Anda di halaman 1dari 1

Teori keprihatinan (Fuller, 1969) 1.

Keprihatinan didefinisikan oleh Fuller (1969) sebagai tanggapan guru/sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadap. 2. Teori keprihatinan yang dipelopori oleh Fuller dan telah diperkukuhkan melalui penyelidikanpenyelidikan seperti oleh Fuller dan Brown (1975), Borich dan Tombari (1997), Rogan et al. (1992) dan Rutherford dan Hall (1990). 3. 3 peringkat keprihatinan 1. Peringkat keprihatinan terhadap diri/kemandirian diri Guru praperkhidmatan amat memberikan perhatian terhadap kemandirian diri atau survival iaitu kemampuan mereka untuk menghadapi sesi pengajaran dengan jayanya. Tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri kian berkurangan apabila guru tersebut mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. 2. Peringkat keprihatinan terhadap tugas Guru lebih memberikan perhatian kepada cara-cara bagaimana beliau boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Fokusnya adalah terhadap cara melaksanakan dan memperbaiki pengajarannya serta caracara menguasai isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid, pengurusan bilik darjah, penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar, kaedah dan strategi pengajaran dan sebagainya. Guru yang sampai ke peringkat perkembangan ini sudah mula mempunyai keyakinan untuk menanganitugas-tugas harian dan boleh mengatasi pelbagai masalah disiplin di dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran tidak lagi berfokus kepada pengawalan disiplin kelas tetapi berfokus kepada cara-cara memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi kandungan pelajaran. 3. Peringkat impak Guru mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya. Guru tidak lagi bimbang tentang kemampuan dirinya untuk mengawal kelas ataupun tentang keberkesanan penyampaian pengajaran. Guru mula melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai potensi masing-masing. Guru lebih mengambil berat tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai