Anda di halaman 1dari 15

Ibadah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat
Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur
atau bergunting.

1. Beriham Dari Miqat


Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari
mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut
adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:


Tan'im : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.

Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.

Ja'ranah : Di sebelah timur sejauh 16 km.

Adhah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Hudaibiyah : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi
sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.

Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah
di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di
Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang
melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah
mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu
telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):


Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga
merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi
jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km)
juga dinamakan satu marhalah.

Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi
penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang
dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini
tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah
dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad
dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau
mungkin) atau jauh darinya.
3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari
Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.

Doa Bersaie:

Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu,
kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku,
tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya.

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak
ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh
mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari
perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.

Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah

Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu
sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan
secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya
Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:

Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar
dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian
yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah
menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan
keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami
memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Bukit Marwah:
Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:

Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu
sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan
secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya
Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:

Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar
dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian
yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah
menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan
keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami
memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting


Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.

Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian
biasa.
Keterangan Pakej Umrah Ziarah
Harga Pakej Termasuk:

 Tiket penerbangan kelas ekonomi.


 Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.

 Visa Umrah

 Penginapan, Makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara.

 Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)

 Umrah 3 kali bersama mutawwif.

 Beg pakaian , beg sandang & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)

 Insuran Berkelompok ( Bagi jemaah berumur 18 - 65 tahun sahaja pada hari penerbangan) dan hanya untuk
warganegara Malaysia sahaja.

Notis: Perlindungan takaful ini tidak melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan
penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. Selaras dengan Jadual Akta ke-4, Akta Industri Pelancongan,
Jemaah /anggota pelancongan dinasihatkan membeli perlindungan insuran perjalanan.

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK

 Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.


 Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan
timbangan bagasi.

 Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang
dan/atau surcaj bahan api.

 Tambahan kos visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.


 Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan

Pemohonan Visa Umrah Ziarah


Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak
bersongkok / Wanita: Bertudung warna gelap : Hitam digalakkan)

3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat MUNAWWAR TRAVEL & TOURS selewat-lewatnya 45 hari
sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 30 hari sebelum 1 Ramadhan)

*Syarat-syarat terkini:

1 Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18
tahun.

2 Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.

3 Jemaah wanita berumur 45 tahun tidak boleh mohon visa WOMEN GROUP. Women Group hanya boleh untuk
Jemaah berumur 46 tahun ke atas.

4 Peraturan 6 bulan sekali untuk umrah dikuatkuasakan mulai 21 Januari 2015.


5 Consent letter - Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung,
adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan:

JEMAAH MAHRAM DOKUMEN DIPERLUKAN NOTA

1 Isteri Suami  Salinan sijil nikah  Pastikan salinan Sijil Nikah telah
disahkan oleh Pejabat Agama dan
Wisma Putra (Kementerian Luar
Malaysia)
 Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut
jelas bagi mengelakkan keraguan oleh
pihak Kedutaan Arab Saudi.

 Surat akuan sumpah bagi menunjukkan


hubungan suami-isteri tidak diterima
oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

2 Anak perempuan Bapa  Salinan Sijil Lahir  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut
dan anak lelaki di telah disahkan oleh Pejabat
bawah 18 tahun Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma
Putra
 Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut
jelas bagi mengelakkan keraguan oleh
pihak Kedutaan Arab Saudi.
 Surat akuan sumpah bagi menunjukkan
hubungan anak dan bapa tidak diterima
oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

3 Anak angkat Bapa Angkat  Salinan Sijil angkat (JPN)  Pastikan dokumen tersebut telah
dan disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

 Surat Kuasa Mahkamah  Bagi anak angkat yang mempunyai


Syariah/Pejabat Agama nama bapa angkat di dalam paspot dan
(Surat Kuasa Hak Jagaan Sijil Anak Angkat, salinan Sijil Anak
Anak) Angkat tersebut hanya perlu disahkan
oleh Wisma Putra sahaja dan tidak
perlu surat kuasa dari mahkamah.

4 Anak tiri Bapa Tiri  Salinan Sijil Lahir  Pastikan dokumen berkenaan telah
disahkan oleh Pejabat Pendaftaran
 Surat Kuasa Mahkamah Negara(JPN) dan Wisma Putra
Syariah/Pejabat Agama
(Surat Kuasa Hak Jagaan  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut
Anak) jelas bagi mengelakkan keraguan oleh
pihak Kedutaan Arab Saudi.
 Letter of Consent dari bapa
kandung serta lampirkan  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan
salinan kad pengenalan hubungan anak dan bapa tidak diterima
bapa. oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

5 Anak saudara Bapa Saudara  Salinan sijil lahir anak  Pastikan dokumen berkenaan telah
sebelah bapa saudara, disahkan oleh Pejabat Pendaftaran
sahaja. Negara(JPN) dan Wisma Putra
(Bapa saudara  Salinan sijil lahir bapa
sebelah ibu tertakluk saudara,  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut
kepada budi bicara jelas bagi mengelakkan keraguan oleh
kedutaan Arab Saudi)  Salinan sijil lahir bapa pihak Kedutaan Arab Saudi.

 Letter of Consent dari bapa  Surat akuan sumpah bagi menunjukkan


kandung sahaja serta hubungan anak dan bapa saudara tidak
lampirkan salinan kad diterima oleh pihak Kedutaan Arab
pengenalan bapa. Saudi.

6 Cucu Datuk Sebelah bapa  Salinan sijil lahir,  Pastikan dokumen berkenaan telah
sahaja. disahkan oleh Pejabat Pendaftaran
(Datuk sebelah ibu  Salinan sijil lahir bapa Negara(JPN) dan Wisma Putra
tertakluk kepada budi
bicara kedutaan Arab  Letter of Consent dari bapa  Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut
Saudi) kandung sahaja serta jelas bagi mengelakkan keraguan oleh
lampirkan salinan kad pihak Kedutaan Arab Saudi.
pengenalan bapa.
 Surat akuan sumpah bagi menunjukkan
hubungan anak dan bapa saudara tidak
diterima oleh pihak Kedutaan Arab
Saudi.

 Bagi bapa dan ibu yang telah


meninggal salinan Sijil Kematian perlu
disahkan oleh Pejabat Pendftaran
Negara (JPN) dan Wisma Putra
(Kementerian Luar Malaysia)

7 Warganegara asing Pemastuatin Tetap (Permanent  Bagi pembantu rumah (Maid) majikan
Residence) perlu ikut serta.
Kad Pengenalan Asal dan salinan
Kad Pengenalan.  Visa perlu sah laku tempoh 6 bulan ke
atas.
Visa Pekerja (Employment Pass)
Surat pengesahan majikan.
Visa Pelajar (Student Visa)
Surat pengesahan dari
Kolej/Universiti/Sekolah.
Visa Keluarga (Social
Visit)/Independent Pass)
Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir.

Download Letter of Consent di sini.

Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang
disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di Imigresen ketika hendak ke luar negara nanti.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia:
http://sspi2.imi.gov.my/

Semakan Status Kawalan Imigresen


Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan
kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

Penempahan
1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1000 dan bayaran penuh hendaklah
dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

2. Sila bayar terus ke dalam akaun kami :-

Bank CIMB Bank Berhad

Nama MUNAWWAR TRAVEL & TOURS SDN BHD


No Akaun 8601759350

3.

4. Fax slip bayaran ke 03-2770 2580 atau email ke admin@umrahmunawwar.com.

5. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM2,500).

6. Harga kanak-kanak di antara 2 tahun hingga kurang 12 tahun.


(Tanpa Katil - Diskaun RM500, Ada Katil - Diskaun RM200)

7. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan


 Badal (upah) haji : RM 2,500.00

CAJ PEMBATALAN

Seminggu selepas pendaftaran Potongan sebanyak RM100(kecuali tangguh@tukar tarikh)

45 hari sebelum tarikh berlepas Potongan separuh daripada bayaran deposit(kecuali


tangguh@tukar tarikh)

30 hari sebelum tarikh berlepas Deposit tidak akan dikembalikan(kecuali tangguh@tukar tarikh)
Sekiranya visa,tiket penerbangan,tempahan hotel dan lain-lain Jemaah dikehendaki membayar jumlah yang ditetapkan oleh
sudah dibuat syarikat.

KURSUS (TIDAK WAJIB)

 Hari : Sabtu
 Jam : 10.30 Pagi - 12.30 pagi

 Lokasi : Dewan Taklimat Munawwar Travel & Tours

 Sila buat pendaftaran sebelum hadir kursus : munawwartravelntours@gmail.com

Maklumat Hotel
Pakej ekonomi

MEKAH

 Saraya Ajyad @Setaraf (200-250 Meter)

MADINAH

 Madinah Al Mubarak @ Setaraf (80-100 Meter)

Penerbangan - Tiket Ekonomi

Elaun Bagasi
*Penerbangan - Tiket Ekonomi
Penerbangan Elaun Bagasi (Pergi - Balik) Air Zam-zam (Balik) Surcaj Lebihan Bagasi

Saudi Airlines (SV) 1 beg sahaja (Max 23kg/beg) 5 Liter USD 100/beg

Malaysia Airlines (MH) Max 20kg 10 Liter RM 110/kg

Egypt Air (MS) 2 beg sahaja (Max 23 kg/beg) 10 Liter USD 250/beg atau USD 125/kg

Turkish Airlines (TK) Max 30kg 10 Liter SGD 40/kg

Fireflyz (FY) Max 20kg/30kg (balik) 10 Liter RM 40/kg

Royal Jordanian (RJ) Max 20kg 10 Liter RM 110/kg

Oman Airways (WY) Max 30kg 10 Liter RM 95/kg

Etihad Airways (EY) Max 40kg 10 Liter USD 20/kg

Ethiopian Airlines (ET) Max 30kg 10 Liter TBA


AirAsia X Max 20kg/30kg (balik) 10 kg TBA

*Nota: Maklumat ini diperoleh dari syarikat penerbangan dan tertakluk kepada perubahan.

Panduan Pakaian / Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci


PAKAIAN LELAKI PAKAIAN WANITA

Tuala Ihram 2 Telekong Solat 2

Tali pinggang 1 Mini Telekong 2

Baju Biasa 2 Baju Kurung 3

Baju Melayu 2 Baju Maxi 2

Singlet Berlengan 4 Baju Tidur & Seluar Panjang 2

Seluar Panjang 2 Stokin 3

Kain Pelikat 3 Sarung Tangan 1

Tuala Mandi 2 Tuala Mandi 2

Tuala Kecil 1 Tuala Kecil 1

Stokin 2

Selipar Getah 1 Selipar Getah 1

Kasut Biasa 1 kasut Biasa 1


LAIN-LAIN

Buku Doa (kecil) 1

Penyangkut Baju 5

Beg Pakaian(Besar)-Berkunci 1

Gunting Kecil 1

Beg Sejadah 1

Lencana Nama 1

Beg Bimbit Sederhana 1

Ubat Gigi 1

Berus Gigi 1

Sabun Mandi 1

Uncang Besar 1

Anda mungkin juga menyukai