Anda di halaman 1dari 6

PENILAIAN SUMATIF DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN SYARIAH

PENILAIAN SUMATIF DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN

SOALAN BUKU TERBUKA

UFK521 / UFL521

UFL1005 : ULUM AL-HADITH

TARIKH : 11 JUN 2022 MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI (4 JAM)

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

2. Calon dikehendaki menjawab secara bersendirian.

2.1. Calon dikehendaki menjawab semua soalan berikut dalam bentuk bertulis / bertaip
yang maksimum panjangnya 1,000 patah perkataan.

3. Calon dikehendaki menulis tajuk fail seperti berikut: PS1-UFL2003-


Matrik. Contohnya: PS1-UFL2003-UFL190091.

4. Calon dikehendaki memuat naik jawapan melalui UMSelf atau emelkan jawapan ke
farhan@umcced.edu.my

5. Calon dikehendaki menulis tajuk e-mel seperti berikut: PS1-UFL2003-Matrik.


Contohnya: PS1-UFL2003-UFL190091.

6. Calon dikehendaki memuat naik emelkan jawapan pada: 11 JUN 2022 sebelum jam
11.59 pagi.

7. Pelajar juga tidak dibenarkan MENIRU ATAU PLAGIAT sama ada melalui kawan, slaid,
buku atau carian web dan sebagainya. Penalti akan dikenakan sekiranya pelajar
didapati terlibat dalam plagiarisme.

(Kertas soalan ini mengandungi dua (2) Bahagian, Bahagian A dan Bahagian B dalam
dua (2) halaman bercetak)
2

UFL1005
ULUM AL-HADITH

NAMA PELAJAR: AHMAD SAFAIQ KHALIFA BIN MOHD AFENDI


NO. PELAJAR: UFK210080
KURSUS: UFK521 PENGAJIAN SYARIAH

Arahan : Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A

Soalan 1

Nyatakan pembahagian kelompok anti hadith dan aspek kecenderungannya.

Jawapan
Kelompok anti hadith boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan
kecenderungan atau agenda mereka dalam menyerang kredibiliti dan autoriti hadith. Antara
kelompok yang kuat menyerang hadith ialah kelompok “Quranist”, kelompok Orientalis,
kelompok Ahli Kitab, dan kelompok Liberal-Fasiq.

Bagi kelompok Quranist, mereka kuat menyerang auotriti hadith atas beberapa alasan yang
dangkal dan melemahkan dakwaan mereka sendiri yang kononnya kuat berpegang kepada al-
Quran. Ini kerana, jelas al-Quran mengarahkan untuk menerima sunnah dan hadith Rasulullah
SAW. Namun mereke menentang hadith kerana kedangkalan mereka sendiri dalam ilmu hadith,
dan kehendak mereka untuk bebas menafsirkan al-Quran itu supaya menepati cita rasa
mereka.

Kelompok Orientalis pula menyerang hadith dengan tujuan untuk memperlihatkan bahawa
Islam, seperti agama-agama lain, bukanlah hasil dari wahyu Tuhan, akan tetapi hanyalah
produk sosio-budaya yang dicipta oleh manusia, untuk itu, hadith tidaklah perlu diikuti secara
dogmatik oleh manusia yang waras. Jika Orientalis itu juga merupakan seorang athies, maka
kecenderungannya menolak hadith juga didorong oleh sikap anti agamanya secara umum.

Kelompok Ahli Kitab cenderung untuk mengkritik hadith kerana agenda mereka untuk
membuktikan bahawa agama Islam bukanlah agama yang sebenar, direka oleh Nabi
Muhammad SAW yang mereka anggap sebagai nabi palsu dan pelbagai label lain yang mereka
gemar gunakan untuk menyerang Nabi Muhammad dan agama Islam, bagi mengangkat ajaran
agama mereka sendiri. Mereka gemar memutar belitkan fakta berkenaan hadith untuk
memenuhi agenda mereka.

Kelompok Liberal-Fasiq pula menentang hadith kerana mereka menganggap hadith sebagai
wacana yang bertentangan dengan ideologi mereka yang telah jauh tersasar dari ajaran Islam.
Mereka menyerang hadith-hadith yang dilihat sebagai bersifat patriaki, menentang
kesamarataan jantina (feminis), menghalang kebebasan berbuat dosa yang mereka labelkan
sebagai hak asasi manusia, agenda LGBT dan sekularisme.

(5 markah)
3

Soalan 2

Jelaskan bentuk kehujahan hadith dari segi thubut dan dalalah.

Jawapan
Kehujahan sumber-sumber hukum seperti al-Quran dan hadith boleh dibahagikan kepada
empat kategori dari segi tsubut dan dalalah yang bergantung kepada kejelasan sumber tersebut
iaitu sama ada ia qat’i atau zhanni. Maka kehujahan suatu sumber terbahagi kepada Qat’i
Tsubut, Qat’i Dalalah, Zhanni Tsubut dan Zhanni Dalalah. Tsubut boleh ditakrifkan sebagai
sumber manakala dalalah ialah petunjuk.

Kehujahan hadith dari segi tsubut dan dalalah dibahagikan mengikut keadaan sama ada ia qat’i
iaitu pasti dan jelas atau ia zhanni iaitu samar, masih ada keraguan, tidak jelas. Hadith mutawatir
adalah tergolong dalam qat’i tsubut, seperti mana al-Quran. Iaitu kehujahan hadis mutawatir
sebagai sumber hukum adalah jelas dan tidak boleh diragui atau ditolak. Namun dari aspek
dalalah pula, ia bergantung kepada intipatinya sama ada ia qat’i tsubut wa dalalah (jelas sumber
dan petunjuk) atau qat’i tsubut wa zhanni dalalah (jelas sumber namun petunjuk samar)

Di sisi yang lain, kehujahan hadith ahad sebagai sumber pula adalah bersifat zhanni tsubut,
iaitu boleh berlaku perbezaan hujah dan pendapat padanya. Dari aspek dalalahnya pula, ia
boleh menjadi zhanni tsubut wa dalalah (samar sumber dan petunjuk) atau zhanni tsubut wa
qat’i dalalah (samar sumber tetapi jelas petunjuk).

(5 markah)
Soalan 3

Huraikan keutamaan hadith dalam Islam berserta dalil.

Jawapan
Hadith atau Sunnah Rasulullah SAW adalah sumber utama bersama dengan al-Quran dalam
pensyariatan Islam. Ia adalah sumber kedua yang thabit selepas Kitabullah dalam menetapkan
hukum syarak. Kedudukannya telah ditetapkan dengan jelas melalui banyak firman Allah Azza
Wa Jalla dan melalui hadith-hadith Nabi sendiri. Barangsiapa yang menolak hadith maka
sesungguhnya dia telah menolak al-Quran itu sendiri, dan telah ingkar akan perintah Allah untuk
mentaati Rasulullah SAW. Firman Allah SWT;

“Barang siapa yang taat kepada Rasul, maka sungguh dia telah taat kepada Allah.” (QS. An-
Nisa ayat 80).

Allah SWT telah mewajibkan umat Islam untuk mentaati Rasulullah SAW. Maka adalah wajib
hukumnya bagi setiap umat Islam untuk menerima hadith-hadith Nabi SAW, beramal
dengannya, berhukum dengannya dan haram serta berdosa apabila menolak atau
mendustakannya.

Betapa tingginya keutamaan hadith dalam Islam adalah nyata dengan peranannya yang
sangat penting dalam memahami segala isi kandungan al-Quran. Peranan hadith antaranya
ialah untuk menjelaskan hukum yang disebutkan hanya secara umum di dalam al-Quran.
Kebanyakan perintah-perintah yang disebutkan oleh Allah Azza Wa Jalla di dalam al-Quan
adalah berbentuk umum seperti perintah solat, zakat, haji dan lain-lain. Perincian terhadap
kaedah perlaksanaan perintah-perintah tersebut hanya boleh didapati melalui hadits-hadits
Nabi SAW kerana itulah antara tugas yang dipikul oleh Baginda SAW, sebagaimana firman
Allah;

“(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang
membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami
4

pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya
engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka,
dan supaya mereka memikirkannya”. (al-Quran, al-Nahl 16:44)

Seterusnya keutamaan hadith yang lain ialah ia sebagai yang membataskan hukum yang
dinyatakan secara mutlak di dalam al-Quran, mengkhususkan yang umum, ,emjelaskan yang
samar, menguatkan ayat-ayat al-Quran dan menetapkan hukum yang didiamkan oleh al-
Quran.

Dalil-dalil daripada hadith juga jelas menunjukkan keutamaan hadith, hadith nabi yang
menyebut bahawa tidak akan sesat orang yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah;

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu
berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi
SAW).”

Selain itu, Rasulullah SAW juga menjamin bahawa sesiapa yang mentaatinya akan masuk ke
syurga dan sesiapa yang enggan, yakni yang menderhakai Nabi, maka tidak akan masuk
syurga.

Seterusnya, dalil dari Ijmak yakni kesepakatan umat Islam bahawa adalah wajib berpegang
dengan sunnah Rasulullah SAW. Ia telah diterima oleh sekelian para sahabat, tabien, tabiit
tabien hingga kepada umat Islam hari ini bahawa hadith adalah sumber syariat selepas al-
Quran.

“Apabila kamu dapati dalam kitabku sesuatu yang menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W. maka
hendaklah kamu Mengikuti apa yang dikatakan dengan sunnah Rasulullah S.A.W. dan
tinggalkanlah perkataanku.” (Imam al-Syafi’e)

(10 markah)

BAHAGIAN B

Soalan 1

Berdasarkan kefahaman anda terhadap kaedah Ulum al-Hadith, bincangkan bagaimana satu-
satu hadith boleh tertolak atau menjadi lemah?

Jawapan
Hadith yang tertolak iaitu mardud atau menjadi lemah iaitu hadith dhaif adalah bermaksud
mana-mana hadith yang gugur salah satu atau lebih syarat hadith sahih dan juga syarat hadith
hasan. Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani, hadith dhaif ialah hadith yang tidak memenuhi ciri-ciri
hadith maqbul, yakni hadith yang diterima. Namun begitu, tidaklah bermaksud hadith dhaif itu
ditolak secara total, ia hanya dikategorikan dhaif kerana tidak memenuhi syarat hadith maqbul.

Antara faktor satu-satu hadith itu menjadi lemah ialah terdapat illah, iaitu kecacatan, sama
ada kecacatan itu ialah pada dhabit, yakni perawi yang kuat dan sempurna hafalannya, atau
kecacatan pada ‘adalah, yakni yang dimaksudkan dengan sifat adil pada perawi-perawi.
Kecacatan pada dhabit tersebut merangkumi beberapa perkara, iaitu menyalahi hadith lain
yang diriwayatkan oleh para thiqat, sama ada ia adalah suatu yang syaz yakni yang
bertentangan dengan perawi yang lebih thiqah, atau ia munkar dan sebagainya. Seterusnya
ia menjadi lemah sekiranya ia mengandungi banyak kesamaran dan kesalahan, terdapat
kelalaian atau juga ‘su-ul hafz’ yakni buruk hafalan.
5

Kecacatan pada ‘adalah pula ialah sekiranya didapati pada mana-mana perawi ada perkara-
perkara yang menjejakan sifat ‘adil. Perkara-perkara tersebut telah disenaraikan oleh para
ulama hadith sebagai berdusta, tertuduh berdusta, fasiq, ahli bid’ah, dan akhir sekali, jahalah.
Jahalah itu pula terbahagi kepada dua, iatu majhul dan mubham. Majhul bererti terdapat
perawi yang tidak diketahui namanya, atau diketahui namanya, namun karekternya tidak
diketahui. Mubham pula ialah apabila terdapat perawi yang tidak jelas namanya disebutkan
atau disebut dengan nisbah atau kuniyah atau disebut sekadar si fulan atau rijal (seorang
lelaki).

Seterusnya, faktor yang menjadikan satu-satu hadis itu dhaif ialah gugur pada sanadnya
seorang atau sebilangan perawi. Keguguran sanad ini boleh terjadi sama ada secara zahir
iaitu secara terang-terangan atau secara tersembunyi.

(10 markah)

Soalan 2

Bincangkan isu penyebaran berita palsu ketika pandemik Covid-19 dengan mengaplikasikan
ilmu hadith yang bersesuaian untuk menanganinya.

Jawapan
Semasa negara sedang gempar dilanda pandemik Covid-19 yang banyak mengorbankan
nyawa, ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab telah menangguk di air keruh dengan
menyebarkan maklumat-maklumat dan berita palsu mengelirukan orang ramai. Tidakan
tersebut telah mengakibatkan keadaan menjadi agak tidak terkawal dengan orang ramai
menjadi panik dan mengambil tindakan yang memburukkan lagi keadaan.

Antara berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui media sosial dan aplikasi seperti
Whatsapp adalah kononnya ada beberapa orang murid sekolah telah meninggal dunia akibat
disuntik vaksin yang diberikan oleh pihak kerajaan. Perkara ini telah menimbulkan ketakutan
di kalangan orang ramai dan pihak berkuasa telah mengambil tindakan.

Dengan mengaplikasikan ilmu hadith yang bersesuaian, fenomena penyebaran berita palsu
boleh dielakkan, dan kesan penyebaran tersebut juga akan mampu dikawal dengan lebih baik.
Antara kaedah ilmu hadith yang boleh diaplikasikan ialah kaedah mengkategorikan sumber
berita tersebut. Seperti mana sumber hadis dikategorikan tsubut qat’i dan tsubut zhanni,
sumber maklumat berkenaan Covid-19 juga boleh diklasifikasikan mengikut autoriti yang
sepadan. Contohnya jika ia bersumber dari Majlis Keselamatan Negara, Kementerian
Kesihatan Malaysia atau Ketua Pengarah Kesihatan, maka sumber ini adalah harus diterima
keabsahannya. Sumber seperti media sosial dan Whatsapp hendaklah dianggap sumber
yang tidak berautoriti dan diragui melainkan ia disokong oleh sumber berautoriti.

Selain itu, dengan mengapilkasikan kaedah mengenal hadis dhaif dan palsu, informasi yang
disebarkan boleh dikenalpasti kesahihannya. Contohnya seorang yang mengaku mendapat
maklumat dari individu lain akan tetapi ada keraguan terhadap dakwaan tersebut, contohnya
jika seorang suri rumah di Malaysia Timur mendakwa mendapat mesej dari Ketua Pengarah
Kesihatan tanpa sebarang perantaraan maka jelas perkara tersebut diragui kesahihannya.
Seterusnya jika informasi yang disebarkan adalah bertentangan dengan fakta ilmiah,
contohnya minum Clorox boleh membunuh virus Covid-19 dan sebagainya, maka jelas ia
adalah maklumat palsu.

Seterusnya, pengahayatan kaedah ilmu riwayah dan dirayah juga boleh digunapakai dalam
menangani masalah penyebaran berita palsu. Dalam cabang ilmu dirayah contohnya ilmu
mustalah hadith yang menumpukan kepada jenis khabar untuk mengetahui kedudukannya
dnegan mengkaji sanad dan matan. Ia boleh diaplikasikan dengan pihak berkuasa
6

menyediakan satu sumber rujukan seperti laman Sebenarnya.my yang telah disediakan oleh
pihak kerajaan untuk orang ramai merujuk apa-apa maklumat yang diperolehi.

Akhir sekali, dengan menghayati hukum menyebarkan hadith palsu secara sedar tanpa
sebarang penjelasan terhadap kepalsuannya yang akan menempah tempat di neraka kerana
berbohong atas nama Rasulullah, maka jika diaplikasikan dalam mengahalang diri dari
menyebarkan berita dan maklumat palsu, maka kesan dari penyebarannya itu akan dapat
dikawal dan diminimakan.

(10 markah)

TAMAT

NAMA PELAJAR: AHMAD SAFAIQ KHALIFA BIN MOHD AFENDI


NO. PELAJAR: UFK210080
KURSUS: UFK521 PENGAJIAN SYARIAH

Anda mungkin juga menyukai