Anda di halaman 1dari 31

IMAM ABU DAUD

DISEDIAKAN OLEH:

Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan


Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sesi 2009/2010

Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata,


Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum.

0
Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan ................................................................................................................... 2


1.1 Riwayat hidup Imam Abu Daud ....................................................................................... 3
1.2 Pendidikan Imam Abu Daud ............................................................................................ 4
1.3 Guru-guru Imam Abu Daud .............................................................................................. 7
1.4 Murid-murid Imam Abu Daud .......................................................................................... 8
1.5 Perkembangan keilmuan Abu Daud ................................................................................. 9
1.6 Sumbangan dan karya ................................................................................................... 12
1.7 Tarikh wafat.................................................................................................................. 13
2.0 Metod Penyusunan Abu Daud ....................................................................................... 13
2.1 Jumlah Hadith Sunan Abu Daud ..................................................................................... 17
3.0 Pandangan Ulama ........................................................................................................ 18
3.1 Pujian terhadap Sunan Abu Daud .................................................................................. 18
3.2 Kritikan terhadap sunan Abu Daud ................................................................................ 19
3.3 Pujian terhadap Imam Abu Daud ................................................................................... 22
4.0 Cara penyusunan dan penekanan Abu Daud dalam Kitab Sunan ..................................... 24
5.0 Kesimpulan ................................................................................................................... 28
Bibliografi ........................................................................................................................... 30

1
1.0 Pendahuluan

Agama Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah SWT

kepada seluruh umat islam di muka bumi ini. Al-Quran adalah

sumber rujukan yang pertama yang mana ianya tiada sedikit pun

kepalsuan isi kandungannya yang diturunkan oleh Allah SWT

daripada langit. Dan hadith pula ialah sumber rujukan yang kedua

selepas al-Quran untuk dijadikan panduan hidup oleh setiap umat

islam. Walaupun begitu, hadith juga boleh dijadikan sumber rujukan

yang pertama bagi segala hukum-hakam untuk dijadikan panduan.

Peranan untuk menyampaikan hadith ini telah diserahkan

kepada para ulama pada zaman dahulu selepas kewafatan

Rasulullah SAW, ulama telah menjaganya dengan mengingatinya

melalui cara hafazan seterusnya ditulis dalam karya masing-masing.

Sebagai contoh karya sunan Abu Daud yang ditulis oleh beliau

sepanjang khidmat beliau dalam bidang ini. Pada hari ini, sunan Abu

Daud adalah salah sebuah kitab yang diguna pakai dan dijadikan

sebagai sumber rujukan dalam hal-hal tertentu.

Dalam kajian di bawah ini akan dibincangkan tentang Imam

Abu Daud dari aspek riwayat hidup, pendidikan, guru-gurunya,

murid-muridnya, perkembangan ilmu serta kewafatan beliau. Selain

itu, di bincangkan juga, metod yang di gunakan oleh Abu Daud

dalam menulis kitab sunannya, pandangan ulama terhadapnya serta

penekanan Abu Daud dalam kitab sunannya.

2
1.1 Riwayat hidup Imam Abu Daud

Nama sebenarnya Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishaq bin

Basyir al-Azdi al-Sijistani.1 Merupakan seorang Muhaddith di

Basrah, Sajistani yang lebih dikenali dalam kalangan Ulama Hadith

dengan nama Abu Daud. Beliau lahir pada tahun 202 Hijrah

bersamaan 817 Masihi di Sijistan Afghanistan iaitu sebuah kampung

yang terletak di antara Khurasan dan Kirman yang termasuk dalam

India. Dalam kitab Wafiyatul A’yan, Hakim Syamsuddin

menyebutkan bahawa Abu Daud berasal daripada Sijistani sebuah

kampung yang terdapat di Basrah.2

Sebagai seorang mujtahid yang disegani masyarakat

antarabangsa, Imam Abu Daud memiliki sifat dan perwatakan yang

terpuji, mulia dan dihormati. Walaupun beliau seorang ulama yang

disegani, namun beliau bersifat pemalu, sentiasa menjauhkan diri

daripada perkara syubahat, soleh, zuhud dan warak dalam segala

tindakan serta kuat beribadat. Sejak kecil lagi, beliau telah bergaul

dengan ulama dan berbincang dengan mereka. Beliau bukan sahaja

faqih dalam bidang hadith, malah mempunyai pengetahuan yang

luas dalam bidang al-Quran, kesusasteraan Arab dan Tatabahasa

Arab.3

Selain itu, beliau juga gemar mengembara, khasnya untuk

mencari dan mendalami ilmu pengetahuan. Antara tempat yang

Sejarah Perkembangan Hadis Dan Tokoh-Tokoh Uta a Dala Bida g Hadis (2000) hlm. 206.
1
2
Prof. Madya Dr Ariffin bin Omar, H.M.Yusuf Sinaga, LC, Biografi ulamak-ulamak Hadith, 2005,
Perniagaan Jahabersa, Hlm 66.
Qurrotul Aien bt Fatah Yasin il u ustolah hadith (2006) hlm. 208.
3

3
dikunjunginya seperti Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Khurasan

dan sebagainya. Beliau telah menerima hadith daripada ramai

ulama, antaranya Imam Ahmad ibn Hambal, Abu Zakaria Yahya ibn

Mu’in, ‘Uthman ibn Abu Syaibah, serta Qutaibah ibn Said. Di

Basrah, penduduk kota sangat mengenali tingkah lakunya.

Meskipun pada zahirnya, beliau memiliki sifat lemah lembut,

tegas dan tidak mengambil mudah terhadap persoalan yang

berkaitan dengan agama. Malah, beliau juga tidak akan bertolak

ansur dalam ilmu agama walaupun berhadapan dengan pembesar

atau pemerintah. Perkara ini terbukti apabila pemerintah di Basrah

pada suatu ketika, pernah meminta Imam Abu Daud mengajar ilmu

hadis kepada anak-anaknya. Pada mulanya beliau bersetuju tetapi

kemudiannya beliau menolak apabila diminta memperuntukkan

masa yang khusus kepada anak-anak pemerintah agar mereka tidak

ditempatkan bersama dengan pelaja-pelajar lain daripada kalangan

rakyat jelata. Oleh yang demikian, beliau tegas dengan mengatakan

“aku tidak dapat melaksanakannya kerana semua manusia sama

apabila berhadapan dengan ilmu”. Lantaran itu, anak-anak

pemerintah terpaksa belajar bersama-sama dengan rakyat.

1.2 Pendidikan Imam Abu Daud

Imam Abu Daud adalah seorang yang dapat menguasai

pelbagai disiplin ilmu daripada para ulama pada zamannya,

terutama dalam bidang hadis dan fiqah. Beliau juga memperoleh

4
anugerah kekuatan daya ingatan. Dengan demikian, beliau layak

menerima gelaran al-Hafiz, al-Azim dan al-Faqih daripada ulama

seluruh dunia. Pada peringkat awal, Imam Abu Daud belajar dengan

ulama di negerinya, Sijistan.

Pada tahun 220 Hijrah dalam usia 18 tahun, beliau

memulakan pengembaraannya ke Baghdad, Iraq untuk menuntut

ilmu. Antara gurunya yang terkenal di sana ialah Ahmad bin Hanbal.

Setelah itu, pada tahun 221 Hijrah, beliau pergi ke Kufah dan

menuntut ilmu dengan al-Hasan bin al-Rabi’ dan Ahmad bin Yunus.4

Seterusnya beliau meneruskan pengembaraannya ke Basrah

dan berguru dengan beberapa ulama yang terkenal ketika itu.

Antaranya, Muslim bin Ibrahim, Abdullah bin Raja’, Abu al-Walid al-

Tayalisi dan Musa bin Ismail. Selepas beliau menuju ke Basrah,

beliau menuju pula ke Syam. Antaranya Damsyik, Hims dan Halab.

Lalu, beliau berguru dengan al-Rabi’ bin Nafi’, Yazid bin Abd Rabah

dan Hisyam bin ‘Ammar. Pada masa yang sama, beliau turut

mengembara ke Harran dalam usaha menyempurnakan

pengajiannya.

Imam Abu Daud juga turut mengunjungi Hijaz di Makkah

sambil beliau mengerjakan haji. Beliau telah berguru dengan al-

Qa’nabi dan Sulaiman bin Harb. Tidak lama kemudian, beliau

mengembara pula ke Mesir dan sempat berguru dengan Ahmad bin

Salih. Setelah itu, beliau meneruskan pengembaraannya ke

4
ibid. hlm. 297.

5
Khurasan iaitu Nisabur dan Balakh untuk berguru dengan Ishaq bin

Rahawaih dan Qutaibah bin Sa’id yang juga merupakan guru Imam

al-Nasa’i. Namun selepas itu, beliau kembali ke Iraq untuk

meneruskan pengembaraan ke Khurasan dan Basrah dan akhirnya

meninggal dunia di sana.5

Abu Daud dapat menguasai beberapa ilmu antaranya ialah

ilmu Hadis, kepakaran beliau dapat dilihat dari segi penyusunan

Sunannya. Beliau dapat membezakan kedudukan hadis dan

mengetahui kelemahannya serta mahir dalam selok belok matan

dan sanad hadis. Hal ini terbukti apabila anak muridnya Muhammad

bin Makhlad al-Darwi mengatakan bahawa Imam Abu Daud telah

menghafal 100 000 buah hadis dengan baik.

Abu Daud juga dapat menguasai ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil.

Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil ialah ilmu berkaitan dengan mencela dan

keadilan perawi hadis. Abu Daud dapat menguasai ilmu ini kerana

beliau pernah berguru dengan pakar-pakar kritikan rijal hadis iaitu

Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main dan Ibn al-Madini. Dengan ini,

tidak ada keraguan lagi beliau dapat mewarisi ilmu tentang

kedudukan perawi hadis yang dikuasai oleh gurunya itu. Beliau

membuat kritikan terhadap perawi hadis berdasarkan ketinggian

ilmunya dan kepakaran yang tiada tandingannya. Selain itu, Abu

Daud juga mampu meletakkan taraf dan kategori sama ada adil,

Thuqah atau Da’if kepada seseorang perawi berdasarkan kajian

beliau yang teliti.

Sejarah Perkembangan Hadis Dan Tokoh-Tokoh Utama Dalam Bidang Hadis (2000) halaman 5-7
5

6
Ilmu ‘Ilal hadis ialah satu ilmu tentang kecacatan dan

kelemahan yang terdapat pada sesebuah riwayat dari sudut

perawinya mahupun lafaznya. Abu Daud dapat menguasai ilmu ‘Ilal

hadis serta dapat mencari kecacatan dan kelemahan yang terdapat

pada sesebuah riwayat. Hal ini dapat dilihat daripada Sunannya

yang memaparkan kebolehan beliau mencungkil kecacatan yang

tersurat dan tersirat pada sesebuah hadis.

Ilmu fiqh juga merupakan salah satu ilmu yang dapat dikuasai

oleh Abu Daud selaras dengan tujuan penghasilan Sunan Abu Daud

yang disusun berdasarkan isu fiqh. Sememangnya karya ini amat

sesuai digunakan oleh hakim, mujtahid dan qadi dalam

menyelesaikan beberapa isu berkaitan hukum-hakam. Beliau antara

murid Imam bin Hanbal yang pintar. Dalam pada itu, beliau sering

mengemukakan persoalan fiqh yang rumit dan terperinci tentang

beberapa perkara asas dan cabang hukum. Kepakaran beliau

sebagai ahli fiqh dan hafiz terbukti melalui Sunannya yang

mendapat pengiktirafan ulama.

1.3 Guru-guru Imam Abu Daud

Abu Daud telah berhijrah ke beberapa buah negara semata-

mata untuk menuntut ilmu dengan gurunya. Abu Daud telah berhijrah

ke Baghdad untuk menuntut ilmu dengan gurunya iaitu Imam Ahmad

bin Hanbal, berhijrah ke Kufah dan berguru dengan al-Hasan bin al-

7
Rabi’ al-Burani dan Ahmad bin Yunus al-Yarbu’i, berhijrah ke Basrah

dan berguru dengan empat orang guru iaitu Muslim bin Ibrahim,

Abdullah bin Raja’, abu al-Walid al-Tayalisi dan Musa bin Ismail.

Abu Daud berhijrah ke Damsyik dan berguru dengan Hisyam

bin ‘Ammar dan Safwan bin Salih. Berhijrah ke Hims dan berguru

dengan Yazid bin Abd Rabah, berhijrah ke Halab dan berguru

dengan Abu Taubah al-Rabi’ bin Nafi’, berhijrah ke Harran kemudian

berguru dengan Abu Jaafar dan Ahmad bin Syu’aib, berhijrah ke

Mekah untuk berguru dengan al-Qa’nabi dan Sulaiman Harb,

berhijrah ke Mesir untuk menuntut ilmu dengan Ahmad bin Salih,

berhijrah ke Naisabur, Harah dan Balakh di Kharasan semata-mata

untuk mencari ilmu dan berguru dengan Ishaq bin Rahawaih dan

Qutaibah bin Sa’id.6

1.4 Murid-murid Imam Abu Daud

Para ulama’ memuji Imam Abu Daud dan mengatakan

bahawa beliau adalah seorang penghafaz hadis yang sempurna,

seorang yang mempunyai ilmu yang banyak, kefahaman yang tajam

serta baik dalam bidang hadis mahupun bidang-bidang yang lain.

Beliau juga telah dipuji mengenai ketinggian ilmunya sehinggakan

beliau menjadi rujukan bidang hadis pada ketika itu. Oleh yang

demikian, ramai penuntut hadis yang ingin menemuinya dan belajar

darinya tentang hadith.

6
Rosmawati Ali@Mat Zin, Imam Abu Daud(202H-275H/ 817M-889M), 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Halaman 8-9

8
Antara murid-murid Imam Abu Daud ialah, Abu Isa at-

Turmudi, Abu Abdurrahman an-Nasa’i, Abu Bakkar an-Najjadi, Abu

Awanah Yakub bin Ishak al-Asfaraini, Abu Basyar ad-Daulabi al-

Hafizi, Ali bin al-Husain bin Abdi, Abu Usamah Muhammad bin

Abdul Mulk ar-Rawasi, Abu Salim Muhammad al-Juludi, Muhammad

bin Yahya as-Sauli, Muhammad bin yahya bin Ya’kub al-Mankari,

Abu Amru Ahmad bin Ali Hasan al-Basari, Muhammad bin Dassah

at-Tamar dan Abu Ali Muhammad bin Ahmad al-Lului.7

Selain itu, murid Imam Abu Daud juga ialah Ahmad bin

Muhammad bin Harun, Ali bin al-Husayn bin al-Abdullah,

Muhammad bin Makhlad al-Dawri, Ismail bin Muhammad dan

Ahmad bin Salman al-Najd8

1.5 Perkembangan keilmuan Abu Daud

Tidak dikhabarkan berita atau keterangan berkaitan dengan masa kecil

beliau kecuali sedikit keterangan bahawa keluarganya memiliki perhatian yang

sangat besar dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, dan ini sangat

mempengaruhi perkembangan keilmuan beliau di masa hadapan.

Keluarga beliau adalah keluarga yang terdidik dalam kecintaan terhadap

hadis-hadis Rasulullah dan ilmu-ilmunya. Bapa beliau Al Asy`ats bin Ishaq

adalah seorang perawi hadis yang meriwayatkan hadis dari Hamad bin Zaid,

dan demikian juga saudaranya Muhammad bin Al Asy`ats termasuk seorang

yang tekun dalam mempelajari ilmu hadis dan ilmu-ilmunya juga merupakan

Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar et. al, “Biografi Ulama-Ulama Hadith” (2005) h. 69-70.
7
8
Rosmawati Ali@Mat Zin, Imam Abu Daud(202H-275H/ 817M-889M), 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Halaman 9

9
teman perjalanan beliau dalam mempelajari hadis dari para ulama ahli hadis.

Dan ini merupakan satu modal yang sangat berperanan besar dalam

perkembangan dan arahan beliau di masa-masa perkembangan keilmuan dan

keahliannya dalam hadis dan ilmu-ilmunya yang lain dari ilmu-ilmu agama.

Maka berkembanglah Abu Daud dengan motivasi dan semangat yang

tinggi serta kecintaan beliau sejak kecil terhadap ilmu-ilmu hadis, sehingga

beliau mengadakan ekspedisi (Rihlah) dalam mencari ilmu sebelum genap

berusia 18 tahun.

Beliau memulai perjalanannya ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220 H dan

dapat menyaksikan kematian Imam Affan bin Muslim, sebagaimana yang beliau

katakan: Aku menyaksikan jenazahnya dan mensolatkan nya(Tarikh Al

Baghdady 9/56). Walaubagaimana pun sebelumnya beliau telah pergi ke

negeri-negeri jiran Sajistaan, seperti Khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan

Naisabur.

Imam Abu Daud berada di Baghdad dan ini bermakna beliau

mula mengembara untuk mencari hadis sewaktu berusia kurang

daripada 20 tahun. Beliau berada di Tarsus selama 20 tahun serta

mendapat nama yang baik dan sangat terkenal semasa hayatnya.

Setelah beliau masuk ke kota Baghdad pada tahun 221

Hijrah, beliau diminta oleh Amir Abu Ahmad Al Muwaffaq untuk

tinggal dan menetap di Basrah yang telah kehilangan penduduk

kerana gangguan puak Zanj, dan beliau menerimanya, agar dengan

10
kehadirannya bandar yang kehilangan penduduk itu diduduki

semula oleh para pelajar dan sarjana.9

Akan tetapi hal itu tidak membuat beliau berhenti dalam

mencari hadis, bahkan pada tahun 221H beliau datang ke Kufah

dan mengambil hadis dari Al Hafidz Al Hasan bin Robi` Al Bajaly

dan Al Hafidz Ahmad bin Abdillah bin Yunus Al Yarbu`iy (mereka

berdua termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim). Dan

sebelumnya beliau telah berhijrah ke Makkah dan meriwayatkan

hadis dari Abdulloh bin Maslamah Al Qo`naby (Wafat tahun 221 H),

demikian juga ke Damaskus (ibu kota Syria sekarang) dan

mengambil hadis dari Ishaq bin Ibrahim Al Faradisy dan Hisyam bin

Ammaar, kemudian pada tahun 224 H beliau pergi ke Himshi dan

mengambil hadis dari Imam Hayawah bin Syuraih Al Himshy, dan

mengambil hadis dari Ibu Ja`far An Nafiry di Harron dan juga beliau

pergi ke Halab dan mengambil hadits dari Abu Taubah Robi` bin

Nafi` Al Halab, lalu berhijrah ke Mesir dan mengambil hadih dari

Ahmad bin Sholeh Ath Thobary.

Kemudian beliau tidak berhenti mencari ilmu di negeri-

negeri tersebut bahkan sering sekali mengembara ke Baghdad

untuk menemui Imam Ahmad bin Hanbal di sana dan menerima

serta menimba ilmu darinya. Walaupun sedemikian, beliau juga

mendengar dan menerima ilmu dari ulama-ulama Basrah, seperti

9
Muhammad Mustafa Azami, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, 1989, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Halaman 141

11
Abu Salamah At Tabudzaky, Abul Walid Ath Thoyalisy dan yang

lain-lainnya.

Oleh sebab itu beliau menjadi seorang imam ahli hadis yang terkenal

kerana banyak mengembara dalam mencari ilmu.

1.6 Sumbangan dan karya

Imam Abu Daud merupakan salah seorang imam yang turut

menyumbang ke arah perkembangan ilmu hadis. Beliau ada menghasilkan

karya-karya yang bernilai yang diwarisi turun- temurun sehingga ke hari ini.

Beliau telah menghasilkan karya yang bercetak dan yang masih di dalam

bentuk manuskrip. Antara karya yang telah dicetak adalah Sunan Abu Daud,

al-Marasil, al-Masa’il, Ijabatuhu’an Su’alat Abi Ubaid al-Ajuri, Risalah ila Ahli

Makkah dan Tasmiyah al-Ikhwan.

Manakala karya yang masih di dalam bentuk manuskrip adalah Kitab

al-Zuhd. Walau bagaimanapun, terdapat juga hasil karya beliau yang tidak

dapat dikesan ataupun ianya sudah hilang iaitu Musnad Hadis Malik, al-

Nasikh wa al-Mansukh, Dala’il al-Nubuwwah, al-Du’a’, Ibtida’ al-Wahyu,

Akhbar al-Khawarij, Ma’rifah al-Awqat, Fada’il al-Ansar, al-Tafarrud dan al-

Radd ‘Ala Ahl al-Qadr. 10

10
Ros awati Ali @ Mat )i . Siri Tokoh Hadith : Imam Abu Daud . “ela gor Darul Ehsa :
Dawana Sdn. Bhd. Halaman 13 &14.

12
1.7 Tarikh wafat

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat 16 Syawal tahun

275 Hijrah bersamaan 889 Masihi ketika usianya 73 tahun iaitu di

kota Basrah, Iraq yang mana tempat beliau bermukim ketika diajak

oleh Amir Nasrah dengan tujuan untuk memudahkan penduduk kota

dapat mempelajari hadis dari beliau.

2.0 Metod Penyusunan Abu Daud

Antara kesemua karya beliau, kitab Sunan Abu Daud adalah karya yang

sangat popular dan sentiasa digunakan sebagai rujukan kerana ianya tergolong

di dalam kitab Sunan Sittah. Kitab ini merupakan karya beliau yang sangat

bernilai dan bermutu. Beliau telah menyempurnakan karya ini semasa di

Baghdad dan kemudian ianya dibentangkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal,

Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Imam Abu Daud telah mengambil masa selama 20 tahun untuk

menyiapkan Sunannya iaitu dengan membuat saringan sebanyak 500 000

himpunan hadith. Berdasarkan daripada jumlah tersebut, hanya 4800 buah

hadith sahaja yang dimuatkan di dalam Sunannya yang mana 600 buah

hadith bertaraf Sahih, dan yang selebihnya bertaraf menyamai Sahih dan

hampir kepada Sahih. Beliau tidak memasukkan di dalam Sunannya hadith

yang tidak diterima secara sepakat oleh majoriti ulama. 11

11
Ros awati Ali @ Mat )i . Siri Tokoh Hadith : Imam Abu Daud . “ela gor Darul Ehsa :
Dawana Sdn. Bhd. Halaman 15.

13
Imam Abu Daud telah menyusun Sunannya berdasarkan

permasalahan Fiqh iaitu memulakannya dengan isu yang berkaitan dengan

ibadat iaitu Bab Bersuci dan Solat.

Karya-karya di bidang hadith, kitab-kitab Jami’ Musnad dan sebagainya

yang mengandungi hadith-hadith hukum, juga memuatkan hadis-hadis yang

berkenaan dengan amal-amal yang terpuji (fada’il a’mal), kisah-kisah, nasihat-

nasihat (mawa’iz), adab dan tafsir. Maka Abu Daud menyusun kitabnya secara

khusus yang hanya memuat hadis-hadis hukum dan sunnah-sunnah yang

berkaitan hukum. setelah selesai menyusun kitabnya itu kepada Imam Ahmad

bin Hanbal, dan Imam Ahmad Hanbal memuji kitabnya kerana indah dan baik.

Abu Daud dalam sunannya tidak hanya mencantumkan hadis-hadis sahih

semata-mata sebagaimana yang telah dilakukan Imam Bukhari dan Imam

Muslim, tetapi beliau memasukkan juga hadis sahih, hadis hasan, hadis dha’if

yang tidak terlalu lemah dan hadith yang tidak disepakati oleh para imam untuk

ditinggalkannya. Hadith-hadith yang sangat lemah telah dinyatakan

kelemahannya di dalam kitab beliau. Abu Daud menyusun sunannya

berdasarkan masalah fiqh dimana beliau menyusunnya bermula dengan topik

terpenting bagi seorang mukallaf, antaranya berkaitan dengan ibadat, taharah

dan solat.12

Cara yang ditempuh dalam kitabnya itu dapat diketahui dari suratnya

yang dikirimkan kepada penduduk Makkah sebagai jawapan ke atas pertanyaan

yang diajukan mereka mengenai kitab Sunannya. Abu Daud menulis surat

tersebut disebabkan oleh:

12
Dr Rosmawati Ali @ Mat Zin, pengantar ilmu hadith, 298.

14
“Aku mendengar dan menulis hadis Rasulullah SAW sebanyak 500 000

buah. Dari jumlah itu, aku pilih sebanyak 4800 hadis yang kemudian aku

tuangkan dalam kitab Sunan ini. Dalam kitab tersebut aku himpun hadis-hadis

sahih, separuh sahih dan yang hampir-hampir sahih.13 Dalam kitab itu aku tidak

mencantumkan sebuah hadis pun yang telah disepakati oleh orang ramai untuk

ditinggalkan. Segala hadis yang mengandungi kelemahan yang sangat ku

jelaskan, sebagai hadith macam ini ada hadith yang tidak sahih sanadnya.

Adapun hadith yang tidak kami beri penjelasan sedikit pun, maka hadith tersebut

bernilai salih (biasa dipakai alasan, dalil), dan sebahagian dari hadith yang sahih

ini ada yang lebih shahih daripada yang lain. Kami tidak mengetahui sebuah

kitab, sesudah al-Quran, yang harus dipelajari selain daripada kitab ini. Empat

buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan bagi tiap orang

yang beragama islam. Di antara maksud-maksud hadith tersebut adalah seperti

berikut:

Pertama: “Segala amal itu hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang

memperoleh apa yang ia niatkan. Kerana itu maka barang siapa berhijrah

kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya

pula. Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau kerana

perempuan yang ingin dikawininya, maka hijrahnya hanyalah kepada apa yang

dia hijrah kepadanya itu.”

Kedua: “Termasuk kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan apa

yang tidak berguna baginya.”

13
Dr Rosmawati Ali @ Mat Zin, pengantar ilmu hadith, 298.

15
Ketiga: “Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati sebelum ia

merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk dirinya.”

Keempat: “Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun telah jelas

pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal syubhat (atau samar) yang tidak

diketahui oleh banyak orang. Barang siapa menghindari syubhat, maka ia telah

membersihkan agama dan kehormatan dirinya; dan barang siapa terjerumus ke

dalam syubhat, maka ia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat

pengembala yang mengembalakan ternakannya di dekat tempat terlarang.

Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai larangan.

Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala yang diharamkan-Nya.

Ingatlah, di dalam rumah ini terdapat sepotong daging, jika ia baik, maka baik

pulalah semua tubuh dan jika rosak maka rosak pula seluruh tubuh. Ingatlah,

iaitu hati.”

Demikianlah penegasan Abu Daud dalam suratnya. Perkataan Abu Daud

itu dapat dijelaskan sebagai berikut:

Hadis pertama adalah ajaran tentang niat dan keikhlasan yang

merupakan asas utama bagi semua amal perbuatan diniah dan duniawiah.

Hadis kedua merupakan tuntunan dan dorongan bagi umat Islam agar

selalu melakukan setiap amalan yang bermanfaat bagi agama dan dunia.

Hadis ketiga, mengatur tentang hak-hak keluarga dan tetangga, berlaku

baik dalam pergaulan dengan orang lain, meninggalkan sifat-sifat egoistis, dan

membuang sifat iri hati, dengki dan benci, dari hati masing-masing.

16
Hadis keempat merupakan dasar utama bagi pengetahuan tentang halal

haram, serta cara memperoleh atau mencapai sifat wara’, iaitu dengan cara

menjauhi hal-hal musykil yang samar dan masih dipertentangkan status

hukumnya oleh para ulama.

Dengan hadith ini nyatalah bahawa keempat hadith di atas, secara umum,

telah cukup untuk membawa dan menciptakan kebahagiaan.

2.1 Jumlah Hadith Sunan Abu Daud

Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Abu Daud itu memuat hadith

sebanyak 4800 buah hadith. Namun sebahagian ulama ada yang

menghitungnya sebanyak 5274 buah hadith. Perbezaan jumlah ini disebabkan

bahawa sebahagian orang yang menghitungnya memandang sebuah hadis

yang diulang-ulang sebagai satu hadis, namun yang lain menganggapnya

sebagai dua hadis atau lebih. Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah

dikenali dalam kalangan ahli hadis.

Abu Daud membahagikan kitab Sunannya menjadi beberapa kitab, dan

setiap kitab dibahagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 35

buah, di antaranya ada 3 kitab yang tidak dibahagi ke dalam bab-bab.

Sedangkan jumlah bab sebanyak 1,871 buah bab.

17
3.0 Pandangan Ulama

3.1 Pujian terhadap Sunan Abu Daud

Terdapat beberapa keistimewaan Sunan Abu Daud antaranya ialah,

di dalam Sunannya menjelaskan taraf sesebuah hadith itu sama ada hadith

Da’if, Munkar atau Mu’dal. Selain daripada itu, Imam Abu Daud juga turut

menerangkan kategori perawi sesebuah hadith itu sama ada thiqah,

waham, majhul atau lain-lain. Terdapat dua ciri khusus yang dinyatakan di

dalam Sunan Abu Daud iaitu beliau menerangkan kedudukan sesebuah

hadith sama ada Da’if, terlalu Da’if atau sebagainya manakala hadith yang

tidak diterangkan kedudukannya adalah hadith yang sahih. Maka, di dalam

Sunan Abu Daud terdapatnya hadith Sahih, Hasan dan Da’if. Oleh itu,

Sunan Abu Daud dianggap sebagai kitab hadith yang sangat penting

kepada umat Islam, khususnya para mujtahid dalam mengeluarkan sesuatu

hukum. Dalam menghasilkan Sunan ini, Imam Abu Daud telah membuat

rujukan terhadap kitab Muwatta’ Imam Malik, Jami’ Sufyan, Musannaf Waki’,

Musannaf ‘Abd Razzaq, kitab-kitab Ahmad bin Hanbal, kitab-kitab

Musaddad dan kitab-kitab al-Hassan al-Hulwani. Imam Abu Daud ada

memuji kitab Sunannya sendiri, namun beliau tidak pernah membangga diri
14
malah melakukannya dengan penuh tawadduk dan keinsafan.

Sunan ini adalah Sunan yang ketiga digunakan oleh majoriti

masyarakat selepas kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Karya beliau

juga termasuk dalam kategori lima kitab hadith utama yang dikenali sebagai

14
Ros awati Ali @ Mat )i 5 . Pengantar Ulum Hadith . Kuala Lu pur: Pustaka “ala “d . Bhd.
Halaman 299.

18
al-Usul al-Khamsah iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud,

Sunan al-Nasa’i dan Sunan al-Tirmizi. Sunan ini juga tergolong dalam

rangkaian enam kitab besar hadith yang dikenali sebagai al-Kutub al-Sittah

atau Sunan Sittah termasuk Sunan Ibnu Majjah. Menurut al-Khattabi, tiada

yang setanding dengan Sunan Abu Daud dalam permasalahan agama

kerana Sunannya telah diterima oleh seluruh umat Islam di dunia. Imam al-

Ghazali pula mengatakan dengan menggunakan Sunan Abu Daud sahaja

sudah memadai untuk seorang mujtahid mengeluarkan hukum.

Menurut Imam Abu Sulaiman al-Khuttabi15 meninggal(328H) berkata

dalam kitabnya Ma’alim as-Sunan: “Ketahuilah bahawa kitab Sunan Abu

Daud merupakan kitab yang mulia, tidak seorangpun yang pernah menulis

buku sepertinya, beliau merupakan pakar fiqh diantara para fuqaha, banyak

menimba ilmu di Iraq, Mesir dan Maghribi.”

3.2 Kritikan terhadap sunan Abu Daud

Terdapat beberapa orang imam yang menyatakan kritikan mereka

terhadap karya sunan imam Abu Daud. Dalam senarai kedudukan karya hadith.

Ada yang berpendapat sunan Abu Daud merupakan kitab ke tiga selepas Sohih

Bukhari dan Sohih Muslim. Terdapat juga ulama hadith yang berpendapat

Sunan Abu Daud ini merupakan kitab hadith ke empat kedudukannya selepas

Sohih Bukhari, Sohih Muslim dan Sunan Tarmizi. Percanggahan pendapat ini

terjadi apabila ulama’ hadith selepas Abu Daud menilai sunan yang telah ditulis

oleh beliau.

15
Prof. Madya Dr Ariffin bin Omar, H.M.Yusuf Sinaga, LC, Biografi ulamak-ulamak Hadith, 2005,
Perniagaan Jahabersa, Halaman 69

19
Kritikan utama yang diterima pada sunan Abu Daud adalah berkenaan

dengan hadith yang beliau diamkan di dalam sunannya. Method penulisan Abu

Daud dalam menyatakan taraf hadith di dalam sunannya, beliau akan

menyatakan kedudukan hadith dhaif yang terdapat didalamnya dan mendiamkan

kedudukan hadith yang selebihnya. Menurut pendapat Ibnu Hajar al-Asqalaniy,

Imam Nawawiy dan Ibnu Taimiah beliau akan menyatakan kedudukan hanya

sebhagian hadith dan sebahagian hadith yang lain tidak dinyatakan. Jumhur

ulama’ hadith menyatakan hadith yang didiamkan oleh imam Abu Daud dalam

sunannya bertaraf sohih. Manakala terdapat beberapa pandangan lain terhadap

hadith tersebut.

Pendapat pertama menyatakan bahawa hadith yang didiamkan oleh

imam Abu Daud merupakan hadith yang masih dalam kedudukan hasan dan

mungkin bertaraf sohih. Hadith itu juga tidak akan turun dari darjat hasan.

Pendapat ini didukung oleh beberapa ulama hadith antaranya Ibnu Mandah,

Ibnu As Sakan, Ibnu Abdil Barr, Ibnu Sholah, As Silafy dan Mundziry.

Manakala pendapat kedua menyatakan bahawa ada hadith yang di

diamkan oleh imam Abu Daud sebagai hadith dhaif. Namun begitu hadith

tersebut dihukumkan sebagai hasan. Sekiranya ada di antara ulama’ hadith

yang membuktikan kedudukan hadith tersebut sebagai dhaif maka hadith

tersebut akan diterima sebagai dhaif. Walau bagaimanapun, disini tidak

bermaksud imam Abu Daud sengaja menyembunyikan kedudukan hadith yang

20
dhaif. Mungkin sahaja pada pandangan beliau hadith tersebut masih belum dhaif

pada pengkajian yang lepas. Sesungguhnya manusia juga tidak akan terlepas

dari kesilapan.

Selain dari itu, At Tarmizi ada menyebut diantara kelemahan kitab sunan

Abu Daud adalah berkenaan dengan rawinya. Imam Abu Daud tidak akan

memakai perawi yang matruk namun masih terdapat dalam sunan Abu Daud

rawi yang mungkar. Contoh yang dinyatakan oleh At Tarmizi ialah rawi yang

bernama Haris Ibn Wajih. Rawi ini jelas mungkar dan secara lansung hadith

yang diriwayatkannya lemah.

Dalam kritikan lain juga yang diterima oleh imam Abu Daud imam Al

Hafidz Ibn Al Jauzi mengkritik beberapa hadith yang telah dimasukkan oleh

imam Abu Daud dalam sunannya yang bertaraf maudhu’. Hadith maudhu tidak

dapat digunakan samada sebagai amalan apatah lagi sebagai hujjah. Disaat

yang sama juga Jalaluddin As Sayuthi bertanggapan bahawa hadith yang di

kritik oleh Imam Ibnu Al Jauzi itu tidaklah terlalu banyak dan tidak menjejaskan

sunan Abu Daud secara keseluruhannya. Hadith yang dikritik tersebut berjumlah

sembilan buah hadith.

Disamping itu pendapat dari Ibnu Hajar al-Asqalaniy, Imam Nawawiy dan

Ibnu Taimiah menyatakan bahawa terdapat beberapa hadith yang di nyatakan

dhaif oleh imam Abu Daud tidak dinyatakan perihal kedudukan dhaif tersebut.

Hanya dinyatakan kedudukan sebagai rujukan dan tidak disertakan sebab

21
musabab bersamanya. Penjelasan mengenai silsilah sanad atau kedudukan

perawi hadith atau mungkin dari matan hadith yang terdapat illat.

3.3 Pujian terhadap Imam Abu Daud

Menurut para ulama, mereka bersetuju dengan sebulat suara

mengenai kemampuan Imam Abu Daud yang mana beliau adalah

seorang yang boleh dipercayai, hebat, jujur, setia dan tepat dalam

periwayatan hadithnya.16 Beliau bukan sahaja seorang periwayat

hadith, pengumpul dan penyusun hadith yang baik. Malah, seorang

ahli hukum dan pengkritik yang baik. Penulisannya adalah menarik

untuk dibaca kerana ketika beliau mengkritik hadith, kadang kala

Imam Abu Daud memeriksa dahulu tulisan, kertas dan juga dakwat

untuk menyingkap usia penulisannya.

Selain itu, beliau juga telah mengkritik anak lelakinya sendiri

iaitu Abdullah dengan menuduhnya sebagai seorang pendusta. 17

Seterusnya, para ulama juga memujinya dan menyifatkannya

sebagai hafiz yang mana beliau telah memiliki keluasan ilmu dan

kefahaman dalam ilmu-ilmu hadith. Walau bagaimanapun, beliau

juga boleh dikatakan sebagai seorang yang warak. Malah, beliau

juga mendapat pujian dari beberapa ulama yang masyhur dan

terkenal mengenai isu dan susunannya di dalam kitab Sunan Abu

Daud.

Pe gkajia Hadith Kaedah Da Persurata (1988) hlm 165.


16

Prof. Madya Dr. Ariffi bi O ar et. al, Biografi Ulama-Ula a Hadith (2005) hlm 70.
17

22
Antara ulama-ulama yang memuji kitabnya adalah al-Ghibati, al-

Ghazali dan lain-lain. Hakim Abu Abdullah berkata: “Abu Daud

adalah seorang Imam hadis pada zamannya. Namanya sangat

masyhur dan ianya terkenal di Mesir, Hijaz, Syam dan sebagainya”.

Menurut Hakim Abu Abdullah18 “Abu Daud adalah seorang

imam hadis pada masanya, namanya sangat masyur dan terkenal di

Mesir, Hijaz, Syam, Iraq, dan Khurasan.

Menurut al-hafiz Musa bin Harun “Abu Daud diciptakan di dunia

sebagai yang mahir dalam bidang hadith dan tidak seorang pun

yang lebih utama daripadanya”.

Menurut Abu Abdullah bin Mundah “Di antara ulama hadis yang

memisahkan hadis-hadis sahih ialah al-Bukhari, Muslim, Abu Daud

dan al-Nasai

Sebagaimana diketahui ilmu al-Jarah dan ta’dil dalam ilmu hadis

merupakan pelajaran yang sulit dan susah untuk dipelajari, tetapi

Abu Daud dapat menguasai ilmu tersebut dengan baik serta dapat

mengetahui dan memahami matan serta sanad hadis.

Menurut Abnu al-Madani,19 beliau mengetahui keperibadian Abu

Daud lalu berkata “Mengetahui rijalul hadis merupakan separuh

daripada ilmu dan mengetahui ilmu hadis merupakan separuh dari

ilmu juga”

18
Prof. Madya Dr Ariffin bin Omar, H.M.Yusuf Sinaga, LC, Biografi ulamak-ulamak Hadith, 2005,
Perniagaan Jahabersa, Hlm 71
19
Ibid Halaman 72

23
4.0 Cara penyusunan dan penekanan Abu Daud dalam Kitab Sunan

Imam Abu Daud menyusun sunannya mengikut kitab, bab dan subtopik-

subtopik. Dalam Sunan Abu Daud, Abu Daud menulis sunannya dengan kiab

taharah dan diakhiri dengan kitab al-adab. Berikut merupakan jadual tentang

Sunan Abu Daud.

NO NAMA KITAB JUMLAH BAB JUMLAH HADIS

1. Kitab al-Taharah(Bersuci) 143 390

2. Kitab al-Shalat 367 1165

3. Kitab al-Zakat 46 145

4. Kitab al-Luqatah(Barang temuan) 1 20

5. Kitab al-Manasik 98 325

6. Kitab al-Nikah 50 129

7 Kitab al-Talaq 50 138

8. Kitab al-Shaum(puasa) 81 164

9. Kitab al-Jihad 182 311

10. Kitab al-Dahaya(korban) 20 56

11. Kitab al-Said(perburuan) 4 18

12. Kitab al-Wasaya(wasiat) 17 23

13. Kitab al-Fara’id(Pembahagian 17 43


harta warisan)
14. Kitab al-Kharaj al-Imarah(pajak, 40 161

kepemimpinan dan Fai)

15. Kitab al-Janaiz 84 153

24
16. Kitab al-Aiman wa al- 32 84
Nuzur(Sumpah dan Nadzar)

17. Kitab al-Buyu’ wa al-Ijarah(Jual 92 245

beli)

18. Kitab al-Aqdiyah(peradilan) 30 70

19. Kitab al-‘Ilm 13 28

20. Kitab al-Asyribah(minuman) 22 67

21. Kitab al-At’imah(makanan) 55 119

22. Kitab al-Tib(kedoktoran) 24 71

23. Kitab al-‘Atqu(memerdekakan 15 43

budak)

24. Kitab al-Huruf wa al-Qira’(huruf 1 40

dan bacaan)

25. Kitab al-Hammam(kamar mandi) 3 11

26. Kitab al-Libas(pakaian) 47 139

27. Kitab al-Tarajjul(menguraikan 21 55

rambut untuk dibersihkan)

28. Kitab al-Khatam 8 26

29. Kitab al-Fitan(fitnah) 7 39

30. Kitab al-Mahdi(imam mahdi) 1 12

31. Kitab al-Malahim(peperangan 18 60

yang agung)

32. Kitab al-Hudud 40 143

33. Kitab al-Diyat 32 102

25
34. Kitab al-Sunnah 32 177

35. Kitab al-Adab 108 502

Berdasarkan gambar rajah di atas, Sunan Abu Daud mempunyai tiga

puluh lima kitab dalam kitab-kitab tersebut kitab Solat adalah di antara kitab

yang paling banyak ditekankan oleh Abu Daud. Terdapat dua belas bab yang

ditekankan dalam kitab solat iaitu bab solat, bab tentang imam, bab tentang

saf(barisan), bab tentang tabir, bab tentang memulai solat, bab tentang ruku’

dan sujud, bab tentang Juma’at, bab tentang solat safar(musafir), bab tentang

solat malam, bab tentang bulan ramadhan, bab tentang membaca dan mentartil

al-Qur’an dan akhir sekali bab tentang solat witir.

Menurut pengkaji, antara kesemua bab di dalam kitab Solat sunan Abu

Daud, bab pertama yang ditulis ialah berkaitan dengan bab solat. Antara bab

solat yang dikeluarkan oleh imam Abu Daud dalam kitab sunannya ialah

berkaitan dengan kewajipan solat. Hadis tentang kewajipan solat berbunyi

seperti berikut

‫ه ع يه وس م من أهل نج‬ ‫سواه ص‬ ‫عن ط ح بن عبي ه يقول جاء جل إل‬

‫ثائ ال أس يس ع دو صوته وا ي قه ما يقول حت دنا فإ ا هو يسأل عن اإسا فقا ل‬

‫في اليو واليو وال ي قال هل ع ي‬ ‫ه ع يه وس م خ س ص وا‬ ‫سواه ص‬

‫ه ا وا أنقص فقال‬ ‫غي هن قال ا إا أ تطوع فأدب ال جل وهويقول وه ا أ ي ع‬

. ‫ه ع يه وس م أف ح إ ص‬ ‫سواه ص‬

26
Dari Thalhah bin Ubaidillah, dia berkata, “Pernah ada seorang lelaki

penduduk Najd datang kepada Rasulullah SAW, kepalanya kusut, bersuara

guman dan tidak dapat diertikan ucapannya. Ketika dia mendekat, ternyata dia

bertanya tentang islam. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Lima kali solat sehari

semalam”. Kata orang itu, “Apakah masih ada yang wajib atasku?” Baginda

SAW bersabda, “Tidak ada, kecuali kamu hendak mengerjakan solat sunnah.”

Thalhah berkata, Rasulullah SAW menyampaikan kepadanya tentang puasa

Ramadhan. Maka orang itu berkata, ‘Apakah masih ada yang wajib atasku?’

Beliau bersabda, “Tidak ada, kecuali kamu hendak mengerjakan puasa sunnah.”

Kata Thalhah, “Dan Rasulullah SAW menyampaikan kepadanya tentang zakat,”

Maka orang itu berkata, “Apakah masih ada yang wajib atasku lainnya?”

Baginda bersabda, “Tidak ada, kecuali kamu hendak melakukan sedekah

sunah.” Maka orang itu berbalik seraya berkata, “Demi Allah, saya tidak akan

menambah dan mengurangi perkara ini.” Maka Rasulullah SAW bersabda,

“Beruntunglah jika dia benar.” (Shahih: Muttafaq Alaih)

Selepas Abu Daud menulis hadis di atas iaitu berkaitan dengan kewajipan

solat. Abu Daud menulis pula hadis tentang waktu solat, waktu dan cara solat

nabi, waktu solat zohor, asar, maghrib, insya dan subuh dan sebagainya. Disini

pengkaji dapat mengenal pasti bahawa Abu Daud menulis hadis tentang

kewajipan solat untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa solat merupakan

perkara yang wajib dan berdosa sekiranya meninggalkan solat dengan sengaja.

Solat ialah ibadah yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang

dimulakan dengan membaca takbir dan diakhiri dengan mengucapkan salam.

Menurut ulasan pengkaji, Abu Daud memasukkan hadis tentang kewajipan solat

kerana solat dalam agama islam menduduki tempat yang teramat istimewa

27
sehingga tidak dapat ditandingi oleh ibadah lain. Ia juga merupakan tiang agama

dan tanpanya agama islam tidak dapat berdiri kukuh.

5.0 Kesimpulan

Sepanjang perjuangan Imam Abu Daud dalam bidang hadith ini

banyak pengorbanan yang dilakukan oleh beliau demi menjaga hadith-

hadith untuk dijadikan sebagai sumber rujukan yang kedua selepas al-Quran

oleh setiap umat islam terutamanya umat pada akhir zaman ini. Imam Abu

Daud telah menghasilkan karya yang mana dapat digunakan oleh umat

islam pada zaman ini dengan berhijrah satu tempat ke satu tempat untuk

mancari dan mempelajari ilmu hadith dan menguasainya secara menyeluruh

untuk menghasilkan karya tersebut dan beliau juga mempunyai ramai guru,

dengan itu jelaslah bahawa pengorbanan yang dilakukan ini sangat besar

dan juga sukar untuk kita mencontohi beliau.

Disamping itu juga, sebagai umat islam kita dituntut untuk

mempelajari setiap ilmu supaya dapat dijadikan sebagai pedoman hidup,

sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:

bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika

kamu tidak mengetahuinya. (43, An-Nahl).

Dari Anas bin Malik r.a., katanya : Rasulullah saw bersabda:”

menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap orang islam”.

28
Ilmu hadith adalah salah satu ilmu yang patut kita pelajari kerana

ianya adalah satu kewajipan bagi setiap orang islam, bukan Imam Abu Daud

sahaja yang melopori bidang ini malah ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan hadith

yang banyak memberi sumbangan dalam perjuangan ini. Jika kita lihat pada

metod penyusunan hadis ianya adalah satu tugas yang amat rumit yang

sukar untuk dilakukan kerana ianya memerlukan kesabaran, keadilan dan

juga kekuatan iman yang kuat sebagai contoh bagi menentukan kesahihan

sebuah hadith itu.

Sesebuah hadis itu penting untuk kita lihat status hadith tersebut

sama ada boleh diguna pakai ataupun tidak, tugas ini telah dilakukan oleh

Imam Abu Daud yang mana beliau telah mengasingkan hadith mengikut

kesahihannya. Abu Daud juga telah menulis karya beliau mengikut bab-bab

bagi memudahkan umat islam. Oleh yang demikian, bersyukurlah kita

keatas segala pengorbanan yang dilakukan oleh beliau demi menjaga hadith

yang masih kekal hinggalah ke hari ini dan seterusnya.

29
Bibliografi

Asmawi Ehsan,(2003), Ilmu Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Mustafa Azami, (1989). Kajian metodologi dan penulisan hadith,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Nashiruddin Al-Bani, Sahih Sunan Abu Daud Jilid 1,(2007),

Jakarta: Pustaka Azam

Prof. Madya Dr Ariffin bin Omar, H.M.Yusuf Sinaga, LC, (2005). Biografi

ulamak-ulamak hadith. Terbitan Perniagaan Jahabersa.

Pengkajian hadith kaedah dan persuratan”(1988) .

Qurrotul Aien bt Fatah Yasin, (2006). Ilmu mustolah hadith.

Rosmawati Ali @ Mat Zin ( 2010 ). Siri tokoh hadith : Imam Abu Daud.

Selangor Darul Ehsan : Dawana Sdn. Bhd

Sejarah perkembangan hadis dan tokoh-tokoh utama dalam bidang hadis

(2000).

Dikarang Oleh:

Khamisah Binti Isa


Nor Ashidah Suriani Binti Othman
Muhamad Shahrizan Bin Muhamad Aziz
Fakhrudin Bin Sulaiman
Nur Liyana Binti Zamalullah

30

Anda mungkin juga menyukai