Anda di halaman 1dari 1

Peringkat Perkembangan Guru :Teori Keprihatinan ( Fuller, 1969) Guru praperkhidmatan amat memberikan perhatian terhadap kemandirian diri

i Menghadapi tugas umpama kais pagi makan pagi. Keprihatinan dan kebimbangan diri akan berkurangan setelah beberapa bulan pertama mengajar tetapi keadaan ini tidak sama antara guru lain. Tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri kian berkurangan apabila guru mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik.

Peringkat Keprihatinan Terhadap Diri

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Lebih memberikan perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik Ada keyakinan untuk menangani tugas-tugas harian dan boleh mengatasi pelbagai masalah disiplin di dalam bilik darjahnya. Perancangan pengajaran tidak lagi berfokus kepada pengawalan disiplin kelas tetapi berfokus kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi kandungan pelajaran.

Peringkat Impak

Mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya terhadap pembelajaran murid-muridnya. Tidak lagi bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kelas atau tentang keberkesanan penyampaian pengajaran Keprihatinan guru berkaitan dengan kesan atau impak pengajarannya terhadap pembelajaran dan pencapaian murid. Melihat murid sebagai individu yang mempunyai potensi masing-masing. Mengambil berat tentang pertumbuhan dan perkembangan murid.

Anda mungkin juga menyukai