Anda di halaman 1dari 25

1

1.0

PENGENALAN

Islam merupakan agama syumul yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada hambahambanya melalui perutusan Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa manusia itu mentauhidkan Allah S.W.T serta bagi kemaslahatan kehidupan manusia sejagat sama ada dari aspek muamalat, munakahat, jinayat, mahkamah dan apa jua bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Justeru itu, setiap perkara yang diharamkan atau ditegah pasti ada hikmah pensyariatannya yang mana ianya bukan sahaja berkisar dalam konteks hikmah terhadap diri sendiri, malah merangkumi aspek kehidupan bermasyarakat dan lebih-lebih lagi untuk kemaslahatan kehidupan manusia dan juga alam keseluruhannya. Bertitik tolak daripada hal ini, Pengharaman salah satu dosa besar yang sudah jelas diceritakan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran iaitu riba juga merupakan salah satu perkara yang membawa kemudaratan kepada manusia. Riba itu juga adalah sangat bertentangan dengan konsep jual beli yang dihalalkan oleh Islam. Dengan kata lain, riba adalah asas kepada kekufuran tersirat yang tidak disedari kehadirannya pada masa kini dalam sistem kehidupan masyarakat. Hal ini demikian kerana, kemudaratan riba itu jelas sebagai perkara yang boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Maka, Allah telah mengharam secara jelas dalam al-Quran. Sebagimana firman dalam Surah al-Baqarah ayat 275: Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

2.0

PENGERTIAN RIBA

Riba menurut bahasa ialah bertambah subur, lebih atau pertambahan. Apa yang dimaksudkan disini ialah pertambahan di atas modal. Manakala, riba menurut syara pula ialah akad perjanjian tambahan bagi setiap pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh samaada tidak diketahui persamaanya dari segi syara ketika akad atau diketahui persamaanya waktu akad atau sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satu daripadanya (Rosmawati dan Abd. Latif. 1997: 32). Namun demikian, pengertian riba yang paling lengkap dan tepat (jami dan mani) menurut kajian yang teperinci ialah seperti takrifan berikut:


Maksudnya: Sebarang tambahan dalam barang-barang tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh (masa). Ia merangkumi riba yang terhasil daripada jual beli barangan ribawi dan juga merangkumi riba yang terhasil daripada hutang. (Zaharuddin. 2010: 1)

HUKUM RIBA

Islam mengharamkan amalan riba. Hukum riba amat jelas kedudukannya dalam Islam dan merupakan salah satu daripada dosa besar yang tidak boleh dipertikaikan dan diperbahaskan kerana ianya telah sabit secara Qati. Orang yang memberi hutang, peminjam dan semua yang terlibat dalam pengurusannya adalah termasuk dan bersubahat dalam kegiatan riba dan dikira berdosa. ( Hamzah. 2000: 17 ) Pengharaman riba dijelaskan berdasarkan dalil nas al-Quran dan Hadith. Dalil alQuran sebagaimana Firman Allah S.W.T Maksudnya : Maka jika kamu tidak mengerjakan ( meninggalkan sisa riba ) maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu tidak bertaubat ( dari pengambilan riba ), maka bagi kamu pokok hartamu ; kamu tidak mengniayai dan tidak ( pula ) dianiaya. ( surah al-Baqarah 2: 279(

Manakala, dalil hadith pula ialah sebagaimana hadith yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

: ! , .

Maksudnya: Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan, sahabat-sahabat bertanya. Apakah ia wahai Rasulullah S.A.W ? Jawab Baginda: Syirikkan Allah S.W.T., melakukan perbuatan sihir, membunuh diri, atau jiwa yang dilarang oleh Allah S.W.T. kecuali dengan cara yang sebenar, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh zina terhadap perempuanperempuan yang baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

4.0

PERINGKAT PENGHARAMAN RIBA

Sebelum kemunculan Islam lagi amalan riba telah menjadi adat kebiasaan bagi masyarakat Jahiliyyah dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka dalam kehidupan seharian. Setelah kemunculan Islam, maka riba telah diharamkan. Namun, pengharamannya bukanlah secara mendadak akan tetapi melalui beberapa peringkat sebelum disyariatkan pengharamannya secara Qati.

4.1

Peringkat Pertama

Sebagaimana firman Allah S.W.T surah al-Rum ayat : 39 yang bermaksud Dan sesuatu riba ( bertambah yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka ( yang berbuat demikian ) itulah orang-orang yang melipat gandakan ( pahalanya ). Ayat ini menjelaskan bahawa riba itu boleh menambahkan harta, tetapi ianya bukanlah sesuatu amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan mendapat pahala kerana amalan ini merupakan perbuatan yang di larang dalam Islam sebab kemudaratannya yang besar. Adapun amalan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T

ialah melalui pemberian zakat. Pada keseluruhannya, ayat ini tidak mengharamkan riba dan tidak mengancam pemakan riba dengan balasan siksa.

4.2 Peringkat Kedua Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Nisa ayat 160-161 yang bermaksud: Maka disebabkan kezaliman orang-orang yahudi, kami haramkan atas mereka (memakan makanan ) yang baik-baik ( yang dahulunya ) dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka banyak menghalangi ( manusia ) dari jalan Allah. Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang dengan jalan batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir diantara mereka itu siksaan yang pedih. Ayat ini menerangkan tentang keburukkan riba dan menjanjikan balasan buruk ke atas orang-orang yahudi yang memakan riba. Ayat ini menunjukkan pengharaman riba secara tidak langsung.

4.3 Peringkat Ketiga Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Imran ayat 30 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan. Ayat ini menunjukkan secara jelas tentang pengharamannya. Akan tetapi hanya sesetengah ulama sahaja berpendapat bahawa pengharaman riba pada peringkat ini adalah secara menyeluruh. Hal ini demikian kerana ketika turunnya ayat ini amalan riba sedang berleluasa pada ketika itu.

4.4 Peringkat Keempat Sebagaimana Firman Allah S.W.T Surah al-Baqarah 275-280 yang bermaksud:Orang-orang yang makan ( mengambil riba ) tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran ( tekanan ) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata ( berpendapat ) sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari tuhannya, lalu terus berhenti ( dari mengambil riba ) maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan. Dan urusannya ( terserah ) kepada Allah. Orang yang mengulangi ( mengambil riba ) maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala disisi tuhannya. Tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah pada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka, jika kamu tidak mengerjakan ( meninggalkan sisa riba ) maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat ( dari mengambil riba ) maka bagimu pokok hartamu, kamu yidak menganiaya dan tidak pula dianiaya. Dan jika ( orang berhutang itu ) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan ( sebahagian atau semua hutang ) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman Riba secara Qati serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat balasan yang amat pedih di akhirat nanti. Terdapat sebuah Hadith yang menggambarkan balasan pemakan riba. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W Pada malam aku di Israkan aku telah melihat sesuatu kumpulan yang perutnya besar seakan-akan rumah yang dipenghuninya ular-ular yang dapat dilihat dari luaran, aku bertanya siapakah itu wahai jibril? Maka jawabnya itulah pemakan riba ( Ahmad Shalabi. 1997: 286)

5.0

KATEGORI RIBA

Riba terbahagi kepada dua bahagian iaitu Riba al-Bay dan al-Duyun. Manakala setiap pembahagian riba mempunyai pembahagiannya yang tersendiri. Antaranya ialah : 5.1 RIBA AL-BAY 5.1.1 Riba al-Fadhlu

Riba al-Fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada salah satu pihak dengan sebab penukaran. Ianya juga bermaksud jual beli yang disertai dengan tambahan dengan sebab satu jenis barang yang sama jenis. Contohnya, jual beli sekilo gandum dibayar dengan 1.5 kilogram gandum. (Rosmawati dan Abd. Latif. 1997: 36 )

5.1.2

Riba al-Nasak atau al-Nasiah

Riba jenis ini terjadi apabila berlaku pertukaran barangan ribawi yang berbeza jenis dengan menetapkan penangguhan atau kelewatan serahan satu-satu barang. Contohnya, Seseorang membuat pertukaran diantara sekilo gandum dengan sekilo tamar tetapi berlaku penangguhan serahan salah satu barang tersebut.

5.1.3

Riba al-Yad

Riba al-Yad ialah jual beli dengan tambahan terhadap barangan ribawi yang berbeza jenis seperti jual beli gandum dibayar dengan barli. Riba ini juga terjadi apabila berlaku penangguhan penyerahan salah satu barangan sama ada ditetapkan tempoh atau tidak.

5.2 RIBA AL-DUYUN

5.2.1

Riba jahiliyyah

Riba jahiliyyah bermaksud berlaku penambahan dengan sebab lambat membayar atau penangguhan bayaran hutang atau pinjaman. Oleh itu riba ini bermaksud pertambahan ain, atau benda dengan sebab hutang. Contohnya, A mempunyai hutang dengan B yang dibayar pada suatu waktu yang ditetapkan. A tidak mampu membayarnya, maka berlakulah pertambahan bayaran dengan sebab lambat membayar hutang. 5.2.2 Riba al-Qard

Riba al-Qard bermaksud setiap hutang yang diberi dikenakan faedah oleh orang memberi hutang semasa berhutang. (Muhammad 2000 : 33) Contohnya, Si A memberi hutang kepada si B sebanyak RM 1000 dengan syarat si B membayar semula sebanyak RM 1500

6.0

BARANGAN RIBAWI

Para Fuqaha telah sepakat menetapkan barangan riba iaitu sebanyak enam jenis kesemuanya. Antaranya ialah emas, perak, hintah (gandum),barli, kurma, dan garam. Hal ini jelas berdasarkan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ubadah bin al Samit.

, , , , , , ,

Maksudnya : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam sama banyaknya dengan tunai. Apabila berlainan jenis pula bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai. ( Riwayat Muslim dan Ahmad ) Adapun para sahabat, tabiin dan ulama telah mengqiyaskan apa sahaja yang mempunyai illah dengan keenam jenis barangan ribawi diatas dengan mengambil kira sukatan atau timbangan, boleh dimakan atau disimpan. minyak, madu dan daging. ( Abu Bakar. 2000: 506) Barangan yang mempunyai unsur riba boleh dijual atau ditukar dengan syaratsyarat tertentu. Antara syarat-syarat pertukaran barangan ribawi supaya tidak menjadi riba terbahagi kepada dua bahagian iaitu : Contohnya, seluruh bijirin,

6.1

Barangan ribawi yang sama jenis. Antara syarat-syaratnya ialah : 6.1.1 6.1.2 6.1.3 Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya. Dengan tunai, tidak boleh menyatakan tempoh sama sekali. Terima dalam majlis akad.

6.2

Barangan ribawi yang berbeza jenis seperti barli dengan gandum tidak boleh 6.2.1 6.2.2 Dengan harga tunai Terima dalam majlis akad ( Rosmawati dan Abd. Latif 1997: 38).

dijual kecuali dengan dua syarat iaitu :

Contohnya, emas tidak boleh ditukar dengan emas melainkan sama banyak dan berlaku penyerahan pada majlis akad. Sekirannya berbeza jenis seperti gandum dengan barli maka persamaan kuantiti tidak diperlukan tetapi penyerahan hendaklah secara langsung antara kedua-duanya.

10

7.0

KEMUDARATAN RIBA

Kita telah menyedari bahawa secara ilmiah dan riba itu mengandungi kemudaratan dan kezaliman besar dalam pelbagai aspek kehidupan umat manusia. Pernyataan ini amatlah bertepatan dengan saranan Allah S.W.T untuk mengharamkan riba dalam al-Quran kerana mempunyai banyak keburukan yang boleh membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakat, negara dan juga agama terutamanya. Dalam konteks ini, kemudaratan riba ini dapat dibahagikan kepada beberapa skop yang dominan iaitu dari segi kemudaratan terhadap akhlak atau moral, ekonomi, sosial, agama dan juga dari aspek masyarakat.

1.

Aspek ahlak dan moral.

Perbahasan mengenai kemudaratan mengenai riba dari aspek ini akan menekankan kepada aspek implikasi negatif riba dalam memelihara aspek tingkah laku dan pembentukan sahsiah manusia. Wahbah az-Zuhaili mengatakan bahawa kemudaratan riba secara kasarnya ialah kerana riba itu menindas orang yang terpaksa dan terdesak, menghilangkan perasaan simpati dan kasih sayang kepada manusia, menghapuskan sifat tolong-menolong dalam kehidupan, eksploitasi orang yang kuat terhadap yang lemah dan merupakan kemudaratan yang besar kepada manusia. Jika wang dijadikan muamalat dengan tambahan riba atas penangguhan, maka akan cacatlah nilai harta yang sepatutnya nilainya yang tetap. (Wahbah azZuhaili,1948: 690) Dalam konteks ini, menurut Sayyid Quthb, riba juga menimbulkan kerugian pada kesedaran dan moral para pelaksananya. Beban bunga yang semakin bertambah menjadikan seseorang itu terdesak dalam melakukan apa sahaja bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa mempedulikan ianya haram ataupun tidak. Bagi pelaksana riba, tiada pilihan lain, kecuali perlu

11

menginvestasikan dalam sesebuah bisnes yang akan memberikan jaminan yang cukup untuk mengurangi beban bunga. Sesungguhnya, menghalalkan riba adalah kerosakkan yang paling besar dalam moral dan ruang lingkup kehidupan manusia. Riba telah terbukti telah menyuburkan sifat tamak haloba dan tidak berperikemanusiaan. Dengan kata lain, riba akan memudahkan bekembangnya sifat kebendaan dan ketamakkan terhadap harta duniawi dalam kehidupan manusia tanpa memikirkan hal yang lebih utama iaitu kehidupan selepas mati dan alam akhirat yang bakal dihadapi manusia kelak. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam al-Quran al-Karim:

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. 2. Aspek Ekonomi

Kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu ekonomi Islam menyebabkan masih banyak para ulama dan ustaz yang berpandangan 'sesat' tentang bunga atau riba. Sesat dalam hal ini adalah memandang bunga sebagai praktik yang sah-sah saja. Padahal semua ahli ekonomi Islam sedunia telah berijma' atau bersepakat tentang pengharaman bunga dalam perbankan. Secara faktanya menunjukkan bahawa bunga atau riba telah menimbulkan kemudaratan besar bagi umat manusia. Banyak negara mengalami krisis kewangan yang dahsyat dan ia terus menerus menjadi disebabkan oleh sistem riba.

12

Jadi, secara faktanya juga telah terbukti bahawa sistem bunga atau riba banyak menimbulkan bencana di pelbagai negara dan bangsa. Riba telah menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. Hal ini di sebabkan riba' telah membuka jalan bagi kegiatan spekulasi melalui transaksi derivatif(turunan). Jika ekonomi suatu negara tidak stabil. Maka, akan terjadi penurunan eksport dan investasi(menanam modal). Riba juga menciptakan inflasi di mana-mana sistem kewangan sesebuah negara. Banyak negara mengalami inflasi secara hebat yang di sebut sebagai hyper inflasi, seperti Jerman, Perancis, Holand, Australia, Britain, dan negara-negara di Amerika Latin. Dalam sudut ekonomi makro, teori ekonomi mengajarkan bahawa bunga tersebut menurunkan pelaburan. Jika pelaburan menurun maka secara automatik akan menurunkan produk dan akibat berikutnya bunga menciptakan pengangguran dan kemiskinan. Riba mengakibatkan lumpuhnya sektor produktiviti dan menciptakan pengangguran bagi kehidupan masyarakat. (Dr. H. M. Syafii Antinio. 2004: 36) 3. Mengekploitasi kesusahan pelanggan dan individu yang memerlukan

Tidak ditentukan sama ada pemberi pinjaman itu adalah sebuah bank atau individu, mereka didapati mengekploitasi kesesakan dan kesusahan pelanggannya atau sesiapa yang memerlukan. Sebagai contoh, hakikatnya riba dalam konteks ini, di atas permintaan pinjaman oleh seorang rakan untuk kegunaan peribadi, individu A memberi pinjaman sebanyak RM100,000 kepada saudara B, dan sebagai imbalan balik, A menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8% (bersamaan RM8,000 sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu sebagai balasan kerana memberikan wang yang diperlukan. Lapan peratus itulah yang dinamakan riba al-Duyun jenis al-Qard. Ulama menyepakati jenis pulangan seperti ini adalah riba. Jumlah faedah yang dicampur

13

dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagi mengikut bulan. Menurut Islam, jumlah RM8,000 yang diperolehi ini adalah hasil yang haram. Pelanggan yang memberi RM8,000 tersebut juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba. Nabi menyebut:


Maksudnya: Individu yang memberi (riba) dan yang mengambilnya adalah sama. Pendapatan RM8,000 itu sebenarnya diterima hasil daripada

mengekploitasikan kesusahan pelanggan, iaitu hanya pelanggan yang mempunyai desakan kewangan akan pergi ke bank untuk mendapatkan pinjaman bagi mengatasi masalah kewangan. Tetapi dalam keadaan kewangan yang terdesak, pihak bank pula mengenakan bayaran faedah atas pinjaman yang diberikan. Hal inilah yang dikatakan riba itu menekan dan menindas. Ini boleh dilihat kepada apa yang bank-bank konvensional aplikasikan apabila pelanggan gagal membayar bayaran bulanan yang ditetapkan oleh pihak bank. Ketika itu, peminjam dikehendaki membayar penalti pula. Penalti ini bersifat compounding (iaitu akan dimasukkan di dalam modal peminjam dan berganda faedahnya). Ia adalah riba yang amat jelas. 4. Menyuburkan sikap malas bekerja dan kurang dinamik

Riba juga melahirkan sikap malas bekerja dengan mencari keuntungan secara jual beli yang tidak boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara. Mereka hanya berfikir untuk mencari untung secara mudah, iaitu dengan memberi pinjaman serta mengenakan faedah. Islam tidak menerima konsep untung tanpa bekerja keras.

14


Maksudnya: Perolehan keuntungan adalah dengan menghadapi risiko. Risiko bukanlah sesuatu yang menjadi objektif dalam Islam kerana ia tidak mempunyai sebarang nilai yang diingini. Apa yang penting dan yang diinginkan adalah keadilan hasil transaksi yang disasarkan. Dr.Muhammad al-Zuhayli menyebut: Individu yang menanggung kos dan risiko kerugian, maka (adalah) mereka yang layak mendapat manfaat atau keuntungan apabila ada. Atas sebab itu, para ulama Islam membahagikan risiko kepada dua jenis: a. b. Risiko yang diharuskan Risiko yang diharamkan

Risiko yang diharamkan pada kebiasaan mempunyai dua ciri berikut: a. Risiko yang terlalu besar

Risiko ini merupakan satu aktiviti yang kebarangkalian kejayaannya amat kecil berbanding kegagalan dan kerugian. Sebagai contoh, adalah dengan menyertai aktiviti perjudian. Peratusan kejayaan menurut kebiasaannya adalah 1% sahaja berbanding kegagalan sebanyak 99%. (Zaharuddin. 2010: 5) b. Risiko yang disengajakan

Perkara ini bukanlah sesuatu yang dicari tetapi sesuatu yang diperlukan bagi menambah nilai sesebuah aset yang menjadi bahan pembelian atau pelaburan. Contoh risiko yang disengajakan adalah aktiviti spekulasi,

15

sehingga golongan ini digelar sebagai pencinta risiko demi mendapat keuntungan. Manakala, risiko yang tergolong di dalam kategori harus adalah risiko yang tidak boleh dilupuskan atau dipindahkan di dalam sesebuah transaksi. Jika tidak, ia akan mencemarkan keadilan kepada pihak yang berurusan. Sebagai contoh: a. Dalam kontrak pelaburan

Apabila En.Ahmad melaburkan wangnya sebanyak RM1 juta kepada sebuah syarikat perumahan, En.Ahmad tidak boleh melarikan diri daripada risiko dengan mendesak pihak pengusaha syarikat itu untuk memberikan satu perjanjian jaminan modal (capital guarantee), atau lebih teruk daripada itu ialah janji jaminan keuntungan (profit guarantee). Hal Ini disebabkan tindakan memindahkan segala beban risiko kepada pengusaha semata-mata adalah bercanggah dengan objektif dan hukum syariah. Atas sebab itu, seluruh ulama empat mazhab dan Kesatuan Fikah Antarabangsa serta Majlis Syariah Badan Perakaunan dan kewangan Islam dunia murumuskan, sebarang tindakan dan syarat seperti ini adalah haram. b. Dalam kontrak jualan

En. Musa menjual sebuah computer kepada En. Abd Halim. Tetapi, apabila komputer itu dibawa pulang oleh pembeli, dia mendapati terdapat aib atau kerosakan asal pada komputer tersebut. Tatkala itu, Islam memperuntukkan khiyar aib (pertukaran disebabkan aib pada asset jualan), dengan syarat kerosakan itu bukanlah disebabkan oleh pembeli. Dalam konteks ini, sebagai penjual, En. Musa dikehendaki bersedia

16

menghadapi risiko kerosakan asal aset yang dijualnya, kecuali jika telah diberitahu sejak dari awal dan tetap dipersetujui oleh pembeli. Ketika itu pembeli tidak lagi berhak untuk meminta tukar. Namun, jika dalam kes aib yang disembunyikan atau tidak diketahui oleh penjual, maka penjual mestilah bertanggungjawab di atas aib itu. Tindakan selanjutnya ialah: Sama ada penjual membaikinya tanpa kos, atau menggantikan dengan komputer lain yang mempunyai nilai dan spesifikasi yang sama, atau membatalkan jual beli dan memulangkan kembali wang pembeli. Atas tanggungjawab (liability) untuk risiko sebegini, Islam melihatnya sebagai sebab mengapa si pembeli berhak menerima keuntungan. Jelas dalam konteks ini, risiko bukanlah target tetapi diperlukan bagi memastikan keadilan dipenuhi. Justeru itu, sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini sebenarnya adalah pinjaman berserta riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram. Setiap sesuatu diperlukan untuk menanggung beberapa jenis risiko kerugian bagi memperolehi keuntungan yang halal. Semua pihak akan berusaha meningkatkan tahap professional dan kepakaran masing-masing. Hasilnya, setiap individu akan mula menyumbang kerja yang baik dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti ekonomi secara umum. Dengan itu pula, ia bakal menambahkan lagi peluang kerja dan mengurangkan jumlah pengangguran. (Zaharuddin 2010: 6)

17

5.

Kesan kemasyarakatan

Riba juga menambahkan lagi kesan buruk akibat jurang perbezaan di antara si kaya dan si miskin. Mereka yang kaya akan terus bertambah kaya melalui cara penindasan dan tekanan kepada yang miskin. Manakala, mereka yang miskin pula bertungkus lumus membuat pinjaman untuk terus hidup dan melunaskan tuntutan asas. Akhirnya yang kaya akan terus bertambah kaya tanpa memberikan banyak nilai pertumbuhan ekonomi sebenar kepada sesebuah negara, dan yang miskin akan terus bertambah miskin. Ia pasti tidak akan tamat di situ sahaja malah terdapat kemungkinan jumlah jenayah mencuri dan rompak akan meningkat. Hubungan yang kaya dan miskin juga turut menjadi semakin renggang, hingga di satu peringkat membenihkan permusuhan dan dendam. (Zaharuddin. 2010: 6)

8.0

HIKMAH PENGHARAMAN RIBA

Setiap amalan yang diharamkan oleh Allah S.W.T pasti mempunyai hikmah serta kebaikan yang tersendiri. Selain daripada untuk menguji keimanan seseorang hamba samada taat atau ingkar akan perintah Allah S.W.T. Hikmah pengharaman riba adalah melalui ayat surah Al-Baqarah. Riba di sisi syara' ialah penambahan dalam perkaraperkara yang tertentu tanpa usaha. Amalan seperti ini jelas mendatangkan kesan negatif dalam kehidupan manusia dan ianya bertentangan dengan syariat islam. Pengharaman riba sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab suci Al-Quran merupakan salah satu hikmah yang besar dalam islam. Islam mengharamkan amalan riba ini kerana amalan buruk ini akan menimbulkan kesan kepada sosial dan ekonomi.

18

Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 276 :

Maksudnya: "Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba..."

Melalui aspek sosial,larangan amalan riba akan menyekat semua jalan yang boleh menimbulkan atau menyebabkan permusuhan, penganiayaan, kemarahan dan kebencian sesama manusia. Sikap sebegini sudah tentu akan menyebabkan sosial manusia tidak seimbang kerana sikap buruk dalam diri setiap manusia. Apabila amalan riba semakin meluas diamalkan maka akan lahir manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa pedulikan hak dan rasa orang lain.

Dengan pengharaman riba,dapat menjauhkan manusia dari sesuatu yang menyebabkan kebinasaan diri kerana pemakan riba adalah seorang yang zalim dan kesan daripada perbuatan zalim adalah kesusahan. Situasi ini dapat dilihat apabila amalan riba merenggangkan dan merosakkan perhubungan di antara orang kaya iaitu pemakan riba dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara.

Jika dilihat dari aspek ekonomi,amalan riba boleh menghalang manusia daripada berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Riba akan mendorong pemakannya hidup senanglenang tanpa bekerja dan berusaha, sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja bagi memenuhi keperluan hidup.

Apabila riba tidak diaplikasikan oleh manusia,maka manusia lebih fokus dalam mengembangkan harta. Akan tetapi,sikap tidak mahu berusaha dan bekerja akan mewujudkan pengangguran dalam masyarakat dan seterusnya memberi kesan buruk

19

kepada ekonomi negara. keseimbangan ekonomi tidak akan dapat dicapai apabila manusia tidak menggunakan sumber dengan sepenuhnya, contohnya seperti memenuhi sumber buruh yang tidak mencukupi.

Nikmat harta dan pemilikan di dunia ini adalah anugerah daripada Allah untuk dimanfaatkan oleh manusia dengan sebaiknya tanpa ada sebarang penindasan dan pemilikan secara haram. Kadar kemiskinan juga akan bertambah apabila manusia mengamalkan riba ini kerana, amalan riba menyebabkan penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin, yang miskin akan bertambah miskin, dan yang kaya akan bertambah kaya dan senang. Apabila perkara ini berlaku ianya akan mewujudkan jurang hidup yang tinggi dalam masyarakat, faktor sebegini akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi.

Apabila wujud kemiskinan dalam masyarakat maka akan bertambah kadar pinjaman dan hutang-hutang yang semakin bertambah menyebabkan manusia tidak akan lari daripada masalah riba kerana mereka yang berhutang fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya apabila lambat dibayar.

Sedangkan hikmah pengharaman riba itu lebih menguntungkan manusia kerana pengharaman riba akan membuka beberapa pintu kebaikan kepada manusia agar beroleh keuntungan dengan memberi pinjaman kepada seseorang tanpa meminta wang faedah , memberi tempoh kepada peminjam sehingga hutang dibayar, memberi kegembiraan serta menyayanginya kerana mengharapkan keredhaan Allah. Kesemua itu dapat memutikkan rasa kasih sayang serta mewujudkan roh persaudaraan sesama manusia.

20

Jelaslah disini bahawa amalan riba ini bukanlah amalan yang akan berterusan menguntungkan malah akan lebih merugikan manusia. perkara ini juga telah dijelaskan Allah di dalam Al-Quran. Sebagaimana firman Allah didalam surah Al-baqarah ayat 276:-

Maksudnya: Allah susutkan (kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil)riba, dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran,dan selalu melakukan dosa.

Dengan

pengharaman

riba

ini

banyaklah

hikmah

yang

dapat

kita

perolehi.Pengharaman riba dapat memelihara harta agar tidak dieksploitasi dengan cara yang batil (salah) seterusnya akan terus dapat meningkatkan kualiti ekonomi negara. Riwayat oleh Imam Ahmad dan Al-Hakim, Takutlah kalian kepada kezaliman kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Takutlah kalian kepada kebakhilan kerana kebakhilan telah memusnahkan orang sebelum kalian, membawa mereka kepada pertumpahan darah dan menghalalkan perkara yang diharamkan kepada mereka. Dengan itu jauhilah diri daripada amalan riba supaya terhindar daripada segala keburukan yang hanya akan menyusahkan diri serta menghalang pertumbuhan ekonomi negara kita. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 278 dan 279 :-

Maksudnya : "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,jika benar kamu orang-orang yang beriman.Oleh itu,kalua kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba), maka ketahuilah

21

kamu, akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-NYA (akibat kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat,maka hak kamu (yang sebenarnya)ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

Ayat ini menerangkan agar kita menjauhi amalan negatif ini dan berubah kepada amalan yang lebih bermanfaat serta diredhai Allah seterusnya beroleh ganjaran yang mulia disisi Allah di dunia mahupun akhirat kelak.

9.0

RIBA DALAM KONTEKS MASA KINI

Bank merupakan sebuah organisasi kewangan yang memberi khidmatnya. Antara perkhidmatan yang di tawarkan ialah memberi pinjaman, menyediakan tempat simpanan wang atau barang bernilai, insurans dan sebagainya. Namun, apa yang menjadi persoalan di sini ialah adakah faedahnya mempunyai unsur riba?

9.1

Pinjaman Dengan Faedah

Pinjaman dengan faedah merupakan antara amalan yang diamalkan oleh bank-bank konvensional atau perdagangan selain bank Islam. Bentuk pinjaman ini mempunyai unsur riba. Oleh sebab itu, pinjaman jenis ini adalah diharamkan dalam Islam kerana ia Apabila kita menzalimi, menindas, dan membawa kemudharatan kepada peminjam.

melihat bayaran dari segi membuat pinjaman untuk perniagaan, Bank akan mengambil faedah daripada peminjam manakala peminjam pula akan menaikkan harga barang jualan untuk menampung faedah di samping untuk mendapatkan keuntungan. Maka, hal ini membawa kepada penindasan terhadap pengguna serta masyarakat. Kesannya, jelas

22

bukan sahaja kepada peminjam malah kepada masyarakat juga diheret bersama dalam kancah ini. Menurut Imam Malik bahawa haram pinjaman dengan faedah seperti juga haramnya orang yang memberi hutang dan menerima hadiah daripada orang yang berhutang. Beliau menambah lagi sekiranya orang memberi hutang ingin bertaubat hendaklah memulangkan kembali hadiah tersebut. Seandainya barang tersebut telah rosak, maka mestilah digantikan barangan tersebut dengan nilai dan jenis yang sama. ( Rosmawati dan Abd. Latif. 1997 : 42 ) Pinjaman tanpa faedah adalah haram tanpa mengira samada ia berbentuk wang atau barangan, sedikit atau banyak.

9.2

Simpanan Dengan Faedah

Simpanan yang dibayar dengan faedah sama prinsipnya dengan pinjaman dengan faedah. Ianya haram di sisi Islam kerana mempunyai unsur riba. Antara lain, bank berurusan dengan pelanggan lain dengan mengenakan riba terhadap peminjam dan memberi keuntungan dan faedah kepada penyimpan. Oleh yang demikian penyimpan dikatakan sebagai orang yang memakan riba. Hal ini disebabkan lebihan tersebut telah dijanjikan semasa akad yang mana penyimpan telah ditetapkan faedah yang akan diterima samaada bank tersebut mengalami kerugian atau tidak. Hal ini bermakna penyimpan tidak akan mengalami risiko kerugian sedangkan dasar dalam perniagaan Islam, peniaga akan berdepan dengan risiko samaada akan mendapat keuntungan atau kerugian. Keadaan ini berbeza dengan pengurusan di bank Islam yang mana faedah yang diberikan adalah berdasarkan budi bicara pihak bank itu sendiri. Ini kerana lebihan bayaran yang diberikan kepada penyimpan tidak ditentukan ketika akad. Penyimpan akan mendapat lebihan tersebut atas dasar keuntungan bank yang mengunakan wang

23

penyimpan sebagai modal dan perusahaanya. Bayaran yang diberi kepada penyimpan adalah halal dan unsurnya juga adalah diharuskan dalam Islam. Keadaan ini diumpamakan sebagai penyimpan melaburkan modalnya dalam sesuatu pernigaan yang mana bank bertindak sebagai pengurus perniagaan tersebut. Apabila memperolehi keuntungan maka ia dibahagi-bahagikan. Keadaan ini selaras dengan kehendak Islam yang mengkehendaki hambanya mengembangkan hartanya dan bukan menjumudkan hartanya. Oleh sebab itu, bank Islam mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat mengembangkan harta tersebut dengan cara yang diharuskan oleh Islam ( Rosmawati dan Abd. Latif. 1997 : 41-43 )

10.0

PENUTUP

Secara umum, pengharaman sesuatu perkara adalah kerana keburukan atau kesan negatif yang akan menimpa mereka yang melakukannya atau mereka yang terlibat hasil dari perbuatan riba tersebut. Kesan negatif tersebut mungkin terpaksa ditanggung oleh individu dari sudut fizikal, material atau mental. Dalam masa yang sama, kesan juga mungkin terhadap masyarakat umum atau terhadap kesucian agama Islam itu sendiri. Jika disebut apa sahaja perkara yang diharamkan, maka amat jelas ianya terdapat keburukan tertentu samada ianya dapat dilihat dengan jelas oleh manusia atau ianya menjadi rahsia Allah S.W.T . Namun, secara umumnya, keburukan dan kesan negatif tentunya dapat dilihat. Arak diharamkan kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal. Mencuri diharamkan kerana ianya akan mengambil hak orang lain tanpa izin dan boleh menyebabkan pertelingkahan dan perbalahan. Rasuah diharamkan kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengambil suatu yang bukan haknya melalui rasuah walaupun dia sebenarnya tidak patut memperolehinya atau melepaskan diri dari hukuman melalui rasuah. Zina diharamkan kerana ianya boleh melahirkan anak di luar nikah yang

24

akhirnya akan memporak-perandakan masyarakat dan institusi kekeluargaan. Contohcontoh di atas jelas menggambarkan betapa buruknya akibat melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Jadi, di sini boleh dikatakan bahawa jika sekiranya sesuatu perkara itu tidak membawa keburukan bahkan membawa kebaikan yang amat jelas walaupun ianya terdapat persamaan dari konsepnya, maka tidak ada sebab kenapa perkara itu harus diharamkan. Memang hak menghalal atau mengharamkan sesuatu perkara itu adalah hak mutlak Allah dan manusia tidak hak untuk mencabuli hak tersebut. Al Quran dan hadith meletakkan asas yang amat kukuh dalam semua perkara. Bagi para ulama dan mujtahidin perlu berusaha dan mencari asas-asas tersebut untuk diaplikasikan kepada perkara-perkara baru yang berlaku dalam masyarakat. Justeru, dalam persoalan riba, hukumnya adalah sangat jelas yang mana ianya perkara yang diharamkan dan wajib dijauhi kerana kemudaratannya sangat jelas dalam konteks diri, keluarga, masyarakat, negara dan lebih-lebih lagi kepada Agama.

25

11.0

RUJUKAN

Al-Quran. Abu Bakar, 2000. Ensiklopedia Muslim Minhaj Muslim. Jakarta: B. Islam Kaffah. Ahmad Shalaby , 1982. kehidupan Sosial dalam Pemikiran Islam.Singapura: Pustaka Nasional. PTD LTD. Dr. Mistofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd. Hamzah, 2000. Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Malaysia Encyclopedia Research Center Berhad. Hisham Ahmad, 2012. Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba. Kuala Lumpur: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Muhammad Muslehuddin, 1988. Urusan Bank dan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosmawati & Abd. Latif, 1997. Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur: Sdn.Bhd. Pustaka Salam

Zaharuddin Abd. Rahman,2010. Riba dan Isu Kewangan Semasa. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai