Anda di halaman 1dari 41

PENYIARAN ISLAM : KONSEP, MODEL DAN PROGRAM

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak
Artikel ini melihat amalan konsep, model dan program penyiaran
terutama dari perspektif Islam. Penyiaran adalah adalah satu
model komunikasi yang banyak mempengaruhi masyarakat umum.
Oleh yang demikian, perbincangan dan perbahasan dari sudut
Islam akan memberi satu altenatif kepada bentuk penyiaran dari
sudut Islam

PENDAHULUAN

“BERMIMPI TV Islam” bunyi sebuah tajuk rencana yang disiarkan


dalam Sasaran (Disember, 1993) yang membincangkan pandangan
penulis tentang perlunya diwujudkan sebuah stesen televisyen yang
dikira Islamic. Penulis menegaskan iaitu:

Penyiaran azan menandakan waktu solat TV1 dan segmen doa TV3
tidak cukup untuk memberi gambaran bahawa persembahan
televisyen kita sudah Islamic. (Ramli Abd. Rahim,1993:93)

Perbincangan tentang penyiaran Islam atau yang lebih umum


komunikasi Islam masih merupakan perkara baru di kalangan
pengkaji komunikasi. Hasil daripada meningkatnya kesedaran
keislaman di kalangan umat Islam pada awal tahun 1970-an,
terdapat beberapa intelektual Muslim khususnya yang berusaha
memberi interpretasi baru kepada senario perkembangan ilmu
komunikasi dari perspektif Islam. Mohd Yusof Hussin (1986).
Sebagai contoh menulis dalam Media Asia Tentang Islamization of
Communication Theory yang antara lain menekankan bahawa Islam

1
sebagai agama yang bersifat missionary memberi penekanan yang
cukup penting kepada komunikasi. Tegas beliau, yang
membezakan antara komunikasi Islam dan teori-teori komunikasi
konvensional ialah penekanan Islam yang tidak berbelah bagi
terhadap moral dan kemuliaan insan.

LATAR BELAKANG PENYIARAN

Pada tahun 1930-an, penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun


1930-an iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala
Lumpur. Pada awalnya penyiaran di Malaysia berasaskan kepada
falsafah British dengan perlantikan pengarah Penyiaran adalah
warga British iaitu David Lyttle. Kemudian, tahun 1950-an hingga
1960-an, rancangan agama pertama kali disiarkan oleh radio pada
pertengahan tahun 1950-an hingga 1960-an. Arahan daripada
kerajaan supaya siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Begitu
juga siaran bacaan al-Quran diperdengarkan pada permulaan dan
penutup rancangan. Seterusnya, tahun 1971 program agama di
televisyen pula hanya disiarkan selama 30 minit seminggu kerana
masalah teknikal dan menyedari kelemahan tersebut, Radio
Televisyen Malaysia (RTM) mewujudkan Unit Agama dan
Dakwah selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain.

Pembaharuan yang dibawa oleh RTM ini sangat rasional dan


memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia pada
masa akan datang khususnya warga Muslim.

2
MAKSUD PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM

Berdasarkan Kamus Dewan (2007), penyiaran didefinisikan


sebagai aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan
televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi
oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog,
satelit atau kabel. Dari segi bahasa (etimologi), penyiaran
bermaksud proses, cara dan perbuatan menyiarkan. Dari segi istilah
(terminologi) pula, penyiaran bermaksud proses komunikasi yang
disampaikan kepada penonton, iaitu suatu proses pengiriman
maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses
pemancaran elektromagnetik atau gelombang yang lebih tinggi (J.B
Wahyudi, 1996). Sesuai dengan firman Allah SWT dalam al-
Quran:

)٤( ‫) َعلَّ َمهُ المبَ يَا َن‬٣( ‫) َخلَ َق اإلنم َسا َن‬٢( ‫) َعلَّ َم الم ُق مرآ َن‬١( ‫الر مْحَ ُن‬
َّ

Maksudnya: “Tuhan yang Maha pemurah (1) yang telah


mengajarkan Al Quran (2) Dia menciptakan manusia (3)
mengajarnya pandai berbicara (4)”. (Surah ar-Rahman 1-4)

Penyiaran Islam ialah suatu aktiviti yang diketengahkan


kepada khalayak berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin
kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia
dan kehidupan akhirat. Menurut Ramli Abd. Rahim (1993),
penyiaran azan menandakan waktu solat TV1 dan segmen doa TV3
tidak cukup untuk memberi gambaran bahawa persembahan
televisyen kita sudah berunsur islamik. Begitu juga, kebanyakan

3
masyarakat berpendapat bahawa penyiaran Islam hanya tertumpu
kepada program yang berbentuk ceramah , forum atau soal jawab
agama sahaja dan sesetengah orang pula beranggapan bahawa
penyiaran Islam tidak wujud.

Menurut pandangan Abdullah Nasih ‘Ulwan dan Eric A.


Winkel yang mengatakan banyak program televisyen menyebarkan
kemungkaran seperti pemaparan adegan-adegan lucah dan ganas
serta perkara ini bertentangan dengan maqasid al-syariah yang
menegah perkara berikut. Menurut Zulkiplie Abd. Ghani (2003)
pula mengatakan, salah satu cara yang membolehkan Amerika
Syarikat mengembangkan dominasi ekonomi mereka dengan
mengimport program penyiaran yang khususnya dari negara-negara
Barat.

Program televisyen yang memaparkan perkara


kemungkaran ini sangat tidak relevan dan tidak masuk akal bahkan
akan memberi impak yang negatif kepada rakyat Malaysia
khususnya warga Muslim dan para remaja.

Prinsip atau etika komunikasi dalam al-Quran, iaitu Prinsip


Qaulan Baligha (‫ ) َق ْو اًل َبلِي اغا‬perkataan yang membekas pada jiwa,
Prinsip Qaulan Karima (‫ )قَ ْو اًل ك َِري اما‬perkataan yang mulia, Prinsip
Qaulan Maysura (‫ورا‬ ‫س ا‬ُ ‫ )قَ ْو اًل َم ْي‬perkataan yang ringan, Prinsip Qaulan
‫ا‬ ‫ا‬ َ
Makrufa (‫ )ق ْوًل َم ْع ُروفا‬perkataan yang baik, Prinsip Qaulan Layyina
(‫ )قَ ْو اًل لَ ِِّيناا‬perkataan yang lembut, dan Prinsip Qaulan Sadida ( ‫قَ ْو اًل‬
‫سدِيداا‬ َ ).

Selain dalam al-Quran, hadis juga mengajarkan bagaimana


manusia berinteraksi dan berkomunikasi dengan manusia yang lain.
Komunikasi perlu memerhatikan siapa yang kita bakal hadapi, apa
yang akan kita sampaikan, bagaimana dan bila waktu

4
menyampaikannya, serta apa yang kita harapkan. Semuanya
mestilah sesuai dengan ajaran Islam dan Rasulullah SAW sebagai
teladannya.

SIKAP MUSLIM TERHADAP PENYIARAN

Pada tanggapan kebanyakan orang, penyiaran Islam hanya dilihat


di sekitar beberapa program yang berbentuk ceramah, forum atau
soal jawab agama. Bagi yang lain pula, mungkin ada yang
beranggapan bahawa tidak wujud apa yang dinamakan penyiaran
Islam. Sebelum dibincang secara teliti perkara tersebut, perlu dikaji
bagaimanakah sikap Muslim terhadap media penyiaran kerana ia
mempunyai implikasi kepada pembentukan falsafah pemikiran
yang ada berkaitan dengan penyiaran Islam.

Secara ringkasnya, penganalisan sikap Muslim terhadap


penyiaran boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama sentiasa memandang penyiaran dengan sikap pesimis dan
negatif. Sebagai contoh, Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunya
Al-Hukm al-Islami fi Was’il I’lam (1986) merumuskan bahawa
membeli, melihat atau mendengar televisyen dan menyimpan
setnya di dalam rumah hukumnya adalah haram. Beliau berhujah,
banyak program televisyen (khususnya di negara-negara Arab)
menyebarkan kemungkaran seperti pemaparan adegan-adegan
lucah dan ganas. Bertentangan dengan maqasid al-syar’iyyah yang
menegah perkara tersebut.

5
Dengan menggunakan kaedah feqah “setiap sesuatu yang
harus, dikira haram sekiranya ia membawa kepada haram”, beliau
menegaskan televisyen tidak boleh digunakan untuk menghasilkan
sesuatu yang baik dalam keadaan apa jua. Beliau bagaimanapun
agak lebih bertolak ansur dengan radio yang pada anggapannya
mempunyai kesan keburukan terhadap masyarakat Islam yang lebih
minimum, memandangkan radio hanya menggunakan suara tanpa
paparan gambar.

‘Ulwan sebenarnya tidak keseorangan dalam


mempertahankan hujahnya tentang kesan negatif penyiaran. Eric A.
Winkel (1991), pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia turut mempunyai pandangan yang sama. Beliau menolak
tanggapan bahawa teknologi penyiaran sebenarnya natural dan
benign kerana pada pandangannya teknologi tersebut diimport
dengan mengandungi agenda fabrik sosial yang disertai dengan
nilai-nilai yang dibina bersamanya. Sebagai contoh, untuk
menubuhkan sebuah stesen penyiaran, perkakas perlu diimport,
kejuruteraan dan warga kerja penerbitan perlu dilatih di tempat
mana perkakas tersebut diperoleh, dan kebergantungan yang
berterusan terhadap alat-alat ganti dan peralatan baru dan yang
paling buruk. Ada stesen penyiaran yang terpaksa mengimport
secara keseluruhan maudu’ penyiaran khususnya dari negara-
negara Barat. Kebergantungan ini dilihat sebahagian daripada
strategi perniagaan Amerika Syarikat untuk mengembangkan
dominasi ekonomi mereka. Beliau seterusnya menegaskan iaitu:

Sebenarnya tidak timbul persoalan sama ada program-


program tv dibuat oleh orang berkulit putih, hitam, wanita, Muslim
atau siapa sahaja. Televisyen itu sendiri akan menghalang dan
menyekat apa yang sepatutnya dipaparkan di skrin. Program TV
yang dibuat oleh orang Islam selalunya akan dipandang rendah oleh

6
orang Muslim, yang dengan sinis beranggapan bahawa mana
mungkin dengan hanya sedikit latihan dan ilmu dari Barat, Muslim
boleh membuat program Islam yang menarik sama seperti Teenage
Mutant Ninja Turtles. Apa yang jelas sekarang ialah, perkara-
perkara yang memerlukan interaksi pancaindera, memerlukan
perhatian dan kerjasama serta memerlukan masa dan disiplin.
Kesemuanya ini masih menuntut perhatian dari perspektif Islam.
Sekiranya keadaan ini tidak boleh dijelmakan, meskipun
dipertaruhkan bakat dan usaha yang terbaik untuk dipaparkan di
kaca televisyen, apakah gunanya TV untuk Islam? (Eric A. Winkel,
1991:159)

Dipandang dari sudut perspektif, pandangan ‘Ulwan dan


Winkel ada kebenarannya. Merujuk kepada medium televisyen,
pandangan mereka bertepatan dengan hasil kajian yang dilakukan
oleh Katz dan Wedell (1978: 166) yang mengkaji tentang penyiaran
di negara-negara Dunia Ketiga di mana mereka menyimpulkan
“kandungan penyiaran sama di seluruh dunia” selalunya program
yang sama disiarkan, diimport dari Amerika Syarikat. Sesetengah
negara mengimportnya dari United Kingdom. Malahan program
yang dihasilkan dalam negara berkenaan juga berdasarkan kepada
model-model Barat.

Bagi mereka yang begitu prihatin tentang penyerapan nilai-


nilai negatif samada secara disedari atau tidak dalam kehidupan
masyarakat Islam, hasil pendedahan kepada mesej media massa,
teknologi penyiaran dilihat membawa bersama nilai-nilai asing
secara dominan yang bertentangan dengan nilai-nilai tempatan.

Kumpulan yang kedua mempunyai sikap yang lebih optimis


dan menganggap teknologi penyiaran legitimate sekiranya
dioperasi secara betul untuk mwujudkan persekitaran yang tidak

7
korup. Bagi mereka, antaranya Merryl Wyn Davies (1989), Hasan
Ali Muhammad al-Unaybisi (1983), teknologi penyiaran
merupakan inovasi oleh keupayaan manusia yang seharusnya
dihargai dan dipandu ke arah mewujudkan manusia yang sedar
terhadap keagungan Allah. Untuk mencapai objektif ini, teknologi
penyiaran dan produk akhir semestinya dipandu ke arah melahirkan
kemuliaan insan. Malahan bagi kumpulan ini, teknologi penyiaran
bukan sahaja dilihat sebagai legitimate, tetapi mewujudkan
penyiaran Islam dianggap tuntutan yang sangat mendesak dan
perlu. Kegagalan atau ketidakupayaan penyiar-penyiar Muslim
mewujudkan penyiaran Islam akan menyebabkan khalayak Muslim
sentiasa terdedah kepada instrumen dan elemen-elemen yang
bersifat de-Ismaization. Malahan usaha-usaha untuk mengasingkan
diri dalam konteks ledakan maklumat atau lebuh raya elektronik
ketika ini diakui tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada
masyarakat Islam. Televisyen satelit ini sudahpun menjangkau
sempadan negara. Oleh itu timbul persoalan, apakah cukup
intelektual dan ulama’ Islam mengambil sikap defensif yang
berpada dengan apa yang sedia ada, dan membiarkan suntikan nilai-
nilai asing menerjah masuk dan memesongkan keimanan generasi
baru Muslim?

Walaupun kesedaran terhadap perlunya diwujudkan


penyiaran Islam samada dalam bentuk falsafah pemikiran atau
percubaan dalam bentuk praktikal semakin mendapat perhatian
beberapa pengkaji komunikasi (Rujuk Media, Culture and Society,
Januari 1993), namun realiti sebenarnya pada penganalisan Davies
(1989;167) menegaskan iaitu:

Ketika ini terlalu sedikit usaha dilakukan oleh media milik


orang Islam untuk memberi khidmat kepada khalayak Muslim juga

8
terlalu sedikit tindakan serius dilakukan untuk menyiarkan maudu’
Islam kepada khalayak lain.

Maka, dapat kita lihat disini bahawa sikap Muslim terhadap


penyiaran mempunyai dua pandangan yang berbeza iaitu sentiasa
memandang penyiaran dengan sikap pesimis dan negatif serta
mempunyai sikap yang lebih optimis dan menganggap teknologi
penyiaran legitimate sekiranya dilaksanakan secara betul untuk
mewujudkan persekitaran yang tidak korup.

Dalam al-Qur’an terdapat banyak bentuk komunikasi Allah


SWT, baik yang berbentuk, perintah, larangan, anjuran, atau ajakan.
Dalam beberapa ayat, Allah SWT membuat ungkapan untuk
menarik perhatian orang yang akan diperintahkan berkomunikasi
denganNya seperti sumpah Allah SWT dengan fenomena-
fenomena alam dan sebagainya.

• Komunikasi Allah kepada malaikat

‫ ُثَُّ ِِف ِس لم ِس لَ ةٍ ذَ مرعُ َه ا َس بم عُ و َن ذِ َراعً ا‬, ُ‫ ُثَُّ ا مْلَ ِح يمَ صَ لُّوه‬, ُ‫ُخ ُذ وهُ فَ غُلُّوه‬
. ‫ إِنَّهُ َك ا َن ََل يُ مؤ ِم نُ ِِب ََّّللِ ا لمعَ ظِ ي ِم‬, ُ‫اس لُكُ وه‬
‫فَ م‬
Maksudnya: “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke
lehernya (30) Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang
menyala-nyala (31) Kemudian belitlah dia dengan rantai yang
panjangnya tujuh puluh hasta (32) Sesungguhnya dia dahulu tidak
beriman kepada Allah Yang Maha Besar”(33) (Surah al-Haqqah
30-33)

• Komunikasi Allah kepada Rasulullah SAW

9
‫قُ مم فَأَنمذِ مر‬, ‫ََي أَيُّ َه ا ا لم ُم َّد ثِ ُر‬
Maksudnya: “Hai orang yang berselimut (1) Bangunlah,
lalu berilah peringatan!” (2) (Surah al-Muddasir 1-2)

• Komunikasi Allah kepada Nabi Musa AS

‫ب إِ ََلٰ فِ مرعَ مو َن إِنَّهُ طَغَ ٰى‬ ِ ‫إِذم ََن دَ اهُ َربُّهُ ِِب لم َوادِ ا لم ُم قَ َّد‬
‫ا ذم َه م‬, ‫س طُ ًوى‬
Maksudnya: “Tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah suci
ialah Lembah Thuwa (16) Pergilah kamu kepada Fir'aun,
sesungguhnya dia telah melampaui batas” (17) (Surah an-Naziat
16-17)

• Komunikasi Allah dengan jiwa yang tenang

‫فَادم ُخ لِ ي‬, ً‫ض يَّة‬ ِ ِِ ِ ِِ


ِ ‫اض ي ةً م ر‬ ِ
‫ مارج ع ي إ ََلٰ َرب ك َر َ َ م‬, ُ‫س ا لم ُم طم َم ئ نَّ ة‬
ُ ‫ََي أَيَّ تُ َه ا النَّ مف‬
ِ ‫ َوادم خُ لِ ي َج ن‬, ‫ِِف عِ بَادِ ي‬
‫َّت‬

Maksudnya: "Wahai jiwa yang tenang (27) Kembalilah kepada


Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredaiNya (28) Maka
masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke
dalam syurgaKu" (30) (Surah al-Fajr 27-30)

• Komunikasi dengan simbol

Allah ketika menceritakan sebuah peristiwa sentiasa memulai


firmannya dengan menyebutkan berbagai fenomena alam seperti
bersumpah dengan benda-benda langit iaitu bulan, matahari,
bintang-bintang, bumi, buah tin, dan buah zaitun. Kemudian
bersumpah dengan waktu, masa seperti malam, siang, subuh dan

10
fajar. Seterusnya, tempat seperti gunung sinai, kota mekah dan lain-
lain sebagai menarik perhatian malahan untuk difikirkan oleh
orang-orang yang berakal sepertimana dalam surat al-fajr iaitu:

‫ َه مل‬, ِ‫ َوال لَّيم ِل إِذَ ا يَ مس ر‬, ِ‫الش مف ِع َوا لم َوتمر‬ ٍ ‫ولَي‬, ِ‫وا لم َف ج ر‬
َّ ‫ َو‬, ٍ‫ال عَ مش ر‬ ََ ‫َ م‬
ٍ‫ك قَس مٌ لِذِ ي ِح مج ر‬ ِٰ ِ
َ َ ‫ِف ذَ ل‬
Maksudnya: “Demi fajar (1) dan malam yang sepuluh (2) dan yang
genap dan yang ganjil (3) dan malam bila berlalu (4) pada yang
demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-
orang yang berakal (5) (Surah al-Fajr 1-5)

PERANAN PENYIARAN ISLAM

Antara peranan penyiaran Islam secara umum yang telah digariskan


ialah:

i. Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik


(Muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan
segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan
menjauhi segala laranganNya. Tugas pendidik yang
dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan
ajaran Islam yang syumul.

ii. Penyiaran Islam berperanan sebagai agen informasi


(Musaddid), iaitu menjadi penghalang dalam menangkis
maklumat yang sering disalah tafsirkan oleh pihak
orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam
kepada masyarakat. Oleh itu, tugas penyiaran Islam

11
adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan
maklumat yang benar tentang Islam dan
bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang
kefahaman Islam.

iii. Penyiaran Islam berperanan sebagai pembaharu


(Mujaddid) iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan
pemahaman dan pengajaran amalan Islam.

iv. Penyiaran Islam berperanan sebagai penyatu


(Muwahhid) yang mana harus mampu menjadi jambatan
yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan
masyarakat yang tidak bersatu padu, mereka ini mampu
membina kembali hubungan di antara kedua belah pihak
yang bertelagah.

v. Penyiaran Islam berperanan sebagai pejuang (Mujahid)


iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran
dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan
media yang lain seharusnya bekerja keras membentuk
pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai
Islam.

Kemudian, peranan lain bagi penyiaran dalam Islam pada era yang
semakin membangun ini pula ialah:

✓ Konsep Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Perkataan ini berasal daripada al-Quran dan bermaksud mengajak


kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran . Mengajak kebaikan
ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah
SWT. Konsep ini di dalam penyiaran Islam banyak membantu
manusia dalam perkara-perkara kebaikan dan kemaslahatan.

12
Gabungan hiburan dan dakwah, program-program berkonsepkan
Islamik seperti Imam Muda, Pencetus Ummah,serta Ustaz dan
Ustazah Pilihan yang disiarkan.

✓ Tanggungjawab Sosial

Semua lapisan masyarakat perlu saling nasihat menasihati antara


satu sama lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama.
Hal ini menunjukkan kewujudan hubungan kait antara iman dengan
penyalahgunaan media penyiaran di Malaysia khususnya.

✓ Maklumat Yang Tepat

Penerimaan sesuatu maklumat yang disiarkan oleh stesen


televisyen perlu ditapis dan dikenalpasti setiap kesahihan dan
sumbernya untuk mengelakkan berlakunya berita palsu diterima.

✓ Penyiaran Islam Sebagai Medium


Dakwah

Penubuhan media penyiaran dilihat sebagai satu medium untuk


mengembangkan dan menyampaikan dakwah. Ini akan membantu
memberikan kefahaman mengenai Islam dengan mendalam dan
mudah. Program keislaman di televisyen yang berbentuk
dokumentari dan bual bicara memberi peluang kepada penonton
berinteraksi secara langsung dengan ahli panel dan menganalisis
intipati yang disampaikan dengan lebih mudah sebagai contoh
siaran TV Al-Hijrah.

Maka, dapat dilihat bahawasanya kewujudan penyiaran Islam di


Malaysia telah membawa satu sinar baharu kepada masyarakat di
negara ini. Bermula daripada kemunculan Astro Oasis dan TV al-
Hijrah dengan program-program yang disiarkan berunsurkan

13
agama dan program realiti TV yang berunsur kan Islamik telah
menjadikan stesen televisyen ini mendapat rating tertinggi.
Sentimen kesedaran khalayak kepada penghayatan islam telah
diperkukuh dengan fungsi yang dimainkan oleh medium penyiaran
dan ia dijadikan sebagai wadah untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam
serta tafsiran-tafsiran betul yang berkaitan dengannya. Selain itu,
penglibatan mereka dalam pengajian Islam perlu dipertingkatkan
dalam bidang penyiaran seperti penulis skrip, artis, penerbit serta
pentadbir.

Hal ini menjadikan media penyiaran di negara kita sentiasa berada


dalam Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

14
NILAI-NILAI MURNI DALAM PENYIARAN ISLAM
• Media menurut Islam, segala perancangan perlu mengikut
beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran
dan al-Sunnah.

• Antaranya, media itu sendiri perlu berpaksikan kepada


paradigma Tauhid, iaitu media atau kandungan yang
dihasilkan tidak lari daripada ajaran Tauhid dan sekali gus
mengajak penonton untuk menghayati mesej yang
disampaikan sekaligus menambah ketakwaan kepada Allah
SWT.

• Penubuhan TV Alhijrah sebenarnya telah mengangkat


falsafah penyiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan
nilai-nilai universal selagi tidak bertentangan dengan al-
Quran dan al-Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW.

15
KONSEP PENYIARAN ISLAM

Secara global sistem penyiaran yang beroperasi di seluruh dunia


boleh diklasifikasi secara simplistik kepada tiga bentuk model iaitu
Permissive Model (United State), Paternalistic System (BBC) dan
Authoritarian System (Old USSR) (Sydney W. Head, 1985). Model
US menonjolkan ciri-ciri free enterprise, Model BBC menonjolkan
ciri-ciri public corporation, manakala OLD BBC menonjolkan ciri-
ciri penguasaan kerajaan pusat. Bagaimanapun, perubahan persepsi
politik dan ekonomi di beberapa buah negara di dunia kini turut
mempengaruhi bentuk operasional sistem penyiaran. Sebahagian
daripada negara Asia sebagai contoh telah mengendurkan
pengawalan terhadap media elektronik dengan memberi ruang
kepada kewujudan stesen-stesen penyiaran swasta (R. Karthigesu,
1994).

Sejarah perkembangan media penyiaran di negara-negara


umat Islam tidak banyak beza dengan perkembangan media cetak.
Kebergantungan kepada Barat terhadap teknologi, terutama
teknologi penerbitan, mewujudkan apa yang dipanggil sebagai
uniformity, iaitu satu karakter yang hampir sama di semua stesen
penyiaran di negara-negara umat Islam. Apa yang dimaksudkan
dengan uniformity ialah ikutan dan pengiktirafan terhadap cara
berfikir secara sekular dalam operasi media penyiaran dan
mempunyai implikasi kepada program-program yang disiarkan.

Di kalangan Islamis yang mengkaji tentang komunikasi dan


penyiaran Islam, kesemua sistem penyiaran yang disebut tadi dan
yang terdapat di negara-negara umat Islam kini dianggap tidak
berpandu kepada pemikiran Islam yang serius. Pada pandangan
Ibrahim Abu Nab (1984), rujukan konsep penyiaran Islam yang

16
asasi bergantung kepada tasawwur kemanusiaan seperti yang
dilihat dari perspektif Islam iaitu hubungan tiga segi antara Allah,
manusia dan masyarakat (Islamic triangular relationship). Seperti
bidang kehidupan yang lain, doktrin tauhid menjadi asas sebagai
garis panduan kepada operasi penyiaran Islam. Tasawwur Islam
terhadap manusia ialah mereka dicipta untuk mengabdikan diri
kepada Allah. Untuk merealisasikan objektif tersebut, manusia
telah dilengkapkan dengan keupayaan mendengar, melihat, kognitif
dan boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. Selaku
khalifah, manusia dipertanggungjawabkan terhadap apa yang
dilakukannya. Dari perspektif tauhid ini, penyiaran dianggap
sebagai “jalan” bagi mengenali Allah.

Pada pandangan Islam, manusia tidak hanya berkomunikasi


sesama mereka tetapi berkomunikasi secara vertikal dengan Allah.
Naluri berkomunikasi dengan Allah adalah untuk memenuhi asas
penciptaan dan kewujudan mereka. Komunikasi tersebut dianggap
sebagai asas kepada pencapaian ideal kemanusiaan di mana
kemuncak hasilnya ialah kecenderungan kepada God-fearing
attitude yang akan menentukan karakter kepada output komunikasi.
Di bawah konsep tauhid ini juga, segala hasil daripada teknologi
penyiaran yang menafikan keagungan Allah dikira terbatal dan
tidak perlu. Oleh itu, kesemua kerja yang berkaitan sehingga
terhasil output penyiaran dianggap sebagai ibadah sekiranya ikhlas
kerana Allah.

Hadis di bawah menunjukkan bagaimana cara menghadapi


komunikasi dan menanggapi orang yang berkomunikasi. Tidak
mungkin manusia biasa boleh memahami apa yang disampaikan
oleh malaikat.

17
‫عن عائشة أم املؤمنني رضي هللا عنها أن احلارث بن هشام رضي هللا عنه سأل‬
‫رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فقال َي رسول هللا كيف أيتيك الوحي فقال رسول‬
‫هللا صلى هللا عليه وسلم أحياَن أيتيين مثل صلصلة اْلرس وهو أشده علي فيفصم‬
‫عين وقد وعيت عنه ما قال وأحياَن يتمثل يل امللك رجال فيكلمين فأعي ما يقول‬
Maksudnya: “Dari Aisyah, ibu orang-orang mukmin berkata:
“Bahwa sesungguhnya Haris bin Hisyam RA. bertanya kepadaa
Rasulullah SAW.: Bagaimanakah caranya wahyu datang kepada
tuan? Jawab Rasulullah: Kadang-kadang wahyu datang kepadaku
sebagai bunyi lonceng; itulah yang sangat berat bagiku. Setelah ia
berhenti, aku telah mengerti apa yang dikatakannya. Kadang-
kadang malaikat merupakan dirinya padaku sebagai seorang laki-
laki, lantas dia berbicara kepadaku, mana aku mengerti apa yang
dibicarakannya.” (HR. Bukhari)

Di samping hubungan manusia dengan Allah, Islam turut


mengakui kewujudan masyarakat yang pelbagai. Kepelbagaian
etnik, warna kulit, bahasa dan agama merupakan lumrah kerana
matlamat akhir dan tertinggi daripada kepelbagaian bentuk ini ialah
wujudnya keadilan dan persamaan yang menjadi objektif utama
komunikasi Islam (Abd. Rahman O. Olayiwola, 1994). Oleh kerana
itu, akhlak (ethics) menjadi prinsip asas dalam merancang fungsi
penyiaran yang akan melahirkan produk akhir hasil penyiaran yang
berpandu kepada doktrin amar makruf dan nahi mungkar.
Berpandukan kepada prinsip ini produk penyiaran akan
menghasilkan keselamatan dan kesejahteraan kepada masyarakat
dan tidak sebaliknya. Dengan kata lain, objektif tertinggi penyiaran

18
Islam ialah memperolehi keseimbangan spiritual dan fizikal
masyarakat.

Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung


kepada tasawur kemanusiaan yang dilihat dari perspektif Islam,
iaitu hubungan tiga segi antara Allah SWT, manusia dan
masyarakat (Islamic triangular relationship) iaitu:

• Allah: Manusia berkomunikasi dengan Allah secara


vertical untuk memenuhi asas penciptaan, Teknologi
penyiaran yang menafikan keagungan Allah adalah terbatal
dan tidak perlu, Semua kerja sehingga menghasilkan output
penyiaran dianggap ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah.

• Manusia: Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada


Allah, Manusia telah dilengkapkan keupayaan mendengar,
melihat, kognitif dan boleh membezakan antara baik dan
buruk, penyiaran dianggap sebagai jalan bagi mengenali
Allah.

• Masyarakat: Kepelbagaian etnik, warna kulit, bahasa dan


agama mewujudkan keadilan dan persamaan dalam
komunikasi Islam. Akhlak merupakan prinsip asas dalam
merancang fungsi penyiaran. Prinsip ini boleh
menghasilkan produk penyiaran yang mengutamakan
keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan objektif
tertinggi penyiaran Islam adalah memperoleh
keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.

19
MODEL

Model penyiaran yang lebih hampir kepada perspektif Islam


mengikut Davies (1989) ialah sistem public service. Sistem ini
diakui lebih hampir dengan kehendak Islam jika dibandingkan
dengan sistem yang dipraktikkan di negara-negara umat Islam
sekarang. Falsafah asas kepada sistem ini ialah memberi khidmat
secara efisien kepada masyarakat tanpa terlalu terikat kepada
kecenderungan politik dan ekonomi. Sistem ini memberi penekanan
kepada kepentingan masyarakat melebihi kepentingan pemerintah
iaitu dengan menggunakan instrumen lembaga pengarah di mana
ahli-ahlinya mewakili pelbagai lapisan masyarakat. Di bawah
sistem ini, kebergantungan kepada hasil pengiklanan yang turut
mengikat corak program siaran dikurangkan dan survival
operasional stesen penyiaran boleh dipertahankan melalui cukai
lesen yang diperoleh negara.

Alasan utama mengapa sistem public service ini lebih


hampir kepada perspektif Islam ialah kewujudan “kebebasan
bersuara” (freedom of expression). Islam menganggap kebebasan
bersuara yang terkawal sebagai prioriti dalam agenda penyiaran
Islam. Jika diperhatikan kepada praktik penyiaran di negara umat
Islam sekarang, kebebasan bersuara seolah-olah tidak wujud, hujah
Davies. Beliau menegaskan (1989: 182) iaitu:

Orang Islam sendiri, dalam keghairahan hendak menjadikan


prinsip-prinsip Islam sebagai panduan dalam kehidupan
bermasyarakat, berada di hadapan dalam konteks tidak bertolak
ansur, menekan idea-idea yang mana pandangan mereka
bertentangan dengan idea-idea mereka tentang Islam. Tidak
didapati dalam pengendalian media Muslim sekarang soal
perdebatan yang baik, dan seimbang yang meraikan pelbagai

20
pendapat tentang Islam, persoalan-persoalan semasa dan tasawwur
Islam. Program-program yang berbentuk ini jarang-jarang dapat
disiarkan dalam media penyiaran.

Alasan berikutnya ialah berkaitan dengan pengalaman


“model komersial”, iaitu yang menjadikan keuntungan material
sebagai falsafah ukuran utama di mana program siaran sentiasa
berorientasikan market, Ibrahim Abu Nab dan Davies yang
membicarakan persoalan ini mengambil sikap bahawa dari
perspektif ajaran Islam, sistem ini tidak boleh diterima pakai. Hal
ini disebabkan stesen penyiaran komersial, falsafahnya tidak
bertujuan memberi khidmat kepada kepentingan masyarakat kerana
ia terikat dengan pungutan hasil melalui pengiklanan ataupun
langganan dan kebiasaannya akan sentiasa menawarkan apa yang
khalayak mahu daripada apa yang khalayak perlu.

Pada pandangan Davies, sistem public service ini mestilah


berdasarkan kepada etika yang sesuai dengan pandangan Islam. Ini
tidak sama dengan pendekatan BBC (Britain) yang mendakwa dari
segi operasinya mementingkan masyarakat, tetapi hakikatnya tidak
mengawal aspek yang merosakkan mereka. Etika Islam
menentukan kesemua proses penyiaran bermula daripada
merumuskan aspek undang-undang bagi tujuan mengendalikan
penyiaran sehingga kepada proses penerbitan harian dan membuat
keputusan. Oleh itu, model penyiaran Islam mesti memasukkan
frasa-frasa tentang kod etika yang mengawal perjalanan operasinya.

Kod etika penyiaran akan diterangkan lebih lanjut selepas


ini kerana perkara tersebut sangat penting dalam mengawal
perjalanan operasi penyiaran Islam itu sendiri. Model penyiaran
yang dibawa ialah berteraskan syariah Islam mengikut acuan al-
Quran dan al-Sunnah. Kemudian, seperti yang telah diketahui

21
umum bahawa komunikasi dan penyiaran sama ada dalam radio
mahupun televisyen zaman sekarang tidak berkonsepkan Islam
apabila siaran tersebut berunsur adegan lucah dan perkara negatif.
Hal ini kerana siaran yang dipaparkan kepada khalayak ramai tidak
ditapis oleh pihak tertentu.

22
PROGRAM

Biasanya stesen-stesen penyiaran di negara-negara umat Islam


mengklasifikasikan program siaran siaran mereka kepada beberapa
kategori seperti pendidikan, kebudayaan, berita, hiburan, sukan dan
rancangan agama. Dengan menganggap kategori “rancangan
agama” adalah untuk memenuhi keperluan warganegara Muslim,
diwujudkan satu unit bertanggungjawab dalam bidang ini,
manakala siaran program lain tidak banyak beza dengan apa yang
ditayang oleh Barat. Berbeza dengan anggapan umum ini, Yahya
Basyuni Mustafa dan Adil al-Sairafi (1986) dari Universiti Imam
Ibn Saud, Arab Saudi berpendapat output program dalam penyiaran
Islam mestilah komprehensif dan menggambarkan Islam dalam
bentuknya yang syumul. Penyiaran Islam tidak boleh dihadkan
hanya kepada “rancangan agama”, tetapi mesti merangkumi aspek
kebudayaan, informasi, sastera dan lain-lain kategori yang mesti
dipandu dengan pemikiran Islam.

Media penyiaran dianggap oleh ramai pengkaji komunikasi


sebagai instrumen penting untuk pembangunan masyarakat Islam.
Oleh itu, kerangka program mesti diarah kepada pendidikan dan
informasi, tidak semata-mata kepada hiburan dan keuntungan
material. Program-program berbentuk pendidikan tidak boleh
dipandang dari sudut yang sempit seperti sekadar menayangkan
program-program yang menyokong kurikulum persekolahan.
Kerangka program pendidikan perlu diperluas kepada semua
peringkat umur seperti program celik huruf dan minat kepada ilmu,
peningkatan produktiviti hasil pertanian, menyuburkan integrasi
nasional dan mewujudkan keharmonian kebudayaan bagi
pembinaan masyarakat yang bertamadun.

23
Kepelbagaian pendapat dalam masyarakat mesti diraikan
dengan memberi peluang mewujudkan perbahasan yang baik dan
bermutu agar hasilnya adalah kebenaran yang dikongsi bersama.
Tanggungjawab media penyiaran untuk memberi informasi kepada
masyarakat hendaklah disertai bersama dengan tanggungjawab
mendidik mereka.

Penyiaran Islam boleh menggariskan objektif utamanya


seperti menguatkan akidah Muslim, meningkatkan kesedaran
keislaman, menyebarkan pemikiran dan kebudayaan Islam,
membentuk pendapat awam, mengukuhkan nilai-nilai baik di
kalangan individu serta menjadi watchdog kepada gejala-gejala
negatif yang merosakkan pembangunan masyarakat.

Senario program dan perkakasan media ketika ini diselaputi


oleh hiburan (entertainment). Mungkin ada yang bertanya apakah
ada hiburan dalam program penyiaran Islam? Isu ini merupakan
intipati kepada perbincangan penyiaran Islam. Memang terdapat
kepelbagaian pandangan tentang legitimasi muzik dan nyanyian
dalam Islam. Penyelesaian kepada masalah ini dikalangan inteletual
Muslim amat mendesak kerana ia berkait rapat dengan usaha
memajukan penyiaran Islam. Isu ini perlu dibincang secara teliti
dengan mengambil kira kepentingan umat Islam yang didedahkan
kepada nyanyian dan muzik yang tidak Islamic serta nature
perkakasan media penyiaran (Zulkiple Abd. Ghani, 1995). Secara
ringkas, perlu disebut bahawa Islam mengiktiraf kewujudan seni
dan hiburan dalam kehidupan manusia. Lumrah manusia suka
kepada keindahan dan perlukan hiburan untuk mencapai
ketenangan. Dalam meneliti hujah ini, Drs. Sidi Gazalba (1977)
menyamakan hiburan dan kesenian sama seperti urusan perniagaan
yang halal pada dasarnya dan digalakkan, tetapi apabila melibatkan
unsur-unsur haram seperti riba, perniagaan tersebut turut menjadi

24
haram. Begitu juga dengan program hiburan di media, penyiaran
akan menjadi terhalang dengan wujudnya elemen-elemen yang
terhalang walaupun pada asasnya diharuskan.

AKTA PENYIARAN

Antara akta penyiaran yang telah dibuat di Malaysia ialah:

• Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa serta tafsiran.

• Lesen untuk menyiarkan yang menyentuh keistimewaan


eksekutif/kerajaan, lesen untuk menyiarkan, penalti,
tempoh tangguh, kesalahan lesen, kuasa menteri untuk
mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan
dan pembatalan atau pergantungan lesen.

• Kuasa menteri untuk memberi arahan dan membenarkan


pemeriksaan.

• Lesen bagi memasang atau mengendalikan atau berniaga


alat terima siaran radio atau alat terima siaran televisyen.

• Menerangkan kuasa menggeladah, perwakilan kuasa, kuasa


menteri memberi kuasa atau memberi lesen dan
menentukan kadar dan menetapkan terma dan syarat mesej
iklan, kuasa khas dalam darurat dan kuasa untuk membuat
peraturan.

25
BENTUK-BENTUK PENYIARAN

Media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada


masyarakat di Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan juga
sebagai medan sosial bagi mempercepat proses modenisasi. Di
Malaysia, terdapat dua jenis media penyiaran, iaitu media penyiaran
melalui televisyen dan radio. Dua medium ini pada awalnya
menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk menyampaikan
mesej-mesej pembangunan.

Media penyiaran di Malaysia juga mengalami perubahan


dari semasa ke semasa dalam meningkatkan tahap kecekapan media
penyiaran di Malaysia. Televisyen dan radio menjadi alat hiburan
dan pendidikan melalui program TV yang disusun rapi bagi
memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat. Media penyiaran
ini bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan dan pendidikan
semata-mata. Malah sejak beberapa tahun ini, sudah terdapat media
penyiaran yang bermatlamat untuk penyebaran ilmu Islam. Dengan
kewujudan media penyiaran yang berkonsepkan keislaman, maka
program-program yang disiarkan perlu selari dengan konsep al-
thabat (tetap) dan al-murunah (fleksibel).

Terdapat beberapa objektif rancangan-rancangan agama di


televisyen dan radio. Antaranya adalah untuk menguatkan akidah
umat Islam, memupuk semangat cintakan Allah SWT, Rasulullah
SAW dan Negara dalam konteks Mukmin sebenar, memupuk
semangat perpaduan, muhibbah dan toleransi serta memupuk umat
Islam supaya kuat berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan
kemajuan untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

26
Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran iaitu:

ِ ‫ولمت كُ ن ِم نم كُ م أُمَّ ةٌ ي مد ع و َن إِ ََل ا مْل ْيِ و أيمم رو َن ِِب لمم ع ر‬


‫وف َويَ نم َه مو َن‬ ُ‫َ م‬ ُ ُ َ َ ‫َم‬ ُ َ ‫م‬ ‫ََ م‬
ِ
‫ح و َن‬ َ ِ‫عَ نِ ا لممُ نم َك رِ ۚ َوأُولَٰ ئ‬
ُ ‫ك هُ مُ ا لم ُم مف ل‬

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang


menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Surah Ali
‘Imran 3:104)

Media Massa
Media dari segi bahasa bermaksud, alat atau perantara komunikasi
(perhubungan) seperti radio, televisyen dan akhbar. Dalam bahasa

27
Arab pula, perkataan media diterjemahkan sebagai al-I’lam yang
berasal daripada perkataan a’lam yang membawa maksud alat-alat
penerangan atau dengan erti kata lain media merupakan sebuah
medium yang menghubungkan manusia.

Menurut Cambridge International Dictionary of English


media bermaksud “Medium or media-method or way of expressing
something”. Alan Hancock (1970) pula menterjemahkan “media”
berasal daripada perkataan medium yang merujuk kepada satu jalan
atau cara dengan komunikasi dapat dilakukan dan sebagai satu
saluran untuk memberi maklumat. Pada pandangan Christine
Beckert (1992) , media adalah sebagai satu kumpulan yang ramai
pada masa yang sama Ensiklopedia Malaysian pula menjelaskan
media ialah saluran atau alat bagi pengamal perhubungan awam
menyampaikan mesej atau maklumat.

Media pada zaman Rasulullah SAW banyak menggunakan


syair, khutbah, seruan atauu laungan di pasar. Pada ketika itu,
pelbagai media dan metodologi digunakan untuk menarik minat
golongan bukan Islam. Oleh hal yang demikian, kita dapat
memahami bahawa Islam menggalakkan pengikutnya
menggunakan media dalam menyampaikan maklumat kepada
manusia tanpa melihat dari mana datangnya saluran media tersebut,
asalkan saluran itu tidak bercanggah dengan roh Islam dan tabiat
hukumnya.

Media massa pula ialah pelbagai teknologi media yang


bertujuan untuk mencapai sejumlah pengguna media melalui
perhubungan pukal. Media massa dalam bahasa Inggeris disebut
sebagai Mass Communication yang bermaksud saluran
penyampaian kepada masyarakat sebagai alat komunikasi untuk
menyampaikan berita atau maklumat kepada masyarakat secara

28
langsung. Menurut Cangara (2002), media massa merupakan “alat
yang digunakan dalam menyampaikan maklumat daripada sumber
kepada masyarakat dengan menggunakan alat komunikasi seperti
surat khabar, filem, radio, televisyen dan sebagainya”.

Media massa sebenarnya merupakan pendorong utama dalam


proses pembangunan Negara. Hak ini dijelaskan oleh Lerner
(1986), beliau mengaitkan manusia yang moden dengan
pendedahan kepada media. Selain itu, Lerner, Schramm (1976) dan
Roger (1978) juga turut memperkatakan bahawa pembangunan
boleh berlaku apabila masyarakat ingin menerima perubahan dan
pembaharuan. Dalam hal ini, mereka mengemukakan lima tahap
psikologi penerimaan sesuatu pembaharuan, iaitu penerimaan,
kesedaran, minat, percubaan dan penilaian.

Media Cetak
Mengikut Kamus Dewan (2005), media cetak ialah alat atau saluran
komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal
seperti akhbar, buku, risalah, komik, majalah dan lain-lain. Menurut
Dennis McQuil (1987), media cetak ialah media yang mengandungi
maklumat-maklumat yang berkait rapat dengan kepentingan
masyarakat seluruhnya dan tidak terbatas pada kelompok tertentu
sahaja.

Pada awalnya, media cetak adalah dalam bentuk novel dan buku-
buku fiksyen dengan harga yang mahal yang hanya boleh dimiliki
oleh orang yang berpendidikan sahaja. Di Amerika, media cetak
pertama bermula dengan pencetakan banyak kitab agama pada
tahun 1640. Menurut sejarah, media cetak di Jerman bermula
dengan penemuan mesin cetak metal atau dikenali sebagai “hand-
press” oleh Guttenberg (Johann Gensfleisch) pada tahun 1456.
Bermula daripada penyebaran surat khabar New York Sun yang

29
diperkenalkan oleh Bunyamin Day, masyarakat dunia telah
mengenali media cetak dan mula mendapat maklumat melalui
media cetak.

Antara jenis-jenis media cetak adalah buku. Pada zaman moden


kini, perkembangan teknologi semakin canggih. Mesin-mesin
offset raksasa yang mampu mencetak ratusan ribu buku dalam
waktu singkat telah dibuat. Kemudian, diikuti pula dengan
penemuan komputer sehingga memudahkan penyusunan huruf dan
membuat halaman bercetak. Selepas itu, diikuti pula dengan
penemuan mesin penjilidan, mesin pemotong kertas, alat
pengimbas dan juga mesin pencetak.

30
KOD ETIKA PENYIARAN ISLAM DI MALAYSIA

Kod Etika Penyiaran merupakan garis panduan kepada penyiar


media penyiaran sama ada penerbit, pengarah, pembekal
rancangan, pengiklanan, juruhebah, wartawan, pengacara, pembaca
berita, karyawan, artis, petugas atau sesiapa sahaja yang melibatkan
diri dalam penyiaran.

Kod Etika Penyiaran ini dirangka untuk melindungi


kepentingan orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-
anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan Negara
yang disebarkan melalui media penyiaran. Setiap bentuk
persembahan penerbitan rancangan yang disiarkan melalui saluran
radio dan televisyen mana-mana media penyiaran di Malaysia,
sama ada terbitan dalaman atau dibekalkan oleh pihak luar, wajib
mematuhi undang-undang Negara, peraturan-peraturan dan nilai-
nilai yang sedia ditetapkan.

Satu rangka kod kandungan telah digubal untuk


mempertingkatkan karya dan kreativiti di samping memelihara
aspek nilai-nilai keagamaan, sosiobudaya berbilang kaum dan peka
terhadap sensitiviti di Malaysia seperti, melarang kandungan yang
tidak sopan seperti bahan yang menyinggung, sombong dan
bertentangan dengan perlakuan yang diterima pakai oleh
masyarakat setempat. Contohnya, dari segi pakaian, kelakuan,
percakapan, bunyi, simbol dan grafik.

Selain kod kandungan untuk memelihara nilai-nilai keagamaan,


sosiobudaya dan sensitiviti, kod perlindungan kanak-kanak juga
digubal untuk menjaga perlindungan kanak-kanak. Antara yang
digubal adalah berkaitan dengan bahasa yang digunakan harus
memberikan teladan dan kesan yang baik kepada kanak-kanak.

31
Penggunaan bahasa kesat, bahasa pasar, bahasa lucah dan bahasa
yang memberikan interpretasi yang negatif perlu dielakkan serta
rancangan kanak-kanak mestilah didefinisikan sebagai rancangan
untuk mengisi keperluan, difahami dan dihargai oleh kanak-kanak
tersebut.

Setiap bentuk persembahan penerbitan rancangan yang


disiarkan melalui saluran radio dan televisyen mana-mana media
penyiaran di Malaysia, sama ada terbitan dalaman atau dibekalkan
oleh pihak luar, wajib mematuhi undang-undang negara, peraturan-
peraturan dan nilai-nilai yang sedia ditetapkan. Antaranya ialah:

• Rukun Negara

• Sosiobudaya Malaysia

• Garis panduan penapisan LPF (Lembaga Penapis Filem


Malaysia)

• Misi dan visi Jabatan Penyiaran

• Dasar-dasar semasa kerajaan

• Undang-undang dan akta yang berkaitan

Seterusnya, kod pengiklanan pula hanya diguna pakai terhadap


iklan-iklan komersial yang disiarkan di stesen radio atau TV sahaja.
Kod ini telah berkuat kuasa mulai 1 Oktober 1998. Adalah menjadi
kewajipan pemegang lesen penyiaran menentukan bahawa iklan
yang disiarkannya mematuhi kod ini dan arahan yang diberikan
oleh Menteri dari semasa ke semasa.

32
Di dalam kod etika pengiklanan, terdapat tafsiran bagi sesetengah
perkataan yang mestilah digunakan secara tersurat dan tersirat. Kod
ini hendaklah terpakai bagi semua urusan pengiklanan media
elektronik di stesen radio dan TV.
Definisi lain pengiklanan, adalah iklan meliputi sebarang bentuk
komunikasi dan institusi yang bertujuan mempromosi jualan
barangan atau perkhidmatan tanpa mengambil kira bentuk media
yang digunakan. Dalam iklan, kesopanan merupakan perkara
penting untuk memastikan iklan tersebut tidak mengandungi apa-
apa penyampaian secara oral atau visual yang bercanggah atau
menghina kesopanan yang lazim dipraktikkan oleh masyarakat
Malaysia.

Iklan yang disiarkan mestilah jujur, benar dan betul. Setiap


iklan yang disiarkan juga perlulah menjaga privasi seperti tidak

33
boleh menggambarkan atau merujuk. Bagaimana sekalipun,
mestilah menjaga hak peribadi atau hak awam mana-mana orang
melainkan setelah mendapat kebenaran. Iklan tersebut juga
hendaklah tidak mengandungi apa-apa perkara yang mungkin
mendatangkan atau menyokong perbuatan kekerasan, jenayah,
penyalahgunaan undang-undang atau tingkah laku anti sosial. Akhir
sekali, iklan tersebut mestilah menghormati kemuliaan manusia
dalam segala bentuk, ungkapan dan tatacara.

34
CABARAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM
ISLAM

Bab ini memberikan pendedahan berkaitan konsep hubungan


sesama manusia yang menjurus kepada konsep persaudaraan dalam
islam, konsep kejiranan dan konsep masyarakat majmuk
dalam islam. Pendedahan tentang hukum menyambut perayaan
agama lain menurut islam serta perkara yang berkaitan dengan
keprihatinan sosial melibatkan aspek agama, kesantunan bahasa,
adat resam, pakaian dan aspek ekonomi. Seterusnya,
membincangkan isu kontemporari dari sudut pandang islam.

• Konsep Hubungan Sesama Manusia


Ukhuwah atau persaudaraan berasal daripada perkataan Arab, iaitu
"akhun" yang bermaksud saudara, kawan, teman atau sahabat.

• Konsep Persaudaraan
- Kelahiran
- Susuan
- Akidah

Perkara ini perlu dilaksanakan untuk merealisasikan konsep


persaudaraan iaitu:
1. Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT.
2. Mengutamakan orang lain.
3. Bekerjasama.
4. Perasaan belas kasihan.
5. Saling menasihati.

35
6. Saling membantu sesama islam.
7. Saling bertanggungjawab.

• Konsep Kejiranan.
- Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran.
- Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau
mengasingkan diri.
- Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan
hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling.

• Batas-batas Pergaulan.
1. Peringkat perkenalan.
2. Peringkat memahami.
3. Peringkat tolong-menolong.

• Batas dan Adab Pergaulan dalam Islam


1. Aurat lelaki
2. Aurat wanita
3. Pakaian lelaki
4. Pakaian wanita

• Adab-adab dan Batas Pergaulan


1. Memelihara pandangan.
2. Menutup aurat secara sempurna.
3. Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan
mahram.
4. Menjaga perkataan dan mengawal perbualan.
5. Mengawal perhiasan.
6. Menghindari tempat yang tidak baik.

• Kesan Buruk yang Timbul daripada Pergaulan Bebas.

36
1. Merosakkan jiwa dan akhlak.
2. Menyuburkan penzinaan.
3. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara.
4. Membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

• Integrasi Budaya dalam Perayaan


Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi
mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Menurut Che
Bakar (2007) antara perkara asas tersebut ialah:

1. Kemesraan komunikasi.
2. Budaya ziarah-menziarahi.
3. Budaya mengambil tahu.
4. Budaya saling menghormati.
5. Budaya mahabbah (saling berkasih sayang).
6. Islam dan masyarakat majmuk.

• Hukum Menyambut Perayaan Agama Lain Menurut


Islam
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai perayaan
disambut pada setiap tahun. Dalam konteks Malaysia, ucapan
selamat yang diberikan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan
Islam ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan dengan
syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan
syirik atau kufur.

• Keprihatinan
Keprihatinan sosial melibatkan beberapa aspek yang berikut:

- Aspek agama.
- Aspek bahasa.
- Aspek adat resam.

37
- Aspek pakaian.
- Aspek kegiatan ekonomi.

• Isu-isu Kontemporari
Isu-isu kontemporari dalam hubungan sesama manusia melibatkan
beberapa elemen penting seperti perkauman, penyebaran fitnah,
hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantunan bahasa dan
unsur-unsur khurafat dalam filem.

Maka, dapat dilihat bahawa konsep hubungan sesama manusia,


persaudaraan dan kejiranan amat penting untuk difahami. Nilai-
nilai murni seperti kasih sayang, belas kasihan, saling
menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab dapat memupuk
masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam aman dan damai.
Kehidupan bermasyarakat mempunyai batas-batas yang telah
ditetapkan dalam Islam yang melibatkan batas-batas pergaulan dan
adab sesama manusia.

Dalam konteks Malaysia, integrasi budaya amat


dititikberatkan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan saling
mengormati antara satu sama lain. Namun, pelbagai isu seperti
perkauman, penyebaran fitnah, hiburan melampau, etika
kewartawanan, kesantunan Bahasa dan unsur-unsur khurafat perlu
ditangani dengan baik supaya tidak wujud perpecahan dalam
masyarakat.

38
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kewujudan penyiaran Islam di Malaysia


telah membawa satu sinar baharu kepada masyarakat di Negara ini.
Jika dilihat pada masa kini, dakwah perlu disampaikan kepada
masyarakat melalui medium yang menarik dan cepat. Bermula
daripada kemunculan Astro Oasis dan TV Alhijrah serta dengan
program-program yang disiarkan yang berunsurkan agama dan
program realiti TV yang berunsurkan Islamik telah menjadikan
stesen televisyen ini mendapat rating tertinggi.

Dalam menuju alaf baru, media penyiaran memerlukan


suntikan falsafah yang lebih terarah, selari dengan fitrah kejadian
manusia. Media penyiaran tidak boleh dibiarkan dikendali oleh
mereka yang mengukur material sebagai nilai keuntungan dan
kemakmuran manusia. Informasi dalam bentuk yang pelbagai yang
terkandung dalam penyiaran tidak boleh diurus berdasarkan
falsafahnya sebagai bahan komoditi, tetapi mesti diarah sebagai
satu servis kepada pembinaan masyarakat bertamadun. Islam
memberi arah yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan
kepada manusia.

Umat Islam juga berhak memperoleh program-program


penyiaran yang selari dengan tasawwur kepercayaan mereka.
Konsep, model dan program dalam penyiaran Islam masih
memerlukan kajian yang teliti dari segi falsafah dan operasionalnya
yang mesti menggambarkan Islam dalam bentuknya yang syumul.

Semua orang yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran


haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan demi
mencapai Wawasan 2020 serta mematuhi semua akta dan peraturan
yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka juga perlu mematuhi Kod

39
Etika Penyiaran yang dirangka untuk melindungi kepentingan
orang awam, Negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang
boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan Negara yang
disebarkan melalui media penyiaran.

Apa yang jelas ialah komunikasi, sebagai satu bidang


pengajian, berasal dari tradisi Barat (sekular). Komunikasi
diperkenalkan sebagai satu subjek pengajian di institusi-institusi
akademik di Timur lebih kurang 20 tahun yang lepas dan bentuk
pengajaran komunikasi tersebut masih diteruskan hingga kini oleh
inteletual-intelektual di Timur. Secara keseluruhannya, berdasarkan
kepada perspektif Barat, sebahagiannya tanpa disedari nyata
bertentangan dengan nilai-nilai tempatan.

Perubahan falsafah pembelajaran komunikasi daripada


pendekatan sekular kepada pendekatan bersepadu akan memberi
kesan terhadap pembentukan individu dan masyarakat yang
berfungsi sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi.

Akhir sekali, media penyiaran memainkan peranan yang


penting kepada masyarakat di Malaysia dalam menyampaikan
maklumat dan juga sebagai medan sosial bagi mempercepat proses
modenisasi. Di Malaysia, terdapat dua jenis media penyiaran, iaitu
media penyiaran melalui televisyen dan radio. Dua medium ini pada
awalnya menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk
menyampaikan mesej-mesej pembang

RUJUKAN

40
Al-Quran.
Ali Abdul Halim Mahmud. 1995, Fiqhud Dakwah al-Fardiyah,
Metode Membentuk Pribadi Muslim, Jakarta: Gema Insani.
Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Shukri, Alias Mat Saad.
2016, Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Siri Politeknik.
Mohd Yusof Hussin. 1986, Media Asia Tentang Islamization of
Communication Theory.

http://konseppenyiaranislam.blogspot.my/

http://kpijpapsas.blogspot.my/2016/07/20-course-learning-
outcome-clo.html

http://pemudaharapan2020.blogspot.my/2016/10/bab-
1komunikasi-komunikasi-definisi.html

41

Anda mungkin juga menyukai