Anda di halaman 1dari 9

Dakwah dari segi bahasa ialah seru atau ajak.

Dari segi istilah pula merujuk kepada menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadat kepada Allah S.W.T. satu perjuangan suci untuk menegakkan agama Allah S.W.T. di muka bumi ini. Orang yang berdakwah dianggap mulia oleh Allah S.W.T. Mereka digelar khairu ummah atau sebaik-baik umat kerana mereka mengajak orang beriman kepada Allah bagi memperoleh kebahagiaan di dunia dan diakhirat serta mereka menyambung tugas para nabi dan rasul disamping turut membantu dalam mengatasi masalah sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Hukum dakwah ialah wajib dilaksanakan oleh setiap orang islam mengikut keupayaan diri masing-masing. Tujuan berdakwah secara ammnya adalah membuka minda orang kafir agar menerima islam dan mengajak manusia melakukan kebaikan di muka bumi disamping mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat. Berdakwah merupakan tanggungjawab setiap orang islam yang perlu dilakukan dengan cara tersendiri. Sebaik-baik berdakwah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nahl ayat 125 yang bermaksud; Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan cara hikmah, menasihati dengan baik, dan bincanglah dengan cara terbaik. Sesungguhnya, Tuhan mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang sesiapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui tentang sesiapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk. Antara cara berdakwah yang dapat kita simpulkan melalui ayat diatas ialah berhikmah atau bijaksana,nasihat dan pengajaran yang baik, pendebatan yang berkesan serta melakukan apa yang dikata. Antara cara berdakwah ialah dengan cara berhikmah atau bijaksana seperti menggunakan pendekatan yang penuh santun melalui lisan dan tingkah laku. Cara ini dapat menarik minat masyarakat terutama orang bukan islam untuk mengenali dan menghayati keindahan ajaran islam. Pendakwah juga harus memastikan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan kumpulan sasar di samping selari dengan syariat islam. Rasullullah S.A.W. adalah contoh terbaik dalam pendakwahan. Sebagai contoh, Baginda telah berjaya menyebarkan agama Islam ke seluruh semenanjung Tanah Arab melalui strateginya menandatangani perjanjian Hudaibiyah. Hal ini menunjukkan bahawa Rasullullah berdakwah dengan cara berhikmah atau bijaksana. Sebagai

pendakwah, kita haruslah melakukan aktiviti dakwah dengan ikhlas tanpa mempunyai maksud tersirat seperti kepentingan peribadi atau memenuhi cita-cita tertentu yang bercanggah dengan ajaran islam. Jelaslah disini bahawa antara cara berdakwah yang baik ialah berhikmah atau bijaksana. Selain itu, memberi nasihat dan menunjukkan pengajaran yang baik juga merupakan salah satu cara berdakwah. Nasihat ialah kata-kata yang boleh mengubah fikiran dan tindakan orang yang mendengar. Nasihat merangkumi kata-kata yang baik dan menyuruh ke arah kebaikan. Pengajaran pula berupa tindakan dan tingkah laku yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Kedua-dua elemen ini penting kepada pendakwah. Kata nasihat dan perlakuan pendakwah hendaklah selari dengan ajaran yang disampaikan. Hal ini kerana kebanyakkan masyarakat akan menilai dari segi luaran sebelum menilai dalaman. Sekiranya pendakwah menunjukkan teladan dan pengajaran yang baik, masyarakat akan tertarik dengan apa yang ingin disampaikan. Pendakwah juga harus menonjolkan kesucian dan kemurnian islam melalui bahasa percakapan, tindakan, dan aktiviti-aktiviti harian pendakwah. Sekiranya meninggikan suara, mencaci- maki, mengumpat dan membuat tuduhan melulu itu bukanlah cara orang berilmu berdakwah. Tegasnya, memberi nasihat dan menunjukkan pengajaran yang baik juga merupakan salah satu cara berdakwah. Melalui perdebatan yang berkesan, pendakwah yang bijak dapat menilai katakata dan pengucapan pihak yang hendak didakwah, misalnya orang yang berpegang teguh dengan ajaran yang dianutinya. Pendakwah yang bijak dapat mengubah fahaman mereka dengan hujah-hujah yang berkesan dan tepat. Jika perdebatan itu membawa kepada kebaikan terhadap usaha dakwah dan agama islam, maka hendaklah diteruskan dengan menitikberatkan ciri-ciri dan kaedah syariat. Dengan cara ini, secara tidak langsung pendengar yang turut mendengar perdebatan tersebut akan tertarik dengan ajaran islam. Perdebatan yang berakhir dengan pergaduhan, sengketa akan membawa kepada gambaran negatif kepada ajaran islam dan haruslah diberhentikan. Dalam perdebatan, pendekatan yang digunakan mestilah bersesuaian dan dihaaruskan oleh islam. Sekiranya berlaku pergaduhan,dan perkelahian, ini membuktikan kelemahan pendakwah itu sendiri dalam menyampaikan hujah. Jelasnya disini bahawa, perdebatan yang berkesan merupakan salah satu cara berdakwah.

Akhir sekali, iaitu melalui sikap dan personaliti pendakwah itu sendiri. Ini merujuk kepada melakukan apa yang dikata atau pun amar makruf, nahi mungkar. Amar makruf, nahi mungkar merujuk kepada menyeru kepada kebaikan, menghindari kemungkaran. Dalam istilah, dakwah dipanggil sebagai dakwah bilhal , tingkah laku, tindakan dan pengucapan yang selari dengan kehendak islam pada setiap masa dan tempat. Pendakwah itu sendiri hendaklah melaksanakan apa yang diujar dan dikata olehnya. Sekiranya pendakwah tersebut sendiri melaksanakan apa yang disampaikan, nescaya masyarakat tidak menafikan dan akan tertarik sertya mengikuti dakwah yang disampaikan olehnya. Apa yang paling penting dalam berdakwah,ialah pergaulan mesra antara satu sama yang lain, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Pergaulan yang baik antara satu sama yang lain akan memberi kesan yang positif kepada pendakwah dan orang yang didakwah. Setiap kata-kata yang diucapkan oleh orang islam akan dinilai oleh orang lain. Jika kata - kata itu menepati dengan apa yang dilakukan dalam kehidupan harian, pasti akan menarik minat masyarakat untuk memahami, menghayati bahkan menganuti agama islam. Menjadi seorang pendakwah adalah merupakan satu kewajipan kepada setiap individu. Kewajipan tidak hanya terhad kepada orang-orang tertentu bahkan ia meliputi seluruh tenaga yang terdapat di dalam masyarakat Islam. Apa yang membezakannya ialah peranan mengikut bidang kemahiran masing-masing. Allah SWT berfirman yang bermaksud : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Surah Ali-Imran ayat 110 )

Namun perlulah diingatkan pendakwah rabbani tidak akan lahir secara automatik dan sendirinya dalam gerakan Islam. Ia perlulah dibentuk dan melalui pelbagai marhalah. Namun pembentukan ini bukanlah satu proses yang mutlak. Ada yang dipilih untuk dibentuk namun gagal lahir sebagai jundi dakwah dan ada yang tidak dibentuk, namun

ternyata keikhlasan bekerja untuk Islam ternyata melebihi orang lain. Sebagai seoarang pendakwah, kita haruslah membentuk serta membimbing diri kita kearah ciri-ciri pendakwah yang baik serta cemerlang dimata umat islam dan masyarakat. Antara ciri ciri manusia yang bergelar pendakwah ialah mempunyai ilmu yang mantap. Dengan ilmu yang mantap, pendakwah dapat memberi hujah-hujah yang bernas semasa menyampaikan ajaran agama islam. Ilmu yang mantap adalah merupakan bekalan yang perlu ada kepada setiap tenaga dakwah. Berapa banyak keaiban yang diterima oleh Islam hanya kerana pendakwah-pendakwah yang bergerak di atas namannya ternyata tidak mempunyai kemantapan ilmu lalu mendatangkan krisis keyakinan kepada masyarakat. Pepatah Arab ada menyebut : Orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan dapat memberikan apa-apa. Sangat jelas bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan bagi seorang pendakwah. Selain itu seorang pendakwah haruslah mengutamakan kepentingan Islam. Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya; Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud; Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam) Maksudnya disini ialah, seseorang pendakwah haruslah mementingkan ajaran islam semasa menyampaikan dakwah. Hal ini amatlah penting bagi seoarang pendakwah. Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjamaah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya; Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.(Al-Qashash:35 )

Firman Allah SWT lagi: bermaksud; Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolongmenolong dalam dosa dan permusuhan.(Al-Maidah:2 ) Firman Allah S.W.T. jelas menunjukkan bahawa seorang pendakwah tidak harus berdakwah secara individu. Sabda Rasulullah SAW: maksudnya; Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah al-Muslimin dan kepimpinan mereka. (Shahih Bukhari, Kitab Fitnah) Tabah dan sabar dalam menghadapi ujian juga merupakan ciri-ciri seorang pendakwah.Ketabahan dan istiqamah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Betapa ramai orang yang ingin lahir sebagai pendakwah namun akhirnya kelayuan sebelum sempat untuk berkembang. Allah SWT berfirman yang bermaksud : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran,142 ) Jelaslah disini bahawa tabah dan istiqamah merupakan ciri-ciri seorang pendakwah.

Sebagai seorang pendakwah, yang paling penting ialah niat yang ikhlas. Niat kerana Allah S.W.T. Kita hendaklah memahami bahawa kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.. Di antara Ubudiyyah kita kepadaNya ialah dengan ketaatan kita kepadaNya. Dakwah dan Amar Makruf Nahi mungkar merupakan salah satu daripada tanggungjawab dan tugas setiap muslim. Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah s.w.t. perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t., semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan untuk mendapatkan habuan dari keduniaan, mendapat kemasyhuran, mendapat kedudukan di sisi manusia dan sebagainya. Dalam setiap amalan, ikhlas merupakan satu yang paling penting dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. Sebagai seseorang muslim, hendaklah dia sentiasa menghindari sikap ujub dalam setiap amalan, termasuklah dalam berdakwah. Ujub ialah satu sifat merasa seronok dengan diri sendiri, merasa

diri sendiri baik, dan menisbahkan kebaikan tersebut kepada diri kita sendiri.Ujub merupakan salah-satu sifat yang paling tercela kerana, seseorang yang menisbahkan kebaikan kepada diri sendiri, seolah-olah mengkufuri nikmat Allah s.w.t. kepadanya, kerana pada hakikatnya, Allah s.w.t.lah yang menjadikannya sebagai seorang insan yang baik dan mengizinkannya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t.. Kalaulah tidak kerana keizinan dan kehendak Allah s.w.t., nescaya seseorang itu tidak mampu mentaatiNya, kerana tiada daya dan kuasa melainkan dengan keizinan Allah s.w.t. dan dariNya. Hayatilah bahawa, Allah s.w.t.-lah mentakdirkan anda sebagai seorang pendakwah, dan apabila anda diberi nikmat ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah s.w.t. yang menjadikan anda sebagai seorang yang taat, dan rendah dirilah di hadapanNya, sambil menyalahkan diri sendiri dan merasakan bahawa amalan kita tidak sempurna. Sebagai seorang pendakwah kita juga harus tawaduk dan menghindari takbur. Rasulullah s.a.w. sebagai contoh yang paling agung. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan sikap rendah diri, walhal Baginda s.a.w.-lah yang merupakan sebaik-baik manusia. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim dan pendakwah, perlulah juga kita mengikuti sifat tawadhuk Rasulullah s.a.w. tersebut khususnya dalam berdakwah.Hindarilah sifat takabbur, yang merasakan diri lebih baik dari orang lain. Apabila kita melakukan usaha Amr bil Makruf wa An-Nahi an Al-Munkar, maka lakukanlah dengan merasakan bahawa setiap orang muslim itu lebih baik dari kita. Pandanglah orang-orang Islam dengan mata rahmat (kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat. Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita, dan dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.Oleh yang demikian, kita akan menasihatinya atas dasar memberi cadangan untuk lebih menyempurnakan dirinya, tanpa merasakan diri kita lebih baik darinya, sebaliknya merasakan diri kitalah yang lebih buruk darinya, kerana boleh jadi orang yang melakukan maksiat tersebut, hanya melakukan satu maksiat sahaja (iaitu maksiat yang kita nampak dia lakukan tersebut), sedangkan kita ini pula, walaupun tidak melakukan maksiat yang dilakukannya, masih banyak lagi maksiat-maksiat lain yang dilakukan oleh kita, yang disembunyikan oleh Allah s.w.t. dari manusia.Dengan rasa keinsafan ini, budaya nasihat akan penuh dengan bungabunga ukhuwah, apabila setiap individu muslim merasai orang yang dinasihatinya

sebenarnya lebih baik dari dirinya. Oleh yang demikian, nasihat akan lebih berbentuk mesra, kerana ianya berbentuk cadangan ke arah kesempurnaan, bukan kritikan ke arah menghina dan merendahkan kedudukan seseorang.Janganlah kita merasakan, diri kita sebagai pendakwah kerana diri kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain, tetapi sebaliknya, berdakwahlah kerana kita rasakan bahawa, ianya sebagai satu tanggungjawab ke atas setiap individu muslim, yang disarankan oleh Allah s.w.t. agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kita lebih soleh dari orang lain. Seterusnya, seorang pendakwah yang rabbani i memiliki iman dan aqidah yang sempurna. Ini kerana, keimanan, keyakinan kepada Allah s.w.t., kefahaman yang sebenar tentang hakikat sesuatu dan kemantapan aqidah Islamiyah merupakan kekuatan yang paling utama dalam menempuhi ranjau di sepanjang jalan dakwah. Seseorang pendakwah perlulah beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar iman, jesteru metahqiqkan makna muroqobah dalam diri yang merupakan nadi ihsan seseorang muslim. Dia hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah s.w.t. di sisinya, yang sentiasa mengawasi dan memerhatikannya, dan merasai kebersamaan Allah s.w.t. yang sentiasa memberi rahmat kepada para hambaNya yang berdakwah di atas jalanNya.Dia juga perlulah mendapat kefahaman yang sempurna mengenai hakikat di sebalik sesuatu, di mana, dia perlulah menghayati konsep tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, dia akan memahami bahawa, dakwah dan usaha islah yang dilakukannya sebenarnya tidak memberi kesan kepada perubahan, tetapi sebaliknya Allah s.w.t.-lah yang Maha Berkuasa dalam memberi kesan perubahan, samada dengan perantaraan usaha dakwah kita ataupun tanpa perantaraan tersebut.Oleh yang demikian, kita berdakwah sekadar menunaikan perintah Allah s.w.t. ke atas kita, dan kita akan sentiasa faham bahawa, Allah s.w.t. tidak memerlukan dakwah kita untuk mengubah masyarakat Islam, tetapi kitalah yang memerlukan usaha dakwah tersebut sebagai taqarrub kita kepada Allah s.w.t.. Adapun natijah dari dakwah tersebut, bukanlah di dalam bidang tugas kita. Apa yang penting, Allah s.w.t. menyuruh kita melakukan sesuatu secara terbaik, oleh yang demikian, kita juga berdakwah secara terbaik, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Apabila seseorang memahami hakikat ini, maka dia akan lebih pasrah, berlapang dada, tenang dan bersabar dalam usaha dakwah, kerana dia tahu bahawa, yang menyebabkan perubahan sesuatu bukanlah usaha dakwah itu sendiri,

tetapi Allah s.w.t.. Usaha dakwah yang dilakukan sekadar melaksanakan perintah Allah s.w.t. sebaik mungkin, dan hanya Dialah yang menentukan kemenangan atau syahid. Inilah aqidah Rasulullah s.a.w., takkala Baginda s.a.w. bersabda: Walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, untuk memaksa aku meninggalkan urusan dakwah ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya. Aku akan meneruskannya sehinggalah Allah s.w.t. memberi kemenangan atau menjadikan aku syahid. Rasulullah s.a.w. sendiri meletakkan natijah dakwah Baginda s.a.w. sebagai urusan mutlak Allah s.w.t., sebagai tanda iman yang mantap, dan melaksanakan dakwah kerana ianya sebagai tugas Baginda s.a.w.. Jadi, Allah s.w.t.-lah yang menentukan natijah sesuatu usaha dakwah tersebut, samada mencapai kemenangan atau syahid (seperti Nabi Yahya a.s.).Imam As-Syarani r.a. menegaskan adab ini dalam buku AlBahr Al-Maurud dan menyatakan bahawa, adab inilah yang asasi dalam berjalan menuju Ilahi s.w.t.. Yang terakhir dan merupakan sesuatu yang ciri yang paling penting, iaitu mempunyai matlamat yang jelas serta mengutamakan perkara-perkara prinsip (Usul) dari perkara-perkara (Furu). Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran, mengajak manusia mengamalkan Islam dalam segenap sudut kehidupan mereka dan memurnikan semula umat Islam dengan mengembalikan mereka kepada identiti Islam yang sebenar. Selain itu, eseorang pendakwah perlulah pandai membezakan antara yang Usul dan yang furu dalam agama, agar mereka tidak terjebak dalam kencah pembaziran waktu, dalam sibuk berdebat mengenai perkara-perkara furu (yang sememangnya merupakan satu lapangan yang banyak perselisihan pendapat, dan tidak perlu berdebat) dan mengabaikan perkara-perkara usul.Hal ini sayugia banyak terjadi di dalam realiti masyarakat Islam hari ini, khususnya di kalangan mahasiswamahasiswi Islam, yang sibuk membincangkan perkara-perkara furu yang padahal mereka tidak lagi layak untuk membincangkan perkara tersebut berdasarkan kecetekan ilmu mereka, apatah lagi bersikap bantah-membantah sehingga membawa ke tahap bidah-membidah. Hal ini amat dikesali oleh para ulama dan dai termasuklah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna sendiri. Gagasan idea Usul 20 Al-Imam

Hasan Al-Banna sendiri hasil dari pertembungan antara dua pihak yang mana, salah satunya menuduh pihak kedua sebagai pelaku bidah dan sebagainya. Oleh yang demikian, Al-Imam Hasan Al-Banna cuba menampilkan satu pelan damai dalam meredakan peperangan pemikiran antara kedua-dua pihak tersebut.Begitu juga, budaya mengutamakan furu dari usul ini turut dikritik dan dibidas oleh Dr. Yusuf AlQaradhawi dalam pelbagai penulisan beliau, samada secara jelas mahupun secara sindiran.Hal-hal seperti membidahkan amalan yasiin malam Jumaat, membidahkan tahlil arwah dan sebagainya sebenarnya satu perkara yang furu dan hanya berkaitan dengan perkara-perkara khilafiyah kerana pihak yang mengamalkannya juga mengambil hujah dari kefahaman mereka terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan AsSunnah juga. Oleh yang demikian, tidak timbul soal bidah-membidahkan dalam perkara-perkara furu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai