Anda di halaman 1dari 9

Mudharabah

AYAT A H A D I T H A H K A M M U A L A M AT
( DR HADENAN BIN TOWPEK, PHD)
TA Z K I RA H O L E H : M U H D S YA Z WA N I Q B A L

Definisi Mudharabah
Berasal daripada perkataan adhdharbu fil ardhi
Yang bermaksud berjalanan di muka
bumi
Yang juga bererti dalam rangka usaha
manusia, berjihad di jalan Allah
Istilah Fiqh:
Akad pelaburan yang melibatkan
persetujuan antara pemodal
dengan pengusaha di mana
keuntungan akan dibahagi antara
pemodal dengan pengusaha
berdasarkan nisbah yang disepakati.
Sekiranya berlaku kerugian, ia
ditanggung sepenuhnya oleh pemodal,
manakala pengusaha akan
menanggung kerugian usahanya.

Mudharabah juga disebut


sebagai qiraadh yang berasal
daripada perkataan al-qathu
(potong), kerana pemilik modal
mengambil sebahagian dari
hartanya untuk dijual dan berhak
untuk mendapatkan sebahagian
dari keuntungannya.

Dalil-dalil hukum Mudharabah( AlQuran)


Firman Allah: Dia mengetahui bahawa akan ada di antara
kamu orang orang yang sakit dan orang-orang yang
berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurniaan
Allah;dan orang-orang lain lagi yang berperang di jalan Allah
(QS.Al Muzzammil:20)

Firman-Nya: Hai orang yang beriman! Penuhilah


akad-akad itu.(QS. al-Maidah: 1)

Dalil-dalil Mudharabah (Hadis)


Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma meriwayatkan bahwa
Abbas bin Abdul Mutallib jika menyerahkan harta
sebagai mudharabah, ia mensyaratkan kepada
mudharib (pengusaha)nya agar tidak mengharungi
lautan dan tidak menuruni lembah, serta tidak membeli
haiwan ternakan. Jika persyaratan itu dilanggar, maka
ia (mudharib/pengusaha) harus menanggung risikonya.
Ketika persyaratan yang ditetapkan Abbas itu didengar
Rasulullah, beliau membenarkannya. (HR. Al-Baihaqi
di dalam As-Sunan Al-Kubra (6/111))

Kaedah Ijma, Qiyas dan Fiqih


dalam pensyariatan
Mudharabah

Ijmak
Para ulama telah berkonsensus atas bolehnya mudharabah.
(Bidayatul Mujtahid, karya Ibnu Rusyd (2/136))
Diriwayatkan, sejumlah sahabat menyerahkan (kepada orang,
mudharib) harta anak yatim sebagai mudharabah dan tak ada
seorang pun mengingkari mereka.Hal itu dipandang sebagai ijma.
(al-Fiqhu al-Islami wa Adillatuhu, Wahbah Zuhaily, 4/838)
Qiyas.
Transaksi mudharabah diqiyaskan kepada transaksi musaqah.
Kaedah fiqih:
Pada dasarnya, semua bentuk muamalah boleh dilakukan kecuali
ada dalil yang mengharamkannya.

Jenis-jenis Mudharabah( Mumin


Abd.Ghani(1999) Sistem Kewangan Islam di Malaysia

Mudharabah al-Mutlaqah, iaitu satu pihak menyerahkan


modalnya kepada pihak lain tanpa mengenakan apa-apa
sekatan atau syarat
-Mudharabah jenis ini tidak menyatakan tempoh perniagaan,
jenis-jenis perniagaan, industri atau perkhidmatan dan lain-lain.
Mudharabah Muqayyadah (Bersekatan,tidak mutlak), ialah satu
pihak menyerahkan modalnya kepada pihak lain dengan
mengenakan sekatan atau syarat tertentu
-Mudharabah ini terjadi apabila diberikan sekatan, hal ini
pengusaha mestilah patuh pada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh tuan punya modal, . Oleh itu, apa-apa risiko akibat
ketidakpatuhan sekatan akan ditanggung oleh pengusaha
sendirian.

Hikmah Disyariatkan Mudharabah


Islam telah mensyariatkan akad yang melibatkan kerjasama
Mudharabah untuk memudahan manusia melakukan
perusahaan/perdagangan/perniagaan kerana
Sebahagian memiliki harta dan modal tetapi tidak mampu untuk
mengelola/mengusahakan
Juga ada yang memiliki kemampuan untuk mengusahakan tetapi
tidak mempunyai harta dan modal untuk mengusahakannya
Maka syariat membenarkan kerjasama ini untuk membolehkan
mereka bekerjasama dan mengambil manfaat antara satu sama lain.
Dengan ini juga wujudlah satu kerjasama harta dan amal,
sesungguhnya Allah tidak mensyariatkan satu akad kecuali untu
mewujudkan kemaslahatan dan menolak kerosakan dan mudharat.

SE K IAN , T E RIM A KASIH.

Anda mungkin juga menyukai