Anda di halaman 1dari 10

LAMPIRAN 1-6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Perhimpunan mingguan SJK (C) Kay Sin.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Semua warga sekolah menepati masa semasa menghadiri perhimpunan
mingguan.

2.2 Kelemahan:
Disiplin murid - Ada sesetengah murid membuat bising semasa perhimpunan
sedang dijalankan. Sistem PA yang kadang-kala tidak berfungsi.

3. Cadangan penambahbaikan:
Guru disiplin harus mengambil tindakan terhadap pelajar yang membuat bising bagi
memastikan perhimpunan dijalankan dengan lancar. Sistem PA harus diperiksa
sebelum perhimpunan bermula.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:


Guru-guru sekolah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Semua guru di sekolah tersebut melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Semua guru memainkan peranan mereka
masing-masing dan sanggup menyumbang tenaga kepada sekolah tersebut tanpa berasa
jemu. Semua guru di sekolah ini mempunyai sifat dan kualiti peribadi,profesional dan
sosial yang baik dan murni. Semua guru di sekolah ini bertatasusila tinggi dan
menunjukkan sikap positif seperti bertanggungjawab, ramah mesra,berdedikasi dan
sebagainya. Guru-guru mempunyai sifat sabar dan sentiasa bersedia untuk
menghulurkan bantuan kepada saya sepanjang program pegalaman berasaskan sekolah.
Guru-guru berkomitmen tinggi dan melaksanakan tugasan mereka dengan penuh
dedikasi.

2.2 Kelemahan:
Ada sesetengah guru tidak menunjukkan sifat dan kualiti sosial(tingkah laku).Sifat guru
yang kurang ramah mesra. Hal ini telah menyebabkan sesetengah guru dan murid-murid
tidak berani atau tidak suka berdamping rapat dengan guru itu.

3. Cadangan penambahbaikan:

Konsep guru yang berjaya pada masa kini bukalah hanya ditinjau dari segi profession.
Sifat dan kualiti atau tingkah laku seseorang guru turut penting dalam memartabatkan
profession perguruan. lain. Jadi, sebagai seorang guru, sifat beramah mesra adalah
penting kerana ia merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk mendapatkan kerjasama
orang. Seseorang guru yang beramah mesra akan sentiasa disukai, dihormati dan
disanjungi oleh orang ramai.
LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Penggunaan ICT

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Bantuan komputer dan internet memudahkan komunikasi antara sekolah dan


kemasukan data. Guru-guru dapat mencari bahan maklumat sebagai pengajaran
pembelajaran dengan mudah. Guru-guru juga boleh menjadikan laptop sebagai
alat bantu mengajar. Murid-murid mendapat pengetahuan dan tidak ketinggalan
dalam masyarakat yang berteknologi tinggi.

2.2 Kelemahan:
Akan tetapi peralatan komputer di pejabat guru adalah kurang bagi memenuhi
keperluan cikgu yang banyak. Bilangan komputer yang kurang menyebabkan
guru-guru tidak dapat menggunakan dengan sepenuhnya. Guru-guru terpaksa
menentukan masa penggunaannya. Sesetengah komputer juga tidak berfungsi
dengan sebaiknya.

3. Cadangan penambahbaikan:

Bilangan komputer dicadangkan bertambah dan komputer yang tidak dapat


berfungsi dengan baik dibaiki.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Kemasukan kelas sebagai pembantu mentor sepanjang program pengalaman


berasaskan sekolah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Murid-murid bersopan dan menghormati cikgu dengan bersalam. Cara


pengajaran dan pengurusan bilik darjah oleh mentor dapat saya belajari sebagai
pengalaman untuk masa depan. Alat bantu mengajar seperti laptop digunakan
dengan sebaiknya. Peluang saya membantu mengajar memberi pengalaman
asas dalam pengajaran. Kerjasama dan disiplin dalam bilik darjah sangat baik.
Murid-murid menunjukkan sikap ingin mengetahui dan belajar dalam kelas.

2.2 Kelemahan:

Kemasukan saya ke dalam bilik darjah menarik perhatian murid-murid. Murid-


murid tidak dapat menumpukan perhatian semasa saya menangkap gambar.

3. Cadangan penambahbaikan:

Menutup flash semasa mengambil gambar. Membantu mentor dalam mengajar dan
mengelakkan diri sendiri menjadi model dalam bilik darjah. Mengalakkan diri untuk
menjadi pembantu mentor yang dapat membantu murid.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Seminar anti dadah diadakan di sekolah bagi semua murid.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Murid-murid diberikan pendedahan terhadap pengenalan dan keburukan dadah.


Kegunaan peralatan LCD memberikan pendedahan yang lebih jelas untuk murid-
murid. Jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya dapat ditunjukkan dengan jelas.
Murid-murid mendapat pengetahuan melalui penglihatan dan pendengaran.
Guru-guru juga bersama untuk menjaga displin murid.

2.2 Kelemahan:

Didapati bahawa murid tidak mencatat nota semasa dalam seminar. Sesetengah
murid tidak menumpukan perhatian.

3. Cadangan penambahbaikan:

Nota ringkas disediakan untuk murid-murid supaya mereka boleh merujuk


kemudian. Guru dengar seminar bersama supaya murid memberikan perhatian yang
sepenuhnya.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Peningkatan prestasi dan pencapaian murid-murid dalam kurikulum sentiasa


dijalankan untuk meningkatkan nama sekolah dan pencapaian murid. Banyak aktiviti
seperti pertandingan kaligrafi telah diadakan.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Latihan dan aktiviti diberikan kepada murid-murid. Kelas intervension awalan


dilaksanakan untuk murid berdarjah satu. Sinaran pagi bagi tiga mata pelajaran
diadakan pada waktu pagi untuk mengukuhkan asas murid terhadap ketiga-tiga
mata pelajaran. Penilaian dijalankan dari semasa ke semasa. Bimbingan dan
pemulihan diberikan kepada murid yang lemah dalam kurikulum. Pertandingan
dalam sekolah kerap diadakan untuk menerokai bakat murid yang terpendam.

2.2 Kelemahan:

Sesetengah murid kurang memberi kerjasama dalam program yang diadakan.

3. Cadangan penambahbaikan:

Guru-guru memupuk minat murid sewaktu mereka di darjah satu. Guru-guru juga
memberi perhatian bagi membimbing dan mendidik murid-murid yang tidak dapat
mengikuti sepanjang aktiviti dijalankan.
LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Kokurikulum dalam sekolah dititik beratkan di samping dengan kurikulum. Aktiviti ko-
kurikulum diadakan selepas sekolah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Bilangan persatuan, badan beruniform dan kelab yang banyak dapat memenuhi
bilangan murid yang banyak. Murid-murid boleh memilih berasakan minat
mereka. Latihan dan pertandingan antara sekolah kerap diadakan. Interaksi
antara sekolah lain dapat dipupuk. Murid-murid sangat cergas dalam aktiviti
kokurikulum.

2.2 Kelemahan:

Sesetengah murid yang pandai dalam kokurikulum tidak baik dalam pencapaian
kurikulumnya.

3. Cadangan penambahbaikan:

Kelas pemulihan dan bimbingan diadakan bagi murid yang lemah dalam kurikulum.
Mereka akan menjadi kebolehan dalam kedua-dua bidang tersebut.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pemerhatian dan interaksi dengan pihak sekolah dan guru di dalam sekolah.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Pihak sekolah menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan amanah. Segala


tugas diberikan dilaksanakan dengan cepat dan berkualiti. Cara interaksi mereka
adalah bersopan. Guru-guru juga menjalankan tugas mereka dengan dedikasi dan
penuh semangat. Guru-guru sentiasa mencari pengetahuan untuk
mempertingkatkan diri sendiri. Mereka melibatkan diri dalam khursus. Cara
penyampaian mereka jelas dan senang difahami. Pengajaran guru dalam bilik darjah
difahami oleh semua murid. Alat bantu mengajar juga sesuai dengan topik yang
berkenaan.

2.2 Kelemahan:

Guru-guru diarahkan mengajar banyak mata pelajaran yang berlainan. Guru tidak
dapat berfokus dan mahir dalam satu mata pelajaran. Tugasan yang diberikan berat
sehingga guru tidak dapat sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang
memperkembangkan potensi diri sendiri. Alat bantu mengajar seperti LCD
memerlukan masa yang panjang untuk dipasang.

3. Cadangan penambahbaikan:
Guru diamanahkan untuk mengajar beberapa mata pelajaran sahaja. Maka, mereka
akan lebih mahir dan menguasai subjek berkenaan. Tugasan sekolah dibahagikan
sesama guru untuk meringankan beban guru. LCD dipasang di dalam setiap bilik darjah
untuk memendekkan masa pemasangan.
LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Ketiadaan ganti bagi GPK ko-kurikulum dalam sekolah kerana bekas GPK ko-
kurikulum sebelum ini sudah bersara.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Guru-guru lain berpeluang mencuba tugasan berkenaan dan mendapat


pengalaman melaluinya. Guru-guru mendapat pengetahuan dan cara untuk
mengendalikan sesuatu aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di dalam sekolah.

2.2 Kelemahan:

Tugasan yang berat dan banyak memerlukan masa yang lama untuk belajar dan
menguasainya. Masa dan perhatian guru-guru terhadap kurikulum murid
terganggu kerana mengendalikan tugasan yang tidak dalam kemahirannya.
Selain itu, ketiadaan seorang ketua untuk mengetuai keseluruhan pentadbiran
akan menyebabkan tugasan menjadi tidak teratur.

3. Cadangan penambahbaikan:

Diharapkan bahagian pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk


mengatasi masalah tersebut. Dengan ini, pentadbiran sekolah akan menjadi lebih
lancar.
LAMPIRAN 1-6
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pemerhatian Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kelas Pemulihan

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Guru Pemulihan memainkan peranan dan tanggungjawab dengan sepenuh untuk


mengajar murid-murid pemulihan. Bahan bantu mengajar berjaya menarik perhatian
murid-murid pemulihan

2.2 Kelemahan:
Sebilangan murid-murid pemulihan sangat nakal dan langsung tidak dapat
menumpukan perhatian semasa proses P&P dijalankan.

3. Cadangan penambahbaikan:

Guru harus berusaha untuk memahami kehendak murid-murid dan merancang


pengajaran harian yang sesuai dengan tahap murid-murid.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai