Anda di halaman 1dari 9

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.0 Isu / Perkara yang difokus:


Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya telah mengajar subejk
bahasa Inggeris yang bertajuk The Ant & The Cricket.

2.0 Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Kelebihan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah
perancangan PdP saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya
mengajar, saya telah menggunakan BBB (Bahan Bantu Belajar), mereka telah
menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat memberikan nama aktiviti dengan
betul. Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan
kerjasama mereka yang baik semasa menjawab soalan. Apabila jawapan mereka
betul, saya memberi pujian dan dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka
mereka. Apabila mereka dapat menjawab dengan betul, terbukti mereka memahami
pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat
menikmati pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai
2.2 Kelemahan:
Kelemahan yang saya dapat kenalpasti di sini ialah masalah ketepatan masa.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan
lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian
(RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
langkah pengajaran tidak seiring.

Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak
seiring. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas
dan dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, guru perlu memastikan murid
faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan masa. Guru perlu fleksibel
tentang masa.

3. Cadangan penambahbaikan:
Cadangan saya pada masa akan datang ialah saya akan merancang rancangan
pengajaran harian saya dengan lebih baik dan sentiasa mengikut masa yang telah
ditetapkan dan merancangnya aktiviti dengan lebih teliti dan berkesan.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.0

Isu / Perkara yang difokus:

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya telah mengajar subejk
bahasa Inggeris yang bertajuk Saving the Environment.

2.0 Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Kelebihan saya dalam sesi PdP ini ialah kejelasan saya dalam memberikan arahan
dan pengajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam
pengajaran saya. Arahan yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami
kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran
dapat disampaikan dengan jelas barulah murid dapat menjalankan pembelajaran
dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat melakukan aktiviti bertulis dengan betul
tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang baru yang
diajar pada hari itu.

2.2 Kelemahan:
Guru tidak merancang rancangan harian dengan lebih teliti dan tersusun agar segala
matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri
setiap pelajar. Guru tidak dapat mengaitkan murid dengan topik baru yang hendak
diajar dengan topik yang telah dipelajari. Ini kerana murid kurang kefahaman konsep
dan pengetahuan sedia ada.

3. Cadangan penambahbaikan:
Guru perlulah mengajar dan mengukuhkan ilmu pengetahuan murid-murid dengan
pengetahuan yang mencukupi. Antara yang bolehh dilakukan oleh guru ialah guru
boleh memberikan latihan dan nota kepada murid-murid. Ini dapat membantu
mereka memahami isi kandungan yang telah dipelajari.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.0

Isu / Perkara yang difokus:

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya telah mengajar subejk
bahasa Inggeris yang bertajuk Oil Palm Tree.

2.0 Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Guru menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara
menyeluruh. Murid-murid dapat belajar dengan baik kerana perhatian yang diberikan
oleh guru adalah sama rata dan bukan pilih kasih. Guru juga membahagikan para
pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki berbincang
mengenai topik yang ingin dipelajari. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas dan hasilnya adalah baik.

2.2 Kelemahan:
Guru kurang untuk membuat pemantauan dan penilaian. Ini kerana gur terlalu fokus
kepada sesi pengajaran dan terlepas untuk mengambil kira penilaian murid-murid.
Matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran kurang memuaskan kerana
murid yang lemah tidak mengikuti dan sering mengikut murid yang bijak sahaja.
Akibatnya mereka menjadi lebih pasif.

3. Cadangan penambahbaikan:
Guru perlulah mengambil kira keperluan dan taap kecerdasan murid-murid sebelum
mengajar. Guru juga haruslah mengukuhkan ilmu pengetahuan murid-murid dengan
pengetahuan yang mencukupi. Antara yang bolehh dilakukan oleh guru ialah guru
boleh memberikan latihan dan nota kepada murid-murid. Ini dapat membantu
mereka memahami isi kandungan yang telah dipelajari. Bagi murid-murid yang
lemah, guru boleh sentiasa memberikan kerja rumah yang lebih dan aras yang lebih
rendah supaya mereka boleh mengikuti pembelajaran guru.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1.0

Isu / Perkara yang difokus:

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya telah mengajar subejk
bahasa Inggeris yang bertajuk Animal and Their Young.

2.0 Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Kekuatan yang saya kenalpasti ialah menggunakan pelbagai teori, kaedah,
dan teknik juga saya aplikasikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut.
Antaranya ialah teknik penyoalan, semasa saya bertanya soalan terhadap muridmurid saya. Selain itu, kaedah pembelajaran koperatif juga telah saya gunakan
apabila saya meminta murid-murid berbincang untuk mendapat satu jawapan yang
dipersetujui sesama mereka dalam kumpulan.
Menurut Tay (2000), pembelajaran koperatif bermaksud sekumpulan murid
bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai matlamat pendidikan
yang dikongsi bersama. Saya juga mengaplikasikan teori pembelajaran behavioris,
apabila saya meminta murid-murid bertepuk tangan apabila murid-murid mampu
menjawab soalan dengan betul sebagai satu usaha untuk memotivasi murid-murid
agar mereka terus aktif dalam pembelajaran.
Situasi ini memberikan satu iktibar yang amat penting kepada saya bahawa
sebagai

seorang

guru

yang

berkaliber

dan

dedikasi,

kita

perlulah

bijak

mengaplikasikan pelbagai teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya kita
dapat menyampaikan kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping
murid-murid tidak bosan dengan pengajaran kita.

2.2 Kelemahan:
Kelemahan yang guru dapat kenalpasti ialah guru tidak menerapkan unsur humor
atau kecindaan semasa mengajar. Ia perlu ditekankan untuk menarik minat murid
supaya lebih selesa untuk belajar dengan saya terutama bagi subjek bahasa
Inggeris. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa
saya ialah seorang guru yang garang, kurang ramah, sukar didekati, dan tegas
orangnya.

3. Cadangan penambahbaikan:
Persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat merancang
apakah yang hendak saya lakukan di samping menguasai penggunaan masa dalam
kelas dengan lebih baik. Saya sebagai guru juga haruslah lebih bersikap terbuka
dan menrapkan unsur kecindan dalam diri supaya murid dapat belajar dengan
gembira dan selesa. Ini adalah antara salah satu faktor yang penting untuk menjadi
guru yang berjaya dan berintegriti.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai