Anda di halaman 1dari 16

1.

Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru Oleh:Muhammad Syahir Bin Abdul Halim Muhamad Faiz Osman Amirul Hafidzi Mohamad Zin Muhammad Khairul Anwar Ishak

2. Stres Sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu. ( Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom, 2002) Ia amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak.

3. Definisi Stres Menurut WHO, Stres ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat. Berasal daripada eustres bermaksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina.

4. Dari sudut bahasa,stres bermaksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan. (Harunssani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006) Stres adalah fenomena pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia (Hatta dan Mohamed Hatta,2005)

5. Stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. (Mohd Salleh,1994) Stres diertikan sebagai sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan seharian seseorang (Mohd Azhar,2004)

6. Selain itu, stres terjadi akibat perubahan yang berlaku dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam sekeliling. Stres merangkumi tekanan,beban,konflik, keletihan, ketegangan , panik, perasaan gemuruh,enxieti,kemurungan dan hilang daya. (Nor Hanani,2007)

7. Mahood Nazar (1990) Stress dari 3 sudut1. Rangsangan yang menyebabkan stress (rangsangan fizikal,fisiologi dan psikologi yang menyebabkan stres, boleh dihadapi jika punca rangsangan yang menyebabkan tekanan dihapuskan)2. Tindak balas seseorang terhadap stres yang dihadapi (tindak balas fisiologi)

8. 3. Kebolehan seseorang untuk berinteraksi dengan alam sekitar yang menyebabkan tekanan serta menyesuaikan diri terhadap stres yang dihadapi. Cox (1978), stres suatu keadaan di mana persepsi terhadap seseorang itu dan kemampunannya untuk mengatasi permintaan tersebut.Ia bergantung kepada daya tindak seseorang dalam bentuk psikologikal.

9. Profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres yang tinggi. (Cooper 1995, Hart et al,1995) dalam Mokhtar (1998) Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan. (Ibrahim Ahmad Bajunid,1995)

10. Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru berkecenderungan menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Ia akan memberi kesan kepada perhubungan murid dan mutu pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan profesion perguruan yang seterusnya membantukan usaha mewujudkan sebuah masyarakat.

11. Punca Stres Ketidak upayaan menghadapi situasi Permintaan terlalu tinggi. Pelaksanaan pelbagai reformasi Hubungan antara individu.

12. Perubahan dunia pendidikan Masalah murid Bebanan kerja Isu SSB Perubahan dasar

13. Isu berkaitan Berita Harian 23 Julai 2007 200 murid perempuan SMK Ba wang Assan dekat Sibu. 7 April 2007 di Sik, Kedah 6 Mac 2007, Banting

14. Boyle, Bor g, Falzon Bebanan dan Kerja Baglioni Sumber Karenah pengajaran Murid Tekanan Stres Perhubungan kurang baik Pengiktirafan dengan rakan Profesional sekerja

15. Kamarudin (1989) kekurangan kecekapan seseorang guru menimbulkan masalah antaranya:1. Kecekapan Pentadbiran (Perancangan, pengelolaan, pengarahan, pen yelarasan, pelaporan, perbelanjaan dan sebagainya2. Kecekapan sosial (sokongan semua sektor)3. Kecekapan pengajaran (kelas-kelas besar pelbagai kaum)

16. Mohd Azhar (2004) setiap manusia yang mempunyai emosi yang tenang mereka tidak cepat marah, dengki, sedih, iti hati dan sebagainya. 3 elemen tekanan dalam kehidupan manusia:a) Faktor stresb) Pembentukan tingkah laku dan emosi orang yang mengalami.c) Reaksi individu dan makna hubungannya dengan faktor stres.

17. Tahap stres bergantung kepada: Jumlah birokrasi Perubahan dalam organisasi Teknologi tinggi Tuntutan pelanggan.

18. 5 PETANDA STRESS.. FIZIKALTINGKAH EMOSI LAKU PERSONALITI MENTAL 19. Insomnia, sakit otot, loya, tekanan darahFIZIKAL tinggi. Kurang berat badan, sakit dada, tidur terganggu. Gementar, bimbang, murung, kecewa.EMOSI Cepat marah, hilang pertimbangan, gangguan jiwa. Pelupa, hilang tumpuan, keliru, lemahMENTAL pertimbangan Berfikiran negatif, tidak dapat berfikir dengan baik, tidak terurus.

20. Bimbang.PERSONALITI Perubahan ketara dari asalnya. Panas baran, pendiam TINGKAH Tidak berpegang pada prinsip asal LAKU hidupnya.

21. PUNCA-PUNCA STRES DARI SUDUT PSIKOLOGIKAL.. Perubahan Kehilangan tempat sesuatu kerja Berasa Penyesuaian terancam/ diri tercabar

22. 4 PUNCA STRES DALAM KALANGAN WARGA PENDIDIK.. Kuasa yang terhad Bebanan tugas yang banyak Terpaksa bekerja Berasa tiada kelayakan

23. 3 TAHAP STRES.. Tenat/ kelesuan PenentanganAmaran/berjaga-jaga 24. AMARAN/ BERJAGA-JAGA: -Masih dapat menyelami aktiviti hidupyang dilakukan tetapi sukar menumpukan perhatian pada tingkah lakunya. PENENTANGAN : Memerlukan bantuan luar. -Kekuatan dalaman bagi menghadapi kekangan stres semakin terhakis. PENAT/ KELESUAN :-Tidak lagi berpegang pada realiti hidup.Sentiasa dipengaruhi kemurungan, hilang kepercayaan kepada orang lain.

25. CARA MENANGANI STRESS 26. Hargai kebolehan diri -perlu punyai sikap yakin diri - yakin kita mampu melakukan kerja

27. Amalkan diet dengan disiplin yang kuat - pengambilan makanan berlebihan menyebabkan tekanan emosi

28. Senyum - Sunnah - hilangkan kerunsingan diri dan kerunsingan orang lain jadikan amalan dan tabiat

29. Lakukan kegiatan Luar Tekanan bekerja dapat dihilangkan ketika bersukan - Lebih menggembirakan jika keluar beriadahbersama keluarga.

30. Bersangka Baik Dengan Allah Semuanya adalah daripada Alah untuk menguji keimanan manusia Ada hikmah disebalik setiap yg berlaku.

31. BURN OUT Sinonim dengan bidang psikologi. Mula digunakan pada tahun 1960 merujuk kepada kesan penyalahgunaan dadah yang kronik. Burn out = perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang. Pilihan terakhir apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya.

32. JENIS BURN OUT Menurut Maslach & Jackson: 1) Kelesuan emosi 2) Depersonalisasi 3) Pencapaian peribadi Burn out merupakan satu proses beransuransur dari seseorang yang komited hingga hilang daya minat terhadap kerjaya melalui kesan jangka panjang.

33. CIRI-CIRI BURN OUT 34. BURN OUT BAGI GURU 35. TANDA-TANDA BURN OUT 36. KESAN BURN OUT 37. KESIMPULAN Kemahiran menangani fenomena stres yang membawa kepada burn out harus dipelajari. Tindakan awal perlu diambil agar sistem pendidikan negara terus berkembang pesat mencapai aspirasinya. Guru perlu sentiasa menyediakan dirinya dengan ilmu semasa & bersikap positif dengan cabaran yang mendatang.

38. Perbaiki Persekitaran Am Hilangkan atau hapuskan Kebisingan Bau Pencahayaan Suhu kelembapan pengalihudaraan

39. Runding Cara Harus dilakukan secara berkala Memberi ruang kepada guru untuk meluahkan dan berkongsi masalah dengan orang lain

40. Kemahiran Menyelesaikan Masalah Sumbangsaran dengan menyenarai kesemua penyelesaian. Pilih penyelesaian yang paling boleh dilaksanakan, paling rasional dan paling bijak.

41. Pengurusan Masa Jangan habiskan masa untuk tugasan yang kurang penting Tumpukan kepada kerja penting terlebih dahulu Merangkumi kemahiran, memberikan tugas kepada orang lain, mengurangkan gangguan dan menetapkan masa. Rancang jadual kerja

42. Komunikasi Berkesan Lembut tetapi tegas Asertif Hormati pandangan orang lain Luahkan pendapat dengan sopan.

43. Realistik terhadap pekerjaan Akui kekuatan &* kelemahan diri Berfikiran positif Terbuka terhadap perubahan

44. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

45. Perbanyakkan membaca Al-Quran Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

46. Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat

sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

47. Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benarbenar ikhlas.

48. Bersangka Baik Dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

49. Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti- aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dengan bijak :
1. Bawa-bawalah bertenang Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan astagfirullah hal aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.

2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.

Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti bukubuku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku Jangan Bersedih, Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

4. Cintai diri sendiri Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

5. Banyakkan solat sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita seharihari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

6. Selalu berdoa kepada Allah SWT Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

7. Bersangka baik dengan Allah SWT Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

8. Mengurus masa dengan baik Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu

kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.

9.

Berhubung

dengan

keluarga,

rakan-rakan

dan

jangan

bersendirian

Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya. . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid. Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.

10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada. Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.

11. Aktiviti bersama alam Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati bird watching, nature walk, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.

12. Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

13. Jangan malu untuk ketawa Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.

14. Menangis dengan sepuas hati Jika anda jenis yang tidak boleh gelak-ketawa sebab terputus wayar, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana. Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. Luaran lain hati lain ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

15. Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

16. Fokus kepada warna yang menenangkan Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

17. Cuba hidu aroma yang menenangkan Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.

18. Hindari bunyi bising Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita. Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi

perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Tanda-tanda Psikologi

Individu yang mengalami stress juga akan mengalami perubahan kepada psikologi. Apabila seseorang itu stress, selalunya seseorang itu akan mengalami kegelisahan perasaan. Kegelisahan itu dialami tanpa punca atau erti kata lain secara tiba-tiba akan mengalami gelisah. Kegelisahan sering memberi kesan yang tidak baik kepada seseorang.

Seterusnya, individu yang mengalami stress juga turut merasa dirinya sangat bosan. Perkara ini selalunya berlaku apabila mereka yang stress duduk bersendirian di tempat yang senyap dan tiada orang. Stress semakin bertambah dan tahap bosan juga boleh menyebabkan emosi seseorang itu semakin meningkat.

Kemurungan atau dalam Bahasa Inggerisnya moody seringkali berlaku apabila seseorang itu mengalami stress. Individu yang mengalami kemurungan boleh diketahui oleh rakan-rakan atau ahli keluarga yang terdekat. Sifat murung akan terserlah apabila seseorang itu seringa mengalami stress. Stress yang tinggi menyebabkan semakin tinggi tahap kemurungan seseorang itu.

Tanda yang berikutnya kepada psikologi seseorang yang mengalami stress adalah mudah marah. Seseorang yang mengalami stress akan mudah

marah kepada seseorang walaupun seseorang itu tidak bersalah. Marah akan hadir secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah. Seeloknya individu yang mengalami stress tidak perlu berhadapan dengan orang ramai kerana itu mungkin akan menambahkan lagi tahap stress yang dialaminya. Individu yang mengalami stress tidak boleh bersesak-sesak dengan orang ramai sebagai contoh menaiki tren dengan dipenuhi ramai orang. Emosi seseorang yang mengalami stress itu akan semakin terganggu dan hal ini menyebabkan mereka cepat marah.

Perkara yang sangat membimbangkan pada seseorang yang mengalami stress adalah mudah lupa. Individu yang mengalami stress cenderung untuk mudah lupa dengan ilmu atau ingatan yang disimpan di kotak fikirannya selama ini. Oleh itu, banyak kes yang berlaku pelajar yang mengalami stress yang terlalu banyak mendapat keputusan yang kurang cemerlang di dalam peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai