Anda di halaman 1dari 7

Minggu Praktikum

: Minggu Pertama

Tarikh

: 19 hingga 23 Jun 2016

Hari Pertama

: 19 Jun 2016

Pertama kali dalam seumur hidup saya inilah pengalaman baru dalam dunia mengajar
untuk menjadi seorang guru pelatih atau guru praktikum. Tempoh masa yang perlu saya
selesaikan mengikut ketetapan yang telah disusun oleh pengurusan pendidikan Universiti
Terbuka Malaysia (OUM) adalah selama 12 minggu pada semester ketiga. Rasa gementar
seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid
sekolah. Sebelum ini saya hanya berpengalaman dengan karenah kakitangan dan orang
kampung di pejabat, bagaimana pula dengan karenah murid-murid di sekolah rendah terhadap
penerimaan saya sebagai guru praktikum. Malah saya beranggapan dengan bermacam-macam
situasi dan persepsi akan berlaku, tetapi sebaliknya tidak sama sekali. Setelah saya pelajari
segala ilmu dan juga teori di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) selama setengah tahun
barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik
darjah.
Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan
praktikum di sekolah selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk
lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara.
Hari ini merupakan hari pertama saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai
guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun saya didedahkan
dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di OUM Cawangan Sungai Petani
Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu semester yang lepas di OUM akan
diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kulim Bandar seawal jam 7.20 pagi dan saya
menunggu pintu pejabat sekolah dibuka. Sementera menanti pintu pejabat dibuka, saya
memastikan penampilan diri saya bersih, kemas dan bersedia untuk bertemu dengan pihak
pentadbiran dan guru besar. Saya juga telah membuat tinjauan sebelum menjejakkan kai ke
sekolah ini. Saya mendapat info bahawa Sekolah kebangsaan Kulim Bandar ini unik kerana
mengandungi 6 bilik darjah sahaja. Iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6. Saya kuatkan hati dan
bertekad untuk mencuba nasib dan menimba pengalaman sebagai guru praktikum.
Namun begitu hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan
guru besar yang baharu. Setelah pintu pejabat dibuka saya terus bertemu dengan Penolong

Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kulim Bandar buat pertama kalinya, sementara itu
saya dimaklumkan bahawa guru besar tidak dapat hadir ke pejabat pada hari pertama saya
melaporkan diri kerana terlibat dalam urusan kerja luar. S aya telah diminta untuk
menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan. Semasa di majlis
perhimpunan mingguan, saya telah diperkenalkan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah, iaitu Tuan Haji Zakaria b. Jahaya . Saya dimaklumkan
bahawa tempoh masa menjalani latihan praktikum selama 12 minggu. Saya
terasa bersyukur kerana pihak sekolah dapat menerima kehadiran diri saya untuk
menjalani latihan prakitikum di Sekolah Kebangsaan Kulim Bandar.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah diajak masuk ke bilik
Penolong Kanan Pentadbiran dan menerima memo untuk meggantikan kelas
yang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan menyusun
jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki kelas
tahun 3 secara tiba-tiba merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk
berdepan dengan murid-murid. Tempoh masa menggantikan guru Bahasa
Inggeris yang tidak hadir antara pukul 8.45 pagi-9.15 pagi. Terdetik juga di hati
bagaimana agaknya keadaan murid kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat
untuk berdepan dengan karenah murid yang pelbagai.

Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak
terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan
sebagainya memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid.

Saya mengambil pendekatan dengan memberi ganjaran kepada murid-murid iaitu saya
memberi bintang sebanyak 5 point kepada mereka yang mahukan saya mengajar dan
menyampaikan pengajaran dalam kelas. Murid-murid merasakan sesuatu yang unit dan mahu
menumpukan perhatian kepada penyampaian saya. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya
seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan
masalah suara saya yang kurang kuat menyebabkan beberapa kali saya cuba
untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasa betapa peritnya
keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelas
pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan
sesama murid.

Pada hari tersebut saya juga telah diminta untuk menggantikan guru yang tidak
hadir bagi kelas Tahun 1 bagi subjek Bahasa Inggeris. Lain kelas lain kerenah
murid-muridnya. Murid-muridnya pula lebih gemar membuat kerja masingmasing seperti mewarna, menyapu kelas, dan bersaing. Malah mereka juga lebih
suka untuk saya mengadakan sesi mewarna atau bersoal jawab. Saya hanya
mampu mengadakan sesi suai kenal dan seterusnya saya meminta murid-murid
tahun satu memperkenalkan diri masing-masing. Setelah itu barulah saya ilham
saya datang secara tiba-tiba dengan meminta murid-murid tahun 1 mengeja

perkataan dalam bahasaInggeris. Antaranya mengeja bahagian anggota badan,


haiwan, warna dan bentuk objek. Semua ejaan yang ditanya kebanyakkannya
semua dapat dijawab dengan baik .Terlintas difikiran....bijak juga murid-murid
kelas ni walaupun ada sedikit kebisingan kecil yang ditimbulkan.

Pada jam 1.45 petang saya bergerak pulang setelah mendapatkan dokumen yang
diperlukan.

Minggu Praktikum

: Minggu Pertama

Tarikh

: 19 hingga 23 Jun 2016

Hari Kedua

: 20 Jun 2016

Saya tidak dapat hadir hari kedua kerana saya perlu selesaiakan masalah

urusan surat

menyurat dengan pihak pejabat majikan saya sebelum ini yang mana diperlukan untuk
selesaikan segera. Saya mengambil cuti mengajar tanpa gaji dan banyak hal yang perlu
diuruskan. Terdapat beberapa dokumen yang perlu saya tandatangani dan menghantar email
kepada pihak Pengurusan Sumber Manusia. Saya sendiri telah bercakap dan meminta izin
daripada pihak sekolah untuk saya selesaikan beberapa dokumen mengenai cuti tanpa rekod
dan cuti tanpa bergaji.
Walau bagaimanapun, semangat saya tinggi dan yakin saya dapat hadapi latihan praktikum ini
dengan jayanya hingga ke hari terakhir latihan mengajar. In sha Allah semuanya akan saya
harungi walaupun terpaksa hadapi kesulitan di awal-awal proses pengajaran saya ini.

Minggu Praktikum

: Minggu Pertama

Tarikh

: 19 hingga 23 Jun 2016

Hari Kedua

: 21 Jun 2016

Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, saya telah bersedia


menerima taklimat daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj Zakaria bin Jahaya
mengenai jadual atau takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh
saya untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh PKP ini amatlah bermanfaat
kepada saya kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan
pada masa kini. Saya telah menerima tanggungjawab untuk mengajar tahun empat, dan guru
pembimbing yang telah diberikan kepada saya adalah En. Abd Aziz b Jaarif.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya rumuskan bahawa
murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, ini memberikan kelebihan kepada
pihak sekolah untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid-murid.
Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk memantau
kehadiran murid-murid ke sekolah. Seterusnya, saya mendapati bahawa sekolah ini
mengamalkan budaya memberi salam dengan baik. Murid-murid sentiasa memberikan salam
kepada guru tanpa mengira situasi, budaya ini merupakan sesuatu yang sangat untuk
diamalkan di semua sekolah. Budaya yang diamalkan ini mampu menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan warga sekolah. Budaya memberikan salam yang telah diterapkan
memberikan gambaran positif kepada tetamu yang mengadakan lawatan ataupun mempunyai
urusan di sekolah ini.

Saya juga berpengalaman menjadi salah seorang guru ganti di dalam kelas 1 Bestari
dan beberapa kelas yang lain. Berdasarkan pemerhatian yang saya laksanakan, dapat
disimpulkan bahawa murid-murid tahap 1 gemar untuk berada dalam kelompok masingmasing. Murid-murid di dalam kelas ini juga didapati bermasalah dalam menerima arahan
yang diberikan oleh guru, dan mereka tidak mampu untuk menerima arahan daripada guru.
Sebagai contohnya, arahan tolong kembali ke tempat duduk masing-masing, arahan ini
amatlah mudah namun untuk diaplikasikan di dalam kelas seperti 1 Bestari ia mendatangkan
cabaran yang besar kepada saya.
Selain itu, saya juga dapat mengesan masalah waktu rehat yang digunakan secara
berlebihan oleh murid-murid. Masalah ini mendatangkan kekangan kepada guru yang akan
mengajar pada waktu selepas rehat kerana waktu interaksi yang telah dirancang akan
terganggu berdasarkan masa kelas yang semakin berkurangan. Saya juga mendapati bahawa
murid-murid banyak bermain dalam kelompok kecil antara rakan-rakan semasa pertama kali
masuk ke kelas ganti. Masalah lain yang timbul murid-murid tidak fokus kepada penyampaian
guru praktikum seperti saya. Saya mengambil pendekatan dengan memberi ganjaran kepada
murid-murid iaitu saya memberi bintang sebanyak 5 point kepada mereka yang mahukan saya
mengajar dan menyampaikan pengajaran dalam kelas. Murid-murid merasakan sesuatu yang
unit dan mahu menumpukan perhatian kepada penyampaian saya.
Penglibatan saya di dalam unit beruniform juga memberikan sedikit pendedahan
mengenai permasalahan dan perancangan yang akan dilaksanakan untuk memudahkan saya di
masa hadapan. Saya telah dilantik untuk menjadi Guru Persatuan Bahasa Melayu dan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang penyertaan saya selama sejam.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah berpantun, menyebut perkataan berimbuhan, membina ayat
pasif dan aktif, nyayian lagu rakyat. Pendedahan baharu telah diterima oleh saya sepanjang
sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing Bahasa Melayu iaitu Encik Abdul
Aziz bin Jaarif, ilmu baharu ini juga memberikan peluang kepada saya untuk mengkaji tahap
penerimaan maklumat dan arahan yang telah dikemukakan kepada murid-murid. Pemerhatian
ini membuktikan bahawa murid-murid sekolah ini tidak mampu untuk menerima arahan
dengan baik dan melaksanakan arahan yang telah dikemukakan oleh guru.
Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya
memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga
memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama ini
tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

MASALAH YANG DIHADAPI


Pemasalahan yang saya hadapi pada minggu pertama ini

adalah

bagaimana saya untuk menyusuaikan diri untuk praktikum dari segi


perancangan pengajaran harian (RPH) dan cara mengajar semasa sesi
pengajaran berlangsung. Bermacam-macam telahan yang saya bayangkan
bagaimana persepsi murid-murid terhadap diri saya dan rakan-rakan guru
ketika mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ini.
Saya memerlukan sedikit ruang dan waktu untuk saya bangkit dan
motivasikan diri untuk selesaikan masalah yang saya hadapi. Saya
perlukan masa untuk menyesuaikan diri semasa tempoh proses latihan
praktikum berlangsung dan minggu-minggu seterusnya.

ANALISIS
Di minggu pertama praktikum ini saya mempunyai kesukaran dalam
memulaan proses pegajaran dan pengajaran yang ketara. Di mana saya
perlu dalam memikirkan set induksi bagi sesuatu pengajaran yang akan di
ajar. Bantuan guru pembimbing, rakan-rakan guru praktikal dari IPTB dan
rakan-rakan guru telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya
dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Pada masa yang akan datang saya akan cuba memperbaiki


kelemahan saya dan cuba untuk membuat persediaan yang lebih rapi
serta merancang P&P yang lebih menarik bagi mendorong minat pelajar
dalam P&P yang saya sediakan. Selain itu, saya juga akan meminta
pendapat dari

guru

pembimbing

dan rakan guru

yang

lain

bagi

meningkatkan lagi prestasi kerja saya pada masa akan datang dan bagi
menangani masalah dalam menghadapi murid tahun empat yang mana
guru perlu memahami karektor mereka untuk memudahkan guru dalam
menyesuakan diri bagi mengajar mereka.
TEMPOH MASA
Dalam permasalahan ini, saya tidak dapat menetapkan tarikh yang
tepat. Walau bagaimanapun saya

akan sedaya upaya akan cuba

mengatasi permasalahan ini dengan secepat mungkin bagi mengelakkan


permasalahan ini berlanjutan sehingga membawa kepada permasalahan
yang lebih besar.

TINDAKAN SUSULAN
Untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya banyak berbincang
dengan rakan guru yang lain tentang cara menarik minat pelajar serta
cara mendisiplinkan pelajar. Saya juga turut merujuk kepada guru
pembimbing dan rakan guru yang lain bagi menangani permasalahan ini.

Anda mungkin juga menyukai