Anda di halaman 1dari 14

PERISTIWA PENTING

SELEPAS HIJRAH
PIM1000
Perjanjian Hudaibiyah
◦ Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628M).
◦ Ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.
◦ Dinamakan Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ditandatangani.
◦ Hudaibiyah terletak 22km arah barat dari Mekah menuju Jeddah.
◦ Hudaibiyah memiliki nama lain iaitu asy-Syumaisi yang diambil daripada nama Asy-Syumaisi yang
menggali sumur di Hudaibiyah.
Sebab berlakunya perjanjian
◦ Rasulullah Bersama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji dan
Umrah. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah
untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman
bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

◦ Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun
berikrar kepada "Baiah Ar Ridhwan" untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama
Rasulullah di bawah sebatang pokok. Selepas Kaum Quraish mengetahui tentang baiah tersebut,
kaum Quraish telah menghantar utusan untuk membuat perjanjian.
Isi Perjanjian Hudaibiyah
◦ Gencatan senjata antara pihak orang Islam Madinah dan Kaum Musyrikin Mekah selama 10tahun.
◦ Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga
hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
◦ Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam Madinah tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
◦ Orang Islam Madinah yang lari ke pihak Musyrikin Mekah tidak perlu dikembalikan semula.
◦ Selain daripada kaum Musyrikin Mekah dan orang Islam Madinah, bebas untuk berpihak kepada
Mekah atau Madinah.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
◦ Syiar Islam diperluas dan dikembangkan.
◦ Kehidupan masyarakat aman dan damai.
◦ Pengiktirafan Rasulullah sebagai pemimpin Madinah dan negara Islam di Madinah.
◦ Membuka jalan kepada fathu Mekah dan pembebasan Mekah daripada pihak Musyrikin Quraisy.
◦ Orang Islam dapat menjalinkan hubungan dengan kabilah Arab yang lain.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
◦ Musyrikin Mekah semakin lemah.
◦ Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju.
◦ Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
◦ Rasulullah mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
◦ Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.
Fathu Makkah
Latar Belakang Pembukaan Kota
Makkah
◦ Musyrikin Makkah telah mencabuli perjanjian Hudaibiyah dengan memberi bantuan senjata dan ketenteraan kepada
Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah yang telah mengikat janji setia kepada pihak Islam.

◦ Seramai 20 orang Bani Khuza’ah terkorban

◦ Mereka telah mendapatkan perlindungan di Kawasan Tanah Haram iaitu suatu tempat yang diharamkan pertumpahan
darah. Bani Khuza’ah telah menghantar utusan ke Madinah memohon Rasulullah membela mereka.
Peristiwa Penaklukan Kota Makkah
◦ Pembukaan Kota Makkah atau dalam bahasa Arab ‫تح م>كة‬
>>‫ ف‬merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630M iaitu pada
tanggal 10 Ramadan 8H.

◦ Rasulullah SAW mengemukakan tiga tuntutan pilihan kepada Musyrikin Quraisy iaitu Membayar diat kepada waris Bani
Khuza’ah yang terbunuh, mengutuk perbuatan Bani Bakar membunuh orang Bani Khuza’ah atau berperrang dengan tentera
Islam.

◦ Pihak Musyrikin Quraisy memilih untuk berperang menentang tentera Islam. Beberapa pemimpin Quraisy tidak bersetuju
dengan pilihan tersebut iaitu, Abu Sufyan Bin Harb dan al-Abbas Bin Abd Mutallib.

◦ Setelah Kaum Musyrikin Makkah memilih tuntutan tersebut. Rasulullah mengarahkan 10000 orang tentera yang dianggotai
oleh pelbagai suku, termasuk 1000 daripada suku Muzainah, 1000 (atau 700) daripada suku Sulaym, 400 setiap
daripada suku Aslam dan Ghifari bergerak dari Madinah menuju ke Makkah.
◦ .Apabila sampai di satu tempat bernama Murruz az-Zahran, mereka berhenti dan mendirikan khemah untuk tujuan bermalam
di sana.

◦ Pada waktu malam, tentera Islam diarahkan oleh Rasulullah supaya menyalakan unggun api yang besar di khemah masing-
masing bertujuan sebagai strategi perang saraf bagi menimbulkan rasa gerun kepada pihak musuh yang berada di Makkah.
◦ Selepas itu, Abu Sufyan dan al-Abbas berjumpa Rasulullah dan memeluk Islam.

◦ Rasulullah telah mengarahkan tentera Islam memasuki Kota Makkah melalui 4 penjuru. Baginda
melarang tentera Islam menyerang Musyrikin Makkah kecuali jika mereka diserang.

◦ Tentera Islam tidak menghadapi tentangan kecuali tentera Khalid bin al-Walid yang diserang oleh
tentera di bawah pimpinan Akramah

◦ Apabila Nabi memasuki kota Makkah, baginda menyeru kaum Quraisy dengan berkata, “ Sesiapa
memasuki rumah Abu Sufyan, maka dia dalam keamanan, begitu juga sesiapa yang tinggal di
rumahnya atau memasuki Masjid (al-Haram) dia juga mendapat keamanan”
Langkah dan Tindakan Selepas
Pembukaan Kota Makkah
◦ Rasulullah dan tentera Islam menuju ke Kaabah dan memusnahkan semua 360 berhala yang berada di sekeliling
Kaabah sambil bertakbir.

◦ Baginda melakukan tawaf di Kaabah dan telah pergi ke makam Nabi Ibrahim lalu menunaikan solat sunat 8 rakaat.
Seusai solat, baginda menyuruh Bilal bin Rabah melaungkan azan di bumbung Kaabah.

◦ Setelah itu, baginda memberi ucapan yang pertama, “ wahai orang Quraisy, bahawa Allah telah mencabut sifat
sombong Jahiliyyah dan sikap mengagung-agungkan keturunan. Semua berasal dari Adam dan Adam berasal dari
tanah”. Baginda juga membaca surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud : orang yang paling mulia dikalangan kamu
ialah orang yang bertaqwa.

◦ Rasulullah juga memberi pengampunan kepada bekas musuhnya termasuk Wahsyi, Hindon bin Utbah dan Akramah
Bin Abu Jahal.

◦ Kemuliaan pekerti baginda menyebabkan ramai penduduk Makkah memeluk agak Islam.
Faktor Kejayaan Pembukaan Kota
Makkah
• Perjanjian Hudaibiyah telah memberi kekuatan kepada Islam dan umatnya.

• Strategi dan taktik Rasulullah yang berkesan, bijak dan cekap sehingga melumpuhkan dan
melemahkan Pihak Musyrikin Makkah.

• Semangat jihad tentera Islam yang tinggi untuk membebaskan Kota Makkah dari pengusaan
Musyrikin Makkah.

• Ramai pembesar musyrikin Makkah telah memeluk Islam seperti Khalid al-Walid dan Amru bin al-As,
menyebabkan kekuatan Musyrikin Quraisy semakin lemah.

• Persaudaraan dan perpaduan umat Islam menjadikan mereka dapat menjalankan strategi dengan
baik.

• Tentera Musyrikin bertambah lemah apabila ramai pembesar dan panglima tentera Quraisy terkorban
seperti Abu hajal dan Utbah bin Rabiah yang terkorban dalam perang Badar.
Hikmah Pembukaan Kota Makkah
◦ Tanah Haram Makkah menjadi Kawasan larangan kepada orang bukan Islam

◦ Dapat membersihkan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala.

◦ Ajaran Islam dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab

◦ Ramai Musyrikin Makkah memeluk agama Islam

◦ Orang Islam dapat menunaikan Ibadat tanpa gangguan orang kafir,

◦ Penduduk Makkah hidup dalam keadaan aman dan saling berkerjasama.

Anda mungkin juga menyukai