Anda di halaman 1dari 51

IIX1003 PENGANTAR PENGAJIAN SYARIAH

KULIAH MINGGU 4

MAZHAB-MAZHAB UTAMA
FIQH DAN USUL IJTIHAD
KANDUNGAN:

 Pengenalan
 Peringkat Awal
 Mazhab Yang Tidak Berkembang
 Mazhab Syiah dan Khawarij
 Mazhab Ahlul Sunah Waljamaah
 Imam Abu Hanifah
 Imam Malik
 Imam Syafiie
 Imam Imam Ahmad Hanbal
PENGENALAN
 Begitu ramai tokoh ulama mujtahid muncul dalam sejarah
perkembangan fiqh. Mereka memainkan peranan yang sangat
penting dalam mengembang, menyubur dan memajukan fiqh dan
seterusnya mengasaskan madrasah atau sekolah atau aliran fiqh
yang berjaya melahirkan ulama-ulama besar dan pengikut-
pengikut yang ramai.
 Madrasah, sekolah atau aliran fiqh ini yang dinamakan mazhab-
mazhab fiqh bersandar kepada nama-nama pengasasnya. Mazhab
ini meskipun banyak, bukanlah bermakna ia mengecilkan Islam
dalam aliran tertentu dan bukan juga suatu proses mewujudkan
syari'at baru.
PENGENALAN
 Tetapi ia merupakan manhaj atau metode untuk memahami
syari'at, dan kaedah mentafsir nas-nas Syari'at dan mengambil
hukum dari sumber-sumbernya.
 Mazhab-mazhab yang berkembang pada ketika itu ada yang
masih berdiri teguh dan mempunyai pengikut yang ramai hingga
kini dan ada di antaranya sudah lenyap ditelan zaman tanpa
pengikut dan tidak diketahui adanya kata-kata atau fatwa mereka,
melainkan apa yang disebut dalam kitab-kitab al-Khilaf
(perbandingan mazhab) dan kitab-kitab mazhab yang masih
kekal.
Peringkat Awal
Aliran Athar Aliran Ra’yi
(Fiqh al-Athar) (Fiqh al-Ra’y)

Lokasi Hijaz Iraq

Usul Nas & Maslahah Nas & Qiyas

‘Umar al-Khattab
‘Ali ibn Abi Talib
Sahabat ‘Abdullah ibn ‘Umar
‘Abdullah ibn Mas’ud
‘Abdullah ibn ‘Abbas

‘Alqamah ibn Qais al-Nakha’I (m.62H)


al-Qadhi Syuraih ibn al-Harith (m.78H) Ibrahim al-Nakha’i (m. 96H)
Tabi’in Sa’id ibn al-Musaiyib (m.93H) Hammad ibn Abi Sulaiman (m.120H)
‘Amir ibn Syarahil al-Say’bi (m. 104H) Rabi’ah al-Ra’y (m.136H)
Imam Abu Hanifah (m.150H)

Imam Malik (m.179H)


Imam Abu Yusuf (m.176H)
Imam Mazhab Imam al-Syafii (m.204H)
I. Muhammad al-Shaybani (m.183H)
Imam Ahmad (m.241H)
 Mazhab-mazhab fiqh boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian:-
 'Ata' bin Abi Rabah
 Sa'id bin al-Musayyib
 Ibrahim al-Nakha'iy
 Sufyan al-Thauri
 Imam al-Auza'iy (m.157M)
 Imam al-Layth (m.174M)
 Ibnu Jarir al-Tabari
 Daud al-Zahiri ()m.270M dan lain-lain lagi.

 Mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan al-


Khawarij.
 Mazhab al-Imamiyyah dari Syi'ah.
 Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi'ah juga
tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab
yang sederhana dan lebih hampir
kepada Ahli Sunnah wa al-Jama'ah.

 Imam Abu Hanifah (80-150H)


 Imam Malik Bin Anas (93-179H)
 Imam Al-syafi'i (150-240 H)
 Imam Ahmad Bin Hanbal (164-241h)
1. Mazhab yang Tidak Berkembang

 Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya


cukup ramai, terdiri dari tabi'in atau tabi'i
al-tabi'in atau mereka yang berikutnya,
tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada
orang yang mengumpul dan menyebarkan Antara Tokoh-Tokoh
mazhab mereka di kalangan orang Islam 'Ata' bin Abi Rabah,
dan memfatwakannya. Sa'id bin al-Musayyib
 Mazhab ini akhirnya semakin lama Ibrahim al-Nakha'iy
semakin mengecil, hampir pupus dan Sufyan al-Thauri
hilang aliran fiqhnya, kecuali pandangan- Imam al-Auza'iy
pandangan mereka yang ditemui bertaburan Ibnu Jarir al-Tabari
di dalam kebanyakan kitab tafsir bil Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.
ma'thur, syarah-syarah hadith dan kitab fiqh
mazhab yang kekal.
2. Mazhab Syiah & Khawarij

 Terdapat beberapa mazhab lain yang masih hidup,


kekal, berkembang dan diberi perhatian, akan tetapi
ijtihad pendokong-pendokongnya telah terkeluar dari
lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jama'ah dari segi Usul
(prinsip) dan Furu'.

 Yang terpenting sekali ialah mazhab Syi'ah dan


Khawarij, kemudian yang paling masyhur sekali
ialah:-
 Mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan al-Khawarij.
 Mazhab al-Imamiyyah dari Syi'ah.
 Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi'ah juga tetapi lebih
di-kenali sebagai mazhab yang sederhana dan
lebih hampir kepada Ahli Sunnah wa al-Jama'ah .
3. Mazhab Utama Fiqh
Ahli Sunah wa al-Jama’ah (ASWJ)
 Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam
Ahli Sunnah wa al-Jama'ah yang masih terus-menerus
memberi khidmat dan mempunyai pengikut setia
yang ramai mengembang, menyebar, mengajar
seterusnya dipelajari ialah empat mazhab yang
terkenal itu.
 Berikut dibincangkan secara ringkas setiap mazhab
sebagaimana urutan di bawah:-
IMAM ABU HANIFAH (80-150H)
 Beliau ialah al-Nu'man bin Thabit bin Zuta. Dilahirkan di Kufah pada
tahun 80 Hijrah; berasal dari keturunan Parsi, merdeka dan keturunan
nenek moyangnya tidak pernah menjadi hamba menurut satu pendapat.
Tetapi setengah pendapat mengatakan bahawa datuk beliau pernah
menjadi hamba kepada Bani Taim bin Tha'labah, kemudian
dimerdekakan.
 Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan kain tenun sutra di
Kufah, dan amat dikenali oleh masyarakat sebagai orang yang jujur
dalam urusan jual beli dan benci kepada penipuan.
 Imam Abu Hanifa dikatakan agak segak dan suka menolong kawan-
kawannya.
IMAM ABU HANIFAH (80-150H)
 Di Kufah pada ketika itu dipenuhi oleh para alim ulama fuqaha', yang
menyebabkan Abu Hanifah amat berminat menghadiri majlis-majlis
ulama dan mengambil ilmu dari mereka.
 Seterusnya beliau menumpukan perhatian kepada Fiqh setelah
mendalami ilmu-ilmu Islam yang lain dan beliau sentiasa mencedok
ilmu dari mata air yang besar di Kufah sehinggalah beliau menjadi
seorang tokoh mujtahid agung dan Imam Mazhab Ahli al-Ra’yi.
 Abu Hanifah walaupun seorang yang pendiam tetapi apabila ditanya
tentang masalah fiqh akan terpancar (keluar) dari mulut-ilmu mengalir
umpama air sungai yang mengalir deras.
Guru-gurunya yang Masyhur

 Di antara tokoh guru beliau yang masyhur ialah


 'Ata' bin Abi Rabah,
 al-Sya'bi,
 'Ikrimah Maula Abdullah ibn Abbas,
 Nafi' Maula ‘Umar
 Hammad bin Abi Sulaiman. Hammad ini mengambil ilmu-dari Ibrahim
al-Nakha'iy, dari 'Alqamah, dari Abdullah bin Mas’ud. Maka bolehlah
dianggap sahabat besar ini (Abdullah bin Mas’ud) sebagai Mahaguru
Imam Abu Hanifah, beliau mengambil berdasarkan pemikiran,
cara/metode dan mazhabnya.
Ujian yang Dihadapi

 Abu Hanifah seorang yang berani dan tegas dalam perkara


kebenaran, beliau telah ditimpa dengan pelbagai ujian.
 Pernah dikehendaki oleh Gabenor Marwan di Iraq yang
bernama Yazid bin 'Umar bin Hubayrah untuk memegang
jawatan hakim atau Qadi di Kufah. Beliau enggan
menerima jawatan itu dan akhirnya beliau dihukum sebat
110 kali (10 kali setiap hari) kerana menolak tawaran
Gabenor.
Ujian yang Dihadapi

 Apabila Yazid melihat Abu Hanifah tetap tidak berganjak,


lalu beliau dilepaskannya.
 Beliau juga pernah ditahan oleh Abu Ja'afar al-Mansur
kerana menolak perlantikan jawatan hakim pada zaman
pemerintahannya. Begitulah beliau sentiasa berhadapan
dengan tribulasi atau ujian pada zaman pemerintahan
Abbasiyyah dan juga Umawiyyah sehingga beliau
meninggal dunia dalam tahanan.
Murid-Murid Imam Abu Hanifah
 Imam Abu Hanifah tidak menyusun fiqhnya sendiri, tetapi fatwa-fatwa beliau
dinukilkan melalui murid-murid-nya seperti Abu Yusuf dan Muhammad bin al-
Hasan.
 Mereka ini-lah yang menyebarkan Mazhab Abu Hanifah dan menyusun fatwa-
fatwanya yang bercampur-aduk dengan pendapat dan pandangan mereka.
 Mereka bukan muqallid semata-mata bahkan me­reka juga mujtahid yang lahir
dari madrasah Imam Abu Hanifah dan komited dengan method beliau dalam
pengambilan hukum dan ijtihad.
 Murid-murid Abu Hanifah yang paling masyhur hingga sampai kepada tahap
mujtahid ialah empat orang:

 Abu Yusuf, Ya'aqub bin Ibrahim al-Ansari (112-183H). Dikenali sebagai Qadzi
al-Qudzah.
 Zufar bin al-Huzayl bin Qays al-Kufi, (110-157H).
 Muhammad bin al-Hasan bin Farqad al-Syaibani (132-189H).
 Al-Hasan bin Zayd al-Lu'Iuiy al-Kufi (m. 204H)
Dasar-dasar Mazhab Abu Hanifah

 Dasar-dasar mazhab Abu Hanifah ialah sumber Syara' yang menjadi asas
kepada fiqh beliau. Sumber-sumber ini seperti berikut:
 Al-Qur'an,
 Al-Sunnah,
 Al-Ijma',
 Aqwal al-Sahabah, beliau memilih mana-mana pendapat yang difikirkan
benar,
 al-Qiyas,
 al-Istihsan,
 ‘Urf.
Dasar-dasar Mazhab Abu Hanifah

 Abu Hanifah terkenal sebagai imam yang banyak menggunakan pemikiran atau
qiyas dan bentuk ijtihad yang lain seperti istihsan dan 'urf, kerana kehidupan
beliau di Iraq sedikit sekali hadith sahih yang ditemuinya.
 Ini kerana tercetusnya pelbagai fitnah dan munculnya kelompok-kelompok politik
yang terdiri dari golongan Khawarij, Syi'ah dan lain-lain lagi dari kalangan mereka
yang mencipta hadith palsu bagi menyokong pemikiran mereka.
 Justeru itu, Imam Abu Hanifah cukup teliti untuk menerima hadis. Apabila jelas
sesuatu hadith itu sahih, beliau tidak akan mengambil sumber yang lain lagi sebagai
sumber hukum. Oleh yang demikian beliau akan menggunakan sumber-sumber
ijtihad hanya apabila tidak ada nas al-Qur'an, hadith sahih dan ijma’. Maka
sebab itu, beliau dianggap sebagai Imam Ahli al-Ra'yi.
Pengaruh Fiqh Imam Abu Hanifah

 Tidak dapat dikesan karangan dan penulisan Imam Abu Ha­nifah secara
khusus, walaupun ada yang mengatakan beliau telah menulis kitab "al-Fiqh
al-Akbar" tetapi riwayatnya tidak meyakinkan bahkan dipertikaikan.
 Adapun pendapat, perkataan dan fatwa-fatwa beliau dalam bidang fiqh telah
dihimpunkan oleh muridnya yang rapat lagi setia iaitu Imam Muhammad
bin al-Hasan dalam enam buah kitab seperti berikut:-
 Al-Mabsut
 Al-Jami’ al-Kabir
 Al-Jami’ al-Soghir
 Al-Sair al-Kabir
 Al-Sair al-Soghir
 Al-Ziyaadat
Penyebaran Mazhab Hanafi

 Mazhab Abu Hanifah tersebar luas di kalangan penduduk Iraq,


Syam, Mesir, India, China dan beberapa negara di Asia Tengah.
 Murid-murid beliau merupakan sahabat kepada Khalifah Bani
al-'Abbas. Karangan-karangan mereka banyak diterbitkan dan
sering berlaku perbahasan dengan ulama-ulama mazhab Syafi'i
yang melahirkan pelbagai dalil dan membuahkan ilmu yang
berguna kepada umat dan tidak mencetuskan permusuhan dan
perseteruan.
 Pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmanyyah, sistem
kehakiman diasaskan kepada Mazhab Hanafi, ini di antara faktor
yang membantu perkembangan dan dipelajari mazhab ini di
kalangan orang awam di kebanyakan negara Islam ketika itu.
IMAM MALIK BIN ANAS (93-179H)
 Beliau ialah al-Imam Malik bin Anas bin Abi 'Amir al-Asbahi al-
Yamani. Dilahirkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun 93
Hijrah. Beliau terus menetap di Madinah, tidak pernah keluar dari
Madinah melainkan kerana melakukan ibadat Haji.
 Beliau dibesarkan dalam masyarakat Islam yang penuh dengan
ilmu warisan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'in, beliau
dididik dalam gedung ilmu, kota ilmu, Dar al-Hijrah, sumber
sunnah, tempat rujukan ulama dan tempat lahirnya fatwa-fatwa
sahabat.
 Beliau menghafaz al-Qur'an al-Karim dalam waktu masih kanak-
kanak lagi, kemudian beliau menghafaz hadith pula, beliau
mendampingi ulama semenjak kecil lagi, mencintai majlis-majlis
ilmu dan begitu setia dengan seorang tokoh ulama pada
zamannya yang bernama Abd al-Rahman bin Hurmuz, hampir
setiap masa Imam Malik bersama dengannya.
Guru-gurunya Yang Masyhur

 Beliau mempelajari ilmu Fiqh dan Sunnah dari tokoh ulama yang ramai
jumlahnya.
 Antaranya yang masyhur ialah 'Abd al-Rahman bin Hurmuz, Muhammad bin
Muslim bin Syihab al-Zuhri dan darinyalah Imam Malik mengambil hadith, fiqh
al-Athar dan fatawa sahabat. Abu Zinad Abdullah bin Zakuan juga merupakan
-guru hadith bagi Imam Malik.
 Kemudian Yahya bin Sa'id gurunya dalam bidang Fiqh al-Ra'yi dan ilmu riwayat
hadith, seterusnya beliau berguru dengan Rabi'ah bin 'Abd al-Rahman Faqih al-
Ra'yi, Ja'afar bin Muhammad al-Baqir dan ramai lagi guru beliau. Namun
demikian guru yang banyak mempengaruhi pemikirannya ialah Muhammad bin
Muslim bin Syihab al-Zuhri dan Rabi'ah al-Ra'yi.
 Imam Malik mula mengajar dan memberi fatwa setelah diperakui kelayakannya
oleh 70 tokoh ulama fiqh yang merupakan guru-gurunya belaka.
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

 'Abdullah bin Wahab (paling agung & masyhur): Berguru dengan Imam
Malik selama 20 tahun. Berperanan penting dalam mengembangkan mazhab
Maliki di Mesir dan Maghribi. Meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.
 'Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Masri: Murid Imam Malik yang amat
berpengaruh dalam memantapkan mazhab Maliki. Bersahabat dengan Imam
Malik hampir 20 tahun juga dan meriwayatkan darinya hadith "al-Muwatta"'.
Riwayat beliau dikira paling sah. Meninggal dunia pada tahun 192 Hijrah.
 Asyhab bin Abd al-Aziz al-Qaysi: Penyebar mazhab Maliki di Mesir,
meninggal dunia pada tahun 224 Hijrah.
 Abu Hasan al-Qurtubi: Mengembangkan mazhab Maliki di Andalus,
meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.
 Asad bin Furat (Tunisia): Mati syahid di Saqlia dan lain-lain lagi.
 Imam Syafi'i: juga pernah menjadi murid kepada Imam Malik dan
mempelajari kitab al-Muwatta' karangan beliau yang masyhur itu
DASAR-DASAR MAZHAB MALIKI
 Imam Malik dikira imam yang paling banyak mendasarkan mazhabnya kepada
sumber-sumber perundangan Islam lain yang berasaskan ijtihad dan istinbat,
bahkan dasar-dasar mazhabnya lebih banyak mengatasi dasar-dasar mazhab
yang lain. Yang paling masyhur ialah seperti berikut:-

 Al-Qur'an
 Al-Sunnah al-Nabawiyyah
 Al-Ijma'
 Al-Qiyas, Dasar-dasar ini dapat menjamin
 Amal Ahli al-Madinah, kehidupan, kesuburan dan
perkembangan fiqh dalam
 Qaul al-Sahabi,
menjawab semua permasalahan
 al-Istihsan yang baru muncul
 Sadd al-Zarai',
 Al-Istishab,
 Al-Masalih al-Mursalah.
Penulisan Imam Malik

 Karangan dan penulisan Imam Malik yang paling


masyhur ialah kitabnya "al-Muwatta"' yang pernah
disebut oleh Imam Syafi'i "Tiada di muka bumi
sebuah kitab dalam bidang ilmu yang lebih tepat
selain dari al-Muwatta'.
 Keunggulan kitab al-Muwatta' ini telah menarik
perhatian Abu Ja'afar al-Mansur sehingga beliau
mencadangkan supaya dijadikannya sebagai
undang-undang yang menyatukan seluruh manusia
mengamalkannya, tetapi Imam Malik menolak
cadangan ini. Beliau mengatakan, "Para sahabat
Rasulullah ramai bertebaran di beberapa negara,
masing-masing mempunyai ilmu, kalau kamu
memaksa orang ramai berada di atas satu pendapat
sahaja sudah pasti akan menimbulkan fitnah".
 Ini merupakan satu sikap yang cukup baik, menandakan
ketinggian, kebersihan dan kebebasan ilmiah, wara' dan tidak
mementingkan diri demi kebenaran yang diimani oleh Imam
Malik dan keyakinan yang menunjangi hatinya.
 Kitab al-Muwatta' merupakan karangan terbesar Imam Malik
yang pernah dihasilkannya. Beliau menghimpun di dalamnya
hadith-hadith yang sahih menurut penelitiannya, ada yang
muttasil dan ada yang mursal.
 Imam Malik menyusun kitab ini dalam masa 40 tahun dengan beberapa
kali semakan, disusun menurut bab-bab fiqh.
 Kitab ini telah diriwayatkan oleh sebilangan besar murid-nya, tetapi yang
berada di tangan pengkaji Islam dan para ulama sekarang dua riwayat
sahaja yang masyhur, pertama riwayat Muhammad bin al-Hasan al-
Syaibani sahabat setia Imam Abu Hanifah, sementara yang kedua ialah
riwayat Yahya bin Yahya al-Laithi al-Barbari al-Andalusi (m. 234 Hijrah).
Beliau salah seorang murid Imam Malik yang datang dari Andalus,
kemudian pulang menyebarkan mazhab Maliki di sana. Riwayat
Muhammad bin al-Hasan pernah dicetak di India, tetapi bab-bab dan juga
hadith-hadith di dalamnya kurang dari riwayat Yahya yang terdapat di
Mesir dan negara-negara Maghrib.
Penyebaran Mazhab Maliki

 Mazhab Imam Malik tersebar dengan meluasnya di Maghrib al-Arabi,


Mesir, Sudan, Andalus dan kebanyakan negara Islam sebelah Afrika. Agak
pelik juga mengapa mazhab Maliki tidak berkembang di Hijaz dan
Madinah, sedangkan beliau tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali
kerana mengerjakan ibadat haji sahaja.
 Barangkali kebanyakan murid-muridnya dari negara sebelah Maghrib dan
mereka inilah yang menghafaz, menyusun dan menyebarkan
mazhab Maliki di rantau sebelah sana.
 Selain dari itu boleh jadi kerana Imam Malik telah meluaskan sumber-
sumber perundangan Islam dengan merujuk kepada ijtihad dan al-Masalih
dalam suasana masyarakat yang kebanyakannya menghayati aliran atau
madrasah al-Hadith dan berpegang kepada zahir nas-nas, boleh jadi inilah
faktor utama tidak tersebar mazhab Maliki di Hijaz.
IMAM AL-SYAFI'I (150-204 H)
 Imam al-Syafi'i dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 Hijrah iaitu tahun
kewafatan Imam Abu Hanifah. Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin
al-'Abbas bin 'Uthman bin Syafi'i bin al-Saib bin 'Ubayd bin Abu Yazid bin
Hasyim bin al-Muttalib bin Abdul Manaf.
 Berketurunan Quraisy dan bertemu nasabnya dengan Nabi s.a.w melalui 'Abd al-
Manaf. Ibu al-Syafi'i keturunan Arab Yaman dari Qabilah al-Azad bukan Quraisy.
 Dibesarkan dalam keadaan yatim. Bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih
dalam buaian lagi. Ibun yang membesar dan mendidik beliau di Makkah.
Kecemerlangan beliau terserlah sejak dari kecil lagi. Menghafaz al-Qur'an dalam
lingkungan umur tidak sampai tujuh tahun atau sembilan tahun. Beliau dapat
menghafaz hadith melalui pendengaran, penulisan dan pengumpulannya semenjak
kecil lagi.
IMAM AL-SYAFI'I (150-240 H)

 Kemudian beliau memberi penumpuan mendalami bahasa


Arab dan kesusasteraannya.
 Di samping itu beliau juga berkesempatan mempelajari ilmu
memanah sehingga menjadi seorang yang mahir dalam
memanah, kepakarannya terbukti apabila beliau memanah
sepuluh kali maka kesemuanya mengenai sasarannya dengan
tepat.
Guru-Gurunya
 Beliau dibesarkan di Makkah dan mempelajari ilmu fiqh
dengan Muslim bin Khalid al-Zanji mufti Makkah
sehingga beliau di-izinkan memberi fatwa ketika umurnya
dalam lingkungan lima belas tahun.
 Kemudian beliau mengembara ke Madinah dan berguru
dengan Imam Malik, mempelajari kitab al-Muwatta' dan
meriwayatkannya dari Imam Malik. Beliau terus tinggal
bersama Imam Malik sehingga Imam Malik meninggal
dunia pada tahun 179H.
Guru-Gurunya
 Imam al-Syafi'i mempelajari fiqh dan hadith dari guru-guru yang banyak
jumlahnya dan berbagai-bagai pendekatan, sama ada dari Makkah, Madinah,
Yaman dan Iraq. Di antara guru-gurunya yang masyhur ialah:-
 Imam Malik
 al-Auza 'iy sahabat 'Umar bin Abi Salamah,
 al-Layth bin Sa'ad faqih Mesir,
 Yahya bin Hasan sahabat al-Layth,
 Muhammad bin al-Hasan,
 Sufian bin 'Uyainah muhaddith dan Syaikh Makkah al-Mukarramah,
 Muslim bin Khalid al-Zanji guru di tanah haram Makkah al-Mukarramah .
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

 Imam al-Syafi'i mempunyai murid yang cukup ramai di merata negara


seperti di Iraq, Mesir dan Makkah.
 Mereka ini merupakan murid-muridnya yang meriwayatkan mazhabnya
yang jadid (pandangan ijtihad beliau setelah berhijrah ke Mesir) dan
yang paling masyhur sebagai pengembang dan penyambung maz-hab
Syafi'i, pendokong setia dan penyebar yang amat berkesan di antara
mereka ialah:-
 Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya al-Muzani al-Masri (175-264H)
 Al-Rabi' bin Sulayman al-Muradi al-Jizi al-Masri (174-270H)
 Abu Ya'qub bin Yahya al-Buwayti al-Masri (m. 231H)
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

Adapun murid-murid beliau dari kalangan orang Iraq yang menjadi


pendokong mazhabnya yang qadim (pandangan ijtihad beliau semasa di
Baghdad) juga ramai di antaranya ialah:-
 Al-Hasan bin Muhammad yang terkenal dengan gelaran al-Za'farani
(m. 260H)
 Abu ‘Ali al-Husayn bin Ali yang dikenali dengan al-Karabi
Beberapa Ucapan Imam al-Syafii

1. Aku suka bahawa manusia mempelajari ilmu-ilmu ini (kitab-kitabnya) dan tidaklah
perlu dinisbahkan sesuatu darinya itu kepada aku.
2. Tiap-tiap hadith yang sah dari Nabi s.a.w maka itulah pendapat aku walaupun kamu
tidak mendengarnya dari-ku.
3. Apabila sah sesebuah hadith maka itulah mazhab aku. Dan apabila sah sesebuah hadith
maka lemparkanlah perkataan aku ke dinding sahaja.
4. Aku tidak pernah bersumpah dengan nama Allah sama ada benar mahupun dusta.
5. Menuntut ilmu lebih afdhal dari sembahyang sunat.
Kitab-kitab Karangan Imam al-Syafi'i
 Al-Imam al-Syafi'i telah menghasilkan beberapa buah
kitab yang amat bernilai akademik, di antara yang
terpenting ialah:-

 Al-Risalah,
 Al-Umm,
 Jima' al-'Ilm,
 Ibtal al-Istihsan,
 Ahkam al-Quran,
 Ikhtilaf al-Hadith,
 Kitab al-Qiyas.
Negara-negara yang Bermazhab Syafi'i

 Selain dari itu mazhab Syafi'i berkembang dengan meluasnya


di Nusantara (Kepulauan Melayu) termasuk Malaysia,
Selatan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei Dar al-
Salam, Filipina dan juga Kemboja. Boleh dikatakan,
perundangan Islam yang digubal dan juga fatwa-fatwa yang
dikeluarkan mengambilkira pandangan Mazhab Syafi'i. Ulama
dan orang awam hampir seluruhnya bermazhab Syafi'i
semenjak Islam bertapak di rantau ini.
Negara-negara yang Bermazhab Syafi'i

 Mazhab Syafi'i telah berkembang di Mesir kerana al-Syafi'i bermastautin di


sana hingga akhir hayatnya. Juga di Iraq kerana beliau mula menyebarkan
pendapatnya di Iraq dan dari sini ia berkembang ke Kharrasan dan negeri-
negeri persekitarannya seperti Syam dan lain-lain.
 Mazhab Syafi'i juga telah bertapak dan ramai pengikutnya di Parsi (sebelum
dikuasai oleh Syi'ah). Sementara di Yaman juga, terdapat pengikut mazhab
Syafi'i selain dari pengikut Syi'ah Zaydiyyah yang kecil jumlahnya.
 Dasar-dasar utama mazhab Shafie:
 Al-Qur'an
 Al-Sunnah al-Nabawiyyah
 Al-Ijma'
 Al-Qiyas,
 Sadd al-Zarai‘.
IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241H)
 Nama sebenar beliau ialah Abu 'Abdillah
Ahmad bin Hanbal al-Syaybani al-Baghdadi;
Lahir di Baghdad pada bulan Rabi' al-Awwal
tahun 164H, dan wafat pada bulan Rabi' al-
Awwal juga di Baghdad tahun 241H.
 Beliau dari keturunan Arab sejati, Syaybani
itu nasab kepada bapa dan ibunya. Bapanya
meninggal dunia ketika beliau masih kecil.
Keyatiman beliau ini memberi saham kepa¬da
kekuatan jiwanya, kecerdikan akalnya dan
ketinggian himmah-nya. Sesungguhnya keluarga Ahmad
 Baghdad tempat beliau dibesarkan merupakan telah mendidiknya semenjak kecil
ibu negara dunia Islam, pusat pemerintahan lagi agar dia menjadi seorang yang
kerajaan Islam dan kiblat berbagai-bagai ilmu akan berkhidmat kepada agama
pengetahuan. dengan menghafaz al-Qur'an,
berbekal dengan segala macam
'Ulum Arabiyyah, dimana
memperlihatkan kecemerlangannya
sejak kecil lagi. Beliau ter-kenal
dengan sifat taqwa dan istiqamah
GURU-GURUNYA YANG MASYHUR

 Ahmad bin Hanbal telah mengembara bagi menuntut ilmu ke Makkah, Madinah, Syam,
Yaman dan beberapa buah negara Islam yang lain.
 Beliau telah berguru dengan Imam al-Syafi'i apabila (imam Syafi'i) tiba di Baghdad dan
akhirnya beliau menjadi seorang mujtahid yang bebas dan punya mazhab sendiri. Beliau
telah mengatasi rakan-rakan sebayanya dalam bidang hadis. Banyak hadith yang
dihafaznya dan mampu membezakan antara hadith yang sahih dan dhaif. Namanya
terkenal sebagai ahli dan imam al-Sunnah pada zamannya. Himpunan hadithnya terkenal
dengan "Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal" mengandungi lebih dari 40,000 hadith.
 Selain dari al-Syafi'i gurunya yang banyak mempengaruhi kehidupannya dalam bidang
ilmiah atau akademik, maka di sana terdapat ramai guru yang beliau riwayatkan dari
mereka dalam kitab "al-Musnad" tidak kurang dari 280 orang. Di antara yang masyhur
ialah Sufyan bin 'Uyaynah, Yahya al-Qattan, al-Walid bin Muslim, al-Qadi Abu Yusuf
dan 'Abd al-Rahman bin Mahdi.
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

 Seperti tokoh-tokoh ulama yang lain, Imam Ahmad


bin Hanbal juga mempunyai ramai murid-murid yang
berkaliber.
 Di antaranya:
 Salih (m. 266H) dan 'Abdullah (m. 290H) (Anak Imam
Ahmad)
 Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Hani' al-Baghdadi
(m. 273H)
 Ahmad bin Muhammad bin al-Hajjaj al-Mirwazi (m.
275H)
 'Abd al-Malik bin 'Abd al-Hamid bin Mahran al-Maymuni
(m. 274H).
DASAR-DASAR MAZHAB HANBALI
 Imam Ahmad membina Fiqhnya di atas lima dasar:
 Pertama: Nas dari al-Qur'an atau al-Sunnah. Apabila beliau menemui
nas, beliau tidak berpaling kepada apa yang menyalahi-nya dan tidak
peduli sesiapa sahaja yang menyalahinya meskipun dari kalangan para
mujtahid dan fuqaha' yang agung. Hadith Sahih tetap didahulukan dari
amalan ahli al-Madinah, pendapat-pendapat, Qiyas, Qaul sahabi dan juga
Ijma'. Method ini lamalah dengan Imam al-Syafi'i.
 Kedua: Fatwa Sahabat yang tidak diketahui ada sahabat lain yang
menyalahinya, beliau mengambil pakai fatwa ini dan tidak pula ia
namakan Ijma'.
DASAR-DASAR MAZHAB HANBALI

 Imam Ahmad membina Fiqhnya di atas lima dasar:


 Ketiga: Apabila berlaku perselisihan di kalangan Sahabat beliau akan memilih
pendapat mana yang dikira lebih hampir kepada al-Kitab dan al-Sunnah.
 Keempat: Mengambil pakai hadith Mursal dan juga hadith daif apabila tidak ada
dalil lain yang menolaknya, bahkan beliau mengutamakan hadith daif ke atas
Qiyas.
 Kelima: Al-Qiyas. Ia merupakan dasar terakhir bagi Ahmad, sumber ini
diamalkannya ketika darurat apabila tidak terdapat nas dalam al-Qur'an dan al-
Sunnah, fatwa sahabat, hadith mursal dan hadith daif.
Penyusunan dan Penyebaran Mazhab Hanbali

 Ahmad bin Hanbal tidak menyusun sendiri mazhabnya bahkan beliau tidak suka
pendapat dan fatwa-fatwanya ditulis. Cita-cita beliau hanyalah untuk mengumpul
dan membukukan Sunnah. Tetapi para sahabatnya telah mengumpul perkataan dan
fatwa-fat-anya dan disusun mengikut bab-bab fiqh.
 Ahmad bin Muhammad bin Harun Abu Bakr al-Khallal misalnya, memberi
penumpuan untuk mengumpul hadith-hadith yang diriwayatkan dari Ahmad bin
Hanbal dan disusun dalam bukunya yang bernama "al-Jami'".
 Kemudian ramai dari kalangan ulama mazhab Hanbali yang mengarang fiqh
mazhab Hanbali, dihimpunkan kata-kata Imam mereka dan disyarahkannya.
 Di antaranya Abu al-Qasim 'Umar bin Abi 'Ali al-Husayn al-Kharqi (m. 324H).
Kitab beliau yang masyhur ialah "al-Mukhtasar" yang lebih dikenali dengan
"Mukhtasar al-Kharqi" dan disyarahkan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam
kitabnya "al-Mughni".
 Kemudian selepas itu lahir dua tokoh ulama besar mazhab
Hanbali iaitu Ibn Taymiah dan Ibn al-Qayyim al-Jawzii yang
mana mereka ini telah menerima pakai dasar dan prinsip-prinsip
mazhab Hanbali meskipun akhirnya mereka ini menggunakan
method yang berasingan, bebas dan tidak lagi bertaqlid kepada
Ahmad bin Hanbal dan juga orang lain.
 Berikutnya pula muncul pula Muhammad bin 'Abd al-Wahhab
pelopor gerakan dakwah Wahhabiyyah
(m. 1209H). Dan dengan sebab berjayanya dalam
gerakan dakwah itu, maka jadilah mazhab Hanbali merupakan
mazhab rasmi Negeri Najd, kemudian seluruh Saudi Arabia
hingga sekarang dan terus berkembang di Kuwait dan ada juga
pengikut-pengikutnya di Syria, Iraq dan beberapa negara teluk
Arab.
Ujian Imam Hanbali
 Ujian terbesar yang pernah dihadapi oleh Ahmad bin Hanbal
dalam sepanjang kehidupannya ialah fitnah yang memaksa
beliau supaya berkata al-Qur'an itu makhluk yang dibangkitkan
oleh golongan Mu'tazilah dan dipaksa oleh sebahagian Khulafa'
seperti al-Ma'mun, al-Mu'tasim dan al-Wathiq.
 Mereka menuntut semua ulama ketika itu supaya berkata al-
Qur'an itu makhluk, maka kesemua mereka menuruti kehendak
khalifah-khalifah itu sekadar menyelamatkan diri dari
dikenakan tindakan kecuali Imam Ahmad bin Hanbal.
Ujian Imam Hanbali
 Beliau akhirnya ditangkap, diseksa dengan beberapa kali
sebatan seterusnya ditahan dalam penjara selama 28 bulan.
Beliau tetap tegas tidak tunduk kepada kehendak pemerintah
dan tidak berganjak dengan pendiriannya yang berpendapat al-
Qur'an itu Kalam Allah, bukan makhluk. Allah telah
memantapkan keyakinan-nya dan meneguhkan agamanya.
 Ibn al-Madini berkata: "Sesungguhnya Allah telah
memeliharakan Islam kepada dua orang lelaki iaitu Abu Bakr
dalam menghadapi gejala riddah dan Ibn Hanbal dalam
berhadapan dengan fitnah al-Qur'an yang dianggap makhluk".
Pandangan Ulama Terhadap Imam Ahmad

 Al-Imam al-Syafi'i pernah berkata, "Waktu aku meninggalkan Baghdad, maka tiada
aku tinggalkannya kepada seorang lelaki yang lebih afdhal, alim, faqih dan lebih
taqwa selain dari Ahmad bin Hanbal".
 Ishaq bin Rawayhah mengatakan, "Ahmad bin Hanbal merupakan hujah di antara
Allah dan makhluknya".
 'Abdullah bin Ahmad berkata, "Bapaku sentiasa sembahyang 300 rakaat pada setiap
hari dan malam. Apabila dia jatuh sakit akibat sebatan yang dikenakan ke atasnya
hingga melemahkannya, beliau sembahyang setiap hari dan malam 150 rakaat
sahaja".
 Yahya bin Mu'in mengatakan, "Aku tidak pernah melihat orang seperti Ahmad yang
menjadi sahabatku selama 50 tahun, tidak pernah dia berbangga-bangga ke atas
kami dengan apa pun".
 Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 241H dalam lingkungan umur
hampir 77 tahun, kehidupan beliau penuh dengan kebajikan, ilmu dan ibadat.
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

Primer Sekunder Subsidiari

Wujud
Perbezaan
Qur’an Sunnah penerimaan

Ijma‘ Qiyas

Istihsan Al-Uruf Al-Istishab Sadd


al-Dhari‘ah
Masalih Mazhab
Syar’u Lain-lain
al-Mursalah Al-Sahabi
Man qablana
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai