Anda di halaman 1dari 24

Huraikan satu isu yang melanggar etika perguruan.

Pengenalan:
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia,
dihormati dan disanjungi. Guru adalah seseorang yang akan
dikenang jasanya oleh anak didikya hingga ke akhirnya. Ia
adalah

suatu

profesion

yang

mempunyai

etikanya

yang

tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat


pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang
dihormati dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, profesion
perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang
diperkatakan seperti isu salah laku seks, penyalahgunaan
dadah, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan
sebagainya. Dan kes-kes atau isu-isu yang diperkatakan makin
bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta
kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri
walupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar
cikgu atau guru.
Definisi Isu:
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang
diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak
banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu

laman web(artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang


dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai.
Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnya dan
tidak terjamin kebenarannya.
Definisi Etika:
Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan
Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos yang
membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan
(costum). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral
yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam
bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga adat kebiasaan atau
cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik
(kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan yang
buruk (Keith, 2006).kumpulan tersebut.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan
dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau
organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik
atau buruk serta yang betul atau salah sebagai panduan
kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan, manusia perlukan satu
sistem atau panduan untuk menentukan mereka bertingkah
laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika dalam
masyarakat tersebut.

Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku,


adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya
dan menegaskan kebenaran dan keburukan. Etika berkaitan
dengan norma-norma, nilai-nilai,kaedah-kaedah dan ukuranukuran bagi tingkah laku manusia yang baik atau buruk dan
boleh diikuti atau sebaliknya. Menurut William (1971), etika
ialah The normative science of the conduct of human beings

living in societies-a science which judges this conduct to be


right or wrong, to be good or bad or in some similar way (Sains
normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana
sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau
salah, baik atau buruk dan lain-lain).
Menurut Drs. O.P. Simorangkir, etika sebagai pandangan
manusia dalam berperilaku menurut ukuran dan nilai yang baik.
Drs. Sidi Gajalba dalam sistematika filsafat pula mengatakan
etika adalah teori tentang tingkah laku perbuatan manusia
dipandang dari segi baik dan buruk, sejauh yang dapat
ditentukan oleh akal. Manakala Drs. Burhanudin Salam
berpendapat etika adalah cabang falsafah yang berbicara
mengenai nilai dan norma moral yang menentukan prilaku
manusia dalam hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa
etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis

tindakan

di

mana

tindakan-tindakan

tersebut

membawa

seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara


berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu
juga, etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku
manusiayang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras
dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Isu-Isu Yang Melanggar Etika Profesion Perguruan:
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan komitmen
terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun
1995 hingga 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral
membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September
2008)

termasuklah

perbuatan

sumbang

mahram

dan

bersekedudukan.Media juga turut melaporkan kes-kes lain


seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan keskes disiplin, guru menyebarkan ajaran ati kerajaan dan
sebagainaya yang menarik perhatian umum serta menguji
kredibiliti profesion perguruan.
Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun demi
setahun. Merujuk kepada berita-berita semasa, banyak isu-isu
yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika

profesion perguruan sekarang ini. Antara isu-isu hangat tersebut


ialah yang di petik dari sumber MyMetro iaitu:
1. Guru mendera murid hingga mati (April 2011).
2. Guru disyaki rogol murid (9 Mei 2011)
3. Cikgu terlampau- Cikgu cabul 12 murid (Februari 2011)
4. Guru kena rotan dan dipenjara 36 tahun- Bersalah rogol
murid 11 tahun (November 2010)
5. Ditampar guru-Lima dakwa ditampar guru (Mac 2011)
Sumber-sumber lain:
1. Guru mendera pelajar (laporan wartawan MAT SMKTPG
News, 24 Jun 2008).
2. Guru rogol murid ditahan polis (Kosmo-5 Julai 2010).
3. Guru dituduh rogol pelajar (31 Disember 2007).
4. Guru ditahan memiliki dadah (6 April-Bernama).
5. Guru disiplin tampar murid lewat ke sekolah (Berita Harian
Online:28 Oktober 2009).
6. Guru cabul pelajar 8 tahun.
7. Guru agama cabul 4 pelajar (Utusan Malaysia Online:13
Februari 2010).
8. Guru ditahan mengedar dadah (Berita Harian Online:20
Februari 2010).
Masih banyak isu guru yang timbul dan diperkatakan sama
ada di dalam mahupun luar negara. Namun, di sini hanya
satu isu akan di bincangkan bagi bagi mendalami dan
memahami akan permasalahan yang timbul serta memberi
kesan kepada profesion perguruan.

Merujuk kepada satu laporan akhbar baru-baru ini yang


ditulis oleh Mohd Fauzi Abdullah dalam Harian Metro
melaporkan:

Gara-gara

berjauhan

dengan

isteri

dan

kesepian, seorang guru gagal mengawal nafsu hingga


tergamak merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun.
Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu di
kuarters sebuah sekolah menengah, petang Khamis lalu.
Menurut
dikatakan

sumber,

sebelum

menghubungi

ibu

kejadian
mangsa

guru

dan

terbabit

mempelawa

mangsa datang ke rumahnya dengan alasan membantunya


belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa
sebarang prangsangka. Katanya, mangsa pergi ke rumah
gurunya yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan
ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas
menghantarnya.
Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan
sekolah, namun dipecayai gagal mengawal nafsunya dan
terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.
Mangsa cuba melawan namun gagal dan tiada siapa dapat
membantu

kerana

berkenaan, katanya.

hanya

mereka

berdua

di

rumah

Sumber itu berkata, perbuatan guru berkenaan terbongkar


apabila mangsa menceritakan kepada guru lain keesokannya
selepas mendekati pelajar itu yang kelihatan murung.
Katanya, pemeriksaan perubatn ke atas pelajar terbabit di
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh
mengesahkan dia dirogol.
Sementara itu , Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah
(Siasatan /Perundangan)negeri, Superintendan Mohd Haris
Daud, mengesahkan polis menerima laporan berhubung
kejadian itu, kelmarin. Katanya, laporan dibuat ibu bapa
mangsa selepas dimaklumkan mengenai kejadian oleh guru
mangsa. Bertindak atas laporan itu, polis menahan guru
terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal
itu, jelas menunjukkan bahawa guru tersebut secara terang
melanggar etika profesion perguruan dan kod etika perguruan
di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi
kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya
sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat,
masyarakat dan Negara. Namun dalam kes ini, guru telah
menyalahgunakan
kesempatan

kuasa

terhadap

yang

ada

pelajarnya

dengan
sendiri.

mngambil
Ini

jelas

menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak


berfikir degan wajar sebelum melakukan tindakan tersebut
yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan
nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung
tinggi.
Guru seperti yang disebutkan di atas sememangnya
mementingkan

kehendak

dan

kepuasan

diri

tanpa

memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki


oleh seorang guru. Selain menggelapkan masa depannya
sendiri,

tindakan

di

luar

kewarasannya

itu

turut

memusnahkan masa depan pelajarnya yang sepatutnya di


jaga dan dilindungi olehnya. Malah kepercayaan yang
diberikan

oleh

keluarga

pelajar

tersebut

turut

dimusnahkannya dengan pengkhianatan tersebut.


Profesion perguruan adalah sebuah profesion yang amat
mulia dan dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat.
Dengan kesalahan-kesalahan segelintir guru yang melanggar
etika perguruan sesungguhnya mencemarkan kemuliaan
profesion

itu.

Kegagalan

sahsiah

guru

itu

adalah

kegagalannya secara individu, namun mungkinkah ianya


merupakan kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada
kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri? Jika
kesalahan yang dilakukannya adalah disebabkab tidak dapat

menahan gelojak nafsu yang bergelora, perkara ini hendaklah


dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu supaya ianya
dapat dibendung.
Mungkinkah perkara ini tidak terjadi jika isterinya tinggal
bersama dengannya? Jika guru yang sudah berkahwin tinggal
berjauhan dengan pasangannya, perkara ini perlu diselidik
semula terutamanya jika pasangannya adalah golongan yang
berkerjaya. Adalah penting jika guru yang sudah berkahwin
ditempatkan berdekatan dengan pasangan masing-masing.
Kehendak fisiologi dan seksiologi adalah keperluan yang
tidak dapat dinafikan. Jika perkara ini dipandang serius dan
guru-guru boleh bersama keluarga masing-masing, paling
tidak gejala seperti yang terjadi terhadap guru tersebut dapat
dibendung walaupun tidak sepenuhnya berjaya.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kgagalan
individu itu sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi, ada
beberapa faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya
keadaan ini. Tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan
akal kadang-kadang tidak dapat menyekat kehendak naluri
individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan.
Jika mengikut teori Maslow, kegagalan mendapatkan
sesuatu keperluan yang utama boleh menyumbang kepada

seseorang cenderung melakukan kesalahan demi mengisi


keperluan yang dihajatinya. Psikoanalitik yang diasaskan oleh
Sigmund Frued (1856-1939) melihat manusia dilahirkan
denagn sifat semulajadi dan tingkahlakunya lebih kepada
naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan
pengalaman-pengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi.
Jika pengalaman ini tiada atau kurang, ia cenderung ke arah
merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat.
Rumusan:
Sebagai kesimpulannya seseorang itu termasuklah yang
bergelar guru perlu mendalami diri dengan pelbagai ilmu
dan kemahiran yang dapat mengimbangi pemikiran sedar
dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil
tidak

menjejaskan

etika

profesionnya

yang

akan

meninggalkan kesan ke atas semua pihak termasuklah


dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau
ditimbulkan melibatkan guru, dilihat sebagai melanggar
etika perguruan. Etika seorang guru yang perlu dipatuhi
melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihakyang
terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung.
Pelanggaran etika perguruan sebagai profesionnya akan
mengakibatkannya dilabel sebagai individu gagal dan
bersahsiah negatif.

1 (b): Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan


sahsiah guru.
Pengenalan:
Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah
pasti meninggalkan kesan secara langsung atau tidak langsung
terhadap diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah, masyarakat, dan
Negara.

Pembangunan

sahsiah

seseorang

sebenarnya

terbentuk sejak kecil bahkan sejak di dalam kandungan ibunya


dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan
keluarga amat penting sebagai memainkan peranan utama
manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program
sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang.
Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu
dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan
persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu
perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif.
Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan
menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di
kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang
membimbangkan memandangkan guru adalah golongan yang
diharapkan untuk membangunkan bangsa dan negara.

Definisi Pembangunan Sahsiah:


Menurut KKD 3063 Pembangunan Sahsiah (Unit 1),
pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap,
tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu.
Seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya berdasarkan aspek
ini. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik
menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang
beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima norma dan
nilai masyarakat, dapat mengawal perasaandiri, boleh bergaul
mesra dengan orang lain serta memegang dengan nilai agama
sendiri. Manakala individu yang dikatakan mempunyai sahsiah
yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin,
tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang
nilai-nilai

atau

budaya

yang

bercanggah

dengan

nilai

masyarakat.
Kesan Isu:
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan
oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya.
Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh
diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang
sejajar

dengan

jangkaan

masyarakat

dan

kehendak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita membanggakan

yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru


bertindak berani menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan
guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak
bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum
dengan profesion perguruan. Namun tindakan negatif yang tidak
melambangkan sahsiah guru turut menjadi fokus utama media
massa dan para penyelidik.
Isu-isu sebegini telah memberikan impak yang besar
terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan
semangat dan motivasi para guru, meningkatkan kepercayaan
masyarakat dan turut mengharumkan persada pendidikan.
Walaubagaimanapun,

isu

negatif

telah

mula

menjadikan

kebanggaan terhadap profesion perguruan ini pudar. Malah


pihak media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan
tekanan dan desakan yang hebat terhadap pihak warga
pendidik, sekolah dan KementerianPelajaran khasnya.
Kesan Isu Terhadap Pembangunan Sahsiah Guru:
Isu guru merogol murid adalah antara isu yang paling
banyak dan paling hangat diperkatakan. Ia boleh menunggalkan
kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan sahsiah
individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah
golongan guru yang lain. Kesan itu turut memberi impak

terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak


langsung.

Pihak

tersebut

termasuklah

mangsa,

keluarga

mangsa, keluarga tertuduh, pihak sekolah, Jabatan Pendidikan


serta Kementerian Pelajaran Malaysia.
a. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru tersebut
(tertuduh):
Guru yang bertindak merogol pelajar adalah dari kalangan
guru yang dipercayai oleh
ibu bapa pelajar kerana dalam kes yang diketengahkan,
ibu mangsa sudah memberi kebenaran kepada mangsa ke
rumah

gurunya

dengan

alasan

guru

terlibat

ingin

membantunya dalam pelajaran. Bahkan guru tersebut


sendiri meminta keizinan daripada ibu mangsa.
Guru yang telah melakukan kesalahan yang serius seperti
merogol telah mengakibatkan sahsiahnya kelihtan amat
rendah dan martabatnya sebagai guru dikesali kerana
seorang

guru

tidak

sepatutnya

memiliki

sahsiah

sedemikian, bahkan guru antara golongan terpelajar dan


berilmu. Pembangunan

sahsiah

guru

terbabit

akan

dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia seorang


guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya akan menjadi
persoalan dan akan diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan
dan bakti yang dicurah selama ini akan hilang begitu

sahaja. Sekiranya dia dijatuhkan hukuman, alangkah


rendahnya

mertabat

seorang

guru

yang

terpaksa

menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang


rata-rata bukanlah dari golongan cendekiawan sepertinya.
Jika guru ini sudah selesai menjalani hukuman atau
berjaya membayar denda yang dikenakan, isu ini tidak
akan berhenti begitu sahaja. Isu dan sahsiah guru ini akan
tetap menjadi bualan dan dia akan dipandang serong oleh
orang lain. Di sekolah, guru ini tidak lagi dihormati malah
mungkin akan ditakuti oleh pelajar. Rakan sekerja juga
mungkin akan mempertikaikan kejujurannya terhadap
pelajar dan sekiranya dia sudah insaf, guru ini masih
terpaksa menerima balasan di atas perbuatannya jika ia
masih diragui dan tidak diberi kepercayaan. Malahan guruguru dari sekolah lain juga akan menjadikannya sebagai
bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan dan
ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat
sekeliling akan turut menjadikannya sebagai satu tajuk
bualan dan perkara sebegini adalah lumrah di dalam
masyarakat kita. Kesan daripada itu, sahsiah guru yang
akan dibina selepas itu akan manjadi lebih sukar dan
perlukan banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah

tabah menghadapinya kerana keburukan yang dilakukan


akan meninggalkan kesan yang agak lama dan mendalam.
b. Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru secara
keseluruhannya:
Perbuatan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh di
dalam kes di atas bukan saja memburukkan imejnya
sebagai guru secara peribadinya, malah tempiasnya turut
dirasai oleh semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan
keperibadian guru yang gagal mencerminkan seorang guru
yang sebenarnya sebagaimana yang diaspirasikan oleh
Negara. Melalui kod etika guru yang diperkenalkan, guru
bertanggungjawab terhadap pelanggannya iaitu murid dan
keluarga serta bertanggungjawab terhadap rakan sekerja.
Perbuatan tidak senonoh ini seolah-olah mengkhianati
rakan sekerja yang lain yang turut menanggung malu
akibat perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang
guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan yang
telah dilakukan oleh tertuduh menyebabkan masyarakat
menilai sahsiah guru secara umum bahawa guru-guru
sekarang

sudah

tidak

bersahsiah

dan

berperibadi

sebagaimana dahulu. Adakah benar bahawa guru-guru


sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan
tanggungjawab,

tetapi

disebabkan

mahu

mendapat

sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Guru-guru


ini tidak menghayati sepenuhnya akan tanggungjawab,
maksud yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara dan kod etika perguruan kerana jawatannya
dianggap

sebagai

sandaran

untuknya

mendapatkan

sumber ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab.

1 (c): Kaitkan isu tersebut dengan teori yang dipilih:


Pengenalan:
Setiap tindakan yang diambi loleh seseorang hingga
menimbulkan isu sama ada positif atau negatif sebenarnya
mempunyai penjelasan yang tersendiri. Setiap apa yang
manusia lakukan adala di atas kehendak dan pilihannya sendiri.
Namun ada sesetengah perkara yang dilakukan adalah
berpunca dari desakan-desakan tertentu hingga mengakibatkan
pilihan yang diambil adalah pilihan yang salah. Dalam ilmu
psilkologi kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa
individu itu bertingkah laku berdasarkan kepada pilihan mereka.
Salah satu teori yang membincangkan tentang pemikiran dan
tingkah laku kita adalah Teori Pilihan.
Teori Pilihan:

Menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, Teori


Pilihan telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor
psikologi klinikal yang dilahirkan di Cleveland, Ohaio, California
pada 11 Mei 1925. Idea-idea Teori Pilihan mula diaplikasikan
oleh beliau dalam tahun 1966 dalam system pendidikan di
California.
Teori

pilihan

membincangkan

bagaimana

seseorang

individu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku


berdasarkan
kawalan

perspektif

dalaman

psikologi

dunia

kawalan

kualiti,keperluan

luaran,psikologi
asas,

dunia

pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala


perimbangan, tingkah laku keseluruhan, system tingkah laku,
identity Berjaya dan identity gagal.
Tegas Glasser (2000), teori ini menerangkan bahawa
setiap individu sebenarnya memilih untuk bertingkah laku
sebagaiman yang diinginkan termasuklah bersedih. Psikologi
kawalan luaran banyak mengganggu kita memilih apa yang
diinginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi
dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.
Tambah beliau, masalah manusia berpunca daripada keperluan
asas yang tidak dipenuhi. Semua tindakan manusia adalah
dipandu oleh keperluan asas (basic needs). Mengikut Teori

Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan keinginan


Psikologi dan fisiologi individu.
Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010),
keinginan

psikologi

merangkumi

keinginan

menyanyangi,

disayangi inginkan penghargaan, kebebasan dan kegembiraan.


Aspek menyayangi dan disayangi merangkumi keperluan kasih
saying, keintiman, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan
dan orang di sekelilng. Inginkan penghargaan meliputi keperluan
ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi
orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain.
Rasa ingin bebas yang dimaksudkan oleh teori ini adalah
berkeinginan memilih apa yang wajar untuk dirinya dan
cenderung untuk membuat keputusan tentang kemahuan
mereka dalam hidup. Manakala keperluan keseronokan adalah
keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan
berekreasi.
Namun keperluan aspek psikologi tidak cukup sekiranya
tiada

aspek

fisiologi

yang

merujuk

kelangsungan

hidup

termasuklah individu itu berani mengambil risiko, mempunyai


wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang
sihat. Teori Pilihan memberi penekanan kepada tanggungjawab
individu dan menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa
berpaksikan realiti yang sebenar.

Kaitan Isu Dengan Teori Pilihan:


Isu yang dipilih ialah mengenai isu rogol yang dilakukan
oleh seorang guru terhadap muridnya yang berusia 15 tahun.
Mengukut Teori Pilihan, tindakan yang dilakukan adalah
disebabkan oleh keperluan asas yang tidak dipenuhi. Keperluan
yang dimaksudkan ialah keperluan fisiologi dari segi keinginan
seksnya yang tidak dapat dipenuhi lantaran berjauhan daripada
isteri. Mungkin disebabkan keinginan seksnya yang tidak dapat
disalurkan

ke

saluran

yang

betul

(isteri)

menyebabkan

pertimbangan akalnya melampaui kewarasan hingga sanggup


menggunakan helah terhadap murid sendiri bagi memenuhi
hasratnya tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung
selepas itu.
Walaupun seseorang individu itu berhak memilih dan
membuat keputusan sendiri di atas kelakuannya, namun
psikologi kawalan luaran banyak mengganggu untuk memilih
apa yang diinginkan. Mungkin kerana itulah guru tersebut
tersilap membuat pertimbangan lalu memilih untuk mangambil
jalan mudah bagi memenuhi tuntutan nafsunya. Sememangnya
konflik akan timbul apabila tidak mendapat apa yang diingini
dan dapat apa yang tidak diingini. Keadaan inilah yang
menimbulkan keseronokan atau kesakitan/keperitan kepada
individu tersebut. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku,

pemikiran, perasaan dan fisiologi individu. Keseluruhan tingkah


laku akan menyumbang kepada identiti berjaya atau gagal bagi
individu tersebut. Personaliti gagal terbentuk apabila ia gagal
memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Ia
akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah
laku yang tidak efektif. Ia turut akan melarikan diri daripada
tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu.
Akibatnya pembentukan sahsiah yang negatif akan dilalui
olehnya dan ia akan menjadi seorang yang bersahsiah negatif
serta tidak bermoral.
Rumusan:
Secara

keseluruhnnya

dapatlah

dirumuskan

bahawa

semua individu dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan


faktor-faktor

pembelajaran,

nilai,

pergaulan

banyak

mempengaruhi keputusan yang di buat. Setiap isu yang timbul


melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan
guru keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru
terlibat

secara

individu

disebabkan

kegagalannya

menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan


meninggalkan kesan terhadap dirinya dan banyak pihak lain.
Kebebasannya

untuk

membuat

pilihan

dan

keputusan

menyebabkannya gagal menginterpretasiknnya dalam keadaan


yang betul lantaran gangguan psikologi kawalan luaran yang

menghalangnya

dari

membuat

keputusan

yang

terbaik.

Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta


kerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi.

BIBLIOGRAFI:

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi

Pendidikan 1:Pertumbuhan Dan Perkembangan.Petaling Jaya


:Logman.
Comer,R,:&Gould,E.(2011).Psychology

around

us.New

Jersey:John Wiley &Sons,Inc.


Eysenck,M.W.:&

Flanagan,C.(2000).Psychology

level.East Sussex:Psychology Press

for

AS

Ltd.

Mok Soon Sang (1996).Pendidikan di Malaysia: Untuk Diploma


Pendidikan.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.

Miltenberger,R ( 2008 ).Behavior modification:Principal and


procedures.(4 ed).PasificGrove CA:Brooks & Cole Publishing.
Papalia,D.E,:Olds,S.W.:&

Feldman,R.D.(2004).Human

development.(9 ed).Boston:McGraw-Hill.
Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz Shah
Mohamed Arip( 2001),Pembangunan Sahsiah KKD 2063,
Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Harian Metro, 10 Mei 2011.
Kosmo, 5 Julai2010.
Utusan Malaysia,2010.
http://www.artikata.com/arti-331194-isu.html.
www.bacaanonline.com/pdf/maksud-pembangunan

sahsiah-

guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/isu-pembangunan

sahsiah-guru-

html
www.bacaanonline.com/pdf/definisi-teori-pembangunan
sahsiah-guru-html
www.bacaanonline.com/pdf/definisi-pembangunan
guru-html

sahsiah-

Anda mungkin juga menyukai