Anda di halaman 1dari 14

Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

Subjek:Etika dan Peradaban (CTU152)

Tajuk:Insan Beradab Sebagai Matlamat Pendidikan

Disediakan oleh:
AMIRUL EHSAN BIN MOHD ADNAN (2020817624
ADAM AFIZ BIN ZAIRUL AZIZI (2020874142)
ALIF BIN AZLAN (2020603344)
AHMAD SYAIFUL ZAFRI BIN MUHAMMAD BAKHTIAR (2020454432)

Kelas:
AM1102A

Pensyarah:
DR. SURITA HARTINI BINTI MAT HASSAN

Date Of Submission: 28 Jun 2021

i
Isi Kandungan
1.1 Pendahaluan....................................................................................................................................1
2.1 Insan Beradab..................................................................................................................................2
3.1 Adab Dan Akhlak..............................................................................................................................3
4.1 Ciri-Ciri Akhlak Islamiyyah................................................................................................................4
5.1 Kaedah Pendidikan Akhlak...............................................................................................................5
6.1 Model Akhlak Insan Kamil................................................................................................................7
6.1.1 Definisi Insan Kamil..................................................................................................................7
6.1.2 Ciri-ciri insan kamil...................................................................................................................9
7.1 Penutup.........................................................................................................................................10
8.1 Rujukan..........................................................................................................................................11

ii
1.1 Pendahaluan

Secara umumnya,Pendidikan ialah satu proses memelihara dan membangunkan manusia dari

aspek jasman,akal,Bahasa ,kelakuan,social dan agama yang difokuskaan terhadap usaha

untuk mencapai kesempurnaan.Menurut syed naquib al attas,beliau menegaskan bahawa

Pendidikan merupakan proses penerapan adab kedalam diri seseorang .Menurut perspektif

islam,Pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang beradab dan

berakhlak.Pengertian Pendidikan menurut imam al Ghazali,Pendidikan ialah satu langkah

untuk menghilangkan akhlak yang buruk dan menanamkan akhlak yang terpuji.(al-

Ghazali,1999)

Dalam agama islam,tujuan yang ingin dicapai dalam Pendidikan adalah membentuk

insan kamil iaitu manusia yang sempurna dengan memiliki kecerdasan intelektual dan rohani

secara keseluruhanya (Shamsul ariffin,2014). Manakala dari segi objektif,Pendidikan dalam

islam bertujuan untuk memupuk akhlak yang baik dan terpuji untuk membangunkan modal

insan yang seimbang dan membentuk akhlak dan jati diri yang cemerlang bersumberkan al-

quran dan al-sunnah

Tugasan kertas kerja kali ini akan membincankan dan menfokuskan dengan lebih

lanjut berkaitan Pendidikan yang menjurus dan melahirkan seorang insan yang beradab. dan

berakhlak.

1
2.1 Insan Beradab

Mengikut dari Prof. Naquib al-Attas seorang Cendekiawan Muslim, ahli falsafah

Muslim serta Tokoh Melayu pada tahun 2011, insan beradab didefinisikan konsep “adab” itu

memang teralalu berkait dengan pemahaman tentang wahyu. Insan yang beradab adalah dapat

memahami dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai pada harkat serta martabat

yang ditentukan oleh Allah. Tambahan dari Pro. Nauib al-Attas, dari segi Bahasa, adab

berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud addaba-yu’ addibu-ta’dib yang telah diterjemahkan

oleh beliau sendiri sebagai “mendidik” atau “Pendidikan”. Dalam kamus Al’munjid dan Al

Kautsar, adab dikaitkan dengan akhlak yang memiliki erti budi pekerti, tingkah laku,

tatasusila serta tabiat yang sesuai dengan nilai-nilai agama Islam. Selain itu, dlam konteks

bahasa Yunani, adab dapat didefinisikan sebagai kata ethicos atau ethos yang bermaksud

kebiasaan, perasaan batin, kecenderungan hati untuk melaksanakan perbuatan diamana kita

dapat lihat perkataan Etika berasal dari perkataan Ethicos. Konsep adab seperti ini sesuai

dengan istilah dan tujuan Pendidikan Islam itu sendiri, iaitu ta’dib yang bertujuan untuk

membentuk manusia yang beradab.

Insan yang beradab boleh dikatakan sebagai manusia yang mempunyai pelbagai nilai

keutamaan dalam diri mereka. Dengan menggunakan konsep adab dalam Islam, maka

rangkai kata “manusia yang baik atau beradab” adalah insan yang mengenal penciptanya,

mengenal dan mencintai Nabinya, menjadikan Nabi SAW sebagai uswah hasanah serta

menghormati para ulama sebagai pewaris Nabi. Golongan ini juga memahami dan

meletakkan ilmu pada tempat yang terhormat dan dapat membezakan antara ilmu fardhu ain

dan fardhu kifayah serta ilmu yang dapat memberikan manfaat dan ilmu yang dapat

memberikan keburukan kepada dirinya sendiri. Insan ang beradab juga, mempunyai

2
kebolehan untuk memikul tanggungjawab dalam menjalakan tugas sebagai khalifatullah fil-

ardh dengan sempurna.

Intihannya, kitada dapat menkonklusikan bahawa insan beradab adalah manusia yang

berkebolehan meletakkan sesuatu pada tempat yang mampu membezakan perkara yang baik

dan perkara yang buruk. Insan yang beradab juga mampu mengaplikasikan pengetahuan ilmu

mereka dalam membentuk nilai diri kepada arah kebaikan seperti mana yang dikehendaki

dalam agam dalam masa yang sama mereka menjadi insan yang beradab.

3.1 Adab Dan Akhlak

Adab dan akhlak amat penting dalam membentuk peribadi yang mulia terutamanya

pada seorang muslim.Adab dan akhlak ialah dua entiti yang berbeza tetapi membawa kesan

dan impak yang sama kepada orang yang mengamalkannya.Adab boleh ditafsirkan sebagai

perilaku yang baik,kesopanan dan moral yang tinggi dalam diri seseorang.Setersunya ialah

akhlak, akhlak berasal daripada perkataan Bahasa arab iaitu “al-akhlaaku”iaitu kata jama’

daripada perkataan “ alkhuluqu” yang membawa maksud tabiat dan kelakuan.Manakala dari

segi istilah pula,akhlak membawa maksud sifat yang tertanam dalam di dalam diri yang dapat

mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,penelitian dan

paksaan.

Istilah akhlak mempunyai pelbagai tanggapan.Dari Ibn Miskawaih iaitu seorang ahli

falsafah islam yang terkenal mentafsirkan bahawa akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang

mendorong seseorang melakukan sesuatu tanpa perlu berfikir,manakala menurut Imam

Ghazali radiAllhu anhu yang mengatakan bahawa akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam

di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan

pemikiran dan penelitian.Dalam erti kata lain apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang

baik,perbuatan tersebut dipanggil sebagai akhlak yang baik dan sebaliknya.Kita juga sebagai

3
umat akhir zaman telah diutuskan seorang nabi untuk membetulkan akhlak kita sepertimana

Allah berfiman:

ٌ‫لَّقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي َرسُو ِل اللَّـ ِه أُس َْوةٌ َح َسنَة‬

(Surah Al-Azhab:21)

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik.”

Untuk membina akhlak yang baik,islam telah menggariskan beberapa panduan yang

perlu kita ikut untuk memupuk akhlak yang baik.Antaranya ialah,beriman kepada

Allah,membenarkan dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-

Sunnah sepertimana Allah berfirman:” Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai

Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat

manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka

memikirkannya”(QS al Nahl : 44),berusaha mencari ilmu yang dapat memberi manfaat

seperti ilmu fardhu ain dan sentiasa melakukan sesuatu perkara itu dengan niat yang baik.

4.1 Ciri-Ciri Akhlak Islamiyyah

Akhlak didalam islam mempunyai kedudukan yang amat tinggi.Hal ini dapat dilihat apabila

Rasulullah bersabda“Sesungguhnya di antara orang-orang yang paling aku cintai dan paling

dekat tempat duduknya pada hari kiamat denganku yaitu orang-orang yang paling baik

akhlaknya.” (HR. Tirmidzi).Akhlak menurut islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri ataupun

disebut sebagai akhlak islamiyyah

4
Antara ciri-ciri akhlak islamiyyah ialah,bersifat mutlak dan menyeluruh.Apa yang

boleh diuraikan disini ialah,akhlak islamiyyah ialah berlandaskan al-Quran dan as-

Sunnah.Maka jika sesiapa yang meragui al-Quran dan as-Sunnah,maka terbatallah imannya

dari islam.Akhlak islamiyyah juga bersifat menyeluruh kerana boleh dipraktikkan kepada

semua manusia tanpa mengira warna kulit,bangsa dan pangkat.Ciri kedua ialah

melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan,Disebabkan manusia mempunya pelbagai

karenah seperti bernafsu,mereka lebih terdorong untuk melakukan perkara yang buruk.Oleh

itu akhlak islamyyih dapat mengawal sifat tercela tersebut.Ciri yang ketiga ialah,akhlak

islamiyyah bersifat sederhana dan seimbang.Agama islam ialah agama yang mudah dan

bersedahana dan tidak membebankan penganutnya untuk menuntut dan mencari akhlak yang

baik.Sepertimana nabi Muhammad bersabda “Sesungguhnya agama itu mudah. Dan

selamanya agama tidak akan memberatkan seseorang melainkan memudahkannya. Kerana

itu, luruskanlah, dekatilah, dan berilah khabar gembira! Minta tolonglah kalian di waktu pagi-

pagi sekali, siang hari di kala waktu istirahat dan di awal malam,” (HR. al-Bukhari [39] dan

Muslim [2816]).

Ciri yang keempat ialah,akhlak islamiyyah mencakupi suruhan dan larangan.Suruhan dan

larangan dalam perlaksanaan akhlak islamiyyah amatlah penting dan tidak boleh dilebihkan

dan diabaikan sama ada larangan dan suruhan.Contohnya jika seorang itu meninggalkan

solatnya maka akhlak islamiyyah nya akan berkurang.Dalam kata lain apa yang ditegah oleh

Allah untuk kita lakukan mestilah dicegah manakala perkara yang disuruhnya mestilah

dilakukan.Ciri yang terakhir ialah bersih dalam perlaksanaan.Apa yang boleh dimaksudkan

disini ialah,apabila seseorang itu cuba meselesaikan sesuatu masalah,orang itu perlulah

berteraskan kepada al-quran dan as-sunnah dalam menselesaikan masalah tersebut.Dengan ini

cara yang digunakan bersih dari segala perkara yang buruk dan diredhai oleh Allah.

5
5.1 Kaedah Pendidikan Akhlak

Pendidikan akhlak amat penting untuk seseorang individu kerana untuk menerima

pelajaran, seseorang individu itu hendaklah membersihkan hati jiwa agar memudahkan

proses pembelajaran untuk menimbva ilmu. Terdapat pelbagai insiatif bagi mendidik akhlak

dalam diri, antaranya ialah mujahadah yang membawa maksud perjuangan ataupun menanam

azam yang kuat untuk belajar bersungguh-sungguh. Hal ini demikian kerana azam untuk

belajar merupakan suatu elemn penting bagi seseorang individu untuk terus berakhlak ketika

belajar. Oleh yang demikian, sifat mujahadah dalam diri seseorang individu sangat penting

untuk terus berakhlak ketika menimba ilmu. Sebagai contoh, seseorang individu yang

mempunyai sifat mujahadah dalam diri tidak akan terganggu dengan perkara-perkara kecil

seperti gangguan rakan-rakan ketika sesi pembelajaran.

Kaedah yang seterusnya ialah Riyadah yang boleh didefiniskan sebagai latihan yang

merujuk kepada bersusah payah mempraktikkan akhlak terpuji ketika pembelajaran sehingga

ia menjadi suatu kebiasaan atau tabiat yang bagus. Berusaha untuk menunjukkan akhlak yang

mulia amat penting untuk ditanam dalam diri dalam melatih jiwa untuk mengadaptasi

kelakuan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang individu perlu berusaha demi

mempraktikkan akhlak yang mulia apabila mempelajari sesuatu. Sebagai contoh, murid-

murid di dalam bilik darjah perlu menghormati guru ketika guru mengajar dengan cara tidak

bersuara ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Murid-murid perlu berusaha untuk

tidak bersuara.

Di samping itu, pemerhatian dan pergaulan merupakan salah satu akhlak dalam

pendidikan. Akhlak yang terpuji diperolehi melalui memerhati dan bergaul dengan individu

6
individu yang berakhlak mulia. Jika seseorang individu dikelilingi oleh sekumpulan individu

yang berakhlak mulia, maka secara tabiinya, seseorang individu itu akan mengikuti tingkah

laku orang lain baik dalam keadaan sedar ataupun tidak. Oleh yang demikian, perlu bijak

dalam memilih kumpulan rakan yang mempamerkan akhlak yang mulia agar dapat

mempelajari dan mencontohi perbuatan-perbuatan mereka. Sebagai contoh, seseorang

individu akan berubah mengikuti tabiat baik rakan-rakannya jika selalu meluangkan masa

bersama dengan cara mencontohi akhlak akhlak mulia yang ditunjuk oleh mereka.

Selain itu, insiatif yang seseorang individu boleh lakukan dalam memupuk akhlak dalam

pendidikan ialah muhasabah diri yakni membaiki kelemahan diri. Membaiki kelemahan diri

mempunyai pelbagai cara boleh dilakukan untuk membaiki diri, antaranya ialah

mendampingi guru yang mampu membuat pemerhatian terhadap seseorang dan tidak akan

pernah jemu untuk memberi nasihat untuk memperbaiki kekurangan dalam diri seseorang

individu tersebut. Tambahan pula, kelemahan diri juga boleh dikenalpasti dengan meminta

kritikan yang jujur dan nasihat dari insan yang boleh dipercayai. Oleh yang demikian,

seseorang individu harus terima kritikan dengan hati yang terbuka untuk terus memperbaiki

kelamahan dalam diri. Sebagai contoh, seorang murid bertanyakan kelamahan dalam dirinya

kepada gurunya dan meminta nasihat untuk berubah menjadi lebih baik.

Akhir sekali ialah pergaulan dengan orang ramai. Secara spesifiknya, seseorang individu
boleh mengesan keaiban yang terdapat dalam kalangan masyarakat dan membuat refleksi diri
jika diri sendiri adalah sama seperti orang yang diperhati. Jika sudah dikenalpasti, ia akan
menjadi mudah untuk seseorang individu untuk memperbaiki keaiban tersebut dengan cara
merujuk kepada insan yang berkelayakan berkenaan keaiban tersebut dan solusi untuk
membuang keaiban tersebut. Di samping itu, seseorang individu juga sewajarnya melihat dan
menilai masyarakat sekeliling supaya dapat membentuk akhlak dengan cara berfikir dan
mengambil iktibar daripadanya ataupun mencontohi perkara-perkara yang baik.

7
6.1 Model Akhlak Insan Kamil

6.1.1 Definisi Insan Kamil

Insan kamil berasal dari Bahasa arab iaitu dari dua kata iaitu insan dan kamil.Secara

harfiah,insan bererti manusia manakala kamil bererti sempurna.Oleh yang demikian,insan

kamil bererti manusia yang sempurna.Insan kamil adalah mukmin yang terdapat dalam

dirinya kekuatan,wawasan,perbuatan dan kebijaksaan.Sifat sifat murni ini tergambar dalam

akhlak nabi Muhammad saw .Insan kamil juga merupakkan mukmin yang dianugerahi

kemampuan rohani dan agamawi.Untuk mewujudkan kekuatan dalam diri,mukmin hendaklah

sentiasa meresapi dan menghayati akhlak ilahi.

Dalam Bahasa arab,insan mengacu kepada sifat manusia yang terpuji seperti kasih

sayang kemuliaan dan sebagainya.Kamil pula bererti suatu keadaan yang sempurna dan

digunakkan untuk pada sempurnaya dari segi zat dan sifat dan hal ini terjadi melalui

terkumpulnya sejumlah potensi dan kelengkapan seperti ilmu dan sifat-sifat mahmudah.Oleh

yang demikian,insan kamil lebih ditujukan kepada manusia yang sempurna dari segi

pengembangan potensi intelektual,rohani,spiritual,kata hati dan juga akal yang sihat.Insan

kamil juga bererti manusia yang sihat dan terbina potensi kerohaniaanya sehingga dapat

berfungsi secara optimal dan dapat berhubungan dengan Allah swt dan dengan makhluk lain

secara benar menurut akhlak islami,Insan kamil yang demikian inilah yang akan selamat

didunia dan diakhirat.

Menurut Abdul karim Al-Jilli,insan kamil adalah manusia cerminan tuhan yand

diciptakan atas Namanya sebagai refleksi gambaran nama nama dan sifatnya.Menurut al-jilli

juga,insan kamil merujuk kepada nabi Muhammad. Umat islam sepakat bahawa Nabi

Muhammad adalah manusia yang telah mencapai darjat kesempurnaan dalam

hidupnya.Sepanjang hayatnya,segenap kelakuan baginda menjadi tumpuan dan perhatian

masyarakat.Hal ini kerana sifat sifat terpuji yang terhimpuan dalam diri Nabi Muhammad

8
saw.Bahkan juga,baginda merupakan lautan budi yang tidak pernah kering airnya.Pola hidup

dan Kehidupan Nabi Muhammad yang sangat ideal itu menjadi teladan kepada para

sahabatnya baik sahabat yang dekat mahupun sahabat yang jauh.

6.1.2 Ciri-ciri insan kamil

Kriteria insan kamil yang dapat kita lihat dalam diri rasullulah ialah :

1.sifat Amanah (boleh dipercayai)

Amanah bermaksud memang apa yang dipercayakan seseorang kepadanya,baik itu sesuatu

yang berharga atau kurang berharga.Amanah adalah kata yang sering dikaitkan dengan

kekuasaan.Namun begitu,amanah bukan hanya berkait dengan hal hal seperti itu.Secara

sya’i,amanah bermaksud menunaikan apa apa yang dititipkan dan dipercayakan.

2. sifat Fathanah (cerdas)

Seseorang yang memiliki kepandaian didalam bidang formal atau dialam university belum

tentu cerdas dalam menjalani kehidupan seharianya.Cerdas yang dimaksudkan disini ialah

sifat yang membawa seseorang dalam bermasyarakat menuju kearah yang lebih baik.Allah

SWT dan nabi Muhammad memberi peringatan kepada umat islam bahawa pentingnya

generasi yang cerdas dengan kecerdikan ,kepintaran yang ilmu yang luas.

3. sifat siddiq (jujur)

Rasullulah SAW dalam setiap langkah tidak pernah berdusta,beliau jujur dan menyampaikan

perkara yang benar dan perilaku yang benar sehingga kehidupan nabi Muhammad mencapai

kejayaan dan menjadikan nama beliau harum di mata dunia.

9
4.Sifat tabligh (menyampaikan)

Tabligh ialah menyampaikan apa yang seharusnya didengar oleh orang lain dan berguna

baginya.Perkara yang hendak disampaikan itu mestilah sesuatu yang benar dan berfakta.Nabi

SAW memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari beliau kerana allah SWT

telah menjadikan agama ini sebagai satu satunya agama bagi manusia dan jin

7.1 Penutup

Melalui penulisan ini,kami sekumpulan dapat menambahkan lagi ilmu pengatahuan

kami berkaitan adab dan akhlak yang perlu ada pada seseorang muslim terutamanya

pelajar.Di dalam penulisan ini juga menerangkan lebih lanjut tentang maksud dan cara-cara

untuk memperolehi akhlak yang baik.

Menurut penulisan ini,adab dapat ditafsirkan sebagai tingkah laku yang baik,kesopanan

dan kemulian seperti menghormati orang tua.Manakala akhlak pula ialah tingkah laku

seseorang yang berasaskan daya pemikirannya.Jika pemikirannya baik dan berlandaskan

ajaran islam,maka akhlaknya amatlah tinggi.

Sebagai mana yang telah dijelaskan,kita dapat mengamalkan beberapa prinsip yang telah

digariskan oleh Islam untuk membentuk akhlak yang baik. Antara prinsipnya ialah sentiasa

berusaha mencari ilmu yang bermanfaat seperti ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu

kifayah.Selain itu,seperti yang telah diperjelaskan,terdapat beberapa kaedah pendidkan

akhlak.Antara kaedah pendidikan akhlak ialah muhasabah atau membaiki diri sendiri seperti

mencari guru yang dapat membetulkan akhlak kita.

10
Akhir sekali,kami juga telah mempelajari bahawa untuk mempunyai akhlak yang

dipandang mulia di sisi islam,kita perlulah mencontohi akhlak Rasulullah.Antara akhlak

Rasulullah yang baik ialah sentiasa jujur,amanah dan bijak dalam melaksanakan sesuatu

perkara.Kita juga mestilah sentiasa istiqomah untuk mencari dan mengamalkan adab dan

akhlak yang baik.

8.1 Rujukan

1. a. y., H. d., & f. a. (2020). pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar melalui pembelajaran

sosial menurut perspektif islam. journal of social science and d humanities, 75-89.

2. admin. (2021, june 27). Insan Kamil. Retrieved from As-sunniyah:

http://assunniyah.com/kajian/insan-kamil/

3. fakultas ushuluddin dan studi islam. (2015). perenial jurnal multiultural dan multireligius.

sumatera utara: Jurusan program studi.

4. Omar, M. N. (2016). Falsafah Akhlak Islam. In Falsafah akhlak (pp. 107-113). Bangi,

Selangor D.E, Malaysia :: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

5. Hashim , A. (2017). Amalan Pembelajaran Pendidikan Akhlak Menurut Al-Ghazali:

Kajian Terhadap Pelajar di Sekolah Agama di Negeri Perak . Journal of Islamic and

Arabic Education, 9(1), 1–11.

11
.

12

Anda mungkin juga menyukai