Anda di halaman 1dari 3

CATATAN REFLEKSI 1

1. Isu / Perkara yang difokuskan :


Pengendalian murid yang lemah dalam pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc). hal
ini kerana murid lemah tidak dapat memberikan tumpuan semasa guru memberikan
penerangan menyebabkan guru menegur setiap kali.
2. Analisis isu / perkara yang difokus :
2.1 Kekuatan :
Pendekatan yang boleh diterapkan apabila berlaku situasi ini adalah dengan
meminta rakan yang lebih mahir dalam matapelajaran tersebut untuk
membantunya, hal ini akan menghilangkan jurang antara guru dan murid.
Sehubungan dengan itu, apabila rakan sebaya yang membantu, murid yang
akan lebih mudah menerimanya
2.2 Kelemahan :
Murid yang lemah dalam pelajaran ini menghadapi masalah apabila mereka tidak
mempunyai minat dan malas untuk belajar. Oleh demikian, guru menghadapi
masalah untuk melakukan tindakan ke atas murid-murid yang lemah ini.
3. Cadangan penambahbaikan :
Antara cadangan penambahbaikan yang dapat guru perbaiki pada sesi pengajaran
yang akan datang dengan menerapkan nilai saling bantu membantu antara satu sama
lain. Selain itu, guru juga perlulah mengingati murid akan kepentingan ilmu kepada diri
mereka kelak.

CATATAN REFLEKSI 2
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Saya mendapati sesetengah murid prasekolah masih ada masalah memahami
sesuatu arahan. Penggunaan aras bahasa sangat penting dalam berkomunikasi dengan
murid prasekolah.
2. Analisis isu / perkara yang difokus :
2.1 Kekuatan :
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru telah mengesan beberapa
kekuatan utama. Antaranya adalah, penggunaan bahasa guru yang mudah di
fahami oleh murid-murid dan di sampaikan dengan begitu jelas sekali. Selain itu,
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sepanjang proses
PdPc dijalankan . murid-murid memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru dan
memberi respon yang baik apabila guru mengajukan soalan-soalan yang
berkaitan dengan tajuk pengajaran.
2.2 Kelemahan :
Kelemahan dalam sesi pdp kali ialah kerjasama murid antara ahli kumpulan
mereka. Terdapat seorang murid tidak memberi kerjasama dengan ahli kumpulannya
dan menyebabkan berlaku salah faham mereka. Selain itu, murid-murid agak lambat
melakukan tugasan yang diberikan. Disebabkan proses pdp guru terganggu.

3. Cadangan penambahbaikan :
Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru dan murid yang terlibat untuk
memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan disamping
dapat mengatasi masalah kesuntukan masa. Kami harus membuat perancangan masa
membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih
baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja
pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan
cepat.

CATATAN REFLEKSI 3
1. Isu / Perkara yang difokuskan :
Saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa semasa murid melaksanakan
aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang saya menjalankan adalah aktiviti pusat
pembelajaran .aktiviti ini memakan masa yang lama dan mengganggu langkah
pengajaran yang lain.
2. Analisis isu / perkara yang difokus :
2.1 Kekuatan :
Masalah ini timbul kerana murid terlalu dengan aktiviti yang dijalankan. Namun
ini bukan sesuatu yang negatif apabila seronok dengan sesuatu aktviti.
Permasalahan yang timnul adalah pergerakan murid dari satu stesen ke satu stesen
yang lain yang mengambil masa yang lama menyebabkan ada beberapa ketika
pergerakan murid tidak terkawal dengan baik. Masalah ini telah menyebabkan
langkah pengajaran yang seterusnya kesuntukan masa untuk melaksanakan Pdp.

2.2 Kelemahan :
Dalam mengawal murid tidak teratur, guru perlu memberikan arahan dan peringatan
kepada murid yang tidak mendengar kata. Namun , murid berkenan seolah tidak
mengambil perhatian dan tidak mengendahkan peringatan yang diberikan. Hal ini
menyebabkan pdpc tidak dapat melaksanakan seperti dirancang.

3. Cadangan penambahbaikan :
Antara cadangan penambahbaikan yang dapat perbaiki adalah guru perlu
menerapkan nilai bekerjasama dalam kumpilan murid agar dapat memupuk sikap
kerjasama antara mereka semasa aktiviti kumpulan. Guru boleh memperkenalkan
sistem token semasa aktiviti. Kumpulan yang ikut arahan guru akan mendapat token
manakala tidak mengikut arahan akan ditolak token. Pada akhirnya, kumpulan yang
memiliki token yang banyak akan dapat hadiah.

Anda mungkin juga menyukai