Anda di halaman 1dari 24

DIPLOMA EKSEKUTIF

PENGAJIAN SYARIAH &


USULUDDIN

KRITIK HADIS OLEH


GOLONGAN MENYELEWENG
DAN JAWAPAN

KOD KURSUS : UFL 1004

TAJUK KURSUS : ULUM AL-HADITH

NAMA & NO. MATRIK : 1. MOHD YANI BAHARI BIN MD NOOR


(UFL210056)
2. AHMAD SAFAIQ KHALIFA BIN MOHD
AFENDI (UFK210080)
3. MUHAMMAD FARDZRIEN B MOHAMED
NASARUDDIN (UFL210045)
4. AZIZI BIN MOHD ARIFIN (UFL210039)

KELAS : UFK521 & UFL521

PENSYARAH : DR. MOHD FARHAN BIN MD ARIFFIN


Ulum al-Hadith UFL1005

1.0 Pendahuluan 2
2.0 Kritikan dan Penyelewengan Hadis 2
2.1 Kritikan terhadap Kedudukan Hadis dan al-Quran 2
2.1.1 Autoriti Hadis Adalah Reduksi Terhadap Autoriti al-Quran 3
2.1.2 Percanggahan Antara Al-Quran dan Hadis 4
2.2 Kritikan terhadap Sanad dan Matan Hadis 5
2.3 Kritikan terhadap Kesahihan Hadis 7
2.4 Kritikan terhadap Pengumpulan Hadis oleh Ulama’ Hadis 10
3.0 Jawapan terhadap Kritikan dan Penyelewengan 12
3.1 Jawapan terhadap Kedudukan Hadis dan al-Quran 12
3.2 Jawapan terhadap Kritikan Sanad dan Matan Hadis 14
3.3 Jawapan terhadap Kesahihan Hadis 17
3.4 Jawapan terhadap Kritikan Pengumpulan Hadis oleh Ulama’ Hadis 19
4.0 Kesimpulan 20
5.0 Rujukan 21

1
Ulum al-Hadith UFL1005

1.0 Pendahuluan

Sebagai sumber kedua hukum Islam, hadis berperanan menguatkan hukum yang
terdapat di dalam al-Quran, memperincikan isi kandungan al-Quran dan menjelaskan hukum
yang tiada dalam al-Quran1. Kerana peranannya yang penting ini, banyak golongan yang
cuba melakukan pembohongan dan penyelewengan terhadap hadis bermula sejak dari
kewafatan Rasulullah SAW. Menyedari hal sedemikian, para ulama hadis berusaha
memelihara hadis dari perkara tersebut dan juga dari kesilapan dan salah-faham masyarakat
dengan merangka, memperbaiki dan memperkasakan pengajian Ulum Hadis2.

Meskipun demikian, pada hari ini, umat Islam sentiasa diasak dari pelbagai golongan
seperti Orientalis, anti-hadis, Islam liberal, gerakan feminis dan Syiah yang mempersoal
autoriti hadis kerana kepentingan tertentu. Artikel ini cuba menggariskan kritikan yang
menyeleweng dan salah faham terhadap hadis dari sudut kritikan terhadap sanad dan matan,
kritikan terhadap kedudukan hadis dan al-Quran, percanggahan hadis sahih dan daif serta
kritikan terhadap hadis Ahad dan kritikan terhadap metod pengumpulan hadis oleh
Imam-imam Hadis.

2.0 Kritikan dan Penyelewengan Hadis

2.1 Kritikan terhadap Kedudukan Hadis dan al-Quran

Al-Quran dan As-Sunnah adalah dua teras utama yang berjalan seiringan dan
membentuk asas dalam pensyariatan agama Islam seperti yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Ketetapan untuk mengikuti setiap perkara
yang didapati di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW adalah perintah dari Allah
SWT bersesuaian dengan firman-Nya:

َ‫فَآ ِمنُوا بِاللَّـ ِه َو َرسُولِ ِه النَّبِ ِّي اُأْل ِّم ِّي الَّ ِذي يُْؤ ِمنُ بِاللَّـ ِه َو َكلِ َماتِ ِه َواتَّبِعُوهُ لَ َعلَّ ُك ْم تَ ْهتَ ُدون‬

“Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang
beriman kepada Allah dan kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah
dia (Rasulullah SAW) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.” (al-Quran,
al-A'raf 7:158)

1
Kutty, Sheikh Ahmad, “What Is the Significance of Hadith in Islam?”, Islam Online, diakses pada Jun 3, 2022,
https://islamonline.net/en/what-is-the-significance-of-hadith-in-islam/.
2
Usman, A. H., Wazir, R., “The Fabricated Hadith: Islamic Ethics and Guidelines of Hadith Dispersion in
Social Media”, The Turkish Online Journal of Design, Art and Communication - TOJDAC, 8 (2018), 804-808,
diakses pada Jun 3, 2022, DOI:10.7456/1080SSE/114.

2
Ulum al-Hadith UFL1005

Namun begitu, telah wujud golongan menyeleweng yang menentang kedudukan


dan autoriti hadis Rasulullah SAW secara total bukan sahaja dalam aspek pensyariatan
Islam bahkan dalam segenap aspek termasuk sirah, adab dan akhlak dengan pelbagai
dakwaan salah yang dibuat-buat oleh mereka sendiri. Antaranya, mereka itu mendakwa
bahawa hadis adalah rekaan para ulama silam yang ditulis beratus tahun selepas
kewafatan Rasulullah SAW. Salah faham mereka ini timbul akibat kelemahan mereka
sendiri dalam mendalami ilmu hadis yang telah disusun secara sistematik oleh para
ulama Islam, malah mungkin didorong oleh sikap mereka yang enggan melaksanakan
perintah yang telah jelas ditetapkan oleh Allah dan Rasul yang berlawanan dengan
kehendak hati mereka.

Golongan menyeleweng ini menuduh bahawa dengan menerima hadis Rasulullah


SAW, maka secara automatik seseorang itu telah mengesampingkan kedudukan al-Quran
sebagai satu-satunya sumber yang berautoriti yang diturunkan oleh Allah SWT untuk diikuti
oleh setiap manusia. Mereka telah menetapkan hubungan saling eksklusif atau binari di
antara al-Quran dan hadis di mana bagi mereka yang satu mengingkari yang satu lagi,
sedangkan al-Quran dan hadis adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka
mengemukakan beberapa hujah untuk menyokong pendapat mereka yang meletakkan
kedudukan kompetetif antara al-Quran dan hadis mengikut kefahaman mereka.

2.1.1 Autoriti Hadis Adalah Reduksi Terhadap Autoriti al-Quran

Menurut Duderija, kebergantungan kepada kefahaman hermeneutikal terhadap teks


hadis bagi membuat tafsiran terhadap teks al-Quran telah melunturkan hubungan simbiosis
antara al-Quran dan Sunnah terutamanaya apabila metodologi ‘Muhadithun’ yang disebut
sebagai ‘ulum al-hadis’ atau metodologi ‘Usuliyyun’ yang disebut sebagai ‘usul al-fiqh’
dijadikan sebagai kaedah pentashihan dan pentakhrijan hadis3. Beliau mendakwa penetapan
kedudukan sahih sesuatu hadis melalui kajian Isnad hadis yang bergantung kepada
kebolehpercayaan terhadap ‘Rijal’ telah menyempitkan pemahaman terhadap al-Quran
apabila kefahaman hermeneutik al-Quran itu sendiri dianggap bergantung sepenuhnya kepada
tafsiran hadis yang diklasifikasikan sebagai sahih4.

3
Duderija, Adis. "A Paradigm Shift in Assessing/Evaluating the Value and Significance of Hadīth in Islamic
Thought: From'ulūmu-l-isnād/rijāl to'usūlu-l-fiqh." Arab Law Quarterly 23, 2 (2009): 195-206.
4
Ibid., 197.

3
Ulum al-Hadith UFL1005

Kebergantungan kefahaman al-Quran kepada hadis sama ada dalam mentaqrirkan


(memperkuat) ayat-ayat al-Quran, taqyid (membataskan), takhsis (mengkhususkan), tasyri’
(mensyariatkan atau mengeluarkan hukum) atau yang memansukhkan ayat-al-Quran telah
mengesampingkan autoriti al-Quran di bawah autoriti hadis mengikut kefahaman golongan
menyeleweng ini. Pada sisi mereka, penafsiran al-Quran yang tepat adalah dengan
mengangkat peranan akal rasional dalam memenuhi kehendak maqasid al-Quran secara
abstrak yang lebih menjurus kepada nilai moral dan etika, bukannya secara harfiyah atau
literal terutamanya dalam hal-hal hukum atau fiqh5. Objektif mereka adalah agar penafsiran
terhadap ayat-ayat al-Quran itu dapat diperluaskan bagi mengikut kefahaman seseorang tanpa
perlu terikat kepada metodologi yang telah digariskan dalam ulum al-Quran dan hadis.

2.1.2 Percanggahan Antara Al-Quran dan Hadis

Golongan-golongan menyeleweng yang cuba meruntuhkan kredibiliti dan kedudukan


hadis dalam pengamalan ajaran Islam amat gemar memetik hadis-hadis sahih yang dianggap
oleh mereka sebagai bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran sebagai hujah dalam mengkritik
hadis dan menolak penerimaannya dalam segenap aspek ajaran Islam. Bagi mereka,
percanggahan yang mereka dapati itu tidak sepatutnya boleh diharmonikan dengan al-Quran
sepertimana yang digariskan mengikut kaedah ulum al-Quran, ulum al-Tafsir dan ulum
al-Hadis.

Kritikan mereka tertumpu kepada penafsiran yang diharmonikan terutamanya dalam


disiplin Usul al-Fiqh6. Antaranya golongan ini mengkritik Imam al-Syafie, Imam Ahmad Ibn
Hanbal, al-Juwaini, dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama Islam. Antara contoh percanggahan
hadis dan al-Quran yang dikemukakan oleh mereka ialah hukuman bunuh terhadap golongan
murtad, hukuman rejam terhadap penzina muhson, pengharaman pemakaian emas dan sutera
untuk orang lelaki dan sebagainya.

Golongan ini berhujah bahawa setiap hadis yang bercanggah dengan al-Quran harus
ditolak kerana percanggahan yang membawa kesan hukum yang berlawanan dengan al-Quran
itu bukan sahaja membelakangkan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT, bahkan
berlawanan dengan konsep nilai moral dan keadilan yang diterapkan di dalam al-Quran.

5
Duderija, Adis. "Evolution in the Canonical Sunni Hadith Body of Literature and the Concept of an Authentic
Hadith During the Formative Period of Islamic ought as Based on Recent Western Scholarship." Arab Law
Quarterly 23, 4 (2009): 389-415.
6
Vishanoff, David R. The Formation of Islamic Hermeneutics: How Sunni Legal Theorists Imagined a Revealed
Law. New Haven, CT: American Oriental Society, 2011.

4
Ulum al-Hadith UFL1005

Al-Quran bagi mereka telah menjadikan ajaran Islam sebagai sangat mudah, rasional dan
ringan, akan tetapi hadis telah menukar ajaran Islam kepada sarat dengan hukum-hakam yang
tidak adil dan tidak rasional7.

2.2 Kritikan terhadap Sanad dan Matan Hadis

Gerakan Islam liberal dan feminis contohnya mempertikaikan matan hadis-hadis


sahih kerana mereka memahami hadis secara literal dan menafsirkan hadis dan al-Quran
sebegitu rupa supaya ia menjadi bahan hujah mereka. Ini dapat dilakukan apabila mereka
tidak menafsirkan hadis melalui cara yang disepakati ulama melalui Ulum Hadis. Seolahnya
mereka mempunyai agenda yang tersendiri dan hadis yang boleh mencetuskan polemik dan
kontroversi diketengahkan supaya hadis inilah yang menggambarkan Islam yang sebenar.
Ada hadis yang dilabel sebagai misoginis oleh mereka iaitu hadis yang ‘antiwanita’ kerana
mendiskriminasi dengan cara mengekang dan menindas hak dan kebebasan wanita. Aktivis
feminis seperti Riffat Hassan banyak menulis tentang hadis sahih yang dirasakan mempunyai
motif antiwanita dan berpandangan bahawa hadis-hadis ini menjadi popular kerana sikap
berat sebelah kaum lelaki yang dominan dalam naratif perundangan agama sejak dari
permulaan Islam lagi8.

Hadith-hadith pada subtopik Sanad dan Matan adalah berkenaan hadis yang dikritik
kerana beberapa sebab iaitu (1) salah faham maksud keseluruhan, (2) salah faham lafaz Arab
yang tertentu dan (3) salah faham tentang asbab al-Wurud hadith.

Terjadi salah faham maksud keseluruhan hadis ialah seperti pada hadis yang
menyebut tentang kedudukan wanita, keldai dan anjing, yang boleh ditemui dalam Ṣaḥiḥ
Muslim, Sunan al-Tirmidzi, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Nasaˊi, Sunan Ibn Majah, Ṣaḥiḥ
Ibn Khuzaimah dan Sunan al-Darimi dengan lafaz teks hadith yang pelbagai iaitu sabda
Rasulullah SAW9:

‫والحما ُر‬
ِ ُ‫ وال َكلب‬،ُ‫صاَل ةَ ال َمرَأة‬
َّ ‫يَ ْقطَ ُع ال‬

“Terputus solat kerana wanita, anjing dan keldai.”

7
Vishanoff, David R. The Formation of Islamic Hermeneutics: How Sunni Legal Theorists Imagined a Revealed
Law. New Haven, CT: American Oriental Society, 2011.
8
Hassan, Riffat, “Challenging the Stereotypes of Fundamentalism: An Islamic Feminist Perspective”, The
Muslim World 91 (2001), 55-70, diakses pada Jun 3, 2022, https://doi.org/10.1111/j.1478-1913.2001.tb03707.x
9
Riwayat Ahmad, Kitab: Sisa musnad Sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Bab Musnad Abu Hurairah
RA. Versi al-Alamiyah no 9125.

5
Ulum al-Hadith UFL1005

Golongan feminis dan anti hadis menggunakan hadis ini untuk menunjukkan Islam
menjatuhkan maruah wanita apabila disamakan dengan binatang10. Jadi semua hadis sahih
seperti ini harus dinilai semula kesahihannya dan ditolak atas alasan mungkin dimanipulasi
oleh perawi berjantina lelaki dalam usaha mereka mengekalkan dominasi sistem patriaki.

Contoh kritikan lain yang melibatkan matan hadis dan berpunca dari salah faham
tentang bahasa Arab ialah dari Kassim Ahmad seorang pemuka golongan anti hadis di
Malaysia. Dalam artikel blognya, beliau menulis:

“Telah kita lihat di atas bahawa hadis menentukan hukuman rejam hingga mati
ke atas penzina-penzina yang telah berkahwin, tetapi perhatikan hadis ini: “Jabir
bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘…Kamu mempunyai
(hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar mereka tidak meniduri
sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa
menyebabkan cedera…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Mishkat, jil. I, h. 217, no. 76). Mungkinkah
gerakan pembebasan wanita zaman pertengahan yang mereka hadis ini?!”11

Hadis yang dimaksudkan ialah dari riwayat Muslim12:

‫ولكم عليهن أن ال يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه فإن فعلن ذلك فاضربوهن ضربا ً غير مبرح‬

“Bagi kamu (suami) ke atas mereka (isteri) ialah mereka tidak memasukkan ke
hamparan kamu siapa-siapapun orang yang kamu tidak suka. Jika mereka
lakukan juga, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan.”

Kassim Ahmad telah menterjemahkan maksud hadis ini sebagai:

‘…Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar


mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini,
pukullah mereka tanpa menyebabkan cedera…”

Beliau telah menimbulkan persoalan bahawa hadis ini bercanggah dengan hadis lain
yang menghukum sebat bagi penzina bujang dan rejam bagi yang telah berkahwin. Beliau
menyindir bahawa mungkin hadis ini direka oleh feminis zaman pertengahan kerana
hukumnya yang ringan untuk kesalahan zina bagi yang telah berkahwin.
10
Mernissi, Fatima., “The veil and the male elite: a feminist interpretation of women's rights in Islam”,
(Cambridge, Mass. : Perseus Books, 1991), http://hdl.handle.net/2027/heb.04417.0001.001.
11
Ahmad, Kassim, “ Hadis: Satu Penilian Semula #24 - Bab V: Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi
Muhammad Yang Asal - Quran”, diakses pada Jun 8, 2022, http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/.
12
Sahih Muslim no. 3009

6
Ulum al-Hadith UFL1005

Satu lagi contoh hadis yang menjadi pertikaian ialah hadis yang diriwayatkan dari
beberapa sahabat Nabi SAW seperti Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik,
Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik RA dengan
matannya seperti berikut:

‫ت ال َمرْ َأةَ َأ ْن تَ ْس ُج َد لِ َزوْ ِجهَا‬


ُ ْ‫ت آ ِمرًا َأ َحدًا َأ ْن يَ ْس ُج َد َأِل َح ٍد َأَل َمر‬
ُ ‫لَوْ ُك ْن‬

“Jika aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada yang seorang yang lain,
nescaya aku akan menyuruh wanita sujud kepada suaminya.”

Hadis ini dan juga yang mempunyai maksud sepertinya- misalnya hadis yang menyuruh isteri
menjilat nanah pada kaki suami, wajib taat kepada suami yang hendak melakukan hubungan
seks pada bila-bila masa walau di atas belakang unta- digunakan untuk menggambarkan
kesan moral dan sosial yang sangat serius apabila isteri dilihat sebagai amat rendah taraf
berbanding suami seolahnya hidup isteri seperti hamba yang boleh diperlakukan apa saja oleh
suami.

2.3 Kritikan terhadap Kesahihan Hadis

Kedudukan dan status satu-satu hadis turut menjadi pertikaian dalam kalangan
kelompok yang menyeleweng. Pertikaian ini berlaku samada secara penolakan hadis secara
keseluruhan atau kesalahfahaman mereka terhadap penggunaan satu-satu hadis sebagai
sumber hukum atau hujah dalam perkara agama. Penolakan dan salah faham ini adalah
bersaling kait dengan kritikan mereka terhadap sanad hadis dan usaha himpunan hadis oleh
ulama’-ulama’ hadis. Usaha mereka ini adalah bertujuan menimbulkan keraguan terhadap
hadis dan juga mempertikaikan penetapan satu-satu hukum yang berteraskan kepada hadis.

Diantara hujah yang digunakan oleh kelompok ini terhadap kesahihan hadis boleh
dilihat berdasarkan hujah Kassim Ahmad yang menyangkal kesahihan hadis dengan
menyatakan bahawa hadis atau sunnah Nabi SAW merupakan suatu ajaran palsu yang
muncul antara 200-250 tahun kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.13
Beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan hadis muncul pada zaman tabi’ tabi’in, 40-50
tahun selepas kewafatan Baginda SAW. Namun, kritikan terhadap sanad hanya bermula satu
setengah abad selepas itu, iaitu selepas kematian generasi perawi pertama, kedua dan ketiga.

13
Wazir, Rosni, et.al., “Analisis Pemahaman Golongan Antihadis Di Malaysia Terhadap Hadith”, Conference:
1st Inhad Muzakarah And Muktamar On Hadith (IMAM 2016), diakses pada Jun 9, 2022,
http://conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1001-imam-2016.pdf.

7
Ulum al-Hadith UFL1005

Dengan itu, beliau menyatakan bahawa perawi-perawi tersebut tidak dapat dijamin dan
dipastikan kebenarannya, malah mengandaikan kelompok perawi tersebut telah diada-adakan
oleh para ulama’ hadis yang terkemudian 14.

Kritikan sebegini pada hakikatnya telah muncul sejak sekian lama sejak era
kebangkitan tamadun Barat di dunia. Pelbagai usaha, hujah dan teori yang dikemukakan oleh
kelompok Barat terutamanya dalam kalangan orientalis. Mereka mengkaji dan mengkritik
al-Quran dan hadis sebagai sebuah satu untuk menjatuhkan Islam di mata dunia. Malah,
usaha-usaha penyelewengan yang muncul pada hari ini adalah hasil kesinambungan usaha
Barat yang sentiasa berusaha menimbulkan keraguan terhadap ajaran Islam dengan
menafikan sumber-sumbernya.

Mereka mempertikaikan kesahihan dan riwayat sesebuah hadis kesan daripada


kewujudan dan penyebaran hadis-hadis palsu yang dianggap sebagai satu ruang yang boleh
menafikan kedudukan hadis. Menurut Goldziher, seorang tokoh orientalis Barat, hadis
Rasulullah SAW disampaikan dan diriwayatkan melalui lisan yang dianggap sebagai medium
yang sangat fleksibel yang terdedah kepada pemalsuan dan manipulasi15. Berdasarkan kepada
kajian mereka, hadis dianggap sebagai suatu rekaan yang mempunyai agenda dan propaganda
tersendiri samada bersifat individu mahupun politik. Hadis direka, dicipta dan dipalsukan
bagi mendokong satu-satu agenda, propaganda mahupun gerakan dengan menyatakan
bahawa agenda tersebut adalah berasal dan selari dengan lafaz dan kata-kata Baginda SAW.

Di antara contoh yang dapat dilihat terhadap hujah ini adalah berdasarkan kepada
kritikan mereka terhadap perawi Hadis yang paling banyak meriwayatkan hadis, iaitu Abu
Hurairah RA berkenaan dengan perintah pembunuhan semua anjing kecuali anjing pemburu
dan anjing ternakan. Ini berdasarkan kepada hadis berikut:

‫ إن أبا هريرة‬:‫ فقيل البن عمر‬.‫ أو ماشية‬،‫ إال كلب صيد أو كلب غنم‬،‫أن الرسرل (ص) أمر بقتل الكالب‬
‫ إن ألبي هريرة زرعا‬:‫ فقال ابن عمر‬.‫ أو كلب زرع‬:‫يقول‬

“Dari Ibnu Umar bahawasanya Rasulullah memerintahkan untuk membunuh


semua anjing, kecuali anjing untuk berburu, atau anjing untuk menjaga kambing,
atau anjing penjaga ternakan. Lalu seseorang telah berkata kepada Ibnu Umar
bahawasanya Abu Hurairah pernah berkata: “atau anjing yang menjaga

14
Sudi, Suriani, et.al., “Kritikan Sanad Hadis: Pembetulan Fakta Dari Hujah Anti Hadis”, Conference:
Proceeding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Sirah Nabawi Dan Pemikiran (ISRA 2017), diakses pada Jun 9,
2022.
15
Abdul Rahim, Zati Nazifah, et.al., “Kritikan Goldziher Terhadap Riwayat Abu Hurairah: Analisis Terhadap
Hadith Anjing Tanaman”, Journal of Hadith Studies, 2 (2017), 20-24, diakses pada Jun 10, 2022.

8
Ulum al-Hadith UFL1005

tanaman”. Maka Ibnu Umar berkata: “Sesungguhnya Abu Hurairah memiliki


tanaman.”

Menurut Goldziher, Abu Hurairah RA telah menambah perkataan “anjing yang


menjaga tanaman” pada lafaz asal hadis atas kepentingan peribadi, bagi menyelamatkan
anjing beliau16.

Selain itu, kedudukan dan status hadis Ahad turut menjadi pertikaian dan kritikan
kelompok yang menyeleweng terhadap hadis Rasulullah SAW. Hadis Ahad yang menurut
mereka adalah berasaskan kepada zann semata-mata, iaitu yang tidak mencapai status yakin
tidak boleh dijadikan hujah dan rujukan di dalam ajaran Islam. Justeru, kesahihan dan
keaslian satu-satu hadis Ahad itu boleh dipertikaikan. Mereka turut membawa dalil al-Quran
yang menyeru umat Islam agar mengikuti dalil-dalil yang pasti atau qat’i di dalam urusan
agama bagi memperkuatkan lagi hujah mereka, sebagaimana ayat berikut17:

ۚ ‫ك بِِۦه ِع ْل ٌم‬ َ ‫َواَل تَ ْقفُ َما لَي‬


َ َ‫ْس ل‬

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya. (al-Quran, al-Isra 17:36)

Berdasarkan ayat tersebut, amalan atau ajaran yang bersumberkan kepada hadis Ahad
tidak boleh diterima dan diamalkan kerana tidak menghasilkan ilmu pengetahuan atau tidak
mencapai status yang diyakini. Hanya al-Quran dan hadis-hadis mutawatir sahaja yang boleh
diterima sebagai hujah dan sumber di dalam agama Islam.

Pada hakikatnya, kelompok yang menyeleweng ini sentiasa berdolak dalik dalam
usaha mereka untuk mempertikaikan dan menolak hadis mahupun al-Quran. Hadis hanya
dipilih berdasarkan kepada nafsu dan kepentingan tertentu sahaja samada hadis tersebut
sahih, daif mahupun palsu. Antara contoh yang dapat dilihat adalah terhadap isu yang pernah
tular di negara kita berkenaan dengan larangan merentas negeri ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang berlandaskan kepada sebuah hadis dari Anas bin Malik RA, iaitu 18:

‫ص َحهُ ا ْهتَدَى‬
َ َ‫ض َّل َو َم ْن ن‬ ِ ْ‫الس ُّْلطَانُ ِظلُّ هللاِ فِي اَأْلر‬
َ ُ‫ فَ َم ْن َغ َّشه‬،‫ض‬

16
Ibid., 22.
17
Junaid, Junaid, “Ingkar Sunnah dalam Sorotan Imam Syafi’i”, Al-Din Jurnal Dakwah dan Sosial Keagamaan,
4 (2018), 1-12, diakses pada Jun 10, 2022, DOI : 10.35673/ajdsk.v4i1.618.
18
Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6991)

9
Ulum al-Hadith UFL1005

“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang


memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya
maka Allah akan menghinanya.”

Menurut kelompok liberal khususnya di Malaysia, hadis tersebut yang dinilai sebagai
daif tidak layak dan tidak boleh digunakan sebagai hujah dan sumber hukum. Golongan yang
tidak memahami ilmu hadis melihat kenyataan tersebut sebagai satu hujah yang benar dan
berasas, lantas menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa usaha kelompok ini untuk menggugat status dan
kedudukan sesebuah hadis itu hanyalah berasaskan kepada logik dan nafsu semata-mata. Jika
benar hadis daif ditolak, mereka tetap juga tidak menerima keseluruhan hadis sahih yang
dilihat tidak selari dengan kefahaman dan kehendak mereka. Begitu juga dengan penolakan
keseluruhan hadis kerana meragui kesahihannya, yang dalam masa yang sama, mereka turut
tidak mengikuti al-Quran secara sepenuhnya. Hal ini jelas menunjukkan kelemahan dan
kekurangan mereka dalam memahami ajaran Islam secara menyeluruh, malah usaha ini
merupakan pengaruh ideologi-ideologi Barat yang sentiasa gigih untuk menjatuhkan Islam.

2.4 Kritikan terhadap Pengumpulan Hadis oleh Ulama’ Hadis

Kritikan terhadap pengumpulan hadis oleh imam-imam hadis muncul daripada


golongan menyeleweng dan musuh-musuh Islam. Kritikan terhadap pengumpulan hadis
adalah mencakup kepada hujah dan teori mereka terhadap penafian dan penolakan serta salah
faham terhadap ilmu hadis dari aspek sanad dan periwayatan. Disebabkan keraguan dan
penafian mereka terhadap hadis dan kesahihan sumbernya menyebabkan mereka menolak
himpunan dan karya-karya kitab hadis yang diusahakan oleh para ulama’ hadis.

Di antara hujah dan teori yang seringkali menjadi tunjang utama kepada penafian
mereka adalah dengan mendakwa bahawa pembukuan hadis-hadis Nabi SAW tidak pernah
wujud pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah
SAW sendiri yang melarang hadis ditulis kecuali al-Quran sebagaimana daripada Abu Sa’id
al-Khudri RA19:

ِ ْ‫َب َعنِّي َغ ْي َر ْالقُر‬


‫آن‬ َ ‫ َأ َّن َرسُو َل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم قَا َل ‏ "‏ الَ تَ ْكتُبُوا َعنِّي َو َم ْن َكت‬، ِّ‫َأبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِري‬
‫ْأ‬
ِ َّ‫ ُمتَ َع ِّمدًا فَ ْليَتَبَ َّو َم ْق َع َدهُ ِمنَ الن‬- ‫ قَا َل هَ َّما ٌم َأحْ ِسبُهُ قَا َل‬- ‫ى‬
‫‏‬.‫ار‏"‏‏‬ َ ‫فَ ْليَ ْم ُحهُ َو َح ِّدثُوا َعنِّي َوالَ َح َر َج َو َم ْن َك َذ‬
َّ َ‫ب َعل‬
19
Sahih Muslim, Kitab az-Zuhd wa ar-Raqaiq, hadis no: 3004

10
Ulum al-Hadith UFL1005

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi


wasallam bersabda: “Janganlah kalian menulis daripada ku. Sesiapa yang
menulis daripada ku selain daripada al-Quran, hendaklah dia memadamkannya.
Sampaikanlah daripada apa yang aku sampaikan, dan tidak ada dosa untuk itu.
Sesiapa yang berdusta ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah mengambil
tempatnya di neraka”.

Hadis ini menjadi hujah bagi golongan Orientalis dan Anti hadis bahawa hadis
sememangnya tidak pernah ditulis pada zaman Rasulullah SAW kerana terdapatnya larangan
daripada Baginda SAW yang berbuat demikian. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa hadis
mula dicatat dan ditulis pada zaman Imam al-Zuhri atau zaman Khalifah 'Umar ibn 'Abd
al-'Aziz20. Keterangan ini sekaligus didakwa oleh mereka membuktikan bahawa hadis bukan
merupakan sumber syariat Islam. Kalau sekiranya hadis itu adalah sumber syariat, maka
sudah pasti Rasulullah SAW tidak akan melarang para sahabat dari menulisnya.

Selain dari itu, Ignaz Goldziher mengkritik kitab-kitab himpunan hadis seperti sahih
Bukhari dengan memperkenalkan kaedah pengkritikan yang baharu terhadap hadis iaitu
pengkritikan terhadap matan hadis yang merangkumi pelbagai aspek seperti politik, sains,
budaya dan sebagainya. Hal ini kerana, menurut Goldhizer, hadis-hadis yang terdapat di
dalam sahih Bukhari tidak melalui proses penelitian dan kritikan yang menyeluruh dengan
hanya menekankan kepada aspek sanad berbanding aspek matan21. Berdasarkan kepada
penelitian Goldziher terhadap karya sahih Bukhari, hampir separuh daripada hadis di daam
sahih Bukhari yang harus ditolak yang dikategorikan sebagai tidak sahih22.

Di antara contoh hadis yang dikritik oleh beliau dalam sahih Bukhari oleh Imam
adalah23:

َ ‫ْج ِد اَأْل ْق‬


‫ص‬ ِ ‫ْج ِدي هَ َذا َو ْال َمس‬
ِ ‫ْج ِد ْال َح َر ِام َو َمس‬ ِ ‫الَ تُ َش ُّد الرِّ َحا ُل ِإالَّ ِإلَى ثَاَل ثَ ِة َم َس‬
ِ ‫اج َد َمس‬

20
Abd. Rahman, Mohd. Muhiden, “Sejarah Penulisan dan Pembukuan Hadith: Satu Sorotan”, Jurnal Usuluddin,
19 (2004), 115-138, diakses pada Jun 10, 2022.
21
Hera, Helma, “Kritik Ignaz Goldziher Dan Pembelaan Musthofa Al-Azami Terhadap Hadis Dalam Kitab
Sahih Al-Bukhari”, Jurnal Living Hadis, 5 (2020), 133-149, diakses pada Jun 10, 2022,
https://doi.org/10.14421/livinghadis.2020.2310.
22
Ibid., 142.
23
HR. al-Bukhari.

11
Ulum al-Hadith UFL1005

“Tidak dikerahkan melakukan suatu perjalanan kecuali menuju tiga Masjid, iaitu
Masjid Al-Haram (di Mekah), dan Masjidku (Masjid An-Nabawi di Madinah),
dan Masjid Al-Aqsa (di Palestin)”

Menurut Ignaz Goldziher, hadis tersebut adalah palsu dengan beranggapan bahawa
hadis tersebut mempunyai unsur dan pengaruh politik yang tertentu. Hadis ini dipalsukan
bagi menghalang umar Islam ketika itu melakukan haji di Mekah, sebaliknya menyeru untuk
melaksanakan ibadah haji di Qubbah al-Shakhrah di Palestin yang mempunyai nilai yang
setaraf dengan tawaf di Kaabah24. Usaha dan kritikan golongan orientalis ini serta
golongan-golongan yang menyeleweng yang lain terhadap kitab-kitab hadis terdahulu adalah
seiring dengan objektif mereka untuk menggugat kedudukan agama Islam dengan
menimbulkan keraguan terhadap karya hadis sahih yang telah lama diperakui kesahihannya
oleh para ulama’ hadis.

3.0 Jawapan terhadap Kritikan dan Penyelewengan

3.1 Jawapan terhadap Kedudukan Hadis dan al-Quran

Semasa hayat Rasulullah SAW, Baginda adalah yang menjadi rujukan para sahabat
dalam memahami segala ajaran al-Quran. Segala arahan, perkataan, perbuatan dan taqrir
Rasulullah SAW diterima oleh para sahabat sebagai panduan dalam kehidupan beragama dan
syariat Islam. Mereka tidak pernah mengingkari suruhan Rasulullah SAW dalam apa jua
urusan. Oleh kerana sikap mereka inilah, maka Allah SWT telah banyak sekali memuji para
sahabat melalui firman-Nya di dalam al-Quran;

َ ‫ولِٓئ‬
َ‫ك هُ ُم ْالفَٓاِئ ُزون‬ ٰ ‫يل هَّللا ِ بَِأ ْم ٰولِ ِه ْم َوَأ ْنفُ ِس ِه ْم َأ ْعظَ ُم َد َر َجةً ِع ْن َد هَّللا ِ ۚ َوُأ‬
ِ ِ‫الَّ ِذينَ َءا َمنُوا َوهَا َجرُوا َو ٰجهَدُوا فِى َسب‬

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,


dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah.
Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.” (al-Quran,
at-Taubah 9:20)

Para sahabat bukan sekadar patuh dan beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW,
bahkan merekalah yang telah menyampaikan dan mengajarkan kepada generasi yang
berikutnya setiap ajaran Sunnah SAW. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, mereka akan
sentiasa merujuk kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah dalam membuat keputusan,

24
Hera, Helma, “Kritik Ignaz Goldziher Dan Pembelaan Musthofa Al-Azami Terhadap Hadis Dalam Kitab
Sahih Al-Bukhari”, 143.

12
Ulum al-Hadith UFL1005

menetapkan hukum terhadap sesuatu permasalahan malah dalam perkara-perkara etika moral
dan akhlak. Tidak pernah timbul sebarang persoalan berkenaan percanggahan antara Sunnah
Rasulullah dengan Kitabullah. Bahkan para sahabat telahpun menunjukkan contoh betapa
perlunya merujuk kepada Sunnah Rasulullah SAW dalam menetapkan hukum. Antaranya
seperti apa yang diucapkan oleh Saidina Umar RA25:

“Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan kebenaran dan


telah menurunkan al-kitab. Di antara perkara yang telah diturunkan oleh Allah
ialah ayat rejam. Kami baca, kami pelihara dan kami faham. Apabila Rasulullah
S.A.W. merejam, kami juga akan merejam selepas ketiadaannya. Namun aku
bimbang setelah berlalu masa, akan ada yang berkata: “Kami tidak jumpa ayat
rejam dalam kitabullah (al-quran)”.

Oleh kerana kepentingan menjadikan segala perkataan, perbuatan dan taqrir dari Nabi
Muhammad SAW itu sebagai rujukan dalam memahami al-Quran, maka dengan sebab itulah
para salafussoleh telah berusaha dengan gigih untuk mengumpulkan hadis Rasulullah SAW
sehingga dapat dijadikan rujukan untuk umat Islam hingga ke hari ini. Bagaimana mungkin
ayat-ayat al-Quran dapat difahami tanpa merujuk kepada kefahaman yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW selaku penerima wahyu yang diajarkan kepadanya segala ilmu mengenai
wahyu Tuhannya? Firman Allah;

ِ ‫َوما ءآ ٰت ُك ُم الرَّسو ُل فَ ُخذوهُ َوما نَ ٰه ُكم عَنهُ فَانتَهوا ۚ َواتَّقُوا هللاَ ۖ ِإ َّن هللاَ َشدي ُد ال ِعقا‬
‫ب‬

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya”. (al-Quran, al-Hasyr 59:7)

Para ulama telah menetapkan kaedah bagi memahami al-Quran menurut hadis
Rasulullah SAW. Antara fungsi hadis terhadap al-Quran ialah sebagai taqrir, taqyid, tafshil,
takhsis dan tasyri’. Oleh yang demikian, tidak ada sebarang hadis Rasulullah SAW yang
bercanggah dengan al-Quran, malah kedua-duanya adalah bersumber dari wahyu. Hubungan
hadis dengan al-Quran adalah hubungan komplementari, bukannya hubungan kompetetif
seperti yang difahami oleh golongan-golongan yang menyeleweng. Autoriti hadis adalah
berseiringan dengan autoriti al-Quran seperti yang banyak disebutkan oleh ayat-ayat al-Quran
sendiri. Tanpa berpandukan hadis, maka tafsiran siapakah yang boleh digunapakai dalam

25
Riwayat Al-Bukhari (6830) dan Muslim (1691)

13
Ulum al-Hadith UFL1005

memahami ayat-ayat al-Quran yang bersifat umum, ayat-ayat yang mansukh, atau ayat-ayat
mutasyabihat yang tidak jelas maksudnya secara literal? Seperti firman Allah;

‫هّٰللا هّٰللا‬ ۤ
ِ ‫َّارقَةُ فَا ْقطَع ُْٓوا اَ ْي ِديَهُ َما َجزَا ۢ ًء بِ َما َك َسبَا نَ َكااًل ِّمنَ ِ ۗ َو ُ ع‬
‫َز ْي ٌز َح ِك ْي ٌم‬ ُ ‫َّار‬
ِ ‫ق َوالس‬ ِ ‫َوالس‬

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Quran, al-Maidah
5:38)

Ayat al-Quran ini tidak menyebut secara jelas di manakah had tangan yang hendak
dipotong tersebut, maka perkara itu dijelaskan melalui sebuah hadis Nabi SAW;

“Hadis diterima dari ‘Addiy bahwa Nabi saw. telah memotong tangan seorang
pencuri dari pergelangan tangannya” (al-Baihaqi, 1994: 470).

Begitulah juga dengan perintah-perintah lain seperti yang tersebut di dalam al-Quran
seperti perintah solat, zakat, haji dan sebagainya, yang diperincikan oleh hadis Nabi SAW.
Maka jelas bahawa kedudukan hadis di sisi al-Quran adalah sebagai yang memperjelaskan
kandungan itu sendiri dengan berperanan sebagai ayat-ayat al-Quran. Sesuai dengan firman
Allah;

َ‫اس َما نُ ِّز َل اِلَ ْي ِه ْم َولَ َعلَّهُ ْم يَتَفَ َّكرُوْ ن‬ َ ‫الزب ۗ ُِر َواَ ْنز َْلنَٓا اِلَ ْي‬
ِ َّ‫ك ال ِّذ ْك َر لِتُبَيِّنَ لِلن‬ ِ ‫بِ ْالبَيِّ ٰن‬
ُّ ‫ت َو‬

“(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas


nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi
panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran
yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia
akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka
memikirkannya”. (al-Quran, al-Nahl 16:44)

3.2 Jawapan terhadap Kritikan Sanad dan Matan Hadis

Berkenaan dengan hadis ‘antiwanita’ yang dinyatakan sebelum ini, apabila diteliti
hadis ini dari teks yang berbeza ia berkisar pada arahan Rasulullah SAW untuk meletakkan
sutrah atau pengadang di hadapan orang yang sedang mengerjakan solat. Matan yang lebih
panjang ialah dari riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW 26:

26
Sahih Muslim 4:1034

14
Ulum al-Hadith UFL1005

"‫ك ِم ْث ُل ُمْؤ ِخ َر ِة الرَّحْ ِل‏‬


َ ِ‫صالَةَ ْال َمرْ َأةُ َو ْال ِح َما ُر َو ْال َك ْلبُ َويَقِي َذل‬
َّ ‫‏" يَ ْقطَ ُع ال‬

“Solat akan terputus disebabkan oleh wanita, keldai dan anjing. Oleh itu,
letakkanlah penghadang (di hadapannya) sepanjang pelana haiwan
tunggangan.”

Terdapat teks lain yang menyebut secara spesifik bahawa wanita yang dimaksudkan
ialah wanita yang berada dalam keadaan haid. Ibn ‘Abbas telah meriwayatkan27:

‫‏ قَا َل‬.‫س يَقُو ُل ْال َمرْ َأةُ ْال َحاِئضُ َو ْال َك ْلبُ ‏‬ ُ ‫ قَا َل قُ ْل‬،َ‫ع َْن قَتَا َدة‬
َّ ‫ت لِ َجابِ ِر ب ِْن َز ْي ٍد َما يَ ْقطَ ُع ال‬
ٍ ‫صالَةَ قَا َل َكانَ ابْنُ َعبَّا‬
‫يَحْ يَى َرفَ َعهُ ُش ْعبَةُ‏‬

“Dari Qatadah dia berkata dan saya bertanya kepada Jabir bin Zaid, apa yang
memutuskan solat? Beliau menjawab, Ibnu Abbas telah berkata wanita haid dan
anjing. Berkata Yahya, Shu’bah berkata ini hadis marfu’.”

Apabila dibaca secara zahir, hadis ini akan menimbulkan kontroversi. Namun untuk
menilai hadis seperti ini kita perlu melihat kepada beberapa aspek yang berbeza sebelum
membuat andaian dan hukuman. Walaupun hadis tersebut ditemui di dalam kitab-kitab yang
sahih, terdapat beberapa hadis yang lebih tinggi darjatnya dan diriwayatkan oleh orang yang
paling rapat dengan Rasulullah SAW iaitu ‘Aisyah R.A memberi respon secara peribadi
terhadap hadis tersebut seperti yang direkodkan di dalam Sahih Bukhari28:

،‫ت قَ ْد َج َع ْلتُ ُمونَا ِكالَبًا‬


ْ َ‫‏ قَال‬.ُ‫صالَةَ فَقَالُوا يَ ْقطَ ُعهَا ْال َك ْلبُ َو ْال ِح َما ُر َو ْال َمرْ َأ‏ة‬
َّ ‫يَ ْقطَ ُع ال‬ ‫ َأنَّهُ ُذ ِك َر ِع ْن َدهَا َما‬،َ‫ع َْن عَاِئ َشة‬
‫ فَتَ ُكونُ لِي‬،‫ير‬ ِ ‫ َوَأنَا ُمضْ طَ ِج َعةٌ َعلَى الس َِّر‬،‫ وَِإنِّي لَبَ ْينَهُ َوبَ ْينَ ْالقِ ْبلَ ِة‬،‫صلِّي‬ َ ُ‫ـ ي‬ ُ ‫لَقَ ْد َرَأي‬
َّ ِ‫ْت النَّب‬
‫ي ـ َعلَ ْي ِه ال َّسالَ ُم‬
.‫ش ع َْن ِإ ْب َرا ِهي َم ع َِن اَأل ْس َو ِد ع َْن عَاِئ َشةَ نَحْ َو ‏هُ‏‬
ِ ‫‏ َوع َِن اَأل ْع َم‬.ً‫ال‬
‫ فََأ ْك َرهُ َأ ْن َأ ْستَ ْقبِلَهُ فََأ ْن َسلُّ ا ْن ِسالَ ‏‬،ُ‫ْال َحا َجة‬

‘Aisyah berkata: “Kamu telah menyamakan kami (wanita) dengan keldai dan
anjing. Demi Allah, sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah SAW menunaikan
solat dan aku berbaring di atas katil di antara Baginda dan kiblat (di hadapan
Baginda). Kemudian aku memerlukan sesuatu dan aku tidak suka untuk duduk
dan mengganggu Nabi SAW, lalu aku bergerak perlahan-lahan mendekati kaki
Baginda.”

Dan jika dirujuk kepada disiplin yang telah digariskan oleh Yusuf Al-Qaradawi dalam
proses pemahaman hadis29, hadis-hadis yang berkaitan sesuatu tajuk perbahasan mestilah

27
Hadis Ahmad dari musnad Bani Hasyim, Bab: Awal Musnad Abdullah bin al Abbas, no. 3071
28
Saḥīḥ al-Bukhāri, Kitab Solat, Bab: Seorang mengadap sahabatnya atau selainnya dalam salatnya, no. 511
versi Fathul Bari.
29
Yusuf al-Qaradawi, Dr.,(Penterjemah : Huda Moksin, Jawiah Dakir), (1994), Bagaimana Berinteraksi Dengan
Al-Sunnah, Angkatan Belia Islam Malaysia.

15
Ulum al-Hadith UFL1005

dikumpulkan agar isu utama perbincangan mengenainya dapat dikenalpasti dengan jelas dan
baik. Dengan ini, ia dapat mengelakkan sebarang salah faham terhadap sesebuah hadis kerana
terdapat sesetengah pihak yang hanya memahami sebahagian daripadanya tanpa merujuk
kepada maksud sebenar bagi keseluruhan hadis. Jadi, terdapat hadith lain yang lebih rajih
untuk menolak hadith-hadith yang telah disebutkan di atas30.

Apa yang berlaku terhadap terjemahan Kassim Ahmad keatas hadis yang berkaitan
hukuman sebat dan rejam keatas penzina seperti dijelaskan sebelum ini adalah kerana
berlakunya kesilapan dan kesalahan terjemahan pada lafaz ‫ ال يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه‬sehingga
perkataan ‫ يوطئن‬diterjemah sebagai meniduri. Perkataan ini adalah dari kata dasar ‫ َوطََأ‬yang
bukanlah hanya bermaksud persetubuhan. Ia juga bermaksud “menyediakan tempat atau
memudahkan tempat untuk seseorang memijak, melangkah masuk dan tinggal”. Justeru,
maksud sebenar bagi lafaz ini ialah “jangan isteri kamu membenarkan seseorang yang kamu
tidak sukai masuk ke rumah kamu31”.

Jelas dari kenyataan ini bahawa penguasaan bahasa Arab sangat penting untuk
memahami teks hadis yang benar jika tidak kemungkinan untuk seseorang itu menolak
kesahihan atau berhadapan dengan kemusykilan dalam memahami-memahami hadis sehingga
menyangka bahawa terdapat hadis yang mencanggahi hadis atau dalil yang lain.

Berkenaan dengan salah faham hadis yang seolah-oleh merendahkan martabat wanita
dan isteri, terdapat periwayatan lain yang sama dengan hadis tersebut yang lebih panjang
yang menyampaikan maksud sebenar hadis itu. Kita perlu melihat asbab al-Wurud hadis
tersebut dan juga pada hadis lain yang menggariskan prinsip Islam yang benar. Hadis yang
menerangkan tentang perkara ini ialah dari Sunan Abu Dawud, yang disahihkan oleh
al-Hakim dan al-Albani32:

‫ق َأ ْن يُ ْس َج َد لَهُ قَا َل‬ ُّ ‫ت َرسُو ُل هَّللا ِ َأ َح‬ ُ ‫ان لَهُ ْم فَقُ ْل‬
ٍ َ‫ْت ْال ِحي َرةَ فَ َرَأ ْيتُهُ ْم يَ ْس ُج ُدونَ لِ َمرْ ُزب‬
ُ ‫ قَا َل َأتَي‬،‫ْس ب ِْن َس ْع ٍد‬ ِ ‫ع َْن قَي‬
ِ ‫ان لَهُ ْم فََأ ْنتَ يَا َرسُو َل هَّللا‬ ٍ َ‫ْت ْال ِحي َرةَ فَ َرَأ ْيتُهُ ْم يَ ْس ُج ُدونَ لِ َمرْ ُزب‬
ُ ‫ت ِإنِّي َأتَي‬ ُ ‫ي صلى هللا عليه وسلم فَقُ ْل‬ ُ ‫فََأتَي‬
َّ ِ‫ْت النَّب‬
‫ت‬ ُ ‫‏ قَا َل‏"‏ فَالَ تَ ْف َعلُوا لَوْ ُك ْن‬.‫ت الَ‏‬ ُ ‫‏ قَا َل قُ ْل‬.‫‏ قَا َل ‏"‏ َأ َرَأيْتَ لَوْ َم َررْ تَ بِقَب ِْري َأ ُك ْنتَ تَ ْس ُج ُد لَهُ‏"‏‏‬.‫ك ‏‬ َ َ‫ق َأ ْن نَ ْس ُج َد ل‬ُّ ‫َأ َح‬
ِّ ‫اج ِه َّن لِ َما َج َع َل هَّللا ُ لَهُ ْم َعلَ ْي ِه َّن ِمنَ ْال َح‬
‫‏‬.‫ق‏"‏‏‬ ِ ‫ت النِّ َسا َء َأ ْن يَ ْس ُج ْدنَ َأل ْز َو‬
ُ ْ‫آ ِمرًا َأ َحدًا َأ ْن يَ ْس ُج َد َأل َح ٍد َأل َمر‬

“Berkata Qays ibnu Saad, Aku pergi ke al-Hirah dan melihat mereka (orang
ramai) sujud di hadapan pembesar mereka, maka aku berkata: Rasulullah SAW

30
Ibrahim, Norhasnira, Hamisan@Khair, Nur Saadah, Yabi, Shumsudin, “Analisis Terhadap Hadith Tentang
Penyamatarafan Wanita dan Haiwan: Ulasan Dan Kritikan”, Journal of Hadith Studies 3 (2018), 10-18, diakses
pada Jun 8, 2022, DOI: https://doi.org/10.33102/johs.v3i1.28.
31
Muhammad Rozaimi Ramle, “Metolologi Memahami Hadis”, 2021 Universiti Pendidikan Sultan Idris.
32
Sunan Abu Daud, no 2140.

16
Ulum al-Hadith UFL1005

paling berhak disujud kepadanya. Ketika aku datang kepada Nabi SAW , aku
berkata: “Aku pergi ke al-Hirah dan melihat mereka bersujud di hadapan
pemimpin mereka, tetapi engkau berhak, wahai Rasulullah, untuk menyuruh
(orang) sujud kepadamu”. Rasulullah SAW bersabda, “ Katakan kepadaku, jika
kamu melewati kuburku, adakah kamu akan sujud kepadanya?” Saya berkata:
Tidak. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jangan berbuat demikian.
Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang
lain, niscaya aku akan memerintahkan wanita untuk bersujud kepada suaminya,
karena hak istimewa yang diberikan Allah kepada para suami”.

Melalui hadis ini dan melihat pada asbab al-Wurud, jelas bahawa Rasulullah SAW
tidak bermaksud isteri perlu memberi penghormatan yang melampau pada suami, dan tidak
ada siapapun yang boleh sujud kepada yang lain hatta kepada Nabi Muhammad SAW sendiri.
Hanyasanya Rasulullah SAW memberi gambaran isteri sujud pada suami itu kerana
membayangkan banyaknya tanggungjawab suami kepada isteri dan keluarga yang perlu
dipikul dan cara isteri membalas ialah juga memenuhi tanggungjawab mereka kepada
kekuarga seperti yang digariskan oleh al-Quran dan hadith lain33.

Oleh itu, pentafsiran dan pemahaman sesebuah hadis itu haruslah diteliti secara
menyeluruh bermula dari sudut matannya, kefahaman bahasa dan juga asbab wurud hadis
tersebut. Tidak wajar seseorang itu menilai suatu petikan hadis yang diterimanya tanpa
diselidiki matan penuhnya, serta tafsiran-tafsiran para ulama’. Kesalahfahaman kelompok
menyeleweng ini adalah disebabkan kejahilan mereka sendiri di dalam memahami satu-satu
hadis dan menafsirkannya mengikut nafsu dan kehendak sendiri.

3.3 Jawapan terhadap Kesahihan Hadis

Penekanan terhadap sanad dan riwayat sesebuah hadis belum berlaku pada zaman
Rasulullah SAW dan para Sahabat RA atas dasar keimanan dan kepercayaan sesama mereka.
Namun, ketika mana berlakunya fitnah dalam kalangan umat Islam khususnya selepas
kematian Saidina Uthman RA, para sahabat mula menitikberatkan perihal riwayat dan
berhati-hati dalam memilih sesebuah hadis yang disampaikan. Mereka mengharuskan dan
menuntut kesinambungan sanad di dalam setiap periwayatan secara sempurna. Usaha
berhati-hati ini diwarisi oleh para tabi’ tabi’in malah sehingga kepada para ulama’ hadis di

33
Moh. Quraish Shihab. “Islam yang Disalahpahami”, Lentera Hati, 2018.

17
Ulum al-Hadith UFL1005

dalam usaha mereka mengumpulkan hadis Rasulullah SAW. Hal ini ditegaskan oleh Ibn Sirin
yang bermaksud34:

“Mereka (para sahabat dan tabi’in) belum pernah bertanyakan tentang “isnad”,
tetapi apabila berlakunya fitnah di kalangan umat Islam, mereka berkata:
“Hendaklah kalian nyatakan kepada kami para perawi kalian. (Lihatlah)
seandainya periwayat-periwayat terdiri dari golongan Ahli al-Sunnah maka hadis
mereka diterima dan (lihatlah) seandainya perawi-perawi terdiri dari golongan
ahli Bid’ah, maka hadis mereka ditolak ”

al-Imam al-Hakim juga mengatakan yang bermaksud35:

"Jika tidak kerana isnad dan kemahuan kumpulan ini (ulama hadis) terhadapnya
(isnad) dan usaha yang berterusan untuk memeliharanya, maka sumber
ketinggian Islam ini akan dipelajari oleh para ahli ilhad sehingga memungkinkan
mereka untuk melakukan pemalsuan terhadap hadis dan menukarkan sanad".

Justeru, hujah dan teori Kassim Ahmad serta golongan yang menyeleweng yang
dinyatakan sebelum ini dapatlah disangkal. Ketelitian dan ketekunan para ulama’ hadis dalam
menghimpunkan hadis-hadis Rasulullah SAW merupakan satu warisan ilmu sejak zaman para
Sahabat RA yang menitikberatkan sumber dan ketulenan sesebuah hadis yang diriwayatkan.
Cabang ilmu al-jarh wa al-ta’dil juga merupakan sebuah gudang ilmu yang mengkaji dan
mengkritik satu-satu perawi di dalam penentuan dan penerimaan sesebuah hadis. Penerimaan
sesebuah hadis bukanlah satu kerja yang mudah yang boleh dilakukan secara semberono.
Oleh itu, tidak wajar untuk mereka menolak hadis Rasulullah SAW secara keseluruhannya,
kerana para ulama’ telah berkurun lamanya mengkaji, memilih dan menapis hadis-hadis yang
sempurna galur dan sanadnya sehingga kepada Baginda SAW.

Begitu juga dengan kedudukan hadis palsu dan hadis Ahad. Para ulama’ telah
bertungkus lumus untuk membersihkan setiap hadis-hadis palsu dan sepakat menolak
kehujahan hadis tersebut sebagai sumber hukum. Hadis Ahad pula mempunyai kedudukan
yang istimewa di dalam Islam. Para ulama’ juga telah menyediakan garis panduan yang
khusus di dalam penerimaan satu-satu hadis Ahad. Bukan semua hadis Ahad boleh ditolak
dan begitu juga sebaliknya. Malah, jika keseluruhan hadis Ahad ditolak dan hanya

34
Nasir, Mohd Norzi, et.al., “Metode Kassim Ahmad Dalam Kajian Hadis: Satu Penilaian Dalam Timbangan
Metode Ilmiah Ulama Hadis”, HADIS: Jurnal Ilmiah Berwasit Tahun keenam 11 (2016), 49-69, diakses pada
Jun 10,2022.
35
Ibid., 60.

18
Ulum al-Hadith UFL1005

berpandukan kepada hadis Mutawatir semata-mata, terlalu banyak persoalan agama yang
tidak dapat dirungkaikan dan dijelaskan. Oleh itu, sesebuah hadis Ahad itu boleh diterima
dan diguna pakai jika menepati syarat-syarat yang tertentu yang telah ditetapkan oleh para
ulama’ hadis. Sebagaimana hadis Ahad, hadis-hadis daif juga boleh digunakan dan diterima
dalam Islam selagi mana ianya melepasi garis panduan dan syarat yang telah ditetapkan oleh
para ulama’.

3.4 Jawapan terhadap Kritikan Pengumpulan Hadis oleh Ulama’ Hadis

Bagi menghapuskan kekeliruan ini dan menolak tafsiran-tafsiran menyeleweng


terhadap maksud sebenar hadith yang pada zahirnya melarang umat Islam menulis dan
membukukan hadis, beberapa ulama cuba berusaha menyatu dan menyesuaikan hadis-hadis
tersebut agar kesemuanya boleh diterima pakai. Berkaitan dengan larangan penulisan hadis
oleh Rasulullah SAW, larangan tersebut adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran di
antara wahyu al-Quran dan hadis. Larangan tersebut juga ditujukan khas kepada para Sahabat
RA yang kuat hafalannya. Ini bertujuan untuk menggalakkan mereka yang kuat hafalannya
supaya terus bergantung kepada hafalan mereka tanpa perlu bergantung kepada apa-apa
tulisan. Justeru, larangan penulisan ini adalah bersifat khusus kepada keadaan tertentu sahaja
terutamanya pada zaman awal kedatangan Islam. Antara bukti penulisan hadis pada zaman
Rasulullah SAW dapat dilihat menerusi hadis dari Abu Hurairah RA 36:

‫ فإنه‬، ‫ إال ما كان من عبد هللا بن عمرو‬، ‫ما من أصحاب النبي صلى هللا عليه وسلم أحد أكثر حديثا عنه مني‬
‫كان يكتب وال أكتب‬

“Tidak ada seorang sahabat pun yang lebih banyak hadisnya daripadaku
melainkan dari ‘Abdullah bin ‘Amru. Sesungguhnya ia menulis dan aku tidak
menulis.”

Sejarah perkembangan ilmu hadis telah membuktikan penulisan dan pembukuan hadis
telah berlaku sejak zaman para Sahabat RA. Dengan metodologi yang tertentu yang telah
ditetapkan, hadis-hadis yang diterima tidak sewenang-wenangnya diriwayatkan. Sebaliknya,
kajian terhadap aspek matan, kesinambungan sanad, sifat dan sikap perawi dan lain-lain
diambil perhatian dan penelitian sebelum sesebuah hadis itu diterima atau ditolak. Jumhur
ulama’ sepakat menerima karya sahih Bukhari dan sahih Muslim adalah diantara karya
teragung yang menghimpunkan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.

36
Bukhari. Kitab al-‘Ilm. Bab Kitabah al-‘Ilm.. No. hadis 110

19
Ulum al-Hadith UFL1005

Hal ini kerana para ulama’ hadis khususnya imam al-Bukhari meletakkan syarat yang
ketat dan teliti sebelum memuatkan hadis tersebut di dalam karya beliau. Beliau
mengaplikasikan syarat thubut al-liqa' (sabit pertemuan) terhadap semua perawi bagi
memastikan kesinambungan di setiap sanad. Jika satu-satu periwayatan didapati tidak
menepati syarat thubut al-liqa', maka sanad berkenaan diketepikan dan dikira ada
kemungkinan terputus37. Telah berkata Ishak bin Rahawaih RA38:

“Wahai sekalian ashab hadith, lihatlah pada pemuda ini dan tulislah (hadis)
daripadanya, sesungguhnya jika dia pada zaman Hasan bin Abi al-Hasan
al-Basri sudah tentu manusia berhajat pada ilmu hadis dan fiqhnya”.

Justeru itu, dapatlah disangkal kritikan terhadap penulisan hadis oleh


golongan-golongan yang menolak hadis. Syarat dan metodologi yang tertentu dan ketat yang
diterapkan oleh ulama’ hadis menjadi benteng kepada pemilihan sesebuah hadis. Hanya hadis
yang benar-benar pasti kesahihannya dari seluruh aspek yang akan diterima dan dimuatkan di
dalam karya hadis mereka. Tambahan pula, cabang kritikan hadis yang dilakukan oleh ulama’
hadis mutaakhirin menambahkan lagi kekuatan, kedudukan serta keautoritian kitab-kitab
hadis yang wujud pada hari ini.

4.0 Kesimpulan

Para ulama Islam bersepakat bahawa hadis sahih adalah hujah yang wajib diterima.
Tunduk kepada hadis merupakan sikap kepatuhan kepada perintah dan larangan Rasulullah
SAW. Sebaliknya menolak hadis tanpa sebab yang munasabah merupakan salah satu
kemaksiatan kepada Baginda. Imam Ibn Hazm berkata:

“Tidak berselisih dua orang Muslim pun bahawa apa-apa yang sahih berasal
daripada ucapan Rasulullah SAW, maka ia wajib diikuti dan ia merupakan
penafsiran bagi kehendak Allah di dalam Al Quran.”

Akan tetapi sering kali berlaku khilaf dalam memahami dan mentafsirkan kandungan
hukum yang terdapat dalam hadis. Para ahli hadis berbeza pandangan dalam penafsiran

37
Soroni, Dr Mohd Khafidz, “Kitab Al-Bukhari paling sahih selepas al-Quran”, Harian Metro, diakses pada Jun
11, 2022, https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/681379/kitab-al-bukhari-paling-sahih-selepas-al-quran.
38
Ahmad Ayoup, Muhammad Mushfique, “Irsyad Al-Hadith Siri Ke-128: Imam Al-Bukhari dan Sahihnya”,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, diakses pada Jun 11, 2022,
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1454-irsyad-al-hadith-siri-ke-128-imam-al-bukhari-dan-sahih
nya-2.

20
Ulum al-Hadith UFL1005

namun imam-imam hadis telah membuktikan pengumpulan-pengumpulan hadis dengan


metodologi yang ketat dalam kaedah pengumpulan hadis telah berjaya memelihara sumber
hukum islam yang kedua ini sehingga ke hari ini.

Kritikan atau penyelewengan terhadap hadis dalam kalangan kelompok yang menyeleweng
seperti anti hadis, orientalis, liberal dan sebagainya pada hakikatnya tidak berasas dan tidak
kukuh. Hujah yang dilakukan oleh mereka adalah sebuah usaha semborono yang gagal
memahami dan mendalami ilmu hadis secara keseluruhannya. Mereka sentiasa berusaha
menyuntik doktrin dan sentimen agar dapat menimbulkan keraguan terhadap ajaran Islam,
dengan menafikan keagungan dan kedudukan hadis dan al-Quran sebagai sumber hukum
Islam yang utama.

5.0 Rujukan

A. H. Usman, R. Wazir. “The Fabricated Hadith: Islamic Ethics and Guidelines of Hadith
Dispersion in Social Media”. The Turkish Online Journal of Design, Art and Communication
- TOJDAC, 8 (2018), 804-808. Diakses pada Jun 3, 2022. DOI:10.7456/1080SSE/114.

Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah
Salleh, Azman Abdul Rahman. “ Golongan Anti Hadis: Isu dan Cabaran”, Conference: 1st
Inhad Muzakarah And Muktamar On Hadith (IMAM 2016). Diakses pada Jun 8, 2022.

Adis Duderija. "A Paradigm Shift in Assessing/Evaluating the Value and Significance of
Hadīth in Islamic Thought: From'ulūmu-l-isnād/rijāl to'usūlu-l-fiqh." Arab Law Quarterly 23,
2 (2009): 195-206.

Adis Duderija. "Evolution in the Canonical Sunni Hadith Body of Literature and the Concept
of an Authentic Hadith During the Formative Period of Islamic ought as Based on Recent
Western Scholarship." Arab Law Quarterly 23, 4 (2009): 389-415.

Dr Mohd Khafidz Soroni. “Kitab Al-Bukhari paling sahih selepas al-Quran”. Harian Metro.
Diakses pada Jun 11, 2022.
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/03/681379/kitab-al-bukhari-paling-sahih-selepas-al-
quran.

Dr. Yusuf al-Qaradawi. Diterjemah oleh Huda Moksin, Jawiah Dakir. Bagaimana Berinteraksi
Dengan Al-Sunnah, Angkatan Belia Islam Malaysia, 1994.

21
Ulum al-Hadith UFL1005

Fatima Mernissi. “The veil and the male elite: a feminist interpretation of women's rights in
Islam”. Mass Cambridge: Perseus Books , 1991.

Helma Hera. “Kritik Ignaz Goldziher Dan Pembelaan Musthofa Al-Azami Terhadap Hadis
Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari”. Jurnal Living Hadis, 5 (2020), 133-149. Diakses pada Jun
10, 2022. https://doi.org/10.14421/livinghadis.2020.2310.

Ismail Yusuff, Muhd. Najib Abdul Kadir, Jaffary Awang, Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul
Majid, Fadlan Mohd. Othman, Aizuddin Hakim Mohd Yusof, Siti Yuhanaza Hasbullah.
“Persepsi dan Penghujahan Islam Liberal Terhadap Kedudukan Al-Hadith”. SUNNAH
NABI: Realiti dan Cabaran Semasa (Kuala Lumpur, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, 2011).

Junaid Junaid. “Ingkar Sunnah dalam Sorotan Imam Syafi’i”, Al-Din Jurnal Dakwah dan
Sosial Keagamaan, 4 (2018), 1-12. Diakses pada Jun 10, 2022. DOI :
10.35673/ajdsk.v4i1.618.

Kassim Ahmad. “ Hadis: Satu Penilian Semula #24 - Bab V: Kesimpulan: Kembali Kepada
Ajaran Nabi Muhammad Yang Asal - Quran”. Diakses pada Jun 8, 2022.
http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/.

M. Quraish Shihab. “Islam yang Disalahpahami”, Lentera Hati, 2018.

Mohd. Muhiden Abd. Rahman. “Sejarah Penulisan dan Pembukuan Hadith: Satu Sorotan”,
Jurnal Usuluddin, 19 (2004), 115-138. Diakses pada Jun 10, 2022.

Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah
Salleh, Azman Abdul Rahman. “Metode Kassim Ahmad Dalam Kajian Hadis: Satu Penilaian
Dalam Timbangan Metode Ilmiah Ulama Hadis”, HADIS: Jurnal Ilmiah Berwasit Tahun
keenam 11 (2016), 49-69. Diakses pada Jun 10,2022.

Muhammad Mushfique Ahmad Ayoup. “Irsyad Al-Hadith Siri Ke-128: Imam Al-Bukhari dan
Sahihnya”. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Diakses pada Jun 11, 2022,
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1454-irsyad-al-hadith-siri-ke-128-imam-al
-bukhari-dan-sahihnya-2.

Norhasnira Ibrahim, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shumsudin Yabi. “Analisis Terhadap


Hadith Tentang Penyamatarafan Wanita dan Haiwan: Ulasan Dan Kritikan”. Journal of
Hadith Studies 3 (2018), 10-18. Diakses pada Jun 8, 2022. DOI:
https://doi.org/10.33102/johs.v3i1.28.

22
Ulum al-Hadith UFL1005

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Kamil Abd Majid, Ruzman Mohd Nor, Nor Hayati
Mohd Dahlal. “Pengaruh Orientalism Dalam Gerakan Anti Hadis Di Malaysia: Analisis
Kritikal”, SUNNAH NABI: Realiti dan Cabaran Semasa (Kuala Lumpur, Jabatan al-Quran
dan al-Hadith, 2011).

Riffat Hassan. “Challenging the Stereotypes of Fundamentalism: An Islamic Feminist


Perspective”. The Muslim World, 91 (2001), 55-70. Diakses pada Jun 3, 2022.
https://doi.org/10.1111/j.1478-1913.2001.tb03707.x

Rosni Wazir, Abdul Mukti Baharudin, Zaidul Amin Suffian Ahmad, Mohd Norzi Nasir, Nor
Asyikin Hasan Adali. “Analisis Pemahaman Golongan Antihadis Di Malaysia Terhadap
Hadith”. Conference: 1st Inhad Muzakarah And Muktamar On Hadith (IMAM 2016).
Diakses pada Jun 9, 2022.

Sheikh Ahmad Kutty. “What Is the Significance of Hadith in Islam?”, Islam Online. Diakses
pada Jun 3, 2022. https://islamonline.net/en/what-is-the-significance-of-hadith-in-islam/.

Suriani Sudi, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Mohd Norzi Nasir, Sakinah Salleh, Zanariah
Ismail, Azman Abdul Rahman. “Kritikan Sanad Hadis: Pembetulan Fakta Dari Hujah Anti
Hadis”. Conference: Proceeding Seminar Antarabangsa Penyelidikan Sirah Nabawi Dan
Pemikiran (ISRA 2017). Diakses pada Jun 9, 2022.

Vishanoff, David R. The Formation of Islamic Hermeneutics: How Sunni Legal Theorists
Imagined a Revealed Law. New Haven, CT: American Oriental Society, 2011.

Zati Nazifah Abdul Rahim, Nur Syahirah Bt Mohd Wazir, Siti Baizura Bt Solihan, Nur
Natasya Nabilla Bt Rosman. “Kritikan Goldziher Terhadap Riwayat Abu Hurairah: Analisis
Terhadap Hadith Anjing Tanaman”. Journal of Hadith Studies, 2 (2017), 20-24. Diakses pada
Jun 10, 2022.

23

Anda mungkin juga menyukai