Anda di halaman 1dari 29

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

DIPLOMA PENDIDIKAN
PERDAGANGAN / PERNIAGAAN (AT21D)

KPF5012: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

TAJUK : GURU BERKEMAHIRAN


KUMP : E

Disediakan oleh:

1. NURUL WAHIDAYAH BINTI RAMLEE NO MATRIK :


L20092003453
NO TELEFON : 019-5070867

2. NURLIYANA BINTI CHE MAHADI NO MATRIK :


L20092003456
NO TELEFON : 019-7360731

3. NOOR FADZILAH BINTI SAIDUN NO MATRIK :


L20092003465
NO TELEFON : 012-5652064

4. NOORHAZA BINTI ABU BAKAR NO MATRIK : L20092003480


NO TELEFON : 017-4398870

5. SITI MARIAH BINTI AMRAN NO MATRIK :


L20092003488
NO TELEFON : 017-6843116

Disediakan untuk: DR. ABDUL TALIB MD HASHIM


PENSYARAH
KPF5012 : FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

OGOS 2009
PENGENALAN

Mengikut falsafah parenialisme, guru ialah orang berautoriti. Ilmu pengetahuannya tidak

boleh dipersoalkan. Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dan kemahiran dengan

baik. Sebagai guru yang professional, guru perlu mempunyai ciri-ciri professional seperti

berkemahiran. Antara kemahiran yang mesti dikuasi oleh guru adalah kemahiran berfikir;

kemahiran interpersonal; kemahiran komunikasi; kemahiran memimpin; serta kemahiran

berilmu.

Hal ini kerana kaedah pengajaran Sokratik dengan pendedahan secara lisan, kuliah,

dan penghuraian akan sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika

mengajar kelak. Di samping itu, fahaman parenialisme memperlihatkan guru bukanlah

semata-mata menyampaikan maklumat kepada pelajar sahaja tetapi juga membantu mereka

untuk memberi makna, kebenaran, susunan dan hubungannya dengan pengalaman pelajar itu

sendiri supaya apa yang dipelajari akan menjadi lebih bermakna pada diri mereka.
KEMAHIRAN BERFIKIR

Definisi Kemahiran Berfikir

Pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda

atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah, [Mayer].

Pemikiran dilihat sebagai aktiviti psikologikal yang membolehkan manusia melihat proses

yang dialami dari pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang sukar,

[Dewey (1933,) Edward de Bono (1976)]. Dari pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal

yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.

Bolehlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir sebagai kecekapan menggunakan

akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup

dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep, atau idea secara teratur dan membuat

kesimpulan atau keputusan yang tepat dalam tindakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi.

Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu atau

menyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan,

tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis kemahiran berfikir yang perlu dikuasai oleh

semua kaum guru dan pendidik dalam membentuk guru yang unggul iaitu Kemahiran berfikir

secara kritis, Kemahiran berfikir secara kreatif, dan Kemahiran berfikir secara analisis.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Dewey (1933), menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu

memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu.

Pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis, dan

penilaian;[Taksonomi Bloom,1956] . Ennis mentakrifkan pemikiran kritis sebagai ‘pemikiran

reflektif’ yang bertumpu kepada memutuskan sama ada sesuatu kritis menggalakkan individu

menganalisis penyataan-penyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah sebelum

membuat kesimpulan. Sebagai contoh;

Situasi 1:

Seorang pelajar telah terlambat datang ke sekolah. Beliau memberi alasan bahawa bas

datang lambat. Oleh sebab itu, beliau terlewat ke sekolah. Sebagai guru apa yang akan

anda lakukan dalam menangani keadaan ini? Adakah anda akan terus mengenakan

hukuman ke atas pelajar tersebut? Adakah alasan yang diberikan munasabah atau

anda merasakan pelajar tersebut sememangnya malas ke sekolah?

Kebolehan menilai ialah asas kepada pemikiran kritis iaitu menilai idea, bukti cadangan,

tindakan dan penyelesaian. Guru yang berfikiran kritis akan membuat penilaian sama ada

hendak menerima sesuatu alasan itu dengan menggunakan kriteria atau nilai tara yang

dipersetujui untuk menilai kemunasabahan alasan, dan mencari maklumat yang boleh

dipercayai sebagai bukti bagi menyokong keputusan yang dibuat. Pemikiran yang kritikal

membolehkan seorang guru berfikir secara adil dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindak-

tanduknya. Dalam proses pemikiran kritikal ini, para guru perlu memahirkan diri dalam

beberapa aspek iaitu berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan (ingin
tahu), berfikiran terbuka, sensitif kepada pemikiran dan tindak-tanduk orang lain (berfikiran

rasional), dan mencari pilihan-pilihan atau alternatif lain jika ada. Kemahiran-kemahiran ini

penting untuk membantu para guru berfikir secara rasional tentang pelbagai isu dan masalah

dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah, serta memahami hak dan

tanggungjawab seorang pendidik.

Dalam Situasi 1, guru yang berfikiran kritis akan melihat situasi ini secara rasional.

Beberapa persoalan akan diperjelaskan dalam meyakinan alasan yang diberikan oleh pelajar

tersebut boleh diterima atau tidak. Antaranya; Adakah pelajar tersebut sering lewat ke

sekolah? Adakah rumah beliau jauh di pedalam yang mana hanya bas adalah satu-satunya

pengangkutan ke sekolah? Adakah beliau mempunyai alternatif lain untuk ke sekolah? ; dan

sebagainya. Pesoalan-persoalan ini perlu dalam membantu guru menganalisi pilihan-pilihan

yang ada sebelum menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tersebut. Sekiranya ia merupakan

kali pertama pelajar tersebut lewat, amaran adalah wajar. Guru, tidak seharusnya melihat

setiap kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar adalah disebabkan diri pelajar itu sendiri

sahaja.

Dari sudut falsafah, guru yang berfikiran kritis boleh dikatakan mengamalkan gaya

falsafah spekulasi dan gaya analitik, yakni berkebolehan melihat situasi ini secara

menyeluruh dan menghubungkan satu aspek dengan yang lain serta mentafsir kebenaran

yang tersirat. Dari sudut fahaman progresivisme, pemikiran kritis membentuk guru yang

bersifat demokratik. Progresivisme, menganggap pelajar merupakan subjek utama dan guru

adalah pembimbing dalam mengubah pelajar ke arah yang lebih baik tetapi tidak mengubah

keseluruhan diri pelajar tersebut. Pelajar perlu diberi kebebasan, galakan, tanggungjawab, serta

peluang untuk bersuara dalam memperkembangkan sepenuhnya potensi diri serta

mempertingkatkan minat ke sekolah. Ini ditambah dengan fahaman mazhab eksistensialisme

yang mana mementingkan pengalaman bebas atau laissez faire serta kewujudan pelajar itu sendiri.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai kebolehan menggabungkan idea-idea bagi

memenuhi sesuatu keperluan, [Halpern,1984]. Sebagai agen penggerak tamadun bangsa,

guru perlu sentiasa mencari ruang untuk merekayasa amalan mereka dalam menjamin kualiti

pendidikan. Oleh itu, kemahiran berfikir secara kreatif harus ada dalam setiap diri guru. Hal

ini kerana pemikiran kreatif adalah membolehan guru mengeluarkan idea-idea baru untuk

mencapai sesuatu. Ia juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazimnya digunakan

iaitu berkebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berlainan.

Kreativiti wujud hasil daripada pelaburan masa, penyedian atau ketekunan kerana

memerlukan kosentrasi dan keazaman yang kuat, desikasi dan disiplin kendiri. Selain usaha

dan masa, individu kreatif berani mengambil risiko mencapai matlamat mereka dan menolak

alternatif-alternatif yang ternyata kerana mereka ingin mencari yang lain dan luar biasa.

Pemikiran kreatif melibatkan kebolahan fleksibiliti (kelenturan) dan keaslian. Fleksibiliti

ialah kemahiran keluar daripada pendekatan yang biasa untuk menyelesaikan masalah dan

mempertimbangkan perspektif baru. Manakala keaslian pula adalah kebolehan menghasilkan

idea-idea yang asal yang tidak pernah lagi diperkenalkan. Sebagai contoh;

Situasi 2:

Sebagi guru Sejarah, anda mendapati skor pelajar anda adalah rendah daripada

jangkaan pihak sekolah. Anda mendapati kurangnya minat pelajar terhadap subjek ini

adalah punca kemerosotan skor bagi subjek tersebut. Sebagai guru Sejarah,

bagaimana anda dapat mengimplikasikan pemikiran kreatif dalam menangai situasi

ini?
Dalam Situasi 2, anda perlu sedar bahawa anda perlu memenangi kembali minat pelajar

terhadap subjek Sejarah. Apakah tindakan anda? Di sinilah guru perlu menggunakan

kemahiran berfikir secara kreatif dalam menangani situasi ini. Setelah menilai beberapa

alternatif yang ada, mungkin dengan mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran yang

sedia ada dapat menarik semula minat pelajar. Memandangkan Sejarah merupakan satu

subjek yang memerlukan pelajar membaca dan mengingati atau menghafal, menyebabkan

sesetengah pelajar merasakan ia merupakan subjek yang sangat susah dan membosankan.

Oleh itu, kaedah pementasan boleh digunapakai. Misalnya, pelajar dikehendaki

membuat pementasan bagi setiap topik secara berkumpulan supaya proses pengajaran dan

pembelajaran bukan sahaja lebih menarik malah mudah diingati. Kaedah ini mungkin

memerlukan pengorbanan masa, dan juga menerima kritikan dari tenaga pengajar lain, namun

ia mungkin berkesan. Guru yang berfikiran kreatif perlu berani, kreatif serta perlu mengambil

daya inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran

kepada pelajar dengan cara tersendiri.

Pembaharuan ini bersesuaian dengan prinsip fahaman rekonstruksionalisme yakni

guru bertindak sebagai agen perubahan dan penyelesaian masalah dalam meningkatkan skor

pelajar. Sikap dan minat pelajar adalah tidak sama, namun ianya boleh dibentuk oleh guru

melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran yang

menarik serta personaliti guru yang baik boleh menimbulkan minat pelajar terhadap proses

pembelajaran, seterusnya akan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.


KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Oleh kerana guru merupakan teras penting dalam aspek pembangunan pendidikan

negara, guru seharusnya mempunyai pelbagai ciri dan kemahiran-kemahiran profesional.

Antaranya ialah kemahiran interpersonal. Kemahiran Interpersonal merupakan kemahiran

antara insan. Di Malaysia ada yang menyebutnya sebagai, ’ Kebolehan Antara Personal ’ dan ’

Kecekapan Interpersonal ’.

Abdullah Hassan & Ainon (2000), memfokuskan kemahiran interpersonal guru

kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran

berucap, maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkahlaku, penampilan dan

komunikasi bukan lisan. Hubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui

oleh guru. Persoalannya sejauh manakah guru menguasainya adalah sesuatu yang subjektif

walaupun terdapat kaedah-kaedah serta panduan-panduan tertentu yang boleh dipelajari oleh

guru untuk menguasai kemahiran ini. Menurut Sarina dan Yusmini 2007, kepentingan

kemahiran interpersonal ialah ianya dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru

dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi

kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui penguasaan kemahiran ini seorang guru dapat berkomunikasi secara baik

dengan para pelajar. Ini kerana, dengan adanya kemahiran berkomunikasi seorang guru dapat

menarik perhatian dan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dengan mereka samada di

dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Seperti yang dapat kita lihat di kebanyakan sekolah,

para guru lebih banyak mengunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru di mana
hanya guru yang memberi penerangan sedangkan murid-murid hanya mendengar. Kaedah

pengajaran tradisional ini didapati amat membosankan dan murid-murid tidak dapat memberi

tumpuan yang baik, seterusnya menimbulkan suasana hambar di dalam bilik darjah. Jadi,

kepelbagaian kaedah semasa mengajar serta cara persembahan dan pengucapan yang

memberangsangkan perlu diamalkan oleh setiap guru untuk mewujudkan proses

pembelajaran yang dinamik . Contohnya, guru perlu menggunakan pendekatan yang kreatif

semasa pengajaran seperti kaedah pengajaran menggunakan komputer untuk menarik

perhatian para pelajar. Oleh kerana murid-murid zaman kini amat berminat dan mampu

menguasai teknologi dengan baik, pendekatan ini boleh digunakan. Selain itu, guru juga

boleh memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka semasa berkomunikasi dengan

murid-murid. Komunikasi yang lebih rileks dengan memasukkan humor ini dapat

menceriakan kelas dan pengajaran yang lebih efektif dapat dijalankan. Di samping itu, guru

juga boleh menggalakkan komunikasi dua hala dengan para pelajar iaitu dengan mengadakan

proses pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam kumpulan. Dengan ini,

kaedah pengajaran berpusatkan guru dapat dikurangkan dan komunikasi dua hala dapat

dijalankan dengan lebih baik. Hanya guru-guru yang dapat menguasai kemahiran komunikasi

ini sahaja boleh dikatakan telah mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.

Punca dalam konflik komunikasi wujud apabila kurangnya kemahiran mendengar dan

empati terhadap apa yang didengar (Abdullah dan Ainon 2003). Fenomena ini biasanya

berlaku terhadap murid-murud apabila tiada sesiapa yang sanggup mendengar masalah yang

dihadapi oleh mereka. Berapa ramai gurukah yang sanggup bertanya dan mendengar tentang

alasan pelajar yang pelbagai? Contohnya, alasan mengapa mereka ponteng sekolah, mengapa

mereka tidak menyiapkan kerja rumah, mengapa mereka tidak faham apa yang telah

dipelajari ,mengapa mereka menghisap rokok, membuli dan sebagainya. Kebanyakan guru

merasakan ianya adalah suatu bebanan untuk bertanya dan mendengar masalah yang
dihadapai oleh murid-murid mereka. Pada pendapat mereka, tugas guru hanya mengajar

semata-mata dan ini merupakan satu tanggapan yang salah. Ini kerana untuk menjadi guru

yang baik, mereka perlu menguasai kemahiran interpersonal yang kedua iaitu kemahiran

mendengar. Apabila guru mempunyai kemahiran mendengar yang baik, mereka dapat

mendekatkan diri dengan para pelajar dan dapat memahami apa jua masalah yang dihadapi

mereka. Ini seterusnya dapat membantu menyelesaikan dan meringankan masalah yang

dihadapi para pelajar.Nilailah setiap percakapan dan luahan murid-murid. Kenal pasti samada

apa yang diucapkan merupakan fakta atau apa yang terbuku di hati. Menurut Mansur dan

Nordinar 2003, guru haruslah bersikap jujur dan menunjukkan sikap yang bersungguh-

sungguh semasa mendengar luahan para pelajar. Kemudian guru-guru boleh menilai samada

alasan mereka munasabah atau tidak. Jika tidak munasabah barulah kemukakan soalan-soalan

mengapa alasan-alasan tersebut diwujudkan.

Selain itu, kemahiran bertanya juga merupakan ciri-ciri kemahiran interpersonal yang

perlu dimiliki oleh guru. Pelbagai garis panduan bertanya telah dikenalpasti oleh Abdullah

dan Ainon(2002). Contohnya, pertanyaan terbuka, tertutup, pertanyaan untuk mendapatkan

fakta, mengetahui perasaan, memperjelaskan maksud, mengembangkan perbincangan dan

lain-lain. Tetapi, yang menjadi isunya adalah apabila pertanyaan tersebut bertujuan

memalukan dan bersifat manipulatif atau cuba mengongkong dan menyekat orang yang kita

tanya supaya mengikut arahan kita sepenuhnya. Pertanyaan sebegini mengurangkan tahap

hubungan kerana ia lebih berbentuk arahan atau pertuduhan. Jadi, guru perlulah tahu

membezakan jenis-jenis persoalan yang ingin diajukan kepada murid-murid. Apabila ingin

menyoal murid-murid di dalam kelas, guru-guru boleh menggunakan kaedah pertanyaan

terbuka untuk menggalakkan semua murid-murid memberi respon. Sekiranya murid-murid

telah memberi jawapan mereka, hargailah jawapan murid-murid dengan memberi pujian dan

sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru tidak boleh sesekali menggunakan perkataan
‘salah’ tetapi boleh menggunakan perkataan ‘ kurang tepat’ supaya murid-murid tidak berasa

malu dan dapat memotivasikan diri mereka untuk cuba menjawab setiap soalan yang

diberikan guru di lain hari. Di samping itu, jika pertanyaan tersebut bersifat peribadi guru-

guru perlulah menggunakan kaedah pertanyaan tertutup. Contohnya jika guru ingin

bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang kelihatan muram, guru

perlu memanggilnya secara peribadi dan menggunakan nada yang sesuai semasa bercakap

dengannya.

Menurut Mok Soon Sang 2004, guru sebagai agen sosialisasi dan role model mampu

menggambarkan bentuk penampilan yang tepat di mata anak-anak, ibu bapa dan masyarakat.

Jadi, penampilan yang baik juga merupakan salah satu kemahiran interpersonal. Guru

perlulah mempunyai gaya penampilan yang baik dari segi pakaian, tingkah laku dan tutur

kata. Gaya penampilan yang baik seterusnya dapat menarik perhatian para pelajar untuk

belajar di kelas mereka. Sekiranya para pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya,

proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan lebih efektif. Persoalannya, adakah

guru-guru masa kini mempunyai penampilan yang baik dari segi pakaian dan tingkah laku?

Rata-rata kita sering mendengar berita dalam akhbar tentang kelakuan guru-guru yang kurang

sopan. Contoh yang pernah tersiar dalam akhbar ialah mengenai sumbang mahram yang

berlaku antara guru dan pelajar, guru menyertai pertandingan ratu pondan, dan lain-lain lagi.

Adakah ini menggambarkan penampilan guru yang sebenarnya? Kelakuan-kelakuan sebegini

telah mencemarkan profesion perguruan. Jadi, sebagai pihak bertangungjawab, Kementerian

Pelajaran Malaysia seharusnya mengadakan garis panduan yang betul dengan mengeluarkan

pekeliling mengenai penampilan yang betul sebagai seorang guru baik dari segi pakaian,

tingkah laku, prestasi kerja dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan

penting dalam mewujudkan gaya penampilan yang betul dalam diri seorang guru dengan

mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan etika perguruan dan etika penampilan peribadi
sebagai seorang guru. Guru diibaratkan sebagai artis yang menjadi idola murid-murid.

Penampilan guru yang memenuhi etika perguruan boleh menjadi ikutan yang betul kepada

murid-murid.

Ciri-ciri kemahiran interpersonal guru ini amat berkait rapat dengan falsafah

esensialisme. Falsafah ini mempunyai pegangan bahawa pendidikan adalah melalui

pengetahuan teras yang terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama. Pengetahuan

bersama-sama dengan kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai dan merangkumi unsur-unsur

yang sangat diperlukan dianggap penting dan wajar diketengahkan. Dalam falsafah ini, guru

ialah individu yang berada di tengah-tengah alam pendidikan yang bermaksud guru dianggap

sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role model yang harus dicontohi. Guru

diberi penghormatan kerana penguasaan, kepakaran dan kewibawaannya sebagai guru. Jadi,

guru perlu mempunyai kemhiran interpersonal untuk menjadi role model kepada murid-

murid.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Seorang guru yang profesional seharusnya memiliki atau mempunyai kemahiran

komunikasi yang baik. Komunikasi ialah satu asas perhubungan yang bertujuan

menyampaikan khabar, berita , mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Dalam

konteks pendidikan, komunikasi ialah pemindahan mesej atau ilmu dari seorang guru kepada

pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mewujudkan kefahaman

yang dikongsi bersama. Ini selaras dengan objektif KBSM iaitu membolehkan pelajar-pelajar

menguasai kemahiran berinteraksi dalam semua situasi serta memperkembangkan pemikiran

dan penaakulan.

Antara ciri-ciri kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada setiap guru ialah

bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang kuat dan bertenaga, tatabahasa

yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan

bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti “umm”, “ah”, “er” dan “ok”. Melalui

komunikasi juga dapat menunjukkan sejauh mana keyakinan dan penguasaan ilmu yang

dimiliki oleh seorang guru itu apabila berhadapan dengan pelajarnya. Manakala dalam bentuk

komunikasi bertulis pula, guru perlu menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah

dibaca, perkataan yang tepat dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang

teratur serta jarak di antara barisan ayat yang berpatutan.

Terdapat dua bentuk komunikasi yang harus dikuasai oleh guru iaitu bentuk

komunikasi sehala dan dua hala. Komunikasi sehala ialah pengirim berkomunikasi tanpa

memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima. Sebagai contoh guru mengajar dengan
memberikan penerangan berkenaan satu topik dan mengarahkan pelajarnya melakukan di

rumah. Ini berbeza dengan komunikasi dua hala iaitu penerima memberikan maklumbalas

kepada pengirim. Pengirim dapat memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima

kurang tepat dan juga membolehkan penerima lebih yakin. Guru masa kini perlu

mengaplikasikan komunikasi dua hala. Contohnya guru mengajar topik asas perdagangan

dengan menerangkan tajuk tersebut dan semasa atau selepas proses penerangan murid-murid

memberi maklumbalas dengan bertanya soalan atau memberi pandangan. Menurut fahaman

pragmatisme, penglibatan pelajar adalah cara pembelajaran yang terbaik. Sebagai contoh

pengalaman pelajar yang sering memberi respons komunikasi dan aktif dalam bilik darjah

dapat membantu hasil pembelajaran yang lebih berkesan kepada pelajar dan guru.

Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan

perasaan akan menjadi tidak berkesan. Guru atau sesiapa yang berkomunikasi dengan

berkesan akan menggunakan kesemua deria manusia dengan bijaksana. Konsep ini adalah

selaras dengan falsafah eksistensialisme yang mengutamakan pengalaman yang diperoleh

daripada deria seperti penglihatan, rasa dan sebagainya. Oleh itu selaras dengan tujuan

fahaman mazhab eksistensialisme adalah membolehkan setiap individu yakni guru dan

pelajar memperkembangkan sepenuhnya potensi yang dimiliki demi mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Maka, terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam

komunikasi berkesan iaitu kemahiran tingkah laku, kemahiran menimbulkan minat orang,

kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran pemerhatian, kemahiran

mengemukakan soalan dan kemahiran memberi refleksi perasaan.

Kemahiran Tingkahlaku:

Manusia di anugerahkan dengan deria dan fizikal antara lain untuk berinteraksi dan

bergaul antara satu sama lain. Guru-guru juga perlu menguasai pelbagai kemahiran yang ada
dalam kemahiran tingkah laku iaitu antaranya komunikasi mata. Komunikasi mata yang betul

juga mempengaruhi penerimaan para pelajar tentang apa yang diajar. Bagi. Selain itu

kedudukan tubuh dan pergerakan guru juga turut mempengaruhi komunikasi berkesan. Guru

tidak seharusnya membelakangkan pelajar ketika mengajar dan untuk hasil pengajaran yang

lebih efektif guru tidak sepatutnya berdiri di keadaan satu tempat sahaja tanpa ada pergerakan

kerana ini boleh menyebabkan pelajar- pelajar mudah bosan dan hilang tumpuan. Selain itu

mimik muka dan air muka guru adalah salah satu kemahiran tingkahlaku yang penting. Bagi

memastikan komunikasi itu berkesan guru mesti sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum

supaya para pelajar berasa seronok belajar. Guru yang sentiasa tampil dengan mimik muka

yang bengis dan garang serta kelihatan sentiasa hendak marah akan menyebabkan pelajar

-pelajar berasa takut. Sekiranya mereka berasa takut kepada guru maka sudah wujudnya satu

gangguan untuk berlakunya komunikasi dua hala.

Kemahiran menimbulkan minat

Bagi golongan pengkritik sosial seperti Charles Silverman, Janathon Kozol, John Holt

dan Herbert Kohl menyatakan, pelajaran di sekolah seharusnya dapat membangkitkan minat

dan motivasi pelajar dan dengan itu ia seharusnya mengembirakan dan memberi makna

dalam hidup. Antara cara yang boleh digunakan ialah berkomunikasi dengan mengenal pasti

keistimewaan mereka seperti menjalankan aktiviti yang memasukkan unsur lakonan, cerita,

permainan kuiz secara kumpulan dan pada masa yang sama bakat mereka dapat dicungkil dan

dikenalpasti. Ini sangat penting kerana objektif KBSM itu sendiri menekankan pembelajaran

ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, seta mempertingkatkan peribadi dan watak.

Kemahiran memberi perhatian

Kaedah memberi perhatian bermula dari awal dengan memberi perhatian kepada

mereka yang bercakap. Melalui pendengaran aktif, pendengar akan mengutip semua
maklumat yang dihasilkan. Melalui tumpuan perhatian dan pemerhatian ia dapat

menghasilkan suasana yang sesuai kepada penghantar mesej iaitu guru untuk memberi

maklumat dalam menghasilkan mesej yang lengkap kepada murid-murid.

Kemahiran Mendengar

Selain itu guru juga perlu menguasai kemahiran mendengar. Mendengar adalah asas

penting dalam komunikasi lisan. Ia membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan

memperbaiki kefahaman tentang kelakuan para pelajar.

Kemahiran Pemerhatian

Pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau

tersembunyi. Seseorang pendengar atau pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca

apa yang ada di dalam perasaan seseorang. Ini juga penting kepada guru untuk mengetahui

sama ada pelajar dapat memahami atau tidak apa yang diajar melalui tingkah laku dan

respons mereka. Justeru guru juga dapat membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sama

ada objektif rancangan mengajar hari itu tercapai atau tidak.

Kemahiran Mengemukakan Soalan

Soalan boleh digunakan bagi mendapatkan maklumbalas dan memberi maklumbalas.

Ia merupakan penjelasan atau penerangan yang lebih lanjut mengenai mesej atau perasaan di

sebalik mesej. Guru perlu kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklumbalas

yang tepat. Menurut ahli falsafah Schofield, menganggap falsafah sebagai proses menyoal

untuk mencari kebenaran. Dalam situasi guru dan pelajar juga perlu saling menyoal untuk

memberi dan mendapatkan pengetahuan dan kefahaman.

Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan


Konsep guru sebagai pengamal refleksi seperti yang dikemukakan oleh Donald Schon

diyakini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Sebagai seorang guru,

kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang

tepat. Melalui refleksi juga membolahkan guru menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran

serta pembelajaran seterusnya mengubahsuai kaedah dan teknik mengajar dalam bilik darjah.

Kemahiran Memberi Maklum balas

Maklum balas perlu jelas dan tepat, tidak bersifat abstrak, tidak menyentuh peribadi, tidak

bersifat menghentam, tidak membangkitkan tentang motif, tidak bersifat menghukum dan

penghantar atau guru tidak seolah olah berleter sebaliknya berkongsi maklumat. Guru dan

pelajar bersikap positif dan terbuka dan peka dengan maklum balas. Maklum balas hendaklah

diberi dengan cara jelas supaya tindakan dapat di ambil oleh kedua-dua belah pihak bagi

memperbaiki lagi ketepatan mesej.

Kemahiran komunikasi guru juga tidak terhad kepada pelajar sahaja. Guru juga perlu

mempunyai komunikasi yang baik antara ibu bapa pelajar. Ini bagi memastikan mereka

sentiasa mengetahui perkembangan anak masing-masing. Contohnya, bagi pelajar yang

didapati mempunyai masalah di sekolah, guru perlu berhubung dengan ibu bapa untuk sama-

sama membantu masalah pelajar.

Selain itu guru juga sewajarnya mempunyai komunikasi yang baik antara guru sesama

guru. Ini dapat membantu mempertingkatkan kaedah mengajar dengan lebih baik dengan cara

bertukar- tukar fikiran dan idea demi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi

mental, rohani , jasmani dan emosi.

Justeru, jelas menunjukkan betapa pentingnya kemahiran komunikasi yang baik yang

harus ada pada setiap guru. Guru perlu sentiasa belajar untuk menguasai kaedah komunikasi
yang berkesan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak bangsa menjadi

produk masyarakat yang berjaya.

KEMAHIRAN BERILMU

Kehidupan seorang guru adalah sinonim dengan ilmu. Lazimnya masyarakat

mengaitkan guru dengan tanggungjawab memberi ilmu tetapi hakikatnya guru bukan sahaja

bertanggungjawab mencurahkan ilmu kepada para pelajarnya malah meningkatkan ilmu

merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada di dalam diri setiap guru sebelum ilmu yang

ada itu dicurahkan kepada para pelajarnya.

Matlamat falsafah pendidikan negara adalah melahirkan pelajar yang seimbang dari

segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, adalah

penting bagi seorang guru memastikan dirinya juga turut seimbang dari sudut yang sama iaitu

dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan yang tinggi, mempunyai pegangan agama yang

kuat, sentiasa cergas dan mempunyai emosi yang stabil. Hal ini menunjukkan betapa

pentingnya bagi seorang guru untuk memastikan dirinya mempunyai ilmu yang tinggi.

Ilmu dan pengetahuan guru sebagai seorang yang berautoriti tidak boleh dipersoalkan.

Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dengan baik (Abu Bakar & Ikhsan, 2008).

Sikap proaktif, berdaya saing dan bersemangat kental dalam melengkapkan diri dengan

pelbagai disiplin ilmu dan berketerampilan perlu menjadi amalan dan budaya hidup seorang

pendidik (Wan Marzuki, 2008). Guru sebagai penyebar sumber ilmu perlu memahami konsep

ilmu yang sentiasa berkembang dan pencarian ilmu baru di kalangan guru mesti diteruskan

tanpa henti (Lokman, 2004).


Tugas mendidik adalah salah satu amalan mulia, namun amalan itu tidak akan lengkap

sekiranya pendidik tidak mempunyai ilmu sebelum mencurahkan ilmu. Menurut Al-Ghazali

(1058 – 1111M) semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu; semua orang yang

berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal; semua orang yang beramal juga akan binasa

kecuali orang yang ikhlas; beramal tanpa ilmu ialah perkara sia-sia.

Terdapat banyak jenis ilmu yang boleh dan perlu didalami oleh guru. Antara ilmu-ilmu

tersebut adalah ilmu berkaitan matapelajaran yang diajar, pengetahuan semasa, ilmu

berkaitan matapelajaran lain, ilmu bahasa, dan ilmu teknologi.

a) Ilmu matapelajaran yang diajar

Seseorang guru telah mengambil masa lebih kurang empat tahun menuntut ilmu di menara

gading sebelum bergelar pendidik. Seharusnya, guru tersebut mempunyai ilmu yang lengkap

berkaitan subjek majornya. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

yang komprehensif terhadap bidangnya (Mohamad Johdi, 2007). Guru seharusnya membuat

persediaan lengkap berkaitan subjek yang diajar. Selain itu, guru juga perlu menjangkakan

soalan yang bakal disoal oleh seseorang pelajar dan mampu menyediakan jawapan yang betul

dan memberi contoh yang sesuai agar para pelajar dapat memahami subjek yang diajar

dengan baik.

b) Pengetahuan semasa

Buku teks yang terdapat di sekolah hari ini mungkin sudah digunakan sejak beberapa

generasi. Ini memungkinkan terdapat beberapa maklumat yang ketinggalan dan ilmu yang

terkini tidak dimasukkan ke dalam buku teks tersebut. Guru yang profesional sentiasa

mencari maklumat terkini untuk memberi maklumat dan penerangan yang lebih jelas kepada

pelajarnya. Pengetahuan mengenai keadaan ekonomi masa kini misalnya dapat dikaitkan
dengan subjek Mikroekonomi, Makroekonomi ataupun Pengajian Perniagaan mahupun

Perdagangan.

c) Matapelajaran lain

Ramai guru masa kini kurang arif tentang subjek lain. Ada di kalangan guru beranggapan

mereka hanya akan mengajar matapelajaran mengikut major masing-masing. Realiti sistem

pendidikan masa kini, terdapat kemungkinan guru perlu mengajar matapelajaran selain

bidangnya. Keadaan ini berlaku mungkin kerana menggantikan tempat kekosongan jawatan

atau menggantikan waktu guru lain yang tidak hadir. Oleh itu, guru perlulah melengkapkan

diri dengan ilmu matapelajaran lain. Pengetahuan mengenai subjek lain membantu guru

menggunakan masa yang ada secara bermanfaat dengan memberi latihan atau perbincangan

tentang sesuatu topik yang berkaitan subjek berkenaan.

d) Ilmu berkaitan bahasa

Seorang yang bergelar guru perlu mendalami pelbagai bahasa. Sistem pendidikan negara

sering diubah untuk memastikan kesesuaiannya dengan keadaan semasa. Antara bahasa yang

perlu didalami oleh seseorang guru adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan seterusnya

bahasa-bahasa lain.

Walaupun PPSMI akan dimansuhkan, namun hakikatnya mungkin sukatan pelajaran bagi

subjek Bahasa Inggeris akan ditambah baikkan. Sekiranya keadaan ini berlaku, tidak mustahil

sekiranya suatu hari nanti semua pelajar akan menggunakan sekurang-kurangnya 40% bahasa

pengatar dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan sekiranya situasi ini menjadi realiti, adakah

seorang guru akan kekal menggunakan 100% bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan

seharian? Situasi ini mungkin akan menjatuhkan martabat seorang guru yang bertindak

sebagai contoh kepada para pelajarnya.


Realitinya, masih terdapat sebilangan kecil pelajar tidak memahami Bahasa Malaysia.

Pelajar-pelajar ini walaupun telah ditempatkan di kelas peralihan, hakikatnya mereka belum

dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan sepenuhnya. Ada di kalangan pelajar tersebut yang

tahu berbahasa Inggeris dan ada juga pelajar yang hanya tahu menggunakan bahasa ibunda

mereka sahaja. Guru yang tahu menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin dapat

berkomunikasi dengan baik seterusnya membantu para pelajar meningkatkan penguasaan

subjek yang diajar.

e) Ilmu teknologi

Dunia teknologi semakin berkembang pesat hari ini. Bagi generasi Y, teknologi sangat

penting dan sinonim dalam kehidupan mereka seharian. Seiring dengan perkembangan

teknologi, para guru perlulah melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu teknologi bagi

memastikan kebaikan teknologi dapat membantu memudahkan rutin harian para guru.

Terdapat banyak sistem telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memudahkan

dan melancarkan sistem pentadbiran sekolah. Sistem maklumat murid, sistem markah

peperiksaan dan sistem demerit telah digunapakai di sekolah untuk menggantikan sistem

lama yang menggunakan borang. Ilmu teknologi yang ada pada para guru membolehkan guru

memanfaatkan sistem tersebut sepenuhnya.

Gabungan ilmu teknologi dan ilmu lain seperti di atas dapat mengoptimumkan

pencapaian endidik. Persoalannya, adakah guru di negara ini memanfaatkan teknologi dengan

sebaiknya?

Pengetahuan teknologi digabungkan dengan ilmu matapelajaran dan pengetahuan

semasa memberi banyak impak terhadap pengajaran. Pengetahuan teknologi memudahkan

guru mencari maklumat berkaitan matapelajaran dan isu semasa. Penggunaan laman web

untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah turut
menjimatkan kos kerana banyak maklumat boleh dicapai dengan serentak dan disediakan

secara percuma.

Selain itu, gabungan pengetahuan teknologi dan ilmu matapelajaran dan pengetahuan

semasa membolehkan guru menbangunkan alat bantu mengajar. Bahan tersebut bukan sahaja

boleh digunakan untuk tempoh yang lama malah membantu penyampaian maklumat dengan

lebih berkesan kerana bersifat interaktif dan dilengkapi dengan bunyi dan pergerakan

berbanding alat bantu mengajar tradisional yang bersifat pegun. Alat bantu mengajar itu juga

boleh digunakan oleh guru yang perlu menggantikan waktu guru yang tidak hadir.

Dari konteks gabungan ilmu teknologi dan bahasa, teknologi dilihat sebagai medium

penting yang membantu guru meningkatkan penguasaan bahasa selain membolehkan guru

mengikuti kursus bahasa secara jarak jauh. Selain itu, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik

membantu seseorang guru mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat seterusnya dapat

memahami artikel tersebut dengan baik dan betul.


KEMAHIRAN MEMIMPIN

Di dalam carta organisasi sebuah kelas di sekolah posisi guru berada di atas sekali. Guru

memainkan peranan sebagai guru kelas untuk membimbing para pelajar ke arah

kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan jasmani. Oleh itu kemahiran dari segi

memimpin perlu ada dalam diri seorang guru. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat definisi

memimpin ialah melatih, mendidik atau mengasuh supaya boleh berfikir sendiri.

Kepimpinan boleh dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia

yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka terlibat dan berusaha ke arah

keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi (Rahmad 2005).

Guru perlu mempunyai kemahiran memimpin di sekolah kerana mereka ibarat role model

kepada para pelajar. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas

pihak yang dipimpin. Mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat pernah berkata tentang

”kepimpinan melalui teladan”. Dengan kepimpinan yang baik dan cekap akan menjadi ikutan

pada para pelajar. Dengan itu mereka akan dihormati dan disanjungi oleh para pelajar. Hal ini

akan memberikan kesan kepada sikap para pelajar dan dapat membangunkan sekolah yang

cemerlang.

a) Kepimpinan dalam bilik darjah


Guru menganggap bahawa tugas mereka hanya mendidik para pelajar mengikut sukatan

pelajaran yang disediakan dan memastikan sukatan pelajaran yang dirangka perlu dihabiskan

mengikut masa yang ditetapkan. Di dalam bilik darjah peranan seorang guru ialah sebagai

pemimpin kepada para pelajar . Dalam kepimpinan guru memainkan peranan sebagai

pemimpin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjadi pemimpin yang

berjaya perlu mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan matlamat ini mesti selari dengan

matlamat sekolah. Matlamatnya ialah untuk mencapai hasil daripada pembelajaran. Untuk

mencapai matlamat yang ditetapkan guru harus mempunyai perancangan mengajar adalah

kerana kejayaan setiap perkara yang dilakukan perlu dirancang dengan baik . Perancangan ini

melibatkan tajuk yang ingin diajar, strategi untuk mengajar, aktiviti yang ingin dilakukan dan

memilih bahan-bahan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Segala perancangan yang

dilakukan perlu selari dengan matlamat yang ingin dicapai. Perancangan yang baik dapat

menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan dapat menarik minat

para pelajar supaya fokus kepada pelajaran yang diajar.

b) Kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia ingin mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini bermaksud para

pelajar tidak hanya didedahkan dengan ilmu pengetahuan sahaja akan tetapi ditambah dengan

aktivivti di luar bilik darjah. Tujuan diadakan aktiviti kokurikulum ialah para pelajar boleh

mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, dapat meningkatkan kesihatan mental

dan fizikal, mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta dapat meningkatkan

keyakinan diri. Peranan guru sebagai pemimpin bukan sahaja di kelas semata-mata. Mereka

seharusnya menjadi pengerak kepada para pelajar supaya mereka aktif di dalam aktiviti

kokurikulum. Pelajar yang cergas mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal.
Kekuatan fizikal membantu para pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Ini juga dapat

membantu ke arah pencapaian dalam matlamat pendidikan.

Antara peranan guru dalam aktiviti kokurikulum ialah menjadi penasihat bagi sesuatu aktiviti,

membentuk satu struktur organisasi, melaksanakan aktiviti yang dapat mengembangkan

potensi pelajar dan memantau perkembangan dalam aktiviti yang dijalankan. Kecemerlangan

kokurikulum bergantung kepada keberkesanan kepimpinan dalam yang

dipertanggungjawabkan. Antara ciri kepimpinan yang perlu ada ialah mempunyai

kesungguhan melatih para pelajar, mempunyai semangat juang yang tinggi, bekerjasama di

antara para pelajar dan menggalakkan para pelajar ke arah pencapaian kokurikulum yang

cemerlang. Pengetahuan dari segi pengurusan aktiviti seperti perkhemahan, sukan dan majlis

ilmu perlu supaya dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diinginan.

Kebolehan guru untuk berhubung dengan agensi luar perlu supaya mendapat sokongan dan

bantuan.

c) Motivasi

Kepimpinan guru yang cekap dalam tugasnya ialah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya

bermotivasi dalam pelajaran. Motivasi merupakan langkah yang perlu diambil untuk

menggalakkan mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Guru perlu mendorong para

pelajar belajar secara berterusan dan tidak hanya tertumpu di sekolah sahaja malah

melakukan ulang kaji di rumah setelah tamat persekolahan.

Antara langkah-langkah yang diambil dalam pengerakkan motivasi semasa pembelajaran

ialah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik, memberikan latihan selepas tamat

pembelajaran, menggalakkan para pelajar bertanya di dalam kelas dan menghubungkan

tujuan belajar dengan pengalaman pelajar. Perkara ini perlu dilakukan supaya isi pelajaran

yang disampaikan lebih mudah difahami dan meningkatkan rangsangan mereka untuk lebih
mendalami pelajaran tersebut. Jika para pelajar mempunyai motivasi yang tinggi sejak dari

awal pembelajaran ini akan menggalakkan mereka untuk lebih tekun di masa hadapan.

Kemahiran pemimpin boleh dikaitankan dengan mazhab falsafah pendidikan barat iaitu

progresivisme. Pegangan dalam mazhab ini penyatakan bahawa guru perlu mempunyai

kemahiran pemimpin kerana mereka memainka peranan dalam peroses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana pelajar ibarat kain putih yang perlu dicorak supaya dapat

membentuk identiti mereka. Identiti pelajar pada masa hadapan banyak dipengaruhi oleh

persekitaran dan masyarakat. Pendidikan sebagai medium untuk mempelajari sesuatu dalam

proses pembentukan identiti pelajar.

Kemahiran guru dalam pimpinan bilik darjah dan kokurikulum dapat memperkembangkan

minat pelajar dalam subjek dan aktiviti kokurkulum mereka minati. Kecenderungan minat

pelajar dapat diasah di peringkat sekolah. Guru juga dapat meningkatkan minat pelajar

dengan memotivasikan para pelajar. Dengan menjalankan program yang berkaitan dengan

potensi diri pelajar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.

Contoh situasi, pelajar mempunyai minat dalam subjek perdagangan dan memasuki Kelab

Perdagangan di sekolah. Ini menunjukkan potensi pelajar dalam melakukan perniagaan. Di

kelas guru dapat mengajar tentang rancangan perniagaan pada pelajar. Dalam aktiviti kelab,

guru dapat melaksanakan aktiviti perniagaan semasa hari sukan atau hari kantin sekolah.

Ceramah. Program kerjaya dan ceramah tentang perniagaan dapat menaikan motivasi pelajar

untuk meneruskan minat dalam perniagaan di masa hadapan.


PENUTUP

Tugas murni lagi mulia kita sebagai guru seharusnya jangan dicemari dengan gejala-

gejala buruk yang merosakkan sehingga kelemahan, kemunduran dan kegagalan pendidikan

yang kita pikul hari ini dari segi menyediakan pengalaman-pengalaman berguna bagi

kegunaan masa hadapan anak-anak didik kita nanti, akan menyebabkan adanya individu yang

ingin maju tetapi hanya berlegar sekitar mediocrity, dan tidak pun berupaya menggunakan

peranan mereka untuk citarasanya apatah lagi memenuhi citarasa bangsa dan negaranya.

Sebagai pendidik tanah air yang memikul tanggungjawab dan amanah menerusi reformasi

pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara , kejayaan atau kegagalan usaha-

usaha ini bergantung terumatanya kepada ciri-ciri guru itu sendiri.

.
Rujukan

• Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (2002). Kemahiran Interpersonal Guru

dalam Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak., Kemahiran Interpersonal guru.

Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

• Abu Bakar, N., & Ikhsan, O. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung

Malim, Perak: Quantum Books.

• Al Ramaiah ( 1997 ). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor:IBS

Buku Sdn.Bhd.

• Dahlia, J., Khairul Azam, B., & Mohd Rosli, S. (2009). Guru Bersahsiah Unggul.

Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

• Jas Laile Suzanna Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

• Kamus Dewan Edisi keempat. (2005).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

• Lokman, I. (2004, Mei 4). Kualiti Guru Penentu Kecemerlangan. Retrieved Ogos 2,

2009, from Perpustakaan UTEM web site:

http;//library.utem.edu.my/akhbar/education/2004/20040504b5(0)bh.html
• Mohamad Johdi, H. S. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai

Objektif Persekolahan. Retrieved Ogos 2, 2009, from ipbl website:

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohd

johdiUIAMfp.pdf

• Nor Laily Binti Hj Zakaria.(2009, Jun). Komunikasi Berkesan: Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar. Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada scribd:

www.scribd.com.

• Nota Pengajian Perniagaan STPM. (2009, Mac). Didapatkan Ogos 2, 2009,

daripada scribd: www.scribd.com

• PTJ Sumber Manusia Pusat Perubatan Universiti Malaya. (4 Dis 2008).

Kemahiran Berfikir Dalam Konteks Bimbingan dan Kaunseling. Didapatkan Julai 27,

2009, daripada laman web: http://www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir

• Rahmad Sukor. (2005). Peranan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik

darjah. Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada scribd: www.scribd.com.

• Wan Marzuki Wan Ramli. (2008, Julai 25). Ambil peluang jadi guru berilmu.

Didapatkan Ogos 2, 2009, daripada perkhidmatan pelajaran blogspot:

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/07/ambil-peluang-jadi-guru-

berilmu.html