Anda di halaman 1dari 41

Etika Keguruan Dan Peraturan Pendidikan Di Malaysia

ini mengandungi 3 bahagian yang berkaitan dengan Etika Perguruan Di Malaysia , kod
Tatasusila Keguruan Malaysia dan Peraturan-peraturan Pendidikan Malaysia.Bahagian
pertama membincangkan tentang Etika Perguruan di Malaysia. Etika bermaksud tingkah
laku manusia. Etika juga boleh ditakrifkan sebagai moral dan akhlak. Etika perguruan
berkaitan dengan tingkah laku , adat dan cara hidup serta aspek-aspek niat
kecenderungan seseorang guru dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Manakala Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia berkaitan dengan tanggungjawab
profesion guru. Tanggungjawab seseorang guru dibahagikan kepada 4 komponen iaitu
tanggungjawab terhadap murid , ibubapa , masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan
profesion perguruan. Bahagian ketiga pula berkaitan dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan Malaysia. Terdapat 4 peraturan yang utama dalam Pendidikan Malaysia. Dalam
bahagian ini kita juga dapat memahami tentang perkara-perkara yang tidak dibenar
dilakukan oleh penjawat awam dan larangan-larangan kepada penjawat awam.

Pendidikan - aspek penting dalam pembinaan negara-bangsa. Institusi sekolah
tempat bermula segala-galanya. Harapan dan jangkaan yang tinggi masyarakat terhadap
sekolah Pembentukan sekolah berkesan semuanya direalisasikan oleh pemimpin yang
berwawasan dan proaktif. Seorang guru akan mengetahui ciri-ciri keguruan daripada unit ini.

Ciri-ciri keguruan seperti pekerja yang profesional tidak perlu arahan/penyeliaan
yang rapi , tidak menganggap dirinya penolong bos , tidak bekerja terlalu ikut waktu yang
tetap , membuat keputusan sendiri , sentiasa memperbaiki diri , sentiasa memberi
sumbangan idea, menghormati sesuatu yang peribadi , kerja kuat dan smart ,
bertanggungjawab dan setia kepada organisasi , bekerja mengikut peraturan , sensitif
kepada persekitaran , bangga dan seronok dengan tugas menjadikan saya seorang guru
yang berwibawa.
Melalui unit ini , saya tahu seorang guru hendaklah mempunyai sifat halim lemah-
lembut, sopan-santun, boleh menguasai diri, dapat melayani muridnya dengan penuh
perhatian dan sabar dan tidak lekas berang dengan perkara-perkara kesilapan kecil.
Guru juga mestilah menjaga kehebatan dan kehormatan diri dengan tidak melibatkan
diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya, sama ada dalam
pakaian, perbuatan dan percakapannya. Guru perlu merasa dirinya sebagai bapa atau ibu
dalam menghadapi muridnya. Guru mesti sayangkan muridnya seperti mana mereka
sayangkan anak-anak sendiri, dengan itu mudahlah murid itu menerima pendidikan dan
bimbingan guru.
Selain etika keguruan , unit ini juga membincangkan tentang peraturan peraturan
pendidikan Malaysia. pihak kementerian juga telah membuat peraturan- peraturan yang
perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta
Pendidikan 1996 Menteri telah meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan Peraturan-
peraturan Pendidikan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan
melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan
pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat
gangguan dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak
dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha
pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting bagi
para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang sebenar.
Bagi golongan guru hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di
sekolah. Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu
petang semasa berada di sekolah. Selain itu pemakaian pakaian formal juga diwajibkan
ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah
dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang melebihi kolar baju dan haruslah kelihatan
kemas kerana guru merupakan contoh yang paling dekat dengan murid.

Unit ini memberi pendedahan kepada guru serba sedikat tentang peraturan 3A ,
peraturan 3B , peraturan 3C dan peraturan 4(1). Daripada peraturan 3A , contohnya jika
seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak
dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada
pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AT) kepada pegawai
di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk
bertugas dengan segera.Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah
sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakannya suatu
laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap
pegawai itu Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT dikembalikan tidak terserah,Ketua
Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa
mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu.

Peraturan 3B pula mengenai pemberian aku janji. Seorang pegawai dikehendaki
memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan pegawai
awam yang melibatkan perlantikan , kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan. Jika
tidak diberi aku janji perlantikan tersebut secara langsungnya dibatalkan oleh pihak
berkuasa. Disini jelaslah betapa pentingnya seorang guru mengetahui tentang peratutaran
peraturan pendidikan.

Peraturan 3C pula memberi pendedahan kepada saya mengenai pegawai yang
gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap
pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan disifatkan sebagai cuai dan
tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 4(1) pula mengenai pelanggaran peraturan. Pelanggaran peraturan seperti
sesiapa yang membocorkan rahsia kerajaan , menjadi anggota jemaah islamiah ,
bersuhabat dengan musuh negara , menyertai kesatuan Militan Malaysia dan memburuk-
burukkan serta memperkecilkan dasar dan tindakan kerajaan akan dikenakan tindakan
tatatertib. Oleh itu seorang penjawat awam tidak boleh melakukan pelanggaran tersebut.

Dalam unit ini seseorang guru juga dapat memahami tentang perkara-perkara yang
tidak dibenar dilakukan oleh penjawat awam dan larangan-larangan kepada penjawat
awam. Secara kesimpulannya , peraturan-peraturan pendidikan yang dicatatkan dalam unit
ini memelihara imej dan reputasi profesionalisme keguruan.

Tuesday, 28 August 2012
Salah Laku Guru Mencalar Kewibawaan Profesion Perguruan
(1) Pengenalan

Dalam era globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua
bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas
dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu
tersebut (Syed Ismail etc., 2010:24). Menurut Kamus Dewan (1995), etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Dengan erti kata lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau
tatakelakuan penjawat awam supaya berurusan dengan apa yang baik dan tidak
baik mengikut kewajiban dan tanggungjawab moral mengikut profesion tersebut.
Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan yang menyenaraikan prinsip-prinsip
tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar profesional
menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja terlatih tertakluk
kepada kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti.
Memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion
sebagai panduan tingkah laku setiap ahli, bidang pendidikan juga tidak terlepas dari
membina kod etikanya sendiri. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sehingga 30 Jun 2008, bilangan guru yang berkhidmat di
sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara adalah seramai 369,928
orang dengan guru lelaki sebanyak 118,380 orang dan guru perempuan sebanyak
251,548 orang. Tahun demi tahun, jumlah bilangan guru di seluruh Negara
meningkat dan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan ini sebagai
profesion yang profesional, sebuah Etika Profesion Perguruan telah dicadangkan
oleh Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang menjawat
di sekolah perlu mematuhinya yang mana etika kerja guru diwujudkan adalah untuk
memastikan guru akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut
panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia
berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia.
Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan adalah seperti
yang disenaraikan dalam karya Syed Ismail, etc. (2010:46-47):
i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya yang akan menyebabkan hilang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan

x. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupaya yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan

xiii. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya

Begitulah suaranya antara kandungan Etika Profesion Perguruan yang
mengingatkan guru kita agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa memberi
perkhidmatan pendidikan di Negara kita. Tetapi sehinggakan hari ini, berita-berita
yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar
yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang masih lagi kedengaran.
Persoalannya adakah guru-guru di sekolah pada zaman kini tidak menyedari
keruntuhan akhlak di kalangan profesion ini sehinggakan mencalar kewibawaan
profesion perguruan di Negara kita?

2) Isu : Salah Laku Guru

Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul Rogol, cabul
murid dalam makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari
laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki
berusia 29 yang mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa
merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di
antara pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa
mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17
Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan(KK) iaitu menggunakan
kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh didapati bersalah oleh
Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Dalam penghakimannya,
Rofiah mengatakan dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh
dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah
Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan
hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga
tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul.
Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod
Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid
perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai
tidak percaya kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang
dikemukakan sebelum ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion
Perguruan adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah
lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan ini menjelaskan bahawa
setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan adalah mendapat perhatian
masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.
Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan
agar tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh
menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru
yang sepatutnya membawa tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak
bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika seorang guru gagal
untuk menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej guru seluruh Negara akan
dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam
peranan sebagai pengganti ibu bapa di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka.
Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki yang dianalisis dalam sumber artikel telah
membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat profesional guru dan ini
sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita.

(2.1) Sebab: Guru kurang menghayati dan memahami kod etika

Jika diteliti, apakah sebenarnya sebab-sebab yang menyebabkan berlaku kes
salah laku di kalangan guru? Pada pendapat penulis, senario ini berlaku dengan
antara sebabnya ialah guru terbabit kurang menghayati dan memahami kandungan
yang tertera dalam kod Etika Profesion Perguruan. Sesungguhnya, kod etika yang
disediakan dapat dijadikan suatu garis panduan kepada para guru di Negara kita
tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila diri individu itu telah
menceburi profesion perguruan. Ini bermakna jika guru yang terbabit dengan kes
salah laku dapat menghayati dan memahami peraturan-peraturan yang disenarai
dalam kod Etika Profesion Perguruan, maka, beliau akan mengetahui apa yang
boleh dilakukan dan apa yang kurang sesuai dilakukan sebagai seorang guru. Beliau
juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk seorang guru yang buruk mampu
mencemarkan nama seluruh ahli komuniti guru justeru berusaha untuk mengelakkan
dirinya untuk terlibat dengan kes-kes salah laku. Natijahnya, penulis berasa bahawa
salah satu sebab yang menyebabkan guru terbabit melibatkan diri dalam kes salah
laku adalah berpunca daripada kekurangan pemahaman dan penghayatan
keperluan mengikuti peraturan mengikut kod Etika Profesion Perguruan.

(2.2)Sebab: Kursus, Latihan dan Bengkel mengenai kod etika kurang berkesan

Selain itu, penulis juga terfikir sejenak mengenai satu lagi punca yang mana
mungkin secara tidak langsung telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Apakah
sebab sebenar yang menyebabkan guru-guru di Malaysia mengambil sikap tidak
acuh kepada kod Etika Profeion Perguruan? Mungkin kita perlu berhenti untuk
menilai dan mempersoalkan keberkesanan kursus dan latihan yang diberikan
kepada guru mengenai kod etika serta kepentingan mematuhi kod etika guru
tersebut. Pada pendapat penulis, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang
sama kritikal dalam menyebarkan pemikiran mengenai kepentingan guru mematuhi
kod etika kerja. Namun, realitinya, kursus dan latihan serta bengkel berkenaan kod
etika profesion guru masih lagi kurang dan tidak memadai untuk memberi
pendedahan yang tegas kepada guru-guru di Negara kita mengenai kepentingan
menjaga tingkah laku mereka berdasarkan tatatertib etika. Rumusnya,
penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang berkesan akan menyebabkan
berlakunya kes salah laku di kalangan guru.

(2.3) Sebab: Tekanan Emosi

Pada masa yang sama, penulis juga berpendapat bahawa kes guru terlibat
dalam kes salah laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih dikenali sebagai
stres. Kyriacou (2000) menjelaskan stres guru sebagai pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan
dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Stres juga
didefinisikan sebagai tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau
peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Sebenarnya,
setiap individu mengalami kelima-lima jenis stres yang disenaraikan, apa yang
membezakan adalah kekerapan dan tahap keseriusan tekanan emosi tersebut
kepada setiap individu, menurut Noriati A. Rahid, etc. (2010:67).
Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke-21 ini, guru di sekolah
bukan sahaja menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran yang
lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan
sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam proses
menjalankan tugas dan tanggungjawab, guru kian menghadapi halangan,
kesuntukan masa, perselisihan faham antara guru justeru tekanan emosi
sememangnya berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau
menangani cabaran yang dihadapi.
Dalam kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah mengalami
tekanan emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia bertindak terpesong
daripada etika kerjaya sebagai seorang guru. Stres yang hasil daripada tekanan
kerjaya berkaitan yang menyebabkannya mengalami kekangan dalam
menyelesaikan ketidak-seimbangan yang berlaku dalam dirinya. Kita faham bahawa
kecelaruan dalam diri seseorang akan membawa kepada tindakan yang berada
pada luar jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan personaliti asalnya,
dimana guru terbabit mungkin mencabul murid perempuan berkaitan walapun dirinya
sendiri tidak sedar bahawa dia sedang melakukan salah laku terhadap muridnya.

(2.4) Implikasi Salah Laku Guru

Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita
Harian secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung
pelbagai salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan
baahwa antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%),
cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan
Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah
syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di
Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan
yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.
Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah
merosotnya kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh
Syed Ismail etc. (2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik
tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu
penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid
semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar
persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-
kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di
Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion
perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus
untuk terbabit dalam salah laku?
Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah
telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis
terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh
negara dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan
salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh
permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di
Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara kita.
Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir
setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri
daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa
pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung
menyebabkan kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh
Negara. Menurut sumber pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan
di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh
sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang membabitkan diri dalam
kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu
orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan
permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di
sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan
salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.

(2.5) Cara mengatasi isu ini

Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan
membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di
Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya
isu ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi
permasalahannya. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi
isu salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir
sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu yang tertuduh tersebut.
Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi
sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan
dan cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di
kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah
sistem pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam
perkara-perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion
Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari
terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk
memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia
sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada
profesionnya.
Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan
tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak
berterusan. Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku
sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan
guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru
permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel
menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-
guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.
Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam
mengatasi masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam
komuniti pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan
kepada ahli-ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai
seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role model kepada
murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa
berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru untuk sentiasa
menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga
bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang
didapati terbabit dengan kesalahan.
Kita dididik agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini menyebabkan kita
jarang mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun,
sebagai rakan sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah
berusaha mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan
kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.
Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan ambil berat
terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah memikul
tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah
laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.
Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi
peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku.
Menurut Syed Ismail, etc. (2010:56), kita perlua sama-sama menjaga nama baik
profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholder kita berasa berpuas hati
dan kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa
Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah
sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu
dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed Ismail, etc., 2010:57) Oleh yang
demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada
murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai
tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang
berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion
perguruan ini tidak tercalar.
Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai
peranan masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus
berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,
beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa
yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat
dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran
untuk menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya
jikalau guru berkaitan mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang
menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau
bolehlah dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes
salah laku berlaku. Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk
menerima nasihat amat membantu dalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah
laku di kalangan guru dapat diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah
menjadi jenayah serius sehinggakan didakwa.
Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi
teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam
Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa A man is known by the company he
keeps. Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh daripada teman-
teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan
dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai sikap negatif,
maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk melakukan tingkah laku
negatif akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan
berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh
malah model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah
untuk mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.

(3) Kesimpulan

Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika
Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk
tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa.
Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika
dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke
menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru.
Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat
merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu
bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.
Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami
bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan
individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan
sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat
dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk
akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman
tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia
akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti
yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam
pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.
Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa Guru adalah
pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa
hadapan. Semamangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi
contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang
mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,
bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mook Soon
Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan kenyataan yang
diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi
rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat
ISU KEGURUAN
Saturday, 1 September 2012
KURSUS 18 BULAN MANTAPKAN GURU

1.0 Pengenalan

Visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah
untuk melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memastikan
agar guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi negara Malaysia. Justeru itu, salah
satu objektif BPG adalah untuk melahirkan guru permulaan yang berkualiti. Guru permulaan yang
berkualiti ini merupakan modal insan minda kelas pertama seperti yang digariskan di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pelajaran (20062010) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Guru
permulaan yang berkualiti merangkumi kebolehan mengurus kokurikulum yang
dipertanggungjawabkan dan mematuhi etika perguruan.


2.0 Isu Semasa


Dalam tugasan ini, telah membincangkan isu kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap guru
permulaan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berdasarkan satu kajian yang telah di lakukan.
Terdapat empat aspek yang telah diukur merangkumi empat perkara iaitu kualiti diri, pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah dan pengurusan kerja. Kualiti diri guru merujuk kepada kualiti profesional seseorang guru
permulaan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah merujuk kepada strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sementara aktiviti kokurikulum di sekolah merujuk
kepada pengendalian aktiviti sukan, permainan, badan beruniform dan aktitivi-aktiviti luar bilik
darjah yang profesional. Manakala pengurusan kerja di sekolah merujuk kepada tugas pengurusan
maklumat pelajar, bilik darjah dan tugas tambahan di luar waktu sekolah.




Gambar 1 : Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti

Apa yang menjadi isu ialah kegagalan guru permulaan dalam membuktikan mereka benar-benar
profesional turut menyumbang kepada masalah profesion keguruan. Lourdusamy dan Tan (1992)
dalam Chee Kim Mang (2008) merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak
dapat mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal pelajar,
masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami
pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Manakala menurut
Chiam (2004) dalam Chee Kim Mang (2008) berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak
berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan pelajar.

Majoriti guru yang baru yang mengajar sekitar 1-3 tahun kebiasaanya mengalami masalah dalam
pengurusan bilik darjah. Ini dibuktikan oleh para penyelidik pendidikan (Veenman, 1984; Knowles &
Cole, 1994; Calderhead & Shorrock, 1997) ada menyatakan bahawa majoriti guru yang mengajar
pada beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam pengajaran mereka seperti
mengurus murid, menjalin hubungan yang baik di dalam bilik darjah, menguasai isi kandungan
pelajaran, merancang aktiviti yang melibatkan murid dan membantu murid belajar di dalam kelas.
Sering kali di dalam kelas, guru permulaan kurang keyakinan diri untuk membentuk disiplin murid-
murid serta mengaplikasikan teori pedagogi yang telah dipelajari.

Bukan itu sahaja, sebahagian guru permulaan atau guru novis turut alami masalah dalam unit
pengurusan kokurikulum. Ini mungkin disebabkan oleh kurang pengalaman dan sikap tidak mahu
ambil tahu. Perkara ini dikukuhkan lagi oleh Abu Bakar ( 1994) dalam kajiannya, menyatakan guru
permulaan tidak mahir dalam ehwal pengurusan kokurikulum dan sukan. Tambah Glickman (1990)
dalam Chee Kim Mang (2008) lagi, guru permulaan didapati rendah dari segi peniskalan. Ini dapat
dijelaskan apabila guru permulaan didapati kurang signifikan dalam membuat keputusan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Kekurangan pengalaman juga
membuatkan mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila timbul perkara yang tidak diingini
dalam bilik darjah. Oleh demikian, mereka lebih gemar diberitahu apa tindakan dan keputusan yang
perlu dilaksanakan.

Fuller dan Bown (1975) dalam Chee Kim Mang (2008) mendapati keperluan utama guru permulaan
adalah berkenaan dengan kehidupan dan keselamatan kendiri (own survival and security). Lantaran
itu, mereka dikatakan berada dalam suatu keadaan yang dikenali sebagai practice shock (Veenman,
1984) yang digambarkan sebagai sink-or-swim (Renard, 2003; Achinstein & Athanases, 2006) dalam
Chee Kim Mang (2008) permulaan karier, terpencil di dalam bilik darjah, tiada sokongan guru-guru
lain, kuasa terbatas untuk membuat keputusan dan kurang peluang untuk belajar. Mereka khuatir
sama ada mereka boleh mengawal pelajar dan apakah persepsi guru besar dan guru sekolah lain
terhadap mereka? Soal menyesuaikan diri dengan guru besar dan guru-guru lain di sekolah
merupakan suatu aspek yang sangat penting. Menurut Rosli Yaacob (2006) dalam Chee Kim Mang
(2008), guru permulaan menggangap guru besar sebagai sebagai seorang ketua pentadbir dan tidak
membantu sepenuhnya dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran ( P&P) mereka.
Manakala, guru-guru lain di sekolah dianggap sebagai teman sosial sekadar untuk berbual, dan
tempat untuk mendapatkan sokongan emosi. Namun apa yang jelas, penerimaan dan kerjasama
guru-guru yang lebih berpengalaman akan membantu meningkatkan motivasi guru permulaan.

2.1 Faktor-faktor

Dalam kajian ini, pengkaji dilihat terlebih dahulu mencari banyak maklumat berkaitan kajian lepas.
Sebagai contohnya, Glickman (1990) dalam Chee Kim Mang (2008) satu tinjauan literatur tentang
guru permulaan di Amerika Syarikat, telah membuat beberapa generalisasi tentang peringkat
perkembangan guru daripada guru permulaan kepada guru berpengalaman. Beliau mendapati pada
amnya guru permulaan adalah lebih bersemangat kerana kerjaya mereka baru bermula sehingga
tahun ketiga selepas itu semangat mereka mula menurun dengan mendadak. Akan tetapi guru
permulaan didapati rendah dari segi peniskalan. Ini bermaksud guru permulaan kurang cekap dalam
mebuat keputusan yang tepat ketika dalam proses (P&P) di bilik darjah.
Oleh demikian, guru-guru permulaan seolah berada di suatu keadaan yang dikenali sebagai
practiceshock (Veenman, 1984) yang digambarkan sebagai sink-or-swim (Renard, 2003;Achinstein &
Athanases, 2006) dalam Chee Kim Mang (2008) ianya sebagai permulaan karier, terpencil di dalam
bilik darjah,tiada sokongan guru-guru lain, kuasa terbatas untuk membuat keputusan dan kurang
peluang untuk belajar. Guru permulaan juga dikatakan khuatir dengan persepsi pihak pentadbir akan
keputusan yang akan mereka buat. Sebagai penambahan lagi, (Veenman, 1984; Knowles & Cole,
1994; Calderhead & Shorrock, 1997) ada menyatakan bahawa majoriti guru yang mengajar pada
beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam proses (P&P) nya.

Suatu yang menarik dalam kajian ini ialah, teori perhubungan segi tiga. McDonald (1992) dalam Chee
Kim Mang (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebenar berlaku di sekitar segitiga perhubungan
dalam kalangan guru, pelajar, isi kandungan dan paksi segitiga ini sentiasa berubah.'' Beliau
seterusnya menggambarkan kekompleksan situasi bilik darjah dengan kata-kata: ''What shall I teach
amid all that I should teach?''

2.1.1 Aspek 1 : Kualiti Diri Guru Permulaan

Aspek yang pertama adalah kualiti diri guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang
soal selidik SSKP terdiri dari 12 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.



Sumber : Chee Kim Mang ( 2008)
Jadual 1 : Taburan min aspek kualiti diri guru permulaan KDPM dan KPLI


Merujuk kepada min KDPM tertinggi iaitu item boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja di
sekolah dan item boleh bekerjasama dengan staff dalam pelaksanaan tugas p&p di sekolah masing-
masing dengan skor 4.4. Manakala skor min terendah dengan skor 4.0 bagi item menunjukkan
amalan proaktif dalam pelaksanaan tugas di sekolah.

Bagi guru permulaan KPLI pula, skor min tertinggi adalah pada item boleh bekerjasama dengan staff
dalam pelaksanaan tugas p&p di sekolah dan item menunjukkan penampilan diri yang sesuai dengan
profesion keguruan. Iaitu pada tahap sangat puas. Manakala skor min terendah sebanyak 4.0, pada
item menunjukkan amalan proaktif dalam perlaksanaan tugas di sekolah.

Dibandingkan skor min purata bagai kedua-dua kumpulan guru permulaan KDPM dan KPLI masing-
masing ialah 4.2 dan 4.3. Ini bermakna, dari aspek kualiti diri guru, skala Likert bagi guru permulaan
KDPM di tahap puas, manakala guru permulaan KPLI ialah sangat puas.

2.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

Aspek yang kedua adalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah antara guru permulaan
KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 13 item. Analisis dikira
melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.





Sumber : Chee Kim Mang (2008)
Jadual 2 : Taburan min aspek p&p di bilik darjah guru permulaan KDPM dan KPLI


Bagi aspek ini secara keseluruhannya, skor min lebih kurang sama antara guru permulaan KDPM dan
guru permulaan KPLI. Kekerapan bagi skor min paling banyak adalah 4.0 iaitu di tahap puas. Namun
begitu, bagi guru permulaan KDPM skor min tertinggi ialah 4.3 pada item berkebolehan mengajar
mata pelajaran pengkhususan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan di bilik darjah.

Guru permulaan KPLI pula, mendapat skor min tertinggi sebanayk 4.3 pada item 1 iaitu
berkebolehan mengajarkan mata pelajaran pengkhususan. Nilai skor min purata bagi kedua-duanya
bagi aspek p&p dalam bilik darjah adalah sama iaitu 4.1. ini menunjukkan, pihak pentadbir berpuas
hati.

2.1.3 Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah

Aspek yang ketiga adalah aktiviti kokurikulm di sekolah antara guru permulaan KPLI dan KDPM. Item
soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 7 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti
jadual di bawah.



Sumber : Chee Kim Mang ( 2008)
Jadual 3 : Taburan min aspek aktiviti kokurikulum di sekolah bagi guru permulaan KDPM dan KPLI


Antara 7 item soalan dalam boring soal selidik SSKP, guru permulaan KDPM berjaya mendapat skor
min tertinggi dalam item 7. Item 7 ialah dapat menyesuaikan diri dalam perlaksanaan tugas
kokurikulum mengikut keperluan dan situasi di sekolah. Untuk skor min yang terendah adalah pada
item 5 sebanyak 4.0 iaitu item boleh membantu dalam tugas pengadilan aktiviti kokurikulum.


Guru permulaan KPLI juga mengalamai skor min terendah pada item 1,3,4 dan 5 dengan skor
sebanyak 4.0. Skor min tertinggi adalah sebanyak 4.2 pada item 2 dan 7. Keseluruhannya bagi aspek
yang ke tiga ini, dapatan bagi skor min purata bagi guru permulaan KDPM dan KPLI berada pada
tahap memuaskan iaitu masing-masing 4.2 dan 4.1.

2.1.4 Pengurusan Kerja di Sekolah

Aspek yang keempat adalah pengurusan kerja di sekolah antara guru permulaan KPLI dan KDPM.
Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 5 item. Analisis dikira melalui nilai min = n
seperti jadual di bawah.



Sumber : Chee Kim Mang (2008)
Jadual 4 : Taburan min aspek pengurusan kerja di sekolah bagi guru permulaan KDPM dan KPLI


Min tertinggi dalam kumpulan KDPM adalah item dapat mengemaskinikan rekod kehadiran murid (
min 4.5). Manakala min terendah berkongsi pada item 4 dan 5 iaitu dapat mengemaskinikan
maklumat murid dalam buku rancangan pengajaran harian guru dan dapat melaksnanakan tugas
tambahan luar sekolah. Purata min keseluruhan bagi aspek pengurusan kerja guru di sekolah ialah
4.3.

Bagi kumpulan KPLI, min yang tertinggi adalah bagi item nombor 2,3,4 dan 5 iaitu sebanyak 4.3. Min
terendah sebanyak 4.2 pada item 1 iaitu boleh memeriksa hasil kerja murid secara berterusan. Bagi
aspek ini, kedua-dua kumpulan giri permulaan KDPM dan KPLI menunjukkan prestasi pengurusan
kerja di sekolah yang sangat memuaskan.

Setelah ke empat-empat aspek di nilai, dapat dibuat suatu keputusan berdasarkan pembentangan
graf di bawah. Keempat aspek dinilai berdasarkan skor min tersebut.



Sumber : Chee Kim Mang ( 2008)
Rajah 1 : Perbandingan min bagi setiap aspek antara guru permulaan KDPM dan KPLI keluaran 2007


Rajah 1 menunjukkan pada keseluruhannya, pentadbir sekolah berpuas hati dengan kualiti diri guru
permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.2 dan 4.3 masing- masing); pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah bagi guru permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.1 masing -masing); aktiviti kokurikulum guru
permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.2 dan 4.1 masing masing) dan pengurusan kerja di sekolah guru
permulaan KDPM dan KPLI (min 4.3 masing- masing).


3.0 Langkah-langkah

Menurut Mok Soon Sang (1996), konsep profesionalisme merupakan suatu pekerjaan yang khusus
dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas
secara mematuhi kod etika yang telah ditentukan oleh organisasinya. Dalam kajian ini, empat aspek
yang dikaji sangat berkait rapat dengan etika keguruan yang positif. Berdasarkan hasil dapatan
kajian, sesuatu harus ditafsirkan bagi membantu perkembangan diri dan profesionalisme seorang
guru dalam menghadapi cabaran semasa.

Dalam aspek yang pertama ialah berkaitan kualiti diri guru permulaan. Jika dirujuk kembali skor
purata nilai min bagi kedua-dua golongan guru permulaan KPLI dan KDPM berada pada tahap yang
lebih kurang sama iaitu memuaskan. Kesan daripada dapatan adalah jelas, menunjukkan kedua
golongan guru permulaan belum berada pada tahap yang cemerlang bagi pihak pentadbiran. Setelah
difikirkan, boleh jadi guru permulaan kurang menunjukkan amalan proaktif dan penglibatan diri
dalam aktiviti professional di sekolah. Oleh hal demikian, sebagai langkah memperkembangkan
potensi kendiri, guru permulaan harus memperbaiki amalan tugas mereka dengan berani dan
mampu hadapi cabaran serta aktif melibatkan diri dalam perlaksanaan tugas di sekolah.

Melihat kembali kepada hasil kutipan data melalui borang soal selidik SSKP, min purata kedua-dua
kumpulan adalah sama bagi aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kedua-dua
kumpulan mendapat skor min purata 4.1 pada tahap memuaskan. Walaupun setiap item, kedua
kumpulan Berjaya mendapatkan skor min 4.0 ke atas, namun terdapat banyak kelemahan yang perlu
diperbaiki. Proses p&p masih lagi belum berada pada tahap yang baik ataupun cemerlang. Kedua-
dua kumpulan harus bijak dan lebih kreatif dalam meransang murid untuk berfikir dalam p&p. Selain
itu, mereka harus lebih aktif memikirkan bagaimana mahu mewujudkan suasana p&p yang efisyen
dan menyeronokkan. Implikasinya dapat difikirkan, guru-guru permulaan masih memerlukan
bimbingan dari guru yang lebih berpengalaman. Seharusnya seorang guru novis perlu dibimbing oleh
seorang guru berpengalaman untuk suatu tempoh masa tertentu. Guru baru diberikan bimbingan
dan diselia oleh pentadbir ataupun pihak yang berkenaan. Itu langkah drastiknya, namun sebagai
langkah awal, di institut pendidikan guru sendiri seharusnya mempunyai silibus yang lebih mapan
dalam membina keyakinan dan kebolehan guru mengurus p&p dengan baik. Mungkin melalui
amalan reflektif praktikum atau micro teaching.

Aspek yang ketiga, ialah penglibatan guru permulaan KDPM dan KPLI dalam aktiviti kokurikulum.
Umumnya, kedua kumpulan berada pada tahap memuaskan. KDPM 4.2 manakala kumpulan KPLI
4.1. Jika diamati nilai min setiap item, pihak pentadbir lebih cenderong kepada kumpulan KDPM. Ini
sudah jelas kerana latihan bagi guru KDPM lebih lama berbanding kumpulan KPLI di institut
perguruan. Ketika di institut perguruan lagi, kumpulan KDPM lebih lama diterapkan dengan nilai-nilai
dan silibus kokurikulum di sekolah melalui program Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). Jadi, ini jelas
membuktikan guru KPLI kurang pendedahan dengan silibus kokurikulum di sekolah sebelum di
tempatkan di sekolah - sekolah. Justifikasinya, perlu ada silibus kokurikulum yang mantap dalam
program KPLI. Mungkin tempoh masanya boleh dipanjangkan bagi mengelakkan silibus terlalu
membebani guru pelatih KPLI. Di pihak sekolah juga, ada baiknya sekiranya guru-guru permulaan
dilatih oleh guru mentor dan dihantar ke kursus-kursus bersifat kokurikulum agar dapat
menyediakan guru untuk hadapi cabaran dalam kokurikulum dan sukan.

Dari segi pengurusan kerja di sekolah oleh kumpulan KDPM dan KPLI, masing masing mendapat skor
min purata 4.3. Prestasi yang sangat memuakan oleh pihak pentadbir. Namun begitu sebagai
pendidik, tambahan pula guru permulaan seharusnya lebih proaktif untuk melonjak lebih cemerlang.
Konklusinya, guru permulaan harus cekap dalam menguruskan apa sahaja tugasan berkaitan
kegiatan sekolah. Mengurus rekod kehadiran, kad 001, menulis rancangan pengajaran harian dan
memeriksa lembaran kerja murid. Mungkin kerana kedua golongan guru pelatih datang dari institut
perguruan yang menekankan amalan praktikum secara berfasa membuatkan guru-guru permulaan
KDPM dan KPLI lebih cekap dalam aspek ini berbanding 3 aspek yang lain. Sebagai pandangan
menerusi dapatan kajian, mungkin lebih signifikan sekiranya ditubuhkan mentor-mentee bagi guru
permulaan dan guru pengalaman. Ini diteguhkan lagi oleh (Achinstein & Athanases, 2006) untuk
memberi bimbingan serta membantu guru permulaan dalam proses transisi daripada guru
permulaan menjadi guru berpengalaman; proses sosialisasi tentang norma-norma profesion
perguruan dan program latihan kemajuan profesional guru di sekolah yang formal dan tidak formal
di mana mereka ditempatkan.

Seterusnya ''sistem perantisan'' perlu diwujudkan di mana guru permulaan diberi peluang untuk
belajar daripada guru pakar atau guru berpengalaman yang komited di sekolah mereka. Semua
usaha ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru permulaan untuk memperbaiki
amalan dan pemikiran serta pelbagai cabaran yang mereka hadapi dalam profesion mereka. Bagi
mengukuhkan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang diajar, guru permulaan harus diberi
kursus yang berkaitan dengan pengajaran mereka di sekolah sama ada sebagai kursus kemajuan
profesional atau kursus dalaman (inhouse training) yang dijalankan oleh sekolah sendiri atau kini
lebih dikenali sebagai Latihan dalam Perkhidmata (LADAP).

Kesimpulannya, berdasarkan kajian telah member sedikit gambaran tentang kepuasan pihak
pentadbir terhadap kualiti guru permulaan KDPM dan KPLI yang baru berkhidmat di sekolah. Atas
segala rasional di atas, guru permulaan atau guru novis harus lebih proaktif dan berusaha
melonjakkan profesion keguruan kearah yang lebih baik lagi. Diharapkan, berdasarkan huraian dan
idea di atas sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan diri dan profesionalisme guru dalam
menghadapi cabaran semasa.



4.0 Rumusan

Kesimpulannya, berdasarkan kajian telah member sedikit gambaran tentang kepuasan pihak
pentadbir terhadap kualiti guru permulaan KDPM dan KPLI yang baru berkhidmat di sekolah. Atas
segala rasional di atas, guru permulaan atau guru novis harus lebih proaktif dan berusaha
melonjakkan profesion keguruan kearah yang lebih baik lagi. Diharapkan, berdasarkan huraian dan
idea di atas sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan diri dan profesionalisme guru dalam
menghadapi cabaran semasa.

5.0 Refleksi

Tugasan yang diselesaikan banyak memberi input yang dapat membantu saya melihat persepsi atau
pandangan pengakaji. Pada pendapat saya, masalah yang timbul harus dikaji bagi mencari jalan
penyelesaian yang terbaik. Sekiranya berlakunya sesuatu masalah, guru haruslah mempunyai cara
untuk menangani masalah tersebut. Berdasarkan isu yang dipilih iaitu isu guru baru bermasalah,
masalah ini boleh diselesaikan jika guru baru itu sendiri berusaha menyelesaikan masalah yang
dihadapinya. Terdapat banyak alternatig yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti diri
sebagai seorang guru. Melalui latihan dan kursus yang diikuti mampu menyediakan kita sebagai guru
yang mahir dan berkualiti. Guru sendiri perlu bersikap proaktif dan bijak mencari peluang untuk
memantapkan diri dengan pelbagai ilmu.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi cabaran kepada diri saya. Memandangkan
semester ini adalah semester terakhir saya dan rakan sekelas diberi projek akhir untuk dipamerkan.
Namun, tekanan kerja yang diterima sebagai pelajar saya dapati bahawa cabaran ini adalah
sebahagian daripada permulaan dalam kerjaya saya sebagai guru kelak. Berfikiran positif dalam
melaksanakan tugasan yang diberi dan perancangan jadual untuk setiap tugas dapat membantu saya
menyelesaikan tugasan. Dalam bidang keguruan, saya dapat kaitkan bahawa guru yang berani
menghadapi cabaran adalah guru yang berjaya. Kejayaan akan diperolehi jika kita berusaha dan
tekun melaksanakannya.
Dalam dunia pendidikan seorang guru perlu melengkapkan ilmu kemahiran dan ilmu baharu.
Tujuannya supaya guru dapat mengikuti arus perkembangan semasa. Begitu juga saya, pelbagai
kemahiran dan ilmu yang diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Yang pertama ialah tentang
pengurusan dan etika untuk menjadi seorang guru. pengetahuan yang diperoleh ini akan digunakan
apabila mula bergelar guru kelak. Yang kedua ilah kemahiran ICT diamana saya dan rakan-rakan
diminta untuk membina blog. Kemahiran ini dapat diaplikasikan kelak dimana kegunaan blog ini
mampu membina satu rangkaian perkongsian ilmu dengan pelbagai pihak.

Kehendak tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan masa hadapan saya dengan cara bagaimana
masalah yang berlaku dan dialami oleh saya dapat diselesaikan apabila bergelar guru kelak. Mungkin
melalui pandangan dan idea yang disampaikan melalui penulisan atau bahan, saya dapat
menyumbang ke arah pembinaan kualiti guru yang diinginkan oleh negara.

MOHAMAD SAFIY MOHD SAHID



















Posted by Longleave at 02:21 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
GURU PUKUL MURID SEHINGGA MATI

1.0 1.0PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan salah satu elemen utama negara bagi mencapai taraf negara maju
dan membangun sejajar dan selaras dengan Wawasan 2020. Semua pihak memainkan peranan yang
sangat penting bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara ini terutamanya para guru. Menurut
Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh . (Syed Ismail Bin syed Mustapa.
Ahmad Subki Bin Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).
Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem
pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era
baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu semata-mata.
Berbanding sistem pendidikan pada masa kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara
pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-
situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru
harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai
knowledge worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21

Pendapat Liberman, 1956, profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi
soSial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu
pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu
diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,
2010,M.s: 2-3 )
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Aspek keguruan
dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui
latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada
klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. (Noriati A.Rashid, Boon Pong
Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4). Profesion keguruan merupakan salah satu bidang pekerjaan
yang disanjung tinggi dan merupakan bidang pekerjaan yang dipandang mulia oleh masyarakat. Guru
adalah merupakan seorang insan yang sentiasa diperhatikan oleh seluruh ahli masyarakat. Setiap
tingkah laku, gerak geri dan aktiviti yang dilakukan akan dinilai oleh semua orang, terutamanya anak
didik di sekolah masing-masing
Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan tingkah laku
dan amalan baik mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua pihak. Oleh itu,
profesion keguruan mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi oleh setiap guru bagi memastikan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mengikut
pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam
konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang
dituntut oleh syarak
Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seringkali mendapat liputan
menyeluruh dan senantiasa dilaporkan melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini
sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik perbualan serta perbincangan oleh lapisan
masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di serata dunia secara khususnya. Pelbagai
masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan kes tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya
Sebagai contohnya isu penderaan iaitu guru memukul murid hingga menyebabkan kematian yang
dilaporkan oleh Berita Harian yang bertarikh 31 Mac 2012 telah menjadikan isu ini semakin hangat
diperkatakan di segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu guru memukul muridnya sehingga
menyebabkan kematian ini, menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika
perguruan yang telah ditetapkan dengan melakukan penderaan fizikal ke atas muridnya. Isu
berkaitan dengan penderaan guru terhadap muridnya merupakan isu yang semakin berleluasa dari
hari ke hari. Persoalannya mengapa isu ini berlaku
Kejadian penderaan fizikal yang dilakukan oleh guru yang semakin berleluasa ini merupakan kejadian
yang bukan berlaku di tempat kerja mahupun di tempat awam tetapi ianya berlaku di institusi
sekolah yang dianggap sebagai tempat yang paling selamat oleh semua pihak. Kejadian penderaan
ini semakin menular di sekolah di mana mangsanya ialah murid-murid yang dikategorikan sebagai
kanak-kanak atau golongan yang lemah jika dibandingkan dengan guru. Penderaan fizikal yang
dilakukan oleh para guru ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak
murid di bawah jagaan mereka. Seringkali kita dengar bahawa terdapat tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah
bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.



2.0 ANALISIS DAN ULASAN ARTIKEL ISU MURID DIPUKUL HINGGA MATI
Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan kes seorang guru sekolah agama memukul muridnya yang
berusia 7 tahun sehingga menyebabkan kematian. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di
Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan. Lebih-lebih lagi suspek adalah merupakan
tenaga pengajar sekolah agama berkenaan. Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee dikatakan dipukul
dan dibelasah oleh gurunya yang berusia 26 tahun atas sebab kesalahan mencuri RM7. Murid
tersebut dipukul selama 2 jam menyebabkannya pengsan akibat daripada kecederaan di kepala dan
tubuh badan kesan daripada pukulan yang bertubi-tubi oleh guru berkenaan.
Kes yang berlaku ini mendapat liputan meluas oleh media-massa kerana kes ini melibatkan suspek
yang menyandang jawatan sebagai seorang guru iaitu satu pekerjaan atau profesion yang sangat
dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Merujuk sumber Berita Harian (2012), Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan kes murid sekolah agama yang dibelasah
guru sehingga maut adalah jenayah serius yang tidak boleh dimaafkan. Beliau juga berkata,
walaupun sekolah berkenaan bukan di bawah Kementerian Pelajaran, namun perbuatan guru itu
tetap tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan keselamatan murid. Hal ini adalah bertentangan
dengan akauntabiliti keguruan terhadap murid. Setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan
dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
Isu berkaitan guru memukul muridnya sehingga menyebabkan kematian ini merupakan kes yang
boleh dikategorikan sebagai kes penderaan kanak-kanak. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bila ibu
bapa menyerahkan anak mereka kepada pihak sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah
kena memberi perhatian tentang keselamatan mereka, (bukannya mendera mereka) apa lagi
dilakukan oleh guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak, (sumber: Berita
Harian, 2012).
3.0 DEFINISI PENDERAAN

Merujuk sumber Wikipedia Bahasa Melayu (2012), Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun
satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada
mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dera
bermaksud pukulan, mendera, seksa, denda dan hukuman. Manakala penderaan pula merujuk
kepada perbuatan mendera terhadap kanak-kanak.
Peters dalam bukunya yang bertajuk Ethics and Education (1966) dan The Logic of Education (1970)
telah mendefinisikan denda sebagai mengenakan kesakitan dengan sengaja oleh orang yang
berautoriti ke atas seseorang yang melanggar peraturan dan ke atas sesorang yang melakukan
sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh itu, dalam konteks isu yang dibincangkan ini, guru tersebut
telah melakukan penderaan terhadap muridnya sebagai hukuman terhadap kesalahan yang
dilakukan bagi membentuk disiplin murid tersebut. Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan bahawa setiap sekolah termasuklah sekolah agama rakyat perlu mempunyai kaedah
standard dalam menguruskan soal disiplin pelajar.
Penderaan berlaku kerana si pendera adalah lebih kuat dan bertenaga secara fizikal serta lebih
berkuasa secara mental dan psikologi daripada yang didera. Murid yang menjadi mangsa terhadap
penderaan yang dilakukan oleh guru sekolah agama tersebut adalah dikategorikan sebagai kanak-
kanak kerana umurnya belum menjangkau 18 tahun dan ke atas. Penderaan terhadap kanak-kanak
dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual,
penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991).

4.0 JENIS-JENIS PENDERAAN
4.1 Penderaan Fizikal
Pakar perubatan mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan
kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam yang teruk (Silverman 1968 dan
Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal (Camerin 1972), retak dan patah tulang (ONeil et al.
1973), bekas gigitan (Sims et al. 1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson
1974). Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain
memukul menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi
atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik
atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit atau dipulas dan sebagainya.
4.1 Penderaan Seksual
Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu
seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau
mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah
dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-
kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak
adalah apabila dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa
aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau
persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi
memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

4.2 Penderaan Pengabaian Penjagaan
Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secara rumusan daripada Akta Perlindungan
Kanak-kanak sebagai kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak seperti pemberian
makanan, pakaian, kediaman, rawatan perubatan, tidak memberi penyeliaan atau pengawalan anak
daripada terlibatnya dengan kumpulan jahat atau bahaya moral dan tidak melindungi mereka
daripada bahaya sehingga kanak-kanak terpaksa menjaga diri sendiri dan menjadi pengemis.
Pengabaian kanak-kanak merujuk pada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi
keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal
(Ammerman & Hersen, 1990:28).
4.3 Penderaan Emosi
Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama daripada segi mental dan
emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga atau individu yang paling hampir
dengan kanak-kanak tersebut. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah,
meradang, geram, benci, sakit dan sebagainya (lihat Kieran O Hagan, 1993:22). Penderaan emosi
merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-
kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak
dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditengking, ditakut-
takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak.
Oleh itu, ternyatalah di sini bahawa kes penderaan yang dibincangkan ini adalah jenis
penderaan fizikal. Terdapat kesan-kesan melecet pada tangan akibat diikat seperti yang dilaporkan
dan ini menyebabkan mangsa koma selepas dipukul oleh guru berkenaan.
5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENDERAAN
5.1 Tekanan Bebanan Kerja
Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang
diterima oleh seseorang. Manakala Kamus Oxford Advanced Learners (1983) mendefinisikan
tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship,
disquiet. Seyle (1964) adalah orang yan pertama menggunakan terma tekanan mendefinisikannya
sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang
sebaliknya. Manakala Kamus Behavioral Science medefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal
atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.
Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan
tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca
dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah
guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan
sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan
yang berguna kepada masyarakat.
Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,
menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian
terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman
mereka. Oleh itu, kadangkala mereka akan bertindak diluar jangkaan semata-mata untuk
memuaskan kehendak dalaman mereka yang selama ini tidak dapat dipenuhi berikutan bebanan
kerja yang terlalu banyak.
5.2 Kurang Memahami Etika Perguruan
Selain itu, punca berlakunya kes penderaan yang melibatkan guru ini adalah disebabkan guru
tersebut kurang memahami etika keguruan yang telah digariskan. Guru yang memahami etika
keguruan tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya
sendiri. Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku kepada guru tersebut kerana telah
melanggar kod etika guru yang telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan
gambaran bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah termaktub di
dalam kod etika guru.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971),
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika
perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai
guru. Berdasarkan kod etika perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu
guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan
sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya.

5.3 Tiada Kesedaran Agama
Tiada kesedaran agama juga boleh membawa kepada gejala penderaan guru terhadap anak
muridnya sepertimana yang berlaku terhadap guru tersebut. Guru tidak menghayati apa yang
diajarkandalam agama. Agama Islam contohnya menganjurkan agar umatnya bekerja dengan ikhlas,
amanah dan penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di antara guru yang
bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh dan tidak amanah.
Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin
menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Oleh
itu hal ini akan menyebabkan berlakunya kes penderaan seperti yang telah dilakukan oleh guru
tersebut terhadap anak muridnya. Walaupun kes yang dibincangkan ini melibatkan guru sekolah
agama, namun di sini jelas menunjukkan perbuatan guru tersebut bukan mencerminkan beliau
sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikirkan secara logiknya,
mana mungkin kes seperti ini akan berlaku kepada seorang guru sekolah agama yang telah kita sedia
maklum mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

5.4 Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu punca berlakunya kes penderaan di sekolah yang
melibatkan guru dan murid. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan
diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka
sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah manakala emosi
mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan
penyalahgunaan dadah mereka akan mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain.
Kesan penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perubahan sikap individu tersebut. Mereka
akan mudah menjadi panas baran oleh sebab kitaran darah dalam badan mereka bergerak dengan
cepat. Maka, tidak hairanlah sekiranya dikatakan guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
akan mudah melakukan penderaan terhadap anak muridnya.
6.0 IMPLIKASI KES PENDERAAN FIZIKAL
Sekiranya masalah penderaan fizikal yang melibatkan guru dan murid sekolah ini tidak dibendung
dengan baik, mungkin masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat daripada
perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada guru
tersebut sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa penderaan itu sendiri, guru-guru
lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya.

6.1 Terhadap Guru
Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang
di mana semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam
situasi ini, murid akan berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu,
hubungan guru dengan rakan sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi
mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perbuatan mendera anak muridnya.
Akibatnya, guru tersebut akan mengalami tekanan emosi dan konflik jiwa yang serius. Mengikut
Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya
masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.
6.2 Terhadap Murid
Murid-murid yang didera akan mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh badan dan
kesan penderaan ini dapat dilihat oleh penglihatan. Malah ia juga akan menyebabkan pertumbuhan
murid-murid yang didera ini terjejas. Malah, kesan penderaan terhadap murid juga boleh
menyebabkan kematian seperti kes yang dibincangkan ini. Malah, guru yang bersikap suka mendera
dan memukul ini akan memberi kesan atau mempengaruhi murid-murid lain untuk melakukan
perbuatan yang sama kepada rakan-rakan mereka yang lemah kerana guru merupakan role-model
kepada murid-murid. Menurut Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan
akhlak yang boleh diteladani oleh murid dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu.
Sahsiah yang dipamerkan oleh guru ini akan menjadi panduan dan diteladani oleh murid-murid di
sekolah. Maka, hal ini akan sekaligus menjejaskan sistem pendidikan yang terdapat di negara kita.

6.3 Terhadap Profesion Perguruan
Isu penderaan ini hanya dilakukan oleh segelintir guru sahaja, tetapi seperti kata pepatah Kerana
nila setitik rosak susu sebelanga. Kesan daripada tingkah laku segelintir guru ini akan merosak dan
mencemarkan imej profesion perguruan. Tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru akan
menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh lapisan masyarakat. Masyarakat lebih
cenderung melihat dan menilai sesuatu yang negatif berbanding perkara yang positif. Tambahan
pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.
Selain itu, gejala penderaan yang berlaku ini juga memberi kesan kepada profesion perguruan yang
menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini akan mengakibatkan
profesion ini kekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Kesannya
kerajaan tidak dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana
kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998),
penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan
menurun di kaca mata masyarakat.
6.4 Terhadap Sekolah
Apabila isu penderaan ini memberi kesan kepada guru dan murid, secara tidak langsung isu ini juga
akan memberi kesan kepada sekolah. Dengan berlakunya kes-kes penderaan ini, reputasi dan imej
sekolah akan jatuh. Sekolah adalah sebagai sebuah organisasi formal yang mempunyai matlamat
tertentu. Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang
mempunyai budaya tersendiri.
Sekiranya budaya penderaan diamalkan di sesebuah sekolah dan tidak dibendung dengan kadar
segera, masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat untuk
mereka menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut. Hal ini juga akan
menyebabkan sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan
berkualiti kepada murid-murid.

6.5 Terhadap Ibu Bapa dan Masyarakat
Isu penderaan yang berlaku ini turut memberi kesan kepada ibu bapa dan masyarakat.
Hubungan yang terjalin di antara guru dan ibu bapa akan menjadi renggang disebabkan ibu bapa
tidak lagi mempercayai kredibiliti guru-guru tersebut untuk mendidik anak-anak mereka. Kebajikan
dan keselamatan yang seharusnya dititikberatkan oleh guru akhirnya terancam disebabkan oleh guru
sendiri. Hal ini akan merisaukan pihak ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Kesannya ada di antara ibu bapa yang membawa isu penderaan ini kepada pihak atasan seperti polis
dan peguam bagi mendapatkan keadilan bagi pihak anak mereka. Di samping itu juga, masyarakat
akan turut memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah kerana
tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
7.0 CADANGAN / LANGKAH MENGATASI ISU PENDERAAN
Penderaan fizikal yang berlaku kepada murid ini merupakan salah satu isu yang sangat dipandang
serius oleh lapisan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan guru menghukum murid di
atas kesalahan atau kenakalan yang dilakukan oleh murid itu sendiri. Namun begitu, penderaan
bukanlah langkah yang terbaik untuk menghukum seseorang murid yang melakukan kesalahan.
Tingkah laku negatif seperti mendera yang dilakukan oleh guru tersebut hendaklah dibendung
dengan kadar segera. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
7.1 Tingkatkan Kesedaran Agama Dalam Diri
Antara langkah untuk mengatasi isu tersebut ialah dengan meningkatkan kesedaran agama. Setiap
guru hendaklah mendalami ilmu agama supaya setiap tingkah laku yang dilakukan adalah
berlandaskan kepada pegangan agama. Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan
sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaik yang
mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Menurut INTAN (1994),
ikhlas merupakan salah satu etika yang perlu diamalkan dalam pekerjaan. Ini bermaksud setiap
penjawat awam hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya, ia akan
menjalankan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara
berterusan.
7.2 Wujudkan Khidmat Kaunseling Khas Untuk Guru
Selain itu, di setiap sekolah hendaklah diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang
dikhaskan untuk guru bagi menangani isu penderaan fizikal terhadap murid di mana khidmat ini
dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini
bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling
jika mereka terlibat atau mengalami masalah gangguan emosi yang boleh mengakibatkan mereka
bertindak di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981) menyatakan bahawa bimbingan
sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman,
pengetahuan dan kemahiran tertentu.
7.3 Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang adalah merupakan langkah yang patut diambil oleh kerajaan
bagi mengatasi isu berkaitan dengan penderaan. Merujuk kepada rencana yang dikeluarkan oleh
Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2001, Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa undang-undang adalah
peraturan hidup yang berkata-kata. Undang-undang berkata-kata melalui bahasanya yang tersendiri
iaitu bahasa undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman
dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.
Mana-mana guru yang terlibat dengan tindakan undang-undang boleh dilucutkan jawatannya
sebagai seorang guru. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru lain supaya tidak melakukan
perkara yang sama berkaitan isu penderaan ini.
7.4 Melantik Guru yang Berkelayakan
Kerajaan hendaklah melantik guru-guru yang berkelayakan untuk menjawat profesion sebagai
seorang pendidik. Hal ini disebabkan, guru yang berkelayakan telah diberi latihan yang secukupnya
untuk menjadi seorang guru. Program-program dan kursus-kursus yang telah dijalani oleh individu
ini sedikit sebanyak membantu mereka memahami etika keguruan yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia contohnya seperti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP).
8.0 RUMUSAN
Pandangan saya berkaitan dengan isu guru agama memukul anak muridnya sehingga
menyebabkan kematian ini adalah tidak wajar berlaku. Hal ini kerana tugas guru adalah sebagai
seorang pendidik dan pembimbing dan bukan sebagai pengancam keselamatan murid-murid.
Persoalan yang timbul ialah adakah perlu seorang guru membelasah muridnya sedemikian rupa?
Lebih-lebih lagi mangsa hanya berumur 7 tahun. Tidak sepadan langsung dengan suspek yang
berumur 26 tahun. Sekiranya memang benar bahawa murid tersebut melakukan kesalahan mencuri,
tindakan membelasah murid berkenaan secara melulu bukanlah jalan yang terbaik dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.
Terdapat pelbagai cara yang lebih efektif dan berkesan yang boleh digunakan. Guru tersebut
tidak boleh bertindak tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Tambahan pula sekiranya dakwaan yang
mengatakan bahawa murid tersebut mencuri adalah daripada percakapan murid-murid yang lain.
Dalam erti kata yang lain ialah hanya syak. Tindakan memukul dan membelasah murid tersebut bagi
saya adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lebih-lebih lagi bagi seorang guru yang
mempunyai pendidikan agama. Mencabut nyawa seseorang dengan tangan sendiri hanya kerana
syak dan wasangka, adalah tindakan yang paling dangkal sekali yang dibuat oleh seorang manusia
lebih-lebih lagi digelar seorang guru.
Menurut Abu Bakar Nordin (2003), peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan
kedudukannya di mata masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki sifat profesionalisme yang tinggi.
Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para murid dalam
pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Etika dan
tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan
diamalkan. Dengan mengamalkan etika keguruan yang telah digariskan, isu berkaitan dengan
penderaan seperti yang dibincangkan akan dapat dibendung dan diatasi dengan berkesan.

9.0 REFLEKSI
Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang berkaitan dengan guru
dan keguruan sering dibincangkan melalui media massa. Berdasarkan tugasan projek yang telah
diberikan ini, pelbagai manfaat telah saya perolehi. Dengan menjalankan tugasan projek ini, saya
dapat meningkatkan kefahaman tentang ruang lingkup kerjaya sebagai seorang guru pada masa
hadapan. Isu-isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan merupakan topik yang sering mendapat
liputan menyeluruh oleh semua pihak. Hal ini dapat memberi pendedahan kepada saya untuk lebih
matang dalam menempuhi isu-isu yang bakal berlaku apabila menjadi seorang guru pada masa
hadapan.
Tugasan projek ini juga mengkehendaki saya menganalisis, mengulas dan mengutarakan
pendapat berkaitan isu yang berkait dengan guru dan keguruan. Hal ini sekaligus akan dapat
mempengaruhi tindakan saya pada masa hadapan sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan.
Sekiranya saya berada di dalam mana-mana situasi yang melibatkan isu guru dan keguruan seperti
yang berlaku pada masa kini, saya hendaklah bertindak secara matang. Tindakan yang saya ambil
hendaklah berlandaskan kepada profesionalisme sebagai seorang guru tanpa mengikut hawa nafsu
semata-mata.
Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam
menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan, bertindak tanpa berfikir akan
mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Jadi, setiap masalah yang berlaku akan
dapat diselesaikan sekiranya saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari
jalan penyelesaian. Tambahan pula, saya dapat mempelajari kemahiran baharu dengan adanya
penerapan unsur ICT semasa menjalankan tugasan projek ini. Tugasan ini memerlukan saya
membina sebuah blog laman ilmu secara berkumpulan. Hal ini memberi pengetahuan kepada saya
tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kemahiran ini juga
dapat digunakan pada masa hadapan kerana sistem pendidikan pada masa kini amat mementingkan
penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.

NURUL FAZLIANA BINTI ISMAIL

Friday, 31 August 2012
GURU PONTENG SEBULAN BOLEH DIBERHENTIKAN

1.0 Pengenalan

Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar,
tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba
ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengahdan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali
dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun.
Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah
bagi peringkat usia 13hingga 19 tahun.
Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi
pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk
melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di
sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi
sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-
guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan
sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan
perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).
Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu.
Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa
perubahan kepada seseorang individu. Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada
pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada
keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu
bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka
membangunkan masyarakat





2.0 Isu Guru atau Keguruan

Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja



Mungkin setiap guru yang tidak hadir ke sekolah ada alasan yang tersendiri. Sakit? Ada masalah
keluarga? Berjauhan dari keluarga? Masalah kewangan? Stress? 1001 alasan.. tetapi kadangkala
suara dan kebajikan guru kurang diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Inilah kesannya.. Apabila
sudah ada laporan rasmi, maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENJAGA PROFESION KEGURUAN INI...

"Guru Cemerlang, Negara Terbilang"...


2.1 Definisi dan Jenis Ponteng

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai
kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain. Manakala ponteng dari segi istilah
merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang
munasabah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang
pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah
ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke
pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja
tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng
kerja.Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan
kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugassampingan seperti hadir
mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya
masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.
Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan
ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah.

a. Ponteng sekolah
Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengansebab
yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan
dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru
ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung
lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai
alasan yang kurang logik.

b. Ponteng kelas
Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas
dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa
alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau
bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dansebagainya. Guru bermasalah ini
menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah.
Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.

c. Ponteng tugasan
Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.
Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak
menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak
menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang
dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.








2.2 Faktor Berlakunya Ponteng

Dalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti
yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini merangkumi aspek
dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada pembangunan sahsiah
seorang guru.

2.2.1 Faktor Dalaman

2.2.1.1 Kurangannya Pegangan Agama
Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya menganjurkan
agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu
ibadah dan ramai di antara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh, tidak amanah.
Walaupun ramai di antaranya yang berpuasa dan menunaikan solat tetapi perbuatan seperti
ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,2010). Guru menganggap ponteng
adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan dosa. Walhal guru perlu menjadikan
pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

2.2.1.2 Kurang motivasi dari dalaman guru.
Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa
kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan,
depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan
mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan
luntur komitmen dalaman (Pendidik, September 2010).

2.2.1.3 Gangguan emosi.
Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh
memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada
tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak
mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat (Pendidik, April2010). Gangguan emosi ini
terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai
sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali
keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan merasa kecewa,
rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerjaguru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru
mengambil jalan untuk ponteng kelas,dan ponteng kerja.

2.2.1.4 Sifat yang tidak ikhlas
Ikhlas selalunya dikaitkan dengan bersedekah, jarang-jarang sekali ikhlas dikaitkan dengankerja atau
profesion, jika ada ianya hanya disebut sepintas lalu. Ini adalah satu persoalan yang penting kerana
apabila kerja dianggap sebagai satu ibadah, maka inti pati atau terasnya mestilah sifat ikhlas. Ikhlas
adalah nilai teras yang membuahkan nilai-nilai yang lain.Ikhlaslah melahirkan integriti, produktiviti
dan kualiti juga lain-lain nilai murni dalam pekerjaan. Ikhlas adalah pemantau dalaman yang
menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus dan benar sebelum, semasa dan selepas sesuatu
pekerjaan dilakukan (Pahrol Mohamad Juoi,2010). Jika seseorang guru tidak ikhlas, maka amat sukar
baginya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan utama di sekolah dan yang paling
penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

2.2.2 Faktor Luaran

2.2.2.1 Tekanan beban kerja
Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan
tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca
dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah
guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan
sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan
yang berguna kepada masyarakat. Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian,
menyediakan alat bantu mengajar,menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil
terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan
emosi dan kehendak dalaman mereka. Seorang guru di Sarawak juga menyuarakan tentang suasana
kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih
terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan
guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai sertamen
cukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Hal ini menyebabkan guru bertindak ponteng daripada
membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.

2.2.2.2 Murid yang tidak menghormati guru
Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaaan guru. Sambutan
Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari murid-murid. Tiada
lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka leka dengan aktiviti
persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini mencurahkan khidmat bakti
menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak kepimpinan negara pada masa akan
datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role model mereka tetapi lebih memilih artis-artis
barat dan tempatan sebagai ikutan mereka. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa
seringkali dikejutkan dengan tindakan murid yang di luar jangkaan seperti memancitkan dan
menconteng kereta guru, memandang sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan,
tidak mematuhi arahan dan melanggar disiplin

2.2.2.3 Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbir
Faktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang berjaya.
Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan. Bukan
bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada mengelakkan masalah
guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas mereka di sekolah. Pentadbir juga
perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala
ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak
mengambil tindakan kepada guruyang melakukan kesalahan.

2.2.2.4 Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan
Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar di luar
bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan kurangnya
lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masayang ditetapkan
untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti persekolahan. Hal ini telah
disahkan apabila Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Dr Muhiddin bin Yussin berkata, perkara
itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah
baru-baru ini (Berita Harian). Lain pula halnya apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar.
Guru akan keluar pada sesi persekolahanuntuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga.
Contohnya guru akan keluar untuk membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan
peribadi, mengambil wang gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila
mempunyai masa terluang terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak
sedar sebenarnya mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana tidak berada di kawasan
persekolahan pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.


2.2.2.5 Pengaruh rakan-rakan sejawat
Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini kerana guru
baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas, membuat kerja
sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi kebiasaan kepada guru-
guru di sekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan
sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu
ponteng ini dengan tegas.

2.2.2.6 Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah ponteng dalam
kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak
mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka sendiri dan
telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah,manakala emosi mereka
sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan
dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain, contohnya kewangan,
ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-undang dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai