Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 2
KONSEP IBRA 4
APLIKASI IBRA DALAM SISTEM MUAMALAT 6
ANALISIS SYARAK MENGENAI APLIKASI IBRA DALAM KONTEKS DA WA
TAAJJAL 7
ISU-ISU SYARIAH DALAM APLIKASI IBRA BERASASKAN DA WA TAAJJAL
8
KESIMPULAN 10
REFERENCE
.11

1 | Page
1. Pendahuluan

Ibra secara umumnya ditakrifkan sebagai pengguguran hak tuntutan


seseorang ke atas sesuatu. Dalam konteks muamalah kewangan,
pengguguran yang dimaksudkan merujuk kepada pengguguran hak tuntutan
seseorang ke atas sebahagian atau keseluruhan hutang yang merupakan
tanggungan zimmah pihak lain penghutang yang hakikatnya perlu
dilaksanakan terhadapnya.

Ketika ini hampir semua bank yang menawarkan produk-produk


kewangan Islam mengamalkan prinsip Ibra terutamanya dalam produk-
produk yang mewujudkan elemen hutang seperti jual-beli tangguh atau Bai`
Bithaman Ajil, Murabahah, Bai` al-`inah, Bai` alTawarruq dan yang terbaru
dalam Musyarakah Mutanaqisah. Amalan Ibra dalam produk perbankan
Islam, secara umumnya boleh dikategorikan dalam dua keadaan: Pertama,
apabila pelanggan melakukan pembayaran awal dan kedua apabila
berlakunya pemungkiran pembayaran balik pihak pelanggan terhadap
tunggakan hutangnya kepada pihak bank. Dalam kedua-dua keadaan ini,
pihak bank selaku entiti yang mempunyai hak ke atas hutang tersebut
selalunya akan melakukan Ibr iaitu menggugurkan hak tuntutannya ke atas
sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan oleh pelanggan atau
penghutang.

Walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini penggunaan Ibra dalam


operasi perbankan Islam telah mencetuskan pelbagai polemik dan seringkali
menjadi bahan perselisihan di mahkamah. Mengikut kajian yang dibuat oleh
ISRA, daripada tahun 2003 hingga penghujung 2009, kebanyakan kes-kes
muamalah yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi adalah menyentuh isu
rebat atau Ibra terutamanya dalam perselisihan mengenai tuntutan pihak
bank terhadap hutang yang tidak dapat dijelaskan oleh pihak pelanggan
yang mungkir .

2 | Page
Perselisihan mengenai Ibra ini bertitik-tolak daripada mekanisma
perlaksanaannya dalam konteks perbankan moden hari ini. Di satu pihak
melihat Ibra sebagai satu bentuk pemberian sukarela atau budi bicara atau
tabarru yang tidak wajar dijadikan syarat semasa permeteraian kontrak.
Pandangan ini disandarkan kepada pelbagai justifikasi syarak mengenai
status Ibra secara tradisinya bersifat sukarela yang menjadi topik
perbahasan ulama silam sejak berkurun lamanya. Di satu pihak yang lain
menaggapi pemasukan klausa Ibra amat penting bagi memastikan
ketelusan dan pemeliharaan prinsip keadilan terhadap pihak pelanggan yang
terpaksa menanggung beban pembayaran balik terhadap harga tangguh
yang terlalu tinggi berbanding dengan produk konvensional.

Menyedari masalah yang berterusan melingkari isu Ibra ini, Majlis


Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara dalam Mesyuarat kali ke-13 pada 10
April 2000, Mesyuarat ke-24 pada 24 April 2002, dan Mesyuarat ke-32 pada
27 Februari 2003, telah memutuskan bahawa Ibra dibenarkan untuk
dimasukkan ke dalam surat cara perjanjian. Di antara justifikasi utama
pemasukan klausa Ibra dalam aqad pembiayaan Islam adalah bertujuan
menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad terutamanya dalam konteks
mencapai keadilan sebagaimana yang menjadi tuntutan Syariah . Malah
peningkatan jumlah kes-kes yang dibicarakan di mahkamah yang menyentuh
perselisihan mengenai isu tuntutan pihak bank kepada jumlah bayaran
tertunggak menguatkan lagi hujah akan keperluan untuk melihat secara
terperinci mengenai aplikasi Ibra dalam operasi perbankan Islam khususnya
di Malaysia ketika ini.

3 | Page
2.KONSEP IBRA

Ibra merujuk kepada tindakan seseorang melepaskan hak dan


tuntutan sebahagian atau sepenuhnya secara mutlak atau bersyarat
terhadap sebarang obligasi pihak yang lain, di mana hasil daripada
pelepasan tersebut pihak berkenaan bebas daripada obligasi atau liabilitinya
kepada pihak yang pertama. Ibra boleh diaplikasi dalam `uqud mu`awadhat
(kontrak-kontrak pertukaran) antaranya:

(a) Murabahah dan Musawamah Ibra merujuk kepada pelepasan hak


ke atas hutang atau jumlah terhutang yang perlu dibayar (amount due and
payable) di bawah kontrak tersebut.

(b) Ijarah Ibra merujuk kepada pelepasan hak ke atas bayaran sewa
yang terakru.

Secara umumnya, ibra disyariatkan dalam Islam dan mempunyai


hukum-hukum taklifi yang berbeza mengikut keadaan. Kelima-lima hukum
taklifi bagi ibra adalah seperti berikut:

4 | Page
i. Wajib

Hukum ibra dikira wajib jika ia didahului dengan penyempurnaan


hutang kerana ibra di sini merupakan pengiktirafan terhadap hakikat
bahawa penghutang telah bebas daripada bebanan hutangnya. Di antara
contoh ibra yang wajib ialah ibra dalam jual beli salam, iaitu apabila al-
muslam ilayh telah membawa barang yang diakadkan dengan akad salam
(mal al-salam) pada masa yang dijanjikan untuk tujuan membebaskan
dirinya bariah al-dhimmah, al-muslim wajib menerima mal al-salam dan
mengibra al-muslam ilayh daripada tanggungjawabnya . Hukum ini dibuat
berdasarkan Firman Allah yang bermaksud:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu menegakkan)


keadilan

ii. Haram

Ibra dikira haram jika ia berlaku dalam akad yang batil kerana
mengekalkan sesuatu yang batil adalah haram.

iii. Makruh

Hukum ibra dikira makruh jika seorang pewaris yang sedang sakit
tenat yang boleh menyebabkan kematiannya mal-mawt memberikan ibra
hartanya melebihi satu pertiga dengan mendapat keizinan daripada pewaris-
pewaris yang lain. Ibra seperti ini dikira makruh kerana ia menyebabkan
para pewarisnya terabai. Hukum ini dibuat berdasarkan hadis Rasulullah
s.a.w. kepada Saad bin Abi Waqqas yang ingin mewasiat kesemua hartanya:

Maksudnya: Dari Saad bin Abi Waqqas, Aku bertanya Rasulullah


s.a.w.: Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku? Baginda menjawab:
Tidak. Aku bertanya: Sebahagian daripadanya? Baginda menjawab: Tidak,
Aku bertanya: Satu pertiga? Baginda menjawab: Satu pertiga itu banyak,

5 | Page
sesungguhnya kamu meninggalkan pewaris kamu dalam keadaan kaya
adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan
miskin meminta-minta daripada orang lain

iv. Sunat

Hukum sunat merupakan hukum yang biasanya dikaitkan dengan ibra


kerana ia dibuat berdasarkan prinsip ihsan dan silaturrahim yang sangat
digalakkan oleh Islam. Hukum ini selaras dengan firman Allah swt yang
bermaksud:

Maksudnya: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami


kesempitan

hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan


(sebaliknya) bahawa

kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk


kamu, kalau

kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati


kelak).

v. Harus

Hukum ibra selain daripada keadaan yang disebutkan di atas adalah


harus sebagaimana hukum asal bagi aktiviti muamalat yang lain iaitu
harus Contoh ibra harus ialah seperti seorang pemberi hutang mubri.
terpaksa memberikan ibra kepada penghutangnya yang ingkar untuk
menunaikan hutang tersebut. Di sini, ibra yang dibuat tidak lagi
berasaskan ihsan sebaliknya ibra dalam keadaan seperti ini lebih
kepada menegakkan keadilan.

6 | Page
3. Aplikasi Ibra Dalam Sistem Muamalat

Setelah meneliti konsep asas yang mendasari maksud ibra, bahagian


seterusnya akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai aplikasi ibra
dalam operasi perbankan Islam masa kini. Berdasarkan kaji-selidik dan
penelitian kami, kesemua institusi-institusi perbankan yang menawarkan
produk kewangan Islam mengamalkan ibra dalam penawaran produk
mereka. Ibra banyak digunakan dalam produk-produk runcit dan korporat
yang berteraskan kontrak-kontrak seperti Bai` Bithaman Ajil (BBA),
Murabahah, Ijarah dan Musyarakah Mutanaqisah. Kebanyakan produk-produk
ini menghasilkan hutang yang terbina di atas pembayaran balik harga secara
tangguh dan ansuran mengikut tempoh masa tertentu.

Secara umumnya, institusi perbankan di Malaysia mengaplikasikan


prinsip Ibra dalam dua keadaan: Pertama, apabila pelanggan ingin
melakukan penyelesaian awal terhadap hutang tertunggak yang menjadi hak
pihak bank. Kedua, apabila berlakunya pemungkiran terhadap pembayaran
balik hutang terhadap pihak bank. Dalam kedua-dua situasi ini, pihak bank
akan mengibrakan sebahagian daripada hutang yang menjadi hak mereka
secara sukarela dan budi-bicara. Biasanya jumlah rebat atau ibra yang
diberikan adalah berasaskan kepada nilai keuntungan yang belum terakru
atau belum dimiliki.

7 | Page
4. Analisis Syarak Mengenai Aplikasi Ibra Dalam Konteks Da Wa
TaAjjal.

Pemberian Ibra sebahagian daripada hutang tangguh al-dayn al-muajjal


melalui pembayaran atau penyelesaian awal taajjal yang diamalkan dalam
sistem perbankan Islam hari ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan
konsep yang dikenali sebagai Da wa taajjal. Menurut al-Subki, Da wa
taajjal bermaksud seseorang mempunyai hutang tangguh yang masih
dalam tanggungan orang lain, maka penghutang berkata kepada pemiutang:
gugurkan sebahagian hutang kamu, dan aku percepatkan bayaran bakinya;
atau pemiutang berkata kepada penghutang: segerakan bayaran
sebahagiannya kepadaku, dan aku akan gugurkan bakinya48. Masalah ini
telah dibahaskan di dalam kitab-kitab fekah secara terperinci. Ternyata
fuqaha tidak bersepakat mengenai hukum Da wa taajjal, malah mereka
berselisih pendapat mengenainya sebagaimana yang berikut:

i. Tidak harus secara mutlak, sama ada bersyarat atau tanpa syarat.
Ini adalah pendapat jumhur ulama salaf dan khalaf.

ii. Harus secara mutlak, sama ada bersyarat atau tanpa syarat. Ini
adalah pendapat sebilangan kecil ulama salaf dan khalaf.

iii.Harus sekiranya tanpa syarat, dan tidak harus sekiranya bersyarat.


Ini adalah pendapat sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Shafii.

iv.Harus dalam hutang perhambaan dayn al-kitabah. Ini adalah


pendapat sebahagian ulama Hanafi dan Hanbali.

Berdasarkan kepada kepelbagaian pendapat ulamak di atas, dan melihat


kepada aplikasi ibra dalam konteks perbankan Islam di Malaysia, kertas ini
akan mengklasifikasikan bentuk ibra dalam dawa taajjal kepada tiga, iaitu:

8 | Page
1. Ibra sebahagian daripada hutang tangguh tanpa sebarang
persyaratan

2. Ibra sebahagian daripada hutang tangguh secara perjanjian yang


tidak mengikat

3. Ibra sebahagian daripada hutang melalui perjanjian dan


persyaratan yang mengikat.

Setiap kategori di atas akan dibincangkan secara lebih terperinci


sebagaimana perbincangan berikutnya.

5. Isu-isu Syariah Dalam Aplikasi Ibra Berasaskan Da wa Taajjal

Sebelum sebarang pendirian dapat dilakukan terhadap aplikasi ibra yang


berpandukan pandangan ulamak yang membenarkan da wa taajjal secara
bersyarat, beberapa isu syariah perlu diberikan perhatian terlebih dahulu,
antaranya ialah:

.1.Persyaratan ibra

Isu persyaratan ibra dalam kaedah da wa taajjal dari segi maksud


mempunyai dua kemungkinan, iaitu:

i. Syarat ibra dibuat seiring (muqaran) dengan penyegeraan


bayaran hutang tangguh

ii. Syarat ibra dibuat terlebih dahulu (musbaqan) semasa


perjanjian jualbeli tangguh.

Mengikut mazhab Shafii, syarat yang membatalkan ibra ialah syarat


yang dibuat seiring dengan penyegeraan bayaran hutang. Sebaliknya
jika syarat tersebut dibuat terlebih dahulu semasa akad jual beli, maka

9 | Page
syarat tersebut dibenarkan. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam tulisan
al-Subki yang menyatakan bahawa:

Maksudnya: Syarat yang membatalkan ialah syarat yang seiring,


sekiranya (syarat) didahulukan, maka tidak terbatal

2.Dua transaksi jualbeli dalam satu kontrak

Pemasukan klausa ibra dengan formula pengiraannya berdasarkan


kadar tempoh alajal dan al-ajal di dalam dokumen perjanjian juga
perlu dibincangkan samaada boleh menimbulkan isu menjual barang
dengan dua harga yang berbeza. Ini kerana pelanggan yang berhutang
akan membayar dengan harga yang lebih rendah daripada harga
jualan sebagaimana yang diaqadkan samaada dalam kes kemungkiran
atau pembayaran awal. Transaksi seperti ini dikhuatitri boleh
mencetuskan isu dua kontrak dalam satu akad yang telah dilarang oleh
Rasulullah s.a.w dalam dua hadisnya yang berbunyi:

Maksudnya: Rasulullah melarang (gabungan) hutang dengan


pinjaman jual beli, dan dua transaksi jualbeli dalam satu jual beli, dan
jual beli sesuatu yang tidak dimiliki, dan keuntungan yang tidak
ditanggung risikonya

10 | P a g e
6. Kesimpulan

Secaranya keseluruhannya, Ibra ini merupakan satu konsep yang lebih


kurang sama seperti Da wa TaAjjal. Di mana Ibra pada masa kini boleh
diaplikasikan di dalam beberapa jenis kontrak iaitu Murabahah dan
Musawwamah. Kedua-dua kontrak ini menawarkan konsep Ibra mengikut
tuntutan syarak. Secara umumnya, Ibra disyariatkan oleh Islam dan
mempunyai beberapa hukum taklifi yang berbeza mengikut keadaan. Antara
hukum-hukum taklifi adalah wajib, sunat, harus, makruh dan haram. .
Berdasarkan kajian kami, terdapat institusi-institusi perbankan yang
menawarkan produk kewangan Islam yang mengamalkan ibra dalam
penawaran produk mereka. Ibra banyak digunakan dalam produk-produk
runcit dan korporat yang berteraskan kontrak-kontrak seperti Bai` Bithaman
Ajil (BBA), Murabahah, Ijarah dan Musyarakah Mutanaqisah. Ibra ini

11 | P a g e
merupakan cara berhutang dan membayar hutang mengikut syariat dan ia
tidak bercampur dengan unsur-unsur riba yang dilarang oleh Allah s.w.t.

7. Referens

Abd al-Razzaq, (2000). Al-Muannaf. Beirat: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Abu al-Hajjaj al-Mizzi, (1980), Tadhab al-Kamal. Beirut: Dar al-Kutub


al-Ilmiyyah.

WWW.ALISRA.MY

Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (2010). IMPLIMENTASI IBRA DALAM
PRODUK BERASASKAN HARGA TANGGUH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM:
ANALISIS DARI PERSPEKTIF OPERASI PERBANKAN DAN MAQASID SYARIAH

12 | P a g e
Suruhanjaya sekuriti (2014). KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

13 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai