Anda di halaman 1dari 15

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM TASAWUF DAN TAREKAT

Pengenalan

Ilmu tasawwuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang

mukmin sebagai satu proses membersihkan hati dengan menghindari atau

menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah lalu menghiasi hati dengan

sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan terpuji di sisi

Allah.Ilmu Tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa

berada di dalam landasan dan peraturan syariat Islam.

Menurut Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi1, ilmu tasawwuf adalah

ilmu untuk mengetahui keadaan diri dari sifat yang terpuji atau sifat

tercela di dalam diri seseorang. Dengan mengetahui keadaan tersebut

maka akan ditentukan cara menyucikan jiwa dari sifat-sifat

tercela.Seterusnya dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah dan juga cara

bagaimana menjalani jalan untuk mendekati Allah SWT.

Tasawwuf Islam adalah merangkumi teori dan praktikal.Pendekatan

sufi atau tarekat pada hakikatnya adalah sebagai Tasawwuf Praktikal.

Tarekat pula bermaksud perjalanan yang khusus oleh seseorang yang salik

atau seorang pengembara dalam perjalanan menuju Allah mengikut tahap

tertentu sehingga mencapai tahap yang tinggi baginya. Imam Al Ghazali

1 Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanweer Al-Qulub,Dar Al-Kutub al-Ilmiyyah:


Beirut-Lubnan,m.s 435
pula menerangkan tarekat adalah penyucian hati dan jiwa secara

keseluruhan melainkan Allah hanya di hatinya.

Istilah tasawwuf dan tarekat ini dapat difahami sekiranya seseorang

itu membuat kajian dengan ikhlas dan memahaminya mengikut garis

panduan yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Namun,jika

pemahaman tidak dicapai, maka berlakulah salah faham terhadap ilmu

tasawwuf dan tareqat sehingga ada yang menyesatkannya dan juga ada

yang terlalu keterlaluan dalam menjalani kehidupan seorang salik

sehingga dirinya menjadi sesat disebabkan tanpa panduan Al-Quran dan

As-Sunnah.Dalam kajian ini saya akan bentangkan mengenai beberapa

isu-isu kontemporari mengenai salah faham mengenai ilmu tasawwuf dan

tareqat serta pengamalannya.

Persoalan-persoalan utama sekitar amalan para ahli tareqat

sekarang ini : Bolehkan dihukum sebagai Ibadah yang tersasar dan

menyalahi syarak?

1) Merangka Sistem Tarbiyah Ruhiyyah bagi pembinaan Maqam

al-Ihsan dan penyucian jiwa: Adakah dari Bid`ah yang

menyesatkan?

Ulasan :

Walaupun Allah telah menetapkan bentuk-bentuk ibadat yang

disyariatkan di dalam agamaNya, yang merangkumi ibadat wajib dan

ibadat sunat, namun bukanlah suatu kesalahan atau penyelewengan atau


bid`ah jika seorang muslim, khususnya para ulama berusaha untuk

membentuk amalan selain pelaksanaan ibdat-ibadat wajib iaitu suatu

sistem dan jalan beramal yang teratur merangkumi amalan-amalan

sunat agar pengamal sentiasa akan terus dan sentiasa hampir dengan

Allah di dalam setiap saat.2

Sesungguhnya hakikat kehidupan ini amatlah bersesuaian dengan maksud

dan pengertian yang dapat difahami dari firman Allah :

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka

Yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang

berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka

menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak

diingini. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun

mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud

dan berdiri

2 Dr.Rushdi Ramli ( 2005),Muassasah Al-Baian:Kuala Lumpur,m.s 2


Dr Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti menyatakan :

Di sana terdapat amalan-amalan tertentu dan metod-metod

pendidikan rohani yang pelbagai [ Masalik Tarbawiyyah Kathirah ] yang

dijadikan amalan berterusan oleh sebahagian ulama dan mereka juga

menyuruh anak-anak murid mereka beriltizam dengan pendekatan

tersebut dengan tujuan untuk menyucikan diri daripada penyakit-penyakit

hati dan menyuburkan hati dengan hakikat dan pengalaman keimanan

sebenar di mana, metod-metod tersebut adalah sah dari sudut ketiadaan

percanggahan dengan hukum-hukum syarak ( ahkam al syar`) dan tidak

pula terdapat dalil-dalil yang mengharamkan atau yang membatalkan

metod-metod tersebut.Maka kerana itu pendekatan-pendekatan tersebut

termasuk daripada perkara-perkara yang diijtihadkan yang tidak terkeluar

dari apa yang dapat difahami daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan

berasaskan kepada kaedah yang benar di dalam mentafsir Al-Quran dan

As-Sunnah serta cara beramal dengan kedua-duanya. Maka metod-metod

dan amalan-amalan tersebut yang berdasarkan ijtihad, yang diambil

sebagai satu jalan untuk merealisasikan hakikat Islam dan iman.Ini adalah

harus dan disyariatkan ( sa`ighah wa masyru`ah )....

Diantara kaedah-kaedah yang yang berkesan bagi mencapai

matlamat pada awal-awal perkembangan Islam adalah dengan cara

bersahabat dengan Nabi Muhammad SAW ( suhbah an-nabiyy) yang

memang tidak dapat dinafikan keberkesanannya. Apabila ummat mula


kehilangan nikmat yang agung ini, maka ulama ruhani Islam mula

menyusun pendekatan-pendekatan al-suhbah dengan cara yang

bersesuaian iaitu dengan menyuburkan aspek kerohanian dibawah tunjuk

ajar dan bimbingan seorang yang mursyid. 3 Mursyid pula memberi zikir-

zikir yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan natijah dari usaha

inilah maka lahirlah tarekat-tarekat yang tersusun kemas yang dikenali

sebagai peraturan tasawwuf dan suluk.

Walaubagaimana pun, bagi mencapai matlamat-matlamat kerohanian,

tidaklah hanya bergantung semata-mata kepada metod dan pendekatan-

pendekatan yang dicadangkan oleh mursyid, tetapi ia melihat juga kepada

keimanan,warak yang sebenar, sentiasa muhasabah diri dan menuruti

sunnah dengan bersungguh-sungguh secara ikhlas.Hasil darinya dapat

memberi khidmat kepada masyarakat kerana Allah dan kesemuanya ini

merupakan sebab dan jalan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah

dan menimbulkan rasa nikmatnya hampir kepada Allah dengan amalan-

amalan soleh yang penuh keimanan, keikhlasan dan kesungguhan.

Maka bukanlah satu halangan di dalam Islam bahawa wasilah

mencapai maqam tertinggi di sisi Allah melalui tarekat-tarekat sufi yang

berbeza namun matlamat yang dicari tetap satu iaitu keredhaan Allah.

2) Adakah beribadah secara keterlaluan tergolong dalam bid`ah

yang diingkari dan dilarang?


3 Ibid
Ulasan :

Apa yang dimaksudkan sebagai ibadah secara keterlaluan, ialah

melakukan amalan ibadat dalam bilangannya atau caranya melebihi adat

kebiasaan, seperti mendirikan solat sunat sepanjang malam dengan

ratusan rakaat, berzikir hingga ribuan malah puluh ribuan kali dalam

sehari semalam. Walaupun Islam menyarankan konsep al tawazun baynal

ruhiyyah wa al madiyyah, kesederhanaan dan keseimbangan di dalam

segala perkara sehingga memungkinkan seseorang itu menjalani

kehidupan dalam keadaan seimbang dan sejahtera, namun timbul

persoalan, apakah wajar beribadat secara keterlaluan dianggap sebagai

satu bid`ah yang tersasar dan tidak dibenarkan di dalam Islam?

Dengan ini saya memetik penjelasan Sheikh Muhammad Sayyid al-

`Alawi al-Maliki yang merumuskan bahawa melaksanakan ibadat secara

keterlaluan seperti yang disebutkan itu juga amalan para sufi adalah

bukanlah daripada amalan bid`ah, dan juga bukan sesuatu yang dilarang

syarak, bahkan ia adalah sesuatu yang disarankan.Beliau mengemukakan

sembilan syarat yang perlu diraikan oleh para ahli ibadat tersebut 4:

i. Melakukan ibadat sehingga membawa kebosanan dan kejemuan

perlu dielakkan kerana ia menghilangkan nikmat beribadat.


ii. Hendaklah ibadah yang dilakukan itu tidak membawa kepada

kepayahan dan kesukaran yang tidak mampu dilakukannya.

4 Ibid
iii. Janganlah ibadat sunat sampai meninggalkan ibadat wajib atau

kewajipan-kewajipan lain kerana ia lebih utama dari menunaikan

yang sunat.
iv. Tidak leka beribadah sunat sehingga mengabaikan hak-hak yang

wajib dilaksanakan seperti hak isteri, hak anak-anak, hak tetamu

dan sebagainya.
v. Tidak melaksanakan ibadat tersebut dengan beranggapan

mengambil rukhsah sebagaimana ditetapkan syara` sebagai tidak

baik.
vi. Tidak keterlaluan sehingga mewajibkan apa-apa yang tidak wajib

pada hukum asal.


vii. Tidak keterlaluan dalam ibadah sehingga rukun dan syarat ibadah

tidak dilaksanakan dengan sempurna.


viii. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam beribadah sebagai amalan

hariannya kecuali kerana keuzuran.Diriwayatkan dari Nabi

Muhammad SAW yang bermaksud : Sebaik-baik amal ibadat di sisi

Allah ialah amal ibadat yang dilaksanakan secara berterusan

sekalipun sedikit
ix. Tidak keterlalu beribadah sehingga menyebabkan orang lain rasa

jemu dan bosan iaitu sekiranya ibadat itu melibatkan orang ramai.

3) Bersuluk dan berkhalwat untuk tempoh tertentu dalam

konteks menuju Allah: Adakah dari amalan Ibadah yang

tercela?
Ulasan :

Dalam kitab Tanweer Al-Qulub ,pengarangnya Syeikh Muhammad Amin Al

Kurdi menjelaskan bahawa tidak mungkin seseorang itu dapat mencapai

makrifat kecuali dengan berkhalwat atau bersuluk sekurang-kurangnya

tiga hari, kemudian tujuh hari, kemudian sebulan seperti mana Nabi

Muhammad SAW menyempurnakan khalwat dan suluk baginda selama 40

hari bertakhalli ( membuang sifat-sifat keji ) di Gua Hira` sehinggalah

sampai seruan berdakwah.sebagai mana hadis yang diriwayatkan baginda

SAW5 :

()

Bermaksud : Sesiapa yang mengikhlaskan diri ( berkhalwat atau bersuluk)

kepada Allah selama empat puluh hari maka mengalirlah kebijaksaannya

dari hati pada lidahnya.

Syeikh Ahmad Sirhindi menjelaskan apabila si salik berjaya sampai ke

penghujung perjalanannya akan mendapati ilham yang dikurniakan Allah

yang tidak bercanggah dengan syariah Islam. Seorang Nabi menerima

ilmu-ilmu yang hak melalui wahyu sedangkan seorang sufi menerima

kebenaran melalui ilham yang diterima secara langsung. Namun

perbezaan yang diterima oleh Nabi dan sufi adalah kebenaran yang

5 Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanweer Al-Qulub,Dar Al-Kutub al-Ilmiyyah:


Beirut-Lubnan,m.s 435
diterima oleh Nabi adalah mutlak iaitu terpelihara dari kesilapan

sedangkan kebenaran yang disingkap kepada para sufi melalui ilham itu

adalah bergantung dan tertakluk sepenuhnya kepada ilmu wahyu para

Nabi.6

Perjalanan menuju Allah dalam pengamalan bersuluk juga merupakan satu

proses peningkatan ilmu kurniaan Allah, di mana seseorang itu akan

bergerak dari ilmu yang lebih rendah kepada ilmu yang lebih tinggi, yang

akhirnya si salik akan mendapat pengetahuan mengenai Zat yang wajib

al-wujud ( Allah) yang dinamakan juga sebagai fana.

Amalan berkhalwah, beruzlah dan bersuluk tiada masalah untuk

diamalkan selagi tidak melibatkan pengabaian terhadap sesuatu yang

diwajibkan Allah dan boleh dihukum sebagai harus. Namun jika amalan-

amalan tersebut mendatangkan kesan-kesan yang baik kepada

pengamalnya maka hukum berkhalwah ini bertukar mengikut hak

perngamalnya, iaitu dari harus kepada sunat dan boleh menjadi wajib

sekiranya itu sahaja satu-satunya pendekatan yang dapat memperbaiki

hati yang sakit atau menyelamatkan dirinya daripada apa yang haram.7

4 ) Hubungan dan kaitan antara syariah, tareqat dan hakikat :

Apakah sikap terbaik bagi kita?

6 Dr.Rushdi Ramli ( 2005),Muassasah Al-Baian:Kuala Lumpur

7 Ibid
Ulasan :

Lafaz hakikat adalah antara lafaz yang kerap ditemui di dalam karya-karya

tasawwuf yang digambarkan sebagai sasaran tertinggi yang ingin dicapai

dalam proses taqarrub kepada Allah. Ungkapan berusaha mencapai

hakikat adalah antara ungkapan yang biasa dalam perbincangan

tasawwuf dan tarekat. Segala kaedah akhlak dan rukun-rukun keimanan

yang telah dijelaskan melalui syariah seperti yang termaktub dalam al-

Quran dan al-Sunnah meembawa kepada hakikat apabila dia telah berjaya

mencapai darjat Haq al-yaqin yang dilihat secara kasyaf dan

musyahadah.Pencapaian kepada haq al-yakin ini dilihat apa bila maklumat

atau ilmu yang diilhamkan kepadanya adalah selari dan tidak bercanggah

dengan kebenaran yang terdapat dalam syariah.8

Menurut Syeikh Muhammad Amin Al Kurdi yang menjelaskan pengertian

syariah ialah hukum-hukum yang diturunkan ke atas Rasulullah SAW

kemudian difahamkan ulama-ulama dari Al-Quran dan al-Sunnah secara

nas dan istinbat iaitu hukum-hukum yang diterangkan dalam ilmu tauhid,

ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf. Tarekat pula adalah ilmu yang berlandaskan

syariah yang diamalkan dengan penuh keazaman, jauh dari sikap

memudahkan bagi perkara yang tidak boleh dipermudahkan serta

berusaha menjauhi larangan secara zahir dan batin, serta menunaikan

ibadah fardhu ditambah kemampuan menunaikan yang sunat dibawah

bimbingan mursyid.

8 Ibid
Manakala hakikat pula membawa pengertiannya iaitu tersingkap

hijab antaranya dengan Zat Allah dan Sifatnya yang Maha Agung seperti

mana hakikat kenabian khususnya Nabi Muhammad SAW.Terhasil kepada

sesiapa yang mengamalkan kezuhudan, mabuk dengan zikrullah dan

kerinduan yang amat sangat kepada Allah yang membawa kepada kasyaf.

Hakikat tercapai apabila seseorang berjaya mengosongkan jiwa dari sifat-

sifat keji dan mengisinya kembali dengan sifat-sifat yang diredhai Allah

sehingga menjadi teguh keimanannya kepada Allah. Apabila seseorang

mencapai hakikat maka jalan untuk mengamalkan amalan soleh amat

mudah baginya, tidak ada halangan baginya untuk beramal soleh

disebabkan telah sempurnanya dadanya dengan cerah untuk Islam

sehingga memiliki sifat insan yang sebenar. 9 Berkata Imam Malik

radhiallahu : sesiapa yang hanya memiliki syariah tetapi tidak memiliki

hakikat maka dia adalah fasiq,dan sesiapa yang hanya memiliki ilmu

tasawwuf sahaja maka dia tergolong dalam keadaan zindiq, maka sesiapa

yang ada kedua-duana iaitu ilmu tasawwuf dan ilmu fiqh maka tersaksilah

hakikat untuknya.10 Ini menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya

gabungan ilmu syariah dan tarekat bagi mencapai hakikat mushahadah

kepada Allah.

9 Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanweer Al-Qulub,Dar Al-Kutub al-Ilmiyyah:


Beirut-Lubnan

10 Ibid
5) Permasalahan Syatahat al-sufiyyah : Apakah sikap yang adil daripada

kita?

Ulasan:

Syatahat al sufiyyah merujuk kepada ungkapan-ungkapan dah latahan-

latahan celupar yang menyalahi ilmu syarak seperti ungkapan Maha

Suci aku, tiada dalam baju aku kecuali Allah, aku tidak nampak di

sekeliling aku melainkan Allah yang dilafazkan oleh orang-orang sufi

ketika mereka dilanda keasyikan dan kemabukan yang amat sangat ketika

beribadah kepada Allah.Ucapan-ucapan yang bersifat kekufuran kepada

Allah seumpama ini jelas merupakan fitnah yang cukup besar yang boleh

mencemarkan kesucian dan kesahihan amalan tasawwuf Islam. Sebagai

umat Islam kita patut menjauhi keceluparan kata-kata sebagaimana yang

dilakukan segelintir ahli sufi tersohor sebagaimana yang difatwakan oleh

Imam Ahmad ibn Taymiyyah.Namun, apakah sikap kita terhadap persoalan

ini? Wajarkah kita menghukum segelintir para ulama tarekat tersebut

sebagai sesat dan tersasar?

11
Merenung penjelasan Imam Al-Salafiyyah Ibn Qayyim Al-Jawziyyah,

....Ketahuilah bahawa di dalam percakapan dan peraturan ahli sufi

terdapatnya ungkapan-ungkapan isti`arah, ungkapan am yang diertikan

dengan khusus, ungkapan kata yang perlu difahami secara isyarat ( apa

11 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Madarij al-Salikiin,juzuk 2 m.s 39-41.


yang tersirat ) bukannya apa yang tersurat.Maka kerana itu mereka

menyatakan Kami adalah penutur kata secara isyarat,bukannya secara

ibarat, ada ketikanya ahli sufi mengungkapkan lafaz-lafaz tertentu ( al-

`ibarat) yang juga diungkapkan oleh golongan mulhid ( golongan kafir)

namun pengertian yang mereka maksudkan adalah benar dan tidak salah

dari segi aqidah Islam, maka keadaan yang berlaku ini telah mencetuskan

fitnah kepada dua golongan Islam :

a) Segolongan telah menghukum berdasarkan makna zahir yang

mereka ( para ahli sufi ) ucapkan maka justeru itu mereka telah

menghukum para ahli sufi tersebut sebagai sesat dan melakukan

bid`ah.
b) Segolongan lagi cuba melihat kepada apa yang mereka maksudkan

dan siratkan daripada lafaz-lafaz kufur tersebut dan bukannya

pengertian zahirnya, dan justeru itu mereka telah menghukum para

ahli sufi tersebut sebagai benar dan tidak tersasar.Maka ungkapan-

ungkapan yang telah menyalahi syarak seumpama ini adalah

daripada syatahat-syatahat yang kita mengharapkan agar Tuhan

mengampunkan para ahli sufi dan para salik tersebut melalui amal-

amal kebajikan yang mereka lakukan dan dengan sebab sifat benar

yang sempurna, sifat ikhlas yang cukup murni dah penghayatan

tawhid yang tertinggi yang mereka hayati dalam hubungan mereka

dengan Allah.Perkara ini tidak sesiapa pun yang bersifat ma`sum

melainkan Rasulullah SAW.


Bagi pengamal sufi yang melafazkan syatahat-syatahat tersebut adalah

pada hakikatnya sedang mengalami pengalaman kerohanian yang


disebut fana yang menyebabkan mereka tidak dapat menyaksikan

kewujudan zat diri mereka lalu tenggelam di dalam menyaksikan al-

Haqq ( Allah ) semata-mata, maka pada detik tersebutlah syatahat-

syatahat tersebut dilafazkan.Kerana itu setiap daripada mereka iaitu

ahli sufi yang hak, akan segera berlepas diri dari sytahat-syatahat

tersebut dan menegaskan sebaliknya (apa yang sahih menurut syarak)

sebaik sahaja kesedaran telah kembali normal kepada mereka.


BIBLIOGRAFI

1. Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanweer Al-Qulub,Dar Al-Kutub al-

Ilmiyyah: Beirut-Lubnan.
2. Dr. Rushdi Ramli, Yang Sahih Dan Yang Tersasar Dikalangan Ahli

Tarekat Dan Kaum Sufi,Muassasah Al-Baian: Kuala Lumpur.


3. Dr. Syed Muhammad `Aqil Bin Ali Al-Mahadli ( 1998),Dirasah At-Turq

As-Sufiyyah, Darul Hadis : Kaherah-Mesir.


4. Mahmud Muhammad Khalil Al-Khatib ( 2002 ), Ithaaf Al-Akhyar,

Lajnah Ihya` At-Turas: Tanta-Mesir.


5. Abdul Majid Hj Khatib ( 1997 ), Rahsia Sufi,Pustaka Nasional :

Singapura.
6. Ibn Qayyim Al-Jauziyyah ( 2001), Madarij As-Salikiin, Al-Maktabah Al-

Tsaqafi : Kaherah-Mesir.
7. Abdul Qadir Isa, Haqaiq `An At-Tasawwuf

Anda mungkin juga menyukai