Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu


aktiviti yang dapat menambahkan pengetahuan dan pengelaman
baru dalam dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih. Banyak
pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil daripada
PBS yang telah saya jalankan di SK Pekan Bongawan, Sabah.

Walau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di


sekolah ini, namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu
diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu supaya sekolah boleh
melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu
setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri
tetapi sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk
merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Keadaan bilik darjah di sekolah kurang memuaskan dari aspek


keselesaan dan keselamatan yang diperlukan untuk menjadi bilik
darjah yang kondusif. Cermin pada pada tingkap-tingkap di
kebanyakan bilik darjah tidak lengkap sepenuhnya di mana hampir
keseluruhan cermin pada tingkap kebanyakan pecah. Selain itu,
struktur meja di dalam bilik darjah didapati tidak kukuh dan berada
dalam keadaan baik. Jika diperhatikan laci meja tersebut
kebanyakannya sudah berlubang dan hanya terdapat ruang untuk
menulis sahaja.

Di bilik darjah juga paparan maklumat, sudut pembelajaran,


sudut bacaan dan paparan bahan pembelajaran tidak diselaraskan
di semua bilik darjah. Ada kelas yang lengkap dengan kriteria-
kriteria di atas namun terdapat juga kelas yang kurang
mementingkan perkara di atas ataupun tidak ada dana yang cukup
untuk melakukannya. Begitu juga dengan peraturan sekolah di
mana peraturan am sekolah tidak dilekat sepenuhnya oleh pihak
pentadbiran. Saya ada mengusulkan hal ini dan pihak sekolah
menyatakan bahawa peraturan am tersebut dikatakan dalam proses
untuk melekatkan dan menampalkan di bilik darjah.
Kelemahan-kelemahan seperti di atas perlu diperbaiki supaya
suasana sekolah menjadi lebih ceria dan perkembangan minda
pelajar menjadi lebih baik dan sihat. Walaupun begitu, terdapat
kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini dari segi keceriaan
sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian sekolah
tidak kira dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum.

Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung


kata-kata hikmat di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini
menyebabkan persekitaran sekolah kelihatan ceria dan dapat
mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-murid
walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga
dapat dijana dengan baik.

Masalah disiplin di sekolah adalah di antara sekolah-sekolah


yang mempunyai peratusan masalah disiplin yang rendah. Ini
dibuktikan melalui rekod murid yang bersih daripada kes-kes berat
seperti buli, merokok dan yang lain-lain. Hal ini berlaku disebabkan
oleh usaha keras pihak pentadbiran untuk mengatasi masalah
disiplin dalam kalangan murid, dan juga kerjasama daripada murid-
murid di sekolah ini untuk mematuhi semua peraturan sekolah
selain menghormati guru-guru mereka.

Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya


lihat di sekolah ini termasuk usaha-usaha setiap guru dalam
memastikan agar sekolah sentiasa menjadi sekolah yang terbaik di
daerah ini. SK Pekan Bongawan banyak mencapai kejayaan di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan
sahaja hanya dalam bidang kokurikulum, malah dalam bidang
akademik. Perkara ini telah saya perhatikan sejak saya masih
bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid
adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini.

Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah


yang dapat saya ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara
pengurusan sesebuah sekolah dan rutin harian sesebuah sekolah.
Secara amnya objektik utama PBS ini telah saya capai sepenuhnya.
Kesimpulannya PBS ini dapat mendedahkan saya kepada
budaya sekolah. Saya dapat mempelajari daripada PBS ini mengenai
pengurusan pihak pentadbiran sekolah, sesi P & P yang berkesan
dan berjaya, dan yang paling penting sekali adalah saya dapat
membina persesi dan sikap positif terhadap profesion perguruan.
Saya menyimpulkan bahawa PBS seharusnya diwajibkan kepada
semua guru pelatih bagi mendedahkan guru pelatih kepada budaya
sekolah dan profesion perguruan itu sendiri.