Anda di halaman 1dari 54

IXEH1101 / IIX1003

PENGANTAR PENGAJIAN
SYARIAH

TOPIK 4
MAZHAB-MAZHAB UTAMA
FIQH DAN USUL IJTIHAD
PENGENALAN
• Apakah pengertian mazhab?

• Apakah faktor mendorong kewujudan mazhab?

• Bagaimanakah berkembangnya mazhab fiqh?

• Apakah usul ijtihad yang menjadi sandaran mazhab


fiqh utama?
Apakah pengertian mazhab?

• Secara literal
• Secara istilah/kontekstual
• Aqidah
• Fiqh
• Katakunci/keywords
-0
Apakah faktor mendorong kewujudan
mazhab?

Secara asas,
1.Cara memahami/mentafsir nas
2.Metode berfikir
3.Persekitaran
az
Bagaimanakah berkembangnya mazhab
fiqh?
Risalah
Enam peringkat: @ Khalifah Rasyidih
1.Peringkat Ta’sis/Risalah @ Perfumebntan fiqh
2.Khalifah Rasyidin ④ lrtihad
3.Pertumbuhan Fiqh @@ iaiiiiiaduran
4.Ijtihad/Keemasan – Tadwin al-Mazahib

5.Tarjih/Pertengahan tag lid blah
6.Kemunduran
1. Taqlid
2. Kesedaran/Islah

:*

Peringkat Pertumbuhan Fiqh
Madrasah Athar
(Fiqh al-Athar) % Madrasah Ra’yi
(Fiqh al-Ra’y)

Lokasi Hijaz Iraq

Metode Nas & Maslahah Nas & Qiyas

‘Umar al-Khattab
‘Ali ibn Abi Talib
Sahabat ‘Abdullah ibn ‘Umar
‘Abdullah ibn Mas’ud
‘Abdullah ibn ‘Abbas
‘Alqamah ibn Qais al-Nakha’I (m.62H)
al-Qadhi Syuraih ibn al-Harith (m.78H) Ibrahim al-Nakha’i (m. 96H)
Tabi’in Sa’id ibn al-Musaiyib (m.93H) Hammad ibn Abi Sulaiman (m.120H)
‘Amir ibn Syarahil al-Say’bi (m. 104H) Rabi’ah al-Ra’y (m.136H)
Imam Abu Hanifah (m.150H)
Imam Malik (m.179H)
Imam Abu Yusuf (m.176H)
Imam Mazhab Imam al-Syafii (m.204H)
I. Muhammad al-Shaybani (m.183H)
Imam Ahmad (m.241H)
• Mazhab fiqh boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:-

• 'Ata' bin Abi Rabah


• Sa'id bin al-Musayyib
• Ibrahim al-Nakha'iy
• Sufyan al-Thauri
• Imam al-Auza'iy (m.157M)
• Imam al-Layth (m.174M)
• Ibnu Jarir al-Tabari
• Daud al-Zahiri (m.270M) dan lain-lain lagi.

• Mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan al-


Khawarij.
• Mazhab al-Imamiyyah dari Syi'ah.
• Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi'ah juga
tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab
yang sederhana dan lebih hampir

o
kepada Ahli Sunnah wa al-Jama'ah.

• Imam Abu Hanifah (80-150H)


• Imam Malik Bin Anas (93-179H)
• Imam Al-syafi'i (150-240 H)
• Imam Ahmad Bin Hanbal (164-241h)
1. Mazhab yang Tidak Berkembang

• Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai, terdiri dari
-
tabi'in atau tabi'i al-tabi'in atau mereka yang berikutnya, tetapi
-

kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang mengumpul dan


menyebarkan mazhab mereka di kalangan orang Islam dan
memfatwakannya.
• Mazhab ini akhirnya semakin lama semakin mengecil, hampir
pupus dan hilang aliran fiqhnya, kecuali pandangan-pandangan
mereka yang ditemui bertaburan di dalam kebanyakan kitab tafsir
bil ma'thur, syarah-syarah hadith dan kitab fiqh mazhab yang
=
-
kekal. "
**

- <
⇐ @

may tab kekat is ③


1. Mazhab Utama Fiqh
Ahli Sunah wa al-Jama’ah (ASWJ)

• Kenapa berkembang?
1. Mazhab Utama Fiqh
Ahli Sunah wa al-Jama’ah (ASWJ)

• Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam


Ahli Sunnah wa al-Jama'ah berkembang kerana masih
①terus-menerus memberi khidmat dan mempunyai
@pengikut setia yang ramai mengembang, menyebar,
mengajar seterusnya dipelajari ialah empat mazhab
yang terkenal itu.
• Berikut dibincangkan secara ringkas setiap mazhab
sebagaimana urutan di bawah:-
IMAM ABU HANIFAH (80-150H)
• Beliau ialah al-Nu'man bin Thabit bin Zuta. Dilahirkan di Kufah pada
tahun 80 Hijrah; berasal dari keturunan Parsi, merdeka dan keturunan
nenek moyangnya tidak pernah menjadi hamba menurut satu pendapat.
Tetapi setengah pendapat mengatakan bahawa datuk beliau pernah
menjadi hamba kepada Bani Taim bin Tha'labah, kemudian
dimerdekakan.
• Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan kain tenun sutra di Kufah,
dan amat dikenali oleh masyarakat sebagai orang yang jujur dalam
urusan jual beli dan benci kepada penipuan.
• Imam Abu Hanifa dikatakan agak segak dan suka menolong kawan-
kawannya.
IMAM ABU HANIFAH (80-150H)

• Di Kufah pada ketika itu dipenuhi oleh para alim ulama fuqaha', yang
menyebabkan Abu Hanifah amat berminat menghadiri majlis-majlis
ulama dan mengambil ilmu dari mereka.
• Seterusnya beliau menumpukan perhatian kepada Fiqh setelah
mendalami ilmu-ilmu Islam yang lain dan beliau sentiasa mencedok
ilmu dari mata air yang besar di Kufah sehinggalah beliau menjadi
seorang tokoh mujtahid agung dan Imam Mazhab Ahli al-Ra’yi.
• Abu Hanifah walaupun seorang yang pendiam tetapi apabila ditanya
tentang masalah fiqh akan terpancar (keluar) dari mulut-ilmu mengalir
umpama air sungai yang mengalir deras.
Guru-gurunya yang Masyhur

• Di antara tokoh guru beliau yang masyhur ialah


• 'Ata' bin Abi Rabah,
• al-Sya'bi,
• 'Ikrimah Maula Abdullah ibn Abbas,
• Nafi' Maula ‘Umar
• Hammad bin Abi Sulaiman. Hammad ini mengambil ilmu-dari Ibrahim
al-Nakha'iy, dari 'Alqamah, dari Abdullah bin Mas’ud. Maka bolehlah
dianggap sahabat besar ini (Abdullah bin Mas’ud) sebagai Mahaguru
Imam Abu Hanifah, beliau mengambil berdasarkan pemikiran,
cara/metode dan mazhabnya.
Ujian yang Dihadapi

• Abu Hanifah seorang yang berani dan tegas dalam perkara


kebenaran, beliau telah ditimpa dengan pelbagai ujian.
Pernah dikehendaki oleh Gabenor Marwan di Iraq yang
bernama Yazid bin 'Umar bin Hubayrah untuk memegang
jawatan hakim atau Qadi di Kufah. Beliau enggan
menerima jawatan itu dan akhirnya beliau dihukum sebat
110 kali (10 kali setiap hari) kerana menolak tawaran
Gabenor.
• Apabila Yazid melihat Abu Hanifah tetap tidak berganjak,
lalu beliau dilepaskannya.
Ujian yang Dihadapi

• Beliau juga pernah ditahan oleh Abu Ja'afar al-


Mansur kerana menolak perlantikan jawatan
hakim pada zaman pemerintahannya. Begitulah
beliau sentiasa berhadapan dengan tribulasi atau
ujian pada zaman pemerintahan Abbasiyyah dan
juga Umawiyyah sehingga beliau meninggal
dunia dalam tahanan.
Murid-Murid Imam Abu Hanifah
• Imam Abu Hanifah tidak menyusun fiqhnya sendiri, tetapi fatwa-fatwa beliau
dinukilkan melalui murid-murid-nya seperti Abu Yusuf dan Muhammad bin al-
Hasan.
-

=
-

• Mereka ini-lah yang menyebarkan Mazhab Abu Hanifah dan menyusun fatwa-
fatwanya yang bercampur-aduk dengan pendapat dan pandangan mereka.
• a.
Mereka bukan muqallid semata-mata bahkan mereka juga mujtahid yang lahir
dari madrasah Imam Abu Hanifah dan komited dengan method beliau dalam
pengambilan hukum dan ijtihad.
• Murid-murid Abu Hanifah yang paling masyhur hingga sampai kepada tahap
mujtahid ialah empat orang:

E-
• Abu Yusuf, Ya'aqub bin Ibrahim al-Ansari (112-183H). Dikenali sebagai Qadi
-
al-Qudah.
• Zufar ibn al-Huzayl ibn Qays al-Kufi, (110-157H).
• Muhammad bin al-Hasan bin Farqad al-Syaibani (132-189H).
• Al-Hasan bin Zayd al-Lu'Iuiy al-Kufi (m. 204H)
Dasar-dasar Mazhab Abu Hanifah

• Abu Hanifah terkenal sebagai imam yang banyak menggunakan pemikiran atau
qiyas dan bentuk ijtihad yang lain seperti=
-
istihsan dan 'urf, kerana kehidupan
beliau di Iraq sedikit sekali hadith sahih yang ditemuinya.
• Ini kerana tercetusnya pelbagai fitnah dan munculnya kelompok-kelompok politik
yang terdiri dari golongan Khawarij, Syi'ah dan lain-lain lagi dari kalangan mereka
yang mencipta hadith palsu bagi menyokong pemikiran mereka.
• Justeru itu, Imam Abu Hanifah cukup teliti untuk menerima hadis. Apabila jelas
sesuatu hadith itu sahih, beliau tidak akan mengambil sumber yang lain lagi sebagai
sumber hukum. Oleh yang demikian beliau akan menggunakan sumber-sumber
ijtihad hanya apabila tidak ada nas al-Qur'an, hadith sahih dan ijma’. Maka
-
sebab itu, beliau dianggap sebagai Imam Ahli al-Ra'yi.

'
Atli Ahli al -
ke yi
'

Abu ltanitah =
Pengaruh Fiqh Imam Abu Hanifah

• Tidak dapat dikesan karangan dan penulisan Imam Abu Hanifah secara
khusus, walaupun ada yang mengatakan beliau telah menulis kitab "al-Fiqh
al-Akbar" tetapi riwayatnya tidak meyakinkan bahkan dipertikaikan.
• Adapun pendapat, perkataan dan fatwa-fatwa beliau dalam bidang fiqh telah
dihimpunkan oleh muridnya yang rapat lagi setia iaitu Imam Muhammad
bin al-Hasan dalam enam buah kitab seperti berikut:-
• Al-Mabsut

16
• Al-Jami’ al-Kabir
• Al-Jami’ al-Soghir
• Al-Sair al-Kabir
• Al-Sair al-Soghir
• Al-Ziyaadat
Penyebaran Mazhab Hanafi

• Mazhab Abu Hanifah tersebar luas di kalangan penduduk Iraq,


Syam, Mesir, India, China dan beberapa negara di Asia Tengah.
• Murid-murid beliau merupakan sahabat kepada Khalifah Bani al-
'Abbas. Karangan-karangan mereka banyak diterbitkan dan sering
berlaku perbahasan dengan ulama-ulama mazhab Syafi'i yang
melahirkan pelbagai dalil dan membuahkan ilmu yang berguna
kepada umat dan tidak mencetuskan permusuhan dan perseteruan.
• Pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah, sistem
kehakiman diasaskan kepada Mazhab Hanafi, ini di antara faktor
yang membantu perkembangan dan dipelajari mazhab ini di
kalangan orang awam di kebanyakan negara Islam ketika itu.
IMAM MALIK BIN ANAS (93-179H)
● Beliau ialah al-Imam Malik bin Anas bin Abi 'Amir al-
Asbahi al-Yamani. Dilahirkan di Madinah al-Munawwarah
pada tahun 93 Hijrah. Beliau terus menetap di Madinah,
tidak pernah keluar dari Madinah melainkan kerana
melakukan ibadat Haji.
● Beliau dibesarkan dalam masyarakat Islam yang penuh
dengan ilmu warisan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan
tabi'in, beliau dididik dalam gedung ilmu, kota ilmu, Dar al-
Hijrah, sumber sunnah, tempat rujukan ulama dan tempat
lahirnya fatwa-fatwa sahabat.
IMAM MALIK BIN ANAS (93-179H)
● Beliau menghafaz al-Qur'an al-Karim dalam waktu masih
kanak-kanak lagi, kemudian beliau menghafaz hadith pula,
beliau mendampingi ulama semenjak kecil lagi, mencintai
majlis-majlis ilmu dan begitu setia dengan seorang tokoh
ulama pada zamannya yang bernama Abd al-Rahman bin
Hurmuz, hampir setiap masa Imam Malik bersama
dengannya.
Guru-gurunya Yang Masyhur

• Beliau mempelajari ilmu Fiqh dan Sunnah dari tokoh


ulama yang ramai jumlahnya.
• Antaranya yang masyhur ialah 'Abd al-Rahman ibn
Hurmuz, Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri
dan darinyalah Imam Malik mengambil hadith, fiqh al-
Athar dan fatwa sahabat. Abu Zinad Abdullah ibn
Zakuan merupakan guru hadith bagi Imam Malik.
Guru-gurunya Yang Masyhur

• Kemudian Yahya bin Sa'id gurunya dalam bidang Fiqh al-Ra'yi


dan ilmu riwayat hadith, seterusnya beliau berguru dengan Rabi'ah
bin 'Abd al-Rahman Faqih al-Ra'yi, Ja'afar bin Muhammad al-
Baqir dan ramai lagi guru beliau. Namun demikian guru yang
banyak mempengaruhi pemikirannya ialah Muhammad bin
Muslim bin Syihab al-Zuhri dan Rabi'ah al-Ra'yi.
• Imam Malik mula mengajar dan memberi fatwa setelah diperakui
kelayakannya oleh 70 tokoh ulama fiqh yang merupakan guru-
gurunya belaka.
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

• 'Abdullah bin Wahab (paling agung & masyhur): Berguru dengan Imam
Malik selama 20 tahun. Berperanan penting dalam mengembangkan mazhab
Maliki di Mesir dan Maghribi. Meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.
• 'Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Masri: Murid Imam Malik yang amat
berpengaruh dalam memantapkan mazhab Maliki. Bersahabat dengan Imam
Malik hampir 20 tahun juga dan meriwayatkan darinya hadith "al-Muwatta"'.
Riwayat beliau dikira paling sah. Meninggal dunia pada tahun 192 Hijrah.
• Asyhab bin Abd al-Aziz al-Qaysi: Penyebar mazhab Maliki di Mesir,
meninggal dunia pada tahun 224 Hijrah.
• Abu Hasan al-Qurtubi: Mengembangkan mazhab Maliki di Andalus,
meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.
• Asad bin Furat (Tunisia): Mati syahid di Saqlia dan lain-lain lagi.


Imam Syafi'i: juga pernah menjadi murid kepada Imam Malik dan
mempelajari kitab al-Muwatta' karangan beliau yang masyhur itu
DASAR-DASAR MAZHAB MALIKI
• Imam Malik dikira imam yang paling banyak mendasarkan mazhabnya
kepada sumber-sumber perundangan Islam lain yang berasaskan
ijtihad, bahkan dasar-dasar mazhabnya lebih banyak mengatasi dasar-
dasar mazhab yang lain. Yang paling masyhur ialah seperti berikut:-
• Al-Qur'an
• Al-Sunnah al-Nabawiyyah
• Al-Ijma'
• Al-Qiyas,
• Amal Ahli al-Madinah,
• Qaul al-Sahabi,
• al-Istihsan
• Sadd al-Zarai',
• Al-Istishab,
• Al-Masalih al-Mursalah.
Penulisan Imam Malik → ix. muwatta "

• Karangan dan penulisan Imam Malik yang paling


masyhur ialah kitabnya "al-Muwatta"' yang pernah
disebut oleh Imam Syafi'i "Tiada di muka bumi
sebuah kitab dalam bidang ilmu yang lebih tepat
selain dari al-Muwatta'.
• Keunggulan kitab al-Muwatta' ini telah menarik
perhatian Abu Ja'afar al-Mansur sehingga beliau
mencadangkan supaya dijadikannya sebagai
undang-undang yang menyatukan seluruh manusia
mengamalkannya, tetapi Imam Malik menolak
cadangan ini. Beliau mengatakan, "Para sahabat
Rasulullah ramai bertebaran di beberapa negara,
masing-masing mempunyai ilmu, kalau kamu
memaksa orang ramai berada di atas satu pendapat
sahaja sudah pasti akan menimbulkan fitnah".
• Ini merupakan satu sikap yang cukup baik, menandakan
ketinggian, kebersihan dan kebebasan ilmiah, wara' dan tidak
mementingkan diri demi kebenaran yang diimani oleh Imam
Malik dan keyakinan yang menunjangi hatinya.
• Kitab al-Muwatta' merupakan karangan terbesar Imam Malik
yang pernah dihasilkannya. Beliau menghimpun di dalamnya
hadith-hadith yang sahih menurut penelitiannya, ada yang
muttasil dan ada yang mursal.
-
-
• Imam Malik menyusun kitab ini dalam masa 40 tahun dengan beberapa kali
=
semakan, disusun menurut bab-bab fiqh.
• Kitab ini telah diriwayatkan oleh sebilangan besar murid-nya, tetapi yang
berada di tangan pengkaji Islam dan para ulama sekarang dua riwayat
sahaja yang masyhur, pertama riwayat Muhammad bin al-Hasan al-
Syaibani sahabat setia Imam Abu Hanifah, sementara yang kedua ialah
riwayat Yahya al-Laith al-Barbari al-Andalusi (m. 234 Hijrah).
• Beliau salah seorang murid Imam Malik yang datang dari Andalus,
kemudian pulang menyebarkan mazhab Maliki di sana. Riwayat
Muhammad bin al-Hasan pernah dicetak di India, tetapi bab-bab dan juga
hadith-hadith di dalamnya kurang dari riwayat Yahya yang terdapat di
Mesir dan negara-negara Maghrib.
Penyebaran Mazhab Maliki

• Mazhab Imam Malik tersebar dengan meluasnya di C Maghrib al-Arabi,


j
C Mesir, IC
ICSudan, Andalus)dan kebanyakan negara Islam sebelah Afrika. Agak
pelik juga mengapa mazhab Maliki tidak berkembang di Hijaz dan
Madinah, sedangkan beliau tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali
kerana mengerjakan ibadat haji sahaja.
• Barangkali kebanyakan murid-muridnya dari negara sebelah Maghrib dan
mereka inilah yang menghafaz, menyusun dan menyebarkan
mazhab Maliki di rantau sebelah sana.
• Selain dari itu boleh jadi kerana Imam Malik telah meluaskan sumber-
sumber perundangan Islam dengan merujuk kepada ijtihad dan al-Masalih
dalam suasana masyarakat yang kebanyakannya menghayati aliran atau
madrasah al-Hadith dan berpegang kepada zahir nas-nas, boleh jadi inilah
faktor utama tidak tersebar mazhab Maliki di Hijaz.
IMAM AL-SYAFI'I (150-204 H)

• Imam al-Syafi'i dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 Hijrah iaitu tahun kewafatan
Imam Abu Hanifah. Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-'Abbas bin
'Uthman bin Syafi'i bin al-Saib bin 'Ubayd bin Abu Yazid bin Hasyim bin al-
Muttalib bin Abdul Manaf.
• Berketurunan Quraisy dan bertemu nasabnya dengan Nabi s.a.w melalui 'Abd al-
Manaf. Ibu al-Syafi'i keturunan Arab Yaman dari Qabilah al-Azad bukan Quraisy.
• Dibesarkan dalam keadaan yatim. Bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih
dalam buaian lagi. Ibun yang membesar dan mendidik beliau di Makkah.
Kecemerlangan beliau terserlah sejak dari kecil lagi. Menghafaz al-Qur'an dalam
lingkungan umur tidak sampai tujuh tahun atau sembilan tahun. Beliau dapat
menghafaz hadith melalui pendengaran, penulisan dan pengumpulannya semenjak
kecil lagi.
IMAM AL-SYAFI'I (150-240 H)

• Kemudian beliau memberi penumpuan mendalami bahasa


Arab dan kesusasteraannya.
• Di samping itu beliau juga berkesempatan mempelajari ilmu
memanah sehingga menjadi seorang yang mahir dalam
memanah, kepakarannya terbukti apabila beliau memanah
sepuluh kali maka kesemuanya mengenai sasarannya dengan
tepat.
Guru-Gurunya
• Beliau dibesarkan di Makkah dan mempelajari ilmu fiqh
dengan Muslim bin Khalid al-Zanji mufti Makkah
sehingga beliau di-izinkan memberi fatwa ketika umurnya
dalam lingkungan lima belas tahun.
• Kemudian beliau mengembara ke Madinah dan berguru
dengan Imam Malik, mempelajari kitab al-Muwatta' dan
meriwayatkannya dari Imam Malik. Beliau terus tinggal
bersama Imam Malik sehingga Imam Malik meninggal
dunia pada tahun 179H.
Guru-Gurunya
• Imam al-Syafi'i mempelajari fiqh dan hadith dari guru-guru yang banyak
jumlahnya dan berbagai-bagai pendekatan, sama ada dari Makkah, Madinah,
Yaman dan Iraq. Di antara guru-gurunya yang masyhur ialah:-
• Imam Malik
• al-Auza 'iy sahabat 'Umar ibn Abi Salamah,
• al-Layth ibn Sa'ad faqih Mesir,
• Yahya ibn Hasan sahabat al-Layth,
• Muhammad ibn al-Hasan,
• Sufian ibn 'Uyainah muhaddith dan Syaikh Makkah al-Mukarramah,
• Muslim ibn Khalid al-Zanji guru di tanah haram Makkah al-Mukarramah.
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

• Imam al-Syafi'i mempunyai murid yang cukup ramai di merata negara


seperti di Iraq, Mesir dan Makkah.
• Mereka ini merupakan murid-muridnya yang meriwayatkan mazhabnya
yang jadid (pandangan ijtihad beliau setelah berhijrah ke Mesir) dan
yang paling masyhur sebagai pengembang dan penyambung maz-hab
Syafi'i, pendokong setia dan penyebar yang amat berkesan di antara
mereka ialah:-
• Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya al-Muzani al-Masri (175-264H)
• Al-Rabi' bin Sulayman al-Muradi al-Jizi al-Masri (174-270H)
s

• Abu Ya'qub bin Yahya al-Buwayti al-Masri (m. 231H)


MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

•Adapun murid-murid beliau dari kalangan orang Iraq yang menjadi


pendokong mazhabnya yang qadim (pandangan ijtihad beliau semasa di
Baghdad) juga ramai di antaranya ialah:-
• Al-Hasan bin Muhammad yang terkenal dengan gelaran al-Za'farani
(m. 260H)
• Abu ‘Ali al-Husayn bin Ali yang dikenali dengan al-Karabi
Kitab-kitab Karangan Imam al-Syafi'i

• Al-Imam al-Syafi'i telah menghasilkan


beberapa buah kitab yang amat bernilai
akademik, di antara yang terpenting ialah:-
• Al-Risalah,
• Al-Umm,
• Ibtal al-Istihsan,
• Ahkam al-Quran,
• Ikhtilaf al-Hadith,
• Kitab al-Qiyas.
Negara-negara yang Bermazhab Syafi'i

• Selain dari itu mazhab Syafi'i berkembang dengan meluasnya


di Nusantara (Kepulauan Melayu) termasuk Malaysia,
Selatan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei Dar al-
Salam, Filipina dan juga Kemboja. Boleh dikatakan,
perundangan Islam yang digubal dan juga fatwa-fatwa yang
dikeluarkan mengambilkira pandangan Mazhab Syafi'i. Ulama
dan orang awam hampir seluruhnya bermazhab Syafi'i
semenjak Islam bertapak di rantau ini.
Negara-negara yang Bermazhab Syafi'i

• Mazhab Syafi'i telah berkembang di Mesir kerana al-Syafi'i bermastautin di sana hingga
akhir hayatnya. Juga di Iraq kerana beliau mula menyebarkan pendapatnya di Iraq dan
dari sini ia berkembang ke Kharrasan dan negeri-negeri persekitarannya seperti Syam
dan lain-lain.
• Mazhab Syafi'i juga telah bertapak dan ramai pengikutnya di Parsi (sebelum dikuasai
oleh Syi'ah). Sementara di Yaman juga, terdapat pengikut mazhab Syafi'i selain dari
pengikut Syi'ah Zaydiyyah yang kecil jumlahnya.
• Dasar-dasar utama mazhab Shafie:
• Al-Qur'an
• Al-Sunnah al-Nabawiyyah
• Al-Ijma'
• Al-Qiyas,
• Qawl Sahabi,
• Sadd al-Zarai‘.
IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241H)
• Nama sebenar beliau ialah Abu 'Abdillah Ahmad ibn Hanbal
al-Syaybani al-Baghdadi;
• Lahir di Baghdad pada bulan Rabi' al-Awwal tahun 164H,
dan wafat pada bulan Rabi' al-Awwal juga di Baghdad tahun
241H.
• Beliau dari keturunan Arab sejati, Syaybani itu nasab kepada
bapa dan ibunya. Bapanya meninggal dunia ketika beliau
masih kecil. Keyatiman beliau ini memberi saham kepada
kekuatan jiwanya, kecerdikan akalnya dan ketinggian
himmahnya.
IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241H)
• Baghdad tempat beliau
dibesarkan merupakan ibu
negara dunia Islam, pusat
pemerintahan kerajaan Islam dan
kiblat berbagai-bagai ilmu
pengetahuan.
• Beliau meninggal dunia di Sesungguhnya keluarga Ahmad telah
mendidiknya semenjak kecil lagi agar dia
Baghdad pada tahun 241H menjadi seorang yang akan berkhidmat
dalam lingkungan umur hampir kepada agama dengan menghafaz al-Qur'an,
berbekal dengan segala macam 'Ulum
77 tahun, kehidupan beliau Arabiyyah, dimana memperlihatkan
penuh dengan kebajikan, ilmu kecemerlangannya sejak kecil lagi. Beliau ter-
kenal dengan sifat taqwa dan istiqamah
dan ibadat.
GURU-GURUNYA YANG MASYHUR

• Ahmad bin Hanbal telah mengembara bagi menuntut ilmu ke Makkah,


Madinah, Syam, Yaman dan beberapa buah negara Islam yang lain.
• Beliau telah berguru dengan Imam al-Syafi'i apabila Imam Syafi'i tiba di
Baghdad dan akhirnya beliau menjadi seorang mujtahid yang bebas dan
punya mazhab sendiri. Beliau telah mengatasi rakan-rakan sebayanya
dalam bidang hadis.
• Banyak hadith yang dihafaznya dan mampu membezakan antara hadith
yang sahih dan dhaif. Namanya terkenal sebagai ahli dan imam al-Sunnah
pada zamannya. Himpunan hadithnya terkenal dengan "Musnad al-Imam
Ahmad bin Hanbal" mengandungi lebih dari 40,000 hadith.
GURU-GURUNYA YANG MASYHUR

• Selain dari al-Syafi'i gurunya yang banyak mempengaruhi


kehidupannya dalam bidang ilmiah atau akademik, maka di
sana terdapat ramai guru yang beliau riwayatkan dari mereka
dalam kitab "al-Musnad" tidak kurang dari 280 orang.
• Di antara yang masyhur ialah Sufyan ibn 'Uyaynah, Yahya al-
Qattan, al-Walid ibn Muslim, al-Qadi Abu Yusuf dan 'Abd al-
Rahman ibn al-Mahdi.
MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

• Seperti tokoh-tokoh ulama yang lain, Imam Ahmad


bin Hanbal juga mempunyai ramai murid-murid yang
berkaliber.
• Di antaranya:
• Salih (m. 266H) dan 'Abdullah (m. 290H) (Anak Imam
Ahmad)
• Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Hani' al-Baghdadi
(m. 273H)
• Ahmad bin Muhammad bin al-Hajjaj al-Mirwazi (m.
275H)
• 'Abd al-Malik bin 'Abd al-Hamid bin Mahran al-Maymuni
(m. 274H).
DASAR-DASAR MAZHAB HANBALI

• Imam Ahmad membina Fiqhnya di atas lima dasar:


• Pertama: Nas dari al-Qur'an atau al-Sunnah. Apabila beliau menemui nas,
beliau tidak berpaling kepada apa yang menyalahinya dan tidak peduli sesiapa
sahaja yang menyalahinya meskipun dari kalangan para mujtahid dan fuqaha'
yang agung. Hadith Sahih tetap didahulukan dari amalan ahli al-Madinah,
pendapat-pendapat, Qiyas, Qaul sahabi dan juga Ijma'. Method ini samalah
dengan Imam al-Syafi'i.
• Kedua: Fatwa Sahabat yang tidak diketahui ada sahabat lain yang
menyalahinya, beliau mengambil pakai fatwa ini dan tidak pula ia namakan
Ijma'.
DASAR-DASAR MAZHAB HANBALI

• Ketiga: Apabila berlaku perselisihan di kalangan Sahabat beliau akan


memilih pendapat mana yang dikira lebih hampir kepada al-Kitab dan al-
Sunnah.
• Keempat: Mengambil pakai hadith Mursal dan juga hadith daif apabila
tidak ada dalil lain yang menolaknya, bahkan beliau mengutamakan hadith
daif ke atas Qiyas.
• Kelima: Al-Qiyas. Ia merupakan dasar terakhir bagi Ahmad, sumber ini
diamalkannya ketika darurat apabila tidak terdapat nas dalam al-Qur'an
dan al-Sunnah, fatwa sahabat, hadith mursal dan hadith daif.
Penyusunan dan Penyebaran Mazhab Hanbali

• Ahmad bin Hanbal tidak menyusun sendiri mazhabnya bahkan beliau


tidak suka pendapat dan fatwa-fatwanya ditulis. Cita-cita beliau
hanyalah untuk mengumpul dan membukukan Sunnah. Tetapi para
sahabatnya telah mengumpul perkataan dan fatwa-fatwanya dan
disusun mengikut bab-bab fiqh.
• Ahmad bin Muhammad bin Harun Abu Bakr al-Khallal misalnya,
memberi penumpuan untuk mengumpul hadith-hadith yang
diriwayatkan dari Ahmad bin Hanbal dan disusun dalam bukunya yang
bernama "al-Jami'".
Penyusunan dan Penyebaran Mazhab Hanbali

• Kemudian ramai dari kalangan ulama mazhab Hanbali yang


mengarang fiqh mazhab Hanbali, dihimpunkan kata-kata
Imam mereka dan disyarahkannya.
• Antaranya Abu al-Qasim 'Umar ibn Abi 'Ali al-Husayn al-
Kharqi (m. 324H). Kitab beliau yang masyhur ialah "al-
- -
Mukhtasar" yang lebih dikenali dengan "Mukhtasar al-Kharqi"
dan disyarahkan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam kitabnya
"al-Mughni".
• Kemudian selepas itu lahir dua tokoh ulama besar mazhab
Hanbali iaitu Ibn Taymiah dan Ibn al-Qayyim al-Jawzii yang
mana mereka ini telah menerima pakai dasar dan prinsip-prinsip
mazhab Hanbali meskipun akhirnya mereka ini menggunakan
metode yang berasingan, bebas dan tidak lagi bertaqlid kepada
Ahmad ibn Hanbal dan juga orang lain.
• Berikutnya pula muncul pula Muhammad ibn 'Abd al-Wahhab
pelopor gerakan dakwah Wahhabiyyah
(m. 1209H). Dan dengan sebab berjayanya dalam
gerakan dakwah itu, maka jadilah mazhab Hanbali merupakan
mazhab rasmi Negeri Najd, kemudian seluruh Saudi Arabia
hingga sekarang dan terus berkembang di Kuwait dan ada juga
pengikut-pengikutnya di Syria, Iraq dan beberapa negara teluk
Arab.
-
-
Ujian Imam Hanbali
• Ujian terbesar yang pernah dihadapi oleh Ahmad bin Hanbal
dalam sepanjang kehidupannya ialah fitnah yang memaksa
beliau supaya berkata al-Qur'an itu makhluk yang
dibangkitkan oleh golongan Mu'tazilah dan dipaksa oleh
sebahagian Khulafa' seperti al-Ma'mun, al-Mu'tasim dan al-
Wathiq.
-

• Mereka menuntut semua ulama ketika itu supaya berkata al-


Qur'an itu makhluk, maka kesemua mereka menuruti
kehendak khalifah-khalifah itu sekadar menyelamatkan diri
dari dikenakan tindakan kecuali Imam Ahmad bin Hanbal.
Ujian Imam Hanbali
• Beliau akhirnya ditangkap, diseksa dengan beberapa kali
sebatan seterusnya ditahan dalam penjara selamao 28 bulan.
Beliau tetap tegas tidak tunduk kepada kehendak pemerintah
dan tidak berganjak dengan pendiriannya yang berpendapat al-
Qur'an itu Kalam Allah, bukan makhluk. Allah telah
memantapkan keyakinan-nya dan meneguhkan agamanya.
• Ibn al-Madini berkata: "Sesungguhnya Allah telah
memeliharakan Islam kepada dua orang lelaki iaitu Abu Bakr
dalam menghadapi gejala riddah dan Ibn Hanbal dalam
berhadapan dengan fitnah al-Qur'an yang dianggap makhluk".
✓ ✓ ✓
✓ ☐ ✓ ✓ O O
O
00 0 00
0 00

00000 0
KESIMPULAN
Mazhab-mazhab ini masih kukuh dan terus
diamalkan hingga kini di seluruh dunia. Antara
faktornya adalah:

%•Karya-karya fiqh
•Personaliti tokoh mazhab

③•Pendukung dan pengikut mazhab


⑨•Dukungan kuasa pemerintah
RUJUKAN
1. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid dan Paizah Hj Ismail,
Pengantar Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Al-Bayan,
2004.
2. Muḥammad al-Khuḍarī Bek. Tārikh Tasyrī’ al-Islāmī,
Beirut: Dār al-Fikr, 1967.
3. Mohamad Akram Laldin, Introduction to Shariah and
Islamic Jurisprudence, Kuala Lumpur: CERT, 2006.

Anda mungkin juga menyukai