Anda di halaman 1dari 5

B.

IMAM ABU DAUD

1. Biografi

Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir (Menurut Abdurrahman bin
Abi Hatim).

Sulaiman bin al Asy'ats bin Basyar bin Syadad (Menurut Muhammad bin Abdul 'Aziz
Al Hasyimi).1

Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin ‘Imran bin Al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir
bin Syidad bin ‘Amr bin ‘Imran atau disebut dengan Amir Al Azdy As Sajistaany.2

Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim, bahawa nama Abu Daud adalah Sulaiman bin
al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir.

Menurut Muhammad bin Abdul ‘Aziz Al Hasyimi nama Imam Abu Daud ialah
Sulaiman bin al Asy’ats bin Basyar bin Syadad.

Ibnu Dasah dan Abu ‘Ubaid Al Ajuri berkata bahawa nama Imam Abu Daud ialah
Sulaiman bin al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir bin Syadad. Pendapat ini di perkuat oleh
Abu Bakr Al Khathib di dalam Tarikhnya dan di dalam bukunya beliau menambahi
dengan Ibnu ‘Amru bin ‘Imran al Imam, Syaikh as Sunnah, Muqaddimu al huffazh,
Abu Daud al-azadi as-Sajastani, muhaddits Bashrah.3

Dilahirkan pada tahun 202 H di kota Sajistaan. Ianya


menurut kesepakatan referensi yang memuatkan biografi beliau. Demikian juga
didasarkan keterangan murid beliau yang bernama Abu Ubaid Al-Ajury ketika beliau
hendak wafat, beliau berkata: aku telah mendengar dari Abi Daud, beliau berkata :
“Aku dilahirkan pada tahun 202 H (Siyar A`lam An Nubala` 13/204).”4

1
http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html
2
http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html
3
http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/
4
http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

9
Pada tarikh kewafatan beliau iaitu 16 Syawal tahun 275 H beliau telah berusia 73
tahun.5Beliau wafat di kota Bashrah pada 16 Syawal 275 H bersamaan hari Jumaat
dan disolatkan jenazahnya oleh Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy. 6Abu ‘Ubaid al
Ajuri mengatakan bahawa : “Imam Abu Daud meninggal pada hari Jumaat tanggal
16 bulan Syawal tahun 275 H. Beliau meninggal di Basrah”.7

2. Latar Belakang Imam Abu Daud

Sejak kecil, Imam Abu Daud sangat mencintai ilmu pengetahuan dan sudah
bergaul dengan para ulama untuk menimba ilmu pengetahuan. Sebelum dewasa, dia
sudah mempersiapkan dirinya untuk melangkah ke pelbagai negara. Dia belajar hadis
dari para ulama yang ditemuinya di Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Sagar,
Khurasan dan negara lainnya. Pengembaraannya ke beberapa negara itu membawa dia
untuk mendapatkan hadis sebanyak yang mungkin. Kemudian hadis itu disaring, lalu
ditulis pada kitab Sunan Abu Daud. Imam Abu Daud seringkali berulang alik
mengunjungi Baghdad. Di kota itu, dia mengajar hadis dan fiqih dengan
menggunakan kitab sunan sebagai buku pegangan. Kitab sunan itu ditunjukkan
kepada ulama hadis terkemuka seperti, Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin
Hanbal mengatakan bahawa kitab itu sangat bagus.8

Ketika meneliti biografi imam Abu Daud, akan muncul paradigma


bahawasanya beliau semenjak kecil memiliki keahlian untuk menimba ilmu yang
bermanfaat. Semua itu dikukuhkan lagi dengan adanya keutamaan yang telah di
anugerahkan Allah kepadanya berupa kecerdasan, kepandaian dan kegeniusan.

Imam Abu Daud semenjak kecil memfokuskan diri untuk belajar ilmu hadis.
Maka kesempatan itu digunakan untuk mendengarkan hadis di negerinya iaitu
Sajistan dan sekitarnya. Kemudian dia memulakan rihlah ilmiahnya ketika menginjak
umur belasan tahun.

Dia merupakan antara ulama yang sering mengembara untuk mencari hadis ke
pelbagai negara Islam. Beliau banyak mendengar hadis dari berbagai ulama. Maka

5
http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html
6
http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html
7
http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/
8
http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

10
tidak hairanlah jika dia dapat menulis dan menghafal hadis dengan jumlah yang besar
iaitu sehingga setengah juta atau mungkin lebih daripada itu. Hal ini merupakan
modal yang besar baginya untuk menghasilkan berbagai karya tulisan beliau sendiri
yang tersebar sehingga kepelbagai pelosok negara Islam dan menjadi sandaran dalam
perkembangan keilmuan baik hadis mahupun disiplin ilmu yang lain.9

3. SIFAT DAN KEPERIBADIAN BELIAU


Imam Abu Daud termasuk ulama yang mencapai darjat tinggi dalam ibadah,
kesucian diri (tasawuf), kesolehan dan wara’ yang patut diteladani. Sebahagian ulama
berkata : "Perilaku Abu Daud, sifat dan keperibadiannya menyerupai Imam Ahmad
bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal menyerupai Waki’. Waki’ pula seperti Sufyan
as-Sauri, Sufyan pula seperti Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha’i,
Ibrahim menyerupai Alqamah. Alqamah seperti Ibnu Mas’ud, dan Ibnu Mas’ud
seperti Nabi Muhammad SAW”. Sifat dan keperibadian seperti ini menunjukkan
kesempurnaan dalam beragama, perilaku dan akhlak Imam Abu Daud. Imam Abu
Daud mempunyai falsafah tersendiri dalam berpakaian. Salah satu lengan bajunya
lebar dan satunya lagi sempit. Bila ada yang bertanya, dia menjawab : "Lengan yang
lebar ini untuk membawa kitab, sedang yang satunya tidak diperlukan. Kalau dia
lebar, bererti pembaziran." 10

4. AQIDAH IMAM ABU DAUD

Beliau adalah imam dari kalangan imam-imam Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang hidup di Basrah kota berkembangnya kelompok Qadariyah. Demikian juga
berkembangnya disana pemikiran Khawarij, Mu’tazilah, Murji’ah dan Syi’ah
Rafidhoh serta Jahmiyah dan lain-lainnya. Tetapi walaupun demikian, beliau tetap
istiqomah diatas Sunnah dan beliau membantah Qadariyah didalam kitabnya Al-
Qadar. Demikian pula bantahan beliau atas golongan Khawarij dalam kitabnya
Akhbar Al-Khawarij. Beliau juga membantah terhadap fahaman yang menyimpang
dari kemurnian ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Maka berkaitan
hal tersebut dapat dilihat didalam kitabnya As-Sunan (Sunan Abu Daud) yang
9
http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/
10
http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

11
terdapat padanya bantahan-bantahan beliau terhadap golongan Jahmiyah, Murji’ah
dan Mu’tazilah.11

Adapun hasil karya beliau yang sampai kepada kita hari ini adalah ;

 As-Sunan.
 Al-Marasil.
 Al-Masa’il.
 Ijabaatuhu ‘An Su’alaati Abi ‘Ubaid al-Ajuri.
 Risalatuhu Ila Ahlul Makkah.
 Tasmiyyatu al-Ikhwah al-Ladziina Rowaa ‘Anhum al-Hadis.
 Kitab az-Zuhd.

Adapun kitab beliau yang hilang dari peredaran masa adalah;

 Ar-Radd ‘Ala Ahlul al-Qadar.


 An-Nasikh wal Mansukh.
 At-Tafarrud.
 Fadla’ilu al-Anshar.
 Musnad Hadis Malik.
 Dala’ilu an-Nubuwwah.
 Ad Du’aa’.
 Ibtidaa’u al-Wahyi.
 Akhbaru al-Khawarij.
 Ma’rifatu al-Awqaat.
 Kitab al-Qadar .

Di antara kitab karangan Imam Abu Daud tersebut, yang paling popular adalah kitab
as-Sunan, yang lebih dikenali dengan nama Sunan Imam Abu Daud.12

11
http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html
12
http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

12
5. PENGERTIAN KITAB SUNAN ABU DAUD

Kitab Sunan Imam Abu Daud menurut ahli hadis adalah kitab hadis yang
disusun berdasarkan bab-bab fiqih. Kitab sunan ini hanya memuat hadis marfu’ dan
tidak memuat hadis mauquf atau hadis maqtu’. Ianya sebab yang kedua-duanya ini
tidak termasuk sunnah ianya termasuk didalam hal-hal yang berkaitan dengan moral,
sejarah dan zuhud.

Sebagaimana pernyataan Al-Khattani dalam kitab al-Risalah al-Mustatrafah :


“Diantara kitab-kitab hadis adalah kitab-kitab sunan iaitu kitab hadis yang disusun
menurut bab-bab fiqih yang bermula dari bab taharah, solat, zakat, dan sebagainya
dan di dalamnya tidak tedapat hadis mauquf, kerana hadis tersebut tidak disebut
sebagai sunnah, namun hanya disebut sebagai hadis.13

13
http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html

13

Anda mungkin juga menyukai