Anda di halaman 1dari 14

IJTIHAD DAN PERANANNYA DALAM PEMBANGUNAN ISLAM

PENDAHULUAN

Allah S.W.T telah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW supaya menjadi
panduan dan pedoman manusia. Al-Quran juga memberi keterangan-keterangan yang nyata serta
membezakan di antara perkara yang baik dengan yang buruk.
Di dalam al-Quran terdapat bahagian yang dikaitkan dengan akidah dan iman yang lurus.
Terdapat juga bahagian hukum amali yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, sesama
manusia dan sesama makhluk Allah yang lain. Aturan-aturan Allah ini adalah untuk menjamin
kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Di dalam al-Quran juga terdapat hukum yang dijelaskan secara terperinci dan juga hukum
yang dihuraikan secara am dan menyeluruh yang boleh dipadankan dengan keperluan manusia
tanpa mengira masa dan tempat mahupun zaman yang berbeza. Di dalam kedua-dua bahagian
hukum ini terdapat bidang ijtihad yang sangat luas untuk diharungi oleh mereka yang
berkelayakan. Dalam sejarah pemikiran islam, ijtihad telah banyak digunakan sejak dahulu.
Esensi ajaran Al-quran dan Hadits memang menghendaki adanya ijtiihad. Al-quran dan hadis
kebanyakan hanya menjelaskan garis besarnya saja, maka ulama berusaha menggali maksud dan
rinciannya dari kedua sumber tersebut melalui ijtihad.
Setelah wafatnya Rasulullah islam semakin luas dan para sahabat menyebarkan dakwah
Islam ke pelbagai penjuru dunia sehingga mereka dihadapkan pada berbagai persoalan yang
tidak ditemukan hukumnya dalam Al-quran dan al-hadis. Hal itu, mengharuskan mereka
menyelesaikannya dengan cara ijtihad.
Permulaan sejarah ijtihad berlaku setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Nabi
Muhammad SAW wafat setelah baginda menyempurnakan dakwah agama kepada umat manusia.
Dengan kewafatan baginda, maka terputuslah wahyu dan tamatlah zaman tasyri (penurunan
hukum perundangan daripada Allah).
Antara sunnah Allah S.W.T. terhadap makhluk-Nya ialah menjadikan agenda hidup mereka
berubah-ubah dan sentiasa berkembang. Isu-isu agenda tersebut tidak pernah terhenti atau
terbatas. Di samping itu, manusia juga berselisih pendapat tentang urusan agama dan kehendak
duniawi mereka, yang semakin kompleks dan rumit dari zaman ke zaman.

Perselisihan dan perpecahan ini dijelaskan pada banyak tempat di dalam al-Quran. Antaranya
pada ayat berikut :
Jikalau

Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi
mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat
oleh Rabbmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka . (Hud : 118-119)
Berdasarkan maksud ayat 118-119 surah Hud, dapatlah difahami bahawa sekiranya Allah
S.W.T mahu menjadikan semua hamba-Nya beriman, sudah pasti Dia menjadikan manusia
semuanya sebagai satu umat yang berpegang kepada agama kebenaran yang satu. Namun begitu,
Allah menjadikan beberapa hukum untuk dibahaskan oleh manusia, sebagai hikmah untuk
membezakan di antara orang yang menggunakan akal, dan orang yang mengabaikannya.
Kesimpulannya, ijtihad hanya boleh dilakukan oleh golongan manusia yang benar-benar
berkelayakan sahaja. Hal ini demikian, bagi memastikan umat manusia sentiasa berada di jalan
yang benar dan diredhaiNya. Dalam konteks zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,
ijtihad amat perlu bagi memastikan kelansungan pembangunan Islam, yang merupakan agama
yang benar.

ISI KANDUNGAN

DEFINISI IJTIHAD

Menurut Dr. Muhammad Sayyid Tantawi perkataaan ijtihad adalah daripada kata dasar jahada
yang bermaksud percubaan seseorang pada tahap maksimum dan sedaya upaya untuk
merealisasikan perkara tertentu yang diinginya,sama ada berbentuk hissi atau maknawi.
Sementara mengikut istilah fiqah, bererti, seseorang yang faqih mencuba sedaya upaya
untuk mengeluarkan hukum syarak yang praktikal dan berkesan dengan cara membuat
kesimpulan daripada dalil-dalil yang terperinci.
Dr. Kassim Salleh pula mendefinisikan ijtihad sebagai curahan tenaga dari seorang faqih
yang mengkaji dalil-dalil untukmengeluarkan hukum-hukum syara bagi masalah furu.
Menurut Imam Ghazali, ijtihad adalah pengerahan kemampuan oleh seorang faqih
(mujtahid) dalam rangka menghasilkan hukum syarak.

RUKUN-RUKUN IJTIHAD

Rukun ijtihad ialah perkara yang perlu ada untuk menjayakan ijtihad yang diterima syarak dan
mendapat penilaian oleh ulama. Menurut Dr. Kassim Salleh dalam bukunya yang bertajuk
Ijtihad, Sejarah dan Perkembangannya, rukun ijtihad terbahagi kepada empat perkara.
1) Peristiwa
Ijtihad adalah curahan tenaga untuk mencari hukum bagi peristiwa yang berlaku, atau dijangka
akan berlaku dan peristiwa itu tidak diliputi oleh hukum dari nas al-Quran, hadis atau ijmak,
maka peristiwa memerlukan hukum dari segi syarak melalui ijtihad.
2) Mujtahid
Mujtahid ialah faqih yang mencurah tenaganya untuk melaksanakan ijtihad. Ia mestilah seorang
yang berbakat dan bersedia memahami peristiawa itu dan memahami juga hukum Allah
mengenai peristiwa itu. Mujtahid perlu terdiri daripada golongan yang baligh, berakal,
mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan hukum.

3) Dalil-dalil syara
Dalil adalah panduan untuk mencapai tujuan. Dalil-dalil syara merangkumi kitab, sunnah, ijmak,
qias atau dalil yang digunakan untuk kajian usul fiqh seperti istihsan, masoleh mursalah, istihab
dan sebagainya.
4) Al-Waqi (Peristiwa atau masalah yang berlaku)
Masalah yang memerlukan ijtihad mestilah terdiri daripada masalah furu yang tidak diliputi oleh
dalil qati. Hukum bagi masalah yang diijtihadkan mestilah bersifat zan (diragui hukumnya).

Sesetengah ulama menyatakan bahawa rukun ijtihad hanya terbahagi kepada tiga perkara sahaja,
iaitu, ijtihad, mujtahid dan masalah berkenaan, Di antara mereka ialah Imam al-Ghazali dan
Imam al-Zarkashiy.

SKOP IJTIHAD

Ijtihad tidak boleh dilakukan pada hukum yang telah jelas diketahui dalam agama. Ia termasuk
nas-nas yang mempunyai dalil-dalil qati atau yang telah tetap hukumnya.
Contohnya,nas-nas yang memerintahkan supaya ikhlas beribadat kepada allah dan
mengikuti rasullullah,menunaikan kewajipan yang telah ditentukan allah pada kita seperti solat,
mengutamakan perbuatan baik,dan menjauhkan diri daripada perbuatan buruk seperti
zina,minum arak dan lain-lain yang ditegah dalam Islam.
Skop ijtihad yang sebenarnya ialah pada nas-nas yang masih ada keraguan tentang
ketetapannya, seperti sesetengah hadis nabi yang selalu dibincangkan oleh ahli hadis tentang
sanad dan matannya dari segi sahih,hasan,daif atau kajian lain yang berhubung dengan hadis
nabi.
Ruang skop ijtihad juga merangkumi nas-nas yang bersifat zanni (diragui), seperti
sesetengah ayat al-Quran atau hadis yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran bergantung
kepada pemahaman susunan bahasanya atau dalil-dalil syarak.

Hakikatnya,terdapat puluhan malah ratusan ayat al-quran yang diyakini oleh semua orang
muslim bahawa ia adalah kata-kata Allah. Sudah pastinya,kata-kata ini tidak mengandungi
kebatilan biar dari arah mana sekalipun. Dan ia adalah nyata dan tetap sebagai nas. Oleh itu,
perbezaan pendapat para ulama bukanlah pada benar atau tidaknya ayat ini kerana ia adalah dari
Allah, tetapi pusaran perselisihan adalah pada pemahaman terhadap nas-nas ini,disebabkan lafaz
serta petunjuknya boleh membawa pelbagai pengertian.
Begitu juga apa yang terjadi kepada hadis Nabi. Antara ratusan hadis baginda yang diyakini
kesahihannya itu,terdapat juga yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan ulama.
Contohnya mengenai maksud hadis Salah satu tanda kiamat adalah apabila seorang hamba
perempuan melahirkan tuannya. Perbezaan pendapat yang timbul antara ulama di sini adalah
dalam memahami maksud beberapa lafaznya. Ada sesetengah pentafsir hadis berpendapat
maksud ayat tersebut ialah seorang anak yang bersikap derhaka terhadap ibu bapanya.
Sesetengah yang lain pula berpendapat bahawa maksud ayat ini ialah orang yang mengambil
perempuan yang berstatus khadam sebagai isteri adalah ramai.

SYARAT-SYARAT IJTIHAD (MUJTAHID)

Selain memiliki kesempurnaan akal dan agama,seorang mujtahid juga perlu memiliki ciri-ciri
yang berikut:
1.Mengetahui secara mendalam tentang ilmu-ilmu bahasa arab serta cara-cara pencarian
petunjuk untuk membongkar maksud sebenar.
Menurut Allahyarham Syeikh Muhammad Nur al-Hasan, mujtahid perlu mempunyai
pengetahuan yang luas tentang bahasa Arab sama ada dari segi nahu (tatabahasa), sorf
(morfologi) dan balagahah, dengan pengetahuan yang cukup sebagai rujukan yang diperlukan,
dan dapat membezakan kata-kata yang nyata, zahir atau ringkas, terperinci, am atau khas,
hakikat dan majaz (kiasan) serta tempat-tempat yang patut diwasal (sambung).

2.Hafal al-Quran dan faham dengan baik makna-maknanya.


Imam al-Zarkashiy menyatakan bahawa Bukanlah menjadi syarat untuk mengetahui semua isi
kitab al-Quran, memadai dengan nas nas yang berkaitan dengan hukum sahaja.Imam Ghazali
dan Ibn Arabi berkata Ayat yang perlu diketahui adalah pada kadar 500 ayat. Imam Mawardi
turut bersetuju dengan pendapat ini. Namun, Ibn Daqiq al-Ayd membantah pembatasan ini
dengan mengatakan bahawa ia sebenarnya tidak terhad pada bilangan tertentu, sebaliknya ia
berbeza-beza mengikut perbezaan akal masing-masing, ditambah dengan penanugerahan Allah
S.W.T kepada hambaNya dalam melakukan istinbat. Kebanyakan ulama berpandangan seorang
mujtahid perlu mengahafal al-Quran kerana seorang hafiz memahami maknanya lebih mandalam
daripada seorang yang hanya membaca. Menurut pendapat lain, seorang mujtahid tidak
semestinya menghafal al-Quran kerana tauladan dan pengajaran ada di dalamnya.
3.Berpengetahuan luas tentang sunnah nabi dan hukum-hukumnya.
Menurut al-Mawardi, ada yang berpendapat hadis yang perlu diketahui adalah sebanyak 500
hadis. Ibn Arabi pula berkata sebanyak 3000 hadis. Bagi Imam Ahmad Hanbal pula, mujtahid
perlu menghafal hadis lebih daripada itu. Mungkin pendapat ini adalah sebagai langkah berhatihati. Menurut Dr. Muhammad Sayyid Thantawi, mujtahid tidak perlulah mengahafal semua
hadis, termasuk juga hadis-hadis hukum. Ini disebabkan menghafalnya adalah sesuatu yang
susah dan menyulitkan. Apa yang perlu hanyalah selalu membelek kitab-kitab tersebut supaya
mudah bagi mujtahid untuk mendapatkan hadis sahih yang ingin diistinbatkan hukum darinya.
4.Memahami matlamat penetapan hukum syarak oleh Allah.
5.Mengetahui keadaan masyarakat dan adat kebiasaan mereka serta perkara-perkara
yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
6.Mengetahui dengan jelas ilmu fiqah dan usulnya serta biasa melaksanakannya secara
praktikal.
Hal ini supaya dia mendapat kecerdasan minda dan kekuatan akal yang dapat membantunya
mengeluarkan hukum-hukum syarak secara sempurna,.Bakat begini adalah hasil kurniaan Allah
yang hanya dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
7.Mengetahui qiyas, iaitu dengan pengetahuan menyeluruh yang merangkumi syarat,
rukun, pembahagian, illah serta bangkangannya.
Kesemua perkara di atas adalah landasan ijtihad. Daripada qiyaslah ilmu fiqah berkembang dan
ia kadangkala diambil sebagai jalan untuk mengeluarkan hukum dalam beberapa kes.
Lebih-lebih lagi, pada zaman mutakhir ini, pelbagai masalah baru yang timbul yang tidak pernah
ada pada zaman dahulu.

8.Mengetahui hukum-hukum al-Nasaikh dan al-Mansuh yang terdapat di dalam al-Quran.


Hal ini bagi memastikan mujtahid tidak mengeluarkan hukum dengan menggunakan nas yang
telah mansuh (dipadamkan).
9.Mengetahui tahap perawi, sama ada kuat atau lemah, membezakan antara hadis sahih
dan yang sebaliknya, maqbul (diterima) atau mardud (ditolak).

HUKUM IJTIHAD

Sesiapa yang benar-benar mengkaji al-Quran akan mendapati bahawa ia menggalakkan manusia
supaya menuntut ilmu. Ini dapat dibuktikan apabila pada surah pertama lagi yang diturunkan
kepada nabi,Allah telah memulakannya dengan perintah membaca. Oleh itu, umat manusia
digalakkan membaca dan mengakaji, dengan menggunakan anugerah akal yang diberikan oleh
Allah serta dipandu dengan al-Quran dan hadis.
1.Fardhu Ain
Apabila seseorang mujtahid ingin menyimpulkan hukum untuk dirinya sendiri supaya tenang
hatinya dan mendapat keredaan Allah atau dalam keadaan apabila seseorang mujtahid ditanya
tentang hukum sesuatu masalah syarak yang boleh dilakukan ijtihad,sedangkan ketika itu tidak
ada mujtahid lain yang boleh diharapkan untuk menerangkan hukum selain dirinya.
2.Fardhu kifayah
Apabila ada mujtahid atau mujtahid-mujtahid lain selain dirinya dan masalahyang ingin
diketahui pula tidak dibimbangi luputnya. Dalam hal ini,apabila salah seorang mujtahid
mengeluarkan ijtihad tentang masalah itu,gugurlah bebanan pada mujtahid lain.Sebaliknya,
apabila tidak ada seorang pun mujtahid yang mengeluarkan ijtihad, semua mujtahid yang ada
mendapat dosa.
3.Sunat
Apabila hukum yang ingin disimpulkan adalah berkenaan masalah-masalah akan dating dan
belum lagi terjadi pada ketika itu.
4.Haram
Apabila ia berkenaan dengan masalah yang telah tetap hukumnya dalam agama,dan ia tidak
boleh menerima ijtihad atau ijtihad itu berlawanan dengan dalil qati yang berupa nas atau ijmak.

PERINGKAT IJTIHAD

Di dalam buku yang bertajuk Tarikh al-Tashri al-Islami, Syeikh Muhammad al-Khudri telah
membahagikan peringkat-peringkat dalam sejarah tasyri Islam dan ijtihad yang mengiringinya
kepada enam peringkat. Setiap peringkat mempunyai peranan, imej, keadaan dan permasalahan
yang tersendiri.

Peringkat pertama : Zaman Nabi s.a.w, yang merupakan zaman mengikut sahaja apa yang
dikatakan dan dibawa oleh baginda.
Para ulama setuju sebulat suara mengatakan bahawa Nabi Muhammad diharuskan melakukan
ijtihad dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah duniawi, tanpa ada
pembatasannya. Akan tetapi, dalam perkara yang berkaitan dengan urusan agama, ada ulamak
yang berpendapat, permasalahan agama akan dijelaskan baginda mengikut wahyu, berdasarkan
firman Allah yang bermaksud ;
(an-Najm : 3-4)
Huraiannya : Apa-apa sahaja yang diucapkan oleh baginda adalah bersumberkan wahyu dan oleh
sebab itu, ruang untuk baginda berijtihad tentang urusan agama sebenarnya tidak ada.
Hal ini jelas kelihatan apabila baginda ditanya oleh sahabat atau sesiapa pun, baginda menunggu
sehingga wayhu diturunkan sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Sekiranya
baginda dibenarkan melakukan ijtihad, sudah tentu baginda tidak menunggu turunnya wahyu.
Namun begitu, kebanyakan ulama berpendapat sebaliknya. Bagi mereka, Rasulallah s.a.w
diharuskan melakukan ijtihad dalam perkara berkaitan agama dan hukum-hukum syarak
sebagaimana hukum duniawi. Antara hujah mereka ialah Allah berfirman kepada manusia agar
berfikir dan mengambil iktibar. Mereka mengatakan, jika Nabi tidak dibenarkan ijtihad, bererti ia
melemahkan pemikiran akal manusia. Hal ini kerana, ijtihad memerlukan pengkajian dan
pemikiran teliti yang dapat menajamkan akal dan menggerakkan minda ke arah pemikiran yang
sihat. Mereka juga berhujah, bagi pendapat pertama yang mengatakan Rasulullah menunggu
wahyu (untuk memberi jawapan), bahawa keadaan itu hanya berkenaan perkara-perkara yang
tidak dibolehkan melakukan ijtihad , atau berkenaan perkara-perkara yang hukumnya masih
terdapat kesamaran , yang tidak akan diketahui kecuali melalui wahyu. Berbeza halnya dengan
perkara-perkara yang boleh diketahui hukumnya melalui ijtihad dan perkara-perkara yang tiada
kesamaran. Dalam perkara-perkara begini, baginda mengeluarkan hukum dengan berijtihad.

Jumhur ulama mengatakan terdapat perkara yang dapat diselesaikan Nabi dengan menggunakan
ijtihad. Jika ijtihad baginda betul (selalunya begitu) maka Allah S.W.T mendatangkan wahyu
sebagai sokongan. Jika ijtihad baginda silap (amat jarang berlaku) maka Allah S.W.T
menurunkan wahyu untuk membetulkannya.
Peringkat kedua
: Zaman Khalifah al-Rashidin dan sahabat-sahabat terkemuka yang
menerima tunjuk ajar Nabi s.a.w.
Semenjak zaman Rasulullah lagi, baginda mengizinkan para sahabat untuk berijtihad. Baginda
akan menyokong ijtihad mereka, sekiranya ia betul dan dapat diterima. Sekiranya ijtihad mereka
salah, baginda akan membimbing mereka ke arah yang lebih tepat dan lebih baik. Dalam hal ini,
ijtihad mereka, sama ada betul atau silap tidak menjadi persoalan. Dinyatakan melalui hadis yang
diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud, al-Tarmidhi dan al-NasaI
daripada Amru ibn al-As daripada Nabi Muhammad s.a.w bahawa : Apabila seorang hakim
menghukum dengan menggunakan ijtihad, lalu ijtihadnya itu betul, maka dia memperoleh dua
pahala. Sebaliknya apabila seorang hakim menghukum dengan menggunakan ijtihad, lalu
ijtihadnya salah, maka akan memperoleh satu pahala. Huraiannya : Apabila seseorang mengerah
segenap usahanya untuk sampai kepada kebenaran, lalu ijtihadnya itu betul, maka dia
memperoleh dua pahala, satu pahala kerana ijtihadnya dan satu lagi pahala kerana dia sampai
kepada kebenaran. Sebaliknya apabila ijtihadnya salah, maka dia akan memperoleh satu pahala
kerana ijtihadnya sahaja.
Ketua para mujtahid pada zaman Rasulullah dan selepas kewafatan baginda ialah Saidina Abu
Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.
Peringkat ketiga
: Zaman para tabiin yang terkemuka yang menerima tunjuk ajar dan
menuntut ilmu daripada para sahabat.
Peringkat keempat : Zaman tabi al-tabiin yang belajar dari para tabiin bermula dari awal
kurun pertama hijrah hingga akhir kurun ke-3.
Peringkat kelima : Bermula dari awal kurun ke-4 hingga kejatuhan Negara Abassiyah di
Baghdad di tangan Tartar pada tahun 656 Hijrah.
Peringkat keenam : Bermula daripada kejatuhan kerajaan Abassiyah di Baghdad sehingga
zaman kini.
Para sahabat Nabi yang faqih telah mewariskan ilmu yang ada pada mereka kepada murid-murid
mereka; kalangan tabiin untuk disebarkan dengan ikhlas dan amanah. Dan sebagaimana yang
diharapkan, para tabiin telah menurunkan ilmu kepada generasi berikutnya; tabi al-tabiin.
Demikianlah putaran ilmu yang baik, yang merangkumi ilmu fiqah dan ijtihad. Putarannya terus
bersambung. Generasi ulama dan fuqaha yang terkemudian menjadi murid kepada generasi
sebelumnya. Maka pintu ijtihad terbuka sehinggalah hari ini.

IJTIHAD DAN PERANANNYA DALAM PEMBANGUNAN ISLAM.

Setelah meneliti perkembangan ijtihad pada setiap zaman, jelaslah bahawa ijtihad merupakan
elemen penting dalam mencari hukum bagi sesuatu permasalahan. Hal ini kerana pada zaman
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, wahyu sudah tidak diturunkan. Sekiranya ijtihad
penting pada zaman-zaman terdahulu, maka pada zaman kini, ijtihad lebih perlu dan wajib,
memandangkan permasalahan pada zaman kini lebih luas dan pelbagai.
Menurut al-Qardhawi, para fuqaha terdahulu sentiasa menegaskan tentang keperluan perubahan
fatwa disebabkan perubahan masa, tempat, kelaziman dan keadaan. Sebagai contoh, terdapat dua
bidang ilmu yang sangat memerlukan kepada ijtihad dan fatwa baru sekarang iaitu bidang
ekonomi dan kewangan serta sains dan teknologi kerana terdapat pelbagai perubahan baru sama
ada meliputi kaedah atau bahan dalam bidang-bidang tersebut.
Menurut Saidina Ali ibn Abi Talib, Janganlah kamu bebankan anak-anak kamu supaya hidup
kamu mengikut jalan fikiranmu kerana sesungguhnya mereka dicipta untuk zaman yang tidak
sama dengan zamanmu.

Berikut merupakan peranan ijtihad dalam pembangunan Islam ;

1) Memudahkan umat Islam pada masa kini untuk menentukan sesuatu hukum dan
memastikan hala tuju pembangunan sentiasa dipandu dengan agama Islam.
Secara umumnya, pada zaman yang semakin giat dengan pembangunan dan kemajuan, ijtihad
sangat diperlukan dalam menentukan pelbagai hukum seiring dengan pelbagai jenis ciptaan dan
permasalahan baru yang timbul. Oleh itu, ijtihad amat perlu untuk mencari sesuatu hukum, agar
kehidupan orang Islam pada zaman kini dipandu oleh hukum yang betul serta berada dalam
keadaan yakin (tidak syubhah).
Contohnya bagi mengetahui hukum penggunaan electrical stunning dan pelalian water stunner
semasa penyembelihan lembu dan ayam yang tidak pernah dilakukan pada zaman dahulu.
Penggunaan kaedah tersebut adalah hasil pembangunan masa kini yang dapat mempercepat
proses penyembelihan ayam dan lembu. Setelah Jabatan Mufti melakukan ijtihad dan
mengesahkan bahawa hukumnya adalah harus, maka orang Islam dapat memakan daging ayam
dan lembu hasil penyembelihan yang menggunakan kaedah tersebut dengan yakin.

2) Membuktikan Islam bersifat syumul dan sesuai diamalkan pada setiap zaman.
Fatwa merupakan hasil daripada ijtihad seorang mujtahid. Fatwa dalam Islam bukan bertujuan
untuk mengongkong umatnya sebaliknya jumlah fatwa yang sangat banyak itu adalah bukti yang
menunjukkan kedinamikan fatwa itu sendiri. Setiap permasalahan baru yang timbul pada zaman
ini mempunyai fatwanya sendiri hasil daripada ijtihad para mujtahid. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa agama Islam sentiasa memandu penganutnya kepada kehidupan yang lebih baik dan
teratur, seterusnya menunjukkan kesempurnaan Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan
dan Islam adalah agama yang relevan untuk setiap zaman. Islam merupakan agama yang sentiasa
memandu penganutnya ke arah jalan yang benar. Manakala fatwa daripada hasil ijtihad akan
sentiasa menangani masalah umat tanpa membelakangkan syariat.

3) Al-Quran dan as-Sunnah sentiasa menjadi panduan umat Islam tanpa mengira zaman.
Para mujtahid sentiasa merujuk al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam
melakukan ijtihad. Selain itu, kaedah qiyas, masoleh mursalah dan lain-lain juga digunakan
dalam mencari hukum yang benar. Oeh itu, jelaslah bahawa pokok pangkal sesuatu hukum
adalah merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.

KESIMPULAN

Sebagai umat Islam pada masa kini,penggunaan ijtihad sangat diperlukan dalam menentukan
hukum sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi pada zaman berteknologi tinggi yang serba moden ini,
ijtihad amat diperlukan dalam membantu umat Islam menyelesaikan masalah syarak dan fiqah
baru yang tidak pernah berlaku pada zaman dahulu sekaligus memudahkan umat Islam
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka dan beramal dengan sesuatu
dengan keadaan yakin.
Setelah meneliti perkembangan ijtihad pada setiap zaman, jelaslah bahawa ijtihad
merupakan elemen penting dalam mencari hukum bagi sesuatu permasalahan. Hal ini kerana
pada zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, wahyu sudah tidak diturunkan.
Sekiranya ijtihad penting pada zaman-zaman terdahulu, maka pada zaman kini, ijtihad lebih
perlu dan wajib, memandangkan permasalahan pada zaman kini lebih luas dan pelbagai.
Seterusnya,ijtihad memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Islam. Antara
peranan ijtihad adalah membuktikan Islam bersifat syumul dan sesuai diamalkan pada sepanjang
zaman, memastikan hala tuju pembangunan sentiasa dipandu dengan agama Islam serta
menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan umat Islam tanpa mengira zaman.

RUJUKAN

1. Fazlur Rahman, (1965), Membuka Pintu Ijtihad terjemahan dari Islamic Methodology in
History; Karachi : Central Institute of Islamic Research.
2. Dr Kassim Salleh, Ijtihad,Sejarah dan Perkembangannya; Al-Rahmaniah.
3. Dr Muhammad Sayyid Tantawi, (1994), Konsep Ijtihad Dalam Hukum Syarak, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Mahmood Zuhdi Hj.Ab.Majid, Beberapa Pemikiran tentang Ijtihad,Islah dan Tajdid
terjemahan oleh Fauzi Siregar dan Ahmad Rifa l Hasan, Jakarta : Pustaka Hidayah.
5. Murthadha Muthahhar, Prinsip-prinsip Ijtihad Antara Sunnah dan Syiah.

Anda mungkin juga menyukai