Anda di halaman 1dari 21

HAJJATUL WADA’

(HAJI TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W)


(Surah Al-Maidah:3)
Maksudnya:
“Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi
kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu dan aku telah redha
ISLAM itu menjadi agama untuk kamu”.
# ayat ini diturunkan di Arafah ketika Nabi Muhammad SAW
menunaikan haji terakhir.
Latar Belakang Hajjatul Wada’:
i. Nabi Muhammad SAW pada ketika itu sudah 9 tahun berada di Madinah
dan tidak pernah mengerjakan haji.
ii. Sehinggalah pada bulan Zulkaedah tahun ke-10H Nabi membuat
pengumuman untuk mengerjakan Haji pada tahun tersebut.
iii. Ramai kaum Muslimin yang mahu menyertai baginda
iv. Lebih kurang 90,000 orang.
v. Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin berangkat ke Mekah pada
25 Zulkaedah tahun ke-10H.
Zulhulaifah

Zu
Mekah
Thuwa

Mina Mekah

Muzdalifah Mina

Arafah
1. Zulhulaifah
• Dari Madinah  Zulhulaifah (bermalam & berihram)
2. Zu Thuwa
• Nabi meneruskan perjalanan dan setibanya di sini baginda berhenti dan
bermalam.
3. Mekah
• Sesampainya di Baitullah, baginda melakukan tawaf dan sa’ie
Sa’ie
4. Mina (8 Zulhijjah)
• Baginda bermalam di sini dan keesokan harinya baginda ke Arafah
5. Arafah (9 Zulhijjah)
• Baginda melakukan ibadah wuquf kemudian menyampaikan khutbah
terakhir dikhalayak kaum Muslimin.
6. Muzdalifah (10 Zulhijjah)
• Dari Afarah baginda menuju ke Muzdalifah dan bermalam di sini.
7. Mina (11-13 Zulhijjah)
• Baginda melakukan ibadah melontar Jamrah dan menyembelih unta.
8. Mekah
• Nabi kembali ke Mekah dan melakukan Tawaf.
• Kemudian baginda bertolak ke Madinah setelah menyelesaikan ibadah
Haji.
Khutbah terakhir Rasulullah SAW:
• Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di
Lembah Uranah, Gunung Arafah.
• Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku
katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
i. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan
kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap
muslim sebagai amanah suci.
ii. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.
iii.Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti
kamu lagi.
iv.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan
kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala
AMALAN kamu.
i. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
ii. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama
kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
iii.Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas
isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu
maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang.
i. Layanilah isteri-isteri kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina.
ii. Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah
di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
iii. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
i. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari nanti
untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
ii. Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
iii. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku
yang telah aku sampaikan kepada kamu.
iv. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
• Hendaknya orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-
kataku dari mereka yang terus mendengar dari
ku.
• Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku
sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
Iktibar peristiwa Hajjatul Wada’:
i. Hendaklah bersungguh-sungguh menunaikan sesuatu ibadah.
ii. Hendaklah mengasihi Nabi Muhammad SAW sebagaimana
baginda mengasihi kita.
iii. Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup.
iv. Umat Islam hendaklah bersatu padu kerana setiap Muslim
bersaudara.

Anda mungkin juga menyukai