpa notis

o Harga pakej adalah termasuk

Kos Pengurusan
i) Tiket penerbangan pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan visa
umrah
ii) Penginapan, pengangkutan dan makanan di Tanah Suci (Madinah &
Mekah)
iii) Lawatan dan ziarah di Mekah dan Madinah
iv) Kursus dan bimbingan sebelum berlepas ke Tanah Suci (tarikh, masa dan
tempat akan ditetapkan oleh pihak syarikat)

Cenderamata
i) Beg sandang besar dan beg sandang kecil
ii) Kain Ihram / Telekung untuk jemaah dewasa
iii) Buku panduan umrah, buku Yassin dan Uncang
kasut & luggage tag
iv) Air zam zam 10 liter

1.2 PEMBATALAN

Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket (30 hari sebelum
berlepas), hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan
dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah
dibayar oleh syarikat akan dikenakan

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

1.3 PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat dengan cara;

1. Tunai
2. Cek atau Bank Draf (atas nama KRS TRAVEL SDN BHD)
3. Bank-In atau Pindahan Akaun (No Akaun CIMB : 0506 0015 793 054) Sila
fax kan salinan pembayaran ke KRS Travel 06-6770066 atau emel ke
websitekrs@gmail.com

2.0 PANDUAN PERMOHONAN VISA

Bagi tujuan permohonan VISA, para jemaah diminta menyediakan dokumen berikut;

1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari
tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna
putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala
lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
3. Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau
swasta.

Bagi Jemaah Wanita Bawah 45 Tahun/Lelaki Bawah 18 Tahun:


Pergi Bersama Mahram
1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.
2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan sijil lahir
3. Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki - Salinan kad
pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua).
4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki Salinan sijil lahir anak
lelaki tersebut.

Mahram Bersama Bapa Tiri(Yang Belum Kahwin)


1. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki
kandung(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung(COP JPN &
WISMA PUTRA)
3. Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA
PUTRA)

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

5. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN
& WISMA PUTRA)

Mahram Bersama Bapa Tiri(Yang Sudah Berkahwin)


1. LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA
PUTRA)
2. Salinan sijil nikah(COP JAWI & WISMA PUTRA)
3. Salinan kad pengenalan suami (COP JPN & WISMA PUTRA)
4. Salinan Sijil lahir anak tiri(COP JPN & WISMA PUTRA)
5. Salinan surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)
6. Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN &
WISMA PUTRA)

Mahram Bersama Bapa Saudara(Sebelah Bapa)


1. LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
(COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
2. Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik
lelaki kandung
(COP JPN & WISMA PUTRA)
3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
(COP JPN & WISMA PUTRA)
4. Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI
(COP JPN & WISMA PUTRA)

Mahram Bersama Bapa Angkat(Bin Dengan Nama Bapa Angkat)


1. Salinan Surat pengambilan anak angkat( COP WISMA PUTRA)
2. Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT(Bin Dengan Nama Lain)


1. Salinan Surat pengambilan anak angkat(COP WISMA PUTRA)
2. Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)
3. Salinan surat perintah mahkamah(COP WISMA PUTRA)

Makluman:
1. PASPORT SEMENTARA (BERWARNA COKLAT) - hanya boleh daftar pakej
untuk umrah direct sahaja(SV,MH & AIR ASIA)
2. TIDAK SAH UNTUK PAKEJ UMRAH TRANSIT DAN ZIARAH(ISTANBUL,
MESIR, OMAN,JORDAN, BAITULMAQDIS,LONDON PARIS, SPAIN,
MOROCCO & ABU DHABI)

Bagi Muallaf Yang Pergi Bersama Suami/Adik Beradik Lelaki Kandung


1. Salinan kad/surat memeluk agama islam
2. Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

Bagi Warganegara Asing :


1. Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari
6 bulan atau salinan kad pengenalan.
2. Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen
di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami
isteri dengan warganegara.
3. Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap tiap majikan.
4. Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan
daripada majikan tempat mereka bekerja
5. Jika pasport indonesia/thailand/filipina/pakistan SUAMI ISTERI
memiliki permaustautin tetap(PR) salinan sijil nikah(luar dari malaysia)
perlu diendorsed di kedutaan & wisma putra.

NOTA :
1) Semua dokumen perlu diserah dalam masa 30 hari dari tarikh
penerbangan.
2) Sekiranya jemaah gagal berbuat demikian pihak krs tidak akan
bertanggung jawab dalam kelewatan pemprosesan visa.

3.0 PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

3.1 PENGERTIAN UMRAH

Mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan Tawaf dan
Saie menurut syarat-syarat dan Rukun-rukunnya serta menunaikan segala Wajib-
wajibnya.

3.2 HUKUM UMRAH

Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang
mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1) Firman Allah

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

2) Hadis Nabi dari Aisyah R.A

Maksudnya : Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: Adakah


diwajibkan jihad ke atas wanita? Jawab Baginda S.A.W: Ya (diwajibkan
jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di
dalamnya iaitu haji
dan umrah.

Menurut Mazhab Imam Syafie : Kewajipan menunaikan umrah ini boleh dilakukan pada
bila-bila masa dalam kehidupan muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika
menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama
mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah
afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini
atas diri seseorang muslim.

3.3 RUKUN UMRAH

SAIE

BERGUNTING/
BERCUKUR

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

3.4 BACAAN-BACAAN DALAM UMRAH

1) Niat Umrah dan Ihram di Miqat (Wajib)





Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

2) BacaanTalbiah (Sunat)








"Hamba-Mu datangmenyahutpanggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang
menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu dating menyahut panggilan-Mu Tuhan yang
tidak ada sekutu bagi-Mu.Hamba dating menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya
segalapujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu
bagi-Mu".

3) Bacaansemasatawaf





"Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh
kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka"

4) BacaanSemasaSaie ( Sunat)




,






Ya Allah kurniakan kami seluruhkebaikanketika di dunia, dan seluruh kebaikan
ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka, tuhanku, ampunilah,
sayangilah, maafkanlah, bermurahlah dan hapuskanlah apa yang Engkau ketahui
dari dosa ku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang kami sendiri
memang tidak ketahui. Sesungguhnya Engkau Ya Allah, Maha Tinggi lagi Maha
Pemurah.

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

5) Bacaan semasa Tahallul atau Bergunting



Ya Allah, jadikanllah untuk setiap helai rambut yang aku gunting menjadi
cahaya padahari kiamat

3.5 LARANGAN SEMASA IHRAM

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

3.6 TAWAF DAN SAIE

3.7 PENERBANGAN TERUS KE MADINAH

A) Di Rumah
1) Sediakan dalam Beg Bimbit (hand luggage) Sepersalinan Pakaian.untuk
dipakai jika perlu
2) Kemasan diri (potong kuku, syampoo rambut dan sbgnya)
3) Mandi Sunat Musafir dan Solat Sunat Musafir dan doa bermusafir 4. Pakai
pakaian biasa sahaja ke airport
4) Baca Doa keluar rumah dan baca doa naik kenderaan. Bergerak ...ke
Airport. Lapor diri 3 jam sebelum waktu berlepas.

B) Di Airport KLIA
1) Serah begasi untuk CHECK IN, kemudian dapatkan Tag nama, ...Pasport
serta Boarding Pass(Tiket kapal terbang) dari Petugas KRS.
2) Jumpa / Salam dengan Keluarga yang menghantar dan masuk awal ...ke
Bilik Menunggu / Pintu Berlepas >1 Jam sebelum waktu berlepas >
melalui Kaunter Imigresen/Pasport. Mungkin menaiki Aero Train ...jika
Terminal Satelite
3) Pastikan dalam Beg Bimbit (hand luggage) dan beg sandang kecil ...tidak
mengandungi benda-benda yang dilarang dibawa kedalam ...pesawat
(pisau,gunting,ketip kuku dsb)

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

4) Tunaikan Solat Fardu mengikut waktu secara Jamak & Qasar ...samaada
Jamak Taqdim atau Jamak Takhir

C) Di dalam kapalterbang ke Madinah


1) Semasa berlepas, baca doa naik kapal terbang dan isi masa yang ...ada
dengan berzikir,berselawat, berdoa dan membaca Al quran ...disepanjang
penerbangan.
2) Isi Borang masuk Arab saudi

D) Di Airport MADINAH
1) Ketibaan di Airport Madinah, Uruskan Pasport mengikut Mahram 2. Ambil
Beg masing-masing dan bawa keluar
2) Serahkan Pasport kepada ketua rombongan
3) Jalan berkumpulan menaiki bas untuk ke Kota Madinah (masa
...perjalanan 30 minit)

E) Di Kota Madinah
1) Tiba di Hotel, dapatkan kunci bilik, simpan beg dan rehat seketika. makan
dahulu jika makanan dah disediakan
2) Solat Fardu > Jamak dan qasar di hotel jika belum disempurnakan
3) Solat Berjamaah di Masjid Nabawi dan ikut Program yang di ....aturkan
sepanjang berada di Madinah

F) Dari Madinah ke Makkah


1) Siapkan Bag Pakaian Besar lebih awal dan turunkan ke Lobby
2) Mandi Sunat Ihram(sunat) dan Solat Sunat Ihram(sunat)
3) Makan dahulu jika makanan telah disediakan dan Bersedia naik bas
mengikut arahan
4) Dari Hotel ketempat miqat 10km. Tiba di Masjid Bir ali/Zulhulaifah, Solat
Sunat Ihram jika belum dilakukan kemudian Berniat Ihram Umrah
(Rukun1) dilakukan di Miqat (Wajib 2)
5) Selepas niat umrah, Jaga Pantang Larang Ihram (Wajib 3)
6) Bertalbiah di sepanjang perjalanan Ke Makkah

G) Di Makkah
1) Baca doa ketika mula melihat rumah-rumah di Makkah
2) Tiba di Hotel, dapatkan kunci bilik, simpan beg dan rehat seketika. Makan
dahulu jika makanan dah disediakan
3) Berkumpul dilobby dengan berWuduk dan ikut Mutawif untuk
menyempurnakan Tawaf (Rukun ke2), Saie (Rukun ke3) dan
seterusnya Bercukur/Bergunting (Rukun ke4).Tunggu kawan2 /
keluarga kemudian balik ke hotel

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

4) Tertib(Rukun ke5) >Alhamdulillah, maka selesai Umrah Pertama .

Nota :
* Umrah ke2 > Miqat: Jakranah
** Umrah ke3 >> Miqat : Hudaibiah

Program Lawatan/Ziarah Luar akan di atur mengikut kesesuaian

3.8 UMRAH TERUS KE MAKKAH

Sekiranya pakej Umrah itu terus ke Mekah, maka tatacara Umrah adalah seperti berikut;

A) Di Rumah
1) Sediakan dalam Beg Bimbit (hand luggage)>Pakaian Ihram, Tali
Pinggang dan Selipar yang sesuai untuk dipakai di tempat Transit nanti
2) Kemasan diri (potong kuku, syampoo rambut dan sbgnya)
3) Mandi Sunat Musafir
4) Solat Sunat Musafir dan doa bermusafir
5) Pakai pakaian biasa sahaja ke airport
6) Baca Doa keluar rumah dan baca doa naik kenderaan.
7) Bergerak ke Airport dan Lapor diri 3 jam sebelum waktu berlepas.

B) Di Airport KLIA
1) Serah begasi untuk CHECK IN, kemudian dapatkan Tag nama, Pasport
serta Boarding Pass(Tiket kapal terbang) dari Petugas KRS.
2) Jumpa/Salam dengan Keluarga yang menghantar dan masuk awal ke
Bilik Menunggu/Pintu Berlepas >1 Jam sebelum waktu berlepas > melalui
Kaunter Imigresen/Pasport. Mungkin menaiki Aero Train jika Terminal
Satelite
3) Pastikan dalam Beg Bimbit (hand luggage) dan beg sandang kecil
tidak mengandungi benda-benda yang dilarang dibawa kedalam
pesawat (pisau,gunting,ketip kuku dsb)
4) Tunaikan Solat Fardu mengikut waktu secara Jamak & Qasar samaada
Jamak Taqdim atau Jamak Takhir

C) Di dalam kapal terbang KLIA ke Transit


1) Semasa berlepas, baca doa naik kapal terbang dan isi masa yang ada
dengan berzikir,berselawat, berdoa dan membaca Al quran disepanjang
penerbangan
2) Tiba di Transit ambil Transit Boarding Pass/Tiket kapal terbang
seterusnya

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

D) Di Airport Transit (masa 2jam)


1) Berjalan ke Surau Airport Transit
2) Tukar pakaian ke Pakaian Ihram (Wajib 1)
3) Ambil Wuduk >Solat Fardu secara Jamak &Qasar jika belum selesai) dan
Solat Sunat Ihram
4) Bersedia masuk ke Bilik Berlepas 1jam sebelum waktu penerbangan

D) Di dalam kapal terbang Transit ke Jeddah


1) Semasa berlepas, baca doa naik kapal terbang dan isi masa yang ada
dengan berzikir,berselawat, berdoa dan membaca Al quran disepanjang
penerbangan
2) Niat Umrah (Rukun1) dilakukan sebelum sampai di Miqat (Wajib 2) di
Qarnul Manazil ->2 jam sebelum sampai Jeddah dari perjalanan ke dua
3) Selepas niat umrah, Jaga Pantang Larang Ihram (Wajib 3)
4) Isi Borang masuk Arab Saudi

F) Di Airport JEDDAH
1) Ketibaan di Airport Jeddah, Uruskan Pasport mengikut Mahram
2) Ambil Beg masing-masing dan bawa keluar
3) Serahkan Pasport kepada ketua rombongan
4) Jalan berkumpulan, ikut Mutawif menaiki bas untuk ke Makkah (masa
perjalanan 2jam Jeddah-Makkah)
5) Solat Fardu di Masjid sekitar Jeddah mengikut kesesuaian
6) Talbiah di sepanjang perjalanan Jeddah- Makkah

G) Di Makkah
1) Baca doa ketika mula melihat rumah-rumah di Makkah
2) Tiba di Hotel, dapatkan kunci bilik, simpan beg dan rehat seketika. makan
dahulu jika makanan dah disediakan
3) Berkumpul dilobby dengan berWuduk dan ikut Mutawif untuk
menyempurnakan Tawaf (Rukun ke2), Saie (Rukun ke3) dan
seterusnya Bercukur/Bergunting (Rukun ke4)
4) Tertib(Rukun ke5) Alhamdulillah selesai Umrah Pertama

* Umrah ke2 dan ke3 akan diaturkan dengan Lawatan/Ziarah Luar


mengikut kesesuaian waktu > Miqat: Jakranah >> Miqat : Hudaibiah

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

3.9 SENARAI SEMAK BARANG KEPERLUAN

A) KEPERLUAN AM

Bil Barangan Keperluan Kuantiti Tersedia


(Cadangan) (/)

1 Buku rekod rawatan Jemaah Haji 1


2 Buku doa 1
3 Lencana nama 1
4 Beg pakaian (besar) 1
5 Beg saiz kecil (bimbit) 1
6 Beg sejadah 1
7 Beg plastic (baju kotor) 2
8 Uncang kasut/selipar 1
9 Uncang batu 1
10 Ubat-ubatan ringan secukupnya
(panadol,vitamin,plaster,dll)
11 Gunting kecil untuk bertahallul 1
dan pemotong kuku
12 Pencuci muka 1
13 Tisu paket (saiz kecil) 2
14 Ubat gigi 1
15 Berus gigi 1
16 Sabun mandi dan shampoo 1
17 Pelembap bibir 1
18 Sikat 1
19 Lampu suluh 1
20 Rantai tangan 1
21 Penyangkut baju 3
22 Kasut biasa 1
23 Selipar 1
24 Kunci beg 1
25 Handphone (beserta roaming) 1
26 Kamera (jika perlu) 1
27 Soket universal 1

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

B) KEPERLUAN JAMAAH LELAKI

Bil Barangan Keperluan Kuantiti Tersedia


(Cadangan) (/)

1 Tuala ihram 2
2 Tali pinggang 1
3 Baju biasa 2
4 Baju Melayu 2
5 Singlet berlengan / berzip 4
6 Seluar panjang 2
7 Kain pelekat 3
8 Kopiah 2
9 Tuala mandi 2
10 Tuala kecil 2
11 Stokin 2
12 Baju tebal / jaket 1
13 Pakaian tidur 2
14 Pakaian dalam (seluar & baju) secukupnya

C) KEPERLUAN JAMAAH PEREMPUAN

Bil Barangan Keperluan Kuantiti Tersedia


(Cadangan) (/)

1 Telekung sembahyang 2
2 Mini telekung 2
3 Baju kurung 3
4 Baju maxi 2
5 Pakaian Tidur 2
6 Stokin 3
7 Sarung tangan 3
8 Tuala mandi 2
9 Tuala kecil 2
10 Baju tebal 1
11 Pakaian dalam (seluar & baju) secukupnya
12 Pelembap muka dan tangan 1
(lotion)
13 Tuala wanita nipis (pantyliner) secukupnya
14 Pin baju Secukupnya
15 Getah rambut Secukupnya

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

4.0 MANFAAT TAKAFUL

Setiap jamaah akan menyumbang sebanyak RM50.00 untuk Perlindungan TAKAFUL. Di


bawah adalah jadual manfaat untuk TAKAFUL tersebut;

Jenis Kemalangan / Peristiwa Sumbangan (RM)


Kematian / Hilang upaya kekal menyeluruh akibat
20,000.00
kemalangan
Bantuan Segera Perbelanjaan Pengkebumian 1,000.00
Pembatalan atau Pemendekkan Perjalanan 2,000.00
Perlindungan Bagasi 2,000.00
Perbelanjaan Perubatan 2,000.00
Perbelanjaan Hospital 5,000.00
Liabiliti Persendirian (third party) 100,000.00

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

5.0 CONTOH ATURCARA

PAKEJ 12H/10M : KUL-JED/JED-KUL


HARI TEMPAT ACARA
01 KLIA- Jemaah diminta berkumpul empat (4) jam sebelum waktu
berlepas di aras 5, untuk urusan check-in bagasi dan
JEDDAH- MADINAH boarding past.

Tiba di Jeddah, selepas pengurusan imigrasen jemaah


dibawa menaiki bas menuju ke Madinah dan daftar masuk
ke hotel Madinah.
02 MADINAH Sarapan pagi - Ziarah Makam Rasulullah SAW dan
perkuburan Baqi. Acara bebas.
03 MADINAH Sarapan pagi - Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid
Tujuh dan Pasar kurma Bebas.
04 MADINAH - MEKAH Ziarah wida - Berangkat ke Makkah. Berihram di Bir Ali.
Tiba di Makkah check in hotel berehat. Mengerjakan
umrah acara bebas.
05 MEKAH Acara bebas jemaah digalakkan beribadah secara
berkumpulan terutama jemaah wanita.
06 MEKAH Sarapan pagi - Ziarah Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah,
Mudzalifah,Mina & Jaaranah (di Jaaranah jemaah boleh
berniat ihram mengerjakan umrah).
07 MEKAH Acara bebas (Perbanyakan Ibadah / Tawaf sunat)
08 MEKAH Sarapan pagi - Lawatan ke Hudaibiyah Miqat ke 3.
Melawat ke ladang unta, kilang Kelambu Kaabah (tertakluk
kepada kebenaran).
09 MEKAH Acara bebas jemaah dinasihatkan beribadah secara
berkumpulan atau mengikut mahram masing masing.
10 MEKAH Acara bebas jemaah dinasihatkan beribadah secara
berkumpulan atau mengikut mahram masing masing.
11 MEKAH-JEDDAH Tawaf Wida Melawat sekitar Jeddah (Insyallah ke Masjid
Terapung), sementara menanti waktu berangkat ke KLIA.
12 KUALA LUMPUR Sampai ke Kuala Lumpur. Insya-Allah. Semoga mendapat
Umrah yang makbul.

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

BEG CENDERAMATA

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

PENGASAS
KRS TRAVEL SDN BHD

TUAN HAJI SSUNAIBARI BIN MOHAMMAD KHALIL


DAN
ANAK-ANAK

KRS Travel Sdn Bhd


PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH 2014

TERIMA KASIH DARI KAMI


DI ATAS
SOKONGAN ANDA

KRS Travel Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai