Anda di halaman 1dari 8

MEMBANDINGKAN METODOLOGI ATAU ADILLAH FIQHIYYAH YANG DIGUNAKAN

OLEH SETIAP PENGASAS MAZHAB FIQH YANG MUKTABAR.

PENGENALAN

Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam, ada baiknya


jika kita tinjau terlebih dahulu maksud perkataan “Mazhab” dan “Imam” itu sendiri. Mazhab (
‫ )مذهب‬dari sudut bahasa bererti “jalan” atau “the way of”. Dalam Islam, istilah mazhab secara
umumnya digunakan untuk dua tujuan: dari sudut akidah dan dari sudut fiqh. Sebagai
muqaddimah, umum mengetahui bahawa mazhab-mazhab fiqh mempunyai 4 mazhab yang
utama. Persoalanya, bagaimanakah kemunculan pelbagai mazhab boleh terwujud.

Sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam

Mazhab-mazhab fiqh Islam yang empat iaitu Maliki, Hanafi, Shafi‘e dan Hanbali hanya
muncul dan lahir secara jelas pada era pemerintahan Dinasti Abbasiah, iaitu sejak kurun ke
2H/8M. Sejarah kemunculan dan perkembangannya boleh dilihat dalam 4 peringkat, iaitu:

1. Pada era Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Khalifah al-Rashidin yang
empat.

2. Pada era Pemerintahan Dinasti Umayyah dan Abbasiah di mana pada ketika inilah
mazhab-mazhab Islam mula muncul dan berkembang.

3. Pada era kejatuhan Islam, iaitu mulai kurun ke 4H/10M di mana mazhab-mazhab Islam
tidak lagi berperanan sebagai sumber ilmu kepada umat tetapi hanya tinggal sebagai
sesuatu yang diikuti dan diterima secara mutlak.

4. Era kebangkitan semula Islam dan ilmu-ilmunya sama ada dalam konteks mazhab atau
ijtihad ulama’ mutakhir.
PENGENALAN IMAM 4 MAZHAB

1) MAZHAB IMAM AS-SYAFI’E

Nama sebenar Imam Muhammad Bin Idris as-Syafi’e (150 H- 204 H), keturunannya bertemu
dengan keturunan Rasulullah SAW pada Abd al-Manaf. Dilahirkan di gazza, Palestin.
Setengahnya mengatakan di ‘asqolan, meninggal di Mesir. Membesar di Mekah sehingga
diizinkan memberikan fatwa ketika berumur 15 tahun, berpindah ke Madinah dan menuntut
dengan Imam Malik dan Yaman, kemudian ke Baghdad, menuntut dgn Imam Muhd bin
Hasan al-Hanafi, akhirnya berpindah ke Mesir dan wafat di sana. Beliau telah
menggabungkan ilmu daripada kedua-dua aliran ahli ra’yi dan ahli al-hadith. Ini
menyebabkan beliau sangat dihormati oleh kedua-dua aliran.

SUMBER MAZHAB :

a. Al-Quran al-Karim.

Beramal dgn Al-Quran serta as-Sunnah menjadi pengtakhsis, penjelas serta pentaqyid
baginya dan memegang nas zahir sehingga terdapat dalil yang membawa maksud lain
dari zahir.

b. As-Sunnah an-Nabawiyyah.
Beliau hanya memegang hadith dengan syarat bersambung dan sahih sanad, iaitu
dgn perawi yang ‘thiqah’, ‘Sadiq’, Wara’, memahami apa yang diriwayatkannya,
‘dhobid’ serta beliau akan mendengar hadiith secara langsung dari orang yang
diambilnya. Dalam pemakaian hadith ahad beliau tidak menyetujui syarat yang
digunakan oleh Abu Hanifah serta tidak menyetujui Imam Malik dalam
mendahulukan amal ahli Madinah ke atas Hadith Ahad. Manakala dalam pemakaian
hadith Mursal beliau menerima Hadith Mursal dari Kibar at-Tabi’en seperti Sa’id
Musayyab berlainan dari tiga mazhab lain.
C. Ijma’
Beliau hanya Berhujjah dengan Ijma’ Qauli sahaja.

d. Al-Qias
Sederhana dalam menerima qias adalah cara dalam mazhab ini iaitu tidak meluas
seperti Abu Hanifah dan tidak terlalu sempit seperti Imam Ahmad.
2) MAZHAB IMAM MALIK
imam Maliki (Malik ibn Anas Al Ashbaqi 93-179 H) lahir di Madinah pada tahun 93 H /
712 M, dan sekitar 57 tahun lebih tua dari Imam Syafi’i. Beliau adalah seorang ulama
atau Imam yang tekun mengumpulkan hadits dan menghafalnya. Ia hidup pada
masa Tabi’in dan Tabi’tabi’in (orang yang berjumpa dengan sahabat Nabi dan orang
yang berjumpa dengan orang yang telah berjumpa dengan sahabat Nabi). Imam
Malik telah Berjaya mengumpul 5000 hadis yang dianggap shahih. Dan kemudian
beliau kumpulkan menjadi satu dalam kitab yang diberi nama “Almuwaththa” (yang
disepakati). Sesuai dengan namanya “Almuwaththa” yang disepakati, karena kitab
tersebut telah dimufakati oleh 70 ulama fiqih di Madinah. Imam Safi’i berkomentar:
“Kitab yang paling shahih sesudah Al Qur’an, ialah “Almuwaththa”.[3]
Selain menggunakan Al Qur’an, hadis, ijma’ dan qiyas, Imam Maliki juga
menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber
tambahan. Menurut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah yang
hidup seolah-olah baginda masih ada.

SUMBER MAZHAB MALIKI :


1) Al Qur’an;
2) Sunnah Rasul SAW yang dipandang sah;
3) Ijma’ Ahl Madinah (kadang menolak hadits yang berlawanan atau tidak diamalkan
oleh para ulama Madinah);
4) Qias (kias / analogi / membandingkan);
5) Istislah. (istilah fikih, iaitu pendapat bahwa sesuatu
Adalah sahih karena berfaedah, bijak untuk kepentingan dan keperluan umum)
3) MAZHAB IMAM HANIFAH

I) BIODATA PERIBADI

Abu Hanifah merupakan pengasas mazhab Hanafi yang menjadi rujukan


umat islam terutamanya di sekitar Turki, China, India, Pakistan dan beberapa negara
lain di benua Asia. Imam Hanafi satu-satunya imam antara imam 4 mazhab yang
bukan berasal daripada keturunan Arab akan tetapi beliau berketurunan Parsi.

Nama sebenar beliau ialah Nu’man bin Thabit bin Zuta bin Mah al-Taymi al-
Kufi. Terdapat riwayat lain yang menyebut, al-Nu’man bin Thabit bin al-Nu’man bin
al-Marzuban. Beliau dilahirkan pada tahun 80H bersamaan 5 September 699 Masihi
dalam wilayah Kufah di Iraq, iaitu pada zaman pemerintahan khalifah ‘Abd al-Malik
bin Marwan.

SUMBER MAZHAB HANAFI :


1. Al-Qur’an

2. Hadis
3. Ijma’
4. Pendapat sahabat
5. Al-Qiyas
6. Al-Istihsan
7. Al-‘Urf wal adat
4) MAZHAB IMAM HAMBALI

I) BIODATA PERIBADI

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal adalah Imam terakhir di kalangan Imam 4
Mazhab yang utama. Imam Ahmad mempunyai perwatakan yang zuhud, budi pekerti
yang mulia, kepintaran yang luar biasa dan juga mempunyai memori hafalan yang
kuat.

Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin
Asad bin Idris bin ‘Abdillah bin ibnu Hayyan bin ‘Abdillah bin Anas bin ‘Auf bin Qasit
bin Mukhazin bin Syaiban bin Zahl bin Sa’labah bin Ukabah bin Sa’ab bin Ali bin Bakr
bin Wa’il bin Qasit bin Hanb bin Aqsa bin Du’ma bin Jadilah bin Asad bin Rabi’ah.
Beliau dilahirkan di Iraq pada bulan Rabi’ul awal 164H bersamaan 780 masihi pada
zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dipimpin oleh khalifah al-Mahdi. Ayahnya
bernama Muhammad Al Syaibani, meninggal dunia sebelum Imam Ahmad
dilahirkan. Oleh itu sebutan Hanbal bukanlah berasal daripada ayahnya tetapi
diambil daripada nama datuk beliau kerana nama Ahmad sendiri terlalu banyak. Jadi
sejak dari kecil beliau digelar dengan nama Ahmad bin Hanbal.

II) SUMBER MAZHAB


1. Al-Quran
2. Sunnah Rasulullah
3. Ijma’
4. Fatwa sahabat

Jika pendapat sahabat berbeza, yang dipilih adalah pendapat yang lebih
dekat dengan Al-Quran dan sunnah.Selain itu, mazhab Hambali juga
menggunakan hadits mursal sebagai sumber rujukan. Hadits mursal adalah
hadits dhaif yang didukung oleh qiyas dan tidak bertentangan dengan ijma’.
PERBANDINGAN METODOLOGI ATAU ADILLAH FIQHIYYAH YANG DIGUNAKAN OLEH
SETIAP PENGASAS 4 MAZHAB FIQH YANG UTAMA.

Berlandaskan sumber mazhab yang telah diterangkan, ke empat empat pengasas


mazhab menggunakan 4 sumber yang utama iaitu al-quran, al-hadis, ijma’ dan qias dan
dikenali sebagai dalil-dalil yang disepakati. Dalil yang disepakati ini digunakan oleh imam
mazhab yang empat dalam menentukan sesuatu hukum syarak. Akan tetapi, terdapat 6 dalil
yang tidak disepakati seperti Istihsan, Istishab, Al-Maslahah al-Mursalah, Sadd al-Zaraai’,
Al-‘Urf, dan Qaul al-Sahabi yang sebahagiannya digunakan oleh imam 4 mazhab sebagai
pengisbatan sesuatu hukum syarak.

ADILLAH FIQHIYYAH

1. ISTIHSAN
Ulamak Menerima :

Ulamak yang menerima istihsan ialah mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali sebagai dalil
syarak. Hujah mereka menerima adalah kerana mereka berhujah bahawa menggunakan al-
istihsan bererti mengikut prinsip kemudahan yang memang telah diakui oleh syarak.

Ulamak Menolak :

Imam Syafie’ menolak kerana berhujah bahawa menggunakan al-istihsan bererti membuka
ruang kepada manusia untuk menentukan hukum mengikut hawa nafsu mereka. Namun
begitu, menurut sebahagian pengkaji, istihsan yang ditolak oleh imam Syafi’e bukanlah
istihsan yang diterima oleh jumhur ulamak tetapi istihsan yang bermaksud menentukan
hukum syarak berdasarkan akal dan hawa nafsu semata-mata.

2. ISTISHAB
Majoriti ulamak menerima al-istishab sebagai sumber hukum. Tetapi mereka
mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan penerimaan istishab. Jumhur
ulamak daripada mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali menerima istishab sebagai dalil
syarak secara mutlak. Pandangan ulamak mazhab Hanafi, istishab ialah dalil bagi
mengekalkan hukum tetapi bukan dalil untuk mensabitkan hukum yang baharu.
3. MASOLIH MURSALAH
ULAMAK MENERIMA:
Jumhur ulamak menerima masolih mursalah sebagai sandaran hukum syarak.
Jumhur ulamak menerima kerana ia selari dengan kemaslahatan yang terkandung
dalam nas-nas syarak. jika ia tidak dibenarkan, nescaya banyak kebaikan yang
terdapat dalam kehidupan manusia pada masa kini akan diharamkan dan keadaan
sebegini akan menyusahkan kehidupan manusia .

ULAMAK MENOLAK:
Sebahagian ulamak seperti Imam Ibni Hajib dan Imam al-amidi. Hujah ia menolak
kerana berpandangan ia boleh mencemarkan kesucian islam jika hukum agama
boleh ditentukan berdasakan kepada kebaikan yang difikirkan oleh akal dan hawa
nafsu manusia semata-mata.

4. SADDU ZARA’II
ULAMAK MENERIMA:
Mazhab Mliki dan Hanafi menerima sumber hukum saddu zara’ii berlandaskan hujah
al-quran.

١٠٤ ‫َي ٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذيَن َء اَم ُنو۟ا اَل َت ُقوُلو۟ا َٰر ِع َن ا َو ُقوُلو۟ا ٱنُظ ْر َن ا َو ٱْس َم ُعو۟ا ۗ َو ِلْلَك ٰـ ِفِر يَن َع َذ اٌب َأِليٌۭم‬
Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina",
(ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah:
"unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya);
dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.

ULAMAK MENOLAK
Mazhab hanbali menolak hujah berdasarkan al-quran.

‫َو اَل َت ُقوُلو۟ا ِلَم ا َت ِص ُف َأْلِس َن ُتُك ُم ٱْلَك ِذَب َهٰـ َذ ا َح َلٰـ ٌۭل َو َهٰـ َذ ا َح َر اٌۭم ِّلَت ْف َت ُرو۟ا َع َلى ٱِهَّلل ٱْلَك ِذَب ۚ ِإَّن ٱَّلِذيَن َي ْف َت ُروَن َع َلى ٱِهَّلل ٱْلَك ِذَب اَل‬
١١٦ ‫ُيْف ِلُحوَن‬
Maksudnya : Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh
lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta
terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan
berjaya.
5. QAULU SOHABI
ULAMAK MENERIMA:
Imam abu hanifah, imam maliki, imam syafie dan imam ahamd menerima sebagai
hujah. Hujah mereka menerima adalah kerana sahabat adalah golongan yang lama
Bersama dengan Rasulullah dan mereka lebih memahami maksud dan tujuan
sesuatu hukum al-quran diturunkan.

6. URUF DAN ADAT


ULAMAK MENERIMA:
Mazhab Hanafi dan maliki menerima uruf dan adat sebagai dalil hukum syarak jika ia
tidak berlawan dengan nas nas syarak. Ulamak mazhab syafie hanya menerima uruf
dan adat yang berkaitan dengan perkataan sahaja uruf qauli dan tidak menerima
berkaitan dengan perbuatan.

KESIMPULAN
Kesemua imam 4 mazhab yang muktabar jelas menggunakan dalil yand disepakati
sebagai penetapan hukum syarak. Akan tetapi mereka bercanggah pandangan
tentang dalil dalil yang tidak disepakati.

Anda mungkin juga menyukai