Anda di halaman 1dari 20

1

METODE MENDIDIK MUALLAF SEBAGAI DA’I


Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak
Golongan Muallaf adalah golongan yang dilembutkan hati mereka dalam menerima dan
mengamalkan Islam. Sebagai golongan yang menukar agama kepada agama Islam, golongan
ini adalah mereka yang dianggap ‘pakar’ dalam sosio kehidupan masyarakat yang diwakili
mereka sebelum menerima Islam. Artikel ini meneliti cara dan metode yang boleh
dipraktiskan kepada golongan ini dalam usaha melatih mereka menjadi da’I atau pendakwah
dalam masyarakat mereka terutamanya

1.0 Pengenalan
Dakwah merupakan sebahagian daripada kehidupan dan tanggungjawab bagi setiap
insan yang bergelar muslim. Setiap muslim sepatutnya memberi kesedaran pada diri dan
masyarakat dalam mengamalkan ajaran Islam dan menyebarkan syiar Islam di samping
mendidik masyarakat dengan nilai-nilai yang sebenar. Walaubagaimanapun, pengurusan
dakwah boleh dilakukan dengan bentuk sama ada dengan keadaan pendakwah ataupun
sasaran dakwahnya. Namun walaubagaimanapun, cara berdakwah itu haruslah mmiliki
poses perancangan dan pengurusan yang teliti, teratur dan rasional bagi semua pihak.

Berdasarkan sejarah yang tersingkap dahulunya bahawa Rasulullah S.A.W


menjalankan dakwah dengan mengutamakan rujukan asas iaitu berbincang tentang
dakwah, strategi dan perlaksanaannya.Berdasarkan perjalanan dakwah Rasululllah S.A.W
bahawasanya perkara yang utama adalah memberi penekanan yang lebih fokus dalam
menetapkan dakwahnya. Ali R.A pernah berkata bahawa kebenaran yang tidak diurus
dengan baik akan dikalahkan dengan kebatilan yang diurus dengan baik. Oleh yang
demikian itu, role-model yang dibawa oleh Rasulullah SAW menjadi contoh kepada
pendakwah-pendakwah Islam yang lain dan metode dakwah sekaligus.

Ketika mana seseorang itu menyampaikan perkara yang baik dan mahmudah maka
dikenali sebagai pendakwah atau da’i biarpun dari sudut perkataaannya berbeza tetapi
maksudnya adalah sama. Da’i adalah penyambung generasi turun-temurun dari zaman
Rasululllah terus kepada zaman sahabat, para tabi’ tabiin, para ulama dan seterusnya
kesenambungannya itu pula kepada generasi zaman sekarang yang mana kita semua
adalah da’i. Oleh itu, dakwah yang dibawa oleh da’i biasanya dimulai dengan orang
terdekat dahulu iaitu keluarga dan sahabat-sahabat terdekat.Hal ini sangat perlu untuk
2

memastikan bahawa dakwahitu diterima tanpa sebarang keraguan kerana mereka


mengetahui dengan pasti tentang akhlak dan kepribadian da’i.

Ketahuilah bahawa tiap-tiap sistem atau organisasi hidup manusia itu, walau apapun
mestilah bercorakkan pendakwah atau penyerunya yang mengajak manusia untuk
menerima dan mempraktikkannya dengan mengemukakan aspek-aspek kebaikan yang
ada di dalam sistem itu lantas bagi setiap individu atau masyarakat itu bagi memperolehi
faedah yang besar.

2.0 Pendahuluan

Dalam bab ini menerangkan metode mendidik muallaf dengan da’i dalam proses
memberikan kefahaman secara agak terperinci tentang Islam kepada mad’u yang baru sahaja
memeluk Islam. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang kaedah-kaedah sebagai asas
penting dalam menjalankan dakwah dengan mendedahkan cara-cara atau teknik yang jelas
dan betul kepada para da’i dalam menyampaikan dakwah lebih-lebih lagi ketika mendidik
muallaf. . Ini kerana setiap penyampaian yang berkesan dari seorang da’i menyebabkan para
muallaf menjadi yakin dan ingin terus belajar serta mendalami Islam.Justeru, kaedah
mendidik ini lebih berbentuk strategi dalam tuntutan masyarakat Islam khususnya dan
manusia amnya.

Kaedah yang ditumpukan dengan melalui kepakaran seorang da’i adalah lebih berkesan
bukannya melalui kaedah lain. Setiap da’i mengetahui bagaimana hendak mendidik muallaf
dengan apa yang telah diajar oleh syarak yang menjadikan alquran dan al-sunnah sebagai
sumber rujukan. Tambahan pula, seorang da’i mempunyai kriteria yang tersendiri demi untuk
mendidik muallaf walhal da’i menyampaikan dakwah kepada mad’u-mad’u yang lain selain
muallaf. Oleh sebab itulah di dalam bab ini akan diperincikan mengenai metode mendidik
muallaf dengan da’i yang perlu diberikan penekanan agar para pendakwah yang lain dapat
menghayati dan mempraktikkan dalam melaksanakan dakwah Islamiah.

Oleh yang demikian, sistem yang melalui pendakwah dalam mengorganisasi mad’unya
adalah satu cara yabg bijak kerana ia tahu bagaimana metod-metod seruan yang baik dan
berkesan. Justeru itu, hakikat ini membuktikan betapa pentingnya gerakan Dakwah Islamiah
3

melalui da’i digerakkan terus-menerus dan betapa pentingnya ada pendakwah-pendakwah


yang terlatih dan berkebolehan untuk menggerakkan Dakwah Islamiah menuju kejayaannya.

Sesungguhnya para nabi dan rasul ialah kumpulan pendakwahke jalan Allah yang ideal dan
mereka itu mempunyai sifat-sifat yang tertentu dan diwahyukan kepada mereka cara-cara
atau metod-metod dakwah yang betul.Oleh yang demikian, mereka menjadi contoh yang
utama bagi pendakwah-pendakwah dan metod dakwah mereka menjadi metod yang asasi di
dalam gerakan-gerakan dakwah ke jalan Allah.

3.0 Dakwah

3.1 Pengertian Dakwah

Dakwah iaitu berasal daripada perkata arab iaitu ( ‫) دعوه‬yang ertinya dari segi bahasa ialah
menyeru orang kepada sesuatu atau memperangsang orang untuk mendapat sesuatu,
misalnya firman Allah S.W.T :

‫َل ِِّمَّا يَ ْد ُعونَِِّن إِّل َْي ِّه‬


ََّ ِّ‫ب إ‬
ُّ ‫َح‬ ِّ ِّ ‫ال ر‬
َ ‫ب الس ْج ُن أ‬ َ َ َ‫ق‬

Maksudnya :Dia berkata, "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan
mereka kepadaku.( Surah Yusuf : 33 )

‫الس ََلِّم‬
َّ ‫اَّللُ يَ ْد ُعو إِّ َ َٰل َد ِّار‬
َّ ‫َو‬

Maksudnya : Dan Allah mengajak ( menyeru ) ke tempat negeri yang selamat ( syurga ).

Manakala dakwah dari segi istilah pula ialah Nabi Muhammad S.A.W menjadi rasul yang
membawa hidayah dan agama yang benar iaitu Islam, menjadi basyir –‫ ( بشير‬pembawa berita
gembira kepada orang beriman iaitu syurga ). Selain itu, Nabi S.A.W juga menjadi nazir – ‫نزير‬
( pemberi ingatan azab neraka kepada orang yang tidak beriman ), dan menyeru manusia
supaya beriman kepada Allah S.W.T dan Nabi S.A.W yang menjadi contoh al-mukmin / al-
4

muslim al-kamil yang menjadi ikutan yang sebaik-baiknyabagi sesiapa yang hendak mendapat
reda Allah S.W.T.

Dari pendakwahan Nabi Muhammmad S.A.W dan seterusnya diikuti para sahabat, timbullah
beberapa definisi Dakwah Islamiah iaitu antaranya ialah :

1. Menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahatan dan mengingatkan


mereka supaya menjauhi daripada perkara-perkara yang boleh yang menyebabkan
balasan dari azab Allah S.W.T
2. Pelaksanaan usuha alim ulama dan orang-orang yang memahami agama kemudiannya
mengajarnya kepada orang ramai supaya mereka memahami perkara-perkara agama
dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka.

3.2 Hukum berdakwah

Pada dasarnya berdakwah merupakan tugas utama para Rasul yang diutus untuk berdakwah
kepada kaumnya agar mereka beriman kepada Allah SWT, akan tetapi dengan berlandaskan
kepada alquran dan anjuran nabi Muhammad kepada umat Islam di dalam beberapa hadis
tentang keharusan untuk berdakwah, maka dakwah juga diwajibkan ke atas seluruh umat
Islam.

Mengenai hukum dakwah masih menjadi tanda pertanyaan . Apakah jenis kewajipan dakwah
yang ditujukan kepada setiap individu atau kepada sekelompok manusia dan apakah
perbezaan pendapat tersebut? Jelas ini disebabkan perbezaan pemahaman terhadap dalil
naqli iaitu alquran dan hadis, dan kerana keadaan pengetahuan itu dan kemampuan manusia
yang beragam dalam memahami alquran.

Menurut Asmuni Syukir, hukum dakwah adalah wajib bagi setiap muslim, kerana hukum Islam
tidak mengharuskan umat Islam untuk selalu memperoleh hasil yang baik, akan tetapi usaha
yang diharuskan sesuai dengan kemampuan dan keahlian yang dimiliki, sedangkan berjaya
atau tidak adalah dakwah merupakan urusan Allah. Hal ini berlandaskan kepada firman Allah
di dalam alquran surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: :
5

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras,
dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Ibn Taimiyah menyatakan bahawa dakwah merupakan kewajipan secara kolektif iaitu fardhu
kifayah, kerana apabila sekelompok umat telah melaksanakan aktiviti dakwah, maka
kewajipan dakwah sudah terlepas bagi kelompok umat yang lainnya. Ditambahkan lagi oleh
Imam Muhammad Ghazali yang juga menyatakan bahawa umat Islam harus saling membantu
untuk tercapainya tujuan dakwah.

3.3 Metod-metod am dakwah

Secara lebih mengkhusus dan terperinci, metod am dakwah ini dapat digerakkan melalui tiga
cara pendekataaan yang sesuai sebagai panduan berdakwah:

i. Pendekatan sudut emosi


ii. Pendekaatan aspek akal
iii. Pendekatan empirikal

3.3.1 Pendekatan sudut emosi

Pendekatan ini adalah satu usaha dakwah yang boleh difahami dengan menjurus ke dalam
hati dan menggerakkan perasaan dan emosi. Antara metod dan pendekatan yang sesuai ialah
:

i. Melalui nasihat yang baik ( ‫ ) املوعظة احلسنة‬dengan pelbagai teknik yang sesuai dengan
penerima dakwah.
ii. Melalui penyataan simpati dan belas kasihan terhadap situasi penerima dakwah.
iii. Memudahkan penerima dakwah bukannya menyusahkannya.
iv. Menghulurkan bantuan dan perkhidmatan.
6

3.3.2 Pendekatan aspek akal

Pendekatan ini dapat difahami sebagai usaha dakwah yang menjurus kepada minda ( akal )
dan mendorong kepada pemikiran, pemerhatian dan mengambil iktibar. Antara pendekatan
metod yang sesuai ialah :

i. Melakukan perbandingan ( kiasan ) dalam pelbagai cara kiasan dan menghakimkan


secara rasional.
ii. Berdebat, berbincang dan diskusi secara teratur dan ikhlas untuk mencari kebenaran
dan memahami isu yang dipertikaikan.
iii. Membuat contoh dan misal yang terang atau secara tersembunyi ataupun untuk
perumpamaan yang difahami secara mudah.
iv. Kisah-kisah yang mendorong minda supaya bersikap rasional dan dipaparkan supaya
menjadi iktibar.

3.3.3 Pendekatan empirikal

Pendekatan ini adalah salah satu dari kaedah am berdakwah yang merangkumi cara-cara
dakwah menjurus ke atas deria dan pancarindera manusia dari hasil ujikaji serta pengalaman.
Antara kaedah pendekatan ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara:

i. Menarik deria dan pancarindera kepada mengenali perkara-perkara yang dapat dirasa
oleh deria dan indera dan akhirnya akan yakin dan menerima dengan puas.
ii. Cara didikan amali iaitu dengan mengajak golongan penerima dakwah melihat sendiri
tentang cara-cara bagaimana sesuatu suruhan itu dilakukan.
iii. Cara didikan akhlak dengan menunjuk contoh dan tauladan.
iv. Mengubah perkara mungkar dengan tangan.
7

3.4 Perkaitan antara da’i dan mad’u

Da’i adalah pendakwah atau penyeru kepada kumpulan sasaran dakwah untuk membawa ke
arah kebaikan.Manakala mad’u adalah penerima dakwah atau kumpulan sasaran dakwah
seperti muallaf.

4.0 Da’i

4.1 Pengertian Da’i

Kata da’i menurut bahasa adalah isim fail berwazan fa’ilah dari kata ( ‫ داعا‬- ‫ ) دعا – يدعو‬da’aa,

yad’uu, daa’i. Kata da’iyah bermaksud suara kuda dalam satu peperangan kerana ia
menjawab orang yang memanggil panggilannya. Selain itu, da’i dapat didefinasikan iaitu
seseorang yang mengajak manusia supaya beriman kepada Allah S.W.T dan nabi S.A.W serta
menyeru ke arah kebaikan dan beramal dengan ajaran agama-Nya.

Manakala dari segi istilah pula ialah orang Islam yang secara syariatnya mendapat beban
dakwah dan mengajak beriman kepada agama Allah. Tidak diragukan lagi bahawa definisi ini
merangkumi seluruh lapisan dari rasul, ulama,penguasa setiap muslim, baik lelaki mahupun
perempuan.

Keperibadian da’i adalah suatu sifat atau akhlak yang harus ditanam dalam diri seorang
pemdakwah dan diberi tanggungjawab berdakwah yang besar pada jalan Allah.

4.2 Sifat-sifat para da’i

Orang yang menyeru kepada Allah haruslah sentiasa mempelajari sunnah Rasullullah, sejarah
kehidupannya serta akhlaknya. Oleh itu, sebelum seorang pendkawah melangkahkan kakinya
ke medan dakwah hendaklah terlebih dahulu mempersiapkan dirinya dengan sifat-sifat
pendakwah Muslim. Da’i juga dikenali sebagai pendakwah iaitu agen perubahan masyarakat
dalam Islam yang memiliki kriteria-kriteria tertentu berlandaskan syariat. Oleh itu, seruan
yang dibawa oleh da’i tidak akan boleh lekat di hati masyarakat kecuali dengan memberikan
ketauladanan yang baik. Diantara sifat-sifat yang harus dimiliki seorang da’i adalah:
8

4.2.1 Amanah

Amanah merupakan sifat yang harus dimiliki oleh seorang da’i sebelum sifat yang lain kerana
sifat ini merupakan sifat yang dimiliki oleh para rasul. Jika sebaliknya seorang da’i tidak
amanah dengan apa yang dikerjakannya maka akan ditanya dan disoal oleh Allah terhadap
amanahnya itu.Terdapat dalil yang menunjukkan sifat dalil dalam surah an-nisa ayat 58 :

ۚ ‫َّاس أَن ََتْ ُك ُموا ِِّبل َْع ْد ِّل‬ ِّ ِّ ‫اَن‬


َْ َ‫ت إِّ َ َٰل أ َْهل َها َوإِّذَا َح َك ْمتُم ب‬
ِّ ‫ي الن‬ َّ ‫إ َّن‬
َ ‫اَّللَ ََي ُْم ُرُك ْم أَن تُ َؤدُّوا ْاْل ََم‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang


berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil.

4.2.2 Jujur dan benar

Sifat ini berhubung kait dengan sifat amanah dia atas dan sifat ini juga perlu di ambil berat
oleh setiap da’i mahupun dari pihak yang lain. Seseorang yang memiliki sifat ini sudah
semestinya akan dipandang tinggi oleh mayarakat di luar sana. Oleh itu, sebagai seorang
pendakwah yang mahu menarik perhatian oleh para muallaf atau mad’u perlu ada sifat
sebegini dalam diri sebagai tarikan dengan sifat jujur dan benar ini justeru meletakkan pada
tahap tinggi dan tidak boleh diambil remeh-temeh. Terdapat firman Allah dalam surah at-
Taubah ayat 119 tentang sifat jujur :

ِّ ِّ َّ ‫اَّلل وُكونُوا مع‬ ِّ َّ


‫ي‬
َ ‫الصادق‬ ََ َ ََّ ‫آمنُوا اتَّ ُقوا‬
َ ‫ين‬
َ ‫ََي أَيُّ َها الذ‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah
kamu bersama orang-orang yang benar.

4.2.3 Ikhlas
9

Seorang da’i harus mengikhlaskan diri dari semua aspek adalah semata-mata beramal kerana
Allah. Sabda Rasullullah saw dalam hadisnya “ Ikhlaskan;ah amalmu, maka akan cukup
bagimu amal yang sedikit “.

4.2.4 Ilmu

Sebagai seorang da’i adalah menjadi kewajipan baginya dalam menuntut ilmu. Orang yang
menuntut ilmu akan memperolehi pahala sama seperti berjihad pada jalan Allah. Hal ini
sesuai dengan sabda Rasulullah SAW :

ِّ ‫من َخرج ِِّف طَلَب الْعِّل ِّْم فَ هو ِِّف سبِّي ِّل‬


‫هللا َح ََّّت يَ ْرِّج َع‬ ْ َ َُ ُ ََ َْ

Maksudnya: “ Sesiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga
ia ke rumahnya “.

4.2.5 Tingkah laku yang sopan santun

Seorang da’i haruslah mempunyai sifat yang cantik dengan akhlak yang terpuji walau dimana
ia berada. Ini kerana masyarakat yang terdiri daripada mad’u seperti muallaf sentiasa melihat
personaliti atau kredibilitinya.Sikap sopan santun ini juga kebiasaannya berhubung kait
dengan sikap kasih sayang, lemah lembut terhadap muallaf-muallaf. Tuntasnya, wujudnya
sifat ini adalah menginginkan reda Allah s.w.t dan mewujudkan sifat yang baik dari aspek
perbuatan, tutur kata dan akhlaknya. Ini bertepatan dengan hadis nabi saw tentang berkata-
kata dengan pertuturan yang baik :

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang
baik ataupun kalau tidak dapat berkata yang baik, maka hendaklah ia berdiam diri saja”
(Muttafaq ‘alaih, Kebanyakan Ulama Hadits)

4.2.6 Istiqamah
10

Seseorang da’i itu haruslah mempunyai sifat istiqomah dalam melakukan apa-apa pekerjaan
demi mencari reda Allah. Sabda Nabi SAW dari Abu Amr’ dia berkata : Wahai Rasulullah SAW,
katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada
seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian
berpegang teguhlah. (Riwayat Muslim).

4.2.7 Sabar

Sabar adalah menahan jiwa dari cemas, lisan dari mengeluh, dan organ tubuh dari menampar
pipi, merobek-robek baju, dan lain-lain. Sabar merupakan sifat yang unik dan dimiliki semua
manusia.Namun, setiap manusia itu mempunyai tahap-tahap kesabaran tertentu. Oleh itu,
khususnya kepada da’i haruslah bersabar terhadap ujian yang menimpanya sama ada dalam
keadaan bahagia atau sedih, dalam keadaan mudah atau sulit. Allah SWT berfirman :

ِّ َّ
. . . ‫ين يَ ْدعُو َن َرََّّبُ ْم‬
َ ‫ك َم َع الذ‬
َ‫س‬َ ‫اصِّ ِْب نَ ْف‬
ْ ‫َو‬

Maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru tuhannya.”

4.3 Cabaran da’i dalam mendidik muallaf

Di dalam etika melaksanakan dakwah bagi seorang da’i pasti akan mengahadapi cabaran atau
rintangan dalam mendidik muallaf. Antara cabaran da’i mendidi muallaf ialah:

4.3.1 Ingatlah mualaf umpama bayi baru dilahirkan

Umpamakan muallaf bayi yang baru sahaja dilahirkan.Muallaf adalah orang yang baru belajar
bermula daripada kosong. Jadi, para da’i tidak sepatutnya mendidik mereka dengan perkara
yang berat-berat akan tetapi didiklah mereka dengan perkara asas terlebih dahulu.
Diibaratkan seorang ibu menjaga bayi yang baru dilahirkan dengan permulaannya memberi
susu kemudian itu memberi bubur dan seterusnya.Begitu juga muallaf, mereka haruslah
diajar dengan betul tentang perkara asas tanpa paksaan. Sungguhpun perkara itu besar pada
muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim tetapi amat besar pada muallaf.
11

4.3.2 Fokuskan kepada tauhid dan akidah

Rasululllah S.A.W menyampaikan dakwahnya selama 23 tahun.Rasulullah S.A.W


menyampaikan dakwahnya di Mekah selama 13 tahun. Selama 13 tahun itu Rasulullah S.A.W
menyampaikan dakwahnya hanya berkaitan tauhid dan akidah semata-mata dan kemudian
itu barulah turun ayat berkenaan fikah pula.

4.3.3 Ajarkannya dengan pelahan-pelahan

Sebagai da’i haruslah bijaksana dalam menyusun strategi dengan menggunakan pendekatan
al-quran dengan pelahan-pelahan dalam menyampaikan dakwah . Sepertimana Rasulullah
S.A.W juga menyampaikan dakwahnya secara pelahan-pelahan iaitu mengajarkan kepada
orang ramai tentang perkara asas sahaja supaya tidak berat untuk menerimanya.Oleh itu,
sebagai permulaan untuk seorang da’i menyampaikan dakwahnya perlulah memfokuskan
perkara asas terlebih dahulu supaya para muallaf tidak terasa tertekan dan tidak
bersemangat.

4.3.4 Utamakan ibadah wajib berbanding sunat

Para da’i yang membimbing mad’unya mestilah memfokuskan ibadah wajib terlebih dahulu
berbanding ibadah sunat. Jika ibadah sunat diamalkan terlebih dahulu ia akan memberatkan
muallaf. Sebagai contoh, tertimbulnya masalah sekiranya solat tahajud ( solat malam ) dan
puasa sunat diutamakan, sedangkan perkara wajib belum diamalkan secara penuh inikan pula
tekankan ibadah sunat.

4.3.5 Permudahkan

Dalam mengajar muallaf perlulah permudahkan semua perkara dan jangan susahkan mereka
sehingga mereka merasa begitu susah untuk mengamalkannnya. ini bersesuaian dengan
hadith Nabi S.A.W :
12

Mudah-mudahkan jangan susahkan, beri berita gembira jangan takut-takutkan.

(Sahih Bukhari)

Oleh itu, sebagai saranannya kepada para da’i seharusnya permudahkan dan jangan susahkan
dalam amalan Islam kerana Islam itu agama yang indah, mudah dan bukan untuk
dipermudahkan.

4.3.6 Jadikan sebagai adik angkat.

Jadikan muallaf sebagai keluarga angkat sehingga mereka selesa bersama pengajar. Ini akan
membina kepercayaan muallaf kepada pengajar sehingga muallaf merasa ada tempat untuk
berlindung dan berkongsi masalah. Ingat jangan sekali pun membuat perkara yang dapat
menghilangkan kepercayaan muallaf.

4.4 Metod pelaksanaan mendidik muallaf

Dakwah Islamiah merupakan gerakan menyeru manusia seluruhnya supaya beriman dengan
jalan Allah S.W.T iaitu agama Islam berdasarkan ayat al-quran :

‫إن الدين عند هللا اإلسَلم‬

Oleh itu, metode pelaksanaan yang dipilih bagi da’i untuk mendidik muallaf adalah
berdasarkan metode dakwah yang ditentukan Allah S.W.T dalam melaksanakan gerakan
dakwah, maka Allah S.W.T sendiri menentukan metod-metod ini sesuai dengan fitrah
manusia di dalam perintah-Nya kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu dalam firman-Nya :

ِّ ِّ ِّ ‫ك ِِّب ْحلِّكْم ِّة والْمو ِّعظَ ِّة ا ْحل‬


َ ِّ‫يل َرب‬
ِّ ِّ‫ا ْدعُ إِّ َ َٰل َسب‬
َ ‫ك ُه َو أَ ْعلَ ُم ِِّبَن‬
‫ض َّل َعن‬ َ َّ‫س ُن ۚ إِّ َّن َرب‬ ْ ‫سنَة ۚ َو َجاد ْْلُم ِِّبلَِِّّت ه َي أ‬
َ ‫َح‬ ََ َْ َ َ
ِّ ِّ ِّ ِّ
َ ‫َسبيله ۚ َو ُه َو أَ ْعلَ ُم ِِّبل ُْم ْهتَد‬
‫ين‬

Maksudnya: Dakwahlah mereka ke jalan Allah dengan hikmah, nasihat yang baik dan
berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu
13

tentang orang yang menyeleweng (sesat) dari jalan-Nya dan ia lebih tahu tentang orang-orang
yang mendapat petunjuk.

Antara metod-metod dakwah dalam pelaksanaan mendidik muallaf ialah :

4.4.1 Metod Hikmah

Maksudnya meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya dengan menggunakan segala


kebijaksanaan yang ada.Ia juga merupakan salah satu bentuk seruan ke jalan Allah yang
menggunakan kebiijaksanaan pendakwah. Oleh itu, yang disebut kebijaksanaan para da’i
adalah dengan menyampaikan sesuatu kebenaran yang jelas melalui ilmu dan pemikiran
muallaf.Kebiasaannya metod dakwah ini yang dilihat pada beberapa sudut antaranya dari
sudut manhaj dakwah yang mempunyai ketertiban aulawiyah dari segala perancangan iaitu
mendahulukan soal aqidah.Seterusnya, uslub dakwah yang berkaitan dalam pemilihan
manhaj yang munasabah contohnya manhaj emosi untuk emosi dan perasaan, manhaj minda
untuk mentaliti dan manhaj empirikal yang berkaitan penyelidikan manakala wasilah dakwah
yang berkaitan akhlak para da’i itu sendiri.

4.4.2 Metod Maw’izah Hasanah

Maw’izah hasanah merupakan suatu metod yang memberi pendekatan yang mberbentuk
pengajaran dan nasihat yang baik. Ia dapat dilaksanakan dengan pelbagai kaedah sama ada
melalui kata-kata yang jelas lagi lemah-lembut, kefahaman yang mantap, kisah-kisah yang
menarik dan banyak tauladan,peringatan terhadap nikmat Allah untuk disyukuri, janji
pertolongan, kesabaran dan sebagainya.Nasihat yang disampaikan dengan lemah-lembut
oleh da’i itu mampu dapat meresap ke dalam hati dengan halus dan mendalam dan dapat
masuk ke dalam jiwa degan lembut.Jika nasihat yang disampaikan sebaliknya dengan
mengherdik dan mencela pasti mendedahkan kesalahan yang berlaku yang dilakukan oleh
da’i itu sendiri.Ini jelas sekali bahawa metod yang menggunakan teknik kata-kata lemah-
lembut antara usaha yang dapat membantu para da’i untuk menarik muallaf-muallaf melalui
sentuhan qalbu dan pemikiran tentang Islam.
14

4.4.3 Metod Mujadalah

Metod mujadalah merupakan suatu kaedah menyampaikan mesej dakwah secara berbahas
dan berbincang dengan penerima dakwah.Perbahasan atau perbincangan ini difokuskan atau
diberi perhatian lebih kepada kumpulan yang masih mepunyai pengetahuan yang kuat yang
bertungjangkan amalan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.Ia dilakukan dengan cara
berhujjah dan mengemukakan pandangan yang jelas yang berasaskan matlamat dan
membawa kebaikan. Di dalam perbincangan dan pendebatan ini para da’i mesttilah
mempertahankan dialog yang berasaskan kebenaran yang hakiki demi menghakiskan sisa-sisa
kepercayaan pada diri muallaf itu.

4.4.4 Metod Qudwah Hasanah

Metod ini adalah salah satu metod yang bermula ddengan akhlak mulia. Ia juga merupakan
contoh tauladan daripada akhlak para rasul dan nabi. Seterusnya, diwarisi oleh para sahabat
daripada akhlak nabi. Qudwah Hasanah terbahahagi kepada dua iaitu:

1. Qudwah Hasanah yang mutlak atau yang maksum yang terhindar dari kesalahan iaitu
yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
2. Qudwah Hasanah yang tidak maksum yang dilakukan oleh orang-orang salih bukan
rasul atau nabi.

5.0 Muallaf

5.1 Pengertian Muallaf


15

Muallaf ditakrifkan dengan pelbagai takrifan oleh para fuqaha berdasarkan pelbagai
pandangan yang berbeza.Muallaf atau saudara baru ini mempunyai pelbagai definisi dan
takrifan yang dikemukakan oleh kamus-kamus, ulama’ semasa dan sebagainya. Perkataan ini
disebut di dalam al-quran hanya sekali sahaja iaitu berdasarkan petikan daripada surah at-
Taubah ayat 60 yang bermaksud :

“Sesungguhnya sedekah-sedekah ( zakat ) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,dan orang-


orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang
yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah SWT, dan orang-orang musafir (
yang keputusan kewangan ) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah )
sebagai satu ketetapan ( yang datangnya ) daripada Allah SWT. Dan ( ingatlah ) Allah SWT
amat Mengetahui lagi amat Bijaksanaan”.

Perkataan muallaf dari segi bahasa iaitu berasal daripada perkataan arab ‘allafa’ yang
mempunyai pelbagai maksud. Antaranya menjadikan sesuatu angka itu seribu,
mengumpulkan sesuatu antara satu sama lain dengan lain atau mengarang buku.

Dari segi istilah pula makna bagi muallaf ialah individu yang dipujuk dan dijinakkan hatinya
dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam atau orang yang
dipujuk supaya tertarik untuk memeluk Islam.

Menurut Kamus Dewan perkataan muallaf bermaksud orang yang baru memeluk Islam atau
saudara baru. Adapun petikan definisi muallaf daripada Wahbah al-Zuhayli yangmengatakan
bahawa muallaf sebagai golongan yang lemah hatinya terhadap Islam, lalu diberikan zakat
untuk menguatkan pegangan mereka terhadap Islam.

5.2 Faktor-faktor pemelukan Islam muallaf

Setiap muallaf yang baru sahaja memeluk Islam pastinya mempunyai faktor yang
menyebabkan mereka tertarik dengan Islam . Persoalannnya apa hubung kaitnya muallaf
dengan da’i? Sudah pasti bahawa para da’i melaksanakan tugasnya iaitu mendidik muallaf
setelah memeluk Islam untuk menambahkan keyakinan mereka terhadap agama Islam.
Antara faktor-faktor pemelukan Islam muallaf ialah :
16

5.2.1 Pendedahan sejak kecil atau dorongan keluarga

Golongan ini diberi pendedahan sejak kecil lagi yang mana golongan ini dilahirkan dalam
keluarga saudara baru dan mendorong seseorang untuk terus hidup kekal dalam agama Islam
yang dianuti oleh ibu bapa mereka. Di samping itu, percampuran hidup dan ikatan yang tetap
terjalin baik hasil antara ibu bapa yang telah memeluk Islam dengan anak-anak atau ahli
keluarga yang bukan Islam telah membuka pintu situasi yang harmoni justeru secara tidak
langsung ahli keluarga yang bukan Islam tertarik dan ingin terus mengikut pegangan ahli
keluarga mereka yang Islam.

5.2.2 Perkahwinan

Perkahwinan juga memainkan peranan yang penting menyebabkan seseorang yang bukan
Islam menerima Islam walaupun ianya tidak dikategorikan sebagai faktor utama. Sebagai
buktinya ramai di kalangan saudara baru memilih untuk berkahwinan sesama saudara baru.
Dengan langkah yang demikian akan memudahkan antara satu sama lain, terutamanya soal
persefahaman dalam pelbagai aspek selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Ini
jelas dapat dilihat bahawa segelintir saudara baru memilih untuk berkahwin dengan sesama
saudara baru seperti orang melayu dan perkara ini mendorong kepada faktor penerimaan
Islam dalam kalangan saudara baru.

5.2.3 Faktor ikut-ikutan

Faktor ikut-ikutan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan ramai di kalangan
saudara baru memilih untuk memeluk Islam. Dalam kedudukan latar belakang komuniti yang
sama daripada segi suku kaum, pekerjaan, status diri dan lain-lain. Tambahan pula sekiranya
orang berpengaruh di kalangan mereka memeluk Islam, maka kebiasaannya akan dituruti
oleh beberapa orang anggota masyarakat yang lain. Natijahnya, pemelukan Islam secara ikut-
ikutan ini kebiasaannya tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman walaupun sedikit pun dalam
amalan kehidupan harian mereka. Ini menyebabkan mereka memilih Islam bukan di atas
17

kesedaran diri tetapi hanya ikut-ikutan sahaja. Namun, fenomena hanyalah sementara di awal
memeluk Islam sahaja sekiranya pelbagai pihak berperanan dalam soal ini.

6.0 Kesimpulan

Dalam konteks berdakwah kepada saudara baru atau juga kenali muallaf terdapat beberapa
pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah untuk membuatkan hati mereka terpikat
ketika dalam proses didikan Islam di samping merangkul masyarakat dengan mudah dan
senang. Oleh itu, pendekatan yang digunakan berdasarkan apa yang telah Rasulullah S.A.W
lalui sepanjang dalam menjalankan aktiviti dakwah di dua tempat iaitu Makkah dan Madinah.
Metod-metod ini juga diteruskan lagi legasinya kepada pewaris beliau iaitu Khulafa’ al-
Rasyidin sehingga ke hari ini dalam konteks memantulkan cahaya nubuwwah dalam
memajukan dakwah Islamiah.

Walaubagaimanapun, hukum berdakwah adalah wajib bagi seluruh umat Islam yang
mampu melaksanakannya, dan wajib hukumnya untuk berusaha memperoleh kemampuan
untuk berdakwah, sehingga dalam berdakwah untuk mencapai keberhasilan juga diharuskan
untuk mempunyai strategi baik berupa metode atau model yang digunakan agar dakwah
dapat diterima oleh masyarakat. Dari beberapa pendapat tentang hukum dakwah yang telah
dihuraikan, maka dapat disimpulkan berdakwah hukumnya wajib secara kolektif bagi yang
mempunyai kemampuan dalam berdakwah, dan dakwah wajib secara individu dalam
menuntut ilmu agar mempunyai kemampuan untuk berdakwah, kerana tidak dapat secara
menyeluruh umat Islam hanya berdakwah disebabkan selain dakwah juga banyak aspek yang
harus dipenuhi oleh umat Islam. Selain itu, tidak dapat dikatakan lagi bahawa dakwah hanya
sekedar untuk orang-orang tertentu, akan tetapi pada dasarnya kewajipan dakwah berada
pada bahagian yang menjadi kepentingan untuk umat Islam secara menyeluruh.

Perubahan masyarakat yang baru memeluk Islam pada hari ini adalah kearah
cerminan kepada masa lalu kerana konsep yang digunapakai bertepatan dalil dan nas-nas
petikan hadith sebagai panduan kepada para da’i dalam erti kata konsep yang ideal dan
munasabah. Namun, keberkesanan yang dirasai hari ini masih belum sempurna kerana amat
miskin dalam mempelbagaikan cara dan pendekatan oleh sesetengah pendakwah. Oleh itu,
18

cabaran ummah dalam mengahadapi era globalisasi kini dan akan datang adalah kemampuan
mereka mempelbagaikan metod-metod dan cara berdakwah sehingga istilah dakwah itu
sendiri dapat dirasa oleh saudara baru terutamanya walaupun perkembangan kemudahan
hidup cukup maju.

Dari berbagai huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa para da’i adalah orang yang
mengajak dan membimbing masyarakat dengan cara-cara yang baik dan dapat memujuk,
merayu dan menyentuh hati mereka. Sebagai pendakwah tugasnya adalah melaksanakan
sikap tauladan yang baik dan cantik untuk dijadikan suri teladan. Selain itu, bagi para da’i
harus memiliki sifat-sifat nabi meskipun tidak sama seperti nabi tetapi cukup sekadar memiliki
karakter mereka. Di samping itu, pelaksanaan metod mendidik muallaf perlu dilakukan
dengan bijaksana ke atas muallaf yang mempunyai latar belakang atau faktor-faktor
pemelukan Islam muallaf yang berbeza.
19

7.0 Rumusan

Setelah menjalankan penelitian ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan jelas
tentang metode mendidik muallaf dengan da’i. Sebagai permulaan, saya mengkaji skop
dakwah dengan terperinci terlebih dahulu seterusnya memahami da’i dan muallaf seara
keseluruhan dengan bersungguh-sungguh tentang metod-metod am dakwah terutamanya
bagi menyempurnakan dan membolehkan membuat penelitian perbezaan dalam konteks
antara da’i dan mad’u. Hasilnya, saya lebih peka terhadap perkembangan dakwah kearah
dakwah Islamiah dalam memajukan masyarakat ummah yang baru memeluk Islam.
20

8.0 Rujukan

1. al- Quran al-Karim

2. Dr.Muslih Syed Bayumi, al-Syeikh Muhammad Khidir Husi. 1976M / 1396H. Matba’ath
Hassan – al-Qahirah. hal. 8: ‫ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتين احسن‬.

3. Abu Bakr Zikri. Ibid. cabuatan dari : al-Da’wah ila al-Islam, hal. 8.

4. Berhanundin Abdullah. 2000. Pentadbiran Organisasi Dakwah dalam Dakwah dan


Pengurusan Islam di Malaysia Konsep dan Pelaksanaan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. h. 37.

5. Al Qamus al Muhith, Fairuz-abadi 4/329

6. Muhammad bin Abi Bakar Ayyub az Zar’i. Uddatus Shobirin wa Dzakirotus Syakirin. Beirut:
Daar al-Kutub al-Ilmiyah. hal. 15

7. http://teaching4muallaf.blogspot.my

8. IbnManzur. 1416H/1996M. Lisan al-cArab (Cet. berwarna). Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-
Arabi. hlm 178-181

9. Amran Kasimin. 1985. Saudara baru Cina di Wilayah Persekutuan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

10. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. 2013. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1046.

11. Wahbah al-Zuhayli. 1417H/1996M. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. (Cet. ulangan).


Damsyiq: Dar al-Fikr. hlm. 871

12. Rasinah Binti Haji Ahim. 2010. Faktor Pemelukan Islam dalam Masyarakat Dusun Dan
Murut, Prosiding Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu dan Cabaran Semasa. Brunei
Darussalam. hlm. 187.

13. Wan Hussein Azmi. 1988. Ilmu Dakwah. hlm. 32-37. hlm 85. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai