Anda di halaman 1dari 1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH AMALAN REFLEKSI 1.

Isu/Perkara yang difokuskan: Menemubual guru besar dan berkolaborasi dengan mentor yang telah dipilih untuk membimbing guru pelatih untuk mendapatkan maklumat dan membiasakan dengan suasana sekolah. Membuat pemerhatian dan mencari maklumat mengenai prasarana sekolah, iklim, bilik darjah, aktiviti serta program sekolah berdasarkan pelan tindakan sekolah yang telah dibukukan. Membuat pemerhatian didalam kelas tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru pembimbing.

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan Interaksi antara guru besar dan mentor berjalan lancar dengan layan yang mesra pelanggan selaras dengan piagam pelanggan sekolah iaitu cepat, cekap dan mesra. Iklim dan suasana sekolah yang bersih dan teratur. Aktiviti serta program sekolah yang terancang setiap bulan berdasarkan pelan tindakan sekolah yang telah dibukukan. Berpeluang memerhati P&P guru pembimbing di dalam kelas. 2.2 Kelemahan Prasarana dan kemudahan sekolah dalam proses penambahbaikan ketika guru pelatih membuat pemerhatian. Guru perlu mempunyai pelbagai teknik pengajaran dan pembelajara untuk menarik perhatian pelajar dan mengawal tingkahlaku pelajar.

3. Cadangan Penambahbaikan: Maklumat dan info papan kenyataan perlu sentiasa dikemaskini. Prasarana sekolah seperti kipas, komputer dan LCD perlu ditambah dengan meminta peruntukkan kepada pihak sekolah bagi menukar prasarana yang telah rosak. Disiplin dan kekemasan pelajar perlu ditekankkan oleh pihak sekolah terhadap pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai