Anda di halaman 1dari 39

IXEH1101

PENGANTAR SYARIAH

PENULISAN ULAMA
MAZHAB
DR MOHAMMAD TAQIUDDIN MOHAMAD
Jabatan Syariah & Ekonomi
Akademi Pengajian Islam
012-2828903

OUTLINES

Pengenalan
Mazhab Yang Tidak Berkembang
Mazhab Syiah dan Khawarij
Mazhab Ahlul Sunah Waljamaah

Imam
Imam
Imam
Imam

Abu Hanifah
Malik
Syafiie
Imam Ahmad Hanbal

PENGENALAN

Begitu ramai tokoh ulama mujtahid muncul dalam sejarah


perkembangan fiqh. Mereka memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengembang, menyubur dan memajukan fiqh dan seterusnya
mengasaskan madrasah atau sekolah-sekolah fiqh yang berjaya
melahirkan ulama-ulama besar dan pengikut-pengikut yang ramai.
Madrasah dan sekolah ini yang dinamakan mazhab-mazhab Islam atau
fiqh bersama dengan nama-nama pengasasnya. Mazhab ini meskipun
banyak, bukanlah bermakna ia mengecilkan Islam dalam aliran
tertentu dan bukan juga suatu proses mewujudkan Syari'at baru.
Tetapi ia merupakan manhaj atau method untuk memahami Syari'at,
dan kaedah mentafsir nas-nas Syari'at dan mengambil hukum dari
sumber-sumbernya.
Mazhab-mazhab yang berkembang pada ketika itu ada yang masih
berdiri teguh dan mempunyai pengikut yang ramai hingga kini dan ada
di antaranya sudah lenyap ditelan zaman tanpa pengikut dan tidak
diketahui adanya kata-kata atau fatwa mereka, melainkan apa yang
disebut dalam kitab-kitab al-Khilaf (perbandingan mazhab) dan kitabkitab mazhab yang masih kekal.

Mazhab-mazhab ini boleh dibahagikan kepada tiga


bahagian:

Tidak Berkembang Lama

MAZHAB-MAZHAB

Mazhab Syiah dan Khawarij

Mazhab Iman-Imam ASWJ

'Ata' bin Abi Rabah,


Sa'id bin al-Musayyib
Ibrahim al-Nakha'iy
Sufyan al-Thauri
al-Imam al-Auza'iy
Ibnu Jarir al-Tabari
Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.

Mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan alKhawarij.


Mazhab al-Imamiyyah dari Syi'ah.
Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi'ah juga
tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab
yang sederhana dan lebih hampir
kepada Ahli Sunnah wa al-Jama'ah.

Imam Abu Hanifah (80-150H)


Imam Malik Bin Anas (93-179H)
Al-imam Al-syafi'i (150-240 H)
Al-imam Ahmad Bin Hanbal (164-241h)

1.

Mazhab yang Tidak Berkembang

Para mujtahid pada zaman ini


sebenarnya cukup ramai, terdiri dari
tabi'in atau tabi'i al-tabi'in atau mereka
yang berikutnya, tetapi kebanyakan
mereka ini tidak ada orang yang
mengumpul dan menyebarkan mazhab
mereka di kalangan orang Islam dan
memfatwakannya.
Mazhab ini akhirnya
semakin lama
semakin mengecil, hampir pupus dan
hilang fiqhnya, kecuali pandanganpandangan mereka yang ditemui
bertaburan di dalam kebanyakan kitab
tafsir bil ma'thur, syarah-syarah hadith
dan kitab fiqh mazhab yang kekal.

Antara Tokoh-Tokoh
'Ata' bin Abi Rabah,
Sa'id bin al-Musayyib
Ibrahim al-Nakha'iy
Sufyan al-Thauri
al-Imam al-Auza'iy
Ibnu Jarir al-Tabari
Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.

2.

Mazhab Syiah & Khawarij

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih


hidup, kekal, berkembang dan diberi perhatian,
akan tetapi ijtihad pendokong-pendokongnya
telah terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah wa
al-Jama'ah dari segi Usul (prinsip) dan Furu'.
Yang terpenting sekali ialah mazhab Syi'ah dan
Khawarij, kemudian yang paling masyhur sekali
ialah:1. Mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan alKhawarij.
2. Mazhab al-Imamiyyah dari Syi'ah.
3. Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi'ah juga tetapi
lebih di-kenali sebagai mazhab yang
sederhana dan lebih hampir kepada Ahli
Sunnah wa al-Jama'ah.

3. Mazhab Fiqh Ahli Sunah wa alJamaah (ASWJ)

Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan


imam Ahli Sunnah wa al-Jama'ah yang masih
terus-menerus
memberi
khidmat
dan
mempunyai
pengikut
setia
yang
ramai
mengembang, menyebar, mengajar seterusnya
dipelajari ialah empat mazhab yang terkenal itu.
Berikut dibincangkan secara ringkas setiap
mazhab sebagaimana urutan di bawah:-

IMAM ABU HANIFAH (80-150H)

Nama, Nasab dan Pekerjaannya

Beliau ialah al-Nu'man bin Thabit bin Zuta. Dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah;
berasal dari keturunan Parsi, merdeka dan keturunan nenek moyangnya tidak pernah
menjadi hamba menurut satu pendapat. Tetapi setengah pendapat mengatakan
bahawa datuk beliau pernah menjadi hamba kepada Bani Taim bin Tha'labah,
kemudian dimerdekakan.
Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan kain tenun sutra di Kufah, dan amat
dikenali oleh masyarakat sebagai orang yang jujur dalam urusan jual beli dan benci
kepada penipuan.
Imam Abu Hanifa dikatakan agak segak dan suka menolong kawan-kawannya.
Di Kufah pada ketika itu dipenuhi oleh para alim ulama fuqaha', yang menyebabkan
Abu Hanifah amat berminat menghadiri majlis-majlis ulama dan mengambil ilmu dari
mereka.
Seterusnya beliau menumpukan perhatian kepada Fiqh setelah mendalami ilmu-ilmu
Islam yang lain dan beliau sentiasa mencedok ilmu dari mata air yang besar di Kufah
sehinggalah beliau menjadi seorang tokoh mujtahid agung dan Imam Mazhab Ahli
al-Rayi.
Abu Hanifah walaupun seorang yang pendiam tetapi apabila ditanya tentang masalah
fiqh akan terpancar (keluar) dari mulut-ilmu mengalir umpama air sungai yang
mengalir deras.

Guru-gurunya yang Masyhur

Di antara tokoh guru beliau yang masyhur ialah

'Ata' bin Abi Rabah,


al-Sya'bi,
'Ikrimah maula Abdullah bin Abbas,
Nafi' maula Umar
Hammad bin Abi Sulaiman. Hammad ini mengambil ilmu-dari
Ibrahim al-Nakha'iy, dari 'Alqamah, dari Abdullah bin Msud.
Maka bolehlah dianggap sahabat besar ini (Abdullah bin Masud)
sebagai Mahaguru Imam Abu Hanifah, beliau mengambil
berdasarkan pemikiran, cara/method dan mazhabnya.

Ujian yang Dihadapi

Abu Hanifah seorang yang berani dan tegas dalam perkara


kebenaran, beliau telah ditimpa dengan pelbagai ujian.
Pernah dikehendaki oleh Gabenor Marwan di Iraq yang bernama
Yazid bin 'Umar bin Hubayrah untuk memegang jawatan hakim atau
Qadi di Kufah. Beliau enggan menerima jawatan itu dan akhirnya
beliau dihukum sebat 110 kali (10 kali setiap hari) kerana menolak
tawaran Gabenor.
Apabila Yazid melihat Abu Hanifah tetap tidak berganjak, lalu beliau
dilepaskannya.
Beliau juga pernah ditahan oleh Abu Ja'afar al-Mansur kerana
menolak perlantikan jawatan hakim pada zaman pemerintahannya.
Begitulah beliau sentiasa berhadapan dengan tribulasi atau ujian
pada zaman pemerintahan Abbasiyyah dan juga Umawiyyah
sehingga beliau meninggal dunia dalam tahanan

Murid-Murid Abu Hanifah

Imam Abu Hanifah tidak menyusun fiqhnya sendiri, tetapi fatwa-fatwa


beliau dinukilkan melalui murid-murid-nya seperti Abu Yusuf dan
Muhammad bin al-Hasan.
Mereka ini-lah yang menyebarkan Mazhab Abu Hanifah dan menyusun
fatwa-fatwanya yang bercampur-aduk dengan pendapat dan pandangan
mereka.
Mereka bukan muqallid semata-mata bahkan mereka juga mujtahid
yang lahir dari madrasah Imam Abu Hanifah dan komited dengan method
beliau dalam pengambilan hukum dan ijtihad.
Murid-murid Abu Hanifah yang paling masyhur hingga sampai kepada
tahap mujtahid ialah empat orang:

Abu Yusuf, Ya'aqub bin Ibrahim al-Ansari (112-183H). Dikenali sebagai


Qadzi al-Qudzah.
Zufar bin al-Huzayl bin Qays al-Kufi, (110-157H).
Muhammad bin al-Hasan bin Farqad al-Syaibani (132-189H).
Al-Hasan bin Zayd al-Lu'Iuiy al-Kufi (m. 204H)

Dasar-dasar Mazhab Abu Hanifah

Dasar-dasar mazhab Abu Hanifah ialah sumber Syara' yang menjadi asas kepada
fiqh beliau. Sumber-sumber ini seperti berikut:
Al-Qur'an,
Al-Sunnah,
Al-Ijma',
Aqwal al-Sahabah, beliau memilih mana-mana pendapat yang difikirkan
benar,
al-Qiyas dan al-Ijtihad.
Abu Hanifah terkenal sebagai imam yang banyak menggunakan pemikiran
atau qiyas dan bentuk ijtihad yang lain seperti istihsan dan 'urf, kerana
kehidupan beliau di Iraq sedikit sekali hadith sahih yang ditemuinya.
Ini kerana tercetusnya pelbagai fitnah dan munculnya kelompok-kelompok politik
yang terdiri dari golongan Khawarij, Syi'ah dan lain-lain lagi dari kalangan mereka
yang mencipta hadith palsu bagi menyokong pemikiran mereka.
Justeru itul, Imam Abu Hanifah cukup teliti untuk menerima hadis. Apabila jelas
sesuatu hadith itu sahih, beliau tidak akan mengambil sumber yang lain lagi
sebagai sumber hukum. Oleh yang demikian beliau akan menggunakan sumbersumber ijtihad hanya apabila tidak ada nas al-Qur'an, hadith sahih dan
ijma. Maka sebab itu, beliau dianggap sebagai Imam Ahli al-Ra'yi.

Pengaruh Fiqh Abu Hanifah

Tidak dapat dikesan karangan dan penulisan Imam Abu Hanifah


secara khusus, walaupun ada yang mengatakan beliau telah menulis
kitab "al-Fiqh al-Akbar" tetapi riwayatnya tidak meyakinkan bahkan
dipertikaikan.
Adapun pendapat, perkataan dan fatwa-fatwa beliau dalam bidang
fiqh telah dihimpunkan oleh muridnya yang rapat lagi setia iaitu
Imam Muhammad bin al-Hasan dalam enam buah kitab seperti
berikut:

Al-Mabsut
Al-Jami al-Kabir
Al-Jami al-Soghir
Al-Sair al-Kabir
Al-Sair al-Soghir
Al-Ziyaadat

Penyebaran Mazhab Hanafi

Mazhab Abu Hanifah tersebar luas di kalangan penduduk Iraq,


Syam, Mesir, India, China dan beberapa negara di Asia
Tengah.
Murid-murid beliau merupakan sahabat kepada Khalifah Bani
al-'Abbas. Karangan-karangan mereka banyak diterbitkan dan
sering berlaku perbahasan dengan ulama-ulama mazhab
Syafi'i yang melahirkan pelbagai dalil dan membuahkan ilmu
yang berguna kepada umat dan tidak mencetuskan
permusuhan dan perseteruan.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyaj, sistem
kehakiman diasaskan kepada Mazhab Hanafi, ini di antara
faktor yang membantu perkembangan dan dipelajari mazhab
ini di kalangan orang awam di kebanyakan negara Islam
ketika itu.

IMAM MALIK BIN ANAS (93-179H)


Nama dan Keturunannya
Beliau ialah al-Imam Malik bin Anas bin Abi 'Amir al-Asbahi alYamani. Dilahirkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun 93
Hijrah. Beliau terus menetap di Madinah, tidak pernah keluar dari
Madinah melainkan kerana melakukan ibadat Haji.
Beliau dibesarkan dalam masyarakat Islam yang penuh dengan
ilmu warisan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'in, beliau
dididik dalam gedung ilmu, kota ilmu, Dar al-Hijrah, sumber
sunnah, tempat rujukan ulama dan tempat lahirnya fatwa-fatwa
sahabat.
Beliau menghafaz al-Qur'an al-Karim dalam waktu masih kanakkanak lagi, kemudian beliau menghafaz hadith pula, beliau
mendampingi ulama semenjak kecil lagi, mencintai majlis-majlis
ilmu dan begitu setia dengan seorang tokoh ulama pada
zamannya yang bernama Abd al-Rahman bin Hurmuz, hampir
setiap masa Imam Malik bersama dengannya.

Guru-gurunya Yang Masyhur

Beliau mempelajari ilmu Fiqh dan Sunnah dari tokoh ulama ang ramai
jumlahnya.
Antaranya yang masyhur ialah 'Abd al-tahman bin Hurmuz, Muhammad bin
Muslim bin Syihab al-Zuhri dan darinyalah Imam Malik mengambil hadith,
fiqh al-Athar dan fatawa sahabat. Abu Zinad Abdullah bin Zakuan juga
merupakan -guru hadith bagi Imam Malik.
Kemudian Yahya bin Sa'id gurunya dalam bidang Fiqh al-Ra'yi dan ilmu
riwayat hadith, seterusnya beliau berguru dengan Rabi'ah bin 'Abd alRahman Faqih al-Ra'yi, Ja'afar bin Muhammad al-Baqir dan ramai lagi guru
beliau. Namun demikian guru yang banyak mempengaruhi pemikirannya
ialah Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri dan Rabi'ah al-Ra'yi.
Imam Malik mula mengajar dan memberi fatwa setelah diperakui
kelayakannya oleh 70 tokoh ulama fiqh yang merupakan guru-gurunya
belaka.

MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

'Abdullah bin Wahab (paling agung & masyhur): Berguru dengan


Imam Malik selama 20 tahun. Berperanan penting dalam
mengembangkan mazhab Maliki di Mesir dan Maghribi. Meninggal
dunia pada tahun 197 Hijrah.
'Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Masri: Murid Imam Malik yang
amat berpengaruh dalam memantapkan mazhab Maliki. Bersahabat
dengan Imam Malik hampir 20 tahun juga dan meriwayatkan darinya
hadith "al-Muwatta"'. Riwayat beliau dikira paling sah. Meninggal dunia
pada tahun 192 Hijrah.
Asyhab bin Abd al-Aziz al-Qaysi: Penyebar mazhab Maliki di Mesir,
meninggal dunia pada tahun 224 Hijrah.
Abu Hasan al-Qurtubi: Mengembangkan mazhab Maliki di Andalus,
meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.
Asad bin Furat (Tunisia): Mati syahid di Saqlia dan lain-lain lagi.
Imam Syafi'i: juga pernah menjadi murid kepada Imam Malik dan
mempelajari kitab al-Muwatta' karangan beliau yang masyhur itu

DASAR-DASAR MAZHAB MALIKI

Imam Malik dikira imam yang paling banyak mendasarkan


mazhabnya kepada sumber-sumber perundangan Islam lain yang
berasaskan ijtihad dan istinbat, bahkan dasar-dasar mazhabnya
lebih banyak mengatasi dasar-dasar mazhab yang lain. Yang paling
masyhur ialah seperti berikut:

Al-Qur'an
Al-Sunnah al-Nabawiyyah
Al-Ijma'
Al-Qiyas,
Amal Ahli al-Madinah,
Qaul al-Sahabi,
al-Istihsan
Sadd al-Zarai',
Al-Istishab,
Al-Masalih al-Mursalah.

Dasar-dasar ini dapat menjamin


kehidupan,
kesuburan
dan
perkembangan
fiqh
dalam
menjawab semua permasalahan
yang baru muncul

Penulisan Imam Malik

Karangan dan penulisan Imam Malik yang


paling masyhur ialah kitabnya "al-Muwatta"'
yang pernah disebut oleh Imam Syafi'i
"Tiada di muka bumi sebuah kitab dalam
bidang ilmu yang lebih tepat selain dari alMuwatta'.
Keunggulan kitab al-Muwatta' ini telah
menarik perhatian Abu Ja'afar al-Mansur
sehingga beliau mencadangkan supaya
dijadikannya sebagai undang-undang yang
menyatukan
seluruh
manusia
mengamalkannya,
tetapi
Imam
Malik
menolak cadangan ini. Beliau mengatakan,
"Para sahabat Rasulullah ramai bertebaran
di
beberapa
negara,
masing-masing
mempunyai ilmu, kalau kamu memaksa
orang ramai berada di atas satu pendapat
sahaja sudah pasti akan menimbulkan
fitnah".

Ini merupakan satu sikap yang cukup baik, menandakan ketinggian,


kebersihan dan kebebasan ilmiah, wara' dan tidak mementingkan
diri demi kebenaran yang diimani oleh Imam Malik dan keyakinan
yang menunjangi hatinya.
Kitab al-Muwatta' merupakan karangan terbesar Imam Malik yang
pernah dihasilkannya. Beliau menghimpun di dalamnya hadithhadith yang sahih menurut penelitiannya, ada yang muttasil dan
ada yang mursal.
Imam Malik menyusun kitab ini dalam masa 40 tahun dengan
beberapa kali semakan, disusun menurut bab-bab fiqh.
Kitab ini telah diriwayatkan oleh sebilangan besar murid-nya, tetapi
yang berada di tangan pengkaji Islam dan para ulama sekarang dua
riwayat sahaja yang masyhur, pertama riwayat Muhammad bin alHasan al-Syaibani sahabat setia Imam Abu Hanifah, sementara yang
kedua ialah riwayat Yahya bin Yahya al-Laithi al-Barbari al-Andalusi
(m. 234 Hijrah). Beliau salah seorang murid Imam Malik yang
datang dari Andalus, kemudian pulang menyebarkan mazhab Maliki
di sana. Riwayat Muhammad bin al-Hasan pernah dicetak di India,
tetapi bab-bab dan juga hadith-hadith di dalamnya kurang dari
riwayat Yahya yang terdapat di Mesir dan negara-negara Maghrib.

Penyebaran Mazhab Maliki

Mazhab Imam Malik tersebar dengan meluasnya di Maghrib al-Arabi,


Mesir, Sudan, Andalus dan kebanyakan negara Islam sebelah Afrika.
Agak pelik juga mengapa mazhab Maliki tidak berkembang di Hijaz
dan Madinah, sedangkan beliau tidak pernah meninggalkan Madinah
kecuali kerana mengerjakan ibadat haji sahaja.
Barangkali kebanyakan murid-muridnya dari negara sebelah
Maghrib dan mereka inilah yang menghafaz, menyusun dan
menyebarkan mazhab Maliki di rantau sebelah sana.
Selain dari itu boleh jadi kerana Imam Malik telah meluaskan
sumber-sumber perundangan Islam dengan merujuk kepada ijtihad
dan al-Masalih dalam suasana masyarakat yang kebanyakannya
menghayati aliran atau madrasah al-Hadith dan berpegang kepada
zahir nas-nas, boleh jadi inilah faktor utama tidak tersebar mazhab
Maliki di Hijaz.

AL-IMAM AL-SYAFI'I (150-240 H)

Imam al-Syafi'i dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 Hijrah iaitu tahun
kewafatan Imam Abu Hanifah. Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin
al-'Abbas bin 'Uthman bin Syafi'i bin al-Saib bin 'Ubayd bin Abu Yazid bin
Hasyim bin al-Muttalib bin Abdul Manaf.
Berketurunan Quraisy dan bertemu nasabnya dengan Nabi s.a.w melalui
'Abd al-Manaf. Ibu al-Syafi'i keturunan Arab Yaman dari Qabilah al-Azad
bukan Quraisy.
Dibesarkan dalam keadaan yatim. Bapanya meninggal dunia sewaktu
beliau masih dalam buaian lagi. Ibun yang membesar dan mendidik beliau
di Makkah. Kecemerlangan beliau terserlah sejak dari kecil lagi. Menghafaz
al-Qur'an dalam lingkungan umur tidak sampai tujuh tahun atau sembilan
tahun. Beliau dapat menghafaz hadith melalui pendengaran, penulisan dan
pengumpulannya semenjak kecil lagi.
Kemudian beliau memberi penumpuan mendalami bahasa Arab dan
kesusasteraannya.
Di samping itu beliau juga berkesempatan mempelajari ilmu memanah
sehingga menjadi seorang yang mahir dalam memanah, kepakarannya
terbukti apabila beliau memanah sepuluh kali maka kesemuanya mengenai
sasarannya dengan tepat.

Guru-Gurunya

Beliau dibesarkan di Makkah dan mempelajari ilmu fiqh dengan Muslim bin
Khalid al-Zanji mufti Makkah sehingga beliau di-izinkan memberi fatwa
ketika umurnya dalam lingkungan lima belas tahun.
Kemudian beliau mengembara ke Madinah dan berguru dengan Imam
Malik, mempelajari kitab al-Muwatta' dan meriwayatkannya dari Imam
Malik. Beliau terus tinggal bersama Imam Malik sehingga Imam Malik
meninggal dunia pada tahun 179H.
Imam al-Syafi'i mempelajari fiqh dan hadith dari guru-guru yang banyak
jumlahnya dan berbagai-bagai pendekatan, sama ada dari Makkah,
Madinah, Yaman dan Iraq. Di antara guru-gurunya yang masyhur ialah:

Al-Imam Malik,
Al-Auza 'iy sahabat 'Umar bin Abi Salamah,
Al-Layth bin Sa'ad faqih Mesir,
Yahya bin Hasan sahabat al-Layth,
Muhammad bin al-Hasan,
Al-Imam Sufian bin 'Uyainah muhaddith dan Syaikh Makkah al-Mukarramah,
Al-Imam Muslim bin Khalid al-Zanji guru di tanah ha-ram Makkah alMukarramah.

MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

Imam al-Syafi'i mempunyai murid yang cukup ramai di merata negara seperti
di Iraq, Mesir dan Makkah.
Mereka ini merupakan murid-muridnya yang meriwayatkan mazhabnya yang
jadid (pandangan ijtihad beliau setelah berhijrah ke Mesir) dan yang paling
masyhur sebagai pengembang dan penyambung maz-hab Syafi'i, pendokong
setia dan penyebar yang amat berkesan di antara mereka ialah:

Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya al-Muzani al-Masri (175-264H)


Al-Rabi' bin Sulayman al-Muradi al-Jizi al-Masri (174-270H)
Abu Ya'qub bin Yahya al-Buwayti al-Masri (m. 231H)

Adapun murid-murid beliau dari kalangan orang Iraq yang menjadi


pendokong mazhabnya yang qadim (pandangan ijtihad beliau semasa di
Baghdad) juga ramai di antaranya ialah: Al-Hasan bin Muhammad yang terkenal dengan gelaran al-Za'farani
(m. 260H)
Abu Ali al-Husayn bin Ali yang dikenali dengan al-Karabi

Beberapa Ucapan al-Syafiie


1.
2.
3.

4.
5.

Aku suka bahawa manusia mempelajari ilmu-ilmu ini (kitab-kitabnya)


dan tidaklah perlu dinisbahkan sesuatu darinya itu kepada aku.
Tiap-tiap hadith yang sah dari Nabi s.a.w maka itulah pendapat aku
walaupun kamu tidak mendengarnya dari-ku.
Apabila sah sesebuah hadith maka itulah mazhab aku. Dan apabila sah
sesebuah hadith maka lemparkanlah perkataan aku ke dinding sahaja.
Aku tidak pernah bersumpah dengan nama Allah sama ada benar
mahupun dusta.
Menuntut ilmu lebih afdhal dari sembahyang sunat.

Kitab-kitab Karangan al-Syafi'i

Al-Imam al-Syafi'i telah menghasilkan beberapa buah


kitab yang amat bernilai akademik, di antara yang
terpenting ialah:

Al-Risalah,
Al-Umm,
Jima' al-'Ilm,
Ibtal al-Istihsan,
Ahkam al-Quran,
Ikhtilaf al-Hadith,
Kitab al-Qiyas.

Negara-negara yang Bermazhab Syafi'i

Mazhab Syafi'i telah berkembang di Mesir kerana al-Syafi'i


bermastautin di sana hingga akhir hayatnya. Juga di Iraq kerana
beliau mula menyebarkan pendapatnya di Iraq dan dari sini ia
berkembang ke Kharrasan dan negeri-negeri persekitarannya seperti
Syam dan lain-lain.
Mazhab Syafi'i juga telah bertapak dan ramai pengikutnya di Farsi
(sebelum dikuasai oleh Syi'ah). Sementara di Yaman juga, terdapat
pengikut mazhab Syafi'i selain dari pengikut Syi'ah Zaydiyyah yang
kecil jumlahnya.
Selain dari itu mazhab Syafi'i berkembang dengan meluasnya di
Nusantara (kepulauan Melayu) termasuk Malaysia, Selatan Thailand,
Indonesia, Singapura, Brunai Dar al-Salam, Filipina dan juga
Kemboja. Boleh dikatakan, perundangan Islam yang digubal dan
juga fatwa-fatwa yang dikeluarkan mengambilkira pandangan
Mazhab Syafi'i. Ulama dan orang awam hampir seluruhnya
bermazhab Syafi'i semenjak Islam bertapak di rantau ini.

AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL (164-241H)

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Abdillah


Ahmad bin Hanbal al-Syaybani alBaghdadi; Lahir di Baghdad pada bulan
Rabi' al-Awwal tahun 164H, dan wafat
pada bulan Rabi' al-Awwal juga di
Baghdad tahun 241H.
Beliau dari keturunan Arab sejati,
Syaybani itu nasab kepada bapa dan
ibunya. Bapanya meninggal dunia ketika
beliau masih kecil. Keyatiman beliau ini
memberi saham kepada kekuatan
jiwanya,
kecerdikan
akalnya
dan
ketinggian himmah-nya.
Baghdad tempat beliau dibesarkan
merupakan ibu negara dunia Islam,
pusat pemerintahan kerajaan Islam dan
kiblat berbagai-bagai ilmu pengetahuan.

Sesungguhnya keluarga Ahmad


telah mendidiknya semenjak kecil
lagi agar dia menjadi seorang yang
akan berkhidmat kepada agama
dengan
menghafaz
al-Qur'an,
berbekal dengan segala macam
'Ulum
Arabiyyah,
dimana
memperlihatkan kecemerlangannya
sejak kecil lagi. Beliau ter-kenal
dengan sifat taqwa dan istiqamah

GURU-GURUNYA YANG MASYHUR

Ahmad bin Hanbal telah mengembara bagi menuntut ilmu ke


Makkah, Madinah, Syam, Yaman dan beberapa buah negara Islam
yang lain.
Beliau telah berguru dengan Imam al-Syafi'i apabila (imam Syafi'i)
tiba di Baghdad dan akhirnya beliau menjadi seorang mujtahid yang
bebas dan punya mazhab sendiri. Beliau telah mengatasi rakanrakan sebayanya dalam bidang hadis. Banyak hadith yang
dihafaznya dan mampu membezakan antara hadith yang sahih dan
dhaif. Namanya terkenal sebagai ahli dan imam al-Sunnah pada
zamannya. Himpunan hadithnya terkenal dengan "Musnad al-Imam
Ahmad bin Hanbal" mengandungi lebih dari 40,000 hadith.
Selain dari al-Syafi'i gurunya yang banyak mempengaruhi
kehidupannya dalam bidang ilmiah atau akademik, maka di sana
terdapat ramai guru yang beliau riwayatkan dari mereka dalam
kitab "al-Musnad" tidak kurang dari 280 orang. Di antara yang
masyhur ialah Sufyan bin 'Uyaynah, Yahya al-Qattan, al-Walid bin
Muslim, al-Qadzi Abu Yusuf dan 'Abd al-Rahman bin Mahdi.

MURID-MURIDNYA YANG MASYHUR

Seperti tokoh-tokoh ulama yang lain, Imam Ahmad bin


Hanbal juga mempunyai ramai murid-murid yang
berkaliber.
Di antaranya:

Salih (m. 266H) dan 'Abdullah (m. 290H) (Anak Imam Ahmad)
Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Hani' al-Baghdadi (m.
273H)
Ahmad bin Muhammad bin al-Hajjaj al-Mirwazi (m. 275H)
'Abd al-Malik bin 'Abd al-Hamid bin Mahran al-Maymuni (m.
274H).

DASAR-DASAR MAZHAB AHMAD

Imam Ahmad membina Fiqhnya di atas lima dasar:

Pertama: Nas dari al-Qur'an atau al-Sunnah. Apabila beliau menemui nas,
beliau tidak berpaling kepada apa yang menyalahi-nya dan tidak peduli sesiapa
sahaja yang menyalahinya meskipun dari kalangan para mujtahid dan fuqaha'
yang agung. Hadith Sahih tetap didahulukan dari amalan ahli al-Madinah,
pendapat-pendapat, Qiyas, Qaul sahabi dan juga Ijma'. Method ini lamalah
dengan Imam al-Syafi'i.
Kedua: Fatwa Sahabat yang tidak diketahui ada sahabat lain yang
menyalahinya, beliau mengambil pakai fatwa ini dan tidak pula ia namakan
Ijma'.
Ketiga: Apabila berlaku perselisihan di kalangan Sahabat beliau akan memilih
pendapat mana yang dikira lebih hampir kepada al-Kitab dan al-Sunnah.
Keempat: Mengambil pakai hadith Mursal dan juga hadith dhaif apabila tidak
ada dalil lain yang menolaknya, bahkan beliau mengutamakan hadith Daif ke
atas Qiyas, kerana hadith Daif bagi beliau sebahagian dari hadith Sahih dan
bukan ia hadith batil, atau mungkar atau riwayatnya tidak boleh dipercayai.
Kelima: Al-Qiyas. Ia merupakan dasar terakhir bagi Ahmad, umber ini
diamalkannya ketika darurat apabila tidak terdapat nas dalam al-Qur'an dan alSunnah, fatwa sahabat, hadith mursal dan hadith dhaif.

Penyusunan dan Penyebaran Mazhab Hanbali

Ahmad bin Hanbal tidak menyusun sendiri mazhabnya bahkan beliau tidak
suka pendapat dan fatwa-fatwanya ditulis. Cita-cita beliau hanyalah untuk
mengumpul dan membukukan Sunnah. Tetapi para sahabatnya telah
mengumpul perkataan dan fatwa-fat-anya dan disusun mengikut bab-bab
fiqh.
Ahmad bin Muhammad bin Harun Abu Bakr al-Khallal misalnya, memberi
penumpuan untuk mengumpul hadith-hadith yang diriwayatkan dari Ahmad
bin Hanbal dan disusun dalam bukunya yang bernama "al-Jami'".
Kemudian ramai dari kalangan ulama mazhab Hanbali yang mengarang fiqh
mazhab
Hanbali,
dihimpunkan
kata-kata
Imam
mereka
dan
disyarahkannya.
Di antaranya Abu al-Qasim 'Umar bin Abi 'Ali al-Husayn al-Kharqi (m.
324H). Kitab beliau yang masyhur ialah "al-Mukhtasar" yang lebih dikenali
dengan "Mukhtasar al-Kharqi" dan disyarahkan oleh Ibn Qudamah alMaqdisi dalam kitabnya "al-Mughni".

Kemudian selepas itu lahir dua tokoh ulama besar


mazhab Hanbali iaitu Ibn Taymiah dan Ibn al-Qayyim
yang mana mereka ini telah menerima pakai dasar dan
prinsip-prinsip mazhab Hanbali meskipun akhirnya
mereka ini menggunakan method yang berasingan,
bebas dan tidak lagi bertaqlid kepada Ahmad bin Hanbal
dan juga orang lain.
Berikutnya pula muncul pula Muhammad bin 'Abd alWahhab pelopor gerakan dakwah Wahhabiyyah
(m. 1209H). Dan dengan sebab berjayanya dalam
gerakan dakwah itu, maka jadilah mazhab Hanbali
merupakan mazhab rasmi Negeri Najd, kemudian
seluruh Saudi Arabia hingga sekarang dan terus
berkembang di Kuwait dan ada juga pengikutpengikutnya di Syria, Iraq dan beberapa negara teluk
Arab.

Tribulasi Ahmad

Ujian terbesar yang pernah dihadapi oleh Ahmad bin Hanbal dalam
sepanjang kehidupannya ialah fitnah yang memaksa beliau supaya berkata
al-Qur'an itu makhluk yang dibangkitkan oleh golongan Mu'tazilah dan
dipaksa oleh sebahagian Khulafa' seperti al-Ma'mun, al-Mu'tasim dan alWathiq.
Mereka menuntut semua ulama ketika itu supaya berkata al-Qur'an itu
makhluk, maka kesemua mereka menuruti kehendak khalifah-khalifah itu
sekadar menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan kecuali Imam Ahmad
bin Hanbal.
Beliau akhirnya ditangkap, diseksa dengan beberapa kali sebatan seterusnya
ditahan dalam penjara selama 28 bulan. Beliau tetap tegas tidak tunduk
kepada kehendak pemerintah dan tidak berganjak dengan pendiriannya yang
berpendapat al-Qur'an itu Kalam Allah, bukan makhluk. Allah telah
memantapkan keyakinan-nya dan meneguhkan agamanya.
Ibn al-Madini berkata: "Sesungguhnya Allah telah memeliharakan Islam
kepada dua orang lelaki iaitu Abu Bakr dalam menghadapi gejala riddah dan
Ibn Hanbal dalam berhadapan dengan fitnah al-Qur'an yang dianggap
makhluk".

Pandangan Ulama Terhadap Ahmad

Al-Imam al-Syafi'i pernah berkata, "Waktu aku meninggalkan


Baghdad, maka tiada aku tinggalkannya kepada seorang lelaki yang
lebih afdhal, alim, faqih dan lebih taqwa selain dari Ahmad bin
Hanbal".
Ishaq bin Rahawayh mengatakan, "Ahmad bin Hanbal merupakan
hujah di antara Allah dan makhluknya".
'Abdullah bin Ahmad berkata, "Bapaku sentiasa sembahyang 300
rakaat pada setiap hari dan malam. Apabila dia jatuh sakit akibat
sebatan yang dikenakan ke atasnya hingga melemahkannya, beliau
sembahyang setiap hari dan malam 150 rakaat sahaja".
Yahya bin Mu'in mengatakan, "Aku tidak pernah melihat orang
seperti Ahmad yang menjadi sahabatku selama 50 tahun, tidak
pernah dia berbangga-bangga ke atas kami dengan apa pun".
Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 241H dalam
lingkungan umur hampir 77 tahun, kehidupan beliau penuh dengan
kebajikan, ilmu dan ibadat.

Sumber Perundangan Islam


Primer

Quran

Sekunder

Wujud
Perbezaan
penerimaan

Sunnah

Ijma

Istihsan

Subsidiari

Al-Istishab

Al-Uruf
Masalih
al-Mursalah

Qiyas

Mazhab
Al-Sahabi

Sadd
al-dhariah
Syaru
Man qablana

Lain-lain

Thank You
http://www.book.feqhweb.com/

Anda mungkin juga menyukai