Anda di halaman 1dari 25

Kumpulan 1

ICSB112
Pendahuluan
Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi

Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah
memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah 'Allah'.
Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah masih
kekal. Pada 3 Januari 2008, cabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam
daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini
Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1
November 2006. Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi
untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah. Pada 5
Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat
keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman
(undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan
mingguan Herald-The Catholic Weekly. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk mengupas
permasalahan sebenar. Sebelum mengkaji dengan lebih lanjut mengenai polemik ini, kita
perlu mengetahui dengan lebih mendalam definisi fatwa, prosuder dan faktor penetapan fatwa
malah mereka yang mengurus Majlis Fatwa itu sendiri agar isu larangan penggunaan kalimah
Allah ini dapat dikaji menggunakan prosedur atau proses yang tepat lagi sahih.

Objektif Kajian
1. Mengkaji pengurusan penetapan fatwa terhadap isu bukan muslim secara umum.
2. Menyenaraikan kronologi isu penggunaan kalimah Allah yang melibatkan bukan muslim.
3. Mengenal pasti kaedah pengeluaran fatwa penggunaan kalimah Allah yang melibatkan
bukan Islam.

Kumpulan 1

ICSB112

PERBINCANGAN

Kumpulan 1
1.1

ICSB112

Definisi Fatwa
Fatwa

Bahasa

Istilah

Fatwa

Futya

Futwa

Memberi
penjelasan
tentang sesuatu
perkara oleh
seseorang
yang faqih

Penerangan
perkara yang
musykil dan
kesamaran
tentang hukum

Memberi
jawapan bagi
sesuatu
masalah oleh
seorang faqih

(Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:3-5)


(Muhammad Said Muhammad al-Barawi 2009: 11)

Muhammad Said
(Pengarang kitab
Mazaliq alFatwa)

Ulama

Hasil Ijtihad

Jawapan
kepada soalan

Mengkhabar
hukum Allah

Apabila mufti
ingin
mengeluarkan
sesuatu hukum
maka perlu
kepada usaha
ijtihad bagi
menyelesaikan
sesuatu
perkara

Jawapan
kepada soalan
terhadap
perkara yang
berlaku

Mengkhabar
hukum Allah
pada sesuatu
perkara yang
mesti atau
harus

Penjelasan
mujtahid
berkenaan
hukum syarak
pada
perlaksanaan
atau masalah
bagi menjawab
setiap
persoalan yang
diutarakan
oleh seseorang
individu sama
ada secara
jelas atau tidak
jelas, sama ada
individu itu
tunggal atau
ramai

Kumpulan 1
1.2

ICSB112

Hukum Fatwa

(Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:3)

Mufti
Orang yang
memberi fatwa
atau orang yang
menjawab
soalan-soalan
bagi
permasalahan
tersebut

Fatwa-fatwa
yang dikeluarkan
oleh Mufti

Al-Madhmun

Mustafti
Orang yang
meminta fatwa
atau orang yang
bertanyakan
soalan-soalan
yang berkaitan
dengan masalahmasalah dalam
agama

Al-Amaliyyah

Rukun Fatwa

Al-Masul

Al-Sail

1.3

Kebenaran
sesuatu fatwa
yang terjamin

(Muhammad Said Muhammad al-Barawi 2009:11)


1.4

Kategori Fatwa

Fatwa Rasmi

Dikeluarkan oleh mufti atau Jawatankuasa Syariah yang diwartakan


di dalam Warta Kerajaaan Negeri
Fatwa yang diakui oleh mahkamah dan semua pihak

Fatwa oleh
Jawatankuasa
Syariah atau
mufti

Tidak diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri


Tidak wajib diperakui dan dikuatkuasakan ke atas mana-mana
pihak
Jawapan kepada orang yang masih tidak jelas mengenai sesuatu
hukum agama secara peribadi

(Hasnan Kasan 2008:80)

Penjelasan hukum
oleh mufti atau
pembantunya

Penjelasan hukum yang telah sedia ada dan tercatat dalam kitabkitab tetapi tidak diketahui oleh orang yang bertanya
Tidak wajib diterima oleh orang yang bertanya
Tidak boleh diproses untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan
4

Kumpulan 1
1.6

ICSB112

Kaedah Pengeluaran Fatwa


1.6.1

Organisasi
Majlis Fatwa Peringkat Kebangsaan diketuai oleh seorang pengerusi.Skop
tugas pengerusi tersebut ialah bertanggungjawab untuk memanggil ahli-ahli
majlis untuk bermuzakarah sekiranya terdapat sesuatu isu yang timbul.Seterusnya,
tugas setiausaha pula ialah bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan
memanggil atau menjemput setiap ahli majlis untuk bermuzakarah.Ahli-ahli
majlis ini pula terdiri daripada mufti bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap
daripada mereka akan dipanggil jika ada sesuatu isu baru yang timbul dan
kemudiannya akan pulang ke negeri masing-masing dengan membawa keputusan
hasil daripada muzakarah peringkat kebangsaan. Urusetia turut tersenarai dalam
organisasi ini dan ia dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Keurusetiaan dan
Perhubungan Antarabangsa, JAKIM. Senarai nama mufti boleh dilihat pada

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul


Shukor Bin Haji Husin
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI

Dato' Haji Othman bin Mustapha


Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI
bahagian Lampiran.
(Zaini Nasohah 2005:9)
1.6.2

Prosedur Penetapan Fatwa


1.6.2.1 Permohonan Keputusan Fatwa
Pada peringkat ini, sesuatu isu yang timbul sama ada dari
masyarakat mahupun mufti akan dibawa oleh pengerusi untuk
dibincangkan dalam sesi muzakarah yang diadakan. Sebelum isu tersebut
dibawa dalam sesi muzakarah, ianya telah melalui satu proses kajian atau
penyelidikan oleh panel kajian. Golongan ini akan melakukan semakan
hasil draf atau kertas kerja yang mengandungi isu yang timbul. Mereka

Kumpulan 1

ICSB112
juga akan memperbaiki kesalahan yang berlaku pada draf atau kertas kerja
tersebut. Seterusnya, selepas draf atau kertas kerja mengenai isu itu
lengkap, ia akan dibahaskan dengan baik pada sesi muzakarah.

1.6.2.2 Pertimbangan oleh Jawatankuasa Fatwa


Pada peringkat ini, semua ahli majlis akan bermuzakarah bagi isu
yang timbul dan selanjutnya akan membuat keputusan hasil daripada sesi
muzakarah tersebut. Di sini setiap ahli akan menggunakan kepakaran
masing-masing dalam mencari jawapan bagi isu yang timbul berdasarkan
kepada sumber-sumber pengeluaran hukum seperti al-Quran, al-Sunnah,
Ijmak, qiyasdan Ijtihad ahli fuqaha semasa.
1.6.2.3 Keputusan Fatwa Dikeluarkan
Pada peringkat ini pula, keputusan muzakarah tersebut akan
dikeluarkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan dan hasil keputusan tadi hanya disebut sebagai pemberitahuan
hukum walaupun ia telah diumumkan pada masyarakat.
1.6.2.4 Keputusan Fatwa Dibawa ke Peringkat Negeri
Pada peringkat ini, setiap mufti yang mewakili negeri masingmasing akan membawa keputusan muzakarah pada peringkat kebangsaan
ini untuk dibincangkan atau dibahaskan dengan setiap ahli majlis pada
peringkat negeri. Walaupun sudah terdapatnya fatwa yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tetapi masih berlaku
kecenderungan bagi setiap negeri untuk meminda teks fatwa tersebut
selepas ia dibawa balik ke negeri masing-masing dan ditentukan oleh
jawatankuasa fatwa negeri masing-masing. Biarpun keputusan fatwa yang
dibuat di peringkat Kebangsaan itu merupakan keputusan majoriti para
mufti yang menjadi anggota, namun perubahan masih berlaku apabila ia
dibincangkan semula di peringkat negeri walaupun fatwa tersebut adalah
keputusan majoriti dari para mufti. (Zaini Nasohah 2005:8)
1.6.2.5 Keputusan Fatwa Disiarkan Kepada Umum
Pada peringkat yang terakhir, fatwa tersebut akan disiarkan sama
ada melalui media elektronik dan media cetak selepas diwartakan. Ia
bertujuan bagi mengelakkan dari berlakunya lagi kesamaran di kalangan
masyarakat terhadap sesuatu permasalahan isu yang baru timbul.
(Hasnan Kasan 2008:58-59)

Kumpulan 1
1.6.3

ICSB112

Percanggahan Fatwa
Dalam soal percanggahan fatwa yang melibatkan dua orang mufti atau
lebih dalam masalah yang sama, hendaklah kita memilih fatwa yang telah
diputuskan oleh mufti yang lebih alim dan warak. Apabila kedua-dua mufti
mempunyai persamaan dalam sifat-sifat tersebut hendaklah pula mengikut fatwa
yang telah diputuskan oleh mufti yang lebih tegas dan berhati-hati dalam
mengeluarkan fatwa. Sekiranya kedua-dua mufti ini sama juga dalam perkaraperkara ini, maka boleh memilih fatwa apa yang hendak dituruti.

Jikalau seorang mufti yang mengikut fatwanya telah meninggal dunia,


kedudukannya akan diganti oleh mufti lain yang baru. Apabila beliau
mengeluarkan fatwa yang baru dan ternyata berbeza fatwa dengan yang telah
dibuat oleh mufti yang sebelumnya mengenai masalah yang sama, maka para
ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan fatwa mana yang perlu diikuti.
Bagi yang berpendapat perlu mengikuti hukum fatwa yang dibuat oleh mufti yang
telah meninggal, mereka memberi alasan bahawa hukum tersebut tidak terbatal
kerana yang meninggal ialah mufti bukannya fatwa.Manakala yang berpendapat
perlu mengikut hukum yang telah dibuat oleh mufti baru berpendapat mufti yang
ada pada masa itu adalah lebih mengetahui tentang suasana dan keperluan semasa.
Hal ini kerana hidup atau mati seorang mufti itu bukanlah faktor utama sama ada
untuk menggunakan atau meninggalkan fatwa tersebut.

Mengambil fatwa yang


paling ketat

Mengambil fatwa yang


paling ringan

Berijtihad untuk
menentukan mufti mana
yang lebih utama untuk
diikut

Bertanya kepada mufti


lain dan mengikut salah
satu mufti yang
bercanggah dan menepati
sebagaimana fatwa yang
ketiga

Memilih mana-mana
fatwa yang disukai dan
dianggap sesuai pada
masalah yang dihadapi
7

Kumpulan 1
2.1

ICSB112

Kronologi Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Muslim

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim ini terbahagi kepada dua fasa iaitu
sebelum semakan kehakiman dan semasa semskan kehakiman. Meskipun isu ini telah timbul
sejak tahun 1980-an tetapi isu ini timbul kembali dan memuncak pada tahun 2007

Sebelum semakan kehakiman

Tarikh

31 Disember 2007

3 Januari 2008

19 Mac 2008

5 Mei 2008

7 Januari 2009

16 Febuari 2009

Catatan
Pengarang Akhbar Herald The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew
menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit
penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah. Bagaimanapun
kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah masih kekal

Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan
kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah
memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1
November 2006
Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman
terhadap larangan penggunaan kalimah Allah
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan
membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undangundang) terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan
Herald-The Catholic Weekly

Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Januari
sehingga 31 Disember 2009, dengan syarat kalimah Allah tidak digunakan di dalamnya
dan perkataan Terhad mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya
boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja

Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan


semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai
responden, memohon diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah
ALLAH dalam The Herald adalah tidak sah
8

Kumpulan 1

ICSB112
Semasa semakan kehakiman

Tarikh

31 Disember 2009

5 Januari 2010

6 Januari 2010

14 Oktober 2012

11 November 2013

5 Mac 2014

Catatan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee
Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald The
Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang
telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah Allah adalah kalimah
suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan tidak boleh digunakan atau
disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan
dan Perkembangan Dalam Kalangan Orang Islam) yang digubal
berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan
kalimah Allah hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah
mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari
sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses
segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat
mungkin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang
dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah
mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan
Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan Negara
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan
Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan
untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah ALLAH. Mahkamah
mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu
menggunakan kalimah ALLAH
Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah
Persekutuan dengan mengemukakan 26 soalan mengenai undang-undang
pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri
Melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).
Mahkamah Persekutuan akan menetapkan satu tarikh lain untuk membuat
keputusan pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu
terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald
dilarang menggunakan kalimah ALLAH

Kumpulan 1

3.1

ICSB112

Langkah-Langkah Pengeluaran Fatwa Terhadap Isu Tuntutan Penganut


Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah Peringkat Kebangsaan

Keputusan
Fatwa
Dikeluarkan

Keputusan
Fatwa
dibawa ke
Peringkat
Negeri

Pertimbangan
oleh
Jawatankuasa
Fatwa
Permohonan
Keputusan
Fatwa

1) Permohonan Keputusan Fatwa

Majlis Fatwa Kebangsaan telah digesa untuk menyelesaikan isu penggunaan


kalimah Allah yang timbul dalam kalangan penganut Kristian dan Islam bagi
mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Sebelum isu ini dibawa dalam sesi
muzakarah, ia telah melalui satu proses kajian atau penyelidikan oleh beberapa ahli yang
dilantik seperti panel kajian. Golongan ini akan melakukan semakan hasil draf atau kertas
kerja yang mengandungi masalah atau isu yang timbul dan membaiki kesalahan yang
berlaku pada draf atau kertas kerja tersebut. Selepas draf atau kertas kerja mengenai isu
ini lengkap, ia akan diperbahaskan dengan baik pada sesi muzakarah. Alasan Gereja
Katolik Menggunakan Kalimah Allah telah disebutkan pada akhbar The Sun bertarikh
24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk Church leaders explain use of 'Allah'.

10

Kumpulan 1

ICSB112

Terdapat lima alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja
Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah tersebut.

Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan


kalimah Allah sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan
untuk istilah Lord.

II

Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah
pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah Allah telah
digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta
juga menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian
juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

III

Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan


Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

IV

Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan


untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di
Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di
Malaysia.

Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan
dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan
Persekutuan.

2) Pertimbangan oleh Jawatankuasa Fatwa

Semua ahli majlis akan bermuzakarah dan membuat keputusan yang sewajarnya
hasil daripada sesi muzakarah tersebut. Setiap ahli akan menggunakan kepakaran masingmasing dalam mencari jawapan bagi isu kalimah Allah berdasarkan kepada sumbersumber pengeluaran hukum seperti al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiysdan ijtihad.
Berikut merupakan keterangan atau hujah yang telah dikemukakan dalam
menentukan keputusan terhadap Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan
Kalimah Allah berdasarkan lima alasan utama yang telah dikemukakan oleh mereka.

11

Kumpulan 1
Alasan
I

ICSB112
Hujah Menolak
Kalimah Allah adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab.
Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain.
Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah Allah
adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita
tidak boleh memanipulasikannya dengan apa-apa cara sekalipun dalam
bahasa asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah Allah lebih superior
daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan
mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang
layak

disembah.

Oleh

kerana

itu,

umat

Islam

tidak

sekali-kali

menterjemahkan Allah kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan


lafaznya yang asal iaitu Allah.

Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah Allah dari segi istilah


adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamuskamus serta ensiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:

Kamus Oxford Allah : Name of God among Muslims

Ensiklopedia Britannica : God, the one and only God in the


religion of Islam

Ensiklopedia Katolik Let it be noted that although Allah is an


Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as
the name of God

Dalam konteks Malaysia kalimah Allah tidak diterjemahkan kepada bahasa


Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan. Oleh itu
kalimah Allah di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang
terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz
(terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana
definisi Allah yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat: Allah :
Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg Maha Baik
dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi.

Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan

12

Kumpulan 1

ICSB112
kalimah Allah juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti
penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti perterjemahan
iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang terlibat dalam
penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya adakah Dewan
Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula, faktor
perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang menjadi
hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh itu alasan
yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu adalah
tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible tersebut
boleh dipertikai.

II

Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh


Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara
misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk
mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.
Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah
menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk
menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh
masyarakat setempat. Misalnya, Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam
tuliasan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di Tanah
Melayu. Selain mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga
menerbitkan majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang
ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan
bertujuan pengembangan agama di Tanah Melayu. Terjemahan tersebut tidak
melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa
hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.

Berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Asia Barat


juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukan Islam sememangnya
telah lama menggunakan kalimah Allah berdasarkan faktor teologi dan
kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini dijelaskan
sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih dan
menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah Allah yang

13

Kumpulan 1

ICSB112
digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada
Yahudi dan Nasrani.

III

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada


mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan
memperjalankan matahari dan bulan? Sudah tentu mereka akan menjawab:
Allah. Maka mengapa mereka terpedaya? (Surah Al-Ankabut :61)
Dalam surah al-Ankabut ayat 61, al-Quran hanya merakamkan sejauh mana
kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan kalimah Allah. Ia
bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut. Sebaliknya ia
mahu menjelaskan bagaimana kalimah Allah sudah dikenal oleh
masyarakat Arab sebelum Islam. Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, alQuran menjelaskan orang Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai
(1) pencipta langit dan bumi; (2) yang memudahkan peredaran matahari dan
bulan; (3) yang menurunkan air dari langit; dan (4) tempat menggantungkan
harapan. Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep Allah yang sebenar
iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah


ialah salah satu daripada tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti
dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang kafir dari antara
mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(Surah Al-Maidah :73)
Manakala surah Al-Maidah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan kepada
pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Ini kerana Allah SWT
sendiri menafikan golongan yang mengatakan Zat-Nya itu satu oknum
daripada tiga oknum (trinity). Malah mereka dianggap kafir. Ini bermakna
sebutan Allah yang keluar dari lidah golongan Kristian itu adalah sia-sia dan
tiada nilai di sisi Allah kerana ia tidak merujuk kepada kalimah Allah yang
sebenar. Sebagaimana maklum, kalimah Allah merujuk zat (esensi) yang
dinamakan.

Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz Allah di dalam al-Quran itu

14

Kumpulan 1

ICSB112
merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka berbahasa Ibrani? Jika
kalimah Allah dan Elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama, mengapa
pula konsepnya berbeza. Al-Quran mengatakan Allah itu Maha Esa dan
tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep
triniti. Ini sekaligus memberi makna konsep Allah di dalam Islam adalah
amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada
mana-mana bahasa dunia. Ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama
Kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga
memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain.

IV

Alasan

penterjemahan

kepada

Bahasa

Malaysia

sebagai

lambang

kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga


tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal
daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Oleh
itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu merujuk
kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat Melayu
Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan
perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali
boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang
lain.

Memaksakan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan Kristian Katolik


yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya sudah
pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama
Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah Allah itu adalah kalimah yang
didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang
terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut
Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang
sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian
berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti
Tuhan sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin
kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan

15

Kumpulan 1

ICSB112
kekeliruan

Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi
hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama
antara orang-orang yang menganuti Islam). Di bawah peruntukan ini
kerajaan telah menggubal undang-undang mengawal dan menyekat
pengembangan agama-agama bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai
contoh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengenbangan Agama Bukan Islam
Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9. Peruntukan ini jelas menunjukkan
bahawa menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan
god dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang
berkuatkuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan
dalaman gereja.

3) Keputusan Fatwa Dikeluarkan


Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk kalimah yang dilarang penggunaannya oleh
bukan muslim. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun
diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan
pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri
yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan isu yang
sama. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang
khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan
agama-agama bukan Islam lain.
4) Keputusan Fatwa Dibawa ke Peringkat Negeri
Pada peringkat ini, setiap mufti yang mewakili negeri masing-masing akan
membawa keputusan muzakarah pada peringkat kebangsaan ini untuk diperbincangkan

16

Kumpulan 1

ICSB112

atau diperbahaskan dengan setiap ahli majlis pada peringkat negeri. Berikut di dalam
Jadual 1 merupakan fatwa peringkat negeri yang telah diputuskan.
Bil
1

Tajuk

Negeri

Cadangan Pewartaan Fatwa Larangan Penggunaan Kalimah


Allah Ke Atas Penganut Kristian dan Orang Bukan Islam
Larangan Penggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam
**

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Kalimah Allah

Hukum Menggunakan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam

Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam

8
9

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah


Allah
Fatwa Mengenai Penggunaan Kalimah Allah Hanya Merujuk
Kepada Tuhan Yang Maha Esa Dalam Agama Islam Sahaja
Fatwa Mengenai Larangan Penggunaan Kalimah Allah Oleh
Orang Bukan Islam **
Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam

Agama-Agama Islam Dan Tidak Boleh Digunakan AgamaAgama Bukan Islam

11
12

Larangan Penggunaan Istilah-Istilah Islam Oleh Orang Bukan


Islam

17

Diwartakan
Tidak

Lumpur

Diwartakan

Terengganu

Pahang

Tidak
Diwartakan
Tidak
Diwartakan
Tidak
Diwartakan

Tarikh Warta
24 Feb 2010

21 Ogos 2008

17 Jan 2010

12 Jun 2008

27 Dis 2009

Selangor

Diwartakan

10 Jun 2008

Perak

Diwartakan

17 Jul 2007

Kedah

Diwartakan

18 Jan 2010

Johor

Diwartakan

30 Oct 2008

Diwartakan

7 Jan 2010

Pulau
Pinang
Perlis

Penggunaan Nama Allah Oleh Orang Bukan Islam

Tidak

WP Kuala

Kelantan

Fatwa Mengenai Kalimah-Kalimah Suci Yang Khusus Bagi

10

Melaka

Warta

Sabah

Tidak
Diwartakan
Diwartakan

15 Jun 2008
1 Jun 2003

Kumpulan 1

ICSB112

ANALISA

18

Kumpulan 1

ICSB112

Terdapat beberapa hujah lain yang dapat mengukuhkan lagi bukti larangan penggunaan
kalimah Allah oleh bukan muslim di Malaysia. Antaranya:
NO

KETERANGAN / HUJAH

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha
Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada
Tuhan Bapa iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan
apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala
Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak
sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah
disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini
adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah Theos bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang
dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana
Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa
Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan
juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan
mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti
Kristian.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam
lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah
Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam
ia bersifat tauhid.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah
Syariyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu
dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

11

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang
cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu
dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

19

Kumpulan 1

ICSB112
Pandangan Tokoh Ulama Luar
Al-Syeikh Abdul Fattah Allam

(Ketua Lajnah Dialog Antara Agama Al-Azhar & Timbalan Syeikh Al-Azhar)
Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah
Allah dalam kalangan bukan muslim adalah tepat. Ini adalah kerana kalimah Allah tidak boleh
disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana
maklum bukan muslim menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan,
matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini adalah sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan
menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran
dan Al-Hadtih.
Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan
(Penasihat Undang-Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi)
Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan daripada penyalahgunaan nama Allah melainkan hanya kepada Yang Maha
Pencipta (tuhan yang sebenar). Ia kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan
kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama
Allah tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya.
Syeikh Abdul Hamid Al-Ballali
(Tokoh Pergerakan Islam Kuwait)
Beliau menyokong penuh keputusan Kerajaan Malaysia kerana keputusan tersebut amat
signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal
memelihara istilah agamanya adalah umat yang leka. Menurutnya lagi, umat Islam perlu sedar
banyak istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah dieksploitasi atau dipesongkan
maknanya oleh pihak tertentu. Ianya seperti istilah syahid yang juga diguna pakai oleh bukan
muslim. Istilah riba yang ditukarkan kepada faedah bank. Persoalannya, adakah umat Islam
sedar tentang fenomena ini sebagaimana kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?
Hujah larangan penggunaan kalimah Allah dari aspek Maqasid Al-Syariah dan Siasah AlSyariah boleh dilihat pada halaman lampiran.

20

Kumpulan 1

ICSB112

Hujah Larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim dari aspek Maqasid AlSyariah
Di negara Malaysia, aliran yang ingin menjaga dan mempertahankan hak atau akidah
umat Islam adalah pandangan yang paling tepat apabila berlakunya percanggahan antara dua
aliran atau pihak.
1.

Menjaga akidah umat Islam adalah Daf Mafsadah, dan berdakwah kepada bukan
muslim adalah Jalb Maslhahah.

Kaedah Fiqh menyatakan bahawa Menolak mudharat lebih utama berbanding


mendatangkan maslahat.

2.

Memelihara akidah merupakan Maqasid (tujuan) Utama dalam segala Maqasid yang
lain.

3.

Ini disebut sendiri oleh Imam Al-Juwaini dalam Al-Burhan.

Kaedah Sadd Adz-Dzaraie yang bermaksud menutup pintu kepada keburukan,


sekiranya keburukan itu jelas dan hakiki.

Kaedah ini berasas dari kaedah An-Nadzru fi Ma-alaatil Afal Mutabarun


Syaran

Larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dari aspek Sadd Adz-Dzaraie


adalah mafsadah iaitu jelas dan hakiki memelihara agama Islam. Contoh yang
biasa menunjukkan perkara ini membawa kepada mafsadah boleh dilihat
pada negara jiran Indonesia di mana penggunaan kalimah Allah berleluasa oleh
bukan muslim. Hal ini menunjukkan bahawa hak umat Islam di negara tersebut
telah dicabuli.

Adapun mahu membawa hukum ini kepada harus maka perlu ada maslahat yang
lebih kuat atau kukuh kepada kedua-dua belah pihak. Hal ini demikian kerana
segala perkara yang diharamkan dengan menggunakan kaedah Sadd AdzDzaraie, boleh jadi harus sekiranya ada maslahat yang rajih

Misalnya, hukum wajib menundukkan pandangan, namun ia boleh menjadi


harus sekiranya yang dipandang itu adalah untuk tujuan berkahwin (bertunang),
maka ia adalah keharusan yang sabit dengan hadis Nabi SAW.

21

Kumpulan 1
4.

ICSB112

Pertembungan antara dua maslahat (dakwah dan akidah), maslahah lebih besar adalah
memelihara akidah umat Islam.

Langkah ini perlu mengaplikasikan kaedah Mengambil Maslahah yang lebih


besar dengan menolak maslahah yang kecil.

5.

Maslahah Mursalah (yang tidak disebut secara spesifik dalam nas).

Setiap maslahah yang merujuk kepada penjagaan maqasid syarak, yang


diketahui ianya memang dikehendaki dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma,
maka ia tidak terkeluar daripada usul ini (Al-Quran, Sunnah, Ijmak), namun ia
bukanlah dinamakan Qiyas, tetapi disebut sebagai Maslahah Mursalah
(Imam Al-Ghazali, Al-Mustashfa : 1/311)

Hujah Larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim dari aspek Siasah Syariah
Allah tidak menghalang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak
memerangi kamu dalam agama, dan tidak menghalau kamu dari negeri kamu, sesungguhnya
Allah menyukai orang yang berlaku adil.
(Surah Al-Mumtahanah: 60/8)
Tujuan ayat di atas (hidup bersama dengan masyarakat majuk) diturunkan adalah untuk
menunjukkan betapa tingginya rahmat Islam sehingga membenarkan dan menggalakkan untuk
berbuat baik kepada orang kafir yang tidak memusuhi orang Islam. Hal ini sama sekali tidak
melibatkan untung rugi kekuasaan Islam tetapi isu akhlak dan komunikasi harian serta
membentuk masyarakat awam yang harmoni. Namun bagi prinsip tahaluf, kerana ia
melibatkan politik, untung rugi, kuasa dan polisi-polisi negara, maka prinsip co-exist (hidup
bersama) dalam ayat 8 tadi bukanlah dasar yang terpakai.
Sesungguhnya Allah melarang kamu untuk melantik dan berkawan dengan orang kafir yang
memerangi kamu dalam agama, dan menghalau kamu keluar dari negara kamu, serta
berkonspirasi untuk mengusirmu, sesiapa yang melantik mereka dan bersahabat dengan mereka
maka sesungguhnya dia termasuk dalam golongan orang yang zalim
(Surah Al-Mumtahanah: 60/9)

22

Kumpulan 1

ICSB112

Oleh hal yang demikian, dalil-dalil yang terpakai bukanlah dalil berlembut dengan orang
kafir, tetapi adalah ayat yang menyuruh untuk bertegas dalam pertahankan prinsip dan
keuntungan umat Islam. Ini adalah kerana tujuan dalam Siasah Syariah ialah meninggikan
kalimah Allah, dan menjaga kekuasaan di tangan umat Islam seperti yang disebut oleh Imam AlJuwaini dalam Al-Ghiyathi.
Sesungguhnya semua pemimpin itu mengambil tampuk kekuasaan mereka untuk menjadi
wasilah untuk menegakkan agama
(Al-Ghiyathi)
Dalam hal ini, muslim dan bukan muslim tidak boleh mempunyai martabat yang sama
sekiranya negara tersebut adalah negara Islam. Maksud kedua lebih sesuai dikaitkan dengan isu
penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim kerana masalah ini melibatkan polisi dan undangundang negara, bukan semata-mata tatacara kehidupan awam. Maka ia kembali kepada hukum
bertahaluf dengan kumpulan orang kafir iaitu hukum asalnya tidak boleh atas hadis Nabi SAW
yang melarang meminta pertolongan orang kafir, tanpa dharurat yang dibenarkan, dan mematuhi
syarat-syarat yang cukup ketat. Jika mahu dikaitkan dengan Hilf Al-Fudhul yang melibatkan
perkara-perkara nilai sejagat seperti keadilan dan menolak kezaliman, kes pembenaran
penggunaan kalimah Allah ini langsung tidak sama dengan kisah Hilf Fudhul.

23

Kumpulan 1

ICSB112
Kesimpulan

Proses pengurusan fatwa serta definisi fatwa itu sendiri telah diterangkan secara umum.
Malah, ahli yang menjawat jawatan di dalam Majlis Fatwa turut diperkenalkan.
Terdapat 4 peringkat dalam pengeluaran fatwa terhadap Isu Tuntutan Penganut Kristian
Terhadap Penggunaan Kalimah Allah pada peringkat kebangsaan. Pertama, permohonan
pengeluaran fatwa dibuat oleh masyarakat Islam dan Kristian yang menggesa Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah yang timbul untuk mengelak
kekeliruan. Sehubungan dengan itu, Gereja Katolik telah mengemukakan lima alasan utama agar
mereka dapat meneruskan penggunaan kalimah Allah. Kedua, jawatankuasa fatwa akan
membuat pertimbangan melalui muzakarah.Setiap ahli akan mengemukakan hujah dan
keterangan untuk isu ini. Antara hujah yang dikemukakan ialah Kalimah Allah Lafz alJalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum
Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian malah lima alasan utama oleh penganut
agama Kristian itu telah ditolak dengan hujah-hujah yang bernas. Peringkat seterusnya,
keputusan fatwa akan dikeluarkan setelah mencapai persetujuan oleh mufti-mufti di seluruh
Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang
khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agamaagama bukan Islam lain. Peringkat terakhir, setiap mufti yang mewakili negeri masing-masing
akan membawa keputusan muzakarah pada peringkat kebangsaan ini untuk diperbahaskan
dengan setiap ahli majlis pada peringkat negeri. Negeri Selangor, Perak, Kedah, Johor, Pulau
Pinang, dan Sabah telah memutuskan untuk mewartakan fatwa ini.
Konklusinya, berdasarkan hujah-hujah yang telah dikeluarkan oleh ahli muzakarah tiada
sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada pihak Kristian. Malah
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan
Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa
sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya
menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

24

Kumpulan 1

ICSB112
Bibliografi

Buku
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2008). Fatwa dan mufti: hukum, etika dan sejarah. Nilai: Universiti
Sains Islam Malaysia.
Hasnan Kasan. (2008). Institusi fatwa di Malaysia. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Al-Barawi, Muhammad Said Muhammad. (2009). Mazaliq al-fatwa. Kaherah: Dar al-Basair.
Zaini Nasohah. (2005). Undang-undangPenguatkuasaan Fatwa di Malaysia.
Kamus
A.S Hornby. (1985), Oxford Advanced Learners Dictionary Of Current English (page 23),
Oxford University Press, Great Britain.
Website
Kerajaan Malaysia dan JAKIM. Isu Tuntutan Penganut Agama Kristian Terhadap Penggunaan
Kalimah Allah. Retrieved July 5, 2014, from http://www.e-fatwa.gov.my/fatwakebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah
Mohd Aizam Bin Masod. Hujah menolak penggunaan Allah oleh Kristian. Retrieved July 7,
2014, from file:///C:/Users/User/Downloads/hujah_tolak_guna_allah_oleh_kristian.pdf
Encyclopedia Britannica, God. Retrieved July 9, 2014, from http://global.britannica.com/
EBchecked/topic/15965/Allah

25

Anda mungkin juga menyukai