Anda di halaman 1dari 9

Al-Hafiz Imam Tabrani

Nama

Nama lengkap beliau adalah Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Muthair al-Lakhmi al-
Yamani at-Thabrani. Kunyahnya Abul Qasim. Beliau dilahirkan di Akka pada tahun 260
H, bulan Safar, di tengah-tengah keluarga yang terhormat, dari kabilah Lakhm, suku
Yaman yang berimigrasi ke Quds (Palestin) dan menetap disana. Sedangkan ibunya
termasuk suku Akka.

Perkembangan ilmu

Imam Tabrani mulai belajar hadith pada usia muda, ketika masih berumur 13 tahun,
tepatnya pada tahun 273 H. Pada tahun 274 H, beliau berkelana ke Quds Palestin dan
Syam untuk menghafal al-Qur’an dan belajar berbagai ilmu pengetahuan dan agama. Hal
yang sama juga dilakukan di Qaisariyah pada tahun 274 H.

Imam Tabrani meneruskan pencarian ilmu dengan berkelana dari satu tempat ke tempat
yang lain. Beliau mengunjungi Syria, Hijaz, Yaman, Mesir, Irak, Iran, Semenanjung Arab
Saudi, Afganistan dan di sekitar negeri-negeri Parsi. Beliau menghabiskan waktu lebih
kurang tiga puluh tahun dalam mempelajari hadith Nabi S.A.W.

Imam Tabrani juga mengunjungi Asfahan pada tahun 290 H. Setelah menyelesaikan
pengembaraannya ke berbagai wilayah, beliau kembali ke Asfahan dan menetap di sana
sampai ke akhir hayatnya selama lebih dari setengah abad.

Guru – gurunya

Guru-guru beliau cukup banyak, bahkan menurut catatan Imam Zahabi mencapai lebih
dari seribu orang. Diantaranya:

1. Hasyim bin Mursyid at-Thabrani

2. Ahmad bin Mas’ud al-Khayyat

3. ‘Amr bin Abi Salmah al-Tunisi


4. Ahmad bin ‘Abdillah al-Lihyani

5. ‘Amr bin Saur, Ibrahim bin Abi Sufyan

6. Abi Zur’ah ad-Dimasqyi

7. Ishaq bin Ibrahim al-Dabiri

8. Idris bin Ja’far al-‘Atar

9. Basyr bin Musa

10. Hafsh bin ‘Umar

11. ‘Ali bin ‘Abdul ‘Aziz al-Baghawi

12. Miqdam bin Dawud al-Ru’yani

13. Yahya bin Abi Ayyub al-‘Allaq

14. ‘Abdullah bin Muhammad bin Sa’id bin Abi Maryam

15. Ahmad bin ‘Abdul Wahhab al-Hauti

16. Ahmad bin Ibrahim bin Fil al-Balisi

17. Ahmad bin Ibrahim al-Busri

18. Ahmad bin Ishaq bin Ibrahim bin Nabit al-Asja’i


Murid – muridnya

Antara murid- muridnya ialah :

1. Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Sahhaf

2. Ibn Mandah

3. Abu Bakar bin Mardawih

4. Abu ‘Umar Muhammad bin al-Husain al-Bastami

5. Abu Nu’aim al-Ashbahani

6. Abu al-Fadhl Muhammad bin Ahmad al-Jarudi

7. Abu Sa’id al-Naqqas

8. Abu Bakr bin Abi ‘Ali al Zakwani

9. Ahmad bin ‘Abdirrahman al-Azdi

10. Abu Bakar Muhammad bin Zaid

11. Imam Tabrani juga mempunyai beberapa guru yang pada kesempatan lain menjadi
muridnya, di antara ialah Abu Khalifah al-Jumahi dan al-Hafizh Ibn ‘Uqdah.

Pandangan para ulama mengenai Imam Tabrani

1. al-Hafizh Abu al-‘Abbas ibn Mansur al-Syirazi mengatakan bahawa dirinya telah
menulis 300 000 hadith dari Imam Thabrani dan beliau turut mengatakan bahawa Imam
Tabrani adalah seorang yang thiqah.
2. Menurut Abu Bakar Abu ‘Ali, Imam Tabrani orang yang terkenal ilmunya,
pengetahuannya luas, dan banyak karya-karyanya, dan dikatakan bahawa di akhir
hayatnya beliau menjadi buta.

3. Menurut Sulaiman bin Ibrahim, Imam Tabrani adalah seorang penghafal hadith sekitar
20000 sampai 40 000 hadith.

4. Menurut Abu ‘Abdillah ibn Mandah, Imam Tabrani adalah salah seorang penghafal
hadith yang sangat masyur dan terkenal.

5. Menurut Abu al-Husain Ahmad bin Faris al-Lugawi yang dinisbahkan kepada Ibn al-
Amid, Imam Thabrani dalam hal hafalan lebih hebat apabila dibandingkan dengan al-
Ji’abi, sedangkan Abu Bakar lebih hebat daripada ath-Thabrani dalam kepintaran dan
kecerdasannya.

Berdasarkan penilaian para ulama di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan ulama


mengakui Imam Tabarani merupakan seorang yang thiqah mempunyai ilmu yang tinggi
sehingga beliau digelar sebagai al-hafiz, satu gelaran yang cukup tinggi dalam bidang
hadith.

Karya – karya Imam Thabrani

1. Musnad al-Asy’ari

2. Musnad al-Syamiyyin

3. al-Nawadir

4. Fawa’id

5. Musnad Abu Hurairah

6. Musnad ‘Aisyah
7. al-Tafsir

8. Du’a

9. Dala’il al-Nubuwwah

10. Ahadits al-Tiwal

11. Musnad Syu’bah

12. Hadits A’masy

13. Hadits Auza’i

14. Hadits Syaiban

15. Hadits Ayyub

16. ‘Asyrah an-Nasa’i

17. Musnad Abu Dzarr

18. al-Ru’yah

19. al-Jud

20. Fadl Ramadhan

21. al-Fara’id
22. Al-Radd ‘ala al-Mu’tazilah

23. al-Salih ‘ala al-Rasul

24. Ahadits Zuhri min Anas

25. Ahadits ibn al-Munkadir ‘ala al-Rasul

26. Hadits man Kadzab

27. Alkbar ‘Uma ‘il

28. Kitab as-Sunnah

29. al-Ramy

30. al-Manasik

31. Ma’rifah al-Sabahab

32. al-‘Ilm

33. Fad al-‘Arab

34. Manaqib Ahmad

35. Kitab al-Asyribah

36. Kitab al-Uluwiyah fi Khilafah Abi Bakar wa ‘Umar


Kematiannya

Imam Tabrani meninggal di Asfahan pada 28 Zulkaedah tahun 360 H dalam usia seratus
tahun sepuluh bulan. Beliau dimakamkan di samping kubur Hamamah ad-Dausi, seorang
sahabat Rasulullah S.A.W.

Mukjam Thalasah

Di antara karya Imam Tabrani yang paling popular dan terkenal adalah ketiga-tiga
Mu’jamnya, iaitu Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Ausath, dan Mu’jam as-Shaghir.

1. Mu’jam al-Kabir

Kitab ini disusun


berdasarkan musnad-
musnad sahabat sesuai
dengan urutan huruf
Hija’iyah kecuali Musnad
Abu Hurairah yang telah
disusun dalam kitab
tersendiri. Kitab ini
memuatkan 60 000 hadith. Oleh karena itu, Ibnu Dihyah berpendapat kitab Mu’jam al -
Kabir ini merupakan kitab Mu’jam al -Kabir yang terbesar di dunia. Jika dikatakan
Mu’jam secara umum dalam istilah ahli hadith, maka yang dimaksudkan adalah Mu’jam
al-Kabir.

Para ulama hampir sependapat bahawa kitab Mu’jam al-Kabir adalah sebuah kitab
Mu’jam terbesar dan kitab rujukan yang lengkap. Kitab al-Mu’jam al-Kabir ini terdiri
daripada 12 jilid dan merupakan ensikopedia hadith yang memuatkan bukan sahaja
hadith-hadith Nabi Shallallaahu S.A.W, bahkan turut mengandungi maklumat sejarah..
Kitab ini diterbitkan setelah diedit oleh para pengkaji hadith. Beberapa perpustakaan
menyimpan jilid yang berbeza dari karya ini, namun sukar untuk memastikan kitab
tersebut sudah lengkap atau tidak.

2. Mu’jam al – Authath

Kitab ini disusun


berdasarkan nama-nama
guru Imam Tabrani yang
hampir mencapai 2000
orang, dan di dalamnya
terdapat 30 000 hadith.
Kitab ini memuat hampir
seluruh maklumat dan ilmu
yang berkaitan dengan hadith-hadith. Banyak di antaranya yang sahih, sedangkan lainnya
tidak sahih. Mu’jam al – Authath ini terdiri daripada dua jilid besar.

3. Mu’jam al – Saghir

Karya Imam Tabrani yang


paling kecil di antara kitab-
kitab al-Mu’jam adalah al-
Mu’jam as-Shaghir. Kitab
ini meriwayatkan hadith
dari setiap guru, dan
kebanyakan hanya diambil
satu hadith dari setiap
guru.

Posted by Zulhusni Mat Resat at 1:06 AM Email This ᄃ BlogThis!ᄃ Share to Twitter
ᄃ Share to Facebook ᄃ Share to Pinterest ᄃ

Labels: Biografi ulama

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga menyukai