Anda di halaman 1dari 36

619

BAB 13
PROFESIONALISME, KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN
KUALITI GURU

13.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan pendekatan yang difikirkan terbaik dan sesuai bagi
meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru kerana
pengajaran yang efektif berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen dan
pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William (1996) menyatakan amalan guru di bilik
darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna
proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa
ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-guru
dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru-guru baharu,
guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru penolong kanan dan
Pengetua/Guru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka
lebih kompeten dan profesional.
13.2 Objektif
Objektif bab ini adalah;

Untuk menjelaskan isu-isu utama berkaitan profesionalisme, kompetensi dan


pemantauan profesionalisme guru.

Untuk memaparkan dapatan kajian yang berkaitan dengan profesionalisme,


kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru.

Untuk mencadangkan dasar dan mekanisme bagi meningkatkan tahap


profesionalisme guru di Malaysia.

620

13.3 Isu-Isu Utama




Isu-isu utama yang diberi tumpuan dalam perbincangan ini adalah berkaitan Anjakan ke-
4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, iaitu Mentransformasi
profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
a) Cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, melaksanakan pengurusan
sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya.
Dalam menangani cabaran ini, para guru perlu mempunyai semangat juang yang kuat
dan sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan. Persoalannya,
adakah guru di Malaysia memiliki kesediaan menangani cabaran-cabaran perubahan itu
sendiri dan bagaimanakah mekanisme pemantauan dilaksanakan bagi memastikan guru-
guru telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi melaksanakan sesuatu
perubahan yang dirancang oleh pihak KPM.
b) Penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Isu ini agak kritikal bila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang
mendapati sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap HARAPAN (52%),
MEMUASKAN (31%) yakni tahap yang masih boleh diperbaiki (Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hanya 12% berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG.
Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu
diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31% taraf
Pengajaran dan Pembelajaran adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH. Aspek
kelemahan yang telah dikenal pasti adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan
murid secara hands-on yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan tersebut juga
menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik
darjah. Daripada penilaian yang dilakukan ke atas aspek-aspek kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran, iaitu aspek-aspek 4.1 hingga
4.9 (penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid,
perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi,
penggunaan sumber pendidikan, penilaian dan teknik penyoalan), didapati sebanyak
30% masih berada pada skor MEMUASKAN dan ke bawah, manakala teknik penyoalan
yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan
kurang mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid.
Kajian ini mencadangkan antara cabaran-cabaran yang perlu ditangani oleh pengurusan
pendidikan di Malaysia ialah:-

621

Memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin


sekolah di setiap peringkat pengurusan;
Perubahan dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran ke arah
berpusatkan murid yang berorientasikan proses pembelajaran dan proses
berfikir yang bukan berorentasikan peperiksaan;
Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan aspirasi murid perlu dicapai; dan
Melonjakkan mutu pendidikan untuk mencapai tanda aras bertaraf
antarabangsa.

c) Matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia
mengikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti berasaskan kepada aspirasi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).

d) Pemilihan calon-calon guru yang berkualiti bagi memastikan hanya guru terbaik
sahaja yang dapat dipasarkan di pasaran. Anjakan ini memungkinkan proses
pengambilan calon guru yang lebih berwibawa di peringkat Institut Pendidikan Guru
(IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/ IPTS). Ini akan menjadikan
kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan dan rebutan seperti yang berlaku di negara-negara
maju.

e) Sistem pendidikan di Malaysia juga berhadapan dengan masalah yang timbul
disebabkan oleh pelbagai tafsiran dan pemahaman yang melibatkan penggubal dasar.
Pelbagai tafsiran dan pemahaman tersebut diandaikan berpunca daripada:
Kepelbagaian tahap kepimpinan di setiap peringkat terutamanya dari segi
politik dan latar belakang pendidikan;
Setiap kali berlaku pertukaran kepimpinan sering berlaku perubahan
mengenai pendekatan pelaksanaan sesuatu dasar;
Penggubalan dasar yang dibuat mengikut tekanan ahli politik dan tidak
bersandarkan kepada fakta empirikal dan ilmu pengetahuan dalam bidang
berkaitan; dan
Tahap profesionalisme keguruan yang sewajarnya perlu dicapai oleh guru.
f) Memperkasa perkhidmatan perguruan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan
Pasukan Guru Malaysia yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Kekentalan semangat keguruan;
Ketinggian ilmu akademik dan profesionalisme;
Kompetensi;

622

Kemahiran;
Kepakaran;
Dedikasi; dan
Komitmen.

13.4 Memperkasakan Guru


Aspek pemerkasaan guru perlu mengambilkira elemen berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Memantap dan memperteguh profesyen keguruan dari aspek keilmuan,


profesionalisme, kemahiran, kepakaran;
Mengukuhkan iltizam dari aspek ketepatan visi, kesesuaian misi dan
keberkesanan fungsi;
Menggagahkan perwatakan guru bercirikan keikhlasan, kesungguhan,
keberanian, ketegasan; dan
Meninggikan imej keguruan dari aspek pengiktirafan, kemuliaan peribadi
dan prestij guru.

Di samping itu, elemen yang mendasari keteguhan Profesionalisme Keguruan adalah


sejauhmana seseorang guru melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran
yang diperoleh dari institusi latihan guru. Dalam ertikata lain untuk menjadikan kerjaya
perguruan sebagai suatu profesion teguh seseorang guru itu perlu:

Telah mengikuti program pengajian tinggi formal;


Telah dilatih mendapatkan kemahiran tertentu;
Mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori;
Mempraktikkan ilmu secara berterusan;
Mengamalkan etika profesyen .

Profesion keguruan seperti juga profesion-profesion yang lain menuntut ahlinya untuk
mengamalkan budaya pembelajaran berterusan dari segi:

Pertambahan ilmu;
Pertambahan pengetahuan;
Pertambahan kemahiran;
Pertambahan kepakaran;
Penguasaan Perubahan teknologi;
Penghayatan budaya;
Kepekaan terhadap perubahan masyarakat;
Kemahiran menangani perubahan ragam murid;

623

Dalam konteks pemerkasaan profesyen guru, para guru perlu sentiasa menginsafi dan
menghayati kemuliaan profesyen guru itu sendiri. Kemuliaan fungsi profesion keguruan,
termasuklah mendidik, melatih, memimpin, mengasuh dan mengajar generasi muda
untuk menyebarkan ilmu dan kemahiran, pengekalan tradisi, pengwujudan perubahan
ke arah meningkatkan martabat bangsa dan negara. Selain itu fungsi profesion keguruan
penting untuk:

Meniupkan dan meningkatkan semangat patriotik murid;


Menyedarkan murid tentang aspek berkaitan kenegaraan;
Mengasuh dan membimbing murid memahami dan menghayati
kemerdekaan negara;
Menyedarkan murid tentang pengorbanan generasi terdahulu dalam
meneroka, membangun dan memajukan negara;
Memberikan kefahaman tentang kegemilangan sejarah yang telah
menyumbang kepada pembinaan negara bangsan yang berdaulat.

13.5 Sekolah Berkesan



Sekolah berkesan adalah aspirasi yang perlu diberikan penumpuan sebagai salah satu
elemen untuk mengangkat martabat dan harakat pendidikan di Malaysia ke tahap lebih
gemilang. Model Sekolah Berkesan mengetengahkan kreteria berikut;
i.
Kepimpinan profesional;
ii.
Pengkongsian visi dan matlamat;
iii.
Persekitaran pembelajaran;
iv.
Penumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran;
v.
Pengajaran berkesan;
vi.
Harapan yang tinggi;
vii. Peraturan positif;
viii. Kemajuan pemantauan;
ix.
Hak dan tanggungjawab murid;
x.
Kerjasama rumah sekolah; dan
xi.
Organisasi belajar.
Sekolah berkesan perlu dilengkapkan dengan keupayaan Pengetua untuk mengurusnya.
Ini disebabkan Pengetua sekolah merupakan enjin penggerak yang menyokong dinamika
sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Pengetua yang mempunyai aras kompetensi
yang tinggi berupaya menggerakkan para guru dan murid untuk mencapai aspirasi
pendidikan berkualiti. Terdapat sembilan bidang di bawah Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia, iaitu:

624

i.
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi;
ii.
Pengurusan Kurikulum;
iii.
Pengurusan KoKurikulum;
iv.
Pengurusan Hal-Ehwal Murid;
v.
Pengurusan Kewangan;
vi.
Pengurusan Pentadbiran Pejabat;
vii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal;
viii. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan
ix.
Pengurusan Pembangunan Luar.
Sementara itu, para guru pula perlu mengamalkan piawaian yang standard dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran . Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan
beberapa kriteria yang merangkumi aspek berikut;
i.
Kepimpinan Berkesan;
ii.
Mengutamakan Instruksional;
iii.
Berwawasan;
iv.
Menterjemah Dasar;
v.
Merancang dan Melaksanakan;
vi.
Komunikasi;
vii. Menangani Krisis;
viii. Urustadbir yang Cekap;
ix.
Pembangunan ETOS; dan
x.
Keberhasilan Akademik.
13.6 Dapatan Kajian Melalui Seminar dan Analisis Dokumen

1. Profesionalisme Guru
Pembangunan profesionalisme guru adalah bertujuan untuk mengekal dan
mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka. Pembangunan
profesionalisme juga usaha-usaha kearah penimbaan pengalaman melalui kursus-kursus
yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi kompetensi dan
seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka. Penimbaan pembelajaran
itu termasuklah pembangunan secara tidak formal di sekolah dan juga melalui peluang-
peluang pembelajaran secara formal yang wujud melalui latihan dalam perkhidmatan
yang dikendalikan di dalam sekolah dan di luar sekolah. Pembangunan profesional
dijelaskan oleh Joyce & Showers (1980) ialah:

625

Sebarang aktiviti yang dilaksanakan bagi pembangunan profesional yang


terdiri daripada semua pengalaman pembelajaran semula jadi yang dilalui,
yang mencakupi aktiviti-aktiviti yang terancang dengan tujuan untuk
memberikan manfaat secara langsung atau secara tidak langsung kepada
individu, kumpulan atau sekolah, dan meningkatkan kualiti pendidikan di
bilik darjah. Pembangunan profesionalisme merupakan proses
pembangunan profesional guru untuk menyemak, memperbaharui dan
memantapkan komitmen mereka sebagai agen perubahan, memperoleh
dan membangunkan pengetahuan kritikal, kemahiran dan kecerdasan
emosi bagi memperbaiki amalan di bilik darjah pada setiap fasa pengajaran
mereka (Joyce & Showers, 1980).
Sebagai golongan profesional adalah perlu bagi guru sentiasa peka kepada aspek
peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Beberapa
elemen dalam meningkatkan kualiti tersebut adalah seperti pada jadual berikut:
Jadual 13.1: Aspek Peningkatan Kualiti Guru
BIL.

PENINGKATAN

ASPEK YANG PERLU DITINGKATKAN

1.

Akademik

2.

Pembelajaran dan Guru-guru wajib mengikuti kursus-kursus latihan


pengajaran
dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat
sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh
dilakukan
melalui
program-program
perkembangan profesionalisme yang berterusan
(Continuing
Professional
Development
Programmes).

3.

Pentadbiran
Pengurusan

Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama


(sebagai guru siswazah terlatih), wajib
meneruskan pengajian sampai ke peringkat
Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu
memiliki Ijazah Sarjana. Mereka yang sudah
memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian
sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran.

dan Selain dari bidang pembelajaran dan pengajaran,


semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus
yang berwibawa.

626

4.

Penyuburan Diri

5.

Keagamaan
Moral

Guru-guru perlu dilatih untuk menguasai


kemahiran-kemahiran generik secara berterusan
agar personaliti mereka dapat dipupuk untuk
menjadi individu yang berkebolehan dalam serba
serbi. Antara aspek dalam kategori ini,
termasuklah semangat patriotisme, perpaduan,
pengurusan stress, kecerdasan pelbagai dan
pembangunan personaliti kendiri.

dan Aspek ini perlu dibimbing supaya guru-guru


berakhlak, bernilai dan bermoral.

Program Pembangunan Profesional Yang Berterusan



Bagi peningkatan tahap profesionaliksme, guru-guru wajib meningkatkan tahap
pengetahuan dan kemahiran mereka melalui Program Pembangunan profesional
dengan mod berikut:
Jadual 13.2: Mod Program Pembangunan Profesional Guru
Mentoran

Menghadiri kursus-kursus Jaringan Komuniti


dan bengkel-bengkel
Pembelajaran

Pembelajaran kendiri

Pencerapan di bilik darjah Pengajaran Berpasukan

Bimbingan Rakan Sebaya

Penyelidikan Tindakan

Kumpulan-kumpulan
Penyelesai Masalah

Menulis dalam jurnal


profesional

Pasukan Pengurusan
Sekolah

Permuafakatan
Sekolah-Universiti

Jaringan Pakar Mata Pelajaran

Pendidikan Guru secara


on-line (dalam talian)

Latihan Dalaman

Program Sandaran

Penggiliran Tugas

Konsultansi

E-Pembelajaran

Pembelajaran
Berkumpulan

Lawatan ke Sekolah

627

Landskap perkembangan profesionalisme guru juga harus dilahat dari perspektif zaman
bagi mencerminkan keperluan terhadap perubahan itu sendiri. Jadual berikut
menjelaskan perspektif tersebut;
Jadual 13.3: Konsep-konsep Tradisional Dan Baharu Tentang Perkembangan Staf
Konsep Tradisional Tentang
Perkembangan Staf

Konsep Baru Tentang Perkembangan Staf

1. Kawalan dari luar

1. Program berasaskan institusi/sekolah

Autoriti
pendidikan
di
pusat
merancang dan menguruskan aktiviti-
aktiviti yang menekankan semata-
mata tentang polisi

Staf tidak berminat untuk melibatkan
diri dan memberikan pendapat

Aktiviti-aktiviti tidak boleh memenuhi
keperluan staf

Aktiviti-aktiviti diadakan di luar
institusi/sekolah,
peserta
perlu
meninggalkan tempat kerja dan tugas
institusi/sekolah yang normal terjejas.

Staf merancang dan mengurus aktiviti-


aktiviti dan kandungan kursus direka
bentuk mengikut keperluan staf setiap
institusi/sekolah

Staf bersedia untuk terlibat dan
memberikan sumbangan idea

Aktiviti lazimnya dikendalikan di
institusi/sekolah pegawai/guru tidak
perlu meninggalkan tempat kerja dan
mereka boleh mengamalkan apa-apa
yang dimuridi secara serta merta.

2. Pemulihan

2. Perkembangan

Aktiviti disusun untuk tujuan


pemulihan apabila proses pendidikan
menjadi salah.


Hanya mengambil berat tentang
masalah secara umum, tidak tertumpu
kepada
keperluan
sesebuah
institusi/sekolah.

Aktiviti-aktiviti dirancang untuk tujuan


perkembangan dengan memenuhi
keperluan institusi/sekolah, kumpulan
dan individu

Bertindak untuk memenuhi keperluan
institusi/sekolah

628

3. Sementara, tidak sistematik

3. Berterusan, sistematik

Aktiviti-aktiviti adalah hanya


Aktiviti-aktiviti sudah dimasukkan di dalam
sementara, dirancang dan
perancangan tahunan institusi/sekolah
dikendalikan oleh pakar-pakar
sepenuhnya disokong oleh pentadbiran
daripada luar.
institusi/sekolah


Tiada mempunyai strategi jangka Mempunyai strategi jangka panjang dan
panjang untuk pembangunan dan pengurusan yang sistematik
tiada pengurusan yang sistematik

4. Kandungan
4. Kandungan
Terputus-putus
Berterusan dan komprehensif
Terlampau menekankan ilmu teknikal Perkembangan teknik, kesan, nilai dan
dan perubahan tingkahlaku
kepercayaan,
kesemuanya
diberi
pertimbangan


5. Fokus terhadap individu

Menekankan pembaikan individu dan
mengabaikan
perkembangan
kumpulan dan institusi/sekolah secara
keseluruhan.

6. Untuk guru-guru sahaja

5. Fokus terhadap individu, kumpulan dan


institusi/sekolah
Menekankan perkembangan pada tahap-
tahap individu, kumpulan dan keseluruhan
institusi/sekolah

6. Bukan sahaja untuk guru, tetapi juga


untuk pentadbir, staf sokongan dan murid

7. Penceramah luar sahaja

7. Penceramah luar dan dalaman

Mereka tidak faham tentang situasi Kandungan kursus disesuaikan dengan


institusi/sekolah dan menggunakan keperluan peserta dan kajian kes yang
contoh-contoh yang tidak relevan.
sebenar yang dikongsi amat berguna

dalam amalan di tempat kerja.

8. Peranan staf pasif

8. Peranan staf aktif

9. Jenis aktiviti yang mudah

9. Pelbagai jenis aktiviti

Hanya kuliah

Seminar, syarahan, bengkel, bimbingan,

629

kumpulan kualiti mutu kerja, penyelidikan


bilik darjah, penilaian, dan lain-lain lagi.

10. Motivasi

10. Motivasi

Menggalakkan penglibatan staf secara Penglibatan staf adalah berbentuk


ganjaran ekstrinsik, seperti kenaikan motivasi kendiri melalui ganjaran secara
pangkat dan pengurangan beban tugas intrinsik
sebagai
perkembangan
kerja.
profesional dan perasaan sepunya.

Merujuk kepada konsep-konsep baru perkembangan staf dalam Program Pendidikan
Guru Yang Bersepadu pada jadual di atas, beberapa fungsi penting perkembangan staf
pada pelbagai tahap dapat dirumuskan seperti berikut:
Jadual 13.4: Impak Perkembangan Staf
Elemen Perkembangan Individu Dan Keberkesanannya
Untuk menggalakkan staf secara individu supaya lebih bermotivasi dan mempunyai
iltizam terhadap tugas mereka;
Untuk memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, keterampilan dan kepakaran
staf;
Untuk membantu staf secara individu dalam perkembangan kerjaya mereka;
Untuk membantu ahli-ahli individu membuat refleksi terhadap tujuan dan objektif dan
polisi institusi/sekolah yang sedia ada;
Untuk memperkembang potensi setiap ahli staf;
Untuk menjaga dan membaiki kepuasan peribadi dalam menjalankan tugas harian; dan
Untuk meningkatkan keyakinan individu.
Elemen Perkembangan Kumpulan Dan Keberkesanannya
Untuk menggalakkan kerjasama di dalam kumpulan;
Untuk membina semangat berpasukan;
Untuk memupuk perasaan persaudaraan dan hubungan intim;
Untuk belajar daripada ahli kumpulan yang lain;
Untuk memahami dan menerima idea-idea alternatif di dalam kumpulan;
Untuk menyelesaikan konflik kumpulan;
Untuk memperbaiki komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan; dan
Untuk mencetuskan idea, keputusan dan strategi penyelesaian yang lebih baik di

630

dalam kumpulan.
Elemen Perkembangan Institusi/Sekolah Dan Keberkesanannya
Untuk memastikan/meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di
institusi/sekolah;
Untuk memperbaiki pengurusan staf;
Untuk membina budaya institusi/sekolah yang kuat;
Untuk memupuk jalinan hubungan kemanusiaan yang terbuka dan positif dalam
institusi/sekolah;
Untuk memberi peluang berkomunikasi dan membina misi dan matlamat
institusi/sekolah;
Untuk membantu ahli-ahli institusi/sekolah bagi tujuan melaksanakan perubahan di
institusi/sekolah atau mengadakan inovasi-inovasi dalam bidang pendidikan;
Untuk memenuhi keperluan jangka panjang sekolah; dan
Untuk menggalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan ahli-ahli di
institusi/sekolah.

13.7 Akreditasi Dan Pelesenan Guru

Seksyen 104 114 Akta Pendidikan 1996 menetapkan perkara-perkara yang berkaitan
pendaftaran dan pelesenan guru. Berdasarkan akta tersebut, guru perlu mengikuti
kursus ikhtisas bagi melayakkan mereka memperoleh lesen mengajar dari satu peringkat
ke satu peringkat yang lain. Bagi guru-guru permulaan yang baru ditempatkan ke
sekolah, mereka wajib mengikuti program induksi sebelum memperoleh lesen
mengajar. Tempoh sah laku bagi satu-satu sijil pentauliahan ialah selama 5 tahun. Syarat
untuk mendapat lesen mengajar pada kali pertama dan seterusnya perlu memenuhi
kriteria-kriteria berikut:

(a)

Boleh mengajar dengan baik (hasil daripada pencerapan di bilik darjah);

(b)

Tahap keberhasilan murid (berdasarkan kepada keputusan ujian dan


peperiksaan);

(c)

Kualiti portfolio;

(d)

Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan

631

(e)

Mempunyai hubungan yang baik dengan kalangan pentadbir, rakan sejawat,


dan murid.

Bahagian III Seksyen 10 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan penubuhan Majlis


Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati Menteri Pelajaran
berhubung apa-apa perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Bahagian IX
PENDAFTARAN GURU (Bab 1), menetapkan perkara-perkara yang termasuk dalam
pendaftaran guru. Seksyen 103 menetapkan bahawa ...tiada seorang pun boleh
mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagai guru di
bawah Akta Pendidikan 1996. Seksyen 104 seksyen 113 menetapkan prosedur
berkaitan pendaftaran guru. Bahagian IX, Bab 2 Seksyen 114 pula menetapkan perkara-
perkara berkaitan permit mengajar guru. Justeru, penguatkuasaan undang-undang di
bawah Akta Pendidikan 1996 perlu diperhalusi supaya guru yang mengajar adalah telah
berdaftar mengikut kehendak Akta.

13.8 Kompetensi Guru

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau
personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.
Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah bahasa Inggeris, iaitu
competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan
untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999).

Menurut Daud Ibrahim (2003), kompetensi bermakna competence, proficiency, skillful
and skill. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan
ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu
pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas dalam model kompetensi menjelaskan bahawa
prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya mempunyai
semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan
yang disandangnya.
Sementara itu, kompetensi guru juga dikaitkan dengan elemen-elemen personal,
profesional dan sosial, seperti aspek pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran
dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses
pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti
lima komponen kompetensi minimum bagi menilai seseorang guru. Lima komponen itu

632

ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan


kepada profesion.
1.

Kurikulum. Guru hendaklah mempunyai pengetahuan terkini tentang isi


kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek).
2.
Pedagogi. Guru mestilah tahu dan mahit untuk mengajar, menguruskan
kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai,
serta teknologi pengajaran yang sesuai.
3.
Penilaian. Guru hendaklah cekap dalam menilai hasil kerja dan tahap
kemajuan murid, menilai kemajuan murid, melaporkan kemajuan kepada
murid dan ibu bapa, menyimpan rekod kemajuan pembelajaran, serta
menetapkan tahap kemajuan.
4.
Sumbangan kepada sekolah. Setiap guru seharusnya berupaya memberi
sumbangan yang konstruktif kepada sekolah secara menyeluruh dan
bersedia samping menerima tanggungjawab. Di samping itu guru perlu
mempunyai hubungan yang baik dengan murid, ibu bapa dan komuniti serta
menjaga reputasi institusi pendidikan yang menyumbang kepada kemajuan
dan kemenjadian murid di sekolahnya.
5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan
profesion keguruan dengan menyertai kursus berkaitan perkembangan
profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan idea-idea
pembangunan dalam profesion keguruan, kesedian untuk berkolaborasi
untuk menyalurkan kemahiran yang dimilikinya dan bersedia untuk
membantu rakan sejawat secara profesional. Secara amnya seorang guru
profesional perlu mempunyai kompetensi dalam aspek berkaitan
penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal,
kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran,
pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan
peranan guru, dan kemahiran teknologi.
Prinsip asas kompetensi menjelaskan bahawa seseorang guru dapat dipertingkatkan
pengetahuan dan kemahirannya bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan
yang disandangnya dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan bagi
membolehkannya melaksanakan tugas dengan berkesan dan memberi impak kepada
pencapaian prestasi. Terdapat tiga komponen kompetensi yang utama iaitu:
(a)

Pengetahuan:

Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi


memperbaiki prestasi diri dengan berkesan.

633

(b)

Kemahiran

Kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice)


pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan
cemerlang untuk mencapai objektif organisasi.
(c)

Ciri-ciri Peribadi

Nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu
dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam.
Komponen-komponen di atas diilustrasikan oleh Hay McBer di dalam Model
Aisberg. Kemahiran dan pengetahuan selalunya boleh diperoleh melalui kursus
atau latihan dan boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik. Pembangunan ciri-
ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar dan perlu diberikan
penekanan khas bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan
pembangunan. Bagi model ini, kompetensi merupakan aisberg (bongkah ais), iaitu
kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung aisberg dan berada di atas paras
air. Manakala, ciri-ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air dan sukar
diketahui. Walau bagaimanapun, kemahiran dan pengetahuan perlu untuk
menjalankan sesuatu kerja, walaupun tidak membezakan prestasi yang dihasilkan.
Elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri-ciri peribadi (yang tersembunyi)
merupakan faktor penting yang akan membezakan pekerja berprestasi tinggi dan
pekerja berprestasi biasa (Rajah 12.1). Dengan kata-kata lain, pengetahuan dan
kemahiran merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal
pasti, manakala ciri-ciri peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar
dilihat dan kenal pasti. Namun begitu, komponen tersebut merupakan faktor
penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan.




Paras

- Sukar
diperhati,
ukur dan
ubah

Kemahiran
Pengetahu
an

Diperluka
n untuk
jawatan

Peranan Sosial
Self-image

Menentuka
n
kecemerlan

Traits


Rajah 13.1: Model Kompetensi Aisberg

634

Terdapat dua jenis kompetensi iaitu;


(a)

Kompetensi umum(Generic Competencies):

(b)

Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi serta


tatakelakuan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu
perkhidmatan berkenaan.
Kompetensi Khusus(Functional Competencies)

Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang spesifik


bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan
kumpulan jawatan.
Tahap kompetensi guru boleh ditingkatkan melalui latihan dalam perkhidmatan,
peningkatan tahap akademik atau melalui program perkembangan profesionalisme yang
berterusan. Tahap kompetensi guru boleh dianjakkan daripada tahap novis kepada guru
novis berpengalaman, seterusnya kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap
pakar. Jadual 13.6 di bawah ini menggambarkan tahap peningkatan kompetensi guru:

Jadual 13.6: Tahap Pengingkatan Kompetensi Guru
Tahap 1: Novis
Patuh kepada arahan
Mempunyai gambaran cetek terhadap situasi
Tidak boleh membuat keputusan
Tahap 2: Novis yang berpengalaman
Garis panduan untuk tindakan berdasarkan atribut dan mempunyai
sedikit pengalaman
Persepsi terhadap situasi masih terhad
Semua atribut dan aspek digunakan secara berasingan
Tahap 3: Kompeten
Mampu bekerja dengan kumpulan
Kini mula melihat tindakan untuk mencapai matlamat jangka panjang
Mula merancang
Prosedur-prosedur standard dan bersifat rutin
Tahap 4: Cekap
Melihat situasi secara holistik
Melihat yang paling penting dalam sesuatu situasi
Melihat kepelbagaian dan berbeza daripada pola normal
Mampu membuat keputusan

635

Tahap 5: Pakar
Tidak lagi bergantung kepada peraturan dan garis panduan
Boleh memahami situasi secara naluri berdasarkan penelitian yang
mendalam
Menggunakan pendekatan analitikal dalam situasi-situasi apabila
menemui sebarang masalah timbul
Mempunyai visi yang boleh diimplementasikan /dilaksanakan

13.9 Dapatan Kajian Tentang Tahap Kompetensi Guru Di Malaysia

Satu kajian mengenai persepsi tahap kecekapan guru yang mengajar di sekolah perlu
dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme perkhidmatan guru. Oleh itu,
satu kajian menggunakan sumber data primer telah dijalankan bagi menentukan tahap
kompetensi guru di Malaysia. Seramai 2590 orang guru telah terlibat di dalam kaji
selidik mengenal pasti tahap kompetensi guru dan tanggungan tugas. Borang soal
selidik telah dihantar kepada guru-guru sekolah di seluruh Malaysia. Analisis data
mengenai tahap kompetensi guru di Malaysia yang diperoleh secara amnya adalah
seperti berikut;
13.9.1 Profil Demografi Responden

21%

Lelaki
Perempuan
79%


Carta 13.1: Jantina Responden

636

Berdasarkan Carta 13.1 di atas, didapati jumlah responden wanita lebih ramai
berbanding dengan responden lelaki. Responden wanita mewakili 79.4%, manakala
responden lelaki sebanyak 20.6%.

47%

Luar Bandar
53%

Bandar


Carta 13.2: Lokasi Sekolah
Carta 13.2 menunjukkan taburan responden mengikut lokasi sekolah. Kajian mendapati
majoriti responden iaitu 53.2% daripada jumlah keseluruhan responden mengajar di
sekolah luar bandar dan selebihnya mengajar di sekolah bandar.

637

21%

24%

1-5 tahun
6-10 tahun
11-15 tahun

21%

17%

16-20 tahun
> 20 tahun

17%


Carta 13.3: Pengalaman Mengajar
Sementara itu carta 13.3 menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengalaman
mengajar yang lama, iaitu 24.1% (melebihi 20 tahun pengalaman) berbanding jumlah
responden mempunyai pengalaman mengajar 20 tahun ke bawah.

638

5% 0% 0%
17%

Islam
Krijan
Buddha

5%

Hindu
Sikh
Bahai
73%


Carta 13.4: Agama Dianuti Responden
Daripada segi agama yang dianuti, Carta 13.4 menunjukkan majoriti responden adalah
beragama Islam, iaitu 73% dan diikuti oleh responden yang beragama Buddha, iaitu
17.2%. Seterusnya, Carta 13.5 menunjukkan sebanyak 72.6% responden terdiri daripada
kaum Melayu, diikuti oleh kaum Cina sebanyak 20.8%, manakala Carta 13.6 pula
menunjukkan sebanyak 85% daripada responden telah berkahwin.


639

0%
0%
0%
1%
5%
0%
0%

Melayu
Cina
India

21%

Iban
Bidayuh
Melanau
Kadazan
73%

Bisaya
Siam


Carta 13.5 : Etnik Responden

Status Perkahwinan
1%
0%
1%

13%
Bujang
Berkahwin
Janda/Duda
Ibu/Bapa Tunggal
Balu

85%


Carta 13.6: Status Perkahwinan

640

0%
24%
Gred A
Gred B
Gred sekolah kurang murid
76%


Carta 13.7: Gred Sekolah
Carta 13.7 menunjukkan gred sekolah bagi tempat responden mengajar. Majoriti adalah
dari sekolah Gred A, iaitu 76.1%, diikuti oleh Gred B sebanyak 23.7%. Carta 13.8 pula
menunjukkan sebanyak 52.5% responden mengajar di sekolah rendah, berbanding
47.5% mengajar di sekolah menengah.

48%

Sekolah rendah
52%

Sekolah menengah


Carta 13.8: Jenis Sekolah

641

7%
3%

Sekolah Menengah
Kebangsaan

2% 2%

Sekolah Menengah
Kebangsaan (Harian
Perdana)

86%

Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama


Carta 13.9: Jenis Sekolah Menengah
Carta 13.9 menunjukkan majoriti guru yang mengajar di sekolah menengah, dalam
kajian ini, adalah mengajar di sekolah menengah kebangsaan.

4%

0%
24%

Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
Ijazah Doktor Falsafah

72%

Carta 13.10: Kelayakan Akademik Responden


Dari segi kelayakan akademik pula, Carta 13.10 menunjukkan majoriti responden
mempunyai Ijazah Sarjana Muda (71.5%) dan tahap Diploma 24%).

642

0%

Sarjana Pendidikan
Teknikal

27%

28%

Ijazah Sarjana Muda


Pendidikan
Diploma Pendidikan
Sijil Perguruan
45%

Carta 13.11: Kelayakan Ikhtisas


Dari segi kelayakan ikhtisas pula majoriti responden mempunyai Diploma Pendidikan
(45%), Sijil Perguruan (28% ) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebanyak 27.0%.

6%

4%

1%

1-5 tahun
22%

13%

6-10 tahun
11-15 tahun
16-20 tahun
21-25 tahun

20%

20%

26-30 tahun
31-35 tahun

14%

36-40 tahun


Carta 13.12: Tempoh Guru Bertugas
Carta 13.12 di atas menunjukkan tempoh bertugas sebagai guru terlatih di kalangan
responden adalah di antara 1-5 tahun sebanyak 22.3%, berpengalaman antara 6-10

643

tahun sebanyak 20.3%. Ini menjadikan majoriti responden mempunyai pengalaman


sebagai guru terlatih di antara 1-10 tahun (42.6%).

Dari segi bilangan murid dalam kelas pula, Carta 13.13 di bawah menunjukkan bahawa
majoriti responden yang mengajar kelas yang mempunyai bilangan murid antara 31-40
orang ialah 52.2%, dan diikuti 37.0% pula bagi kelas yang mengandungi jumlah murid
sebanyak 20-30 orang.

5% 6%
Bawah 20 orang
37%
52%

20-30 orang
31-40 orang
41-50 orang

Carta 13.13: Bilangan Murid Dalam Kelas











644


Dari segi jumlah murid di sekolah, Carta 13.14 menunjukkan bahawa responden yang
mengajar di sekolah dengan jumlah murid lebih 1500 orang ialah 12% sahaja, di sekolah
yang jumlah muridnya di antara 1000 1500 orang ialah 20%, manakala di sekolah yang
bersaiz sederhana (500-999 orang) ialah 46%, dan di sekolah bersaiz kecil (kurang 500
orang) ialah 22%.

22%

12%
Lebih 1500 orang
20%

1000 1500
500-999
Kurang 500 orang

46%


Carta 13.14: Jumlah Murid Di Dekolah



645

30.1
Berkait dengan
matapelajaran diajar
69.2

Berkait dengan bidang


kepakaran
Berkait dengan jawatan
yang disandang

31.8

Kursus-kursus lain

35.2

Carta 13.15: Kursus Yang Dihadiri Guru


Responden juga diminta untuk memberikan persepsi tentang kursus-kursus yang perlu
dihadiri oleh mereka, di samping menjalankan tugas hakiki sebagai guru di sekolah.
Kebanyakan responden menyatakan bahawa kursus yang dihadiri adalah berkait dengan
mata pelajaran yang diajar di sekolah. Dengan berdasarkan Carta 13.15 di atas,
peratusan yang mengatakan Ya untuk Berkait dengan mata pelajaran yang diajar
adalah 69.2% berbanding dengan bidang kepakaran (35.2%) dan jawatan yang
disandang (31.8%).











646


Dari segi jawatan yang disandang oleh guru pula, Carta 13.16 menunjukkan bahawa
peratus responden yang memegang jawatan sebagai guru tingkatan ialah 28%, diikuti
oleh jawatan sebagai guru penasihat persatuan/kelab/sukan (19%), guru disiplin (17%)
dan setiausaha (11%). Selebihnya, guru-guru memegang pelbagai tugas seperti guru
data, guru panitia, bendahari, dan Jawatankuasa PIBG.

Guru jngkatan
Guru data
Guru panija
2% 1%
1% 2%
4%
5%

Bendahari
19%
Jawatankuasa PIBG
2%
Sejausaha
17%

28%

11%

3%
5%

Penasihat persatuan/
kelab/sukan
Guru kanan mata
pelajaran
Guru disiplin
Kaunselor sekolah
Sejausaha peperiksaan


Carta 13.16: Jawatan Yang Disandang oleh Guru


647


Jadual 13.7: Purata Skor Item Kompetensi Guru

N
Ilmu Asas Sebagai Guru

Mak

Purata

Sisihan
piawai

Falsafah dan Tujuan Pendidikan

2492

3.90

Matlamat Umum Pendidikan

2490

3.87

.57

Psikologi Murid

2490

3.95

.57

Hubungan Baik

2492

4.13

.56

Tahap Pembelajaran Kognitif

2486

3.93

.56

Teknik Pengujian

2484

3.94

.57

Kandungan Ilmu

2493

4.20

.60

Susunan Hieraki Konkrit Abstrak

2488

3.91

.65

Matlamat dan Objektif Mata


Pelajaran

2492

4.13

.57

Susun Urutan Mata Pelajaran


Setahun

2489

4.08

.60

Sumber dan Aktiviti Pembelajaran

2491

3.98

.58

Kandungan Mata Pelajaran

Min

.60

648

Pedagogi

Kaedah dan Teknik Pengajaran

2494

3.93

.58

Kaedah dan Bahan Pengajaran ICT

2492

3.65

.69

Kebolehan Murid

2493

3.93

.57

Semak dan Taksir Penguasaan


Murid

2494

4.01

.57

Memandu Murid Memahami

2491

4.09

.57

Kerja Rumah danTugasan

2491

4.02

.57

Nilai-nilai Budaya Moral

2496

4.14

.57

Rancangan Pelajaran

2493

4.11

.59

Bahan-bahan Pengajaran dan


Pembelajaran

2495

4.04

.57

Gubal Soalan Ujian

2492

4.01

.62

Bersedia dan Bermotivasi

2497

4.03

.59

Mengurus Aktiviti Pembangunan


Kumpulan Bilik Darjah

2494

4.02

.58

Kawal Tingkah Laku Buruk

2498

3.99

.64

Urus Projek Luar

2497

3.71

.67

Pengalaman Projek Murid

2496

3.92

.61

Berkomunikasi Secara Jelas

2495

4.06

.59

Hubung Ilmu Dengan Pengalaman


Hidup

2496

4.09

.58

Pengurusan Bilik Darjah

649

Atribut Profesional

Penuhi Tugas dan Tanggungjawab

2498

4.09

.58

Patuh Peraturan dan Etika

2500

4.24

.59

Tingkatkan Komitmen

2497

4.20

.59

Bacaan dan Aplikasi Konsep

2499

3.84

.63

Penyelidikan Skala Kecil

2495

3.64

.68

Tulis Kertas Kerja

2493

3.20

.84

Kelola Seminar

2495

3.33

.83

Aplikasi Ilmu Melalui Seminar

2499

3.84

.68

Sokong Pentadbir Sekolah

2495

4.03

.64

Capai Sasaran Prestasi

2496

4.06

.60

Perbaiki Semangat dan Kerja


Berpasukan

2491

3.99

.61

Pengurusan Masa

2496

4.05

.57

Penyelesaian Masalah

2496

3.94

.59

Penilaian Kendiri

2494

4.00

.57

Laman Web Kelab/Kesatuan

2488

3.41

.80

650

Kendali Kokurikulum

2491

3.97

.64

Pengurusan Sumber Pengajaran dan


Pembelajaran

2494

3.99

.58

Pengurusan Rekod Murid

2495

3.98

.65

Mendisiplinkan Murid

2488

4.01

.62

Penglibatan Aktiviti/Polisi Sekolah

2493

3.96

.61

Penglibatan Proses Pembuatan


Keputusan

2494

3.72

.69

Menyelia Guru Baru

2483

3.60

.77

Menasihati Murid

2494

4.10

.63

Beri Kelas Tutorial Tambahan

2490

3.92

.68

Pengelolaan Seminar Motivasi

2491

3.53

.78

Pandu Murid Ke Arah Aktiviti


Komuniti

2490

3.62

.73

Pandu Murid Ke Arah Mencari


Informasi

2493

3.75

.70

Pengurusan dan Pembangunan


Sekolah

Pembangunan dan Kebajikan Murid


Jadual 13.7 menunjukkan skor purata terhadap item-item bagi tujuh (7) komponen
kompetensi guru.
Carta 13.17 pula mendapati bahawa terdapat sepuluh (10) item kompetensi yang
memperoleh skor purata paling tinggi. Item kompetensi saya dalam mematuhi
peraturan dan nilai-nilai etika profesion keguruan memperoleh skor purata paling
tinggi, iaitu 4.24. Bagi item kompetensi saya dalam kandungan ilmu mata Pelajaran
yang saya ajar pula memperoleh skor purata sebanyak 4.20 dan juga item kompetensi

651

saya untuk meningkatkan komitmen saya kepada sekolah dan profesion yang
memperoleh skor purata sebanyak 4.20. Keadaan ini diikuti oleh item kompetensi saya
dalam mengajar nilai-nilai budaya-moral dalam mata pelajaran yang saya ajar yang
memperoleh skor purata sebanyak 4.14. Daripada analisis skor purata tertinggi ini
didapati bahawa responden meletakkan dua (2) item dalam komponen atribut
profesional sebagai paling penting dalam menentukan tahap kompetensi guru. Atribut
profesional juga merupakan persepsi utama responden untuk memartabatkan profesion
keguruan.
Carta 13.17: Skor Purata Item Kompetensi Guru

Patuh Peraturan dan Ejka


4.09

Kandungan Ilmu

4.24

4.09

4.20

Tingkatkan Komitmen
Nilai-nilai Budaya Moral

4.10

4.20

Hubungan Baik
Matlamat dan Objekjf
Mata Pelajaran

4.11

4.14
4.13

4.13

Rancangan Pelajaran
Menasihaj Pelajar
Memandu Pelajar
Memahami

652


Carta 13.18 di bawah menunjukkan jumlah skor bagi setiap komponen kompetensi
guru.
18.92

23.73

27.24

Ilmu Asas
20.30

Kandungan Mata
Pelajaran
Pedagogi
Pengurusan Bilik Darjah

39.94

Atribut Profesional

57.90
27.81

Pengurusan dan
Pembangunan Sekolah


Carta 13.18: Skor Komponen Kompetensi Guru








653

Carta 13.19 pula menunjukkan komponen kompetensi yang memperoleh skor purata
yang paling tinggi, iaitu kompetensi dari segi kandungan mata pelajaran (4.06), pedagogi
(3.99), pengurusan bilik darjah (3.97), dan ilmu asas (3.95).

3.78

lmu Asas

3.95

Kandungan Mata
Pelajaran
Pedagogi

3.89

4.06
Pengurusan Bilik Darjah
Atribut Profesional

3.86

3.99
3.97

Pengurusan dan
Pembangunan Sekolah
Pembangunan dan
Kebajikan Pelajar


Carta 13.19: Skor Purata Komponen Kompetensi Guru








654

Jumlah skor untuk semua komponen kompetensi bagi kesemua responden dibahagikan
kepada tiga (3) tahap, iaitu kompetensi tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi.
Keadaan ini ditunjukkan pada Carta 13.20, iaitu sebanyak 34.1% daripada responden
memiliki kompetensi tahap tinggi, 31.1% kompetensi tahap sederhana dan 34.7%
kompetensi tahap rendah.

34.1

34.7

Tahap kompetensi
rendah
Tahap kompetensi
sederhana
Tahap kompetensi
jnggi

31.1

Carta 13.20: Tahap Kompetensi Guru



Seterusnya penjadualan silang tahap kompetensi dan profil guru telah dijalankan untuk
meihat hubungan antara tahap kompetensi dan profil demografik responden. Hanya
hubungan yang penting (signifikan) sahaja ditunjukkan dalam bahagian seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai