Anda di halaman 1dari 1

Tatasusila Kod Etika Profesion Keguruan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan

sangat jelas merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej
profesion keguruan. Tatasusila tersebut dicatat pada Buku Rekod Mengajar Guru
menyenaraikan empat tanggungjawab utama guru iaitu terhadap murid, terhadap ibu bapa,
terhadap masyarakat dan negara serta terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Kod etika itu bertujuan memandu guru ke arah pendidikan yang betul dan berkesan. Justeru
kod etika ini wajib dipatuhi oleh setiap warga pendidik kerana kod etika ini dapat
memastikan guru-guru dapat memainkan peranan mereka dengan betul dalam mendidik
pelajar-pelajar. Guru haruslah mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada
hal yang lain. Dengan kepatuhan ini, perkara-perkara yang tidak diingini seperti guru dibuli
oleh ibu bapa murid tidak akan berlaku. Guru-guru juga sepatutnya berusaha untuk
mengeratkan lagi hubungan antara institusi pendidikan dengan institusi rumah tangga
kerana dengan usaha tersebut dapat memudahkan kerja guru dalam mendidik murid-murid.
Selain itu, guru juga perlu mengelakkan daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi seseorang keluarga pelajar itu. Kesimpulannya, setiap warga pendidik haruslah
memberikan komitmen yang jitu dalam memastikan gerak kerja guru itu selari dengan kod
etika keguruan kerana dengan mematuhi kod etika keguruan ini akan dapat memartabatkan
lagi profession keguruan.

Anda mungkin juga menyukai