Anda di halaman 1dari 28

KELAHIRAN MAZHAB

SERTA KESANNYA
TERHADAP
PERKEMBANGAN
HUKUM ISLAM
PENGENALAN
 Mazhab bermaksud Aliran / sekolah (pandangan)

 Pembentukan mazhab adalah sebagai kesan kemuncak


perkembangan aliran. Ia bukan benar-benar terpisah
antara satu sama lain kerana semua mazhab masih
berteraskan al-Quran / Sunnah

 Ia hanya berbeza dalam perkara furu’ sahaja (bukan


perkara dasar)

 Mazhab dilihat sebagai aliran memahami Syariah


bahkan imam mujtahidin tidak menyeru pelajar
mengikutinya.
SEBAB KELAHIRAN MAZHAB
 Perbezaan teori hukum yang dipegang oleh
mazhab yang berbeza

 Wujudnyapersonaliti yang kuat dan ternama


seterusnya memberi pengaruh besar serta
menarik murid yang ramai

 Lahirnya kelas pengajian yang teratur

 Kesetiaanmurid terhadap guru mendorong


mereka untuk mengajak orang lain bagi
mengikuti pengajaran guru tersebut.
MAZHAB FIQH TERNAMA

 Mazhab-mazhab Sunni yang masih hidup dan


diamalkan:

❖Hanafi
❖Maliki
❖Shafi’e
❖Hanbali
MAZHAB HANAFI
 Al-Num’an Ibn Thabit al-Taimi al-Kufi (al-imam al-a’zam)
– lahir di Kufah (80 H) meninggal di Baghdad (150H).

Pakar dalam ilmu kalam disamping kerjaya sebagai


peniaga – kerap berdebat dengan golongan Muktazilah
dan Khawarij.

 Kemudiannya mempelajari ilmu fiqh dan menguasainya.

 Pengaruh persekitaran Kufah (bandar ilmu) – pengaruh


Ali Abi Talib / Abdullah Ibn Mas’ud.

 Mazhab ini dikembangkan oleh muridnya iaitu Abu Yusuf


/ Muhammad Ibn al-Hassan.
 Kefakihan Abu Hanifah disebabkan faktor
iaitu:

❖ Persekitaran budaya ilmu Kufah yang baik – terdedah


dengan pelbagai kecenderungan ilmu – bimbingan
guru dan tokoh ulama terbilang (Hammad Sulaiman
anak murid Ibrahim al-Nakhaie) – 18 tahun
mendampingi guru.

❖ Menggantikan gurunya dalam pengajaran di Kufah


selepas kematiannya.
 Metodologi ijtihad Imam Abu Hanifah:

- al-Quran
- al-Sunnah
- Pendapat sahabat (memilih mana-mana yang disukai
tetapi tidak membelakangkan kesemuanya)
- Berijtihad (sebagaimana zaman tabi’in juga berijtihad
– tetapi tidak semata-mata berpegang dengan
pandangan tabi’in).
 Pandangan Abu Hanifah berasaskan kepada “thiqah” –
keyakinan baik dan menghindari keburukan.

 Qiyas digunakan jika mendatangkan maslahah – jika


qiyas mendatangkan hukum yang tidak sesuai maka
beliau merujuk kepada istihsan jika sesuai dengan
maslahah masyarakat – jika tidak, beliau akan
menggunakan uruf (kebiasaan manusia).
 Asas kaedah ijtihad Imam Abu Hanifah;

1) al-Quran
2) Sunnah

3) Ijmak – kata sepakat ulama

4) Pendapat sahabat atas pertimbangan ianya


datang dari ilmu yang disampaikan oleh Nabi
bukan ijtihad mereka sendiri (tidak menerima
ijtihad tabi’in sebagai sumber hukum)
5) Qiyas

6) Istihsan

7) ‘Urf
PEMBINAAN MAZHAB HANAFI
 Tiada penulisan dalam ilmu fiqh (hanya ilmu kalam
dan dakwah)
 Al-Fiqh al-Akbar / al-Alim wa al-Muta’allim

 Pandangan Abu Hanifah dicatat oleh muridnya (Abu


Yusuf dan Muhammad Ibn al-Hassan)
 Abu Yusuf mencatat pandangan Abu Hanifah dalam
buku-bukunya (kitab al-athar, ikhtilaf baina Abu
Hanifah wa Abi Laila)
 Al-Kharaj – sistem kewangan Islam ditulis oleh Abu
Yusuf – menyebut perkara-perkara yang beliau
berselisih pandangan dengan gurunya Abu Hanifah.
 Muhammad Ibn al-Hassan al-Shaibani (lahir 132H) –
seketika berguru dengan Abu Hanifah – pembelajaran
dipimpin oleh Abu Yusuf

 Penulisan Muhammad Ibn al-Hassan antaranya ialah


Kitab al-Asl (al-Mabsut) / Jami’ al-Saghir / Jami’ al-
Kabir / al-Siyar al-Saghir / al-Siyar al-Kabir
(Rujukan penting dalam mazhab Hanafi)

Aliran pandangan mazhab Hanafi dikembangkan oleh


anak muridnya, seperti Imam Zufar Ibn al-Huzail
(mulanya aliran hadith dan kemudiannya beralih
kepada aliran al-ra’y) / al-Hasan Ibn Ziyad – penulisan
kurang menyerlah berbanding anak murid Abu Hanifah
yang lain
 Pandangan Abu Hanifah banyak dikembangkan oleh 4
pelajar ini dan diteruskan oleh generasi seterusnya.

 Mazhab ini berkembang luas dan pernah menjadi


mazhab rasmi kerajaan ‘Uthmaniyyah selama 500
tahun.
MAZHAB MALIKI
 Imam Malik bin Anas (lahir 93H) di Madinah. Beliau
selalu mengadakan halaqah ilmu di Masjid Nabi.

 Keilmuan – pengaruh keluarga (datuknya tokoh ulama


zaman tabi’in – meriwayatkan hadis dari sahabat dan
menyampaikan kepada generasi seterusnya. Ahli
keluarga yang minat terhadap bidang keilmuan.

 Pengaruh sekitar – Madinah merupakan pusat


pengetahuan terutama ilmu hadith dan fiqh.

 Menguasai pelbagai ilmu termasuk hadis / fiqh.


 Sebelum memulakan kelas pengajian (melibatkan
aktiviti meriwayatkan / memberi fatwa) – meminta
pandangan 70 orang guru (syaikh) tentang
kelayakannya.

 Kelas bidang fiqh dan bidang fatwa diadakan di masjid


Nabi – kemudian berpindah ke rumahnya akibat sakit

 Hanya menjawab persoalan yang benar-benar berlaku


(tidak bincang fiqh iftiradi) – bimbang tersilap fatwa
bercanggah dengan hadis dan athar.

 Memberi fatwa bagi menyelesaikan masalah


masyarakat bukan sebab lain.
 Metodologi Imam Malik;

1) al-Kitab – sumber paling asas


2) Sunnah

3) Amal penduduk Madinah – ikutan kepada sunnah


Nabi.
4) Fatwa sahabah – sahabat mengikut ajaran Nabi –
mustahil akan melakukan perkara yang
bertentangan dengan ajaran Nabi
5) Qiyas, Masalih al-Mursalah dan Istihsan

6) Al-zarai’e – segala perkara yang membawa kepada


halal hukumnya halal / perkara yang membawa
kepada haram hukumnya haram
PENULISAN IMAM MALIK

Kitab al-Muwatta’ – hasil permintaan Khalifah



Abasiyyah kedua (Abu Ja’far al-Mansur ) meminta Imam
Malik membuat kod undang-undang berasaskan aliran
fiqh Madinah untuk diguna pakai secara seragam di
seluruh wilayah Islam – pandangan beliau sederhana
berasaskan nilai kesepakatan dan ijmak.

 Imam Malik menolak menjadikan al-Muwatta’ kod


undang-undang seragam apabila kitab siap ditulis pada
zaman Khalifah al-Mahdi kerana ia dilihat menafikan
hak orng lain berijtihad.

 Al-Muwatta’ adalah buku hadis dan fiqh. Hadis disusun


berdasarkan bab fiqh.
Pembinaan Mazhab Maliki

- Imam Malik tidak pernah keluar Madinah kecuali ke


Mekah.

- Beliau mempunyai murid yang ramai berbanding imam


mujtahidin yang lain

- Faktor tarikan – kedudukan Madinah sebagai tempat


hadis dan athar yang banyak / masjid Nabi / ketokohan
Imam Malik

- Anak murid tersohor – Ibn al-Qasim / Asad Ibn al-Furat


(menyusun pandangan Imam Malik dalam al-
Mudawwanah
MAZHAB SHAFI’E
 Muhammad Idris al-Shafi’e (lahir 150H) di Gaza Palestin
dan kemudian berpindah ke Mekah.

 Menguasai bidang bahasa, hadis dan fiqh.

 Belajar dengan Imam Malik hingga akhir riwayat (179H).

 Bekerja sebagai pegawai di Najran – difitnah menyokong


politik Syiah dan di bawa ke Baghdad mengadap khalifah
Harun al-Rasyid namun beliau dibebaskan

 Muhammad Ibn al-Hasan hakim Baghdad mengambil


Imam Syafie sebagai orang dibawah jaminannya – belajar
aliran al-ra’y
Hasil pengajian

- Berjaya menjadi ulama yang mempunyai pandangan


tersendiri, berdikari – meneliti pandangan guru secara
kritis – Buku Khilaf Malik / Khilaf al-Iraqiyyin – ijtihad
dengan cara sendiri tidak mengikut guru.

- Membina asas istinbat (penyelidikan hukum) –


menjelaskan secara terperinci apa yang perlu dilakukan
apabila berijtihad – Usul al-Fiqh (al-Risalah)
 Murid - Ahmad Ibn Hanbal / Ishaq Ibn Rahawih

 Buku – al-Umm / al-Risalah

Berpindah dari Baghdad ke Mesir (199H) kerana kurang



selesa dengan politik Baghdad (zaman khalifah al-
Makmun yg disokong kuat orang Parsi). Ini disebabkan al-
Makmun lebih menyukai ilmu kalam dan cenderung
kepada Muktazilah.

 Mesir menjadi tarikan ilmu – qawl jadid Imam Syafie


ketika berada di Mesir.

 Meninggal di Mesir pada usia 54 tahun.


 Perkembangan pengajian Imam Syafie disebabkan faktor
peribadi (kecerdikan dan kegigihan) dan sekitar (budaya
ilmu di Mekah, Madinah, Baghdad, Mesir).

 Metodologi hukum Imam Syafi’e:


 1) al-Kitab dan al-Sunnah

 2) Ijmak

 3) Pendapat sahabat

 4) Qiyas

 Murid - Ibn Yahya al-Buaiti / Ibn Yahya al-Mazani/ al-


Za’farani
MAZHAB HANBALI
 Ahmad Ibn Hanbal Ibn Hilal al-Shaibani. Beliau lahir di
Baghdad (164H).

 Pengajian hadis di baghdad – pencarian hadis (dicatat –


kompilasi besar – Musnad Ibn Hanbal mengandungi
hadis Nabi, fatwa sahabat dan tabi’in).

 Bidang fiqh – guru beliau ialah Imam Abu Yusuf, Imam


Syafie

 Pengajaran kelas – di rumah / masjid


CARA PENGAJARAN IMAM HANBAL

 1) Tenang tiada jenaka – menjadi ikutan muridnya –


jenaka membatalkan kesungguhan ilmu

 2) Tidak meriwayatkan hadis kecuali diminta – merujuk


catatan.

 3) Mewajibkan muridnya hanya menulis hadis sahaja –


melarang menulis fatwa dan hukum yang disebutnya
kerana beliau berpandangan ilmu agama hanya dalam
al-Quran dan Sunnah sahaja. Namun, ini tidak
menghalang catatan fatwa beliau tetap ditulis oleh
muridnya.
 Tidak berminat dengan jawatan dalam kerajaan
pemerintah

 Menolak pemberian pemerintah – bersifat mengelak


diri dari terlibat dalam perkara yang meragukan.
 Pembinaan Mazhab Hanbali

- Imam Ahmad tidak menulis sendiri pendapatnya


(berbeza dengan Imam Syafie)

- Catatan hanya untuk kegunaan sendiri dan bukan


disebarkan kepada orang lain.

Pandangan Imam Ahmad dipindahkan kepada


-
generasi seterusnya dilakukan oleh muridnya
terutama anaknya, Soleh dan Abdullah. Sebaran
melalui pertanyaan dalam surat serta kedudukannya
sebagai hakim menyebarluaskan lagi pendapat Imam
Ahmad.
ASPEK POSITIF BERMAZHAB

✓ Memudahkan rujukan terutama kepada


masyarakat umum yang tiada
pengetahuan / kemahiran mengenalpasti
hukum.
✓ Dapat mengelakkan pertelingkahan
✓ Wujudnya penulisan berdasarkan
mazhab dan perbandingan mazhab.
ASPEK NEGATIF BERMAZHAB

❖ Sifat taksub terhadap mazhab


(permusuhan)

❖ Taqlid buta

❖ Mematikan semangat mendalami ilmu


secara sebenar.
APAKAH SOALAN YANG MASUK DI
DALAM KUIZ YA?

1. BERKAITAN MAZHAB YANG


TIDAK LAGI AKTIF PADA
ZAMAN SEKARANG

Anda mungkin juga menyukai