Anda di halaman 1dari 9

Al-Hafiz Imam Tabrani

Nama
Nama lengkap beliau adalah Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub bin Muthair al-Lakhmi alYamani at-Thabrani. Kunyahnya Abul Qasim. Beliau dilahirkan di Akka pada tahun 260
H, bulan Safar, di tengah-tengah keluarga yang terhormat, dari kabilah Lakhm, suku
Yaman yang berimigrasi ke Quds (Palestin) dan menetap disana. Sedangkan ibunya
termasuk suku Akka.
Perkembangan ilmu
Imam Tabrani mulai belajar hadith pada usia muda, ketika masih berumur 13 tahun,
tepatnya pada tahun 273 H. Pada tahun 274 H, beliau berkelana ke Quds Palestin dan
Syam untuk menghafal al-Quran dan belajar berbagai ilmu pengetahuan dan agama. Hal
yang sama juga dilakukan di Qaisariyah pada tahun 274 H.
Imam Tabrani meneruskan pencarian ilmu dengan berkelana dari satu tempat ke tempat
yang lain. Beliau mengunjungi Syria, Hijaz, Yaman, Mesir, Irak, Iran, Semenanjung Arab
Saudi, Afganistan dan di sekitar negeri-negeri Parsi. Beliau menghabiskan waktu lebih
kurang tiga puluh tahun dalam mempelajari hadith Nabi S.A.W.
Imam Tabrani juga mengunjungi Asfahan pada tahun 290 H. Setelah menyelesaikan
pengembaraannya ke berbagai wilayah, beliau kembali ke Asfahan dan menetap di sana
sampai ke akhir hayatnya selama lebih dari setengah abad.
Guru gurunya
Guru-guru beliau cukup banyak, bahkan menurut catatan Imam Zahabi mencapai lebih
dari seribu orang. Diantaranya:
1. Hasyim bin Mursyid at-Thabrani
2. Ahmad bin Masud al-Khayyat
3. Amr bin Abi Salmah al-Tunisi

4. Ahmad bin Abdillah al-Lihyani


5. Amr bin Saur, Ibrahim bin Abi Sufyan
6. Abi Zurah ad-Dimasqyi
7. Ishaq bin Ibrahim al-Dabiri
8. Idris bin Jafar al-Atar
9. Basyr bin Musa
10. Hafsh bin Umar
11. Ali bin Abdul Aziz al-Baghawi
12. Miqdam bin Dawud al-Ruyani
13. Yahya bin Abi Ayyub al-Allaq
14. Abdullah bin Muhammad bin Said bin Abi Maryam
15. Ahmad bin Abdul Wahhab al-Hauti
16. Ahmad bin Ibrahim bin Fil al-Balisi
17. Ahmad bin Ibrahim al-Busri
18. Ahmad bin Ishaq bin Ibrahim bin Nabit al-Asjai

Murid muridnya
Antara murid- muridnya ialah :
1. Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim al-Sahhaf
2. Ibn Mandah
3. Abu Bakar bin Mardawih
4. Abu Umar Muhammad bin al-Husain al-Bastami
5. Abu Nuaim al-Ashbahani
6. Abu al-Fadhl Muhammad bin Ahmad al-Jarudi
7. Abu Said al-Naqqas
8. Abu Bakr bin Abi Ali al Zakwani
9. Ahmad bin Abdirrahman al-Azdi
10. Abu Bakar Muhammad bin Zaid
11. Imam Tabrani juga mempunyai beberapa guru yang pada kesempatan lain menjadi
muridnya, di antara ialah Abu Khalifah al-Jumahi dan al-Hafizh Ibn Uqdah.
Pandangan para ulama mengenai Imam Tabrani
1. al-Hafizh Abu al-Abbas ibn Mansur al-Syirazi mengatakan bahawa dirinya telah
menulis 300 000 hadith dari Imam Thabrani dan beliau turut mengatakan bahawa Imam
Tabrani adalah seorang yang thiqah.

2. Menurut Abu Bakar Abu Ali, Imam Tabrani orang yang terkenal ilmunya,
pengetahuannya luas, dan banyak karya-karyanya, dan dikatakan bahawa di akhir
hayatnya beliau menjadi buta.
3. Menurut Sulaiman bin Ibrahim, Imam Tabrani adalah seorang penghafal hadith sekitar
20000 sampai 40 000 hadith.
4. Menurut Abu Abdillah ibn Mandah, Imam Tabrani adalah salah seorang penghafal
hadith yang sangat masyur dan terkenal.
5. Menurut Abu al-Husain Ahmad bin Faris al-Lugawi yang dinisbahkan kepada Ibn alAmid, Imam Thabrani dalam hal hafalan lebih hebat apabila dibandingkan dengan alJiabi, sedangkan Abu Bakar lebih hebat daripada ath-Thabrani dalam kepintaran dan
kecerdasannya.
Berdasarkan penilaian para ulama di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan ulama
mengakui Imam Tabarani merupakan seorang yang thiqah mempunyai ilmu yang tinggi
sehingga beliau digelar sebagai al-hafiz, satu gelaran yang cukup tinggi dalam bidang
hadith.
Karya karya Imam Thabrani
1. Musnad al-Asyari
2. Musnad al-Syamiyyin
3. al-Nawadir
4. Fawaid
5. Musnad Abu Hurairah
6. Musnad Aisyah

7. al-Tafsir
8. Dua
9. Dalail al-Nubuwwah
10. Ahadits al-Tiwal
11. Musnad Syubah
12. Hadits Amasy
13. Hadits Auzai
14. Hadits Syaiban
15. Hadits Ayyub
16. Asyrah an-Nasai
17. Musnad Abu Dzarr
18. al-Ruyah
19. al-Jud
20. Fadl Ramadhan
21. al-Faraid

22. Al-Radd ala al-Mutazilah


23. al-Salih ala al-Rasul
24. Ahadits Zuhri min Anas
25. Ahadits ibn al-Munkadir ala al-Rasul
26. Hadits man Kadzab
27. Alkbar Uma il
28. Kitab as-Sunnah
29. al-Ramy
30. al-Manasik
31. Marifah al-Sabahab
32. al-Ilm
33. Fad al-Arab
34. Manaqib Ahmad
35. Kitab al-Asyribah
36. Kitab al-Uluwiyah fi Khilafah Abi Bakar wa Umar

Kematiannya
Imam Tabrani meninggal di Asfahan pada 28 Zulkaedah tahun 360 H dalam usia seratus
tahun sepuluh bulan. Beliau dimakamkan di samping kubur Hamamah ad-Dausi, seorang
sahabat Rasulullah S.A.W.
Mukjam Thalasah
Di antara karya Imam Tabrani yang paling popular dan terkenal adalah ketiga-tiga
Mujamnya, iaitu Mujam al-Kabir, Mujam al-Ausath, dan Mujam as-Shaghir.

1. Mujam al-Kabir
Kitab
ini
disusun
berdasarkan
musnadmusnad sahabat sesuai
dengan
urutan
huruf
Hijaiyah kecuali Musnad
Abu Hurairah yang telah
disusun
dalam
kitab
tersendiri.
Kitab
ini
memuatkan 60 000 hadith. Oleh karena itu, Ibnu Dihyah berpendapat kitab Mujam al Kabir ini merupakan kitab Mujam al -Kabir yang terbesar di dunia. Jika dikatakan
Mujam secara umum dalam istilah ahli hadith, maka yang dimaksudkan adalah Mujam
al-Kabir.
Para ulama hampir sependapat bahawa kitab Mujam al-Kabir adalah sebuah kitab
Mujam terbesar dan kitab rujukan yang lengkap. Kitab al-Mujam al-Kabir ini terdiri
daripada 12 jilid dan merupakan ensikopedia hadith yang memuatkan bukan sahaja
hadith-hadith Nabi Shallallaahu S.A.W, bahkan turut mengandungi maklumat sejarah..
Kitab ini diterbitkan setelah diedit oleh para pengkaji hadith. Beberapa perpustakaan

menyimpan jilid yang berbeza dari karya ini, namun sukar untuk memastikan kitab
tersebut sudah lengkap atau tidak.

2. Mujam al Authath
Kitab
ini
disusun
berdasarkan
nama-nama
guru Imam Tabrani yang
hampir mencapai 2000
orang, dan di dalamnya
terdapat 30 000 hadith.
Kitab ini memuat hampir
seluruh maklumat dan ilmu
yang berkaitan dengan hadith-hadith. Banyak di antaranya yang sahih, sedangkan lainnya
tidak sahih. Mujam al Authath ini terdiri daripada dua jilid besar.

3. Mujam al Saghir
Karya Imam Tabrani yang
paling kecil di antara kitabkitab al-Mujam adalah alMujam as-Shaghir. Kitab
ini meriwayatkan hadith
dari setiap guru, dan
kebanyakan hanya diambil
satu hadith dari setiap

guru.
Posted by Zulhusni Mat Resat at 1:06 AM Email This BlogThis! Share to Twitter
Share to Facebook Share to Pinterest
Labels: Biografi ulama
No comments:
Post a Comment

Anda mungkin juga menyukai