Anda di halaman 1dari 9

RUJUKAN: E-UTUSAN 30/9/16 DR MOHD NIZAM ABDUL KADIR (RENCANA

AGAMA)
Seorang wanita mengambil anak angkat dan bercadang menyusukannya agar anak tersebut
menjadi anak susuan. Tujuannya agar wujud hubungan mahram. Masalahnya, anak angkat itu
sudah berusia empat tahun. Bolehkah disusukan agar menjadi anak susuan?

Jawapan
Menjadi pengetahuan umum bahawa syarat penting dalam penyusuan ialah umur kanak-
kanak tidak melebihi dua tahun. Maka dalam kes yang ditanyakan, bermakna tiada harapan
untuk anak angkat itu dijadikan anak susuan.
Bagaimanapun, pertukaran status anak angkat kepada anak susuan atau peningkatan status
anak angkat kepada anak susuan adalah penting. Ini kerana ia melibatkan isu hubungan antara
anak dan keluarga angkat. Apabila anak angkat makin membesar dan baligh, bakal wujud
hubungan tidak patuh kepada hukum syariah.
Contohnya, isu tidak mahram, berdua-duaan dalam rumah, berpegang tangan, isu aurat dan
sebagainya. Dalam contoh isu aurat, keluarga angkat wajib menutup aurat dengan sempurna
di hadapan anak angkat. Ini mungkin menimbulkan kepayahan dalam kehidupan.
Maka dicadangkan agar pendapat ulama yang menaikkan had umur penyusuan melebihi dua
tahun dapat diguna pakai.
Contohnya, anak angkat diambil pelihara ketika berusia empat tahun, lima tahun dan
sebagainya yang disebut sebagai penyusuan dewasa.
Ini berdasarkan riwayat hadis tentang penyusuan dewasa yang berlaku pada zaman Nabi
SAW, Sahlah r.a. mempunyai anak angkat yang makin membesar. Maka Nabi menyuruhnya
menyusukan anak angkat itu walaupun sudah agak besar.
Namun, isu ini perlu kepada kajian dan fatwa. Sewajarnya muzakarah fatwa kebangsaan dan
majlis fatwa negeri membuat kajian dan seterusnya fatwa tentang keharusan penyusuan
dewasa.

SOALAN:
Apakah hukum penyusuan anak angkat oleh gadis?

JAWAPAN:
Setelah kita membincangkan secara terperinci berkaitan faktor-faktor dan kesan-kesan
sampingan daripada gejala ini dan disebabkan fenomena ini bertambah popular mutakhir ini,
kami akan mengemukakan pendapat berkenaan dengan permasalahan ini berdasarkan kepada
nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis serta dalil-dalil yang muktabar disamping
pandangan ulama terhadapnya.
Oleh kerana masalah ini juga berkait rapat denga perubatan moden, justeru merujuk kepada
pakar dalam bidang tersebut amatlah wajar sebelum sesuatu keputusan hukum
dikemukankan. Ini selaras dengan kaedah yang bermaksud: Menghukum atas sesuatu
berdasarkan jelas gambaran masalah tersebut.
Mengikut persidangan Antarabangsa Perubatan islam kali pertama bertempat di Kuwait pada
1401H yang mengesahkan dokumen ini, dikenali sebagai Kod Islam bagi Etika Perubatan
(Islamic Code of Medical Ethica) antara lain menyatakan bahawa doktor mempunyai hak dan
tugas yang perlu diselesaikan dalam merumuskan dan mengeluarkan fatwa (verdict) agama
yang berkesan di atas tindakan yang menyalahi undang-undang atau di atas penghasilan baru
yang ditemui hasil daripada kemajuan sains bio perubatan hari ini untuk masa hadapan.
Fatwa ini hendaklah dicapai dengan kedua-dua golongan yang pakar dalam bidang
keagamaan dan satu lagi golongan yang pakar dalam bidang sains bio perubatan bersatu hati
dalam mengeluarkan fatwa tersebut. Di dalam Islam dinyatakan denga rasminya Apa juga
kebajikan yang ditemui, maka di situ wujudlah peraturan tuhan.
Berdasarkan kepada kaedah di atas, maka permasalahan ini akan dibincangkan daripada dua
sudut yang utama, sudut syariah dan sudut perubatan. Kami akan menjelaskan permasalah ini
dari sudut perubatan dahulu kemudian disusuli dengan perbincangan dari sudut syarak.

Sudut Pertama: Perubatan (Penghasilan Susu)


Dalam Mingguan Malaysia 31 Disember 2006 ada menjelaskan secara panjang lebar proses
penghasilan susu melalui rawatan perubatan yang dapat dirumuskan seperti berikut:
Seseorang wanita itu tidak semestinya mengalami proses kehamilan terlebih dahulu.
Begitu juga ia tidak memerlukan ovari berfungsi.
Pengeluaran susu bergantung kepada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf
dalam puting anda dirangsang apabila bayi anda menyusu.
Satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.
Hormon ini memulakan pengeluaran susu di dalam payudara anda.
Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan.
Dan apabila lebih banyak hormon, bermakna lebih banyak susu yang terhasil. Apabila
bayi menyusu, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon oksitosin yang
menyebabkan susu mengalir.
Terapi hormon untuk menggalakkan susu adalah dengan memberikan suntikan
estrogen dan progesteron bagi menyerupai tahap estrogen yang tinggi semasa hamil.
Bagaimanapun, kesan sampingannya tidak ketara kecuali dengan sesetengah kes,
wanita mungkin akan mengalami kekakuan anggota.
Tiada pil khas yang boleh mengeluarkan susu badan secara langsung. Bagaimanapun,
kesan sampingan penghasilan susu badan ini diperoleh setelah seorang itu mengambil
pil menahan muntah dan anti kemurungan. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan
paras hormon di dalam darah wanita sekaligus merangsang puting susu wanita
menonjol.
Dari segi zat dan kualiti susu badan yang terhasil daripada pengambilan pil penggalak
itu jika dibandingkan dengan susu yang dihasilkan oleh wanita hamil, ia sama sahaja.
Sudut Kedua: Penyusuan Anak Angkat Oleh Gadis Mengikut Syarak
Definisi Penyusuan
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, penyusuan adalah perihal (perbuatan) menyusui,
sedangkan penyusu pula ialah orang yang menyusui. (hal 1553)
Penyusuan dikenali dengan Ridha atau Radha dan dimaksudkan dengan Radhan,
Ridhaan, dan Radhaan iaitu menghisap susu, Ardhaah dengan maksud menyusu bayi. Pada
istilah syarak ialah nama untuk susu wanita atau apa yang terhasil daripada susunya dalam
perut bayi dengan syarat-syaratnya.
Ibn Abidin 2/403, Nihayah al-Muhtaj (7/172), Asna al-Mathalib (3/415)
Terdapat definisi yang lain hampir sama dengan definisi di atas. Antara lafaz yang hampir
sama Radhaah ialah Hadhanah.

Dalil Disyariatkan Penyusuan


Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran, antaranya:
Firman Allah SWT:







.
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genab iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyususan itu, dan kewajipan bapa
pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan
seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa
itu menderita kerana anaknya, dan waris juga menangung jewajipan yang tersebut (jika si
bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu
dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka
berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu
kepada orang lain, maka tidaka ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang
kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertawakkallah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
(Surah al-Baqarah: 233)

Al-Qurtubi berkata: Ini menunjukkan bahawa anak apabila masih menyusu maka ibu berhak
dalam hadhanahnya lebih daripada bapa. Lihat Al-JamiLi Ahkam al-Quran.

Firman Allah SWT

















Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani idahnya itu di tempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti
mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka
(supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang
mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak
yang dikandungnya, kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikan
kepada mereka upahnya, dan berundinglah di antara (dalam hal menyusunya) denagn cara
yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka
bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(Surah al-Talaq: 6)

Al-Qurtubi berkata: Isteri yang diceraikan, maka bagi anak-anak mereka hendaklah bapa-
bapa memberi upah atas menyusuan mereka. Lihat Al-Jami Li Ahkam al-Quran.

Daripada ayat ini menunjukkan kewajaran ibu untuk menyusukan anaknya, kecuali ulama
khilaf dari segi siapa yang sepatutnya ditaklifkan bapa atau ibu.

Rukun-Rukun Penyusuan
Bagi menyebabkan anak susu dan ibu susu mengambil hukum mahram terdapat tiga rukun:
Penyusu
Anak yang menyusu
Susu

Pendapat Ulama
Bagi penyusu mempunyai beberapa syarat:
Seorang wanita, justeru susu lelaki ia tidak termasuk begitu juga susu haiwan,
contohnya dua kanak-kanak yang diberi susu daripada lembu yang sama tidaklah
dianggap saudara susu kerana kaedah Pengharaman saudara adalah cabang darpada
pengharaman ibu dan tidak tersabit pengharaman ibu dengan penyusuan justeru
persaudaraan lebih aula.
Mazhab Hanafi dan Syafie mensyaratkan perempuan boleh bersalin iaitu sudah akil
baligh, jika kanak-kanak perempuan sudah ada susu is tidak dikira.
Tarjih

Semoga Allah faqihkan kita dalam agama ini.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Pelbagai Hukum Berkenaan Dengan Penyusuan.


1. Bolehkah wanita Muslim menyusukan anak yang bukan Muslim?
Fatwa Mantan Pengerusi Darul Ifta Mesir Syeikh Attiyyah Saqar menjawab tentang
penyusuan melibatkan perbezaan agama:
Tidak menggugat hukum penyusuan dengan sebab perbezaan agama, dan tidak haram
penyusuan yang melibatkan kanak-kanak muslim dengan wanita bukan muslim kerana tidak
terdapat dalil yang mengharamkannya, khususnya apabila sudah tidak mempunyai wanita
untuk penyusuan selain wanita bukan muslim. Apabila penyusuan ke atas kanak-kanak
muslim daripada wanita bukan muslim, maka kekal status agama seperti asal, begitu juga
sebaliknya.
Jawapan Syeikh Soleh Munajjid ketika ditanyakan soalan berkenaan penyusuan wanita
Muslim kepada kanak-kanak bukan Muslim dan wanita bukan Muslim menyusukan kanak-
kanak Muslim.
Harus hukumnya dan tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan
seseorang bayi seperti fatwa Mantan Mufti Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Rahimahullah. Ini kerana asal perkara melibatkan penyusuan adalah harus. Memandangkan
tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi
beragama Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sifat ihsan. Ini kerana Allah mewajibkan
ihsan (berlaku baik) pada segala perkara, sepertimana hadis Nabi SAW:

Maksudnya: Pada setiap hati yang basah (makhluk bernyawa) terdapat pahala.
Riwayat al-Bukhari (2362)
2. Apakah syarat jumlah susu ibu supaya tersabitnya hukum penyusuan?
Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:
Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya
akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.
"Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang
keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa
atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang
bercampur itu diminum oleh bayi itu.
Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang
halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya
iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum
pada anak bayi itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan
sampainya ain air susu itu ke dalam perut.
Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu,
mengikut qaul asah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan
sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran
itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak bayi tersebut
sebagai anak susuan. (Mughni al-Muhtaj: 3/529, Raudah al-Talibin: 9/4-5)
3. Bolehkah nenek menyusukan cucu dan kakak menyusukan adik?
Boleh, seorang nenek menyusukan seorang cucu atau seorang kakak menyusukan seorang
adik. Bayi yang disusukan tetap kekal mahram sepertimana ia menjadi mahram disebabkan
nasab keturunan.

Ketujuh: Penubuhan Bank Susu Ibu


Dalam hal ini, kami mengemukakan pandangan dari pelbagai sumber dan tokoh:
Pandangan Dr. Wahbah al-Zuhaili
Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Fatawa Mua`sirah (Fatwa-fatwa Semasa),
mewujudkan institusi bank susu adalah tidak dibolehkan dari segi syarak kerana ianya
mengandungi unsur-unsur kerosakan (mafsadah) dari segi percampuran keturunan secara
tidak Syarie dan ketidatentuan ibu susuan sekalipun idea ini dikatakan mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan terhadap bayi-bayi yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu. Idea ini juga
menerbitkan keraguan hukum antara keharusan dan pengharaman kerana seseorang itu boleh
menjadi mahram melalui penyusuan (radha`) seperti mana menjadi mahram disebabkan
keturunan (nasab).
Penetapan (Qarar) 6 (2/6) MajmaFiqhIslami yang menentang idea ini
dan Majma telah pun memberikan penyelesaian alternatif berhubung isu ini. Beliau
amat tidak bersetuju terhadap pandangan Ibn Hazm al-Zahiri yang syaz (pelik) yang
menyatakan bahawa meminum susu dengan perantaraan botol, gelas dan sebagainya
tidak di anggap penyusuan (Radha`) Syarie. Dalam hal ini, perantaraan untuk
meneguk susu tidak diambil kira kerana pada pandangan ulama muktabar,
`illat (punca) hukum ini iaitu sampainya susu ke dalam perut bayi (walau dengan apa
jua cara) sudahpun wujud.
Tegasnya meminum susu dari bank susu adalah tidak dibolehkan kerana ia membawa kepada
percampuran nasab secara tidak Syarie.
Penetapan (Qarar) no. 6 (2/6) tentang Bank Susu Oleh MajmaFiqhIslami, melalui Badan
Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal 22 28 Disember 1985 bersamaan 10
16 Rabiul Akhir 1406;
Setelah penelitian terhadap isu Bank Susu berdasarkan disiplin ilmu Fiqh dan perbincangan
mendalam yang berlangsung dalam dua sesi, MajmaFiqhIslami telah mendapati bahawa:
Pertama: Insititusi Bank Susu adalah merupakan ujian dan eksperimen bangsa Barat. Namun
institusi ini semakin kurang mendapat perhatian kerana timbul anasir-anasir negatif
berdasarkan kajian dan tinjuan ilmiah.
Kedua: Seluruh umat Islam telah berijmak bahawa kesan dan
akibat penyusuan (radha`) adalah sama seperti pertalian keturunan dan darah (nasab).
Sementelah pula Islam datang dengan tujuan untuk menjaga kepentingan keturunan (nasab)
dan kewujudan Institusi Bank Susu boleh menyebabkan percampuran keturunan secara
tidak Syarie dan menyebarkan keraguan.
Ketiga: Bayi-bayi yang kekurangan berat badan atau menghidapi
penyakit-penyakit tertentu (yang menjadikan susu badan sebagai penawar) masih boleh
dirawat melalui proses penyusuan biasa sama ada daripada ibu kandung atau penyusu
upahan. Dari sudut ini, Institusi Bank Susu dilihat tidak relevan diwujudkan.
Atas sebab-sebab tersebut, penetapan (Qarar) MajmaFiqhIslami adalah seperti berikut:
Menentang kewujudan Bank-bank Susu Ibu di seluruh negara Islam.
Mengharamkan pengambilan susu dari bank tersebut. Wallahu a`lam.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, para ulama telah bersepakat bahawa telah sabit
anak susuan dengan hisapan mulut manakala melalui cara yang lain seperti melalui hidung
juga dianggap sebagai anak susuan seperti pandangan Dr. Wahbah al-Zuhaili asalkan ia
dengan lima kali hisapan atau suapan yang mengenyangkan.
Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
MalaysiaKali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan
mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan
pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah
termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa
tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan
perlulah dielakkan.
Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat
dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu
dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan
dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha bahawa seseorang bayi itu
sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau
penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadis riwayat Abu
Daud:
Maksudnya:
"Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang
menguatkan tulang dan menumbuhkan daging."
Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan
percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara
yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat
sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa
penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang
memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit
kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma
susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta
perderma perlu mengenali antara satu sama lain.

Kelapan: Syarat Jika Perlu Penubuhan Bank Susu.


Berdasarkan kepada hujahan di atas walaupun kebanyakan bersetuju adalah haram
ditubuhkan kerana beberapa sebab yang dinyatakan tetapi jika sampai kepada keperluan yang
mendesak seperti kes kematian ibu bagi bayi dan lain-lain, maka ketika itu hukumnya adalah
harus.
Sementara pengunaan bank susu diharuskan dengan beberapa syarat ini dipatuhi iaitu:
1. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak
bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari
lima kali yang mengenyangkan.
2. Hedaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijilIbu susuan agar ia
mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.
Ini juga pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaili.
Cadangan
Kami mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri, atau Jabatan Agama Islam
Negeri dan juga Hospital berkerjasama untuk mengumpulkan data ibu yang memberi susu
kepada bayi-bayi selain kepada anaknya supaya dapat didaftarkan. Seterusnya dapat
disediakan kad atau sijil sabitan penyusuan untuk masa depan anak tersebut agar tidak
berlaku kecelaruan nasab dan perkahwinan dengan susuannya atau orang yang diharamkan
kahwin dengan sebab susuan.
Begitu juga, setiap penderma susu hendaklah ditulis pada botolnya nama ibu yang
menyumbangkan. Jumlah bilangan lima kali kenyang akan mensabitkan hubungan anak dan
ibu susuan tersebut mengikut pendapat yang masyhur dan muktamad.

Penutup
Alhamdulillah, setelah berbincang dengan panjang lebar isu ini, maka kami berpendapat
bahawa ia perlu diperhalusi supaya isu susuan dipandang serius oleh semua pihak.
Kami menutup perbincangan ini dengan menukilkan satu pandangan daripada pengarang al-
Fiqh al-Manhaji antara lain menyebut:
Oleh itu, ulama fiqh kebelakangan ini menyatakan bahawa seorang perempuan makruh
menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri tanpa sebarang keperluan yang
mendesak. Begitu juga, makruh bagi seorang lelaki dan perempuan susuan bergaul bebas
sesama mereka. Keadaan ini adalah kerana ia berkemungkinan boleh mendorong seseorang
kepada pelbagai keburukan dan perkara haram akibat lemah pegangan agama dan tidak
wujud rasa kasih sayang secara semula jadi di kalangan keluarga susuan tersebut.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya seterusnya
mengamalkannya dengan sebaik mungkin mengikut neraca syariah. Amiin.
Akhukum fi lLah,
SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
26 September 2016

Anda mungkin juga menyukai