Anda di halaman 1dari 37

PANDUAN UMRAH

UMRAH (bahasa Arab: ) )Hampir mirip dengan ibadah haji, ibadah ini dilaksanakan dengan cara melakukan beberapa ritual ibadah di kota suci Makkah, khususnya di Masjidil Haram. Pengertian umrah pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al Haram (Kaabah) kerana mengerjakan tawaf, sa'ei dan bertahalul (bercukur) dalam keadaan berihram setelah bermiqat iaitu menurut syaratsyarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya. Perbezaan umrah dengan haji adalah pada waktu dan tempat. Umrah dapat dilaksanakan setiap hari, setiap bulan, setiap tahun dan hanya di Makkah, sedangkan haji hanya dapat dilaksanakan pada beberapa waktu diantara 8 Dzulhijjah hingga 12 Dzulhijjah serta dilaksanakan sampai ke luar kota Makkah. Pada amnya, ada 3 kategori umrah: - Umrah Mufradah ( Umrah Terpisah dari Haji) - Umrah Tamattu (Dalam Waktu Musim Haji) - Umrah Sunat (Selain daripada di atas)

RUKUN UMRAH
RUKUN bermaksud perkara perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan Umrah kita SAH. Sekiranya tertinggal walaupun satu rukun, atau tidak dilakukan mengikut syaratsyarat yang sepatutnya, maka Umrah itu tidak sah dan jemaah masih lagi dala m ihram dan wajib mematuhi segala larangan ihram walaupun telah kembali ke tanah air. Oleh itu Rukun Umrah adalah teramat penting untuk dija ga atau diperhatikan.
Rukun umrah ada 5: 1. Niat & Ihram Umrah 2. Tawaf Kaabah 7 pusingan 3. Sa'ei antara Bukit Safa dan Bukit Marwah 4. Tahalul : Bercukur atau Bergunting Rambut Kepala 5. Tertib.

RUKUN UMRAH

WAJIB UMRAH
WAJIB bermaksud pekerjaan yang WAJIB dilakukan SESUDAH BERNIAT IHRAM UMRAH. Jika tidak dilakukan sama ada sengaja atau terlupa, umrah itu tetap sah tetapi dikenakan DAM. Jika sengaja meninggalkan perkara wajib umrah maka hukumnya berdosa. Jika tidak sengaja, tidak berdosa. Perlu dibezakan antara RUKUN UMRAH dengan WAJIB UMRAH.

- RUKUN UMRAH: sekiranya tidak dilakukan manamana satu daripadanya sama ada sengaja atau tidaksengaja, maka umrahnya tidak sah . - WAJIB UMRAH: jika tidak dilaksanakan sah umrah tersebut.

WAJIB UMRAH ada 2 iaitu: 1. Berniat ihram di MIQAT 2. Meninggalkan perkaraperkara larangan semasa berihram (Menjaga pantang larang ihram).

NIAT

BERMIQAT SEBELUM BERUMRAH

SEMPADAN TANAH HARAM

MIQAT UNTUK JEMAAH MALAYSIA YANG MASUK TERUS KE MAKKAH MELALUI JEDDAH & YANG MASUK MELALUI MADINAH

DALAM BERIHRAM

PANTANG LARANG

5 TERTIB

MANDI SUNAT IHRAM & SOLAT SUNAT IHRAM (SUNNAH)


Sebelum berniat ihram Umrah di Miqat, sebaiknya hendaklah menyempurnakan amalan-amalan sunat berihram. Untuk MANDI SUNAT IHRAM (DI HOTEL) , lafaznya :

" Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta'ala "
Seterusnya SOLAT SUNAT IHRAM (DI MIQAT). Lafaz niatnya :

" Sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua pula bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas. Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan sebelum melewati/ melintasi sempadan Miqat.

CARA BERIHRAM

1. RUKUN NIAT IHRAM UMRAH


Niat ihram Umrah sudah boleh dilakukan sebaik sahaja selesai bersembahyang sunat Ihram dan SEBELUM MELEWATI/MELINTASI SEMPADAN MIQAT. LAFAZ NIAT IHRAM: " Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala "

JAGA PANTANG LARANG


HARUS DI INGAT: Sebaik sahaja berniat ihram, seseorang itu telah terikat dengan PANTANG LARANG DALAM IHRAM. Jika melanggar pantang-larang semasa dalam ihram, seseorang itu hendaklah membayar DAM.

Setelah itu eloklah membanyakkan bacaan TALBIAH disepanjang perjalanan hingga sampai ke Masjidil Haram untuk mengerjakan rukun-rukun Umrah selanjutnya.

NIAT IHRAM
Setelah solat sunat ihram maka maka pasanglah niat ihram untuk umrah. Lafaz niat ihram umrah:

Nawaitul umrata wa ahramtubihaa lillahi taala Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala

TALBIAH
Labbaika Allahumma Labbaik. Labbaik Laa Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nimatah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

2. RUKUN TAWAF
Pengertian Tawaf : Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad.

PERMULAAN TAWAF
Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajar Al Aswad ditempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul Aswad dan sunat berniat : " Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala " ( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. ) Mulakan Tawaf dengan ISTILAM dan lafaz : "Bismillahi Allahu Akbar, Walillahil Hamd" 3X

ISTILAM
1. TAKBIR BISMILLAHI WALLAHU AKBAR 2. PEGANG HAJAR ASWAD SECARA ISYARAT 3. KUCUP TANGAN TANDA MENGUCUP HAJAR ASWAD

CARA ISTILAM

RUKUN YAMANI & SELANJUTNYA


Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan melafaz Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan seterusnya membaca : " Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin " Sampai sahaja di Hajarul Aswad, lakukan Istiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doa-doa. Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh dilakukan maka lakukan Tawaf dan Saiee tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

SOLAT SUNAT TAWAF & MINUM AIR ZAMZAM SAMBIL BERDOA.


Setelah tawaf, lakuka solat 2 raka'at Sunat Tawaf di belakang maqam Ibrahim jika boleh atau di tempat lainnya di masjidil haram dengan membaca SURAH AL KAFIRUN pada raka'at pertama dan AL IKHLAS pada raka'at kedua. PERINGATAN APABILA SELESAI SOLAT SUNAT TAWAF DAN SEKIRANYA BERPECAH, PERGI BALIK KE TEMPAT YANG DIUMUMKAN TADI UNTUK MENUNGGU JEMAAH YANG LAIN. SEMASA MENUNGGU BOLEHLAH MINUM AIR ZAMZAM sambil BERDOA KE ARAH KIBLAT.

3. RUKUN SAEI
Pengertian Sa'ei : - Sa'ei adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. Setelah selesai solat sunat tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sa'ei. Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah (Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sa'ei Umrah dengan niat : " Ya Allah!. Aku hendak Sa'ei antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala " Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd." Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sa'ei jika berkemampuan.

BUKIT SAFA

PERJALANAN SAIEE

KAWASAN LAMPU HIJAU

BUKIT MARWA

MELALUI LAMPU HIJAU


Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki, berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud : " Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah " Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang -kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd." Ini bererti telah sempurnalah sekali sa'ei. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa Sa'ei yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).

SAEI SETERUSNYA HINGGA KE 7 & BERAKHIR DI BUKIT MARWA


Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambailambai serta bertakbir: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd."

Ini bererti telah sempurnalah sekali sa'ei. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa Sa'ei yang kedua dan doa-doa yang lain ( jika termampu ).

4. RUKUN TAHALUL
Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja. Manakala mereka yang tidak mempunyai rambut, sunat baginya melalukan mata pisau di kepalanya. Tahallul :Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.

5. RUKUN TERTIB
Tertib pada kebanyakan rukun - Adapun rukun Umrah, wajib dikerjakan satu demi satu mengikut tertib.

RINGKASAN

TATACARA UMRAH

5 TERTIB

Sekian, Terima Kasih Semoga mendapat Umrah yang Mabrur

Anda mungkin juga menyukai